Anda di halaman 1dari 2

1

PERANAN ZAKAT DALAM MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH


Oleh: Faiz bin Nordin

Islam adalah agama yang diakui oleh Allah s.w.t. Ia adalah agama yang sesuai untuk
dianuti dan diamalkan pada setiap zaman dan suasana. Kehebatan pada Islam terbukti
kerana ia adalah agama yang sangat menyeluruh Islam adalah agama dan dunia, ibadah
dan muamalah, aqidah dan syariah, kebudayaan dan tamaddun.

Syariat Islam tidak hanya tertumpu kepada aqidah dan ibadah sahaja, Sebaliknya Islam
juga memberi penekanan terhadap usaha-usaha positif untuk meningkatkan taraf
kehidupan dan kebajikan manusia seperti usaha-usaha perpaduan, kesepakatan,
persefahaman dalam bidang ekonomi, dan kemasyarakatan.

Sejak akhir-akhir ini umat manusia di seluruh dunia telah merasakan kegawatan
kewangan global. Ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan menganggur serta
menghadapi krisis kewangan akibat daripada “tsunami” ini. Ramai lagi mungkin terjejas
sebelum ekonomi benar-benar pulih dan struktur ekonomi menjadi mantap semula.
Bagaimana dengan keadaan pelajaran anak-anak mereka, perbelanjaan harian mereka,
rumah tangga mereka? Adakah kita sebagai saudara dalam Islam akan menjadi penonton
dan mengucapkan kata-kata kasihan sahaja, mendengar sahaja kelohan-kelohan mereka
atau menyerahkan kepada keadaan sahaja?

Allah swt telah memfardhukan Zakat sebagai salah satu ciri ekonomi Islam.
Zakat merupakan satu peraturan daripada Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan oleh
seluruh umat Islam. Ia bukanlah merupakan satu kewajipan yang diserahkan
perlaksanaannya kepada pertimbangan dan kebijaksanaan individu sahaja. Sebab jika hal
tersebut berlaku, maka hanya mereka yang percaya kepada Allah dan balasan hari kiamat
sahaja yang menunaikannya, manakala mereka yang lemah imannya dan tidak takut
terhadap seksaan hari kiamat tentu akan mengabaikannya.

Oleh yang demikian dalam surah Al Baqarah ayat 43, Allah berfirman yang
bermaksud: “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah Zakat dan rukuklah bersama bersama
orang-orang yang rukuk..”

Dari ayat-ayat tersebut Allah swt telah menentukan ibadah zakat sebagai rukun
Islam ketiga yang digandingkan dengan ibadah solat. Zakat membawa pengertian yang
besar sekali dalam usaha membela kepincangan masyarakat. Zakat juga merupakan
jaminan Allah swt terhadap penyelesaian masalah ekonomi dan sosial masyarakat Islam.
Justeru itu, kepentingan rukun Islam tersebut hendaklah difahami secara menyeluruh
dalam membina dan menyusun sistem bermasyarakat. Tanpa institusi zakat penyusunan
masyarakat berteraskan Islam sudah pasti akan menghadapi kepincangan.

Ini terbukti dalam Al-Quran dimana disebutkan lapan asnaf (golongan) yang
berhak menerima Zakat. Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 60 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Zakat itu untuk orang-orang fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharim,
fisabilillah dan ibnussabil. Adalah kewajipan yang ditentukan Allah. Dan Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
2

Dari asnaf-asnaf yang disebutkan tadi jelas menggambarkan bahawa institusi


zakat dapat membantu menyelesaikan masalah kemiskinan ummah serta dapat
meninggikan syiar agama di muka bumi.

Islam telah mengajar kita cara berekonomi dan pengembelingan modal menerusi
pengumpulan dana samaada yang bersifat sukarela (derma & wakaf) atau wajib
(berzakat). Sehinggakan Allah telah menjanjikan ganjaran yang amat besar sekali kepada
mereka yang melakukannya dan azab yang amat dahsyat kepada yang mengingkarinya
sebagaimana firmannya dalam Surah al-A’raf ayat 156 yang bermaksud: “Dan
rahmatKu meliputi segala sesuatu, sebab itu akan Aku sediakan bagi mereka yang
bertaqwa, mereka yang mengeluarkan Zakat dan mereka yang beriman dengan
keterangan-keterangan Kami (Allah).”

Walaupun system zakat merupakan jaminan Ilahi dalam menangani masalah


masyarakat, tetapi sejauh mana ia dapat dilaksanakan untuk mencapai matlamatnya
bergantung kepada ekonomi negara, keberkesanan pengurus zakat dan kesedaran oleh
pembayar zakat

Zakat merupakan sumber kekuatan ekonomi masyarakat Islam. Badan yang


bertanggungjawab mengumpulkan zakat mempunyai tugas yang khusus yang telah
ditentukan oleh Allah swt. iaitu untuk mengagihkan wang zakat kepada lapan asnaf
sebagaimana yang ditentukan Allah swt. Jika ini tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya,
masalah kemiskinan akan berterusan dan kemiskinan merupakan salah satu punca utama
kepada kemungkaran dan kepincangan yang sedang berlaku disekililing kita dewasa ini.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw: "Kelaparan itu hampir membawa kepada kekufuran
dan segala bentuk kemaksiatan”

Hadis ini jelas menggambarkan bahawa kelaparan yang timbul daripada


kemiskinan boleh mendatangkan secara langsung gejala-gejala yang buruk, seperti
penipuan, pencurian, pelacuran, pembunuhan dan sebagainya. Oleh itu masyarakat Islam
perlu mengembeling tenaga untuk menjadi penyempurna zakat yang positif untuk
menolong mereka yang memerlukan.

Dari penerangan tadi jelas kepada kita peranan institusi zakat dalam membawa
masyarakat Islam kepada pembaikkan dan sekaligus menepati tuntutan Allah s.w.t
seterusnya Islam mengajar kita melakukan amal jariah. Tetapi sejauh manalah kita dapat
menghayati dan melaksanakannya dan dalam mencapai matlamat kita untuk mendapat
keredaan Allah s.w.t.

Akhir sekali, kita perlu sedar bahawa seseorang Muslim tidak akan terlepas daripada
kewajipan berzakat kerana tanggungjawab ini tidak akan terlepas di akhirat. Bahkan
seorang Muslim tidak akan sempurna imannya selagi dia belum menunaikan zakatnya.

Anda mungkin juga menyukai