Anda di halaman 1dari 5

JABATAN ILMU PENDIDIKAN KURSUS :

EDU 3109

REFLEKSI INDIVIDU

TAJUK: Punca Gejala Sosial yang Berlaku Dalam Kalangan Guru

DI SEDIAKAN OLEH :

FAIZNUR MAISYA BINTI ANNUR SANI

(900927-07-5002)

PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK MOHD.RIZAL BIN ABDUL HAMID

3. REFLEKSI INDIVIDU : Punca Gejala Sosial yang Berlaku dalam Kalangan Guru Gejala sosial adalah satu tindakan yang negatif dan boleh menimbukan isu serta persepsi yang tidak baik daripada orang lain. Perbuatan ini semakin berleluasa dalaam bidang pendidikan tetapi ianya bukan sahaja dalam kalangan murid-murid sebaliknya guru. Sikap ini seharusnya tidak wujud dalam diri seorang pendidik yang menjadi tonggak aspirasi Negara. Namun disebabkan faktor dan kekangan yang tidak boleh dielakkan menyebabkan mereka bertindak sedemikian rupa. Gejala sosial dalam kalangan guru dapat dilihat dalam pelbagai aspek dan isu yang ingin saya huraikan berkaitan tentang guru yang tidak dapat mengawal emosi melepaskan masalah yang dihadapi terhadap murid-murid dengan berbagai cara yang salah bagi memuaskan hati mereka. Menurut Harian Metro, 15 Jun 2005 mengatakan bahawa seorang guru yang tidak tahan dengan karenah murid membuat tindakan di luar jangkaan dengan mendera seperti mencubit dan mencederakan kemaluan murid tersebut dengan alat yang tajam. Hasil siasatan mendapati guru tersebut bersalah dan diambil tindakan di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Selain itu juga menurut Utusan Malaysia, 2005 menyatakan bahawa seorang murid Sekolah Kebangsaan Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah, Aiman Kamila Mohamad berusia 7 tahun patah tulang bahagian tengah tapak tangan kanannya setelah dipukul seorang guru sebgaia hukuman kerana berbuat bising dalam kelas. Melalui pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa guru tersebut tidak dapat mengawal emosi bagi menangani masalah yang dihadapi. Walaupun guru diberi kuasa menangani disiplin kanak-kanak tetapi mereka perlu bertindak tanpa

mencederakan. Guru juga seharusnya mengawal perasaan marah dengan mengamalkan sifat bersabar. Setiap masalah disiplin yang dihadapi pastu ada cara yang berkesan untuk menanganinya. Saya berpendapat tindakan tersebut kurang sesuai kerana tindakan merotan pelajar adalah pilihan terakhir setelah usaha lain gagal menginsafkan dan menydarkan mereka yang kerap melakukan kesalahan disiplin. Saya amat yakin bahawa setiap guru pasti mahukan yang terbaik untuk murid mereka, namun pada masa yang sama guru jugalah perlu menjadikan sekolah sebagi satu tempat yang menyeronokkan tanpa menakutkan mereka dengan hukuman dan tindakan yang agresif. Di sebalik kejadian yang berlaku, terdapat beberapa faktor yang mendorong guru dalam melakukan perbuatan tersebut. Kebanyakan guru menghadapi tekanan dan bebanan kerja yang banyak sehingga menyebabkan mereka bertindak di luar jangkaan. Guru zaman sekarang bukan hanya mengajar sebanya 72 jam seminggu tetapi ditambah juga dengan kerja-kerja

sampingan yang lain seperti merekod data, mengutip yuran, mesyuarat dan sebagainya. Hal ini menyebabkan guru lebih mudah mendorong kepada stres dalam tidak dapat mengawal perasaan dan akhirnya murid menjadi mangsa. Merujuk Kesatuan Perguruan Kebangsaan, (2005) bebanan kerja yang dihadapi tidak boleh dijadikan sebagai lesen untuk melepaskan kemarahan kepada pelajar apatah lagi mencederakan mereka. Mereka seharusnya mematuhi etika profesion perguruan bagi menjaga nama baik bidang pendidikan di Negara kita. Seterusnya, isu ini berpunca daripada guru yang salah guna kuasa dan kurangnya pengetahuan perundangan. Hal ini dapat dijelaskan apabila kebelakangan ini terdapat dakwaan yang berani mengambil tindakan mengatakan guru melanggar hak asasi kanak-kanak seperti merotan, pilih kasih atau menggunakan bahasa yang sopan ketika bertutur. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah bersikap rasional ketikan menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dan sebaik tindakan ialah mencari jalan penyelesaian secara bijak. Selain itu, punca hal ini berlaku adalaah disebabkan guru yang bertindak membelakangkan peraturan. Sebagai contoh di Kuantan seorang guru didakwa menampar anak muridnya di hadapan perhimpunan akibat tidak hadir ke sekolah selama 4 hari setelah mengambil bahagian dalam aktiviti luar sekolah. Guru tersebut tidak menggunakan prosedur dan peraturan yang sesuai bagi menghukum muridnya dan hanya menghukum mereka mengikut perasaan dan kata hati sahaja. Akhir sekali, ia berpunca daripada guru sendiri yang tidak mahir mengawal emosi dan seringkali mencampuradukkan urusan peribadai dan kerja sehingga menyebabkan diri tidak terurus dan kualiti pembelajaran yang ingin disampaikan tidak tercapai. Melalui isu yang dikritik ini, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana kita juga tidak mengetahui kebenaran yang sebenar di sebalik kejadian yang berlaku. Oleh itu, tdiak semua manusia sempuran dan dan mengatasi masalah yang dihadapinya secara serta merta. Pihak luar terutamanya para ibu bapa tidak perlu mengambil tindakan dengan memberi persepsi negatif kepada golongan guru tetapi melihat kepada diri kita semula dan bertanya, Adakah kita sudah memberi didikan yang secukupnya kepada anak sebagai seorang waris yang telah diamanahkan. Melalui isu ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi mengelak daripada gejala sosial ini berlaku dalam kalangan guru. Antaranya ialah guru perlu menghadiri seminar atau kursus yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang berkaitan dengan cara mendisiplinkan pelajar dengan cara yang betul. Guru juga boleh menggunakan pendekatan psikologi agar kemarahan yang dihadapi dapat dikawal sebaiknya. Bagi guru yang mempunyai masalah juga boleh berunding dengan kaunselor bagi mendapatkan tips yang bernas dan

berkesan. Seterusnya ialah guru perlu merangkakan usaha untuk menghadapi stres yang dihadapi sendiri. Stres dapat dikawal dengan memperbanyakkan aktiviti fizikal, terapi dan relaksasi. Akhir sekali guru perlulah bersikap positif, bersemangat dan menanam sikap untuk mendidik murid ke arah kejayaan dan bukan dijadikan mangsa keadaan. Secara kesimpulannya, saya berasa agak kecewa kerana dalam usaha pihak kementerian pendidikan memartabatkan profesion perguruan tetapi masih ada segelintir pihak yang ingin menjatuhkan imej sebagai pendidik disebabkan sikap penting diri sendiri. Mereka seolah-olah melepaskan batuk di tangga dengan hanya bekerja tetapi tidak bersungguhsungguh dan ikhlas dalah beribadah. Namun, semua guru tidak boleh menjadikan isu seperti ini sebagai satu alasan untuk tudak berjaya sebaliknya menjadikan ia sebagai satu pengajaran supaya tidak melakukannnya kelak.

SENARAI RUJUKAN

Hassan Omar. (2005, Jun 15). Tak tahan kerenah punca guru dera murid. Harian Metro, ms.3. Atikah Aziz. (2005, Ogos 4). Bebanan tugas bukan lesen. Berita Harian, ms.6. Wan Hadzir (2005, Ogos 3). Pendidik: Kawal emosi tangani disiplin pelajar. Utusan Malaysia, ms.7. Sapora Sipon. (2005, Ogos 22). RAngkakan usaha menangani stres guru. Utusan Malaysia, ms.4.

Anda mungkin juga menyukai