Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKAN

Sejarah Perkembangan Sains Sukan

Sejarah perkembangan sains sukan di negara kita secara khususnya adalah tidak
nyata dan tersurat. Namun demikian perkembangan sains sukan adalah bermula
dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan unsur-unsur
sains dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kecemerlangan sukan telah
memusatkan sains sukan sebagai satu disiplin ilmu. Perkembangan sejarah sukan
dan sains sukan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.

(i) Peringkat Awalan

Aktiviti sukan telah dikesan sejak zaman tamadun Yunani, Rom, China dan Islam.
Pada kurun ke-18, semua lapisan masyarakat secara menyeluruh telah melibatkan
diri dalam sukan. Ini adalah berpunca dari tiga peristiwa penting yang telah berlaku
antara tahun 1762 hingga 1789.

1762
Jean Jacques Rousseau telah menerbitkan buku Emile di mana beliau
menggalakkan setiap individu melibatkan diri dalam sukan kerana aksi dan
pergerakan sukan adalah satu bentuk aktiviti yang ideal dan memanfaatkan kepada
manusia.

1777
Era perindustrian bemula dengan penciptaan enjin stim oleh James Watt. Masa
pekerjaan bertambah dan ini menyebabkan ramai orang tidak ada masa
untuk rekreasi.

1789
Rusuhan dan penaklukan penjara Bastile, Perancis telah memulakan Revolusi
Perancis di mana pembahagian masyarakat mengikut kelas (golongan bangsawan
dan petani) telah dihapuskan.
Pada kurun ke-18, banyak aktiviti sukan seperti tenis, lumba kuda dan lawan pedang
adalah terhad kepada golongan atasan sahaja. Hasil dari buku Emile oleh
Rousseau, satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 1970an dan
didapati 10% daripada jumlah penduduk negara tersebut gemar berjogging.

Perkembangan masyarakat ‘moden’ terutamanya dalam negara-negara Barat dapat


dilihat dengan perjuangan untuk melibatkan semua lapisan masyarakat dalam
aktiviti sukan. Pada awal dan pentengahan abad ke-20, mata pelajaran Pendidikan
Jasmani telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah Amerika Syarikat dan England.
Pada masa itu, penglibatan sukan adalah cenderung kepada kaum lelaki sahaja.
Kebanyakan aktiviti berbentuk ketenteraan.

(ii) Peringkat Pertengahan

Unsur-unsur sains sukan telah mula diperkenalkan secara tidak langsung pada akhir
kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 di mana pergerakan manusia dan aktiviti
sukan dianalisiskan. Pada tahun 1878, Edward Muybridge telah mencipta kaedah
penggambaran aksi berjalan dan larian manusia dan kuda. H. Piper (1907)
seorang bangsa German telah menggunakan elektromiogram (EMG) untuk
mengukur impuls elektrik yang dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan.
Kaedah ini telah digunakan dalam aksi sukan pada tahun 1970an dan 1980an.

Pada pertengahan abad ke-20, kajian-kajian sains berkaitan dengan sukan seperti
antropometri, biologi, biomekanik, fisiologi dan sosiologi mula berkembang
dengan pesat. Hasil kajian dan sumbangan saintissaintis sukan telah dibukukan dan
dijilidkan dalam jurnal.

(iii) Peringkat Terkini

Pada masa kini terdapat ramai saintis sukan yang terlibat dalam penyelidikan sukan.
Mereka menggunakan kaedah-kaedah dan alatan-alatan yang canggih dan
berteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran lebih 2000 saintis sukan semasa
Kongres Sains Sukan dunia anjuran Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kali ketiga di
Atlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1995. Penyelidikan sains sukan pada mulanya
berlandaskan kepada pendidikan jasmani (1950an) dan kemudian berkembang
menjadi satu disiplin tersendiri pada akhir 1960an dan awal 1970an. Pakar-pakar
disiplin sains yang lain menyumbang dalam kajian dan penyelidikan dalam sukan.
Contohnya M.R. Yeadon (1993) seorang pakar matematik mengkaji aksi kuang
hadapan dan kuang belakang dalam gimnastik dan merumuskan persamaan-
persamaan matematik terhadap aksi tersebut.

Kajian-kajian saintifik dalam sukan telah menghasilkan atlit bertaraf dunia di negara
Asia. Penemuan servis sepak kuda dalam sepak takraw telah dikaji oleh saintis
sukan negara Thailand. Hasil kajian ini didapati berkesan dan menjadi popular di
kalangan atlit negara lain.

Atlit negara China juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa
acara sukan khususnya gimnastik, renang dan terjun. Elemen-elemen sains
sukan diberi tumpuan dalam pendidikan dan diterapkan dalam melatih atlit-atlit
sukan. Saintis sukan di Negara China juga banyak menjalankan kajian untuk
meningkatkan kualiti sukan negara.

Penyelidik sukan di negara Korea telah merekacipta kasut memanah yang dapat
membantu meningkatkan prestasi sukan ini. Kasut ini telah mendapat pengiktirafan
peringkat antarabangsa.

Para saintis sukan pula mula meluaskan bidang kajian mereka kepada pergerakan
yang tidak berkaitan dengan sukan seperti rehabilitasi anggota akibat penyakit atau
kemalangan terhadap aksi anggota tiruan (prostetik).
Kajian-kajian sains sukan pada masa kini berbentuk pendekatan gabungan disiplin-
disiplin sains yang lain (multidisciplinary approach). Contohnya, kajian meningkatkan
prestasi atlit supaya memuncak pada masa yang tepat melibatkan kepakaran
fisiologi, biokimia, psikologi, antropometri dan biomekanik.

Perkembangan Sains Sukan di Malaysia


Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk
menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di
Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan
domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur
dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama.

Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan


pendidikan jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti
Putra Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program
Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). Pengambilan pertama dimulakan
dengan guru-guru terlatih seramai 20 orang. Pada tahun 1996, program sarjana
sains sukan ditawarkan.

Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 1995
dan diikuti Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi
MARA yang menawarkan diploma sains sukan.

Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda,
Kampong Baru dikenali sebagai Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke
bangunan baru di Kompleks Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang
sains sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara.

Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela yang
mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah atau tenaga
pengajar mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat
dalam pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar-
seminar sains sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun
1997, namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan
dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih
luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat bahagian-bahagian bukan kerajaan yang
aktif mempromosikan pelbagai aspek sains sukan.

Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan mata


pelajaran sains sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar
Tingkatan 4 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan
Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini akan dijadikan satu mata
pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 2001.