Anda di halaman 1dari 52

Ilya Abdullah

Bab

DLLEA BINTI ABD RASHID. Itu nama penuh aku yang tertera pada kad pengenalan atau lebih dikenali sebagai MyKad. Warna MyKad aku adalah warna biru maka, aku adalah warganegara Malaysia. Teman-teman sekerja aku memanggil aku Lea. L-E-A! Aku bekerja sebagai budak penghantar piza. Al-maklumlah aku hanya ada SPM sahaja dan tiada diploma, degree, master mahupun PhD. Aku lulus cukup-cukup makan. Saiz badan aku pun cukup-cukup makanlah juga. Aku dilahirkan pada tahun 1988. Kalau ikut kalendar Cina tahun apa ya? Entah, aku sudah lupa. Pada penghujung bulan Januari 2010 ini umur aku genap dua puluh dua tahun. Alhamdulillah dua puluh dua tahun aku sudah bernafas di atas muka bumi ini. Aku hidup sebatang kara. Aku tidak punya ibu dan tidak punya bapa. Aku hanya ada seorang pak cik dan anaknya, Tuty yang bermata duitan tetapi baik hati. Itulah serba sedikit tentang latar belakang aku.

Awek Skuter

Aku bukan tidak teringin bekerja sebagai seorang eksekutif di pejabat. Namun, permohonan aku sering kali ditolak sebab aku tidak berkelayakan sama sekali. He he he orang ada SPM macam aku berangan hendak menjawat jawatan sebagai eksekutif? Kau bermimpi di siang harilah Adllea. Bahasa Inggeris pun GAGAL! Aku pergi kerja naik skuter. Aku hantar piza pun naik skuter lalu teman-teman aku menggelarkan aku, Awek Skuter. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan gelaran Awek Skuter. Lainlah kalau dapat gelaran Datin Adllea Abd. Rashid, boleh juga dibanggakan. Hari-hari kembang-kempis hidung aku dibuatnya. Supervisor aku, Kak Mona pun gerenti tidak berani angkat muka dengan aku lagi. Karang tak pasalpasal kena penampor dengan Datin Adllea, kan. Kenapa kau tersengih macam kerang busuk tu Lea? Entah bila Kak Mona tercongok di depan matanya. Terkejut beruk Adllea. Popcorn di tangan habis berterabur di atas lantai. Makan ajelah kerja kau ni, Lea. Patutlah badan kau tak slim macam aku, sambung Kak Mona lagi. Tersembur popcorn dalam mulut Adllea mendengar kata-kata perah santan (perasan) daripada bibir gigitan tebuan Kak Mona itu. Serius, bibir Kak Mona tebal mengalahkan bibir seksi Angelina Jolie! Adllea ketawa besar dalam hati. Adllea mengaku yang dia tidaklah lawa seperti Angelina Jolie tetapi dia ada juga rupa yang boleh tahan ayunya. Adllea kenalah puji diri sendiri. Kalau Adllea nak mengharapkan Kak Mona nak ke Kak Mona tu puji dia? Rasa-rasanya sampai musang berjanggut pun belum tentu Kak Mona nak puji dia. Ala Kak Mona, berat badan saya baru naik lima kilo semalam. Doktor cakap kena naikkan lagi sepuluh kilo. Berat dengan tinggi saya ni tak seimbang. Kurus kering sangat! balasnya.
2

Aku pergi kerja naik skuter. Aku hantar piza pun naik skuter lalu teman-teman aku menggelarkan aku, Awek Skuter. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan gelaran Awek Skuter. Lainlah kalau dapat gelaran Datin Adllea Abd. Rashid, boleh juga dibanggakan.

Awek Skuter

Orang tidak cukup makan macam dia memang kurus kering macam papan. Tiada bentuk badan langsung. Sekeping! Lainlah dengan pak cik dia dan Tuty. Badan mengalahkan tong dram! Kau tu tak cukup vitaminlah, Lea. Tapi, aku heran tengok kau larat bekerja dua puluh empat jam. Semedang muka kau yang ambil overtime. Kau makan ubat kuat ye? Saya minum kacip Fatimah. Adllea siap buat gaya Linda Onn dalam iklan di televisyen itu. Elok sangatlah minum kacip Fatimah. Lea aku ada kerja untuk kau. Last order untuk kau malam ini. Kata Kak Mona sambil menyerahkan sekeping kertas kepada Adllea. Berkelip-kelip mata Adllea melihat alamat yang tertera di situ. Ala, ini yang malas hantar piza ke kawasan black area di Wangsa Maju. Kalau nak bagi tugas akhir untuk malam ini bagilah kawasan safe area! Saya nak buat talian hayat boleh tak? Adllea sengaja menjeling Hidayat yang duduk tidak jauh darinya. Mamat seorang itu sedang melantak bekalan mi segera dalam cawan. Kak Mona laju menggelengkan kepalanya. Tiada talian hayat dibenarkan. Apa kau ingat ini rancangan Who Wants To Be A Millionaire? Kak Mona sudah bercekak pinggang, gaya mak tiri dalam cerita Cinderella. Hamba menurut perintah. Adllea malas mahu memanjangkan cerita yang sudah semakin panjang maka, dia menurut sahaja arahan Kak Mona. Adllea mencapai topi keledar dan menanti piza yang akan dia hantar malam ini dengan skuternya yang berwarna pink itu.

Assalamualaikum! Ada orang ke takde orang? Saya datang nak hantar piza.

ADLLEA meneliti nombor rumah berkenaan dengan nombor yang tercatat pada kertas di tangannya. Sudah tidak syak lagi. Nombor rumah 702! Inilah rumahnya! Adllea segera mengetuk pintu dan seperti biasa dia memberikan salam. Assalamualaikum! Ada orang ke takde orang? Saya datang nak hantar piza. Senyap! Adllea mengetap bibirnya. Masakan tuan rumahnya sudah tidur? Adllea mengetuk pintu rumah itu sekali lagi dengan memberikan salam. Takde orang saya baliklah! gerutu Adllea. Pintu rumah itu terbuka. Seorang lelaki yang hanya memakai T-shirt dan seluar pendek paras lutut berdiri di hadapannya. Tingginya lebih kurang macam dia, salahnya lelaki itu tinggi lebih sikit saja. Lelaki itu melurut rambutnya yang serabai. Rupa dia macam orang baru bangun tidur. Pandang orang macam hendak menelan dia hidup-hidup!

Awek Skuter

Pizza Hut encik. Saya tak order piza pun? balas lelaki itu dengan raut wajahnya yang keruh. Dia membulatkan anak matanya. Awak mengganggu ketenteraman saya tengah tidur tahu tak! Adllea menelan air liur. Kalau bukan encik yang order maka, hantulah yang order? Encik boleh tengok alamat dan nombor telefon encik di sini, desis Adllea seraya menghulurkan kertas pesanan itu kepada lelaki tadi. Wajah lelaki itu semakin berkerut. Abang Rith! Suaranya memetir. Kus semangat! Adllea mengurut perlahan dadanya. Nasib baik dia tidak melatah. Jatuh reputasi dia sebagai seorang gadis ayu. Ceh! Ayulah konon. Dia ni boleh tahan juga melatahnya. Seorang lagi lelaki dilihat terpacak di depan pintu. Zup! Ada anak panah menembusi hati Adllea. Ya Allah! Kacaknya makhluk Tuhan yang dipanggil lelaki ini. Dia memandang Adllea dengan segaris senyuman yang hampir membuatkan awek skuter ini jatuh pitam. Senyuman sepekat susu lemak manis cap Teko! Maaf maaf saya yang order piza ni. Berapa semuanya dik? ujarnya lembut. Adllea sudah terpaku. Mulut Adllea sudah tidak bisa mengaturkan bicara. Berapa semuanya dik? Dia mengulang semula soalannya. Senyuman sepekat susu lemak manis cap Teko itu masih tidak lekang dari bibir basahnya. Lelaki yang tidak merokok. Bibirnya merah kebasahan. Adllea suka lelaki jenis ini. Errr... errr... errr. Adllea sudah menjadi gagap. RM36.50! Lelaki yang berkaca mata putih itu menjawab bagi pihaknya. Dia merenung tajam ke arah Adllea.

D
702

.. ! g in g!

n o D

Pizza hut encik

Saya tak order piza pun?

Muka sombong Kalau bukan encik yang order maka, hantulah yang order? Encik boleh tengok alamat dan nombor telefon encik di sini

Awek Skuter

Tengok daripada cara renungan matanya tu, nampak macam dia tidak sukakan Adllea. Ini mesti dalam hati dia kata yang gadis seperti aku tidak boleh tengok lelaki kacak! Ada mata pandang, kan? Lagipun teman serumah kau memang kacak! Bisik hati kecil Adllea. Terima kasih encik. Ucap Adllea setelah menerima wang pembayaran. Sama-sama. Lelaki itu membalas. Adllea mencebik. Pintu rumah itu dihempas dengan kuat. Adllea kaget seketika. Sahlah lelaki itu ada masalah hormon dalam badan. Agaknya datang bulan kut! Tugas Adllea tamat di sini untuk malam ini.

ADLLEA pulang ke rumah dengan tubuh yang keletihan. Tempat pertama yang dituju adalah meja makan. Sebaik sahaja dia membuka tudung saji yang berbentuk tiga segi itu langsung tidak ada sebarang lauk-pauk. Pak cik dan Tuty langsung tidak meninggalkan sisa makanan untuknya. Adllea paling malas hendak memasak mi segera di dalam kabinet dapur itu. Kalau tidak memikirkan perut yang berkeroncong irama rock kapak ini, memang dia mahu terus mandi dan buat tahi mata. Adllea membuka peti sejuk satu pintu itu. Kalau makan mi segera celup dengan air panas, tak sedap. Adllea suka menambah rencah dalam mi segeranya. Dia tersenyum melihat sayur sawi yang masih tersimpan di dalam peti sejuk. Dia ambil sebiji telur gred B dan sayur sawi yang masih tampak segar. Adllea menunjukkan kepakaran menyediakan mi segera untuk makan malamnya ini. Bau masakan yang cukup menyelerakan tekak sendiri.

Ilya Abdullah

Adllea sudah tidak sabar menghadap mangkuk yang sudah berisi mi segera bercampur dengan telur dan sayur sawi. Sebaik sahaja dia menyuap mi segeranya ke dalam mulut emmm sedapnya! Aku memang pandai memasak. Pujian ikhlas untuk diri sendiri. Licin satu mangkuk dia bedal, dia tambah lagi satu mangkuk. Adllea memang berada dalam tahap kelaparan. Dia jenis manusia yang suka ikat perut. Dia bukannya berdiet tetapi masalah kewangan sedang berada di tahap yang boleh dikatakan di ambang maut. Stok mi segera adalah penyelamat Adllea. Itu pun dia terpaksa sembunyikan stok mi segeranya. Kalau dijumpai oleh pak cik dan Tuty, memang selamat masuk ke dalam mulut mereka. Alhamdulillah perut sudah kenyang, hati pun berlagu riang. Bukan kenyang sampai tidak larat untuk bangun. Kalau sudah sampai ke tahap itu memang dia tidak akan solat isyak jawabnya. Solat itu tiang agama maka, dia kena menjaganya. Dia tidak akan lupa pesanan ustazah ketika di sekolah dulu. Ini pun dia sudah melengah-lengahkan solat. Apa-apa hal kena mandi dulu. Bau badan sudah semacam. Bernyanyi-nyanyi Adllea di dalam bilik air. Aku dah bosan aku dah bosan. Telefon bimbit cikai yang Adllea beli daripada Minaci sudah berlagu. Adllea merengus kecil ketika melipat sejadahnya. Dia melihat nama pemanggil pada skrin telefon. Apa yang Mohd Hidayat nak sampai telefon aku tengah malam ini? Masakan Mohd Hidayat nak meluahkan perasaan pada aku pula! Mampus aku dikerjakan oleh Nana, kekasih awal dan akhir Mohd Hidayat. Assalamualaikum. Adllea memberikan salam. Waalaikumussalam. Lea aku nak minta tolong kau. Esok aku EL. Cemas semacam suara Hidayat.
9

Awek Skuter

Apa itu EL? Adllea menyoal. Dia mana tahu ayat-ayat singkatan ini. EL itu emergency leave. Kalau dalam bahasa Melayu cuti kecemasanlah ngok. Amboi! Dahlah nak minta pertolongan aku. Dia boleh cakap aku ngok! Aku tahulah kau nak ambil cuti kecemasan sebab kau nak berdating dengan Nana kau itu. Hati teman baik kau tak nak jaga. Hati Nana juga yang kau jaga. Aku ini teman baik kau dunia dan akhirat tahu! Adllea merungutrungut dalam hati. Kalau tidak memikirkan Hidayat teman baik dia dunia dan akhirat, memang dia tidak beri muka. Adllea saja asyik kena berkorban demi teman baiknya ini! Bilalah Hidayat akan berkorban untuk dia pula? Nenek kau sakit ke Dayat? Nenek aku dah meninggal tiga tahun yang lepas. Allah, aku terlupa! Adllea menepuk dahi. Kau banyak sangat makan mi segera. Rambut belum gugur dah jadi pelupa. Kau pun sama Dayat! Kau boleh tolong aku tak? Adllea mengusap dagunya. Kau tahu tak esok aku cuti? Aku tahu. Tolonglah aku, Lea. Suara Hidayat separuh merayu. Inilah yang susah kalau bercinta dengan perempuan cerewet dan kuat merajuk macam Nana. Dia juga yang menjadi mangsa keadaan. Syaratnya cuti kau yang minggu depan itu kau kena bagi kat aku sebagai pertukaran. Kau setuju? Buah fikiran bernas muncul dalam otak Adllea. Sesekali tidak boleh bagi orang pijak kepala kita walaupun dia itu teman baik kita.

10

Ilya Abdullah

Okey! Apa yang penting kau tolong aku. Sah-sah Hidayat memang terdesak. Adllea mengorak senyuman. Akhirnya dia merasa juga bercuti pada hari Ahad. Hari minggu untuk dia bersuka ria di luar menghirup udara segar. Kuala Lumpur ini udaranya segar ke? Tak kisahlah, janji dia bercuti. Dia akan tuntut janji Hidayat! Maka dengan itu, Adllea kena buat perjanjian hitam putih dengan Hidayat. Hidayat kalau pasal Nana sanggup bertukar fikiran. Itu yang dia tidak suka dengan Nana. Perempuan seorang itu suka main psikologi. Adllea sendiri tidak faham mengapa Hidayat boleh bertahan dengan Nana. Perempuan secantik Nana itu masih berlambak-lambak di luar sana. Hidayat boleh pilih yang mana dia suka. Kalau Hidayat tidak tahu memilih, dia boleh tolong pilihkan calon teman wanita yang sesuai buat Hidayat. Tamat saja sesi perbualan dengan Hidayat, Adllea meloncat ke atas katil bujangnya. Tilamnya tidak seempuk mana. Tilam murahlah katakan. Dia tidak mampu beli tilam ada spring. Dia tidak berani berhutang di Court Mammoth. Kalau lambat bayar macam mana? Semestinya bunga akan bertambah. Biarlah dia berakit-rakit ke hulu, berenangrenang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Betul tak?

11

Awek Skuter

Ini mesti dalam hati dia kata yang gadis seperti aku tidak boleh tengok lelaki kacak! Ada mata pandang, kan? Lagipun teman serumah kau memang kacak! Bisik hati kecil Adllea.

12

Ilya Abdullah

Bab

Adllea terasa belakang skuter pinknya dilanggar. Tubuh Adllea hilang imbangan, lalu jatuh dari skuter yang ditungganginya. Sekali dia jatuh macam nangka busuk. Pedih lengan kirinya. Patutlah! Dia alami sedikit kecederaan. Kalau berat mesti masuk hospital ni. Hospital? Oh, tidak! Pantang betul kalau kena duduk hospital yang berbau ubat! Mahu sebulan dia tak makan nasi. Loya anak tekak. Adllea bingkas bangun. Dia mengetap bibir kegeraman. Dengan helmet yang masih terlekat di kepala dia mengatur langkah besar ke arah kereta yang melanggar punggung skuter pinknya tadi. Cis! Naik sudah urat-urat warna ungu pada muka dia yang tegang ini. Muka dia tegang tak pakai botox tahu!

POCOT!!! Mak kau tayar meletup!

13

Awek Skuter

Adllea merenung tajam kereta mewah Porche 996 Turbo berwarna silver itu! Fuyooo! Porche 996 Turbo tu! Memang bukan calang-calang orang yang boleh memandunya. Punggung pemandu kereta mewah itu melekat di kerusi pemandu. Dia ingat dia bawa kereta besar boleh sesuka hati mak bapak dia nak langgar orang. Angin betul Adllea dibuatnya. Dia tendang tayar kereta mahal itu berkalikali, melepaskan kemarahan yang sedang membahang di hati. Adllea sudah tidak kisah lagi dengan kesakitan dan sengalsengal di tubuhnya. Woi! Mata kau letak kat mana hah! tengking Adllea. Gerun tak tengok awek skuter macam dia meninggikan suara? Kaki dia masih dok lagi menendang tayar kereta. Biar rosak tayar kereta tu! Pintu kereta tersebut terbuka. Pemandunya melangkah keluar. Seorang lelaki yang bertubuh agak sasa berkaca mata hitam berdiri tegak di depan matanya! Bulat mata Adllea melihat tuan yang empunya kereta. Lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya sambil merengus kecil. Hei, awek skuter! Berani kau tendang kereta aku! Kau tahu berapa harga kereta ini? Kau gadai skuter cabuk kau itu pun belum cukup nak beli kereta ni, tahu! Lelaki itu bukan nak meminta maaf sebaliknya dia meninggikan suara kepada Adllea. Dah lebih ni! Aku tak tahu! Yang aku tahu kereta mahal kau langgar punggung skuter cabuk aku! Adllea membalas. Dia menjeling lelaki itu dengan tajam. Muka saja hensem tapi berlagak nak mampus! Tengok gaya macam anak orang berada. Memang anak orang berada pun!

14

Ilya Abdullah

Setakat skuter cabuk kau apalah sangat! Siapa suruh kau bawa skuter lembab macam kura-kura! Patutlah lembab sebab skuter kau dah uzur! Lelaki itu melirik pada skuter Adllea yang masih terbaring di atas jalan raya. Adllea mencebik. Sedapnya mulut dia kutuk aku dan skuter aku! Buruk-buruk pun skuter aku! Kau peduli apa! Sekurang-kurangnya, aku kura-kura yang mematuhi peraturan jalan raya. Macam manalah orang macam kau boleh pass lesen memandu! Lampu merah dengan lampu hijau pun kau tak boleh bezakan! Itulah jadinya kalau mata letak dekat kepala lutut! bidas Adllea. Kau. Lelaki itu membeliakkan biji matanya. Adllea berlagak selamba. Kau ingat aku takut dengan kau! Adllea memang berani melawan. Tidak kisahlah siapa lelaki depan matanya ini. Lelaki itu tidak mungkin akan

15

Awek Skuter

mengapa-apakan dia. Ceh! Tunjuk berani. Kut karang kena betul-betul, macam mana? Dalam surat khabar sudah berlambak cerita bunuh sana, bunuh sini. Mangsanya adalah kaum wanita yang lemah macam dia. Memang jenis tak fikir dulu sebelum berkata-kata. Kau kena bayar ganti rugi pada aku! Kotor tayar kereta aku ni sebab kena tendang dengan kaki kau yang busuk ni! Aku baru hantar carwash pagi tadi! ujar lelaki itu setelah memeriksa keretanya. Terjegil biji mata Adllea. Dia yang salah aku pulak yang kena bayar ganti rugi pada dia! Terbalik pulak! Ini tak boleh jadi! Kau yang buat salah! Apesal pulak aku kena bayar ganti rugi kat kau? Bukannya ada cedera apa-apa kereta kau itu! Tak reti-reti nak minta maaf! Adllea bertambah berang apabila melihat lelaki itu berlagak poyo di hadapannya. Ingat dia bagus sangat! Adllea mengangkat muka dan merenung wajah lelaki itu. Matanya membulat besar. Mereka saling bertentangan mata, lawan mata. Bukan main-main mata, okey! Seminit berlalu. Wajah lelaki itu berubah. Matanya berkelip. Dia tewas! Adllea meleret senyuman sinis. Berani kau nak berlawan mata dengan aku! Tiada sesiapa yang berani berlawan tenung mata dengan aku tahu! Kau dah kalah! Jadi, kau kena minta maaf dengan aku! Puas hati Adllea dengan kekalahan lelaki itu. Ada hati mahu lawan mata dengan Adllea Abd. Rashid. Cepat minta maaf!

16

Ilya Abdullah

Aku tak nak! Lagipun kau tendang tayar kereta aku! Kotor tahu tak! Lelaki itu membalas dengan tegas. Wei setakat tendang tayar kereta kau itu takdenya kau tu cedera! Kau yang langgar aku! Aku ini sebetulnya mangsa eksiden, bukannya kau! Kau kena minta maaf dengan aku! Adllea bersuara keras. Degil betul mamat ini! Aku tak nak! Lelaki itu tetap tidak mahu mengalah. Ke kau nak menjongketkan keningnya. aku report polis? Adllea

Lelaki itu mendengus marah. Berapa kerosakan yang perlu aku bayar pada kau? Setakat dua, tiga ratus ringgit aku boleh bayarlah! Dia membuka dompet duitnya. Beberapa keping not RM100.00 dikeluarkan. Adllea menggigit bibir. Banyak tu! Bulat mata dia melihat lelaki itu mengira duit yang dikeluarkan dari dompetnya tadi. Kalau ada pisau mahu saja dia merompak lelaki itu. Siapa suruh tayang duit depan mata dia. Sudahlah sekarang ini dia memang tengah sesak. Duit kutu pun masih tak dapat lagi. Seksalah main kutu dengan orang yang liat nak membayar ni. Menyesal sungguh termakan pujukan rayu Dina, si burung hantu budak satu tempat kerja dengannya itu. Cukup tak? Rasa-rasanya ada dekat RM1,000.00 lelaki itu hulurkan kepada dia. Berkelip-kelip mata Adllea tengok duit. Kalau ambik, boleh lepas duit poket bulan ini. Nak ke tak nak? Soal lelaki itu lagi.

17

Awek Skuter

Dia bengang agaknya tengok muka blur Adllea. Adllea mana pernah dapat duit sebanyak ini dalam masa satu hari. Tentulah nak. Ligat tangan Adllea merampas duit daripada tangan lelaki itu. Dia segera masukkan ke dalam kocek seluarnya. Tak padan dengan awek skuter. Materialistik jugak kau ni! Lelaki itu tersenyum sumbing. Bolehlah tahan senyuman dia. Tak seksi sangat macam lelaki yang pesan piza malam tu. Lemak berkrim disukai ramai. Huh! Duit. Sapa yang tak nak, kan? Chow dulu. Selamba derk aje Adllea menjawab. Dia bingkas mengatur langkah merapati skuter pinknya. Adllea gagahkan diri mengangkat skuter cabuk itu. Sekilas dia mengalih pandang ke arah lelaki itu. Lelaki itu masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Sebelum dia diapa-apakan, lebih baik dia start skuter kemudian cabut!

FARITH!!! Macam biasalah. Perempuan-perempuan akan menjerit bagaikan histeria bila nampak muka Farith di dalam restoran Pizza Hut itu. Mereka sanggup tunggu berjam-jam di restoran itu semata-mata nak tengok muka Farith yang dikatakan hensem bangat itu. Dia memang sentiasa dikerumuni oleh peminat-peminat yang hendak meminta autografnya. Teman wanita Farith yang tak tahu apa namanya itu

18

Ilya Abdullah

buat muka. Tanda tidak senang hati. Siapa yang tak makan hati, kan kalau hari-hari buah hati dikelilingi oleh gadis lain. Lumrah orang yang digilai ramai. Jadi, kena tabahkan hatilah ya. Adllea pun naik jeles jugak. Bilalah pulak dia nak merasa berdiri di sebelah Farith sambil menendang perempuan cantik yang sering berada di sisi Farith itu. Kalaulah dia berada di sisi Farith, jangan haraplah kumankuman itu dapat mendekati Farith dengan mudah. Sembur sikit dengan antibiotik. Mintak dijauhkan dari jangkitan. He he he. Jadi, kenalah cepat-cepat dia menyingkirkan semua perempuan yang menggilai Farith termasuk perempuan yang seorang itu. Adllea mengerling tajam ke arah perempuan itu. Kenapalah dia tidak punya bentuk badan yang seksi macam perempuan itu? Punggung pun montok. Tertonggek naik gitu. Dia sebenarnya peminat tegar kepada pelakon yang sedang melonjak naik itu. Siapa yang tidak kenal dengan Farith Zehr? Satu drama lakonan Farith pun, dia tak pernah miss! Adllea baru saja tahu lelaki yang buat dia jatuh cinta pandang pertama malam itu adalah Farith Zehr, pelakon drama popular kegemaran dia. Malam kelmarin wajah dia lain sikit maka, tidaklah dia perasan itu Farith Zehr. Adllea memang tidak sangka dia hantar piza ke kondominium milik Farith Zehr. Kalau dia tahu lelaki itu Farith Zehr memang dah sah-sah dia minta autograf dekat uniform Pizza Hut ini. Bulan takkan jatuh ke riba, Lea tegur Kak Mona yang Adllea gelarkan andartu terlampau itu. Adllea menoleh. Segarang-garang Kak Mona ini, adakalanya dia ni baik jugak orangnya. Kenapa dia gelar Kak

19

Awek Skuter

Mona andartu terlampau? Umur Kak Mona hampir masuk empat puluh tahun tapi masih solo. Kak Mona memilih sangat jodoh dia. Dia mahukan lelaki educated! Gaji mesti besar punya! Kak Mona demand tinggi sangat. Adllea minta dijauhkan anasir seperti Kak Mona. Dia nak bersuami. Dia tak mahulah jadi andartu terlampau macam Kak Mona. Apa salahnya tunggu bulan jatuh atas riba saya, kak? Kau pun nampak, kan? Farith tu tak pernah layan kau. Akak tengok dah pelbagai cara kau buat untuk tarik perhatian dia sampai tumpahkan air atas baju dia. Yang itu akak respect, kau memang berani. Ooo akak tahulah. Adllea mengangkat kening tebalnya. Kening semula jadi tebal, tak perlu cukuran. Asli gitu. Tahu balas Kak Mona bersahaja. Salah ke saya nak mengorat pelakon kegilaan ramai tu? Adllea memuncung ke arah Farith. Tak salah. Tapi, kau dah betul-betul tengok muka kau kat cermin tak? Kalau takde cermin, akak boleh kasi kau satu. Kata-kata Kak Mona berbaur sindiran nampak. Ini yang bikin hati Adllea panas. Hu hu hu. Adllea tahulah dia tak cantik mana pun. Kurus kering macam papan orang buat rumah itu. Orang biasa macam dia manalah sesuai dipadankan dengan orang popular macam Farith. Tapi dalam mimpi dia berkahwin dengan Farith, tahu. Siap jatuh dari katil lagi. Akak ni saja tau. Nak saya join kelab andartu terlampau akak ke? Adllea kerling Kak Mona sekilas.

20

Ilya Abdullah

Apa yang dia tahu sekarang, Kak Mona tengah mengopakkan duit untuk kuruskan badan di salah sebuah pusat pelangsingan badan yang terkenal di kaca televisyen. Kak Mona kalau kurus sangat pun tak cun juga. Contohnya sudah ada di depan mata. Takde pekdahnya akak nak heret kau jadi andartu macam akak. Lagi satu, boleh tak buang perkataan terlampau di belakang tu? Memandai aje letak. Adllea ketawa kecil. Dia dan Hidayat yang meletakkan perkataan terlampau itu sebab nak bagi lebih hot pada Kak Mona. Uit! Tak padan bibir gigitan tebuan tetapi boleh tahan seksinya Kak Mona ini, tahu! Ada juga yang tergoda tapi Kak Mona jual mahal. Haiya. Saya sanggup merentasi Laut China Selatan untuk mendapatkan Farith. Tak kisahlah rintangan apa sekalipun. Saya sanggup kak! Lawan naga berapi pun saya sanggup! Ayat Adllea bukan main power lagi. Macam benda yang hendak dibuat itu kecik bebenor. Tidak perasan dugaan depan mata yang berliku-liku dan bengkang-bengkok. Kak Mona geleng kepala tengok Adllea. Cakap memanglah senang, kan? Siap nak lawan naga berapi tu. Ingat cerita Dungeons and Dragon ke lawan-lawan naga ni? Kau ingat nak berenang dalam laut tu boleh sehari sampai ke pantai? Akak rasa baru setengah jam berenang, kau dah kiok. Tak pun kena telan dengan ikan jerung. Meleret senyum sumbing Kak Mona. Orang just ibaratkan ajelah. Memanglah kojol kalau nak berenang dalam lautan China Selatan tu. Berenang dalam kolam renang pun dah tenggelam timbul. Sajalah Kak Mona ni. Sama sahaja dengan Mohd Hidayat, teman baik baik dunia dan akhirat dia itu. Tahunya

21

Awek Skuter

hendak melemahkan semangat orang! Bagilah kata-kata semangat sikit! Macam ini. Jika kau fikirkan kau boleh. Kau pasti boleh melakukan. Just! Bila belajar BI (Bahasa Inggeris)? Ceciter sikit. Adllea tersengih. Tengok cerita omputih kat TV. Adllea layan DVD Twilight kepunyaan Tuty beberapa minggu lepas. Dia tengok cerita itu bukan faham apa benda pun yang watak-watak dalam cerita itu cakap. Dia buat-buat faham saja. Sari katanya pun dalam bahasa Inggeris. Ada perkataan yang dia salin dan dia selak kamus. Rutin kerja dia waktu lapang. Dia kena belajar bahasa Inggeris sebab dia, kan berangan hendak menjadi eksekutif di pejabat kelak. Eksekutif naik skuter ke pejabat. Class gitu! He he he. Hidup awek skuter beb! Adllea tengok ada sesetengah pelanggan Melayu pun cakap dalam bahasa Inggeris. Dia orang ingat semua orang pandai berbahasa Inggeris kut? Apa salahnya cakap bahasa Melayu dengan kaum serumpun? Ini, hendak berlagak cakap bahasa Inggeris juga. Kalau berbahasa Inggeris dengan pelancong asing itu taklah dia kisah sangat. Tapi, dia tabik kepada pelancong asing yang belajar berbahasa Melayu. Macam ada satu kisah dia dengan seorang pelancong lelaki asing ini. Adik boleh tunjuk jalan ke Masjid Jamek? Slang orang putihnya tetap ada. pelancong asing ini. Muka pun boleh tahan. Baguslah

Kalau ada pelanggan cakap bahasa Inggeris dengan aku maka, aku bantai cakap bahasa Melayu. Esok-esok aku dah pandai cakap omputih tahulah mereka yang berlagak cakap speaking ni.

22

Ilya Abdullah

Apa lagi kau dok tersengih tu, Lea? Buat kerja! Sergah Kak Mona dari belakang. Kelam-kabut Adllea jadinya bila kena sergah. Siap dia melatah buat pencak silat. Kak Mona ketawa sakan. Hantu punya Kak Mona! Jatuhlah saham dia depan Farith.

23

Awek Skuter

Bab

ERMIN MATANYA memang asyik melekat di batang hidung. Muka seriusnya itu menakutkan orang sekeliling untuk memandang, terutamanya perempuan. Sekali pandang macam Louis Koo tapi dia bukanlah pelakon Hong Kong yang berkulit hitam manis itu. Nama dia, Shaz Ariel. Bukan Ariel penyanyi kumpulan Peter Pan itu ya. Dalam novel ni kita panggil dia Shaz. Rekod dia bersih. Dia tidak suka bersosial dan lebih tertumpu dengan kerja. Dia memandu kereta Perodua Kancil. Selamat pagi, Encik Shaz. Nak minum kopi atau teh? Mak cik pembancuh teh itu menegur. Pagi. Saya nak minum Milo tapi saya nak gula lebih ya. Mak cik itu hanya menganggukkan kepalanya. Dia

24

Ilya Abdullah

arif benar dengan sikap Shaz yang suka manis itu. Nasib baik tak kena kencing manis, kan? Shaz adalah seorang pereka dalaman yang bekerja di syarikat yang menyediakan perkhidmatan interior design. Dia seorang yang gemar bekerja sendirian daripada berkumpulan. Seorang yang mudah mencari pasal dengan pelanggannya. Dia suka menentukan rekaan dalaman untuk pelanggannya, bukan pelanggan yang menentukan sendiri. Acap kali jua Shaz bertukar tempat kerja kerana hal sedemikian. Shaz, sekerjanya. Okey. Dia bingkas bangun menuju ke pintu bilik kayu yang tertera nama Puan Kamila itu. Pintu bilik itu diketuk perlahan. Masuk! Shaz memulas tombol pintu. Puan nak berjumpa dengan saya? Silakan duduk Shaz. Arah Puan Kamila. Wanita itu menarik nafas panjang. Anak muda di hadapannya ini memang seorang yang berbakat namun, sikap pentingkan diri mencalar kredibiliti Shaz. Dia baru menerima aduan daripada seorang pelanggan tetapnya tentang Shaz. Shaz menukar warna bilik tidur pelanggan terbabit tanpa persetujuan. Aduan dari pelanggan lagi ke? Shaz sudah dapat mengagak. Shaz awak ni designer yang bagus. Saya suka kerja awak tapi awak kena ingat. Kerja kita kena ikut kata Puan Kamila panggil! laung teman

25

Awek Skuter

pelanggan, bukan pelanggan kena ikut kata kita kecuali awak berikan suggestion pada mereka. So, puan nak pecat saya? Bukan begitu. Saya nak awak ubah sikap awak sikit. Satu lagi. Awak ni susah sangat nak bagi senyuman pada pelanggan. Cuba belajar senyum sikit. Saya tak suka jadi hipokrit. Hipokrit sikit untuk pelanggan tak salah, Shaz. Moga Shaz mendengar nasihatnya kali ini. Rugi kalau dia hilang seorang pekerja yang rajin dan bagus seperti Shaz. Saya cuba, tapi saya tak boleh berjanji. Itu sahaja yang boleh Shaz katakan kepada Puan Kamila. Awak kena mencuba juga Shaz, sebab ini bukan kali pertama awak katakan pada saya. Puan Kamila betulbetul inginkan jaminan daripada Shaz. Saya tak suka berjanji. Tak perlu janji just mencuba, okey. Shaz membisu seketika. Baiklah, saya akan mencuba. Shaz memberikan persetujuan. Puan Kamila tersenyum. Sesekali awak kena bukakan hati untuk berkawan dengan teman sekerja awak. Puan ada apa-apa lagi perkara yang ingin disampaikan pada saya? Kata-kata akhir Puan Kamila itu tidak diendahkan. Takde. Awak boleh keluar. Shaz bingkas bangun dan berlalu.

26

Ilya Abdullah

Puan Kamila menggelengkan kepala. Shaz kembali ke meja kerjanya. Dia perlu menyambung kerja yang tergendala. Telefon bimbit yang berlagu riang telah mengganggu tumpuan Shaz. Itu yang cukup dia tidak berkenan. Kalau bukan fikirkan yang menelefon itu adalah abangnya, memang dia matikan telefon terus. Shaz teman abang lunch hari ini? Ajak girlfriend abanglah. Dia tak makan di Restoran Mak Jah Udanglah. Itu masalah abang. Shaz. Shaz banyak kerja. Pleaselah Shaz. Tengoklah telefonnya. nanti. Shaz mematikan talian

Farith tersentak. Cepat betul adiknya itu matikan talian. Tapi adiknya itu boleh diharapkan daripada yang lagi seorang itu. Dia yakin Shaz akan datang. Farith tersenyum sendiri.

BANYAK duit? Gaji belum lagi, kan? Mana dapat? Hidayat bertanya. Hari ini Adllea dengan baik hatinya belanja Hidayat makan malam bersama. Makan di restoran mamak saja. Kalau Nana tahu, memang dia kena pancung. Macamlah dia ada selera dengan teman baik dia ini. Dia rogol Hidayat karang baru Nana menangis tak berlagu. Ha ha ha!
27

Awek Skuter

Biasalah aku pun ada buat kerja part-time jugak. Kau ni banyak tanyalah Dayat, balas Adllea. Adllea menjuihkan bibirnya. Buat apa Hidayat hendak takut? Dia bukan dapat duit ini dengan main tikam nombor ekor atau buat ngangkung tengah malam. Haram, tahu! Hidayat buat muka tidak puas hati. Ini yang buat Adllea getik nak menengoknya. Ingat maco sangat ke buat muka macam itu? Dia pun buat aksi kibas rambut ke belakang ala-ala iklan rambut dalam televisyen. Perasan ayu gitu. Biasalah dia memang sentiasa menjaga rapi rambutnya ini. Syampu yang dia gunakan tentu saja Sunsilk untuk rambut berkilat. Kalau dia punya muka macam Erra Fazira, tak pun macam Lisa Surihani pasti dia punya teman lelaki keliling pinggang! Hidayat pun akan tersangkut dengan dia. Masalahnya, tiada siapa pun yang terpikat dengan muka dia ini. Mata dia sepet sikit, bibir dia nipis dan hidung dia kecil. Badan dia tak payahlah cerita. Kalau orang lain mengatakan badan dia papan tetapi Hidayat pula mengatakan badan dia macam hantu jerangkung! Dia ada juga berangan untuk membuat pembedahan hidung bagi mancung sikit macam artis Korea tu. Dia tidak melakukannya kerana itu serupa macam mengubah kejadian Tuhan. Bersyukurlah dengan rupa yang ada sekarang tanpa ada cacat celanya. Kalau macam ini bolehlah aku pinjam duit kau sikit. Adllea terhenti menyuap nasi goreng kampung. Inilah yang dia malas nak dengar. Bila dia ada duit sikit mesti Hidayat mahu pinjam. Dia ini dah macam ceti pula. Salahnya, dia tidak letak bunga. Kalau letak bunga, rasanya ada beribu

28

Ilya Abdullah

hutang Hidayat pada dia. Kawan punya pasal sampai ada masanya dia yang kena ikat perut. Adakalanya baik hati Adllea ni tidak kena pada tempatnya! Kau bagi lagi duit pada Nana, kan? Apa alasan Nana kali ini? Mak dia sakit? Bapa dia sakit? Aku rasa dah berapa kali mak bapak dia sakit. Sengaja Adllea memerli Hidayat. Sepanjang bulan ini asyik sakit saja tak ke pelik? Lea kau baik, kan. Mula dah ayat untuk menggoda hati dia. Aku memang baik, balas Adllea dengan bersahaja. Aku sayang sama kau. Kau kawan baik aku dunia dan akhirat. Aku pun sama. Tapi kau lagi sayang pada Nana. Adllea Abd. Rashid sudikah kau Aku tak sudi! Tolonglah Lea aku ada RM5.50 aje dalam dompet aku ini. Hidayat tunjuk muka seposen dia. Dia buat muka minta simpati. Adllea buat-buat garu hidung. Hidayat diam sejenak. Dia sedang menunggu Adllea menyebut perkatan O-K-E-Y. Kalaulah kau pilih aku jadi teman wanita kau, semestinya aku akan bagi pinjam duit pada kau. Tapi kau pilih Nana. Hu hu hu. Ceh! Adllea emosional pulak. Kau nak pinjam berapa hinggit? Adllea memang jenis cepat kesian. Dia lihat berseriseri muka Hidayat. Hidayat memang tahu Adllea mudah cair dengan kata-katanya. Aku pinjam RM200.00 boleh?

29

Awek Skuter

Okey, balas Adllea pendek. Kau memang kawan baik aku dunia dan akhirat. Itu saja ayat kau untuk aku. Ayat dah muak aku dengar. Bila kau senang, kawan baik dunia dan akhirat kau ini dilupakan. Rengus Adllea. Hidayat tersengih, tayang gigi.

30

Ilya Abdullah

Bab

EPERTI biasa, Adllea melaksanakan tugas penghantaran dengan penuh dedikasi. Dia yakin selepas ini dia akan dicalonkan sebagai pekerja cemerlang dan seterusnya akan dinaikkan pangkat. Adllea teringin menendang keluar Kak Mona daripada jawatan yang buat dia berkuasa itu. Jahat juga niat dalam hati Adllea ini. Habis waktu kerja, Hidayat ajak Adllea melepak di kafe adik dia bekerja. Adllea dengan Ummi tidak berapa ngam sangat. Ummi ini agak sensitif sikit kalau tergores perasaannya. Gadis air mata. Ala Adllea pun lebih kurang sama juga macam Ummi. Macam Hidayat cakap pada Adllea, perempuan ini makhluk yang lemah dan mudah mengalirkan air mata. Adllea tahulah dia lemah dan tidak kuat. Dia tiada ilmu mempertahankan diri.

31

Awek Skuter

Awal hari ini habis kerja Kak Lea? Hari ini Kak Lea tak ambil overtime. Hidayat menjawab bagi pihak Adllea. Sekejap ya. Ummi hantarkan kopi pada pelanggan tu. Ummi memuncungkan bibirnya ke arah pelanggan yang sedang khusyuk membaca buku di meja penjuru hujung kafe itu. Adllea turut melirik ke arah pelanggan terbabit. Muka macam pernah nampak? Hidayat kerut muka tengok gelagat Adllea. Kau kenal ke? Entah? Tapi macam pernah tengok. Ex-boyfriend kau ke? Tolong sikit! Aku mana ada pakwe. Aku nak kau jadi pakwe aku tapi kau tolak, getus Adllea. Bila masa kau luah perasaan pada aku? Kau ni tak pandai berguraulah. Adllea melintasi Hidayat. Hidayat tidak akan jadikan dia sebagai kekasih. Dia pilih gadis yang lawa saja. Kaki sudah lenguh maka, kena cari tempat untuk duduk. Hidayat mengikut langkah Adllea. Dari jauh mereka lihat riak muka Ummi berubah. Mereka lihat pula tuan punya kafe menghampiri. Ummi dimarahi di hadapan pelanggan terbabit. Apa yang berlaku agaknya? Adllea dan Hidayat tidak dapat mengagak. Ummi menangis teresak-esak lalu berlari masuk ke belakang. Tuan punya kafe seperti sedang meminta maaf kepada pelanggan tadi.

32

Ilya Abdullah

Adllea rasa ada yang tidak kena. Dia pandang Hidayat. Hidayat menjongketkan bahunya. Adllea memanggil tuan punya kafe sebaik sahaja dia lalu di hadapan meja tempat duduk mereka. Puan kenapa tu? Adllea sengaja menyoal. Ummi tersalah bagi kopi, balasnya dan segera berlalu. Masakan tersalah bagi kopi, sampai Ummi menangis dibuatnya. Adllea rasa tidak puas hati dengan lelaki itu. Dia bangun. Hidayat turut bangun. Mereka mengatur langkah ke meja pelanggan terbabit. Assalamualaikum. Lemah lembut Adllea bagi salam. Pelanggan itu angkat kepala. Adllea pandang dia. Dia pandang Adllea. Eh! Dia ini lelaki yang duduk serumah dengan Farith itu. Mula-mula aku tengok muka dia pun, aku rasa dia ini jenis tak mesra alam. Sempat Adllea komen dalam hati. Adllea pegang gelas yang air kopinya masih tidak terusik itu. Dia simbah air kopi ais itu ke muka lelaki tersebut. Hidayat terlopong melihat perbuatan Adllea. Tekup mulut gitu. Adllea memang sengaja simbah air kopi ais itu ke muka lelaki itu. Geram sangat! Ops! Sorry ya. Tak sengaja tadi. Semua pengunjung di kafe itu ketawa melihat aksi Adllea yang dramatik ini.

33

Awek Skuter

Lelaki itu meletakkan buku yang dibaca itu di atas meja lalu bingkas bangun berhadapan dengan Adllea. Adllea menelan air liur. Jelas amarah di wajah hitam manis itu. Lelaki itu tanggalkan kaca mata yang terlekat pada batang hidungnya yang mancung itu. Mata yang berwarna coklat itu merenung Adllea. Tajam sekali! Sungguh, mata dia berwarna coklat tanpa memakai kanta lekap berwarna. Adllea ingatkan lelaki itu akan maki hamunnya tetapi sebaliknya dia melintasi Adllea lalu menuju ke tandas. Adllea menarik nafas lega. Hidayat juga menarik nafas lega. Ummi yang melihat aksi berani mati Adllea juga mengurut dada. Dia itu ulat buku dan pendiam. Ke mana aje dia pergi mesti ada buku di tangannya. Kalau nak dengar dia bersuara, payah betul! Macam ada emas dalam mulut dia, jelas Ummi setelah keadaan reda. Mereka duduk agak tersorok daripada pengunjung lain. Lelaki tadi juga sudah tiada di mejanya. Barangkali sudah berlalu pergi. Adllea dan Hidayat anggukkan kepala. Tapi. Ummi menarik nafas dua tiga kali. Macam susah pula Ummi hendak menyambung kata. Ada tapi pulak? celah Adllea. Dia itu cerewetnya mengalahkan perempuan. Kalau minum kopi di sini, gelasnya mesti kena betul-betul bersih. Kopinya pula mesti yang standard dan mesti lebih gula. Dia ni hantu manis! Tempat dia melepak ini, orang lain

34

Ilya Abdullah

Ops! sori ya

Tak sengaja tadi Dia pandang aku dengan renungan mata yang tajam tu

Hmmm..

35

Awek Skuter

tidak boleh duduk. Bos Ummi memang dah sedia maklum dengan perkara ini. Bos Ummi kena ikut aje. Kalau tak, Mama Zara serang kami. Mama Zara tu kepoh dan cerewet macam anak saudaranya itu juga. Setelah mendengar cerita Ummi, Adllea merasakan lelaki itu adalah lelaki yang amat menjengkelkan. Apa dia ingat kedai kafe ini mak bapak dia yang punya? Dan siapa pula Mama Zara tu? Orang ternama ke? Ada lagi. Ingatkan dah habis. Adllea tersengih. Dia adik kepada Farith, pelakon terkenal itu. Tersembur terus Milo ais yang berada dalam mulut Adllea. Hidayat yang duduk berhadapan dengan dia memang sudah sah-sah kena tempiasnya. Minta maaflah Hidayat. Aku bukan sengaja nak sembur kau. Apa kau kata tadi Ummi? Cuba Ummi ulang balik. Telinga Kak Lea dah tiga hari tidak berkorek. Adllea suakan telinganya kepada Ummi. Ummi cakap dia adik kepada Farith, pelakon popular itu, ulang Ummi. Mulut Adllea ternganga luas. Dia ingatkan lelaki itu teman serumah Farith, rupa-rupanya adik Farith. Chop-chop! Ada kemusykilan di sini. Adllea mengusap dagu. Kalau betul dia adik kepada Farith, mengapa Farith putih melepak tetapi dia ini hitam manis pula? Muka pun tak sama. Kak Lea tak percaya katak mata empat itu adik Farith. Katak mata empat? Dahi Ummi berkerut. Adllea memberikan senyuman manis kepada Ummi.

36

Ilya Abdullah

Kak Lea kena percayalah. Ummi tak tipu yang dia itu adik Farith. Perempuan mana berani dekat Farith kalau dia ada. Ummi pernah dengar cerita yang dia tampar seorang gadis itu sebab mahu berkenalan dengan Farith depan orang ramai, sambung Ummi. Tampar? Uit! Biar betul ni! Lelaki berani tampar perempuan? Nampaknya sebelum kau mendekati Farith, kau kena menghadap katak mata empat itu dulu. Sahut Hidayat. Hidayat memang tahu yang Adllea ada hati dengan Farith. Adllea sudah agak rintangan yang bakal dilaluinya memang hebat. Tapi aku, Adllea Abd. Rashid tidak gentar mahupun takut. Alangkan Lautan China Selatan pun dia sanggup renangi. Buaya dalam sungai pun sanggup dia hadapi maka, katak empat mata ini tidak menjadi masalah padanya. Kau rasa aku kena belajar Muay Thai tak? Apa kena-mengena kau nak ngorat Farith dengan Muay Thai pulak? Takde kena-mengena. Habis tu? Adllea menongkat dagu. Dia sudah membuat masalah dengan adik Farith. Maka, dia sudah terkeluar dari senarai calon kakak iparnya. Tapi, ada dia kisah? Dia tidak kisah pun. Kak Lea suka Farith ke? Adllea mengangguk laju. Dia sudah lama suka Farith. Perasaan cinta ini saja yang tidak mampu terluah dengan kata-kata. Chewah! Dia pernah juga hantar surat kepada Farith. Surat sebagai peminat misteri.
37

Awek Skuter

Kak Lea kena ngorat katak mata empat itu dulu kalau Kak Lea nak dekat dengan Farith. Jalan berliku ni, Kak Lea. Tambahan pulak Farith dah ada girlfriend. Muka Ummi macam tidak yakin kemampuan dia. Abang dengan adik sama saja. dengan

Adllea terlupa pula pasal girlfriend Farith. Jahat ke kalau dia merampas kekasih orang? Dia rasa dia tidak jahat sebab Farith masih belum bertunang mahupun berkahwin dengan perempuan itu. Kiranya dia masih ada peluang. Jangan pandang rendah pada awek skuter macam dia. Kak Lea lupa nak tanya Ummi. Siapa nama katak mata empat itu? Ouch! Nama penuh dia Shaz Ariel. Ooo... nama dia Shaz Ariel, adik Farith ye. Adllea mengorak segaris senyuman. Oh! Itu nama katak mata empat tu.

HEY, awek skuter! Lengan Adllea dipegang sebelum Adllea sempat menghidupkan skuternya. Tersentak Adllea. Mamat tadi tu?! Apa hal pegang-pegang tangan anak dara orang ni? Adllea menarik lengannya. Ingatkan lelaki itu sudah hilang entah ke mana. Rupa-rupanya menyorok untuk mengambil kesempatan pada dia. Berani ya awak simbah air kopi pada saya?! Saya memang berani.

38

Ilya Abdullah

oo... nama dia Shaz Ariel adik Farith ye

Aku tak kisah dia adik Farith, ingat dia bagus sangatkah?

Tapi dalam hati ada rasa takut, mana tahu dia nak balas dendam pada aku nanti

39

Awek Skuter

Esh! Kau ni Adllea suka sangat tunjuk berani. Dia tu lelaki, kau tu perempuan. Hidayat tiada pula sekarang. Awak sorang aje ni. Mana boyfriend awak tadi? Sibuklah! Awak jangan buat tak senonoh pada saya, saya jerit kuat-kuat nanti! Lelaki itu ketawa mengekek. Lucu agaknya mendengar kata-kata yang keluar daripada bibir Adllea itu. Adllea semakin panas hati. Saya tak buat lawak, okey! getusnya. Awak ingat saya kebulur sangat ke nak apa-apakan awek skuter macam awak ni? Not my taste okey. Mak aih! Ayat dia menyakitkan hati. Dia ingat dia kacak bangat sampai perempuan tergila-gilakan dia? Kulit pun hitam! Youre not my taste too! Adllea bantai cakap omputih. Lantaklah kalau bahasa Inggeris dia tungganglanggang. Lelaki itu berhenti ketawa. Kalau kita jumpa lagi, tahulah nasib awak nanti. Eleh saya pun tak hengen nak jumpa awak lagi. Tapi kalau saya terjumpa awak, saya dah siap sedia masa tu! Gadis yang berani. Kita tunggu dan lihat. Kata lelaki itu sebelum berlalu pergi. Adllea menghela nafas lega.

40

Ilya Abdullah

SEUMUR hidup dia, ini kali pertama mukanya disimbah air oleh seorang gadis, di khalayak ramai pula tu. Jatuh reputasinya. Shaz mengetap bibirnya. Habis kotor T-shirt kesayangannya itu. Kekotoran daripada kesan kopi ini bukan mudah untuk dibersihkan biarpun menggunakan serbuk pencuci Breeze. Tidak mengapa, Mama Zara boleh tolong sentalkan kotoran degil itu. Shaz parkirkan keretanya di halaman banglo dua tingkat milik Mama Zara, mak ciknya itu. Mama Zara ada hal penting mahu berjumpa dengannya. Jangan hal perempuan, sudah! Dia tidak suka main cari-cari calon menantu ini. Hal perempuan selalu memeningkan kepala. Lainlah dengan dua abangnya itu. Mereka dikelilingi oleh perempuan cantik. Mama Zara macam tahu-tahu dia sudah sampai. Wanita itu sudah sedia menanti di depan pintu. Senyum simpul sahaja Mama Zara. Adalah tu agenda dalam kepala dia. Kalau agenda nak suruh dia pilihkan calon isteri buat dua abangnya itu, memang dia akan tolak. Biarlah mereka pilih calon isteri mereka sendiri. Baik dan buruk terserah pada mereka. Mereka sudah besar panjang. Anak saudara auntie yang disayangi dah sampai. Mama Zara memaut lengan Shaz. Auntie jangan tunjuk senyuman palsu auntie pada saya. Auntie punya senyuman ikhlaslah, Shaz. Ikhlas sangatlah tu. Mama Zara ketawa. Dia mengheret Shaz masuk. Ada beberapa orang tetamu di dalam banglo tersebut. Tetamu yang tidak dikenali oleh Shaz. Perempuanperempuan muda dan cantik-cantik belaka. Apa motif Mama Zara agaknya?

41

Awek Skuter

Berani betul perempuan ni simbah muka aku dengan air

42

Ilya Abdullah

Please dear jangan buat muka dengan auntie. Auntie bukan nak kenalkan mereka ni dengan Shaz. Shaz tu tak berperasaan, komen Mama Zara. Fuh! Lega. Dia memang tidak suka sesi suai kenal begini. Nampak gayanya hanya dia seorang yang dipanggil oleh Mama Zara. Kedua abangnya, Farith dan Izmi tidak dijemput sekali ke? Mama Zara memegang bahu Shaz. Mama Zara Auntie nak Shaz pilih dua orang gadis yang sesuai buat Farith dan Izmi. Auntie tak berkenanlah dengan kekasih Farith tu. Izmi pula jenis hidung tinggi. Dah agak dah. Ini yang Shaz tak senang hati. Dia tak mahu dipersalahkan oleh Farith dan Izmi nanti. Auntielah buat pilihan sendiri. Auntie tak pandailah nak pilih calon ikut mata auntie ni. Shaz tolonglah auntie ya. Mama Zara memujuk. Shaz gelengkan kepala. Auntie pandai kumpulkan calon, auntie kena pilih sendiri. Gadis-gadis itu berbisik sesama mereka. Ada yang melemparkan senyuman buat Shaz namun, Shaz tidak membalasnya. Assalamualaikum auntie. Wajah Farith terpacul di muka pintu. Farith. Mama Zara meluru mendapatkan Farith. Lengan sasa Farith ditarik. Farith dibawa ke arah gadis-gadis tersebut. Tercengang-cengang Farith dibuatnya. Gadis-gadis itu mula menunjukkan reaksi sebaik sahaja melihat Farith. Pelakon popular siapa yang tak kenal.

43

Awek Skuter

Shaz hanya berpeluk tubuh. Dia sudah agak wajah Farith akan menjadi keruh. Mama Zara. Farith auntie bersusah payah carikan calon isteri buat Farith tau. Semuanya dari lulusan universiti dan anak-anak Datuk. Farith merenung Shaz. Adiknya itu buat tidak peduli malah, memijak naik anak tangga untuk ke tingkat atas. Shaz memang begitu bukan jenis suka bercampur sangat. Dunianya hanyalah kerja dan buku. Mahu atau tidak, Farith terpaksa berhadapan dengan semua calon gadis pilihan hati Mama Zara itu.

44

Ilya Abdullah

Bab

KUTER oh skuter! Kenapa kau buat perangai mengejut hari ini? Kau tahu tak aku nak cepat hantar piza pada Farith. Sejuklah piza ni nanti. Farith tentu tak nak makan piza yang sejuk. Hu hu hu. Aku cuma pandai bawa skuter tetapi tak pandai menjadi mekanik pada skuter aku. Bateri telefon pula dah kong! Kalau tak aku boleh minta tolong Hidayat. Apalah malang nasibku ini? Adllea membelek setiap inci tubuh skuter kesayangannya. Selama dia tunggang skuter ini dia mana pernah belek isi dalamannya. Dia sekadar mandikan dan membelai manja skuternya ini. Minyak penuh, tapi apesal skuter dia semput? Ada yang sabotaj skuter kesayangan dia ke? Adllea menggaru kepalanya. Apa lagi, dia mula menahan kereta yang lalu-lalang di situ tapi, tak ada satu pun

45

Awek Skuter

yang berhenti. Agaknya mereka takut kena rompak kut? Sekarang ini macam-macam kes rompakan tepi jalan. Tapi dia bukan perompak. Masakan perompak bermuka comel macam dia. Lagi-lagi dengan baju seragam PHD (Pizza Hut Delivery) tersarung pada tubuh dia ni. Macam-macam aksi yang Adllea buat namun, menghampakan. Karang dia baring kat atas jalan karang! Dia sudah memikirkan idea yang cukup berisiko ini. Tak boleh tak boleh! Adllea menggeleng kepala. Apa yang dia harus buat ni? Masakan dia perlu duduk menongkat dagu di sini menunggu bantuan sampai? Dia ni macam duduk di pulau terbiar pula. Kata orang, harapan itu tetap ada kalau kita bersabar. Sebuah kereta Kancil berhenti di tepi jalan. Adllea menarik nafas lega dan bersyukur. Alhamdulillah ada juga orang yang sudi menghulurkan bantuan kepada insan yang lemah ini. Namun, sebaik sahaja melihat wajah insan yang baik hati itu, senyuman di bibir Adllea terus mati. Katak mata empat! Skuter buruk rosak ke? Shaz melemparkan senyuman sinisnya kepada Adllea. Apa, ingat Adllea Abd. Rashid kebulur sangat minta pertolongan dia. Adllea semakin sakit hati dengan Shaz yang selamba mengesat tapak kasutnya yang kotor itu pada skuter kesayangan Adllea. Kalau setakat nak menindas dia dan skuternya di sini, rasa ada baiknya Shaz tidak payah berhenti untuk menghulurkan bantuan langsung. Kalau nak balas dendam pada saya, baik awak tak payah berhenti, rengus Adllea. Shaz ketawa kecil. Namun, tawanya itu tidak cukup manis pada Adllea. Tawa orang yang tak tahu nak ketawa.

46

Ilya Abdullah

Awak menghala ke kondo abang saya. Piza ini mesti untuk abang saya, kan? Adllea malas mahu menjawab. Dia buat tidak peduli. Biarkan mamat itu panas hati dengan dia. Namun, lain pula jadinya. Shaz merapati skuter Adllea dan tanpa izin dia menyelongkar piza yang Adllea bawa. Tidak beradab sopan punya manusia. Aku dah agak piza ni untuk abang aku, gumamnya. Dia mengambil piza tersebut lalu mengeluarkan sejumlah wang dari kocek seluar jeannya. Not RM50.00 itu dihulurkan kepada Adllea. Keep the change. Kurang asam punya lelaki. Dia boleh blah begitu sahaja selepas dia ambil piza untuk abangnya itu. Adllea memang cukup berang! Kalau ada pistol dalam tangan, memang dia tembak terus katak mata empat itu. Sinar matahari semakin terik di atas kepala. Adllea mula berpeluh-peluh. Adllea mengibas mukanya dengan tangan. Hati Adllea bertambah panas dengan gelagat katak mata empat tadi. Tak guna! Dia menyebabkan aku tak dapat jumpa Farith. Setengah jam kemudian ada sebuah motosikal berhenti berdekatan Adllea. Dua orang lelaki merapati Adllea. Orang jahat ke? Mintak-mintak bukanlah. Adllea sudah mampu tersenyum sebaik sahaja melihat kelibat Hidayat bersama lelaki yang tidak dia kenali itu. Hidayat tampak cemas sekali. Lea aku dapat panggilan telefon tadi. Ada orang lelaki call, cakap kau punya skuter rosak tepi jalan.

47

Awek Skuter

Ada orang buat panggilan telefon ke tempat kerja dia? Katak mata empat itukah? Adllea musykil. Masakan katak mata empat itu? Tak logiklah. Mungkin Farith kut? Farith, kan tahu dia yang hantarkan piza itu untuknya. Katak mata empat itu mesti bercerita dengan Farith. Aku haus dan penatlah, Dayat. Kau ada bawa air tak? Adllea malas nak ambil tahu pasal lelaki yang menelefon itu. Dia keletihan sekarang ini. Karang dia pengsan, susahlah pulak. Ada. Hidayat menghulurkan botol berisi 500ml air mineral kepada Adllea. Lelaki yang dibawa oleh Hidayat itu seorang mekanik. Dia memeriksa skuter Adllea. Adllea rasa jangka hayat skuternya itu masih belum sampai ke tahap layak untuk dijadikan besi buruk. Nampak gayanya kau kena buat panggilan dengan pelakon kegemaran kau itu. Piza dia mesti dah sejuk. Hidayat menghulurkan telefon bimbitnya kepada Adllea. Tak payah balasnya pendek. Kenapa? Dia itu pelanggan kita tau. Adik dia dah ambil piza tu. Wajah Hidayat berubah. Kau kata bateri kau kong! Macam mana pula kau call dia? Hidayat kehairanan. Kebetulan dia lalu jalan ni. Dia berhenti tapi bukan nak tolong aku. Dia ambil piza untuk abang dia. Jelas Adllea. Macam tahu-tahu aje piza tu abang dia punya. Pelik pulak aku. Entah-entah dia ekori kau. Hidayat membuat spekulasi sendiri.

48

Ilya Abdullah

Agaknya kut. Adllea pun terpengaruh dengan spekulasi Hidayat itu. Tapi, apesal pulak katak mata empat tu nak mengekori aku? Aku bukannya anak orang kaya pun kalau dia nak merompak. Mungkin juga pasal aku malukan dia di kafe kelmarin.

KAK MONA membebel hingga naik pedih telinga Adllea mendengarnya. Apa tidaknya. Tiga pelanggan buat aduan kepada Kak Mona piza mereka lambat sampai. Dan salah seorang pelanggan tersebut adalah katak mata empat itu. Bukan salah dia pun. Skuter dia rosak, nak buat macam mana? Kata orang masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Adllea malas mahu melayan kerenah Kak Mona. Dia cuma tahu membebel sahaja. Lain kali dia suruh Kak Mona hantar piza pula. Baru Kak Mona tahu macam mana susahnya jadi penghantar piza ni. Hidayat dan yang lain-lain hanya menyabarkan Adllea. Biasalah kalau Kak Mona datang bulan, angin kus-kusnya pun datang sekali. Itu komen kawan-kawannya. Adllea hanya tersengih. Bawa bertenanglah, Lea. Kau, kan tahan sabar dengan kakak kita tu. Hidayat memujuklah kononnya. Aku rasa nak bagi pelempang kat bibir gigitan tebuan dia tu. Adllea siap buat gaya mulut Kak Mona yang suka memuncung bila bercakap. Hidayat dan yang lain-lain ketawa melihat aksi selamba Adllea itu.
49

Awek Skuter

Cakap tu pandang-pandang belakang. Ujar Zazali yang duduk bersebelahan dengan Hidayat. Aku tak kisah kalau dia dengar pun. Ingat aku takut dengan dia? Adllea berkata dengan megahnya. Tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Kecut perut juga kalau Kak Mona naik angin kus-kus. He he he berani cakap belakang saja. Depan Kak Mona, lidah kelu seribu bahasa. Dayat. Ya? Siapa mamat yang beritahu kau aku tersadai kat tepi jalan tu? Adllea baru bertanya. Harap-harap Farithlah orangnya. Ehem! Katak mata empat kau tu la. Hidayat menjawab laju. Mulut Adllea terlopong besar. Apa motif katak mata empat itu agaknya? Adllea mengusap dagunya. Dia mesti ada agenda tersendiri. Ada katak di sebalik batu ni.

50

No. ISBN:- 978-967-0448-36-7 Jumlah muka surat:- 282 Harga Runcit:- S/M: RM14, S/S: RM17 Harga Ahli:- S/M: RM10, S/S: RM13 Sinopsis:Adllea... gadis biasa yang bekerja sebagai penghantar piza. Tiada yang menarik tentang dirinya selain skuternya yang berwarna pink itu. Adllea seorang yang agak naif, lurus dan polos sedikit. Lelaki idamannya itu adalah Farith, seorang pelakon terkenal yang digilai ramai. Temantemanya kata dia bagaikan si pungguk yang rindukan bulan. Dalam pada itu, dia turut berkenalan dengan adik Farith, Izmi dan Shaz Ariel. Izmi dan Shaz Ariel lelaki yang menjengkel hati Adllea. Shaz Ariel a.k.a 'katak' mata empat yang sukar untuk difahami perangai sebenarnya itu secara

tiba-tiba mahu membantu dia mendekati Farith. Semakin mengenali Shaz Ariel, Adllea mula memberikan pandangan berbeza pada lelaki itu. Saat Adllea mahu meluahkan perasaan di hati, Shaz Ariel ditimpa kemalangan. Kalau aku jadi pungguk, siapa agaknya si bulan itu? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan nomik yang pertama seumpamanya... AWEK SKUTER di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337/6337 Faks:- 03-4149 7337