Anda di halaman 1dari 40

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak

NOTA RUJUKAN

HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. Rahman Shaari

MAKSUD Rangkap 1 Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan. Rangkap 2 Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu. Rangkap 3 Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu. Rangkap 4 Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna. 191

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak

TEMA Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.

PERSOALAN 1. Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan. 2. Persoalan jati diri remaja. 3. Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh. 4. Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja. Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.

BENTUK 1. Terdiri daripada empat rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris. 3. Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa. 5. Sajak ini berbentuk bebas. NADA Sinis

GAYA BAHASA 1. 2. 3. 4. Ayatnya pendek-pendek. Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5) Diksinya mudah difahami. Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1) Aliterasi :pengulangan konsonan m Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1) Pengulangan konsonan t Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2) 192

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak 5. Asonansi : Pengulangan vokal a Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1) Pengulangan vokal i Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6) 6. Anafora pengulangan perkataan pada awal baris Contoh : bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5) Metafora Contoh : piala remajamu (rangkap 2, baris 2) cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3) madu ajaran (rangkap 2, baris 5) Simile Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4) Sinkope Contoh :

7.

8.

9.

Penuhilah remajamu Dengan apakah akan kau penuhi

NILAI 1. Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran. 2. Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu. 3. Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat. 2. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah. 3. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh. 4. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.

193

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak DI PERPUSTAKAAN Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fikir bersebati Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapng di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai Shafie Abu Bakar

MAKSUD Rangkap 1 Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.

Rangkap 2 194

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia. Rangkap 3 Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya.

TEMA Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.

PERSOALAN 1. Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan. 2. Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya. 3. Persoalan cinta akan ilmu pengetahun. BENTUK 1. Terdiri daripada tiga rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas baris dan rangkap ketiga terdiri daripada enam baris. 3. Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba. 5. Sajak ini berbentuk bebas. NADA Sinis

GAYA BAHASA 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : Gua pendeta bersamadi. 2. Aliterasi : pengulangan konsonan n Contoh : Ke kedinginan yang menerpa (rangkap 1 baris 4) Pengulangan konsonan t Contoh : satu pertukaran yang kontras 3. Asonansi : 195

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak pengulangan vokal a Contoh :Dahaga tak pernah langsai (rangkap 3, baris 6) Pengulangan vokal i Contoh : hanya sebiji dari mutiara (rangkap 2, baris 12) 4. Anafora pengulangan perkataan pada awal baris Contoh : Di puncak sepi Di sana sini (rangkap 1, baris 7-8) 5. Metafora Contoh : Di dada samudera (rangkap 3, baris 3) Bahtera ilmu (rangkap 2, baris 7) 6. Sinkope Contoh : Melangkah ke ruangmu Yang akan kucatat 7. Personifikasi Contoh : Ke kedinginan yang menerpa 8. Imejan Contoh : Gua pendeta bersemadi. (rangkap 1, baris 6)

NILAI 1. Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu. 2. Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan. 3. Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan. PENGAJARAN 1. 2. 3. 4. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

196

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak MENGINTAI RUANG INSAF Semakin berat kejahilan terpikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu. Sewaktu berlari di padang hidup kerap kakiku tersadung selirat akar tubuhku tercalar duri pidana pada samar kejauhan ancala mulia makin kabur dan menghilang. Sekadar songsong aksara kata tanpa kembali ke tunjang makna, Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan? Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala. Shukri Abdullah

MAKSUD Rangkap 1 Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t. yang dilakukannya telah

Rangkap 2 Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi. Rangkap 3 Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya. Rangkap 4 Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka.

197

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak TEMA Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat.

PERSOALAN 1. Persoalan fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup. 2. Persoalan keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu. 3. Persoalan keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah. 4. Persoalan kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup. BENTUK 1. Terdiri daripada empat rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada enam baris, rangkap ketiga terdiri daripada lima baris manakala rangkap keempat terdiri daripada tiga baris. 3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abab,abcdbe,aabcd dan abb. 5. Sajak ini berbentuk bebas. NADA Melankolik.

GAYA BAHASA 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : tubuhku tercalar duri pidana. 2. Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : Tanpa kembali ke tunjang makna (rangkap 3 baris 2) 3. Pengulangan konsonan k Contoh : kerap kakiku tersadung selirat akar (rangkap 2, baris 2) 4. Dialog Contoh : Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan? 5. Asonansi :pengulangan vokal i Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup. (rangkap 2, baris 1) 6. Pengulangan vokal u Contoh : masih terbuka ruang untuk (rangkap 3, baris 4) 198

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak 7. Metafora Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup (rangkap 2, baris 1) 8. Hiperbola Contoh : Tubuhku tercalar duri pidana (rangkap 2, baris 3) 9. Penggunaan bahasa asing. Contoh : Rabb (bahasa arab) 10. Sinkope Contoh : Kerap kakiku tersadung selirat akar.

NILAI 1. Nilai keinsafan, contohnya timbulnya perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampaunya. 2. Nilai rasional, contohnya penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya. 3. Nilai kesedaran, contohnya penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan.

PENGAJARAN 1. 2. 3. 4. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

199

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak MAHSURI (1) Selendangmu mengibar pantai menyambut tetamu pulau setiamu menjadi lagu nyanyian ombak pagi rambutmu menjadi jalur hitam terapung di laut malam air matamu dingin embun jatuh di tujuh telaga dendam tujuh keturunan melengkung tujuh tanjung putihlah pulau ini disimbah darah suci Mahsuri sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi kerana tanpamu Langkawi tidak sebegini.

(2) Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup dia hanya bermula dengan khayalan seorang seniman pun kata orang Mahsuri pernah hidup tetapi bahasa seorang pencerita membuatnya lebih hidup dari kehidupannya sastera yang mewarnai tanah air kerana tanpa Mahsuri Langkawi tidak sebegini bererti. Mahsuri membesarkan Langkawi sastera membesarkan tanah air. Zurinah Hassan

MAKSUD Rangkap 1 Sajak ini mengisahkan tentang diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambing wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi lagenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini langkawi telah membangun dengan pesat dan maju. 200

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak Rangkap 2 Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada yang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman.Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan lagenda itu lebih masyhur. Lagenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesusasteraan tanah air tercinta.

TEMA Sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi Negara.

PERSOALAN 1. Persoalan fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya. Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi putih. 2. Persoalan sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan. 3. Persoalan sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai. 4. Persoalan mengharumkan nama Negara di persada dunia. Lagenda Mahsuri telah memahsyurkan nama Langkawi diserata dunia. BENTUK 1. Terdiri daripada dua rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada enam belas baris manakala rangkap kedua ada sebelas baris. 3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas iaitu abbaccdedfaaaaba dan abbaccdeeed. 5. Sajak ini berbentuk bebas. NADA Melankolik.

GAYA BAHASA 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : air matamu dingin embun. 2. Aliterasi :pengulangan konsonan m Contoh : rambutmu menjadi jalur hitam (rangkap 1 baris 5) 201

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak 3. Asonansi :pengulangan vokal u Contoh : menyambut tetamu pulau 4. Metafora Contoh : terapung di laut malam (rangkap 1, baris 6) 5. Hiperbola Contoh : melengkung tujuh tanjung (rangkap 1, baris 10) Putihlah pulau ini (rangkap 1, baris 11) 6. Sinkope Contoh : kerana tanpamu 7. Personifikasi Contoh : nyanyian ombak pagi (rangkap 1, baris 4)

NILAI 1. Nilai menghargai. Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi. 2. Nilai kesetiaan. Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya. 3. Nilai patriotisme. Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya. 4. Nilai kreativiti penulis.Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara. 2. Janganlah kita suka menfitnah seseorang tanpa usul periksa. 3. Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara.

202

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak ADAT SEZAMAN

Peradaban zaman semakin berlalu meninggalkan kesan mendalam terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik santun si dara jadi idaman warak si teruna jadi ikatan si tua tersenyum mesra memandang teruna dara sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana ... Masa itu telah jauh zaman sudah berlalu santun sang dara dan warak sang teruna telah lenyap si tua berduka lara memandang teruna dara berganding tanpa silu tanpa hormat tanpa batasan adat sezaman ditinggal jauh adat agama dipandang remeh adat kuning jadi ikutan. Wan Nazihah Wan Abdullah

MAKSUD Rangkap 1 Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Sikap gadis timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengahnyayang melampaui batasan agama.

203

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak TEMA Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi.

PERSOALAN 1. Persoalan adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat timur amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu. 2. Persoalan pergaulan bebas dalam kalangan anak muda. Pada hari ini anak muda bergaul bebas tanpa rasa malu. 3. Persoalan perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda. Golongan tua berasa sangat kecewa dan sedih apabila melihat budaya kuning yang menjadi ikutan dan sanjungan. 4. Persoalan pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Gadis yang mempunyai pegangan agama mampu mengelakkan diri daripada perbuatan yang negatif seperti pergaulan bebas. BENTUK 1. 2. 3. 4. Sajak ini terdiri dari 1 rangkap. Panjang pendek baris tidak sama dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal. Terdiri daripada 4 13 suku kata. Sajak berbentuk bebas.

NADA Melankolik.

GAYA BAHASA 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : warak si teruna jadi ikatan 2. Aliterasi :pengulangan konsonan l Contoh : terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1,baris 4) 3. Asonansi :pengulangan vokal a Contoh : sama cantik sama padan 4. Metafora Contoh : si tua berduka lara (rangkap 1, baris 16) 5. Anafora Contoh : terlalu indah apabila dipandang (rangkap 1, baris 3) Terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1, baris 4) 6. Inversi Contoh : adat sezaman ditinggal jauh (rangkap 1, baris 4) Adat agama dipandang remeh (rangkap 1, baris 21) 204

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak NILAI 1. Nilai ketinggian budi bahasa. Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi.. 2. Nilai ketakwaan. Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama. 3. Nilai jati diri. Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Adat dan agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkra yang melanggar norma-norma hidup. 2. Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh. Sekiranya remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat ketimuran. 3. Kita hendaklah bijak memilih pasangan. Seseorang yang rasional akan memilih pasangan yang berpegang teguh kepada ajaran agama supaya terhindar daripada pergaulan bebas.

205

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak TIBA WAKTUNYA Angin musim semakin deras dan ganas meniup tamadun ke era yang pantas lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah merebut tunas-tunas harapan yang hijau dari putik dan pucuk berembun kemilau. Haruskah kita tunduk mengutip sisa-sisa atau berada di sana meraih sejahtera? Usah kautanya persoalan dilema kerana ini bukan waktunya untuk berhujah perlu tidaknya dan masa pun tidak akan menanti buat mewajar padah atau simpati. Wanita zaman siber perlu mengacung minda ke tengah arena puara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi menuju wawasan era globalisasi. Lepaskan segala belenggu kedaifan huraikan segala keliru kekusutan wanita zaman ini perlu bangun berani yakin diri tahan diuji tinggi pekerti anggun gerak-geri terunggul dalam segala segi. Mari kita jana semua upaya dalam menjulang citra seluruh wanita dengan kudrat mental juga fizikal berbekal iman dan semangat cekal kita gerakkan kemampuan yang pukal. Kini sudah tiba waktunya kita bertakhta di persada dunia. Ghazali Lateh

MAKSUD Rangkap 1 Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu, manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman.

206

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak Rangkap 2 Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga.

Rangkap 3 Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan.

Rangkap 4 Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang mengelirukan. Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat semua bidang.

Rangkap 5 Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum.

Rangkap 6 Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia.

TEMA Usaha mengangkat martabat wanita.

PERSOALAN 1. 2. 3. 4. Persoalan persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden. Persoalan keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup. Persoalan peranan wanita dalam masyarakat. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani.

207

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak BENTUK 1. 2. Terdiri daripada enam rangkap. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap kedua mengandungi tujuh baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempat mengandungi enam baris,rangkap kelima mengandungi lima baris dan rangkap terakhir mengandungi dua baris. Jumlah patah kata antara tiga hingga enam. Jumlah suku kata antara tujuh hingga empat belas. Rima akhirnya bebas : aabcc, aaaaabb, abcc, aabbbb, aabbb dan aa. Sajak ini berbentuk bebas.

3. 4. 5. 6.

NADA Patriotik

GAYA BAHASA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : dari putik dan pucuk berembun kemilau Kata ganda. Contoh : tunas-tunas, gerak geri, sisa-sisa. Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : merebut tunas-tunas harapan yang hijau Asonansi :pengulangan vokal u Contoh :dari putik dan pucuk berembun kemilau Sinkope. Contoh : kautanya Hiperbola. Contoh : angin musim semakin deras dan ganas Metafora Contoh : tunas-tunas harapan Imajan / simbolik. Contoh : persada dunia ( puncak kejayaan) Inversi Contoh : usah kautanya persoalan dilemma

208

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak NILAI 1. Nilai keberanian. Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidanguntuk pembangunan negara. 2. Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang. 3. Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup. 4. Nilai berpandangan jauh. Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup.

PENGAJARAN 1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri. 2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup. 3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia. 4. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal.

209

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak

BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN BENTUK SOALAN Bertanyakan maksud baris /rangkap(bertumpu) ... Soalan i (2 markah) Pemahaman teks (bertumpu) ... Soalan i (2 3 markah) (mengenal pasti /mengesan jawapan dalam petikan) Kemahiran berfikir (bercapah) ... Soalan ii (3 4 markah) (memberikan pandangan atau pendapat, alasan, menyatakan kewajaran dan sebagainya) Elemen kajian KOMSAS (bertumpu) ... Soalan iii( 3 4 markah) (menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran daripada petikan dan keseluruhan puisi)

TEKNIK MENJAWAB Jawapan menggunakan ayat sendiri Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud. Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai jawapan (kaedah potong tampal) Bagi soalan kemahiran berfikir, jawapan mestilah logik dan relevan dengan kehendak soalan. Bagi soalan komsas yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau huraikan, pelajar perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

210

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Gurindam 12 Fasal yang Keenam Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat. Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan tiap seteru. Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri. Cahari olehmu akan kawan, Pilih segala orang setiawan.

i.

Nyatakan maksud Yang boleh menyerahkan diri.

[2 markah]

Tips Menjawab Soalan:

Untuk menjawab soalan, pelajar hanya perlu memberikan maksud frasa yang boleh menyerahkan diri berdasarkan petikan tersebut. Jawapan yang boleh diterima ialah taat / setia .
Contoh Jawapan Lengkap:

Maksud rangkai kata yang boleh menyerahkan diri ialah setia. [2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berhati-hati memilih sahabat? Berikan tiga alasan anda. [3 markah]

Tips Menjawab Soalan:

Soalan berasaskan KBKK ini ada perkaitan dengan pengalaman hidup semua orang. Oleh itu, pelajar perlu mengemukakan pendapat sendiri sebab perlu berhati-hati memilih sahabat. Calon dinasihatkan supaya mengemukakan sekurang-kurang empat isi penting walaupun hanya tiga markah yang diperuntukkan. 211

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak


Contoh Jawapan Lengkap:

Pada pendapat saya, kita perlu berhati-hati memilih sahabat supaya kita tidak terpengaruh melakukan perbuatan tidak baik, mendapat kawan yang ikhlas dan jujur dalam persahabatan, dan dapat meneladani sikap positif yang ditunjukkan kawan. iii. Huraikan dua persoalan yang dikemukakan dalam gurindam.
Tips Menjawab Soalan: [4 markah]

Pelajar harus memahami petikan dan mengenal pasti dua persoalan yang
terdapat dalam gurindam.

Contoh Jawapan Lengkap:

Dua persoalan yang dikemukakan dalam gurindam ialah pentingnya memilih sahabat dengan berhati-hati agar kita mendapat manfaat daripada persahabatan tersebut dan perlunya menuntut ilmu untuk memudahkan kita menghadapi permasalahan dalam hidup seharian.

212

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak

PRAKTIS TOPIKAL

HARGA REMAJA PRAKTIS 1 i. Apakah yang dimaksudkan penyajak dengan baris-baris sajak di bawah? Remaja amat mahal Sesungguhnya Tiada terbeli oleh perjanjian [2 markah ] Zaman remaja merupakan zaman yang cukup berharga/ tiada nilai yang boleh membelinya.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah zaman remaja amat penting? Berikan empat alasan anda. [4 markah] remaja mencorakkan masa depan remaja memperoleh pendidikan awal sebelum melangkah ke menara gading mudah untuk membentuk keperibadian seorang pada usia remaja alam remaja ialah zaman transisi sebelum melangkah ke alam dewasa

iii. Nyatakan tiga nilai keberanian yang diketengahkan oleh penyajak dalam sajak? [3 markah] - Keberanian menyahut cabaran - Keberanian menuntut ilmu - Keberanian menegakkan pendirian

PRAKTIS 2 i. Apakah maksud frasa ; penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju? Isilah zaman mudamu dengan matlamat hidup yang jelas.

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang remaja itu mesti berilmu ? [4 markah] supaya mereka mudah memperoleh kejayaan /pekerjaan/ mencapai cita-cita/ cerah masa depan dapat membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. akan dihormati oleh orang lain menjadi kebanggaan keluarga 213

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak

iii. Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam puisi tersebut. [3 markah] keberanian remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran kegigihan remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu kebijaksanaan - remaja perlu bijak menentukan hala tuju hidup

PRAKTIS 3 i. Apakah maksud bagai kehijauan daun dalam sajak di atas? [2 markah]

sifat para remaja yang masih mentah , tiada pengalaman hidup, dan memerlukan bimbingan daripada mereka yang lebih tua dan berpengalaman.

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat menjaga maruah dirinya? [3 markah] memikirkan keburukan sesuatu tindakan supaya dia terhindar daripada melakukan perbuatan yang negatif sentiasa mengamalkan ajaran agama. tidak berkawan dengan orang yang rendah akhlaknya. [4 markah]

iii. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut . -

persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan para remaja untuk masa hadapan mereka. persoalan kehidupan seseorang remaja amat berharga.

PRAKTIS 4 i. Apakah pertanyaan penyajak terhadap pengisian zaman remaja berdasarkan rangkap kedua sajak? [2 markah] adakah remaja akan leka dengan keseronokan semata-mata adakah para remaja mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang berfaedah / menuntut ilmu

ii. Pada pandangan anda, apakah kesan yang berlaku sekiranya remaja gagal mengisi usia remajanya dengan perkara-perkara yang berfaedah? Nyatakan empat kesan tersebut. [4 markah] akan hilang jati diri akan hilang masa depannya kerana dia tiada ilmu dan kemahiran merugikan keluarga, masyarakat dan negara kerana tidak menyumbang bakti akan mudah terjebak ke dalam gejala yang negatif wujudnya remaja yang kurang pendidikan berfikiran sempit dan jumud . 214

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak iii. Huraikan tiga pengajaran yang terkandung dalam sajak di atas. [3 markah]

Kita perlulah mempunyai pendirian yang teguh dalam kehidupan agar tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif Kita perlulah menimba ilmu sebanyak mungkin pada usia muda untuk menjamin masa depan Kita perlulah berani menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup Kita janganlah mempersia-siakan usia remaja yang sangat bernilai agar tidak menyesal di kemudian hari

PRAKTIS 5 i. Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu. ii. bagaimanakah remaja mengisi zaman muda mereka

[2 markah]

Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dilakukan oleh golongan remaja agar berjaya dalam hidupnya di dunia dan di akhirat? [4 markah] sentiasa mematuhi ajaran agama sentiasa mentaati ibu bapa mengutamakan ilmu pengetahuan / rajin membaca bergaul dengan orang yang berperibadi mulia/ berpengalaman

iii. Huraikan tema yang ingin diketengahkan oleh penyajak dalam sajak ini. [3 markah] Ketinggian nilai zaman remaja berdasarkan pengisian usia muda - zaman remaja mesti diisi dengan aktiviti yang berfaedah - remaja mesti menetapkan hala tuju mereka /remaja perlu berpendirian dan berilmu pengetahuan

215

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak DI PERPUSTAKAAN

PRAKTIS 1 i. Berikan maksud Gedung peradaban insan. - tempat terkumpulnya pelbagai buku ilmu pengetahuan [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang ketika berada di perpustakaan? Kemukakan tiga pandangan anda. [3 markah] - membuat rujukan pelbagai bahan bacaan/bahan ilmu. - mengulang kaji pelajaran atau ilmu yang telah dipelajari. - membuat kajian tentang pelbagai perkara. iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini. [4 markah]

- perpustakaan merupakaan gedung ilmu yang wajar dimanafaatkan oleh semua - ilmu yang diperoleh hasil daripada pembacaan adalah sedikit sahaja berbanding dengan keseluruhan ilmu di dunia - persoalan cinta akan ilmu pengetahuan

PRAKTIS 2 i. Nyatakan maksud Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fikir bersebati [2 markah] - orang sedang khusyuk membaca dan berfikir ii. Bagaimanakah cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini? Berikan tiga cadangan anda. [3 markah] - kempen membaca diadakan secara berterusan - ibu bapa membeli lebih banyak bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak/ hadiah buku - penerbit menghasilkan bahan bacaan yang bermutu dan dijual dengan harga yang berpatutan/ potongan harga - menyediakan perpustakaan mini di rumah

216

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu kita hendaklah mempunyai minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu kita hendaklah gigih dalam mengejar ilmu kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan

PRAKTIS 3 i. Nyatakan maksud Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai - menimba ilmu tidak ada penghujungnya

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mewujudkan suasana perpustakaan yang kondusif di sekolah anda? Kemukakan tiga langkah. [3 markah] - sering menambahkan koleksi bahan bacaan yang baru. - melengkapkan kemudahan di dalam perpustakaan seperti internet, pendingin hawa dan komputer. - susun atur perabot yang menarik, selesa, dan selamat - pencahayaan yang cukup - pengudaraan bilik yang selesa

iii. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak. -

[4 markah]

nilai kerajinan menimba ilmu pengetahuan nilai ketekunan mempelajari ilmu pengetahuan nilai bertanggungjawab setiap orang perlu meningkatkan ilmu pengetahuan nilai menghargai kemudahan yang disediakan

PRAKTIS 4 i. Berikan maksud Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu. [2 markah]

- penyajak berasa ilmu pengetahuan yang ada dalam dirinya terlalu sedikit - tidak dapat dibandingkan dengan ilmu pengetahuan yang ada di dalam perpustakaan.

217

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak ii. Pada pendapat anda, mengapakah remaja pada hari ini kurang minat membaca? [4 markah] - tidak dipupuk sejak kecil / tiada galakan ibu bapa - lebih gemar menonton televisyen / melayari internet - pengaruh rakan sebaya - tiada kesedaran / kurang motivasi iii. Huraikan tema sajak ini. [3 markah]

- perpustakaan merupakan gedung ilmu - menjadi kunjungan pencinta ilmu tempat rujukan / membaca/ mengulang kaji/ meminjam buku/ melayari internet

PRAKTIS 5 i. Jelaskan maksud baris-baris sajak di bawah; Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai

[2 markah]

- penyajak merupakan pencari ilmu dalam dunia ilmu yang luas dan tidak terbatas

ii. Bagaimanakah cara-cara untuk menarik minat pelajar agar rajin berkunjung ke perpustakaan? Berikan tiga cadangan anda. [4 markah] - guru-guru memberikan galakan agar para pelajar gemar ke perpustakaan - pihak pengurusan perpustakaan menyediakan pelbagai buku dan bahan bacaan yang menarik - pihak pengurusan perpustakaan mewujudkan suasana yang kondusif - mengadakan pertandingan nilam / menulis esei - mengadakan Hari Literasi/ Program Sehari Selembar Benang

iii. Huraikan perwatakan aku sebagaimana digambarkan dalam sajak. -

[3 markah]

seorang yang dahaga akan ilmu seorang yang rajin mengunjungi perpustakaan/ berusaha menuntut ilmu seorang yang menghargai ilmu seorang yang insaf akan kekurangan ilmu dalam diri

218

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak MENGINTAI RUANG INSAF PRAKTIS 1 i. Nyatakan maksud rangkap pertama sajak. [2 markah]

- semakin banyak dosa dilakukan menyebabkan penyajak semakin sukar untuk mendapat rahmat Tuhan . ii. Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan seseorang itu menjadi insaf? Berikan tiga alasan anda. [3 markah] dia menghadapi kesukaran / masalah /musibah dalam hidupnya. setelah mendapat nasihat daripada orang yang dipercayainya dia berubah pandangan / cita-cita hidup usia meningkat / semakin uzur [4 markah]

iii. Nyatakan empat persoalan yang dikemukakan dalam sajak. manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan perlunya perasaan insaf dalam diri perasaan kesal atas kesalahan yang dilakukan keinginan untuk bertaubat kesukaran mendapat rahmat Tuhan akibat dosa-dosa dalam hidup

PRAKTIS 2 i. Nyatakan maksud rangkai kata sarat khilaf. - banyak kesalahan dilakukan. ii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang sering melakukan kesilapan dalam kehidupan seharian? [3 markah] kurang didikan agama/ iman tidak kukuh sikap kurang berhati-hati dalam tindakan/ cuai/ lalai terlalu mementingkan diri sendiri kurang pendidikan / kemahiran dalam sesuatu hal/ kurang pengetahuan terlalu mengikut perasaan/ tidak [4 markah] [2 markah]

iii. Jelaskan dua pengajaran yang boleh kita peroleh daripada sajak. - Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah kita lakukan. - Kita hendaklah ikhlas dalam memohon keampunan daripada Tuhan. - Kita hendaklah segera bertaubat selepas melakukan kesalahan.

219

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak PRAKTIS 3 i. Nyatakan maksud baris sajak tubuhku tercalar duri pidana - penyajak telah melakukan kejahatan / kesilapan / dosa-dosa [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu segera bertaubat daripada kesalahan yang telah dilakukan? Berikan empat alasan anda. [4 markah] - supaya tidak mengulangi kesilapan itu lagi - supaya dosa-dosa kita diampunkan Allah - supaya kita insaf akan kesilapan yang dilakukan - dikhuatiri kita tidak sempat bertaubat dan terus bergelumang dengan dosa iii. Apakah tema yang sesuai bagi sajak ini? Huraikan. [3 markah]

- perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat menyedari kesilapan masa lalu dan ingin kembali ke pangkal jalan.

PRAKTIS 4 i. Nyatakan maksud baris sajak; moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala.

[2 markah]

- penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka. ii. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang selepas insaf daripada kesalahan yang dilakukannya ? [4 markah] - sentiasa berhati-hati dalam perlakuan / pertuturan - sentiasa meminta panduan / nasihat daripada seseorang / pihak yang sesuai - mendalami ilmu agama - menyedari kekurangan / kelemahan diri iii. Jelaskan tiga nilai yang terdapat dalam sajak. - nilai keinsafan terhadap kesalahan masa lampau. - nilai rasional mengakui kesilapan yang telah dilakukan - nilai kesedaran tentang kesilapan yang dilakukan [3 markah]

220

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak PRAKTIS 5 i. Nyatakan maksud ancala mulia makin kabur dan menghilang. - Sinar cahaya kebenaran semakin sukar diperoleh ii. Sekiranya sahabat anda melakukan kesilapan, apakah yang perlu anda lakukan untuk menyedarkannya? [4 markah] menegurnya/ menasihatinya dengan baik/ memberitahu kesilapan membawanya berjumpa dengan kaunselor memaklumkan kepada guru menghubungi ibu bapanya mendekatkannya kepada ajaran agama [3 markah]

[2 markah]

iii. Huraikan perwatakan penyajak seperti digambarkan dalam sajak. - Seorang yang menginsafi kesilapan yang dilakukan - Seorang yang rasional dengan mengakui kelemahan diri - Seorang yang menyedari kesilapan diri - Seorang yang ingin kembali ke pangkal jalan - Seorang yang percaya kepada Tuhan

221

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak MAHSURI PRAKTIS 1 i. Nyatakan maksud rangkai kata di bawah. Selendangmu mengibar di pantai menyambut tetamu pulau

[2 markah]

- Mahsuri menerima kedatangan para pelancong dengan tangan terbuka ii. Pada pendapat anda, mengapakah perasaan dendam mendatangkan keburukan kepada kehidupan seseorang. [3 markah] menimbulkan perasaan benci mengakibatkan permusuhan yang berpanjangan menjejaskan keamanan hidup masyarakat dan negara mengaibkan / menjatuhkan maruah orang yang difitnah [4 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran sajak di atas.

- Kita hendaklah sentiasa menghargai nilai sejarah dan sastera yang ada di negara. - Kita janganlah suka memfitnah seseorang tanpa usul periksa - Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara

PRAKTIS 2 i. Berikan maksud rangkai kata Mahsuri membesarkan langkawi sastera membesarkan tanah air.

[2 markah]

- Kisah Mahsuri dan peranan sastera membawa pembangunan ke atas Pulau Langkawi sehingga menjadikannya terkenal di serata dunia.

ii. Pada pendapat anda, selain kisah kemasyhuran lagenda Mahsuri, apakah faktor lain yang menyebabkan pembangunan pesat Pulau Langkawi? [4 markah] - terdapat kawasan menarik seperti pantai yang dijadikan sebagai pusat pelancongan. - Pulau Langkawi diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai - Pembangunan terancang oleh kerajaan. - penganjuran aktiviti bertaraf antarabangsa seperti LIMA Langkawi / LeTour de Langkawi

222

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak iii. Nyatakan tiga nilai murni sajak ini. [3 markah]

- nilai menghargai tinggalan sejarah dan sastera negara. - Nilai kesetiaan seorang isteri terhadap suami - Nilai patriotisme cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya - Nilai kreativiti penulis mampu mengolah kisah Mahsuri sehingga menjadikan Pulau Langkawi terkenal

PRAKTIS 3 i. Nyatakan maksud Sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi [2 markah] - Lagenda Mahsuri telah menjadikan Langkawi terkenal / maju/ membangun ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menghindari seseorang daripada teraniaya akibat fitnah? [4 markah] menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. berbincang secara bersemuka memberi peluang kepada pihak tertuduh untuk memberikan penjelasan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan

iii. Huraikan perwatakan Mahsuri seperti digambarkan dalam sajak. [3 markah] - Seorang yang setia kepada suami - Seorang yang sanggup berkorban untuk mempertahankan rumah tangganya - Seorang yang pandai menjaga maruah diri

PRAKTIS 4 i. Berikan maksud rangkai kata, Putihlah pulau ini Disimbah darah suci

[2 markah]

- darah Mahsuri yang berwarna putih membasahi bumi Langkawi kerana kezaliman yang menimpa Mahsuri. ii. Pada pendapat anda, mengapakah lagenda Mahsuri telah menarik ramai pelancong berkunjung ke Pulau Langkawi ? [3 markah] - Ingin melihat sendiri tinggalan Mahsuri - Ingin mendapat bukti kebenaran kisah Mahsuri - Lagenda Mahsuri amat menyayat hati.

223

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak. [4 markah]

- Persoalan fitnah dalam kalangan masyarakat yang menyebabkan seseorang teraniaya. - Persoalan sumpah dan dendam yang berpanjangan sehingga tujuh keturunan. - Persoalan sastera dan sejarah yang meyumbang kepada pembangunan sesuatu tempat. - Persoalan mengharumkan nama negara di persada dunia.

PRAKTIS 5 i. Apakah tanggapan orang terhadap Mahsuri seperti yang digambarkan oleh penyair. [2 markah] - Mahsuri tidak pernah hidup, cuma khayalan seorang seniman - Mahsuri pernah hidup, tetapi kisahnya dilebih-lebihkan oleh pencerita ii. Pada pandangan anda, apakah peranan sejarah dan sastera dalam pembangunan sesebuah negara? [4 markah] - sebagai bahan rujukan dan sumber maklumat kerajaan sekarang.. - sebagai panduan para pemimpin mentadbir dan memajukan negara. - sebagai teladan/pengajaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi kesilapan masa lalu - meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat masa kini. iii. Jelaskan tema sajak di atas. [3 markah]

- kepentingan sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi negara - lagenda Mahsuri menjadikan Pulau Langkawi begitu terkenal dan memacu perkembangan ekonominya.

224

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak ADAT SEZAMAN

PRAKTIS 1 i. Mengapakah si tua berduka lara? - memandang teruna dara berganding tanpa silu - tanpa hormat - tanpa batasan ii. Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda tidak mementingkan adat tradisi nenek moyang? [4 markah] - mereka tidak menerima pendedahan tentangnya - tiada contoh daripada ibu bapa dan masyarakat - mereka berasa bahawa adat sezaman sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa / ketinggalan zaman iii. Huraikan tiga pengajaran sajak di atas. [3 markah] [2 markah]

- Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama agar terhindar daripada gejala tidak sihat. - Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh agar adat ketimuran terpelihara. - Kita hendaklah bijak memilih pasangan supaya terhindar daripada pergaulan bebas.

PRAKTIS 2 i. Apakah yang dimaksudkan dengan peradaban zaman semakin berlalu? [2 markah] - adat dan budaya tradisi kian diabaikan / ditinggalkan ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah adat tradisi dapat dihidupkan semula dalam kalangan generasi muda? [3 markah] - ibu bapa menjadi suri teladan - menerapkannya dalam proses pembelajaran di sekolah - pihak media massa perlu menonjolkan kebaikan nilai murni adat sezaman iii. Jelaskan dua nilai murni dalam sajak. [4 markah]

Nilai ketinggian budi bahasa. Contoh, pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi. 225

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak Nilai ketakwaan. Contoh, ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama. Nilai jati diri. Contoh, gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran.

PRAKTIS 3 i. Berikan maksud rangkap akhir dalam sajak di atas. [2 markah]

- budaya barat yang tidak sopan dan tidak mempunyai nilai kemuliaan menjadi ikutan dan pegangan masyarakat kini. ii. Pada pendapat anda, mengapakah budaya barat semakin menular dalam kalangan generasi muda sekarang? [4 markah] pengaruh media massa pengaruh rakan sebaya kurang perhatian ibu bapa / masyarakat kurang didikan agama [3 markah]

iii. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak. -

Persoalan adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat timur amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu. Persoalan pergaulan bebas dalam kalangan anak muda. Pada hari ini anak muda bergaul bebas tanpa rasa malu. Persoalan perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda. Golongan tua berasa sangat kecewa dan sedih apabila melihat budaya kuning yang menjadi ikutan dan sanjungan. Persoalan pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Gadis yang mempunyai pegangan agama mampu mengelakkan diri daripada perbuatan yang negatif seperti pergaulan bebas.

PRAKTIS 4 i. Mengapa masa menyebabkan warak sang teruna lenyap? masa telah jauh zaman sudah berlalu [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah peranan generasi tua untuk memastikan adat istiadat terus diamalkan oleh generasi muda masa kini? [4 markah] Menunjukkan teladan Menegur / membimbing generasi muda Menekankan kepentingan adat istiadat dalam sesuatu majlis Menyediakan panduan bertulis / rakaman 226

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak iii. Jelaskan tema sajak ini. Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi. Kemajuan menyebabkan budaya kuning semakin menular Norma hidup ketimuran semakin ditinggalkan [3 markah]

PRAKTIS 5 i. Apa yang maksud terlalu mulia apabila diselidik? sangat luhur/berharga/tinggi jika diteliti/ dikaji [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah kesan kepada masyarakat sekiranya adat tradisi terus diabaikan? [4 markah] masyarakat kehilangan jati diri masalah sosial semakin berleluasa dipandang rendah mudah terpengaruh [3 markah]

iii. Huraikan tiga latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak. -

Masyarakat yang kecewa dengan kelakuan generasi muda masa kini Masyarakat yang terjebak dengan pergaulan bebas Masyarakat moden yang tidak mengamalkan adat tradisi

227

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak TIBA WAKTUNYA

PRAKTIS 1 i. Apakah maksud merebut tunas-tunas harapan yang hijau dalam puisi di atas? [2 markah] - mengambil peluang yang sedia ada untuk memajukan diri. ii. Pada pendapat anda, bagaimana harus kita menyemai semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak? [4 markah] - dalam aktiviti mata pelajaran di sekolah - program/ rancangan televisyen - ibu bapa sendiri memainkan peranan menyemai semangat patriotik. iii. Berikan tiga pengajaran yang telah digarap oleh penulis dalam puisi ini? [3 markah] Kita hendaklah berani menghadapi cabaran pada zaman moden ini. Kita mestilah mempunyai keyakinan tinggi untuk maju ke hadapan. Kita harus memelihara adab susila dan kesantunan diri. Kita harus berusaha untuk memajukan diri

PRAKTIS 2 i. Nyatakan tiga ciri yang perlu ada pada wanita untuk bertapak di persada dunia. [2 markah] - berani - yakin diri - tinggi budi pekerti ii. Pada pendapat anda, wajarkan wanita menjadi suri rumah sepenuh masa? Jelaskan. [4 markah] Wajar, rumah tangga tidak terabai dan anak-anak mendapat perhatian sepenuhnya. Tidak wajar, kekurangan tenaga kerja di sektor awam dan wanita tidak dapat meningkatkan keupayaan masing-masing. [3 markah]

iii. Huraikan tema sajak ini. -

Usaha mengangkat martabat wanita. wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga. Wanita perlu berani meluahkan idea ke tengah arena negara.

228

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak PRAKTIS 3 i. Huraikan maksud rangkap ketiga puisi ini. [2 markah]

- Wanita zaman sekarang harus berani melontarkan idea dan pandangan kerana suara dan tenaga mereka menjadi pemangkin aspirasi menuju kejayaan. ii. Pada pendapat anda, bagaimana kita menangani gejala sosial yang semakin berleluasa akhir-akhir ini. [4 markah] Ibu bapa menerapkan pendidikan agama, Pelajar melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum Pihak polis turut membantu/ memantau/ mengambil tindakan terhadap pelajar ponteng.

iii. Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam puisi ini. -

[3 markah]

Tidak membuang masa bersaing untuk memajukan diri Keyakinan bersuara dan menampilkan diri memberikan sumbangan ke mercu kejayaan. Keberanian mengangkat martabat wanita Peranan wanita dalam masyarakat

PRAKTIS 4 i. Huraikan maksud rangkap keempat puisi ini. [2 markah]

Wanita hari ini perlu keluar daripada kemiskinan dan kekusutan. Mereka perlu berani bangkit dan berhadapan dengan pelbagai cabaran tanpa membelakangkan kesantunan pekerti dan perwatakan

ii. Pada pendapat anda, apakah peranan seorang wanita dalam institusi kekeluargaan. [3 markah] memberi perhatian kepada anak-anak membantu suami melaksanakan tugas di rumah seperti mengemas rumah dan memasak

iii. Jelaskan perutusan yang disampaikan oleh penyair melalui sajak ini. [4 markah] keberanian menghadapi cabaran untuk mencapai kejayaan kecekalan meniti arus kehidupan demi kesejahteraan hidup menjaga iman dan adab sopan untuk mengelak godaan kekuatan mental dan fizikal untuk meningkatkan imej diri

229

Modul Sinergi KOMSAS Genre Sajak PRAKTIS 5 i. Apakah maksud mengacung minda. Mengemukakan buah fikiran/ idea [2 markah]

ii. iii. -

Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya wanita dapat memelihara maruah diri? [4 markah] Mendalami pendidikan agama/rohani Sentiasa menjaga tatasusila tidak bergaul dengan golongan yang bermasalah Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak ini. [3 markah]

Nilai keberanian. Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk pembangunan negara. Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang. Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup. Nilai berpandangan jauh. Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup.

230