Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Sejarah Ping Pong PADA mulanya permainan pingpong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain. Corak atau bentuk pertama bagi permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucester-shire, dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb salah seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang kemudiannya diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu. Tindakan ini membawa kejayaan serta-merta dan beberapa pengilang mula memasarkan peralatan di bawah satu rangkaian nama-nama seperti Gossima, Whiff Waff, Flim Flam dan Table Tennis.

Apabila raket yang kosong disaluti velum diperkenalkan, istilah pingpong pun dicipta. Ia diambil daripada bunyi ping yang dihasilkan apabila bet bertembung dengan bola, dan pong yang terhasil apabila ia melantun di atas meja. Dan sekali lagi James Gibb telah mencadangkan kepada pengilang John Jaque Ltd. Bahawa nama ini adalah sesuai untuk bet, bola dan jaring keluaran mereka.

Pada tahun 1902 seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana.Vienna dan Budapest. Dengan ini benih untuk

perkembangan sukan ini telah tersemai dan ia kini telah mendapat sambutan hampir di semua negara dunia. Persatuan Pingpong (The Ping Pong Associatian) telah ditubuhkan.

Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927. Pemenangnya ialah seorang berbangsa Hungary, iaitu Dr. Jacobi. Selain daripada Fred Perry dari England, memenangi pada tahun 1929, pemain-pemain Hungary boleh dikatakan telah menguasai permaian ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukan mereka diketuai oleh pemain terkenal, Victor Barna, yang mana kemahiran dan inspirasi beliau telah banyak membantu membawa sukan ini ke tahap yang semakin mendapat perhatian serius masyarakat dunia. Pemain-pemain Eropah boleh dikatakan
1

telah menguasai menguasai dunia pingpong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabat tangan untuk mementingkan corak pertahan lebih daripada menyerang.

Permainan ini telah mengalami satu perubahan besar pada tahun 1950-an dengan kemunculan sandwich atau span terbalik (inverted sponge) iaitu satu bahan baru untuk membuat muka pukulan bet. Sebelum ini muuka pukulan yang diperbuat daripada getah berbintik nipis (pimpled rubber) telah banyak digunakan. Sehingga pada masa itu putaran (spin) hanya memainkan peranan kecil dalam permainan yang dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi senjata-senjata baru ini yang diperkenalkan oleh orang-orang Jepun mempunyai keupayaan untuk menggerakkan bola ini dalam cara yang amat menakjubkan. ITTF sebagai badan pengawal (the rulling body) dengan cepat mengadakan peraturan untuk mengawal perkembangan baru ini kerana pada pandangan sesetengah pihak ia membekalkan kelebihan yang tidak adil kepada sesetengah pemain.

Kelebihan span dan getah sandwich adalah dalam kawalan dan ia kekal sedemikian sehingga kini. Tetapi sifat permainan ini telah pu berubah. Para juara kini telah mengukuhkan gaya kepantasan dan putaran serangan yang laju (fast attacking speed and spin).

Pada tahun 1950-an, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpong dengan corak permainan dan cara cekak pen (pen holder) yang mementingkan corak penyerang dan gerak kaki yang pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dunia dari tahun 1954 hingga 1959. Dalam tahun 1960-an, negeri China muncul sebagai sebuah negara yang terhandal. Mereka menguasai dunia pingpong menerusi penggunaan corak laju dan lebih dekat kepada meja. Dalam tahun 1970-an, pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan keyakinan mereka sekali lagi dan bertanding hebat dengan pemain-pemain Asia dalam beberapa pertandingan penting di seluruh dunia.

Dalam tahun 1980-an, pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia, terutamanya pemain-pemain Sweden yang telah menewaskan pasukan China dalam perlawanan antara pasukan lelaki walaupun China masih menguasai negara-negara lain dalam bahagian wanita. Pemain-pemain perseorangan Eropah seperti Grubba, Waldner, Appelgren, Pearson dan Lindh, manakala Guo Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan, Chen Xinhua dan Yoo Nam Kyu dari Asia adalah pemain lalaki yang menguasai dunia pingpong. Dalam bahagian wanita pula, pemain-pemain dari China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong masih mendahului pemain-pemain dari Sweden, Hungary dan Rusia.

Kini baik di Malaysia ataupun diperingkat antarabangsa kedudukan sukan ini semakin kukuh dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberi kepada permainan ini sebagai salah satu acara Sukan Olimpik dan ia mula dipertandingkan buat kali pertamanya dalam Sukan Olimpik di Seoul pada tahun 1988.

Menurut laporan, liputan televisyen ke atas pertandingan akhir perseorangan lelaki telah menarik seramai dua billion penonton di seluruh dunia.

Pada tahun 1927 Persekutuan Pingpong Antarabangsa (ITTF = International Table Tennis Federation) yang ditubuhkan pada tahun itu hanya mempunyai 9 ahli sahaja. Tetapi pada tahun 1990, ITTF mempunyai 145 persatuan di bawahnya. Di samping itu ada pula empat persekutuan peringkat benua, iaitu Recognised Continental Federation di bawah Naungan ITTF. Persekutuan tersebut terdiri daripada: 1. Arfican Table Tennis Federation. 2. Asian Table Tennis Union. 3. European Table Tennis Union. 4. South American Table Tennis Confederation.

2.0 Sejarah Di Malaysia Pada tahun 1952, sebuah persatuan pingpong ditubuhkan dan persatuan ini dirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Pingpong Malaya (TTAM) pula ditubuhkan dan selepas itu perkembangan pingpong di negara kita dipesatkan. Ini terbukti dengan aktiviti-aktiviti persatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negeri mahupun di luar negeri. Pada masa sekarang, semua kaum telah kenal dengan permainan pingpong dan ramai penduduk negara ini bermainannya sebagai rekreasi ringan.

Sehingga tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertandingan antara negeri-negeri Malaysia adalah daripada keturunan Cina. Pada tahun 1974, dan sehingga 1982, pertandingan untuk kaum lain (bukan Cina) dimulakan. Ini adalah satu langkah yang baik dan diharapkan lamakelamaan, tidak akan wujud perasaan perkauman dalam permainan ini. Pada tahun 1982, pertandingan bukan Cina ditukar menjadi pertandinga perpaduan di mana pemain-pemain Cina yang belum pernah mewakili negeri dibenarkan bertandingan. Diharap juga dengan lebih ramai pemain bukan Cina bermain pingpong, permilihan pemain untuk pasukan negara kita akan deperluaskan dan bakat-bakat baru dapat dicungkilkan.

Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelaki telah pada kali pertamanya menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dan kita telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian. Dalam Kejohanan Pingpong Dunia ke-32 yang diadakan pada tahun 1973 di Yugoslavia, Malaysia telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 negara dalam bahagian lelaki dan tempat ke-19 daripada 40 buah negara yang mengambil bahagian dalam bahgian wanita. Di samping itu, Persatuan Pingpong Malaysia juga menjadi pengasas Asian Table Tennis Union pada tahun 1972 dan sejak itu Malaysia telah memainkan peranan penting dalam perkembangan pingpong di benua Asia.

Di kalangan negara-negara Asean pula, Malaysia pernah menjadi pengerusi dan jawatankuasa teknik untuk mengelolakan Kejohanan Pingpong
4

Belia Asean. Pada tahun 1979, buat kali pertamanya, seorang wakil dari Malaysia, iaitu Datuk Michael Chen telah dilantik sebagai ahli Majlis ITTF, sebuah badan sukan pingpong tertinggi di dunia. Pada tahun 1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia, iaitu Encik Yap Yong Yih, telah dilantik sebagai ahli Majlis ITTF.

Oleh

yang

demikian,

Persattuan

Pingpong

Malaysia

berjaya

memainkan peranan aktif dalam sukan pingpong dunia. Kepercayaan yang diberikan oleh ITTF kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981), ke-5 (1984) dan ke-12 (1991) dengan jelasnya membuktikan bahawa Malaysia mempunyai kebolehan taknikal yang tinggi.

Sejak tahun 1980, Malaysia tekah menghantar beberapa pemain muda ke laur negeri seperti Jepun dan ke Korea Selatan untuk mendapat untuk mendapat latihan intensif. TTAM juga berhasrat untuk mencari lebih ramai bakat lagi dari rakyat negara yang terdiri daripada berbilang kaum.

Kini TTAM mempunyai 15 ahli gabungan termasuk 14 negeri dan Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia, keahliannya adalah lebih daripada 20 000 orang. Selain itu, TTAM telah menghasilkan 35 orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 orang pengadil kebangsaan yang

menjalankan tugas mereka di persatuan masing-masing dan juga di pertandingan kebangsaan.

3.0 Peralatan Sebelum memulakan permainan pingpong, setiap peralatan haruslah disediakan dengan teliti dan teratur. Pingpong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luar dewan kerana ia hanya memerlukan sedikti sahaja ruang dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi. Permainan pingpong memerlukan sebuah meja, sebiji bola pingpong, dua buah bet (bagi permainan secara individu).

Meja

Meja pingpong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang dan 1.56 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh diperbuat dari pelbagai bahan tetapi mestilah memberi lantunan (bounce) bole lebih kurang 23 cm tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja mestilah berwarna gelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang tebalnya 2 cm di setiap empat s isi meja itu. Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh satu jaring yang selari dengan kedua -dua garisan permukaan meja. Untuk permainan beregu, kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada 2 bahagian yang sama oleh garisan tengah yang tebalnya 3 mm dan selari dengan garisan tepi meja.

Bola

Bola pingpong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola pingpong boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastik yang sama dan berwarna putih atau kuning yang pudar. Bola pingpong dig red kepada satu bintang sehingga tiga bintang, masing -masing untuk latihan dan pertandingan. Bola pingpong mudah diperolehi dan harganya tidaklah mahal.

Jaring

Jaring untuk permainan pingpong terdiri dari jaring dan peralatan untuk memasangnya ke meja pingpong, dan sering disebut gabungan jaring (net assembly). Panjang jaring ialah 1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiap garisan tepi. Tinggi jaring adalah 15.25 cm di atas permukaan.

Bet

Untuk

pertandingan,

semua

getah

yang

digunakan

mestilah

mempunyai logo ITTF.Getah yang digemari ramai ialah getah yang terbalik (reverse) yang boleh mengubah sifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas. Secara am, semakin tebal dan keras lapisan span, semakin cepat bola memantul (rebo und) daripada bet. Di bawah undang-undang pingpong, tebal keseluruhan getah dan span tidak boleh melebihi 4 mm.

Kawasan (Arena) Permainan

Permainan pingpong boleh dijalankan di mana -mana tempat yang berdaftar, seperti di kaki lima, tepi jalan, di dala m bilik, di dewan dan sebagainya. Arena permainan pingpong berubah -ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau perlawanan dan pihak penganjur. Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini tidak boleh kurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satu-satu gelanggang.

4.0 Undang-undang Asas 1.0 Meja 1.1 Permukaan meja yang disebut permukaan permainan,

hendaklah berbentuk segiempat tepat dengan ukuran 2.74m panjang dan 1.525m lebar dan kedudukannya hendaklah 76cm daripada lantai mendatar.

1.2 Permukaan permainan adalah termasuk sempadan permukaan atas tetapi tidak termasuk bahagian tepi mija di bawah paras permukaan permainan.

1.3 Permukaan permainan boleh diperbuat daripada sebarang bahan yang dapat menghasilkan lantunan purata setinggi 23cm apabila bola piawai dijatuhkan dari ketinggian 30cm ke atasnya.

1.4 Permukaan permainan hendaklah berwarna gelap dan pudar keseluruhannya, tetapi dilitupi oleh garisan putih setebal 2cm di bahagian tepi dan belakang permukaan, iaitu sepanjang 2.74m panjang dan 1.525m lebar permukaan permainan.

1.5 Permukaan permainan hendaklah dibahagikan kepada dua bahagian yang sama saiznya oleh sebuah jaring tegak selari dengan garisan belakang ke permukaan permainan, dan hendaklah berterusan dari satu tepi dengan tepi yang lain.

1.6 Untuk

permaninan

bergu,

setiap

gelanggang

hendaklah

dibahagikan kepada dua bahagian yang sama saiznya antara bahagian tepi dan kanan oleh garisan tengah yang lebarnya 3mm selari dengan garisan tepi; garisan tengah ini dikira sebagai sebahagian daripada kanan gelanggang.

2.0 Gabungan Jaring 2.1 Gabungan jaring hendaklah terdiri daripada jaring, tepang dan tiang penyokong yang tegak.

2.2 Jaring hendaklah digantungkan pada seutaas tali yang diikat pada hujung tiang menegak setinggi 15.25cm, setiap tiang tegak ini berada pada jarak 15.25cm di luar garisan tepi meja.

2.3 Bahagian atas jaring, keseluruhan panjangnya, hendaklah 15.25cm atas permukaan permainan

2.4 Bahagian bawah jaring, keseluruhan panjangnya, hendaklah rapat kepada permukaan permainan dan hujung jaring haruslsh berdekatan dengan tiang tegak.

10

3.0 Bola 3.1 Bola hendaklah berbentuk bulat dengan 38mm diameter. 3.2 Beraat bola hendaklah 2.5g 3.3 Bola hendaklah diperbuat daripada seluloid atau bahan pastik dan berwarna putih atau kuning dan pudar.

4.0 Raket atau Bet 4.1 Raket atau bet dibenarkan dalam sebarang saiz, bentuk atau berat tetapi bahagian pemukulnya hendaklah leper dan keras.

4.2 Sekurang-kurangnya 85 peratus daripada bahagian pemukul bet hendaklah diperbuat daripada kayu asli, manakala lapisan yang dilekatkan pada bahagian ini hendaklah daripada bahan-bahan fiber seperti fiber karbon, fiber gelas, atau kertas mampat, tetapi tidakl melebihi 7.5 peratus daripada keseluruhan tebal atau 0.35mm, mana yang lebih kecil

4.3 Muka bet yang digunakan untuk memukul bola boleh ditutupi sama ada dengan getah berbintik biasa keluar dengan tebalnya tidak melebihi 2mm termasuk penahannya, atau getah dibaluti bintik-bintik ke dalam atau eluar dengan tebal termasuk getah penahan tidak melebihi 4mm.

4.4 Bahan

penutup

boleh

menutup

sehingga

keseluruhan

permukaan bet tetapi tidak melebihinya, kecuali bahagian terdekat dengan pemegang untuk mencengkam jari boleh dibiarkan kosong tanpa pelapik.

4.5 Permukaan atau sebarang lapisan pada permukaan atau sebarang bahan pelapik hendaklah sempurna dan sama tebal keseluruhannya.

4.6 Permukaan bahan pelapik pada permukaan bet atau pada tepi permukaan jika dibiarkan tanpa pelapik, hendaklah berwarna
11

gelap eseluruhannya, sebarang pengubahsuaian (trimming) pada bahagian tepi permukaan hendaklah berwarna gelap dna tidak putih.

5.0 Aturan Bermain 5.1 Dalam permainan perseorangan, pembuat servis mula-mula membuat satu servis yang baik, dan penerima akan membuat satu pukulan balik yang baik. Seterusnya pembuat servis dan penerima akan bergilir-gilir membuat pukulan yang baik.

5.2 Dalam permainan bergu, pembuat servis mula-mula membuat servis yang baik, penerima akan mengembalikan pukulan yang baik, seterusnya pasangan pembuat servis akan membuat hantaran kembali yang baik dan kemudian pasangan penerima akan membuat pukulan kembali yang baik. Selepas itu, setiap pemain akan membuat pukulan kembali mengikut giliran yang telah ditetapkan.

6.0 Dalam Permainan 6.1 Bola dikira masih dalam permainan dari ketika terakhir ia dipegang sebelum dilambungkan dalam servis sehingga: 6.1.1 Bola terkena sebarang benda melainkan permukaan pemain, gabungan jaring, bet/raket dalam tangan atau tangan bet/raket di bawah pergelangan tangan, ataupun

6.1.2 Rali itu dianggap sebagai let atau mata.

7.0 Let 7.1 Rali akan diumumkan sebagai satu let. 7.1.1 Jika dalam servis, bola, semasa melintasi atau mengelilingi gabingan jaring, menyentuhnya, dengan syarat servis itu adalah baik atau bola itu adalah di voli atau dihalang oleh penerima atau pasangannya.
12

7.1.2 Jika

servis

dimulakan

sebelum

penerima

atau

pasangan penerima bersedia dan dengan syarat bahawa tidak seorang pun dari pihak pemukul memukul bola itu.

7.1.3 Jika kegagalan membuat servis yang baik atau pukulan kembali yang baik akibat dari gangguan di luar kawalan pemain itu.

8.0 Mata 8.1 Kecuali sesuatu rali adalah satu let, seorang pemain akan kehilangan satu mata. 8.1.1 Jika ia gagal membuat satu servis yang baik. 8.1.2 Jika ia gagal membuat pukulan kembali dengan baik. 8.1.3 Jika ia memukul bola dua kali berturut-turut 8.1.4 Jika bola meyentuh gelanggangnya dua kali berturutturut. 8.1.5 Jika ii, atau sebarang benda yang dipakainya menggerakkan permukaan permainan

9.0 Permainan 9.1 Satu satu permainan akan dimenangi oleh seorang pemain atau pasangan yang pertama sekali mendapat 21 mata, melainkan kedua-dua pemain atau pasanagan mendapat 20 mata. Jika demikian permainan itu akan dimenangi oleh seorang pemain atau pasangan yang pertama sekali mendapat 2 mata berturutturut lebih daripada pemain atau pasangan lawan.

10.0

Perlawanan 10.1 Satu perlawanan (best of terdiri 3 daripada atau dua tiga pemainan permainan

kemenangan

games

kemenangan (best of 5 games)

13

10.2

Permainan akan diteruskan sepanjang satu perlawanan

keuali, seorang pemain diminta sebagai berhak, masa rehat yang tidak lebih daripada 2 minit antara permainan berturutturut.

14