Anda di halaman 1dari 16

MATA PELAJARAN KELAS BILANGAN PELAJAR TARIKH MASA/JANGKAMASA BIDANG TOPIK

: :

Sains 5 Cempaka

: 35 orang : 14 Februari 2013 : 11:10 12:10 pagi ( 60 minit)

: Menyiasat Alam Kehidupan : Kemandirian Tumbuhan :

OBJEKTIF PELAJARAN/

Murid akan dapat memahami pelbagai tumbuhan mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan kemandirian spesies. HASIL PEMBELAJARAN 1. Murid menamakan 4 agen penyebaran biji benih atau buah dengan melihat tayangan powerpoint. 2. Murid menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 ciri-ciri biji dari 10 biji benih atau buah yang dikenalpasti. 3. Murid mengelaskan biji benih atau buah mengikut cara penyebarannya dengan merujuk kepada dua puluh senarai biji benih atau buah yang diberikan . 4. Murid mengenalpasti cara penyebaran biji benih atau buah yang diberikan setelah membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri yang ada pada biji atau buah yang diberikan. 5. Murid menyenaraikan lebih daripada 3 biji benih atau buah yang di sebarkan oleh agen penyebaran masing-masing. 6. Murid menerangkan mengapa pokok nipah banyak terdapat di tepi sungai, pokok betik boleh tumbuh di merata tempat , pokok kelapa banyak hidup di pinggir pantai apabila melihat gambar yang diberikan dengan mengaitkan ciri-ciri yang ada pada buah atau biji benih tumbuhan tersebut. SN 3O18Muka Surat 1

7. Murid menamakan lebih 15 jenis biji benih atau buah berdasarkan gambar bercetak yang dikenalpasti. 8. Murid mengelaskan dan mencirikan 24 biji benih dan buah dengan membuat satu set model yang menarik. STRATEGI/KAEDAH: Kaedah induktif, kaedah sintesis, kaedah perbincangan, kaedah cerita, kaedah soal jawab, Membuat pemerhatian/pengamatan, Mengenal pasti kesamaan, mengingat kembali fakta,bersoaljawab, perbincangan, sumbangsaran, PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID: 1. Murid mengetahui keperluan asas tumbuhan iaitu karbon dioksida, garam mineral, air dan cahaya matahari untuk memastikan tumbuhan boleh terus hidup. 2. Murid mengetahui, cara pembiakan beberapa jenis tumbuhan seperti buah durain, rambutan adalah melalui biji benih. 3. Murid mengenal nama-nama biji benih atau buah seperti teratai, kelapa, kacang bendi, nipah, pinang, lalang dan kemuncup. . 4. Murid mengetahui habitat tumbuhan tertentu seperti teratai hidup di air, nipah hidup di tepi sungai, buah-buahan hidup di dusun.

KEMAHIRAN PROSES SAINS: 1. Membuat ramalan terhadap cara penyebaran biji benih atau buah berdasarkan ciri-ciri mereka. 2. Berkomunikasi dengan rakan sebaya dan guru di dalam keadaan terkawal semasa aktiviti sedang dijalankan. 3. Membuat hipotesis tentang ciri-ciri biji benih atau buah dengan cara penyebarannya. 4. Membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri biji benih dan buah yang yang dikenalpasti. 5. Mengelaskan biji benih atau buah mengikut ciri-ciri buah dengan cara penyebarannya. 6. Membuat inferens tentang cara penyebaran biji benih dan buah. 7. Membuat hipotesis tentang ciri-ciri biji benih atau buah dengan cara penyebarannya. KEMAHIRAN MANIPULATIF: 1. Mengendalikan biji benih dan buah yang diberikan dengan betul. 2. Menyimpan bahan dan bikar dengan selamat. 3. Memotong, menampal gambar dan memnghasilkan set bahan pameran. SN 3O18Muka Surat 2

KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DAN KRITIS: 1. Mencirikan biji benih atau buah yang diperhatikan. 2. Membanding dan membezakan ciri-ciri atau buah berdasarkan ciri-ciri dan sifat fizikal biji benih atau buah yang dikenalpasti. 3. Menjanakan idea tentang cara tumbuhan kemuncup disebarkan 4. Menghubungkaitkan ciri-ciri dan sfat fizikal biji benih atau buah dengan dengan cara ia disebarkan. 5. Mengitlakkan tentang kumpulan tumbuhan yang mempunyai biji benih atau buah yang mempunyai rongga udara, kulit berlilin , boleh terapung disebarkan oleh air. 6. Meramalkan cara penyebaran berdasarkan ciri-ciri dan sifat fizikal biji benih yang dikenalpasti.

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI-NILAI MURNI: 1. Minat dan bersikap ingin tahu tentang tumbuhan lain yang disebarkan oleh agen-agen tertentu. 2. Rajin dan tabah dalam membuat peta minda bersama ahli kumpulan. 3. Bekerjasama di dalam kumpulan dan bersama guru. 4. Yakin dan berdikari semasa membentangkan hasil perbincangan. 5. Berkhemah tinggi dan menghormati rakan yang memberikan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru. 6. Sistematik dalam melakukan aktiviti dan sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh guru. SUMBER P&P: Keperluan Khas : 1.Sebuah komputer riba dan satu projektor LCD untuk keperluan guru. 2. Kad pelbagai bentuk untuk perbincangan , membina set bahan pameran. 3. Pen marker berwarna untuk menulis maklumat agen penyebaran dan ciri-ciri biji benih. 4.Gam dan gunting untuk memotong dan menampal gambar pada kad.

SN 3O18-

Muka Surat 3

Persediaan Guru

a. Slaid power point yang menunjukkan maksud kemandirian. Peta minda agen penyebaran biji benih atau buah, contohcontoh biji benih atau buah yang disebarkan oleh agen air , angin, mekanisme letupan , haiwan dan manusia. b. Slaid powerpoint berbentuk kuiz. c. Bahan maujudbiji benih /buah pinang, nipah, bendi,

rambai,teratai, markisa,cili, angsana, lalang, kemuncup, kelapa, kelapa sawit, petai burung, cermai, limau. d. Gambar bercetak pelbagai jenis biji benih dan buah.

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

CATATAN

Pengenalan ORIENTASI kepada tajuk: KEMANDIRIAN TUMBUHAN cara tumbuhan menyebarkan biji benih atau buah untuk mengelakkan berlakunya kepupusan

1. Guru menunjukkan buah rambai kepada murid. 2. Murid memerhatikan buah yang ditunjukkan,. 3. Guru meminta ketua kumpulan mengambil buah rambai untuk rakan kumpulan masing-masing. 4. Guru meminta murid merasa buah dan memerhatikan biji benih buah tersebut. 3.Guru bersoal jawab dengan murid dari manakah asalnya buah rambai ini? Siapakah yang membawa buah rambai ini sehingga sampai kepada kamu semua? 4 Murid menjawab soalan guru. 5. Guru mengulas jawapan yang diberikan oleh murid-murid. 6.Guru memperkenalkan tajuk pelajaran: Kemandirian Tumbuhan

KPS Memerhati Meramal Membuat hipotesis

(5 minit)

NILAI : Mengkagumi ciptaan Tuhan Nilai estetika

BBM: Slaid power point Buah rambai

KBKK: Membuat inferens menjana idea

SN 3O18-

Muka Surat 4

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PEMBELAJARA DAN PENGAJARAN

CATATAN

Istilah PENCETUSAN IDEA Kemandirian Spesies.

1. Guru memaparkan slaid power point tentang maksud kemandirian 2. Murid memerhatikan tayangan Powerpoint

KPS Memerhati Meramal Membuat hipotesis

(15 minit)

Agen penyebaran buah atau biji benih 1.Manusia atau haiwan 2.Air 3. Udara 4. Mekanisme Letupan 4.

LAMPIRAN B 3. Guru bersoal jawab dengan murid. Contoh soalan; Selain angin apakah yang boleh membawa biji benih atau buah ke tempat lain ? Guru bersaoljawab dengan murid sambil memaparkan slaid powerpoint tentang agen dan ciri-ciri biji benih atau

NILAI : Berminat terhadap cara penyebaran biji benih.

3 Mengenalpasti ciri-ciri biji benih atau buah dan menghubungkaitkan dengan cara penyebarannya

buah yang disebarkan oleh agen tertentu serta menunjukkan beberapa ciri buah seperti buah teratai .LAMPIRAN C 5. Guru meminta ketua kumpulan mengambil bekas yang berisi pelbagai biji benih dan buah. LAMPIRAN D 6.Guru meminta ketua kumpulan mengedarkan biji benih dan buah kepada ahli kumpulan masing-masing. 7.Guru meminta murid memerhati struktur dan ciri-ciri biji benih dan buah yang diperolehi. 8.Guru menyediakan 4 bekas berlebel dengan nama 4 agen penyebaran a)Air, b) Angin

BBM: Slaid power point pelbagai jenis buah; Contoh; Pinang Kelapa Markisa Cili Sena Limau Teratai nipah KBKK: Membuat perbandingan menjana idea

c)Mekanisme Letupan d) Manusia /haiwan SN 3O18Muka Surat 5

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 5.Guru meminta meminta murid meletakkan biji benih atau buah yang ada pada mereka mengikut agen penyebarannya pada bekas yang disediakan. 7. Setiap murid meletakkan biji benih atau buah di dalam bekas mengikut cara ia disebarkan 8. Guru menyemak sambil berbincang dengan murid tentang biji benih atau buah yang telah dimasukkan ke dalam bekas.

CATATAN

PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA Langkah 3 (+27 minit)

Mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dengan menyenaraikan buah atau biji benih yang disebarkan oleh agen yang tertentu berdasarkan ciri-ciri yang dikenalpasti

1. Guru menerangkan kepada murid tentang aktiviti yang akan dijalankan 2. Guru mengedarkan 24 gambar bercetak biji benih dan buah LAMPIRAN F 3. Guru meminta ketua kumpulan mengambil bahan untuk aktiviti iaitu, marker pen, kertas manila, gam dan gunting. 4. Murid menjalankan aktiviti; membina model peta minda mengikut kreativiti

KPS Memerhati Mengelas Berkomunikasi Membuat generalisasi Mencirikan NILAI : Bekerja sama Berfikiran kreatif dan kritis Tabah Berani mencuba Rajin BBM: Marker pen Kad manila Gambar bercetak

-Menilai hasil aktiviti

masing-masing dengan menggunting gambar biji benih dan buah dan menampal gambar mengikut agen penyebaran di atas kad pelbagai bentuk. 5. Guru meminta murid menggantung hasil yang telah dibuat ditempat yang ditetapkan

SN 3O18-

Muka Surat 6

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 6. Murid menggantung model peta minda di tempat yang ditentukan 7. Guru meminta semua kumpulan melawat dan melihat hasil model peta minta kumpulan kumpulan yang lain. LAMPIRAN G . .

CATATAN

KBKK: Menjana idea Menghubungkaitkan

APLIKASI IDEA Penilaian (+12 minit)

Menguji Pemahaman murid Tentang nama-nama , ciri-ciri dan agen penyebaran biji benih atau buah yang telah dipelajari

1.Guru menerangkan cara kuiz dijalankan - 6 kumpulan yang terdiri daipada murid berbeza kecerdasan dan jantina. 3.Guru menerangkan peraturan pertandingan. 4. Murid memilih nombor soalan yang tertera di paparan power point.

KPS Meramal Mencirikan Membuat pemerhatian NILAI : Tabah Yakin Berani mencuba. BBM: Slaid powerpoint Soalan kuiz KBKK: Menjana idea menghubungkaitk an KPS

Kuiz berkumpulan

5. Murid menjawab soalan yang tertera pada slaid power point.

-.

LAMPIRAN H 6.Wakil murid mencatatkan markah setiap kumpulan. 7.Guru mengira markah dan mengiktiraf pemenang.

REFLEKSI

Pengetahuan tentang apa yang

1. Murid membuat kesimpulan bahawa tumbuhan yang berbeza mempunyai cara penyebaran yang berbeza 2. Murid membuat kesimpulan bahawa tumbuhan perlu disebarkan untuk mengelakkan kepupusan.

Membuat generalisasi Nilai Yakin KBKK Membuat ramalan

(3 minit)

telah dipelajari dan dikaitkan dengan keadaan seharian dan persekitaran

SN 3O18-

Muka Surat 7

SN 3O18-

Muka Surat 8

PENILAIAN
Penilaian merujuk kepada sebarang aktiviti untuk mengukur tingkah laku pembelajaran murid dalam pelbagai aspek, sama ada secara formal atau tak formal, dengan sistematik; berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Melalui

pemerhatian daripada rakaman video pengajaran saya, saya dapat mengenal pasti seterusnya memperbaiki kelemahan dan masalah yang dihadapi saya dan murid dalam proses

pembelajaran dan pembelajaran. Seterusnya langkah penambahbaikan dilakukan Dalam fasa orientasi, saya telah menggunakan bahan yang dapat menarik dengan memberikan murid-murid buah untuk dimakan. Murid sangat berminat dengan buah yang diberikan, mereka tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh saya seterusnya. Set

induksi yang saya jalankan telah menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran saya yang seterusnya berdasarkan pemerhatian terhadap sikap mereka yang begitu bersemangat. Set induksi yang saya jalankan juga berkait rapat dan menjurus kepada tajuk kemandirian tumbuhan yang melibatkan biji benih atau buah. Kesediaan murid untuk terus mengikuti

pengajaran yang seterusnya dapat saya perhatikan apabila mereka menumpukan perhatian terus kepada saya. Seterusnya dalam fasa pencetusan idea saya menggunakan paparan slaid

powerpoint untuk menerangkan konsep kemandirian tumbuhan. Kesemua murid dalam kelas saya menumpukan perhatian terhadap tayangan slaid tersebut. Tambahan pula di dalam

powerpoint saya terdapat animasi-animasi yang menarik. Semasa fasa ini dijalankan, saya mengemukakaan beberapa soalan yang memerlukan murid berfikir. Komunikasi yang berlaku adalah dua hala. Daripada soalan-soalan yang dikemukakan , saya dapat mengenal pasti

pengetahuan murid-murid terhadap tajuk yang dipelajari. Berdasarkan daripada jawapan mereka, saya telah membentuk konsep dan pengetahuan baru kepada mereka. Contohnya, murid telah terbiasa dengan cara buah kelapa gugur dari pokok yang disebabkan oleh tiupan angin kencang. Oleh sebab itu, mereka menyatakan bahawa buah kelapa disebarkan oleh angin. Saya telah menyatakan bahawa, dengan melihat ciri-ciri yang ada pada buah kelapa, kita akan mengetahui bahawa, buah kelapa sebenarnya disebarkan oleh agen air.Murid juga telah dapat menamakan pelbagai buah atau bji benih lebih dari lima jenis bagi setiap yang disebarkan mengikut agen masing-masing setelah menunjukkan contoh kepada mereka. Seterusnya dalam fasa aplikasi idea saya mengaplikasikan kemahiran memerhati

dan mengelas. . Murid telah memerhati biji benih atau buah yang diberi. Murid seterusnya telah mengelaskan buah kepada kumpulan masing-masing mengikut agen penyebarannya. SN 3O18Muka Surat 9

Walaupun keadaan murid nampak sangat begitu aktif, namun mereka menjalankan aktiviti dengan baik dan mematuhi arahan yang diberikan. Kebanyakan murid dapat mengelaskan buah atau biji benih dengan betul, cuma empat orang murid yang tersilap mengelas. Murid yang tersilap tersebut adalah disebabkan mereka terkeliru dengan biji benih yang disebarkan oleh mekanisme letupan dan angin, yang memandangkan ciri-ciri buah tersebut ringan dan nipis. Setelah saya membuat penilaian terdapat murid yang kurang pasti dengan ciri-ciri biji benih atau buah dengan cara penyebarannya, saya telah mengulang penerangan tentang ciriciri biji benih atau buah tersebut. Murid juga dapat menjana pengetahuan mereka melalui penerangan dan pemerhatian tehadap ciri-ciri biji benih atau buah yang dikenalpasti. Dalam fasa penstrukturan semula idea, saya ingin mencungkil kemahiran , kreativiti

serta mengesan pemahaman dan pengetahuan mereka. Aktiviti yang murid saya jalankan adalah aktiviti dalam kumpulan. Saya dapati, murid saya sangat rajin. Mereka dapat

bekerjasama dengan baik. Mereka berminat dengan aktiviti hands on dan mind on seumpama ini. Mereka juga tidak segan untuk bertanya rakan lain sama ada rakan dalam kumpulan sendiri mahupun rakan daripada kumpulan yang lain. Murid yang pasif dalam berkomunikasi juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi apabila melakukan aktiviti seperti ini. Mereka bekerja

dalam kumpulan dalam suasana yang mesra dan gembira. Murid juga telah menunjukkann nilai afektif dalam diri mereka dengan menyalurkannnya ke atas kerja yang mereka laksanakan. Murid-murid juga tidak malu dan segan untuk bertanya tentang beberapa jenis biji benih atau buah yag mereka tidak ketahui. Murid juga telah dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diberikan oleh saya melalui penerangan, soal jawab dan tayangan powerpoint yang telah ditunjukkan sebelumnya. Murid telah dapat menyiapkan hasil mereka mengikut masa yang telah ditetapkan. Melalui aktiviti ini murid telah memperolehi nilai bekerjasama, hormat menghormati, menjaga kebersihan, berani memberikan pendapat, tabah dalam menyiapkan tugasan dan bertolak ansur serta tolong menolong di antara satu sama lain. Murid juga dapat mengamalkan sikap saintifik seperti membuat pemerhatian ke atas ciri-ciri biji benih atau buah, mengelas gambar-gambar mengikut cara penyebaran masing-masing, membanding dan membeza ciri-ciri biji benih atau buah yang dikenalpasti. Murid juga dapat meningkatkan kemahiran psikomotor mereka dengan aktiviti

memotong gambar dan perkataan, menyusun dan menampal gambar dan perkataan di atas kad dan seterusnya menjadikannya sebagai model yang menarik dan digantung pada sudut di dalam makmal. Saya tidak memberikan panduan kepada murid untuk menghasilkan model rantaian , Cuma mencadangkan cara untuk menghasilkan model berbentuk rantai. Murid dapat menggunakan kreativiti mereka menyabung kad-kad dengan cara yang tersendiri. Sesetengah SN 3O18Muka Surat 10

kumpulan, menggunakan gam berpelekat, ada juga yang menggunakan kertas manila dengan menyambung secara berbeza, ada yang menggunakana double side tape, dan ada juga yang menggunakan stapler. Kemahiran sosial murid-murid juga dapat diperhatikan, apabila mereka dapat bekerjasama, tidak malu bertanya rakan dan bertanya kepada saya, serta membuat lawatan sosial ke kumpulan-kumpulan yang lain. Dalam fasa refleksi saya dapat menilai bahawa murid telah dapat memahami apa yang dipaparkan dalam

yang telah diajar apabila mereka telah dapat menjawab soalan

permainan kuiz. Murid turut teruja memilih nambor yang dipaparkan. Murid sentiasa mencuba untuk menjawab soalan yang dikemukan. Walaupun ada sesetengah jawapan yang tidak dapat dijawab oleh murid berkenaan , namun rakan-rakan lain masih mengetahui jawapan tersebut apabila soalan dibuka kepada semua murid. Kesimpulan penilaian saya, murid telah dapat menujukkan kemajuan diri masing masing dari segi pengetahuan, kemahiran saintifik ,murid juga dapat menggunakan kemahiran psikomotor, dapat mencukil afektif mereka, menanam nilai dan sikap saintifik , mencungkil

kreativiti murid, menjadikan murid berfikiran kreatif dan kritis, mereka juga menanam sikap dan nilai murni dengan bekerjasama, mereka berminat dengan setiap aktiviti serta mereka belajar dalam suasana yang penuh bersemangat ceria dan gembira. Pengajaran saya juga menunjukkkan keberkesanan apabila saya menempatkan murid yang berbeza gaya pembelajaran serta latar belakang murid, menggunakan teknik dan kaedah yang dapat menarik minat murid-murid disertai dengan sikap yang mesra dengan murid. Kesesuaian bahan amat penting untuk menyampaikan konsep ciri-ciri biji benih tumbuhan dengan cara ia disebarkan. Gabungan beberapa perkara yang penting ini,saya telah dapat mencapai objektif pengajaran yang saya kehendaki. Saya telah dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid-murid .tindakan susulan dari semasa ke semasa.

SN 3O18-

Muka Surat 11

REFLEKSI
Alhamdulillah, akhirnya usaha yang saya curahkan pada tugasan ini telah dapat saya laksanakan sebaik mungkin. Pada permulaannnya, setelah mendengar taklimat dan maklumat mengenai kerja kursus ini, saya merasa amat resah kerana sudah agak lama saya tidak membuat tugasan seumpama ini, Alhamdulillah , dengan bantuan rakan-rakan PPG kelas Sains 2, rakan -rakan sejawatan, ahli keluarga, dan inisiatif diri saya sendiri, sedikit -sedikit telah membantu saya untuk menambah kayakinan dan mempertingkatkan semangat bagi menyelesaikan tugasan Merancang Untuk Mengajar Sains. Tugasan yang diberikan mempunyai tiga peringkat yang perlu saya selesai dari satu peringkat kepada satu peringkat, kerana ia sangat berkaitan antara satu dengan yang lain. Tugasan yang pertama adalah.Merancang Pengajaran Harian, kedua menjalankan Pengajaran Makro dan Ketiga membuat penilaian pengajaran dan seterusnya membuat refleksi. Langkah pertama saya adalah memilih tajuk Kemandirian Tumbuhan. Saya mempunyai masalah untuk menentukan objektif pengajaran dan hasil pembelajaran. Setelah perjumpaan yang kedua bersama pensyarah pembimbing, saya telah dapat memahaminya. Di samping itu, saya juga telah menjalankan perbincangan bersama rakan sekelas iaitu Azahar bin Awang dan juga Tan Chun Lee. Langkah saya yang kedua adalah,merancang aktiviti, penyediaan media. Bagi mengatasi masalah ini, saya berbincanga dengan rakan sejawatan Puan Salina bt. Saidin tentang aktiviti dan kaedah yang sesuai . Beliau telah memberikan komitmen yang amat baik dan saya amat bersyukur. Langkah ketiga semasa menjalankan pengajaran saya menghadapi masalah teknikal tentang kamera video kepunyaan saya kerana kehilangan kabel untuk mencas baterinya. Saya berinisiatif meminjam dari rakan sejawatan saya. Masalah merakam pengajaran saya dapat saya atasi dengan meminta bantuan juruteknik di sekolah saya iaitu Cik Azian bt.Hamzah..Murid sangat teruja apabila pembelajaran mereka di dalam kelas dirakam. Mereka bersungguh-sungguh melakukan aktiviti kerana mereka memberitahu kepada saya bahawa mereka akan melihat kembali apa yang mereka telah lakukan. Saya bersyukur kerana muridmurid saya mengikut arahan dan dapat menjalankan aktiviti dengan baik. Mereka juga suka menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Walaubagaimanapun seterusnya masalah saya adalah menyediakan bahan atau media pengajaran. Iaitu menyediakan pelbagai jenis buah-atau biji benih yang pelbagai. SN 3O18Muka Surat 12

Saya mengatasi masalah ini dengan meminta murid turut membawakan biji benih atau buah yang saya senaraikan. Saya bersyukur kerana murid telah dapat membawa begitu banyak buah dan biji benih tumbuhan. Saya turut menyediakan slaid powerpoint bagi penerangan konsep serta powerpoint berbentuk kuiz. Saya mengambil masa yang agak lama menyiapkan bahan tersebut.

Walaubagaimanapun saya telah dapat menyiapkan powerpoint saya dengan pelbagai animasi menarik dengan cadangan rakan saya Encik Musa bin Jelani memuat turun animasi dari laman heatersanimation. Paparan Powerpoint yang saya sediakan amat menarik minat murid. Semasa saya menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran, terdapat beberapa

kekuatan . Murid dapat menguasai Kemahiran Proses Sains. Dalam aktiviti pengajaran yang saya jalankan melalui kaedah inkuiri , murid menjalankan pemerhatian terhadap tayangan slaid . Semasa set induksi, saya menggunakan kaedah melihat dan merasa. Murid melihat dan merasa buah yang disediakan. Mereka telah diterapkan dengan kemahiran memerhati, iaitu menggunakan deria penglihatan dan deria rasa sentuhan dan juga bau Dengan kaedah ini, murid bukan sahaja teruja dan berminat untuk mengikuti isi pelajaran yanag seterusnya malahan mereka dapat juga mengingati fakta dengan lebih berkesan lagi. Aktiviti yang dijalankan oleh murid dapat menarik minat murid dan murid sentiasa aktif menjalankan aktiviti. Sikap saya yang suka berjenaka dan memberi layanan yang mesra menjadikan murid sentiasa gembira dan bersemangat menjalankan setiap aktiviti. mereka. Penggunaan bahan maujud berupa buah atau biji benih telah dapat membantu saya menerangkan ciri-ciri biji benih dan buah dengan lebih jelas. Murid juga dapat mengenal beberapa biji benih atau buah yang sebelum ini belum pernah dilihat seperti buah angsana , markisa dan teratai secara dekat. Saya telah menyatupadukan kegiatan hands-on dan

minds- on . Kaedah ini juga dapat membantu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiran yang analitik,kritis,inovatif dan kreatif. Tugasan yang diberikan juga dijalankan secara

berkumpulan telah dapat yang mengalakkan perasaan positif serta saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama sendiri. Aktiviti berkumpulan seperti membuat peta minda dan pertandingan kuiz, telah dapat menanam sikap positif seperti bekerjasama, sikap kepimpinan bagi ketua dan penolong kumpulan. Manakala, bagi murid lain dalam kumpulan akan dapat menanam sikap patuh pada arahan ketua. Semasa menjalankan aktiviti yang melibatkan kamahiran seperti memilih dan memotong gambar, aktiviti ini telah dapat meningkatkan penguasaan kemahiran manipulatif murid-murid.Pengajaran saya telah dapat memenuhi gaya pembelajaran murid. Terdapat SN 3O18Muka Surat 13

sesetengah murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza sama ada yang kinestatik, yang suka kepada aktiviti hands on mereka akan dapat memenuhi naluri apa yang mereka inginkan iaitu dengan cara bergerak dan melakukan aktiviti yang melibatkan aktiviti yang aktif. Penggunaan slaid power point telah dapat mengatasi masalah penyediaan bahan maujud, iaitu buah atau biji benih yang sukar diperolehi. Saya telah memuat naik gambargambar buah atau biji benih melalui internet seperti buah saga, buah durian, buah getah, buah keembung dan sebagainya. Murid dapat mengenal buah atau biji benih daripada

paparan gambar yang ditunjukkan. Penggunaan slaid ini bukan saya memudah kan pengajaran saya, malah ia dapat menarik minat murid memberikan tumpuan terhadap fakta dan maklumat yang ingin disampaikan apatah lagi apabila disertakan beberapa animasi yang menarik pada tayangan powerpoint tersebut. powerpoint juga sangat menarik minat murid . Kekuatan- menempatkan murid dari pelbagai jantina dan personaliti. Murid yang aktif dapat membantu murid yang pasif. Namun, walaubagaimanapun, murid yang pasif dapat membantu kumpulan apabila menyediakan peta minda dan menyenaraikan namanama tumbuhan mengikut ciri-ciri dan cara penyebaran secara bertulis. Dari ketepatan masa, melalui Rancangan Pengajaran yang telah disediakan dan menetapkan dan memperuntukakkan masa mengikut fasa, saya telah dapat menyusun masa bertepatan dengan setiap fasa atau aktiviti yang saya jalankan. Ini dapat membantu saya menjalankan pengajaran dengan lancar. Walaubagaimanapun terdapat juga kelemahan dari diri saya ,kaedah pengajaran saya .Di antara kelemahan yang dikenalpasti semasa pembelajaran dan pengajaran yang telah dijalankan adalah ada di antara murid yang pasif dan memerlukan bimbingan. Kuiz yang dijalankan menggunakan

Semasa menjalankan penyiasatan ke atas biji benih atau buah, dan semasa melakukan aktiviti, terdapat beberapa orang murid terlalu aktif. perlu di awasi dan sentiasa dibimbing. Murid yang aktif menguasai aktiviti. Murid-murid yang aktif mengawal segala aktiviti.

Keburukan yang dapat diperhatikan adalah, murid yang pasif akan terus pasif .Mereka tidak mahu melibatkan diri secara aktif. Murid-murid tersebut tidak dapat menguasai kemahiran proses sains mahupun kemahiran manipulatif. Bahan maujud tidak mencakupi kesemua jenis tumbuhan. Memandangkan kesukaran mendapatkan biji benih atau buah,contohnya biji buah teratai menyebabkan kesukaran murid untuk memerhati struktur buah tersebut dengan teliti. Untuk memperbaiki proses pembelajaran dan pengajaran, cadangan penambahbaikan perlu saya jalankan antaranya adalah dengan SN 3O18memastikan jumlah bahan dan alatan mencukupi. Jumlah Muka Surat 14

peralatan termasuklah bahan dan radas hendaklah sentiasa disemak dari semasa ke semasa supaya memenuhi keperluan dengan jumlah pelajar dan menepati tajuk yang saya ajar. Seterusnya kelemahan saya adalah tidak menegaskan arahan prosedur ,keselamatan dan semangat kerjasama. Arahan prosedur dan langkah keselamatan perlu saya ditegaskan beberapa kali supaya murid tidak melakukan aktiviti sesuka hati mereka. Terutama apabila ia melibatkan aktiviti berkumpulan. Peralatan dan bahan perlu mencukupi untuk dijalankan dalam kumpulan yang lebih kecil semaksima empat orang sahaja. Terdapat beberapa kelemahan yang telah saya lakukan dalam pengurusan masa. Contohnya aktiviti yang memerlukan masa yang banyak, seperti kuiz, saya terpaksa mengemukakan soalan yang selebihnya secara terbuka kepada semua murid Dengan siapnya tugasan ini, maka masa yang telah saya luangkan untuk tugasan ini adalah sangat berbaloi. Banyak ilmu yang diperolehi demi menyiapkan

tugasan ini. Syukur ,akhirnya tugasan ini mampu dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai penutup kata, ingin saya mengucapkan penghargaan sekali lagi diatas segala kerjasama dan kolaborasi yang telah djalankan dan semoga ia membantu dalam pencapaian saya pada masa-masa akan datang. Akhir kata Resiliens yang tinggi penting untuk terus cemerlang

~~ sekian~~

Norihan binti Arsad (730212-08-6294) 16.03.2013 11:23 pm

SN 3O18-

Muka Surat 15

RUJUKAN

Lim Yean Ching, Low Swee Neo (2005) Fokus UPSR Sains,Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bangi. Selangor.

Marni Baharom , Emcee Voo (2007) UPSR Bilingual Science Year 5, Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Shah Alam Selangor

Huraian Sukatan Pelajarn Tahun Lima, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/sains.htm http://search.searchamong.com/searchview.php?query=GAMBAR+BIJI+BENIH+ANGSANA&cat=i mages&start=1 http://www.heathersanimations.com/

SN 3O18-

Muka Surat 16

Anda mungkin juga menyukai