Anda di halaman 1dari 7

NOTA POKET OLEH : NURUL DIYANA SULIMAN

DEFINISI KURANG UPAYA a) World Health Organisation (WHO) : - kanak-kanak /orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi, pelajaran dan vokasional. b) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2007) - Seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat. c) Ringkasan definisi - Ketidakupayaan dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang menghalang daripada melakukan aktiviti-aktiviti normal serta tidak dapat melibatkan diri secara efektif dalam masyarakat.

NOTA POKET OLEH : NURUL DIYANA SULIMAN

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF - Program pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang boleh belajar bersama-sama murid arus perdana di kelas arus perdana. - Dimulakan pada tahun 1987 di bawah Kementerian Pendidikan. - Bentuk pendidikan Inklusif : Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa Murid ikut semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas Guru kelas biasa boleh merujuk/ meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas skiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkah laku. Pelajar Pendidikan Khas yanf berkeupayaan dalam akademik Pendidikan Inklusif Separa Inklusif (Integrasi) Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa. Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas. Guru pendidikan khas terlibat sebagai pembimbing /guru pendamping Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.

NOTA POKET OLEH : NURUL DIYANA SULIMAN

BANTUAN KERAJAAN BERI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS :

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya Asrama Harian Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Bantuan Makanan Asrama Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

NOTA POKET OLEH : NURUL DIYANA SULIMAN

MASALAH AWALAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI (BACAAN)

kelemahan lisan dan tulisan. melibatkan kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa. Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan perassan mereka kepada orang lain. mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang, dan masa yang diajarkan Antara ciri-ciri kecacatan ini ialah : Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan bunyi dalam perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi. Mempunyai suara yang kasar. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap. Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan Gagap.

NOTA POKET OLEH : NURUL DIYANA SULIMAN

AKTIVITI BANTU MURID Terapi Pertuturan - meniup belon - meniup ke dalam air dengan menggunakan straw - menjilat lolipop menggunakan lidah - menjilat ais krim - menahan nafas di dalam air - senaman untuk menguatkan otot mulut. Kaedah skills pembinaan komunikasi - Guna bahan komersil untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata. Kaedah reformulate. - Guru memperkenalkan perkataan esok mengikut situasi dan konteks yang betul. Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran Penumpuan pada aspek pembinaan perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah (permainan bahasa). mengajar perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa kiasan kerana tiada dalam kamus. latihan komunikasi melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik penyoalan perlu ditekan untuk membimbing murid mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh guru.

NOTA POKET OLEH : NURUL DIYANA SULIMAN

MASALAH TULISAN (KANAK-KANAK DISLEKSIA)

kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. kesukaran untuk memegang pensel tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. menulis perkataan yang pelik-pelik Lambat membaca mempunyai tulisan tangan yang buruk. Sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis. Seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. CARA BANTU MURID Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas. Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas. Tulisan guru mestilah terang dan jelas. Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka. Berikan kelonggaran kepada mereka. Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan. Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak. ajarkan membaca secara fonetik. Jangan marahkan tetapi bantulah. Sediakan bahan pengajaran yang baik.

NOTA POKET OLEH : NURUL DIYANA SULIMAN

Gunakan aplikasi teori Gestalt. Tekankan ke atas pengamatan butiran. Konsep kedudukan dan orientasi huruf. Berikan latihan kemahiran urutan pandangan. Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.

ANTARA KAEDAH FONETIK DALAM PENGAJARAN ADALAH MELALUI:

Ajar nama dan huruf bunyi. Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi. Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi. Ajar perkataan bunyi huruf. Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna. Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama. Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan. Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vokal. Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.