Anda di halaman 1dari 6

PUSAT RAWATAN ISLAM TERAPI AL-QURAN

DARUL HIKMAH
www.terapialquran.com
www.penawarsihir.com
www.produkmata.com
www.terapialquran.org

" Kaedah Rawatan Yang Membongkar 1001 RAHSIA Keajaiban Al-Qur'an Dalam
Menentang Kejahatan Ilmu Hitam, Sihir, Santau , Gangguan Makhluk Halus, Saka,
Rumah Berpuaka. Kesannya Serta-Merta Anda Dapat Saksikan Sendiri "

Ustaz Abdul Malek merupakan salah seorang pengamal perubatan islam yang menerima
ijazah perubatan terapi al-Qur'an daripada Sheikh Wahid Bin Abdul Salam Bali perawat
terkenal Mesir ketika beliau belajar di Universiti Al-azhar.Beliau berpengalaman luas
dalam merawat mangsa sihir, gangguan makhluk halus , histeria, santau, saka dan lain-
lain penyakit yang berkaitan dengan rohani.

Beliau juga melibatkan diri secara aktif dalam menyebarkan ilmu berkaitan kepada umat
islam Malaysia melalui ceramah, seminar perubatan islam, perbentangan kertas kerja,
rakaman VCD ( tajuk:Pukau ) dan CD bacaan ayat-ayat pilihan Ruqyah Syariah yang
disusun mengikut panduan Rasulullah s.a.w khusus untuk tujuan rawatan&pemulihan
para pesakit beliau. Oleh itu beliau sering dijemput keseluruh pelusuk tanah air untuk
tujuan rawatan dan penyebaran ilmu perubatan islam.

Melalui kaedah Terapi al-Qur'an yang diamalkan , Allah s.w.t telah menyembuhkan
ribuan pesakit yang datang bertemu beliau bahkan ada yang sudah 30 tahun menderita
akibat sihir. Konsep tauhid kepada Allah s.w.t yang diterapkan sebelum melakukan
rawatan adalah asas paling utama dalam rawatan ini.

Melalui kombinasi ilmu dan rawatan anda akan dirawat secara berperingkat-peringkat
sehingga anda disembuhkan oleh Allah s.w.t Insyaallah. Rawatan yang anda terima tidak
ada sama sekali unsur-unsur syirik, khurafat dan tahyul seperti penggunaan khadam,
sheikh tilikan dan ramalan yang boleh menjejaskan aqidah islamiah yang suci.
Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat beliau, anda digalakkan membuat
temujanji terlebih dahulu, ini adalah untuk kemudahan anda. Untuk kesembuhan yang
cepat dan keselamatan diri dari kejahatan jin&manusia anda disarankan supaya menyertai
Seminar Perubatan Islam kelolaan Al-Fadhil Ustaz Abdul Malek.

Method Rawatan :

1. Qiraatul Qur'an bil jahriah ( bacaan al-qur'an dengan jelas di hadapan pesakit )
2. Sama'atul Qur'an ( pesakit wajib mendengar bacaan al-Qur'an setiap hari)
3. Al-Ightisal bil Qur'an ( mandian al-Qur'an )
4. Al-Syarab bil Qur'an ( minuman al-Qur'an )
5. Al-Khutbah ( bacaan khutbah )

Rukun Penyembuhan :

1. Berserah diri zahir&bathin 100% kepada Allah s.w.t


2. Sabar
3. Ikut 100% nasihat perawat
4. Istiqamah

Misi :

1. Menyebarkan ilmu perubatan islam kepada seluruh umat islam dengan bertunjangkan
akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah pegangan Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah yang jelas.
2. Mewujudkan rangkaian perubatan islam yang holistik dan berwibawa diseluruh negara
.
3. Merialisasikan syariah islamiah dalam perubatan.
4. Menjalinkan ukhuwah yang kukuh antara Darul Hikmah dan umat islam.
5. Rawatan yang berterusan.

Visi :
1. Perubatan islam ialah perubatan utama bukan alternatif..
2. Pembentukan hakikat islam, iman dan ihsan melalui rasa kehambaan.
3. Rangkaian perubatan yang dapat membantu umat islam dari sudut ekonomi.
4. Terhapusnya khurafat dan bid'ah yang sesat.

----------------------------------------------------------------------------------------

Hubungi@Sila Datang Sendiri :

Kedah / Zon Utara

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL HIKMAH


No.69, Taman Pulai Jaya , KM5 Jalan Langgar, 05460 Alor Star, Kedah Darul Aman.
019-4715232 –Ustaz Abdul Malek Ladzim
Setiap Hari Selasa & Rabu : 11Pagi-11Malam.
------------------------------------------------------------------------------
Kuala Lumpur / Zon Selatan

SELANGOR - KLANG

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL HIKMAH


Alamat Kami :
No 63a, Lorong Sanggul 1D, Bandar Puteri, Klang, Selangor
Lokasi GPS : N2 59.133 E101 28.042'

HARI SELASA : SELEPAS ISYAK


HARI KHAMIS : SELEPAS ISYAK
Ahad : DARI PUKUL 10.00 PAGI

Bagi kes kes emergency boleh lah hubungi :

En. Zailan 018 202 7559


En. Zairol 019 278 1829

Perawat:

PERAWAT2 BERIKUT TELAH DIBERI KEPERCAYAAN OLEH UST MALEK UNTUK


MENGENDALIKAN RAWATAN DI PUSAT RAWATAN INI.

1. En.Zailan -> No Telefon: 012-6504559 Email : admin@terapialquran.com


2. En.Zairo -> No Telefon : 0192781829 Email: lebai@terapialquran.com
3. En.Nazim -> No Telefon : 0172742199
4. En.Ilmi -> No Telefon : 0192370529
5. PnAdmin -> No Telefon : 0123156366

SELAIN DARI NAMA2 DI ATAS, BOLEH MENGHUBUNGI


MANA2 AHLI MAJLIS ATAU PERAWAT ISLAM TAQ SAHAJA
Reduced: 69% of original size [ 927 x 715 ] - Click to view full image
-----------------------------------------------------------------------------------------

CHERAS

Masjid Saidina Usman , Bandar Tun Razak, Cheras , Kuala Lumpur.

Abu Samrah Al-Shibni -> 019-9591110


*Hubungi Abu Samrah sebelum datang & dapatkan jadual rawatan

-----------------------------------------------------------------------------------------
DEFINISI SIHIR

PENGERTIAN SIHIR MENURUT BAHASA ARAB

Telah berkata al-Laith :" sihir ialah amalan untuk mendekatkan diri dengan syaitan dan
meminta pertolongannya".

Berkata al-Azhari :"Sihir berasal daripada memesongkan sesuatu dari hakikatnya kepada
sesuatu yang lain"

Berkata Ibnu Manzur : " Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan
mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah
sesuatu daripada bentuknya yang asal"

Telah meriwayat Syamr daripada Ibnu A'isyah : " Orang-orang arab menamakan sihir itu
sihir adalah kerana sihir boleh mengubah kesihatan seseorang daripada sihat kepada
sakit"

Berkata Ibnu Faris tentang sihir :" telah berpendapat satu kaum arab bahawa sihir ialah
menampakkan sesuatu yang bathil dalam bentuk kebenaran".

Dalam Mu'jam al-Wasith menyebutkan bahawa sihir itu ialah :"sesuatu yang lembut
(tersembunyi)"

Telah berkata pengarang Muhith al-Muhith :"sihir ialah menampakkan sesuatu itu dalam
bentuk yang baik pada pandangan manusia sehingga menjadi fitnah"

SIHIR MENURUT ISTILAH SYARAK

Telah berkata Fakhruddin al-Razi :"sihir menurut uruf syarak ialah setiap perkara yang
tidak di ketahui sebabnya dan pandangan terhadap sesuatu itu tidak seperti hakikatnya ia
ialah sesuatu yang mengelirukan dan penipuan."

Telah berkata Ibnu Qudamah al-Maqdisi :"sihir ialah terdiri daripada ikatan (halang dari
persetubuhan ), jampi-jampi,ucapan tertentu atau dalam bentuk tulisan, amalan sesuatu
yang boleh memberi kesan kepada orang yang disihir pada hati dan akalnya tanpa
menyentuhnya.Sihir boleh membunuh, mendatangkan penyakit, suami tidak boleh
menggauli isterinya, berlakunya perceraian, menimbulkan kebencian, menyemarakkan
cinta dan syahwat".

Telah berkata Ibnu Qayyim :"Sihir ialah berpunca daripada kesan campurtangan ruh-ruh
yang jahat (jin&syaitan)."

CARA BOMOH@TUKANG SIHIR BERSAHABAT DENGAN SYAITAN DAN JIN

Terdapat berbagai cara yang diamalkan oleh bomoh dan tukang sihir untuk mendapatkan
khidmat syaitan dan jin dalam perubatan atau untuk melakukan sihir terhadap
seseorang.Kaedah yang digunakan adalah berbeza mengikut susur galur perguruan yang
diterima oleh seseorang bomoh atau tukang sihir.Apa yang pastinya adalah, untuk
melakukan sesuatu perbuatan sihir,bomoh atau tukang sihir tersebut perlu melakukan
sesuatu amalan dan upacara tertentu yang bercanggah dengan syariat islam.Antaranya
ialah menjadikan mus'haf al-Qur'an sebagai alas kaki untuk masuk ketandas, menulis
ayat-ayat suci al-Qur'an dengan najis, menulis ayat-ayat suci al-Qur'an dengan
menggunakan darah haid sebagai dakwat, menulis atau mengamalkan sesuatu surah
secara terbalik seperti membaca surah al-fatihah dan al-ikhlas secara songsang, solat
tanpa wudhuk, tidak mandi hadas, membuat sembelihan tanpa menyebut nama Allah dan
bersemah untuk syaitan atau tok keramat, menyembah bintang-bintang, rogol atau
sumbang mahram dan ada pula yang menulis mentera-mentera yang tidak diketahui
maknanya dengan lafaz-lafaz yang mengandungi unsur-unsur syirik terhadap Allah s.w.t.

Disini kita dapat faham bahawa jin dan syaitan tidak akan membantu para bomoh atau
tukang sihir kecuali ada persetujuan kedua-dua pihak dari sudut imbalan.Bomoh dan
tukang sihir perlu melakukan sesuatu yang ditegah syarak sebagai imbalan @upah atas
kerja yang dibuat oleh golongan jin dan syaitan.Semakin kufur bomoh tersebut maka
semakin taatlah syaitan kepadanya.Jika tukang sihir tidak melaksanakan tuntutan syaitan
ini maka syaitan tersebut juga tidak akan bersedia untuk menjadi khadamnya.Oleh itu
tukang sihir dan syaitan adalah dua sahabat karib dalam melaksanakan sihir.

Jika anda perhatikan dengan mata hati yang ikhlas kepada Allah, maka anda akan dapati
dengan jelas wajah kekufuran tukang sihir seperti mendung hitam.

Jika anda kenali tukang sihir dengan lebih dekat maka anda dapati kehidupan mereka
amat hina sekali, mereka tidak ada kelapangan jiwa, hidup tidak tentu arah, mereka
sentiasa cemas dan tidak tenteram.Disamping sahabat-sahabat mereka dari kalangan
syaitan sering mengganggu dan menyakiti anak-anak mereka.

Benarlah firman Allah s.w.t :

124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya


penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam
keadaan buta".

Anda mungkin juga menyukai