Anda di halaman 1dari 1

INSINERATOR!

PENYELAMAT
ALAM SEKITAR vs PEMBINASA ALAM SEKITAR?

SK-010-2004

Zaini Sakawi

ABSTRAK

Isu sisa buangan pepejal dalam ekosistem Bandar amat sinonim dengan proses
perbandaran dan pemodenan yang pesat. Pertambahan jumlah penduduk selaras dengan
perubahan masa dan ruang memberi banyak laluan bagi penjanaan sisa buangan pepejal.
Kelemahan pengurusan dan penjanaan berterusan memerlukan pendekatan bersepadu
dilaksanakan. Cadangan pembinaan insinerator sebagai salah satu komponen pengurusan
sisa buangan pepejal bersepadu dilihat sebagai alternatif terbaik bagi mengatasi masalah
kekurangan kawasan untuk pelupusan secara kambusan. Kajian tentang insinerator
sebagai simbol antara tuntutan pembangunan dan pengorbanan alam sekitar dalam isu
berkaitan penyelesaian masalah sisa buangan pepejal yang kronik mendapati
kesejahteraan alam sekitar perlu dipertahankan walaupun pembangunan (pembinaan
insinerator) yang dicadangkan membawa kebaikan kepada kelestarian manusia dan alam.
Dapatan kajian juga mendapati wujudnya satu sindrom yang dikenali sebagai NIMBY
(Not In My Back Yard) yang merupakan sindrom global yang sukar dibendung dalam
mengatasi masalah yang berkaitan dengan sisa buangan. Akhirnya, keperluan Risk
Communication Approach juga amat penting dalam menangani isu antara tuntutan
pembinaan insinerator dan keperluan kesejahteraan alam sekitar bagi memastikan wujud
keseimbangan dan persefahaman antara masyarakat ke atas penerimaan insinerator
sebagai penyelamat alam sekitar dan menolak peranannya sebagai pembinasa alam
sekitar.