Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2009

TAJUK

Mempertingkatkan Kefahaman Pelajar Tingkatan Lima Terhadap Petikan Melayu Klasik


Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dengan Menggunakan Kaedah ‘Think Pair Share’
(TPS).

OLEH:

Mohd Azizi bin Sulaiman (P 48607)


Suryatee binti Abd Rashid (P 48696)
Siti Zubaidah binti Ingsa (P 48581)
Siti Khadijah binti Rafli (P48691)
Nadiah binti Yusof (P 48681)

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan


18500 Machang,
Kelantan Darul Naim.

KELOLAAN:

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tajuk

Mempertingkatkan Kefahaman Pelajar Tingkatan Lima Terhadap Petikan Melayu Klasik


Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dengan Menggunakan Kaedah ‘Think Pair Share’
(TPS).

Nama Penyelidik

Mohd Azizi bin Sulaiman (P 48607)


Suryatee binti Abd Rashid (P 48696)
Siti Zubaidah binti Ingsa (P 48581)
Nadiah binti Yusof (P 48681)
Siti Khadijah binti Rafli (P48691)

Alamat Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan


18500 Machang,
Kelantan Darul Naim.

Latar Belakang Kajian

Bahasa Melayu Klasik merupakan Bahasa Melayu Kuno yang mengalami banyak perubahan
dan dipengaruhi oleh Bahasa Arab. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik yang panjang, berulang
dan berbelit-belit menyebabkan pelajar generasi kini sukar memahami dan mengaplikasi
kosa kata Bahasa Melayu Kalsik dalam penulisan. Justeru, perancangan kajian ini adalah
untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar tingkatan lima terhadap petikan Melayu klasik
dalam mata pelajaran Sastera Melayu dengan menggunakan kaedah ‘Think Pair Share’
(TPS).
Masalah / Fokus Kajian

Masalah yang sering pelajar hadapi ialah apabila mereka sukar memahami petikan bahasa
Melayu klasik akibat ketidakfahaman pelajar terhadap beberapa perkataan dalam petikan
tersebut. Sebagai contoh, arakian, alkisah, hatta dan lain-lain. Kajian ini memfokus kepada
permasalah pelajar terutamanya pelajar tingkatan lima dalam memahami kosa kata klasik.

Rasional Kajian

Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar tingkatan lima masih lagi tidak dapat menguasai
dan memahami Bahasa Melayu Klasik serta sering gagal di dalam ujian apabila menjawab
soalan yang melibatkan perkataan-perkataan kosa kata klasik.

Objektif Kajian
• Untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar tingkatan lima dalam Bahasa Melayu
Klasik dengan menggunakan kaedah ‘think pair share’.
• Untuk membantu pelajar menguasai kosa kata klasik dan mengaplikasikannya dalam
penulisan.
• Untuk menyelidik faktor-faktor yang menyokong dan menghalang usaha-usaha
membantu pelajar-pelajar lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu Klasik.

Metodologi Kajian
a) Reka bentuk kajian
Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah Kajian Tindakan dengan berdasarkan
pelan tindakan lima peringkat langkah:
Peringkat Langkah Pertama : Tinjauan isu dan masalah yang dikaji iaitu
masalah pemahaman petikan Melayu klasik
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Peringkat Langkah Kedua : Perancangan menggunakan kaedah
pembelajaran “Think Pair Share” ke atas
pelajar.
Peringkat Langkah Ketiga : Pelaksanaan Tindakan.
Peringkat Langkah Keempat : Pemerhatian Tindakan
Peringkat Langkah Kelima : Refleksi / Renungan dan penilaian kendiri.
b) Sasaran Kajian
Guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, 18500
Machang, Kelantan Darul Naim dan pelajar tingkatan 5.

c) Batasan Kajian
Petikan yang ditekankan dalam kajian dibataskan kepada aspek berikut:
(i)Ayat
(ii)Ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit.
(iii)Mempunyai banyak ayat pasif.
(iv)Menggunakan bahasa istana.
(v)Banyak menggunakan partikel ”pun” dan ”lah.
(vi)Kosakata klasik seperti Ratna Mutu Manikam, Edan Kesmaran (Mabuk
Asmara) dan Masyghul (Bersedih).

d) Alat Instrumen Kajian


(i) Pemerhatian : Analisa secara perbincangan aspek-aspek yang
tidak difahami di dalam petikan Melayu Klasik.
(ii) Soalan Latihan: Analisa markah pencapaian pelajar berdasarkan
kaedah pembelajaran ”Think Pair Share”.
(iii) Temubual : Analisa kandungan petikan Melayu klasik.

Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini akan didedahkan kepada:


(i) Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Tindakan SMK Seri Intan, 18500 Machang,
Kelantan Darul Naim.
(ii) Pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Seri Intan, 18500 Machang, Kelantan Darul Naim.
(iii) Guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 5 SMK Seri Intan, 18500
Machang, Kelantan Darul Naim.
Anggaran Belanjawan

PERKARA ANGGARAN
Kertas dan bahan penyelidikan penyelidik dari perancangan
RM 200.00
awal sehingga merefleks.
Perjalanan : Ke Pusat Sumber, Perpustakaan Awam dan
RM 300.00
kedai buku.
Kertas dan percetakan latihan pelajar, pita rakaman dan
RM 200.00
bateri untuk temubual.
Persediaan laporan kajian, kertas dan fotokopi. RM 200.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 900.00

Anda mungkin juga menyukai