Anda di halaman 1dari 15

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

TAJUK 4

PERANCANGAN,PEMILIHAN,PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN: MODEL ASSURE

SINOPSIS

Tajuk ini memberi tumpuan kepada penggunaan model ASSURE dalam merancang pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:

i. ii.

Menghuraikan model ASSURE Mengaplikasi model ASSURE dalam merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran

KERANGKA TAJUK 4.1 Pengenalan 4.2 Model ASSURE

4.1 Pengenalan

Sebelum memulakan

sesi pengajaran,

seseorang guru haruslah bertindak

merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran. Sekiranya guru tidak membuat perancangan yang lengkap dan sistematik, maka objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Sehubungan itu pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran adalah sangat penting untuk dikuasai. Model ASSURE merupakan model reka bentuk yang berorientasikan bilik darjah.

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

4.2 Modul ASSURE

Model ASSURE yang berorientasikan bilik darjah, direkabentuk oleh Heinich, Molenda, dan Russel (1982). Ia bertujuan memberi panduan kepada guru untuk merancang dan dapat melaksanakan pengajaran dengan lebih efektif. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dapat mewujudkan kebolehpercayaan,keyakinan, menarik minat dan dapat membina fikiran positif murid terhadap pengajar.

Model ini telah diolah semula pada tahun 2002. Dalam modul ini, perbincangan akan merujuk kepada model ASSURE yang terbaru.

A S S U R E

Analisis pelajar Nyatakan objektif

Pemilihan media dan bahan

Penggunaan media dan bahan Penglibatan murid dalam pembelajaran

Penilaian semula bahan

Rajah 1: Model ASSURE

Analyse learner (Analisis murid) 3 ciri penting

Ciri-ciri umum Kompetensi pra syarat Gaya pembelajaran

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

State objective (Nyatakan objektif)

Konsep ABCD Klasifikasi objektif Objektif dan Perbezaan individu

Select method, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)


U -

Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih Memilih media yang ditentukan Mengubahsuai media Mereka bentuk media Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)


R -

Prebiu bahan Sediakan bahan Sediakan persekitaran Sediakan murid Sediakan pengalaman pembelajaran Require learner participation (Dorong penglibatan murid)

Libatkan

murid

dalam

aktiviti

pembelajaran seperti membuat latih tubi, perbincangan, kuiz, projek dan sebagainya.

Pengukuhan

diberi

selepas

mendapat respons daripada murid.

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Aspek pencapaian murid Pembelajaran yang dihasilkan Menilai media dan kaedah Kualiti media Penggunaan guru Penggunaan murid

4.2.1

Analisis Murid

Media yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu sesuai dengan murid agar penggunaannya menjadi lebih berkesan dan efektif. Tidak dinafikan untuk mengenal pasti keperluan setiap murid adalah sukar. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kriteria yang boleh dilaksanakan bagi

menganalisis murid iaitu:

4.2.1.1 Ciri-ciri umum

Mengetahui ciri-ciri umum dapat membantu guru merancang, memilih, menghasil dan menilai media dengan lebih berkesan. Ciri-ciri umum termasuklah umur, tahun/tingkatan, kelas, aliran, jantina, latar belakang taraf sosio-ekonomi, budaya, minat, sikap, kawasan dan sebagainya. Guru boleh mengetahui ciri-ciri umum ini melalui interaksi dengan murid, pemerhatian atau meneliti rekod murid yang sedia ada.

Sebagai contoh, jika guru telah mengenal pasti bahawa murid kurang meminati sesuatu mata pelajaran, tindakan yang boleh diambil ialah guru boleh merangsang pembelajaran melalui aktiviti kinestik termasuk simulasi, main peranan, lakonan dan sebagainya. Tayangan video atau persembahan elektronik juga boleh digunakan sebagai rangsangan untuk aktiviti perbincangan kumpulan.

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

4.2.1.2 Kompetensi pra syarat

Kompetensi pra syarat mempunyai kaitan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid. Hal ini amat penting kerana ia akan memberi kesan yang besar kepada proses pembelajaran murid. Guru boleh mengenal pasti pengetahuan atau pengalaman sedia ada melalui ujian pra sesuatu topik yang dilakukan sebelum sesi pengajaran bermula, sesi soal jawab atau berinteraksi dengan murid.

Setelah menganalisa tahap kebolehupayaan atau kekurangan murid, maka guru dengan mudah dapat mengenal pasti media dan kaedah yang sesuai untuk digunakan agar murid dapat menerima mesej dengan lebih berkesan dan jelas. Sebagai contoh, guru mengandaikan murid telah memahami konsep tambah dalam matematik sedangkan terdapat murid yang masih belum memahami konsep tersebut, sudah pasti mereka akan gagal untuk menguasai topik itu sekiranya guru terus mengajar tanpa mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid. Jelaslah bahawa guru harus peka terhadap kompetensi yang ada pada setiap murid.

4.3.1.3 Gaya pembelajaran

Dunn dan Dunn (1992), membina satu instrumen standard mengukur gaya pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh setiap murid. Gaya pembelajaran merujuk kepada trait psikologi yang menjelaskan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi, dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi dan tingkah laku murid.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Ada murid yang suka belajar secara bersendirian, ada yang suka berbincang dengan kawan atau secara berkumpulan, ada yang suka belajar di kawasan yang sunyi dan tenang, ada yang suka belajar di kawasan terang, ada yang suka belajar dengan adanya iringan muzik, ada yang suka belajar melalui

pemerhatian dan membuat kajian dan sebagainya.

Guru yang merancang pengajaran dan meneliti gaya pembelajaran dengan media yang bersesuaian menjadikan proses pembelajaran lebih efektif dan berkesan.

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

Sebagai contoh, gaya pembelajaran auditori lebih sesuai bagi murid yang senang kepada arahan lisan atau bacaan kuat.

4.2.2

Nyatakan Objektif

Setelah dapat menganalisis murid, guru boleh fokus kepada objektif pembelajaran. Objektif merujuk kepada hasil pembelajaran iaitu apa yang murid dapat selepas mempelajari sesuatu topik. Oleh itu, objektif perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus kerana dengan penyataan objektif dapat membantu guru: i. ii. iii. memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai menyediakan persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan membuat penilaian terhadap pencapaian pembelajaran

Pernyataan objektif yang baik dirumuskan secara jelas mencakupi komponen ABCD" iaitu:
i. ii. iii.

Audience (Kumpulan sasaran murid) Behavior (Perilaku yang dapat dilihat sebagai hasil murid) Conditions (Syarat yang perlu dipenuhi agar perilaku yang diharapkan tercapai)

iv.

Degree (Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan)

4.2.2.1 Audience (Kumpulan sasaran murid) Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah murid. Proses pembelajaran akan berlaku apabila murid terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara berfikir atau fizikal. Contoh : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat .....

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

4.2.2.2 Behavior (Perilaku yang dapat dilihat sebagai hasil murid) Perilaku yang dinyatakan dalam objektif hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Senarai di bawah merupakan istilah yang menunjukkan pemilihan perkataan perilaku yang eksplisit: mengukur melabel menjelaskan mengenal pasti menilai melukis memadankan membaca mengelaskan menganggar menamakan menghurai menandakan memilih mencadangkan melakar meramal menyusun menjana membina

Contoh : menandakan dan menamakan setelah melihat peta yang diberi oleh guru

4.2.2.3 Conditions (Syarat yang perlu dipenuhi agar perilaku yang diharapkan tercapai) Syarat yang perlu dipenuhi ini dapat membantu guru untuk menyediakan media yang sesuai, langkah pengajaran dan pembelajaran dan suasana pembelajaran. Contoh : menandakan dan menamakan setelah melihat peta yang diberi oleh guru

4.2.2.4 Degree (Darjah tahap pencapaian minimum perilaku) Tahap pencapaian minimum perilaku merujuk kepada kualiti atau kuantiti tingkah laku atau tempoh masa yang ditetapkan. Pengukuran tahap ini membolehkan guru membuat tindakan susulan terutama kepada murid yang masih belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna bagi guru boleh melaksanakan aktiviti pemulihan bagi murid yang belum menguasai

pembelajaran dan aktiviti pengayaan dan pengukuhan bagi murid yang telah menguasai pembelajaran.

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

Contoh : menandakan dan menamakan dua belas daripada empat belas negeri dengan tepat dan betul. Contoh penulisan objektif secara keseluruhan mengikut komponen ABCD: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : Melabel nama tempat pelancongan pada peta Malaysia sekurang-kurangnya 12 daripada 14 buah tempat dengan tepat dan betul. Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kesan pencemaran udara

setelah membaca petikan akhbar yang diberi.

Klasifikasi objektif yang memiliki nilai praktis, serta kaedah yang bergantung pada nyatakan objektif yang akan dicapai oleh guru dapat diklasifikasikan mengikut jenis utama hasil pembelajaran. Ada empat kategori pembelajaran iaitu: Domain Kognitif Domain kognitif, belajar melibatkan berbagai kemampuan intelektual yang dapat diklasifikasikan baik sebagai verbal / informasi visual atau sebagai ketrampilan intelektual. Domain Afektif Dalam domain afektif, pembelajaran melibatkan perasaan dan nilai-nilai. Domain Psikomotor Dalam domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa saja pergerakan aktiviti dalam bentuk tingkahlaku. Domain Interpersonal Belajar melibatkan interaksi dengan orang lain.

Objektif haruslah difokus kepada kemahiran atau keupayaan berfikir, sikap dan perasaan murid, kemahiran fizikal dan interpersonal.

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

Perbincangan

Kenal pasti lebih banyak perkataan ekplisit yang boleh digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku murid selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

4.2.3

Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan bahan sumber yang sesuai

Apabila guru telah mengenal pasti tahap kebolehan murid dan jelas dengan apa yang murid harus perolehi daripada proses pembelajaran, maka guru boleh bersedia untuk membuat pemilihan. Terdapat empat langkah dalam pemilihan teknologi, kaedah, media dan bahan sumber yang sesuai iaitu: i. ii. iii. iv. menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran memilih bentuk media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

4.2.3.1 Menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan

Pemilihan penggunaan teknologi seharusnya berdasarkan kepada ciri-ciri murid dan gaya pembelajaran murid. Pada masa yang sama juga, guru perlu memikirkan kemudahcapaian bahan/resos yang hendak digunakan. Kriteria kefleksibelan teknologi perlu dipertimbangkan berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan. Penggunan teknologi komputer sesuai diaplikasikan untuk aktiviti projek,

pembentangan, simulasi dan sebagainya.

4.3.2.2 Memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling sesuai digunakan dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran guru? Jawapannya ialah lebih daripada satu kaedah. Tiada satu kaedah khas yang digunakan untuk setiap peringkat perkembangan pengajaran. Guru haruslah berfikir dan merancang kaedah pengajaran yang dirasakan boleh mencapai objektif dan sesuai dengan tugasan pembelajaran. Kaedah ini termasuklah kaedah simulasi, kaedah bermain, kajian lapangan, lakonan,

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

latih tubi dan sebagainya. Penentuan kaedah hendaklah berasaskan kepada analisis dan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Contoh, bagi menarik tumpuan murid pada awal pengajaran boleh dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan tunjuk cara, amali, latihan dan latih tubi bagi menyampaikan maklumat kepada murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran.

4.2.3.3 Memilih bentuk media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih Bentuk media merujuk kepada bagaimana bentuk maklumat Sehubungan itu pemilihan media hendaklah bersesuaian dipaparkan. kaedah

dengan

pengajaran, objektif dan pengalaman murid, dan bentuk maklum balas yang akan dihasilkan. Pemilihan media berfokus kepada kesesuaian kurikulum yang sedia ada, bahasa yang jelas dan tepat, maklumat yang terkini dan tepat, mencetuskan sifat ingin tahu murid, aspek teknikal kualiti yang baik dan mempunyai panduan yang lengkap.

Contoh bentuk media seperti gambar, slaid, peta, lukisan, transperansi, bahan tiga dimensi seperti papet, wayang kulit, boneka, akuarium, persembahan multimedia dan lain-lain lagi. klip video, audio, pakej

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan sumber ini boleh dalam bentuk petikan, teks, artikel dan sebagainya.

Kriteria pemilihan bahan sumber boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: i. ii. iii. menggunakan bahan sumber yang tersedia ada mengubah suai bahan sumber yang ada mereka bentuk bahan sumber yang baru

4.2.3.4 Memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

Memilih media merujuk kepada pemilihan bahan sumber yang dapat membantu mencapai objektif yang diperlukan. Pemilihan bahan sumber yang tersedia ada perlu mengikut beberapa kriteria seperti:

10

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

Menepati kurikulum Maklumat tepat, boleh dipercayai dan terkini Bahasa yang jelas dan mudah difahami Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid Menarik penglibatah murid Mempunyai kualiti Ada bukti tentang keberkesanan penggunaan Bebas daripada bias Mempunyai panduan penggunaan/ manual penggunaan

Kemungkinan bahan

sumber yang ada perlu

diubahsuai Sekiranya anda

menghadapi masalah kekurangan bahan media ataupun media yang dipilih kurang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran, anda boleh mengubahsuai atau mereka bentuk semula media yang dipilih. Bagi mengubahsuai media terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan termasuklah objektif, murid, kos, kepakaran teknikal, peralatan, fasiliti dan masa. Guru juga boleh mereka bentuk sendiri bahan untuk digunakan oleh murid. Bahan-bahan media bukan sahaja terdiri daripada foto, perisian komputer , pita video, audio malahan termasuk juga perkakasan seperti komputer, pencetak, pengimbas, televisyen dan lain-lain. Perbincangan

Apakah tempat/agensi-agensi yang boleh membantu anda mengenal pasti, memilih dan mengubah suai bahan sumber untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

4.2.4

Gunakan teknologi, media dan bahan pengajaran dan pembelajaran

Proses menggunakan media dan bahan dalam pengajaran merupakan peringkat yang paling penting kerana jika media dan bahan begitu menarik tetapi tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, maka proses pengajaran dan pembelajaran gagal. Oleh itu terdapat lima langkah yang perlu dititikberatkan untuk memastikan penggunaan media mencapai tahap optimum iaitu:

11

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

i. ii.

Prebiu bahan terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam kelas Menyediakan peralatan dan pastikan ia berfungsi serta mengetahui bagaimana menggunakannya.

iii. iv. v.

Menyediakan persekitan dan tempat yang bersesuaian Menyediakan murid Menyediakan pengalaman pembelajaran

Sebelum proses pengajaran bermula, pastikan bahan pengajaran sesuai dan berfungsi dengan baik.

4.2.5

Dorong penglibatan murid

Pembelajaran menjadi seronok jika terdapat kumpulan murid yang aktif. Oleh itu untuk mempastikan proses ini berlaku, guru hendaklah melibatkan murid dengan pelbagai aktiviti termasuklah latih tubi, perbincangan, kerja berkumpulan dan sebagainya. Guru hendaklah memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dirancang. Kegiatan pengukuhan hendaklah diberikan kepada murid serta merta selepas murid memberi tindak balas yang betul.

4.2.6

Nilai dan semak semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Peringkat akhir dalam model ASSURE ialah nilai dan semak semula perancangan. Penilaian yang ditekankan ialah penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian melibatkan aspek : i. menilai pencapaian murid berdasarkan prestasi murid (set objektif yang ditentukan), prestasi dalam aspek kemahiran dan sikap murid. ii. iii. iv. v. vi. pembelajaran yang dihasilkan menilai media dan kaedah kualiti media penggunaan guru dan penggunaan murid.

12

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas (melalui amalan refleksi). Ini bertujuan untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan murid. Penilaian semasa proses pengajaran boleh dilakukan melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran murid. Guru boleh mengubah teknik atau mengambil altenatif lain sekiranya menghadapi masalah. Penilaian pengajaran akan menghasilkan idea untuk membuat penambahbaikan. Guru akan dapat membuat perancangan yang lebih efektif hasil daripada refleksi dan maklum balas murid. Selain itu guru dapat membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif, pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.

RUMUSAN Model ASSURE sangat membantu dalam merancang program dengan

menggunakan berbagai jenis media. Model ini menggunakan beberapa langkah, iaitu analisis murid, nyatakan objektif, memilih media dan bahan, gunakan media dan bahan, dorong murid dan nilai dan semak. Kesemua langkah itu berfokus untuk menekankan pengajaran kepada murid dengan pelbagai gaya belajar iaitu murid diwajibkan untuk berinteraksi dalam kalangan mereka dan tidak secara pasif menerima maklumat agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

13

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

Latihan

Jelaskan bagaimana model ASSURE digunakan untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Soalan aneka pilihan:

1.

Semasa merancang untuk menghasilkan sistem pengajaran, aspek analisa murid merupakan perkara penting, iaitu I. Kecerdasan II. Gaya pembelajaran III. Jantina IV. Status sosial-ekonomi

A. B. C. D.

I dan II I, II dan III I , II dan IV I,II,III dan IV

2.

Apakah ciri-ciri (komponen) utama yang perlu diambil kira untuk menulis sesuatu objektif?

A. B. C. D.

Kriteria (criterion ; standard) Syarat-syarat tertentu (conditions) Aspek pencapaian (performance ; tingkah laku) Semua di atas.

3.

Langkah berikut: Sediakan bahan-bahan; sediakan persekitaran; persediaan murid dan menyediakan pengalaman pembelajaran, adalah merupakan proses dalam model ASSURE, iaitu pada peringkat

A. B. C. D.

Analisis Pilih Mengguna bahan Dorongan

14

EDU3105

T4 MODEL ASSURE

BIBLIOGRAFI

Dunn, R. & Dunn, K. (1992). Teaching secondary students through their individual
learning styles: Practical approaches for grades 7-12. Boston: Allyn and Bacon.

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1999). Instructional media and technologies for learning. Edisi ke 5 . New Jersey: Prentice-Hall.

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (2002). Instructional media and technologies for learning. Edisi ke 7. New Jersey: Prentice-Hall.

Mohd Jizat Abdol, Abdul Razak Idris dan Jessnor Elmy (2006). Teknologi

pengajaran dan pembelajaran. Johor : UTM.


Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).

Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Penerbitan


Multimedia.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar.

Wan Zah Wan Ali, Dr. et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: OUM.

Instructional Design. Akses pada September 20 2012 daripada

[http://www.instructionaldesign.org/models/assure.html]

15