Anda di halaman 1dari 4

Bengkel Etiket dan Sosial:

TERTIB / ADAB DI MEJA MAKAN


Tarikh: 27 Julai 2013 Tempat: Dewan Al-Ghazali Sekolah Kebangsaan Seri Tiram, Tanjong Karang Seri Tiram

1.0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk mengadakan Bengkel Etiket dan Sosial:Tertib / Adab di Meja Makan daripada Guru Besar, SK Sri Tiram, Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan. 2.0 Pendahuluan Protokol merupakan perkataan yang berasal Yunani iaitu protokollen yang menggabungkan dua perkataan iaitu protos yang membawa maksud yang pertama dan perkataan koil yang bermaksud pelekat. Protokol bermaksud etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam perlaksanaan upacara- upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan dalam pangkat dan status seseorang. Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan seseorang. Etika sosial merupakan satu tingkah laku dan sopan santun yang seharusnya seseorang lakukan semasa berinteraksi dengan individu atau masyarakat sekeliling. Ia melibatkan amalan tingkah laku, budi pekerti, imej serta keyakinan diri yang baik, diiktiraf dan diamalkan dalam masyarakat sama ada dalam majlis rasmi atau bukan rasmi. Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Program Pengsiswazahan Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras dan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi bercadang mengadakan Bengkel Etiket dan Sosial:Tertib / Adab di Meja Makan supaya murid-murid dapat mengamalkannya bila menghadiri sesuatu majlis jamuan rasmi. 3.0 Objektif Bengkel Etiket dan Sosial:Tertib / Adab di Meja Makan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar PPG: 3.1 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 3.2 Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. 3.3 Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

3.4 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. 3.5 Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan. 4.0 Tema BERADAP DAN BERSOPAN BUDAYA KITA 5.0 Tarikh Pelaksanaan 27 Julai 2013 6.0 Tempat Dewan Al-Ghazali, Sekolah Kebangsaan Seri Tiram, Tanjong Karang , Selangor. 7.0 Peserta Semua murid Tahun 6 8.0 Jadual Program 8.00 8.30 pagi 8.30 9.30 pagi 9.30 9.45 pagi 9.45 11.45 pagi 11.45 12.00 t/hari 9.0 Ahli Jawatankuasa Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Pendaftaran Peralatan Bahan Cetak Dokumentasi Penceramah : : : : : : : : : Hj. Nasaruddin b. Shaarani En. Abdul Halim b. Mohd Yusop En. Wan Rohimi b. Wan Jusoh En. Mohd Solleh Halim b. Mohd Sokhi Pn. Jarinah bt. Norman Pn. Afriza bt. Mohd Saruwi Hj. Nasaruddin b. Shaarani En. Mohd Solleh Halim b. Mohd Sokhi En. Abdul Halim b. Mohd Yusop En. Wan Rohimi b. Wan Jusoh Pendaftaran peserta Pengurusan majlis rasmi sekolah Rehat Tertib dan adab di meja makan Majlis penutup

10. Anggaran Perbelanjaan 10.1 Fail 10.2 Bahan bercetak 10.3 Peralatan JUMLAH 11. Sumber Pendapatan 11.1 Sekolah JUMLAH 12. Penutup Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua pelajar PPG dan murid SK Sri Tiram.
Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

: : : :

RM 60.00 RM 60.00 RM 30.00 RM 150.00

: :

RM 150.00 RM 150.00

(HAJI NASARUDDIN BIN SHAARANI) Setiausaha Kokurikulum, SK Sri Tiram, Kampung Seri Tiram Jaya, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.

(KAMAL BIN YUSOFF) Guru Besar, SK Sri Tiram, Kampung Seri Tiram Jaya, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.