Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN MEKANIS DEFINISI/KONSEP Menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam berbahasa.

Ia hanya dapat dikuasai selepas menguasai mendengar, bertutur dan membaca. Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbolsimbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat yang bermakna. Kamarudin Husin (1999)mentakrifkan penulisan adalah pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya. FUNGSI MENULIS Memotivasi atau merangsang idea dan perasaan untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Menjadikan diri mahir dalam penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata. Menerokai pelbagai bidang bahasa. Memperluaskan pengetahuan dan melahirkan idea dalam bentuk penulisan. Menggunakan seluruh anggota mekanis iaitu mata, tangan, akal dan lain-lain untuk merangsang pembelajaran. Melatih murid mengeluarkan pendapat dan idea dalam bentuk tulisan. Melatih murid menyusun huruf supaya menjadi suku kata, perkataan dan ayat. Kepuasan diri kerana boleh mengemukakan idea secara bertulis untuk bacaan generasi akan datang.

TUJUAN MENULIS Ada dua tujuan menulis, iaitu serta-merta dan lanjutan. Walau bagaimanapun, tujuan seseorang itu menulis harus dilihat dari aspek kenapa seseorang itu perlu menulis. Mendirikan asas menulis, mengeja perkataan dan menyusun ayat, membaca pelbagai penulisan, melahirkan fikiran dan perasaan, menyuburkan minat, menambah dan meluaskan pengetahuan dan menyediakan mereka untuk menghadapi peperiksaan. (serta merta, on the spot) Meluaskan pengetahuan, pengalaman sedia ada, memberi kepuasan jiwa, pemikiran, pengalaman dan perasaan dan menyediakan mereka dengan pengetahuan untuk kepentingan diri dan masyarakat umum. (pada masa depan, jangka panjang)

JENIS PENULISAN Kemahiran menulis mekanis -sesuatu kemahiran, supaya dapat menulis dengan kemas dan mudah dibaca. (membentuk huruf, mengeja) Kemahiran menulis untuk pelahiran(mental) - untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis, penyataan fikiran, perasaan, kehendak, mengeluarkan pendapat asli. (menyatakan apa yang terdapat dalam minda)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DALAM PEMBENTUKAN PENULISAN Mendengar - Bertutur - Membaca (Prabacaan, pengamatan, membunyikan, menyebut, mengeja) MENULIS MENULIS - PRATULISAN (pergerakan jari, tangan, mata, bentuk huruf) - PENULISAN MEKANIS (menulis huruf besar/kecil a-z, memadankan huruf, bunyi, nam, tulis mengingati urutan, menulis suku kata, perkataan dan ayat tunggal)

PENULISAN MEKANIS Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Penulisan mekanis adalah untuk membimbing murid supaya menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan kecil dnegan tepat dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, rangkai kata dan ayat. Selain daripada menguasai kemahiran asas, kebolehan untuk menulis dengan kemas juga amat penting. ASPEK-ASPEK YANG HENDAK DIBERI PERHATIAN SEMASA MENULIS Postur badan - dijalankan di atas meja, cara meletak tangan, kedudukan badan Cara pegang pensel - guna ibu jari dan jari telunjuk pegang dan jari tengah menyokong Kedudukan kertas - senget sedikit dengan arah memegang pensel dan tangan lain menekan pada penjuru atas kertas. Keadaan kerusi dan meja - pijak ke atas lantai, kerusi dan meja yang bersesuaian dan selesa

BENGKEL AKTIVITI PENULISAN MEKANIS Menulis huruf kecil dan huruf besar daripada a - z di atas kertas berkotak, bergaris empat, bergaris tiga, dan bergaris satu Melaksanakan aktiviti susulan seperti memadankan huruf kecil dengan huruf besar, menyesuaikan nama huruf kecil dengan huruf besar, memadankan nama huruf dengan bunyi huruf Melaksanakan aktiviti menulis huruf mengikut urutan,mengisi tempat kosong dengan huruf yang tertinggal dan lain-lain Latihan menulis suku kata, perkataan dan ayat tunggal

MENULIS HURUF MENGIKUT URUTAN, MENGISI TEMPAT KOSONG DENGAN HURUF YANG TERTINGGAL DAN LAIN-LAIN ULAT ABJAD Gambar ulat yang comel dapat menarik perhatian murid-murid Badan ulat terdiri daripada 26 bulatan yang mempunyai ruang kosong untuk pelajar menulis mengikut susunan abjad ke dalamnya sama ada huruf besar atau huruf kecil Guru boleh memilih seorang murid untuk buat pada bbm manakala murid lain akan mendapat lembaran kerja yang serupa dengan bbm. Selepas menulis susunan abjad yang lengkap pada badan ulat, beberapa abjad akan dipadamkan secara rawak untuk menguji ingatan murid dengan susunan abjad. Susunan abjad juga boleh diuji dengan sengaja menulis susunan yang salah dan minta murid untuk mencari kesalahan dan membetulkannya

KEKUATAN BAHAN : 1. Rekabentuk dan warna yang menarik perhatian murid. 2. Bahan yang tahan lama, boleh diguna semula dan tidak memerlukan kos yang tinggi. 3. Saiznya yang praktikal dan ringan membolehkan bahan tersebut mudah dibawa ke mana-mana.

LATIHAN ABJAD Petak yang disediakan untuk murid membuat latihan supaya dapat menguatkan ingatan mereka dengan susunan abjad a - z. Murid diminta untuk menulis abjad a - z dalam petak yang disediakan secara mengulang sehingga memenuhi semua petak. Practice makes perfect

KEKUATAN BAHAN : 1. Murid akan menjadi lebih peka terhadap susunan abjad. 2. Membantu murid ingat dan menyenangkan pembelajaran kelak.

PAPAN SUKU KATA, PERKATAAN, AYAT Seorang murid akan diminta mengambil sebuah gambar yang disediakan dan melekatkan pada papan yang telah disediakan. Guru akan mengajar penulisan suku kata berpandukan gambar dan menunjukkan pada papan Gambar akan mempunyai panduan namanya pada LCD yang dipancarkan Murid boleh membentukkan perkataan dan ayat dengan gambar yang disediakan.

Papan akan disediakan dengan petak untuk menulis suku kata dalam petak, garis empat, tiga, dua dan satu untuk mengulang semula cara penulisan betul yang telah belajar. Pelajar lain akan dibekalkan lembaran kerja untuk belajar menulis bersama.

KEKUATAN BAHAN : 1. 2. 3. 4. Rekabentuk dan warna yang menarik perhatian murid. Interaksi berlaku antara guru dengan murid. Murid dapat mengulang semula cara penulisan yang betul Murid juga dapat mengenal lebih perkataan

Ali , Suki , Kucing Makan, Bermain, Membaca Badminton, Ikan, Buku

Ali sedang bermain badminton. Suki sedang membaca buku. Kucing suka makan ikan.