Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI Pada semester kali ini, WAJ 3113 telah menjadi salah satu subjek wajib bagi memenuhi

syarat kelulusan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran bagi subjek ini, kami dikehendaki untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar. Alhamdulillah dengan izin-Nya akhirnya dapat juga kami melaksanakan lawatan ke Muzium Bank Negara dan Pusat Sains Negara pada 4 Julai 2013 yang lalu. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kami iaitu Encik Khazali Bin Ismail yang terlibat dalam menjayakan program ini yang banyak memberi tunjuk ajar dalam mencurahkan ilmu kepada kami semua sepanjang lawatan ini dijalankan. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekelas yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya. Sepanjang lawatan ini berlangsung, saya memperoleh banyak pengalaman dan manfaat yang berguna kerana saya pertama kali menjejakkan kaki di Muzium Bank Negara dan Pusat Sains Negara. Melalui pengalaman di Muzium Bank Negara, saya dapat melihat pelbagai jenis wang yang telah dipaparkan di dalam terowong wang yang menjadi tarikan di muzium tersebut. Selain itu, saya juga mendapat pengetahuan dan ilmu mengenai ciri-ciri ketulenan wang yang telah dihasilkan oleh Bank Negara Malaysia. Melalui pengalaman ini, saya dapat mengenal pasti wang yang palsu ataupun tulen dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian selepas ini. Di samping itu, melalui lawatan ke Muzium Bank Negara, saya juga memperoleh banyak maklumat tentang sejarah mata wang Negara seperti penggunaan wang kertas dan duit syiling yang digunakan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Selain itu, salah satu aktiviti yang saya lakukan semasa berada di muzium ialah mencetak duit kertas. Terdapat beberapa jenis mesin cetak yang setiap satunya mempunyai cop yang berlainan seperti cop logo kijang dan cop BANK NEGARA MALAYSIA. Oleh itu, melalui pengalaman semasa di muzium ini, saya memperoleh idea bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang amat bermanfaat dan berguna bagi persatuan matematik di sekolah kelak.

Seterusnya, melalui lawatan ke Pusat Sains Negara, saya dapat melihat penggunaan teknologi serta idea yang menarik diaplikasikan dalam matematik. Antara aktiviti matematik yang menarik terdapat di Pusat Sains Negara ialah aktiviti tangram dan bongkah ajaib. Melalui idea daripada aktiviti ini, saya boleh mengaplikasikanya di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk bentuk dan ruang semasa fasa praktikum kelak. Selain itu, saya juga boleh mengaplikasikan aktiviti-aktiviti menarik ini sebagai aktiviti semasa minggu persatuan matematik di sekolah kelak. Di samping itu, lawatan ini juga banyak membantu kami dari segi kemahiran menguruskan dan mengendalikan sesuatu program. Ketika menjalankan program tersebut, saya dapat merasakan bahasa sikap bekerjasama amatlah penting dalam persatuan untuk menjayakan sesuatu program atau lawatan. Kami mempunyai tugas masing-masing yang perlu diurus. Oleh itu, kami pelajari betapa pentingnya tanggungjawab dan amanah yang telah diberi bagi melancarkan sesuatu program. Melalui lawatan ini juga, saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan yang berlaku sepanjang lawatan ini berlangsung. Antara kelemahan yang saya kenal pasti ialah kami gagal untuk meminta pihak Muzium Bank Negara untuk memberikan slot ceramah yang khusus bagi persatuan kami semasa berada di muzium tersebut agar lawatan kami lebih bermakna dan terbimbing. Kegagalan kami untuk menghantar surat kepada pihak muzium disebabkan oleh kesuntukkan masa kerana kami ingin melakukan lawatan ini sebelum minggu praktikum. Akhir kata daripada saya, semoga segala ilmu dan pengetahuan yang baru yang kami perolehi semasa lawatan kali ini diharap dapat memberi faedah kepada kami bagi menyiapkan diri untuk menjadi seorang bakal pendidik di masa hadapan kelak. Sekian, terima kasih. MUHAMMAD IZAAN BIN ABU HASAN 910525 -11-5509

PISMP MT SEM 6

Anda mungkin juga menyukai