Anda di halaman 1dari 11

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011

PENDIDIKAN JASMANI 1

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH


Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
LANCELOT DOOM & ARDIZAN

11

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011


Pembentang: - Lancelot Doom - Adizan Jalimin Kemahiran Asas: - Menghantar bola - Mengelecek dan mengelak - Menghadang dan menyentuh

Kumpulan Unit: PPISMP PJ Semester 3 Jumlah pelajar: 18 orang

Peralatan yang digunakan: Bilangan. Perkara Jumlah unit

1. 2. 3.

Bola ragbi Kon kecil Gelung

10 16 4

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011


Regangan Regangan dilakukan bermula dari kepala hingga kaki dengan kiraan 8. Pemanasan badan/meningkatkan kadar nadi Aktiviti 1: Menghantar bola ragbi ke belakang dalam satu barisan.

1. Sebelum aktiviti bermula, pelajar akan disuruh duduk dalam satu barisan, kemudian berdiri mengikut abjad tinggi iaitu dari rendah ke tinggi setelah menerima arahan. 2. Kumpulan yang lambat akan dikenakan latihan kecergasan. 3. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan hantaran bola iaitu hantaran sisi, atas kepala dan bawah kaki. 4. Sekali lagi, kumpulan yang lambat akan dikenakan latihan kecergasan.

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011


Aktiviti 2: Galah panjang

Pelajar yang terlibat: Semua pelajar 1. Dibahagikan kepada 4 kumpulan (4 lawan 5) 2. Hanya penjaga dihadapan sahaja yang boleh memotong di garisan tengah. 3. Kumpulan pertama cuba untuk melepasi halangan. 4. Kumpulan kedua akan menghalang kumpulan pertama. 5. Sesiapa yang kena sentuh, pemain keluar terus dari gelanggang, yang tinggal akan teruskan permainan. 6. Latihan kecergasan akan diberikan kepada pasukan yang kalah.

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011


Kemahiran menghantar bola sisi Ansur maju: 1. Berdiri tegak dengan kaki dibuka seluas bahu. 2. Untuk menghantar bola kesebelah kanan, kaki kiri mestilah berada di hadapan dan kaki kanan berada di belakang. 3. Untuk menghantar bola kesebelah kiri, kaki kanan mestilah berada di hadapan dan kaki kiri berada di belakang. 4. Badan dihalakan ke arah rakan, tarik tangan ke belakang dan tolak bola ke arah rakan. 5. Untuk hantaran yang lebih jauh, tolak bola kemudian ikut lajak.

Hantaran bola sisi (statik) Aktiviti 1:


3M 5M

1. Hantaran sisi ini dilakukan secara berpasangan. (9 pasangan) 2. Jarak hantaran yang pertama ialah 3 meter seterusnya 5 meter. 3. Disamping menghantar bola, mereka juga dapat mempelajari cara untuk menangkap bola.

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011


Hantaran bola sisi (dinamik) Ansur maju: 1. Bawa bola dengan melakukan hantaran kepada rakan dari stesen A ke stesen B. 2. Orang yang menerima bola mestilah berada di belakang orang yang menghantar bola. Aktiviti 2:

STESEN A

STESEN B

1. Dengan menggunakan tiga orang dalam satu kumpulan, hantaran sisi dilakukan secara dinamik dari stesen A ke stesen B, kemudian bola diserahkan kepada orang di stesen B. 2. Stesen B akan melakukan perkara yang sama dan berterusan hingga pelajar mahir.

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011


Hantaran bola sisi (flick) Aktiviti 3:
C

1. Aktiviti ini hampir sama dengan aktiviti 2, tetapi pelajar akan bergerak mengikut kombinasi yang telah ditetapkan. 2. Pembawa bola(A) membuat hantaran kepada orang yang di tengah(B), kemudian orang yang di tengah(B) akan lari keluar. Pada masa yang sama, orang yang paling hujung(C) akan masuk ke tengah dan menerima bola dari orang yang tengah tadi(B). 3. Setelah menerima bola, orang tengah(C) lari keluar dan orang pertama(A) pula masuk ke dalam dan berterusan. 4. Orang yang menerima bola mestilah berada di belakang orang yang menghantar bola.

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011


Kemahiran mengelecek dan mengelak Kemahiran mengelecek dan mengelak ini bertujuan untuk mengelak daripada disentuh bagi melepasi pihak lawan. Ansur maju: 1. Pegang bola menghadap pasangan dan bersedia untuk larian 2. Berlari ke satu arah, berhenti dan tukar arah larian dengan sertamerta. 3. Teruskan larian Mengelecek dan mengelak Aktiviti 4:

Pihak lawan Pembawa bola

1. Pembawa bola berlari ke arah pihak lawan, kemudian tukar arah sama ada kiri atau kanan dan teruskan larian. 2. Pihak lawan hanya mendepakan tangan dan berdiri statik dengan kaki dibuka seluas bahu. 3. Tukar posisi setelah selesai melakukan kemahiran ini. 4. Orang yang menerima bola mestilah berada di belakang orang yang menghantar bola.

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011


Kemahiran menghadang dan menyentuh Dalam kemahiran menghadang, pemain perlu menghalang pemain lawan daripada melakukan try bagi mendapatkan mata. Untuk mematikan pergerakan lawan, pemain menggunakan sentuhan. Ansur maju: 1. Berdiri dengan mendepakan kedua-dua belah tangan 2. Hadang pemain lawan dengan menumpukan pandangan kepada pergerakkannya. 3. Bergerak ke kiri dan kanan dengan tangan didepakan. Cuba hadang dan sentuh pemain. Menghadang dan menyentuh Aktiviti 5:

Penghadang Pihak lawan

1. Bahagi dua kumpulan lelaki dan perempuan.(1 lawan 1) 2. Penghadang cuba untuk menyentuh pihak lawan. 3. Pihak lawan cuba untuk lepaskan diri.

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011


Permainan kecil Dalam permainan kecil ini, semua kemahiran asas akan digunakan. Peraturan: 1. Jika pembawa bola disentuh dua kali, bola akan jadi milik pihak lawan. 2. Hanya bola sahaja yang boleh disentuh. 3. Try hendaklah dibuat dalam gelung yang telah disediakan.

Padang ragbi sentuh

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011


Penyejukkan badan Bermula dari kaki hingga kepala dengan kiraan 8 Sesi soal jawab 1. Nyatakan tiga kemahiran yang dipelajari? 2. Dimanakah posisi anda ketika hendak menerima bola? Komen pensyarah:

Anda mungkin juga menyukai