Anda di halaman 1dari 26

PENGENALAN

Kaedah : KERAGUAN

KEYAKINAN

TIDAK

HILANG

DENGAN

Huraian Kaedah
Kaedah tersebut bermaksud sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Ia boleh hilang dengan yakin sepertinya juga. Ertinya apabila telah sabit sesuatu perkara atau keadaan yang yakin kemudian dengan tibatiba timbul syak tentang wujud sesuatu yang menghilangkannya , maka perkara yang telah diyakini itulah yang diambilkira hinggalah sabit benarbenar sebab yang menghilangkannya1. Iaitu perkara asas dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan sebarang syak atau keraguan. Dalam ertikata lain, pada prinsipnya, yakin tidak akan diketepikan hukumnya dengan semata-mata syak. Antara lain ia dibawa dengan lafaz kaedah ; tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali dengan yakin2.

Dalil Kaedah
1. Al-Quran Dan kebanyakkan mereka tidak menurut , melainkan suatu sangkaan sahaja (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak sesuatu kebenaran (iktiqad) ( Surah Yunus : 36 ) Maka al-haq itu memberi erti hakikat yang sebenar samalah seperti yakin . 2. As-Sunnah Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah r.a bahawa beliau berkata baginda Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
1 2

Mustafa Ahmad al-Zarqa op.cit., jld.3, hal. 967 Ibrahim Ahmad Mahmud al-Hariri, al-Madkhal Ila al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, hal 78

Apabila salah seorang kamu merasai sesuatu dalam perutnya kemudian timbul keraguan ke atasnya, adakah telah keluar sesuatu darinya atau tiada , maka janganlah dia keluar dari masjid (jangan berhenti dari sembahyangnya ) sehinggalah dia mendengar suara atau merasai angin keluar (Muslim)

Dari Abu Said al-Khudri, beliau berkata baginda Rasulullah s.a.w bersabda, Apabila salah seorang kamu telah timbul syak dalam solatnya, tidak diketahui lagi berapa (rakaatkah) yang telah dilakukan, tiga atau empat, maka hendaklah buangkan yang syak (ragu-ragu), itu dan tunaikanlah atas apa yang telah diyakini. (Muslim) Hadis tersebut membawa maksud, jika seseorang itu merasa ragu-ragu di dalam mengerjakan sembahyang dan tidak tahu berapa rakaatkah ia telah sembahyang, iaitu apakah ia telah mengerjakan tiga atau empat rakaat, hendaklah ia menghilangkan keraguan itu dan tetapkanlah dengan apa yang meyakinkan, dengan mengira tiga rakaat sahaja. Untuk itu, apa yang dimaksudkan dengan keyakinan di sini ialah tiga rakaat kerana tiga rakaat itu sebelum empat. Daripada Abd Rahman bin Auf12, sabda Rasulullah s.a.w , Sekiranya salah seorang di antara kamu lupa dalam sembahyangnya hingga ia tidak mengetahui ia telah sembahyang satu atau dua rakaat, hendaklah ia kira satu rakaat. Jika ia tidak yakin dia telah sembahyang dua atau tiga rakaat, kiralah dua rakaat. Dan jika ia tidak mengetahui dia telah sembahyang tiga atau empat rakat, kira lah tiga rakaat dan hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam Kesimpulannya, berdasarkan dalil-dalil hadis dan kaedah tersebut di atas dapat dijelaskan di sini, yang mana segala sesuatu yang telah di dapati meyakinkan itu sama sekali tidak dapat diubah atau dirosakkan oleh sesuatu yang meragukan yang muncul selepasnya. Ia dikecualikan apabila keraguan itu dibina atas keyakinan. Oleh itu , segala perbuatan dan tindakan seseorang hendaklah berdasarkan apa yang diyakini dan keyakinannya. 3. Dalil Akal Maka jelas sekali rasionalnya yakin itu lebih kuat dari syak, kerana pada yakin itu wujud hukuman yang putus (qatiy) dan pasti maka ia tidak akan tanggal dengan syak sahaja.

12

Ibid

Kaitan kaedah
Sebenarnya kaedah asas tersebut dibawa dengan bentuk lafaz yang berbagai-bagai oleh ulama mujtahid. Apa yang pentingnya pengertian dan maksudnya adalah sama hampir atau sama , walaupun ibarat berlainan . Antaranya ialah : 1. al-Zarkasyi dalam kitabnya al-Manthur fi al-Qawaid membawa dengan lafaz kaedah ( ). Maksudnya : Apa yang ditetapkan dengan yakin tidak diangkat melainkan dengan yakin. 2. Ibn Abd al-Barr dalam kitabnya al-Tamhid membawa dengan lafaz kaedah ( ). Maksudnya : Yang yakin tidak dihilangkan oleh syak dan tidak boleh dihilangkannya melainkan dengan yakin. 3. Sebagaimana lafaz kaedah ( ). Maksudnya : Tidak ditinggalkan yang yakin asal wajibnya dengan perkara baru yang diramal atau diandai. 4. Ibn Abd al-Barr dalam kitab al-Tamhid juga membawa lafaz kaedah : ( ) Maksudnya : Yang syak tidak dipalingkan kepadanya atau tidak diambilkira dan yang yakin diamalkan terhadapnya. 5. al-Khuttabi kitab Maalim al-Sunan membawa dengan lafaz kaedah : ( ) Maksudnya : Syak tidak menghimpit yang yakin .

Sebagai rumusannya, kaedah-kaedah tersebut membawa maksud segala yang telah tetap itu tidak tercabut dengan kedatangan syak terhadapnya . Hal itu kerana perkara yakin tidak mungkin dilupuskan dengan perkara yang lebih lemah daripadanya. Namun begitu, yakin itu hanya mungkin dapat dilupuskan dengan perkara yang sama taraf dengannya atau yang lebih kuat daripadanya3.

Ibid

Rumusan Kaedah
Kaedah tersebut dapatlah difahami bahawa seseorang itu dikatakan telah meyakini sesuatu apabila ia berdasarkan bukti iaitu yang mana ditetapkan samada melalui pancaindera ataupun dalil. Sebagai contohnya, sseorang yang dapat merasakan terbatal wudhunya atau berhadas dapat diyakini dengan keluar angin daripada duburnya atau terasa pada deria kulitnya atau terdengar pada telinganya atau terhidu baunya melalui hidungnya. Berdasarkan kaedah asas tersebut, terbentuk daripadanya banyak masalah dan hukum furu. Di mana Imam as-Suyuti menyatakan bahawa hukum yang terbentuk daripada kaedah tersebut mencapai daripada hukum fiqh5. Sebagai rumusannya , sesuatu yang sudah yakin tidak dapat dihilangkan dengan sesuatu syak atau keraguan. Berdasarkan kaedah tersebut, sekiranya seseorang itu telah meyakini sesuatu perkara dan ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian berlaku syak atau keraguan terhadap kehilangan yakin tersebut, keyakinan asal itu masih kekal dan tidak boleh beramal atau berpegang dengan perasaan syak yang baru mendatang tersebut. Perkara itu selaras dengan kaedah yang dibawa oleh Imam al-Qarafi dalam al-Furuq : ( ) Maksudnya : Bahawa setiap yang diragui padanya dijadikan pada taraf seperti tidak ada yang mana diputuskan dengan tiadanya.

Ibid

Perbezaan Yakin, Syak, Zann dan Wahm


Berkaitan dengan tanggapan akal dapat dikategorikan dengan beberapa peringkat. Penjelasan mengenainya menurut pengertian istilah fiqh dan usul fiqh sebagaimana berikut : 1. Yakin menurut istilah dapat dijelaskan sebagaimana berikut iaitu : Pengertian al-Jawhari dalam al-Sihah bermaksud : suatu ilmu dan dilenyapkan syak. Pengertian Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab ialah ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara dan ia merupakan sebalik syak. Pengertian oleh Abu al-Baqa dalam al-Kulliyyat ialah pegangan yang kukuh, mantap dan tetap serta menepati kenyataan . Ia juga merupakan penjelasan tentang ilmu yang tetap teguh dalam hati, disebabkan ketetapannya berdasarkan sebab tertentu. Pengertian oleh al-Raghib al-Asfahani dalam al-Mufradat fi Gharib al-Quran ialah tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman beserta tetap hukum. Yakin merupakan sifat yang labih tinggi daripada makrifah, buktinya ialah dikatakan dengan ilmu al-yakin dan tidak dikatakan dengan makrifah al-yakin. Di mana ilmu al-yakin ialah ilmu yang tiada sebarang keraguan lagi. Ilmu dan yakin ada sedikit perbezaan, yang mana perbezaan antara ilmu dan yakin ialah ketetapan. Iaitu ilmu ialah pegangan dan iktiqad terhadap sesuatu yang diketahui atas dasar kepercayaan. Sedangkan yakin dan keyakinan pula ialah diam , tenang jiwa serta perasaan juga lapang hati terhadap apa yang diketahui . Yakin ialah sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti ( ) . Antara lain, apa yang dimaksudkan dengan yakin ialah sesuatu yang manjadi tetap dengan penglihatan atau dengan adanya dalil6. Kesimpulannya, yakin ialah keadaan yang tetap teguh dan tenang tenteram seseorang itu terhadap hakikat sesuatu dengan erti kata tidak ada sdikit pun keraguan. Perkara yang berdasarkan keyakinan diterima sebagai dasar hukum fiqh. Ia dapat dikaitkan dengan lafaz kaedah sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Abd al-Barr dalam kitab al-Tamhid lagi membawa dengan lafaz
6

Ibid

kaedah ( ) Maksudnya : Kefarduan-kefarduan tidak diwajibkan melainkan dengan yakin. Selain itu pula ia dikaitkan sebagaimana kaedah ( ) Maksudnya : Sesuatu hukum itu tidak diwajibkan melainkan dengan yakin yang tidak syak padanya7. 2. ( ) Ghalabah al-Zann menurut pengertian yang dijelaskan oleh al-Allamah Abu Hilal al-Askari ialah penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zann . Iaitu pengukuhan terhadap salah satu daripada dua perkara dengan pengukuhan mutlak dengan membuang bersamanya pihak yang satu lagi itu. Yang juga bermaksud pihak yang dibuang itu tidak kekal dalam iktibar dan pemerhatian. Sesetengah ulama menyatakan hukum ghalabah al-zann berada pada tingkat yang sama dengan yakin. Apa yang penting, harus diasaskan hukum fiqh berdasarkan ghalabah al-zann ketika tidak ada yakin dan selagi ia berasaskan penelitian dan bukti. 3. ( ) Zann menurut pengertian yang dijelaskan oleh al-Hamawiy dalam Syarh al-Asybah ialah seseorang yang berada dan berhenti di antara dua perkara yang mana ia dapat mengukuhkan atau dapat tarjihkan salah satu di antara keduanya, Cumanya , pihak yang tidak dikukuhkan itu tidak dapat dibuang dan tetap wujud dalam hati dan perasaan . Konteks lain, ia membawa maksud berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak mencapai tahap keyakinan dan ghalabah al-zann. Keraguan yang berada pada tahap al-zann harus dibina hukum dan diterima. 4. ( ) Syak ialah keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara iaitu keraguan itu tidak dapat ditarjihkan mana satu yang lebih kuat. Dalam konteks lain ia bermaksud keraguan atau perasaan berbelah bagi serta sama banyak antara keyakinan dan keraguan. Keraguan yang berada taraf syak tidak diterima dalam hukum fiqh. 5. ( ) Wahm ialah keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh. Konteks lain, wahm itu merupakan suatu bayangan atau lintasan pada hati dan diri seseorang yang dikira sebagai sangkaan yang meleset atau sangkaan salah terhadap sesuatu perkara . Keraguan yang berada pada tingkatan wahm juga tidak diterima dalam hukum fiqh.
7

Ali Ahmad al- Nadwi al-Qawaid Fiqhiyyah al-kuliyyah

Jenis-jenis Syak
Berdasarkan syak atau keraguan sebagaimana yang dijelaskan di atas, menurut pendapat al-Syeikh Abu Hamid al-Isfiraini, syak dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu: 1. Keraguan atau syak yang lahir daripada atau sumber yang haram. Sebagai contoh ialah binatang sembelihan yang di dapati dalam negara yang mana penduduknya bercampur antara Islam dengan Majusi atau Wathani , binatang sembelihan di negara tersebut tidak halal, sehinggalah diyakini manakah binatang sembelihan orang Islam. Hal tersebut kerana asalnya daripada yang haram atau diragui atau syak berkaitan dengan sembelihan yang halal dimakan, kecualilah di negara tersebut sembelihannya dilakukan oleh orang Islam. Yang mana ia menunjukkann keadaan yang jelas harus memakannya . 2. Keraguan yang terbentuk atau lahir daripada asal atau dasar yang harus . Sebagai contoh seseorang mandapati air yang berada dalam sesuatu bekas telah berubah dan perubahan ada dua kemungkinan, iaitu kemungkinan ia disebabkan najis atau disebabkan lama tidak digunakan atau tidak mengalir. Konteks tersebut, ia boleh bersuci dengan mengguna air tersebut berdasarkan anggapan atau ijtihad bahawa air itu pada asalnya adalah suci dan tidak bernajis. 3. Keraguan atau syak yang tidak dapat dipastikan asal atau sumbernya, samada yang haram atau harus. Sebagai contohnya, seseorang yang berurusan dengan orang yang mana majoriti sumber pendapatannya daripada sumber yang haram, namun tidak dapat dipastikan serta tidak dapat dibezakan juga tidak jelas samada wang atau harta yang diambil daripadanya itu sumber yang haram atau halal. Lantaran itu , berurusan dengannya adalah harus, namun makruh hukumnya kerana dibimbangi terjerumus kepada yang haram. Walaubagaimanapun, mereka yang warak lebih suka menjauhinya dengan alasan bimbang terhadap sumber yang haram8.

Ibid

Hukum Furu
Di antara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah , khasnya dalam masalah yang berkaitan dengan syak serta zann ialah : 1. Seandainya seseorang itu ragu yang mirip kepada syak berkaitan dengan binatang yang ia sembelih, iaitu apakah binatang tersebut masih ada tempoh hidup yang berterusan , iaitu hayat mustaqirrah ( ) atau sudah tidak ada. Hukum sembelihan tersebut adalah haram dimakan. Sekiranya keraguan itu adalah mirip kepada zann, iaitu lebih kukuh kepada masih ada hayat mustaqirrah, ia halal dimakan. 2. Seseorang yang menggunakan barang milik orang lain, seandainya ia syak bahawa pemiliknya merelakan atau tidak, hukumnya ia haram menggunakan. Sekiranya ia zann dan menduga pemiliknya merelakan, hukumnya adalah harus menggunakannya. 3. Seseorang yang cukup syarat kemampuan serta ingin menunaikan ibadat haji, namun ia syak samada selamat atau tidak di perjalanan, tidak wajib hukumnya ia menunaikan haji tahun tersebut. Sekiaranya ia zann selamat di perjalanan, wajib ia menunaikan haji pada tahun tersebut.

Pengecualian daripada Kaedah


Di antara hukum furu yang terkecuali daripada kaedah ialah : 1. Seseorang yang menyapu khuf merasa syak apakah tempoh yang diharuskan masih ada atau telah habis, ia wajib membasuh kakinya, iaitu dikira tempohnya telah tamat. 2. Seseorang syak samada ia menyapu khuf katika bermukim atau bermusafir, ia hendaklah mengira ketika menyapu sewaktu bermukim. 3. Seseorang yang musafir syak samada ia telah sampai di tempat ia bermukim atau belum, ia tidak boleh mengambil rukhsah seperti sembahyang qasar dan jama. 4. Seseorang musafir yang takbiratul ihram dengan berniat qasar di belakang imam yang ia tidak mengetahui sama ada imam tersebut musafir atau bermukim. Maka ia tidak boleh qasar sembahyangnya, sebaliknya sembahyang sempurna. 5. Perempuan istihadah yang tidak dapat membezakan di antara darah istihadah atau haid, ia wajib mandi setiap kali hendak mendirikan sembahyang.

6. Seseorang yag terkena najis pada badan atau pakaiannya, namun ia tidak pasti di bahagian mana, ia hendaklah membasuh atau mandi seluruh badan. 7. Seekor kucing kencing dalam air yang mencapai dua kolah, selepas itu seseorang mendapati air tersebut berubah, tetapi ia tidak pasti samada perubahan itu disebabkan najis kencing kucing tersebut atau benda lain. Dalam keadaan ini , air itu dikira najis. 8. Seseorang yang bertayammum serta melihat sesuatu, tetapi ia tidak tahu apakah yang ia lihat itu air atau sekadar fatamorgana. Tayammumnya terbatal, walaupun yang dilihat itu benar-benar fatamorgana sahaja. 9. Seorang pemburu melepaskan anak panah atau tombak yang mengenai sasaran binatang buruan, tetapi binatang tersebut melarikan diri ke kawasan curam.. Kemudian ia menemui binatang tersebut mati dan ia syak samada binatang itu mati kerana senjatanya atau terjatuh dari atas bukit. Binatang tersebut tidak halal dimakan. 10. Imam al-Haramain menyatakan, sekiranya seseorang itu syak atau meragui tentang tamatnya waktu sembahyang Jumaat, ia tidak perlu sembahyang Jumaat. Walaupun asalnya masih ada waktu. 11. Sekiranya seseorang yang berwudhu namun ia syak samada ia telah menyapu kepala atau belum , menurut pendapat yang lebih tepat wudhu itu dikira sah. 12. Seseorang yang sembahyang zohor atau Asar serta memberi salam keluar dari sembahyang, namun ia syak samada dia telah mendirikan sembahyang tiga atau empat rakaat . Menurut pendapat yang lebih tepat, sembahyang itu tetap sah. 13. Seseorang yang melihat mani pada tilam atau pakaian yang mana ia seorang sahaja yang menggunakannya, serta ia tidak mengetahui atau tidak ingat bilakah ia bermimpi keluar mani. Menurut pendapat yang lebih tepat, ia hendaklah walaupun asalnya tidak ada kewajipan mandi13. 14. Orang mustahadah dan berpenyakit dedas yang berwudhu. Namun selepas itu ia syak samada penyakitnya telah sembuh atau belum, tetapi ia harus mendirikan sembahyang dengan wudhu tersebut, sembahyangnya tidak sah.

PECAHAN KAEDAH KEDUA


Terdapat 13 pecahan kaedah yang termasuk dibawah kaedah Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Keraguan Pecahan-pecahan kaedah yang dimaksudkan ialah : 1. Kaedah Kekal sesuatu masalah berdasarkan apa yang asal Huraian Kaedah Kaedah ini bermaksud sesuatu masalah itu kekal keadaannya mengikut apa yang ada sebelumnya sehingga terdapat dalil yang merubahnya. Ia juga bermaksud sesuatu perkara yang telah diyakini tentang keadaannya, tidak akan berubah daripada asalnya sehingga terdapat sesuatu yang diyakininya seperti itu juga. Ia juga bermaksud kekal sesuatu yang berlaku pada masa lampau mengikut ketetapan pada masa lalu samada ia dalam bentuk ketetapan atau penafian4.

Rumusan Kaedah
Kaedah ini hampir sama maksudnya dengan kaedah yang ertinya perlu dikekalkan keadaan yang telah sedia ada pada mana-mana waktu dan berterusan dalam semua waktu sehinggalah sabit terputusnya atau bertukarnya5. Ataupun terdapat keputusan baru atau ketetapan baru seperti dalil yang menguatkannya.

Contoh Kaedah a) Seseorang yang yakin taharahnya, kemudian timbul syak samada dia dia masih
dalam keadaan bersuci ataupun tidak, maka ia dianggap sebagai masih dalam keadaan taharah, begitu juga sekiranya dia yakin bahawa ia berada dalam keadaan berhadath dam kemudian timbul keraguan samada ia masih dalam keadaan berhadath atau taharah, maka ia dianggap berada dalam keadaan taharah. b) Seseorang yang sedang mandi wajib kemudian timbul syak samada ia telah membasuh bahagaian belakang badan atau tidak, dalam hal ini, ia dianggap sebagai masih belum membasuh bahagian belakang badan kerana pada asalnya ia berhadath dan masih belum membasuh bahagian belakang badan. c) Seseorang yang membeli makanan kemudian mendapati makanan itu mengandungi najis cicak dan berhasrat untuk memulangkan semula kepada penjual, dalam hal ini pengakuan penjual adalah diterima kerana pada asalnya makanan tersebut adalah suci.
4 5

Perbahasan kaedah-kaedah fiqh, m/s 102 Pengantar syariat Islam, m/s 216

10

2. Kaedah Asal seseorang itu bebas daripada tanggungjawab Huraian Kaedah Zimmah itu pada bahasa bermaksud janji serta amanah sementara pada istilah bermaksud sifat atau sesuatu syarat yang dikenakan terhadap seseorang yang menerima tanggungjawab atau kewajipan6. Ini bermaksud seseorang itu pada asalnya bebas daripada tanggungjawab dan apa-apa perkara yang dipertanggungjawabkan keatasnya adalah dirujuk kepada saksi, sumpah dan sesuatu yang boleh diterima sebagai persaksian. Rumusan Kaedah Menurut Ibn Abd al-Barr mengatakan bahawa tanggungjawab atau bebanan itu pada asalnya bebas dan terlepas serta tidak ditetapkan satu pun. Kecualilah dengan ada yakin atau hujah.7 Oleh sebab itu apabila berlaku perselisihan atau pertentangan terhadap bebanan itu maka hendaklah dibuat pengukuhan atau tarjih. Tarjih itu boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu: i. ii. Merujuk kepada yang asal atau yang zahir. Menggunakan hujah syarak seperti sumpah dan persaksian

Contoh Kaedah a) Pencuri yang mengatakan kepada seseorang dahulu saya telah mencuri motor awak lalu tuan punya motor mengatakan tidak, awak juga mencuri akseosori kereta saya penafian pencuri terhadap kehilangan akseosori kereta adalah diterima kerana pada asalnya ia bebas daripada tanggungjawab terhadap akseosori itu. b) Dalam kes pendakwaan dimana pendakwa gagal untuk menyediakan bukti atau keterangan terhadap apa yang didakwanya. Dalam hal ini terdakwa perlu bersumpah terhadap apa yang didakwakan kepadanya, namun begitu terdakwa hanya mendiamkan diri. Tidak boleh dijatuhkan hukuman berdasarkan berdiam itu kerana asalnya ia bebas dari tanggungjawab dan sumpah itu perlu dikembalikan kepada orang yang mendakwa tadi.

3. Kaedah
6 7

Perbahasan kaedah-kaedah fiqh, m/s 108 Ibid

11

Asal segala perkara yang baru muncul itu tidak ada Huraian Kaedah Telah umum diketahui bahawa tiada itu mendahului yang ada. Ini bermaksud segala sesuatu itu pada asalnya tidak ada. Sementara benda yang didakwa ada sebelum dibuktikan, adalah diragui sedangkan keyakinan sesuatu perkara tidak boleh dihilangkan dengan zan lawannya sahaja. Rumusan Kaedah Kaedah ini hampir sama lafaznya dengan asal pada sifat atau perkara mendatang tiada dan sesuatu yang tiada itu mendahului daripada sifat ada. Contoh Kaedah a) Dalam perniagaan atas dasar perkongsian untung dan rugi iaitu mudharabah, pelabur telah mendakwa bahawa terdapat keuntungan daripada projek perniagaan manakala pengusaha perniagaan menafikan bahawa tidak terdapat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan. Dalam hal ini penafian pengusaha adalah diterima kerana pada asalnya tidak terdapat sebarang keuntungan. b) Ahmad berhutang dengan Faiz dan Ahmad menyatakan bahawa dia telah melangsaikan hutang tersebut. Faiz menafikannya. Dalam hal ini penafian Faiz diterima kerana pada asalnya hutang itu tidak ada pelunasan.

4. Kaedah

12

Asal setiap yang berlaku diambil kira masa yang paling hampir Huraian Kaedah Kaedah ini membawa maksud bahawa apabila berlaku perselisihan dan percanggahan berkaitan dengan tarikh berlaku sesuatu peristiwa atau sesuatu perkara. Untuk itu apa yang lebih kukuh atau lebih kuat daripada tiap-tiap sesuatu peristiwa atau kejadian itu dinisbahkan dan disandarkan dari sudut kiraan waktunya adalah yang paling hampir atau waktu yang terdekat berlakunya peristiwa itu.8 Contoh Kaedah a) Jika seseorang yang melihat kesan air mani pada pakainannya sedangkan ia tidak pasti bilakah ia telah bermimpi, maka wajiblah ia menggantikan semua solat fardhunya sejak kali terakhir ia tidur. b) Seseorang telah menjadi wakil kepada seseorang untuk membelikan sesuatu barang, selepas bebarapa hari, barang tersebut telah didapati rosak. Tuan punya barang telah meminta ganti rugi kepada wakil tadi, namun wakil tadi menafikan. Dalam hal ini, penafian wakil tadi adalah diterima. Ini kerana kemungkinan barang tersebut rosak disebabkan perkara lain iaitu sepanjang ia berada dengan tuannya, bukan disebabkan oleh wakil tadi. c) Seorang lelaki telah memukul perut wanita hamil lalu perempuan itu melahirkan anak tersebut. Anak tersebut didapati hidup. Selepas beberapa hari, anak tersebut meninggal dunia. Dalam hal ini, lelaki tadi tidak dikenakan sebarang diat (gantian) kerana pada asalnya mungkin bayi tadi mati disebabkan oleh faktor lain. d) Kassim menggunakan barang Ahmad, selepas sahaja ia menggunakan barang tersebut, Ahmad mendapati barang tadi telah rosak. Dalam masalah ini Kassim perlulah menggantikan barang tersebut kerana pada masa terhampir barang tersebut rosak adalah ketika Kassim menggunakannya.

5. Kaedah
8

Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, m/s 117

13

Asal sesuatu itu adalah harus


Huraian Kaedah Ini adalah kaedah yang telah disediakan oleh Imam Syafiie berbeza pula kaedah dengan kaedah yang telah disediakan oleh Imam Hanafi. Imam Syafiie meyatakan bahawa hal ini adalah merujuk kepada hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al-Bazzar dan al-Tabrani yang bermaksud: Apa yang dihalalkan oleh Allah adalah halal dan apa yang diharamkan oleh Allah adalah haram dan apa yang tidak dinyatakan, maka ia dimaafkan. Maka terimalah kemaafan daripada Allah kerana Allah tidak lupa walau sesuatu pun Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Abu Majah yang bermaksud : Sesuatu yang halal adalah apa yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitabNya, sesuatu yang haram adalah apa yang diharamkan oleh Allah di dalam kitabNya dan apa apa yang tidak dinyatakan maka ia dimaafkan Rumusan Kaedah Rumusan daripada kaedah ini ialah apa-apa perkara yang telah dinyatakan oleh Allah dalam kitabNya mengenai halalnya, maka hukumnya adalah halal. Apa-apa yang diharamkan oleh Allah maka hukumnya adalah tetap haram dan tidak boleh diubahkan bentuk hukum yang lain. Meskipun begitu, apa-apa yang tidak dinayatakan oleh Allah, samada mengenai halal atau haramnya, maka hukumnya adalah harus. Ini kerana Allah ingin memberi keringan kepada hambaNya, mengenai sesuatu perkara yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. Tidak mungkin Allah mempunyai sifat pelupa sehingga terlupa untuk menghukumkan sesuatu perkara samada ia adalah halal ataupun haram. Contoh Kaedah a) Apa-apa jenis tumbuhan yang tumbuh di dalam hutan, ataupun binatang yang hidup di daratan, udara ataupun air, jika tidak terdapat dalil yang khusus mengenai halal ataupun haram, ataupun mempunyai dalil yang samar-samar, maka ia adalah harus untuk dimakan. b) Menurut pendapat Imam al-Subki mengatakan bahawa Zirafah adalah harus dimakan kerana ia tidak bertaring, serta tidak ada dalil yang khusus mengatakan bahawa binatang itu haram dimakan. c) Seekor burung merpati memasuki sangkar milik seseorang, sedangkan ia raguragu samada burung merpati tersebut miliknya atau milik orang lain. Menurut pendapat Imam Nawawi, pemilik sangkar tersebutlah lebih berhak memanfaatkan burung merpati itu. Alasannya kerana asalnya ia diharuskan.

6. Kaedah

14

Asal kemaluan perempuan itu adalah haram Huraian Kaedah Antara lain kaedah pecahan tersebut membawa maksud, hukum asal pada dasarnya dalam masalah yang berkaitan dengan hubungan sex serta persetubuhan dengan wanita adalah haram, sehinggalah ada sebab tertentu yang jelas menghalalkannya. Iaitu samada melalui akad nikah ataupun pertuanan terhadap hamba. Rumusan Kaedah Apabila berlaku pertentangan diantara hukum harus atau halal dan haram terhadap seorang wanita, hukum haram itulah yang didahulukan dan dimenangkan. Alasannya ialah kerana asalnya adalah haram. Contoh Kaedah a) Seseorang yang ingin berkahwin dengan perempuan yang tidak diketahui samada ia adalah mahramnya atau ajnabi, adalah haram dikahwininya berdasarkan hukum asal iaitu haram. b) Seseorang mewakilkan orang lain supaya membeli hamba perempuan untuknya dengan menyatakan sifat-sifat tertentu. Wakil tersebut membelikan hamba yang disifatkan itu, namun ia meninggal dunia sebelum sempat ia menyerahkan kepada pewakil. Orang yang mewakilkan haram untuk menyutubuhi hamba tersebut, walaupun ciri-ciri yang ia kehendaki terdapat pada hamba itu. Alasannya, kemungkinan wakil tadi membeli hamba itu untuknya serta asalnya juga adalah haram. c) Jika dinyatakan kepada seseorang lelaki bahawa disebuah kampung tertentu terdapat seorang wanita yang haram dikahwininya, namun ia tidak dapat mempastikan mana satu wanita yang dimaksudkan itu. Berdasarkan kaedah tersebut, ia tidak dapat mengahwini semua wanita yang tinggal dikampung itu, sehinggalah ia dapat mempastikan mana satu wanita yang tidak dapat dikahwininya.

7. Kaedah

15

Asal perkataan itu diambil kira maknanya yang hakiki Huraian Kaedah Kalimah al-haqiqah pada bahasa bermaksud hak terhadap sesuatu apabila ia tetap. Menurut pengertian istilah ialah, makna asli yang diberikan kepada sesuatu lafaz ucapan, samada ia menurut istilah percakapan seperti: penggunaan lafaz membunuh ialah menghilangkan atau melenyapkan nyawa atau roh atau sebagainya. Rumusan Kaedah Hakiki adalah sebalik daripada makna majazi, iaitu pengertian yang tidak jelas atau berbeza daripada pengertian biasa. Namun begitu, kadangkala majazi dengan hakiki masih ada hubungan. Iaitu apabila diantara kalimah tersebut mempunyai qarinah atau tanda yang menunjukkan kepada erti yang bukan hakiki. Justeru itu, berdasarkan kaedah tersebut pengamalan dan perlaksanaan sesuatu ucapan orang yang bercakap itu samada ia bertindak sebagai orang yang melaksanakan akad, pewakaf atau orang yang bersumpah dan lainnya. Ia hendaklah dibawa lafaz itu kepada maknanya yang hakiki terlebih dahulu, kecualilah kiranya disana terdapat tanda atau pengucap itu maksudkan ialah makna majazi. Contoh Kaedah a) Seseorang yang bersumpah tidak akan membeli. Tetapi jika ia mewakilkan kepada orang lain untuk membeli maka ia tidak dikenakan kaffarah kerana ia tidak dinggap sebagai melanggar sumpah. Namun begitu jika seseorang itu kebiasaan hidup sehariannya memerintah orang lain atau orang lain yang sentiasa melakukan bagi pihaknya seperti sultan atau pemimpin, ia dikira melanggar sumpah jika mewakilkan kepada orang lain dan akan dikenakan kaffarah. b) Seseorang yang bersumpah tidak akan masuk kerumah Majid. Tidak dikira melanggar sumpah sekiranya ia masuk kerumah yang disewa oleh Majid. Ini kerana rumah sewa tersebut bukan milik mutlak Majid.
c) Sekiranya sseorang memberikan atau hibah barang kepada kawannya sesuatu barang. Kemudian kawan tadi mengambilnya. Selepas itu ia mendakwa yang ia maksudkan atau inginkan ialah pemberian jual beli menurut majazi. Maksudnya ia inginkan ia dibayar harga pada barang itu. Untuk itu tidak diterima dakwaan dan kata-katanya. Kerana asalnya sesuatu ucapan ialah yang hakiki dan hakikat ucapan pemberian atau hibah adalah hak pemilikan tanpa apa-apa tukaran.

8. Kaedah 16

Apa yang ada semenjak dahulu, dibiarkan atas kedahuluannya. Huraian kaedah Apa yang dimaksudkan dengan al-Qadim ialah sesuatu yang tidak ada orang mengetahui mengenai awal mulanya sesuatu. Ia antara lain membawa maksud segala sesuatu dan hak penggunaan yang telah ada pada diri seseorang semenjak dahulu atau sedia kala, iaitu daripada sesuatu kaedah yang dikira tetap atau disahkan oleh syara tetap adanya seperti sedia kala. Hal itu ia dikira sebagai satu dalil atau bukti di mana ia berhak sebagaimana yang ditetapkan oleh syara. Rumusan kaedah Kaedah tersebut menjelaskan bahawa apabila berlaku pertentangan dan perselisihan dalam sesuatu perkara, di mana apabila ia adalah perkara lama atau sejak dahulu lagi maka keputusannya hendaklah diraikan menurut asalnya yang lama itu tanpa ada sebarang tambahan, pengurangan, perubahan, atau pindahan.
Dalam keadaan lain, tidak harus diubahkan perkara yang ada semenjak lama itu daripada hal keadaan tersebut tanpa mendapat keizinan daripada tuan atau pemilik atau orang yang berhak ke atas sesuatu itu. Hal ini seandainya perkara yang berlaku dan semenjak lama itu berdasarkan penyaksian dan syara, kecualilah diubah dengan cara syara juga. Justeru, kaedah pecahan tersebut dapat dibataskan atau diberikan pengecualian dengan kaedah lain, iaitu : i) Sesungguhnya yang sedia ada semenjak lama itu akan berubah apabila terdapat dalil yang menyalahinya.

ii) Sesungguhnya yang sedia ada semenjak lama yang menyalahi syara tidak diiktibarkannya, bahkan ia dihapuskan apabila terdapat padanya kemudaratan yang keji. Contoh kaedah a) Apabila seseorang itu mempunyai hak atau diberikan kebenaran mengguna jalan di hadapan rumah orang lain sejak dari dahulu, pemilik tanah tersebut tidak berhak menegahnya walaupun ia tidak mengetahui sejarah asal mulanya. b) Seseorang yang dibenarkan mengairi sawahnya dengan menggunakan terusan yang ada di dalam tanah orang lain yang telah berlaku sejak sekian lama. Tuan tanah tersebut tidak berhak menegah pengairan walaupun ia tidak mengetahui sejarah asal mulanya.

9. Kaedah 17

Asalnya apa yang menjadi tumpuan iqrar ialah sesungguhnya saya beramal dengan keyakinan, menolak keraguan serta tidak mengambil yang berdasarkan kebiasaan atau dikuasai oleh dugaan. Huraian kaedah Sebenarnya kaedah ini adalah sampingan dan ada kaitan dengan kaedah pecahan (asal seseorang itu adalah bebas daripada tanngungjawab) Kaedah itu meluas di kalangan ulama Syafie. Ia berasal daripada kata-kata Imam as-Syafie sendiri yang membawa maksud ikrar itu hendaklah didasarkan kepada keyakinan atau hakikat dan tidak boleh didasarkan kepada syak dan simbolik. Untuk itu seandainya sesuatu itu didasarkan kepada syak atau majaz yang tidak ada qarinah, ketika itu ia tidak boleh dipegang lagi. Semua itu dijelaskan oleh Imam al-Harawi mengikut apa yang didasarkan kepada apa yang pernah dinyatakan oleh Imam as-Syafie, Apa yang wajib dipegang dalam hal yang berkaitan dengan ikrar ialah keyakinan dan perkara yang maklum atau zann yang kuat. Ia tidak boleh didasarkan kepada syak atau sangkaan sematamata sebab asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang tanggungjawab. Contoh kaedah a) Seseorang hakim telah membuat ikrar atau pengakuan tentang sesuatu. Sekiranya ia membuat ikrar tersebut dalam keadaan memberi keputusan atau kehakiman, ikrarnya diterima. Jika ia berikrar ketika dalam keadaan orang biasa atau bercerita tentang perkara lalu, ia tidak boleh diterima sebagai keputusan. b) Seseorang bapa berikrar terhadap sesuatu barang untuk anaknya. Ikrarnya itu dapat diletakkan pada kedudukan sebagai jual beli. Yang mana ia merupakan sebab kukuh yang menjadikan ia tidak boleh menarik semula kata-katanya supaya membeli (menghadiahkan) barang tersebut untuk anaknya. Ia juga dapat diletakkan pada hibah atau pemberian, yang merupakan sebab tidak menegah ia menarik semula daripada anaknya itu. Dalam keadaan tersebut, Imam al-Harawi berpendapat, juga disokong oleh Imam an-Nawawi, pendapat yang lebih tepat ialah ikrar tersebut diletakkan pada kedudukan atau ditafsirkan

10. Kaedah

18

Apa yang ditetapkan berdasarkan masa atau semasa dihukum dengan kekalnya begitu selagi tiada dalil menyalahinya. Huraian kaedah Sebenarnya kaedah itu mempunyai kaitan yang kukuh serta hampir sama dengan kaedah (asal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya). Antara lain kaedah itu merupakan suatu kaedah yang seharusnya dipraktikkan sebelum beramal dengan al-Istishab. Ini bermakna, Sesuatu hukum dan dalil yang boeh diamalkan semenjak zaman lampau dan diteruskan perlaksanaanya sampai sekarang sehinggalah ada dalil yang merubahnya. Apa yang dapat difahami daripada kaedah tersebut ialah sesuatu peristiwa atau perbuatan itu yang mana ia ditetapkan hukumnya pada sesuatu masa. Untuk itu, hukum tersebut ditetapkan perlaksanaannya selagi tidak ada dalil yang menunjukkan perubahannya. Contoh kaedah a) Sekiranya seseorang memiliki atau mendapat hak milik sesuatu melalui cara perwarisan, barang tersebut kekal menjadi milik atau berada di tangannya. Justeru, tidak diterima dakwaan atau kata-kata andaian bahawa dikeluarkan barang itu daripada hak miliknya dengan menjual hibah. Seandainya telah tetap sesuatu itu telah terlepas atau terkeluar daripada hak miliknya, dalam keadaan tersebut tentunya didapati ada dalil yang menunjukkan hilang pemilikannya. Lantaran itu, maka sesuatu yang kekal dalam pemilikannya dihukum dengan luput hak milik. b) Seseorang yang telah berwuduk, untuk urusan berikutnya seperti solat isya dengan wuduk solat maghrib, maka ia dikira masih berwuduk atau tidak perlu berwuduk sekali lagi selagi tidak ada tanda meyakinkan wuduknya terbatal. c) Seseorang yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sama ada mati atau hidup, maka harta pemilikannya tidak boleh diwarisi sesuka hati kerana ia dikira masih hidup sebagaimana ia keluar daripada rumah dahulu sehinggalah ada bukti yang menunjukkan kematiannya.

11. Kaedah

19

Apabila sesuatu lafaz sukar diertikan secara hakiki, maka ia dipindahkan kepada pengertian majazi. Huraian kaedah Dalam keadaan lain, kaedah ini dapat dikaitkan dengan beberapa lafaz kaedah lain iaitu : i) Asal pada ucapan ialah hakikat, dan apabila terdapat keuzuran pada hakikat ia berpindah kepada pengertian majaz. ii) Asal lafaz-lafaz ucapan ialah hakikat ketika dalam bentuk mutlak, dan kadang kala ia bertukar kepada pengertian majaz dengan sebab niat. iii) Asal pada ucapan ialah hakikat ketika keadaan mutlak, dan ia tidak boleh dibawa kepada pengertian majaz melainkan dengan ada dalil. Kaedah tersebut bermaksud apabila pengertian hakiki itu tertegah, sukar, tidak dapat difahami, atau tidak dapat dilaksanakan, maka pada waktu itu hendaklah ia dibawa kepada pengertian majazi. Rumusan kaedah Sebagaimana yang dijelaskan, setiap pengucapan dan kalimah itu diberi haknya serta pelaksanaanya dari sudut hakikat dan kesahihannya. Selain itu, apabila terdapat sesuatu lafaz yang mana pada dasarnya ia seharusnya diamalkan atau dilaksanakan menurut pengertiannya yang hakiki dan itulah kaedah asalnya iaitu, Hak pengucapan itu bahawa ia dibawa atau ditanggung terhadap hakikatnya. Walau bagaimanapun dalam keadaan pengertiannya yang hakiki itu tidak dapat dilaksanakan, maka ketika itu pengertian dan perlaksanaannya akan berpindah kepada pengertian majazi. Hal tersebut adalah jalan penyelesaian atau ikhtiar untuk melaksanakan sesuatu ungkapan itu, dan menghindari semampu yang boleh daripada mengabaikannya. Contoh kaedah a) Seorang lelaki bersumpah tidak akan memakan pokok durian. Menurut pengertian hakiki dia tidak akan makan batang dan dahannya. Namun pengertian hakiki tersebut sukar serta tidak dapat dilaksanakan. Pada waktu itu perlaksanaanya berpindah kepada pengertian majazi iaitu ia tidak akan makan buah durian.

20

Hal tersebut sebagai contohnya ketika anak-anak Nabi Yaakub menyatakan ucapan dan pengakuan mereka di hadapan bapa mereka. Firman Allah di dalam al-Quran :

Dan bertanyalah kepada penduduk negeri ( Mesir ) yang kami telah tinggal padanya dan kepada orang-orang kafirlah yang kami balik bersertanya. Apa yang mereka maksudkan dengan perkataan al-Qaruyah ialah penduduk negeri Mesir, bukannya negeri Mesir. Ini bermakna bertanyalah wahai bapaku kepada penduduk dan ahli Mesir sana mengenai keadaan sebenar.

21

12. Kaedah Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, ia dianggap belum melakukannya. Huraian kaedah Kaedah ini antara lain bermaksud sesiapa yang ragu-ragu atau syak apakah dia telah melakukan sesuatu itu atau belum lagi melakukannya maka hukum yang lebih kuat dan kukuh dalam keadaan tersebut ia dikira belum lagi melakukannya. Contoh kaedah a) Jika seseorang syak adakah ia meninggalkan salah satu rukun sewaktu solat atau ibadat wajib lain maka hukumnya ia mestilah mengulangi apa yang disyaki atau dirasakan belum melakukannya. b) Jika seseorang syak sama ada ia telah berwuduk atau belum, ia mestilah berwuduk kerana pada asalnya ia belum berwuduk. c) Seseorang yang syak sama ada telah bersujud sahwi atau belum, ia hendaklah melakukan sujud sahwi. d) Seseorang yang syak sama ada telah berihram haji berserta umrah iaitu syak berniat haji Qiran. Apa yang dikira dan sah ialah haji sahaja kerana kemungkinan ihram umrah yang disertakan dalam ihram haji itu tidak sah.

22

13. Kaedah Sesiapa yang yakin melakukan sesuatu amalan, namun ragu-ragu tentang sedikit atau banyaknya, dikira yang sedikit kerana ia lebih meyakinkan. Huraian kaedah Kaedah ini sebenarnya merupakan kaedah sampingan atau kaitan dengan kaedah pecahan ke-12 tadi. Ia membawa maksud apabila ada keraguan yang muncul selepas seseorang melakukan amalan, sama ada ia telah menunaikannya kurang atau lebih, banyak, atau sedikit. Masalah itu hendaklah dikira pada kadar yang kurang atau sedikit kerana yang sedikit jumlahnya itulah yang diyakini. Antara lain dalam konteks tersebut dapat dirujuk serta disokong kepada kaedah lain sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam as-Syafie dengan lafaz kaedah, Sesungguhnya apa yang tetap berdasarkan sesuatu yang meyakinkan, ia tidak dapat diubah melainkan dengan ada sesuatu yang juga meyakinkannya. Contoh kaedah a) Seseorang yang syak sama ada ia telah membasuh 2 atau 3x muka, maka ia hendaklah mengira yang paling sedikit serta membasuh sekali lagi untuk ketiga kalinya. b) Seseorang suami yang syak sama ada telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau lebih maka hendaklah ia mengira yang paling sedikit.

23

PENUTUP

Kesimpulan daripada tajuk Al-Yaqinu La Yuzalu Bi Syak atau keraguan tidak disingkirkan semata-mata syak ini telah memberi pengetahuan kepada kita bahawa sesuatu perkara yang telah kita yakini keadaannya tidak akan diabaikan semata-mata timbul syak atau keraguan. Ini kerana syak itu adalah sesuatu yang kita tidak pasti sedangkan yakin itu adalah sesuatu perkara yang kita telah yakini keadaannya. Sebagai contoh seseorang yang yakin dalam keadaan berhadath, kemudian timbul keraguan samada dia masih dalam keadaan berhadath atau telah bersuci. Dalam keadaan ini maka ia masih dianggap berhadath. Bagi seseorang yang tidak mengetahui keadaan ini ( ilmu ini), maka sudah tentu syaitan amat mudah untuk mempermainkan keraguannya. Maka sebab itu kaedah ini berserta kaedah yang lainnya amatlah penting untuk dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kerana kita sebagai manusia tidak lari dari dari menghadapi situasi-situasi yang pelbagai.

24

RUJUKAN

1) 2)

Al-Quran al-Karim Pengantar Syariat Islam Mohd Saleh Haji Ahmad Edisi pertama, 1994 Pustaka Haji Abdul Majid. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh Ustaz Ab. Latif b. Muda dan Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin Ibrahim Ahmad Mahmud al-Hariri, al-Madkhal Ila al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, Abu Daud, Kitab al-solah, bab saf al-Nisa Ali Ahmad al- Nadwi al-Qawaid Fiqhiyyah al-kuliyyah

3)

4) 5) 6)

25

NOTE

This assignment, title Al-Yakinu La Yuzalu Bi Syak Keyakinan Tidak Dapat Disingkirkan Dengan Keraguan has been done as a group assignment. The instructor for this subject, Qawaidh Fiqh (FIQ 301) was Mrs. Ustazah Siti Azura Nasarudin. Members : 1. 2. 3. Mohd Nazri Zainal Mohamad Ali Jalil Rakbi Che Husin

26