Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan.

Antara langkah-langkah yangg diambil untuk mengatasi masalah petempatan

ynag berlaku Bercham dan bandar Tokyo di negara Jepun ialah melebarkan jalan

raya,menguatkuasakan undang-undang,mengitar semula,menyediakan tapak pelupusan

dan membuka kawasan baru.Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas,kerajaan daripada

kedua-dua buah kawasan ini telah mengambil inisiatif untuk melebarkan jalan raya.

Contohnya,di Bercham pelebaran jalan raya telah dilakukan di sekitar kawasan

bandar Sunway untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tahap ketersampaian

bertambah baik.Selain itu,untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas,kerajaan juga telah

meggalakkan pengeluaran kenderaan awam dan penduduk juga memberi kerjasama

dengan menaiki kenderaan awam untuk mengatasi masalah ini.

Selain daripada mengurangkan kesesakan,langkah ini juga telah mengurangkan

pencemaran udara.Usaha menanam pokok-pokok juga dapat mengurangkan

pencemaran.Pokok-pokok ini telah di tanam di sepanjang jalan raya.Selain daripada

mengurangkan pencemaran,ia juga boleh mencantikkan kawasan.Tambahan pula,kerajaan

telah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi untuk mengatasi masalah

pembakaran terbuka yang berlaku.

.Penyediaan tong sampah kitar semula juga telah dipertingkatkan oleh Majlis Bandaraya

Ipoh.Pembukaan tapak pelupusan sampah juga telah dibuat oleh kerajaan untuk

mengatasi masalah ini.

Di Tokyo pula,langkah yang telah diambil ialah dengan membina stesen-

stesen kereta api untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.East Japn Railway Company
mengoperasikan kebanyakan daripada kereta api di bandaray Tokyo.Selain

itu,bermulanya Shuto Expressway pada tahun 2007 telah membantu dengan banyak

untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tokyo.Shuto Expressway menghubungkan

kesemua daerah-daerah di Tokyo.Untuk mengelakkan pencemaran pula,pentadbiran

Tokyo telah menggubalkan satu tindakan untuk mengurangkan gas rumah kaca.Governor

Shintaro Ishihara telah mencipta Perdagangan Karbon yang pertama di

Jepun.Perdagangan karbon adalah mekanisme berbasis pasar untuk membantu membatasi

peningkatan karbon dioksida di atmosfera. Pasar perdagangan karbon sedang mengalami

perkembangan yang membuat pembeli dan penjual kredit karbon sejajar dalam peraturan

perdangangan yang sudah distandardisasi.Dengan ini,Tokyo berharap dapat

mengurangkan kadar gas rumah kaca sebanyak 20% sebelum tahun 2020.

Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia dan Tokyo telah berusaha

mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke

semasa.Namun begitu,para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya

program-program dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-

membantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-

masing.

Anda mungkin juga menyukai