Anda di halaman 1dari 27

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2012

HBML4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

HEMRAN BIN KADAR 740707135747002 740707135747 0138124190 bapak_emran@yahoo.com IPGM MIRI, SARAWAK

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Isi kandungan tugasan

Isi kandungan 1.0 Penghargaan -------------------------------

Muka surat 3

2.0

Abtrak

-------------------------------

3.0

Pengenalan

-----------------------------

5-6

4.0

Perbezaan bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu moden dari segi morfologi

-----------------------------

6 - 14

5.0

Perbezaan bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu moden dari segi sintaksis

-----------------------------

15- 22

6.0

Rumusan

-----------------------------

23

7.0

Bibliografi

-----------------------------

24

8.0

Lampiran

-----------------------------

25-26

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Penghargaan
Terima kasih kepada Puan Hajah Ainah Binti Julhee , tutor bagi subjek HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, di atas segala tunjuk ajar mengenai subjek ini mahupun mengenai tugasan ini. Tanpa bimbingan beliau tidak mungkin rasanya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa, terima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak memberi sokongan moral dan memahami situasi saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Rakan-rakan yang juga memberi sokongan moral , menyokong sama ada secara langsung dan tidak langsung ketika saya amat memerlukan untuk menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih kepada semua.

HEMRAN BIN KADAR 740707135747

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

ABSTRAK

Dalam usaha memahami lagi kewujudan bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu Moden, mengetahui perbezaan antara bahasa Melayu kasik dan moden pada setiap masyarakat haruslah dibincangkan. Bahasa Melayu klasik dan moden mempunyai peranan dan kelebihannya tersendiri sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya negara Jepun dengan bahasa Jepunnya, negara Jerman dengan bahasa Jermannya dan negara Perancis dengan bahasa Perancisnya. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat memperkasa dan perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. Namun kedaulatan bahasa Melayu kian tergugat dan hanyut dek arus

pemodenan serta asakan gelombang globalisasi dan seakan-akan kehilangan jati diri sebagai lambang bahasa bangsa Malaysia. Tugasan ini membincangkan tentang perbezaan antara bahasa Melayu kasik dan bahasa Melayu moden yang menyebabkan bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasabahasa lain di dunia dan peranan-peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui bahasa Melayu klasik dan moden.Dalam tugasan ini saya juga cuba memaparkan perbezaan bahasa melayu klasik dengan bahasa Melayu moden dari segi morfologi dan sintaksis berserta contohnya.

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Pengenalan Bahasa Melayu adalah warisan kebudayaan Melayu kerana hasil-hasil karya melayu moden dan klasik tidak mungkin dapat dipisahkan dengan latar belakang kehidupan masyarakat melayu ketika sastera itu dilahirkan.Bahasa Melayu moden dan klasik mempunyai perbezaan dari segi isi, bentuk, struktur bahasa perumusan masalah dan analisis yang sistematik. Awang Sariyan berpendapat Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Gaya Bahasa Melayu Klasik pula

memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan bahasa Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi. Kebanyakan Bahasa Melayu Klasik digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah Aqaiid al-Nasafi. Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
5

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Bahasa melayu moden pula mempunyai makna yang khusus bagi menilai perkembangan sesuatu bahasa. Sukar untuk ditentukan garis pemisah antara moden dan tradisi dalam perkembangan Bahasa Melayu.Menurut Ferguson,1968:32 dipetik daripada Ismail Dahaman 2007, pemodenan bahasa ialah proses menjadikan bahasa-bahasa yang sudah berkembang maju sebagai bahasa media komunikasi, iaitu proses menyatukan masyarakat dunia bahasa-bahasa yang kian saling menterjemahkan yang dikenali sebagai cara yang wajar bagi bentuk-bentuk moden dalam wacana Pemodenan bahasa dapat dikatakan bermula dengan pemodenan kosa kata Bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang ilmiah yakni pembentukan kata baharu atau istilah. Perkembangan ini memperlihatkan kemunculan Bahasa Melayu tinggi yang digunakan dalam wacana ilmiah yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri dengan kosa kata khusus, struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks. Pemodenan bahasa dapat dilihat dari segi fungsi Bahasa Melayu itu sendiri, yakni pada masa dahulu merupakan bahasa lingua franca kemudian berkembang menjadi bahasa wacana ilmu bersifat ilmiah melalui pengayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu. Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan moden daripada sudut perkataan (morfologi) Menurut Nik Safiah Karim (1996), Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Saya akan membuat perbezaan bahasa Melayu klasik bahasa Melayu Moden berdasarkan Hikayat Seri Rama Puteri Sita Dewi dilarikan oleh raja Rawana daripada sudut perkataan (morfologi).

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1. Perbezaan dari segi penggunaan imbuhan Kebanyakan imbuhan ber dan an yang sering digunakan dalam bahasa Melayu klasik dalam Hikayat Seri Rama manakala dalam bahasa Melayu moden menggunakan 4 jenis imbuhan iaitu awalan,akhiran,sisipan dan apitan. Contoh perbezaan penggunaan imbuhan bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu moden: Bahasa Melayu Klasik Bertari-tari Berlompat-lompat Berseru-seru Dengar-dengaran Bahasa Melayu Moden Menari-nari Melompat-lompat Menyeru-nyeru Kedengaran

Contoh ayat yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik: Maka kamu kedua bertari-tari dan berlompat-lompat di hadapan rumah Seri Rama. Maka iapun berseru-seru minta tolong. Contoh-contoh imbuhan bahasa Melayu moden: Awalan diPerTerBerMenAkhiran -an -kan -man -wati -i Sisipan -el-er-em-inApitan Per--an Ke-.-an Me-.-kan di--kan Ber--an

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

2. Perbezaan dari segi penggunaan kata nama am, khas dan kata ganti nama Kebanyakan kata nama am, khas dan kata ganti nama dalam bahasa melayu klasik menggunakan gelaran dalam bahasa istana serta gelaran dalam bahasa sankrit manakala bahasa moden banyak menggunakan gelaran yang lebih moden dan tidak dipengaruhi oleh bahasa istana dan bahasa sankrit. Contoh- contoh penggunaan kata nama am, khas dan kata ganti nama: Bahasa Melayu Klasik Mahaloka Perjangga Sura Seri rama Bertapa Kijang emas Maharaja Rawana engkau Kamu berdua Bahasa Melayu Moden Binatang Dr Ali Dato Proton Wira Sultan Pahang dia Mereka berdua

Contoh penggunaan kata nama dalam bentuk ayat yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik:

Adapun Maharaja Rawana pun menyuruh mengambil ratanya. Setelah beberapa lamanya, maka Maharaja Rawana pun sampailah dekat tempat Seri Rama Bertapa itu, serta ia bertitah:Hai, Mahaloka dan Perjangga Sura, pergilah engkau kepada tempat Seri Rama duduk itu.

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

3. Perbezaan dari segi kata kerja Kebanyakan kata kerja bahasa Melayu klasik diletak perkataan lah dan nya manakala dalam bahasa melayu moden tidak terdapat penambahan perkataan tersebut. Bahasa Melayu Klasik pergilah sampailah berjalanlah tangkaplah berbunyilah sujudlah Bahasa Melayu Moden pergi sampai berjalan menangkap berbunyi sujud

Contoh penggunaan kata kerja dalam Hikayat Seri Rama Puteri Sita Dewi dilarikan oleh raja Rawana: Maka Mahaloka dan Perjangga Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana. (Perenggan 3, baris 1)

4. Perbezaan dari segi kata adjektif Kata adjektif bahasa klasik sukar untuk dikenalpasti kerana tidak banyak didahului oleh kata penguat dan imbuhan berbanding dengan kata adjektif bahasa Melayu moden yang mudah dikenali apabila didahului kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling,agak, benar dan sebagainya. Bahasa Melayu Klasik Kijang emas Kijang perak Suara raksasa Terlalu jahat
9

Bahasa Melayu Moden Kijang berwarna emas Kijang berwarna perak Suara yang kuat Sangat jahat

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Terlalu miskin Rata yang sakti Terlalu besar Contoh ayat:

Sangat miskin ajaib Sangat besar

Aku seorang berahmana terlalu miskin dan tiada aku dapat lalu dari sini kerana garis Laksamana ini. Jikalau ada kurnia tuan puteri, mintalah hamba, unjukkan olehmu keluar garis itu sedikit, terlalu besar pahalanya tuan puteri.

5. Perbezaan dari segi kata bilangan Bahasa Melayu Klasik Setelah beberapa lamanya Dua ekor itu Bukan barang-barang Kalau-kalau Empat orang hambanya Contoh ayat bahasa Melayu klasik: Bahasa Melayu Moden Beberapa minggu lepas Dua orang Barang-barang itu kepunyaan dia pertama semua

Maka Laksamana pun berjalan dengan empat orang hambanya.

10

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

6. Perbezaan dari segi penggunaan perkataan Bahasa Istana

Bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Perbezaan dapat dilihat dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilan kepada seseorang.

Contoh: sembah, beta, titah, berangkat, gering dan sebagainya. . Dalam hikayat yang saya kaji, bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, kebanyakan cerita berkisar kepada kisah dan peristiwa yang dialami dalam kalangan raja di istana. Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden lebih banyak memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu biasa, yangmempunyai pelbagai larasnya, sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu.

Bahasa Melayu Klasik(Istana) Bertitah Hamba Laksamana Tuanku Paduka Kekanda Adinda

Bahasa Melayu Moden Berkata Aku Menteri pertahanan Panggilan untuk raja Bahasa Istana Panggilan untuk suami (Raja) Panggilan untuk isteri (Permaisuri)

Contoh ayat : Hai adinda Laksamana, suaranya saudara tuan hamba itu. Ia minta tolong bunyinya.

11

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

7. Perbezaan penggunaan Kosa kata klasik dan moden Kosa kata bahasa Melayu klasik banyak dipengaruhi oleh kosa kata Sankrit, Arab dan Parsi. Kosa kata klasik Bertapa Menunggui Menaruhkan Sakti Kosa kata moden Mengasingkan diri Menunggu Memperjudikan Luar biasa

Contoh ayat: Maka kata laksamana: Hamba menangis ini, oleh kerana harap paduka kekanda akan hamba menaruhkan tuan hamba dan sekarang tak dapat tiada hamba pergi, kerana kata tuan hamba itu.

8. Perbezaan penggunaan Kata pangkal ayat ( perdu ayat) Dalam bahasa Melayu klasik penggunaan perkataan seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan.Dalam bahasa Melayu moden tidak terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian. Kata pangkal ayat bahasa Melayu klasik Adapun Setelah beberapa lama Maka Alkisah Sebermula Kata pangkal ayat bahasa Melayu Moden Pada zaman dahulu Pada suatu hari Dalam pada itu Pada kedinginan malam Bermulalah cerita

12

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Contoh penggunaan ayat: Setelah beberapa lamanya, maka Maharaja Rawana pun sampailah dekat tempat Seri Rama Bertapa itu.

9. Perbezaan penggunaan Partikel @ kata penegas

Kata Penegas bahasa Melayu Klasik Jadikan dirimu Sudah jauh daripada rumahnya Masuklah Sangatlah Batu pun habis terpelanting

Kata Penegas bahasa Melayu Moden Siapakah yang datang itu? Apatah nasib kita. Pemuda itulah tunangnya. Kami juga ingin ke sana. Hamid memang kuat makan.

Contoh ayat: Setelah datang rata itu, maka ia pun naiklah ke atas ratanya itu.

10. Perbezaan penggunaan Kosa kata daripada bahasa Arab dan Sanskrit

Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh bertapak di kepulauan Melayu dan bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruhdaripada kedua-dua bahasa ini.

Arab: Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim dan lain-lain.

Sanskrit: Dosa, pahala, raja, dan lain-lain.


13

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Klasik: berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutumanikam (batu permata) masygul (dukacita, sedih)ceritera (cerita) amarah (marah) dan sebagainya.

Kosa kata bahasa klasik(Arab) Sujudlah Allah Taala Daulat Pahala

Kosa kata bahasa melayu moden Sujud Allah Daulat Pahala

Contoh ayat: Jikalau ada kurnia tuan puteri, mintalah hamba, unjukkan olehmu keluar garis itu sedikit, terlalu besar pahalanya tuan puteri.

11. Perbezaan dari segi tanda baca Tanda baca bahasa melayu klasik: Setelah demikian itu, maka Laksamana pun turun, lalu ia mengelilingi rumah Sita Dewi, seraya ia menggaris tanah dengan telunjuknya seraya katanya: Hai, Bumi, pertaruhkulah Sita Dewi kepadamu. Adapun barang siapa akan melangkah garis ini, tangkap olehmu kakinya. Tanda baca bahasa melayu moden: Cepatnya sampai..kataku sambil ketawa. Suhada berjabat tangan dengan Samad dan Profesor Sastera itu.
14

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Mengapa tak naik ke atas dulu? Tanya Suhada kepada mereka. (Petikan dari novel Mendung Mengelubungi Melaka) 12. Perbezaan dari segi penggunaan kata pinjaman Bahasa Melayu klasik banyak membuat kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi manakala bahasa Melayu moden banyak menggunakan kata pinjaman bahasa Inggeris. Contoh kata pinjaman bahasa Melayu klasik: Sujudlah (perenggan 3, baris 1), sakti (perenggan 18, baris 6), raksasa (perenggan 8, baris 3 Contoh kata pinjaman bahasa Melayu moden: Bahasa Inggeris Book Lamp Ball Mind Bus Taxi Bahasa Melayu moden Buku Lampu Bola Minda Bas Teksi

Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan moden daripada sudut ayat (sintaksis) Menurut Dr Ali Mahmood dalam buku Morfologi dan Sintaksis mendifinisikan bahawa sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hokum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Saya akan membuat perbezaan bahasa Melayu klasik bahasa Melayu Moden berdasarkan Hikayat Seri Rama Puteri Sita Dewi dilarikan oleh raja Rawana daripada sudut ayat(Sintaksis):
15

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1. Perbezaan dari segi permulaan ayat dan pengenalan sesuatu cerita. Bahasa Melayu klasik biasa menggunakan permulaan ayat dan pengenalan sesuatu cerita dengan perkataan adapun, maka,sebermula, arakian, hatta dan lain-lain manakala bahasa melayu moden menggunakan permulaan ayat dan pengenalan sesuatu cerita dengan perkataan pada suatu hari, dalam kedingingan malam, pada suatu malam,sejak tadi lagi dan sebagainya. Contoh permulaan ayat bahasa Melayu Klasik: Adapun Maharaja Rawana pun menyuruh mengambil ratanya. Setelah datang rata itu, maka ia pun naiklah ke atas rata itu. Maka Mahkota dan Perjangga Sura pun naiklah ke atas rata bersama-sama dengan maharaja Rawana. Maka ia pun terbanglah dari Langkapura.

Contoh permulaan ayat dalam cerita Bahasa Melayu Moden: Kabus tebal mengelubungi Selat Melaka sebentar tadi sudah mulai tersingkap, ditembusi pancaran sinar matahari pagi. Sejak tadi lagi mata Hemran terpaut kepada nona yang berpakaian congsam itu. 2. Perbezaan dari segi penutup cerita Bahasa Melayu klasik biasa mengakhiri cerita dengan ayat-ayat seperti maka sembahnya, setelah demilian, setelah dayang itu mendengar,maka jadi terlepas hajatnya semuanya dan sebagainya. Bahasa Melayu moden biasa mengakhiri cerita dengan ayat-ayat seperti selang tiada beberapa minggu lepas, akhirnya aku teringat Suhada, begitulah riwayat, oleh itu jangan lepaskan peluang dan sebagainya.

16

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Contoh penutup cerita Bahasa Melayu Klasik:

Setelah demikian, maka Sita Dewinpun berdiri di dalam garis, maka tangannya diunjukkannya keluar garis itu kepada berahmana. Maka ditangkapnyanakan tangan Sita Dewi oleh berahmana itu, lalu ditariknya dan diterbangkannya ke udara. Maka Maharaja Rawana dan Sita Dewi diterbangkan oleh rata yang sakti hingga sampai ke negeri Langkapura.

Contoh penutup Bahasa Melayu Moden:

Ketika mataku mulai mengantuk dan ingatanku mulai melayang, aku merasa badanku disentuh orang. Aku membuka mata. Di dalam suasana yang samar-samar itu, aku melihat suhada sedang menarik gebar di hujung kakiku. Dia menyelimuti seluruh tubuhku. Aku membiarkannya. Aku merasa semacam kebahagiaan menyelinap ke dalam dadaku. Oh Tuhan..(Petikan dari novel Naga-Naga)

3. Perbezaan dari segi penggunaan ayat majmuk. Ayat majmuk bahasa melayu klasik lebih panjang, bertela-tela dan kata-kata yang tidak berfungsi dalam penulisan.

Contohnya ayat majmuk bahasa Melayu klasik:

Maka Mahaloka dan Perjangga Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana. Setelah demikian itu, maka ia pun berjalanlah menuju jalan rumah Seri Rama.

17

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Ayat majmuk bahasa Melayu moden lebih pendek, bermakna dan kata-kata yang berfungsi dalam penulisan.

Contoh ayat majmuk bahasa Melayu moden: Johari cukup taat mengaji dan sembahyang. Sudah setahun lamanya ia tidak jauh daripada tikar sembahyang, menjauhkan dirinya daripada takbur dan ria, bersedapsedap di atas dunia dan membuat pekerjaan-pekerjaan yang melalaikan.

4. Perbezaan dari segi struktur ayat. Ayat yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik lebih panjang, berulang-ulang dan berbelitbelit,gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya"dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh struktur ayat bahasa Melayu klasik: Maka kata Laksamana: Bahawa paduka kekanda itu tiada dapat dibunuh oleh segala manusia dan segala binatang yang di dalam hutan itu dan jikalau patik tinggalkan tuan puteri, kalau-kalau datang sesal pada patik.

5. Perbezaan dari segi ayat atau klausa yang terbalik

Dalam bahasa Melayu klasik terdapat ayat atau klausa songsang dengan predikat di depan kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab.

Contoh: Setelah Seri Rama sudah jauh daripada rumahnya, maka Maharaja Rawana pun tersembunyi di dalam hutan.

18

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden.

Contoh struktur ayat bahasa melayu moden: Air di permukaan tidak lagi tenang seperti di mana-mana pun tiada lagi ketenangan.

6. Perbezaan dari segi ragam ayat pasif. Ragam ayat pasif dalam bahasa Melayu klasik lebih mengutamakan objek di depan ayat. Contohnya ragam ayat pasif bahasa Melayu klasik: Maka seorang engkau jadikan dirimu kijang emas dan seorang engkau jadikan dirimu kijang perak.

Contoh ayat pasif bahasa Melayu moden: Rumah itu telah dibeli oleh ayah setahun yang lalu.

7. Perbezaan dari segi penggunaan penanda wacana Penanda wacana atau kata pangkal ayat bahasa Melayu klasik biasa menggunakan perkataan maka, setelah itu, adapun,Arakian, hatta, alkisah, syahadan, sebermula, kalakian,dan sekali peristiwa. Contoh ayat dalam penggunaan penanda wacana bahasa Melayu klasik: Adapun Maharaja Rawana pun.. Setelah beberapa lamanya.. Setelah dilihat oleh isterinya Setelah demikian, maka Sita Dewi pun berdiri di dalam.........
19

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Contoh penanda wacana atau kata pangkal ayat bahasa Melayu Moden ialah selain itu, justeru itu, di samping itu, oleh itu, walaubagaimanapun, sungguhpun begitu dan sebagainya.

Ali seorang guru SK Senadin. Oleh itu, beliau telah membeli rumah di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, beliau sering tiada di rumah.

8. Perbezaan dari segi penggunaan Partikel atau kata penegas lah dan pun Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan partikel pun dan lah

Contoh; adapun, bertitahlah, berebutlah, sujudlah dan sebagainya.

Maka ia pun terbanglah dari Langkapura.

Maka Mahaloka dan Perjangga Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana.

9. Perbezaan dari segi penggunaan ayat perintah atau ayat larangan yang songsang digambarkan melalui satu suruhan atau cadangan. Contoh ayat perintah songsang bahasa Melayu Klasik: Maka kata LaksamanaYa, tuanku jangan tuanku dengar-dengaran itu. Akan bunyi suara itu, bukan suara kekanda. Adapun suara itu suara raksasa, yang diam di dalam hutan juga. Contoh ayat perintah bahasa Melayu moden: Wahai tuan, suara yang tuan dengar di dalam hutan itu bukan suara tuan tetapi suara raksasa yang tinggal di dalam hutan itu.
20

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

10. Perbezaan dari segi penggunaan kata sendi nama secara umum. Dalam bahasa Melayu klasik penggunaan kata sendi nama secara umum digabungkan dengan kata adjektif manakala penggunaan kata sendi nama secara umum bahasa Melayu moden digabungkan dalam bentuk separa dengan menggunakan kata hubung seperti, dan, atau, tetapi. Contoh penggunaan kata sendi nama secara umum bahasa Melayu klasik: Setelah beberapa lama, maka Maharaja Rawana pun sampailah dekat tempat Seri Rama Bertapa itu, serta ia bertitah.(perenggan 2 ayat 1) Contoh penggunaan kata sendi nama secara umum bahasa Melayu moden: Serangan itu datang dari dalam dan dari luar kota Melaka. Mereka bersembunyi bukan di bawah tetapi di atas bangunan. 11. Perbezaan dari segi pola ayat dasar Pola ayat dasar bahasa Melayu klasik lebih mudah.Subjek yang digunakan biasanya menggunakan nama khas.Pola ayat dasar bahasa Melayu klasik sukar untuk dikembangkan. Manakala pola-pola ayat dasar bahasa Melayu moden lebih kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau panjang,ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya. Contoh pola ayat dasar bahasa Melayu klasik dalam Hikayat Seri Rama: Pola 1. 2. 3. 4. Jenis Pola FN + FN FN + FK FN + FA FN + FS Subjek Dirimu Maharaja Rawana Seri Rama Perjangga Sura
21

Predikat Kijang emas Menyuruh Sudah jauh Naiklah ke atas

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Contoh pola ayat dasar bahasa Melayu moden: Pola 1. 2. 3. 4. Jenis pola FN + FN FN + FK FN + FA FN + FS Subjek Encik shari Dia Budak itu Pejabat saya Predikat Ejen insuran Menjerit kesakitan Sangat nakal Di kuala Lumpur

12. Perbezaan dari segi penggunaan kata kerja asal Dalam bahasa Melayu klasik kebanyakan semua kata kerja asal diberi imbuhan manakala bahasa Melayu moden kata kerja asal ada yang tidak berimbuhan yang boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Contoh kata kerja asal yang diberi imbuhan dalam bahasa Melayu Klasik: Naiklah (perenggan 1,baris 2), terbanglah(perenggan 1, baris 4), panahnya(perenggan 5, baris 2), sujudlah(perenggan 2, baris 4) dan sebagainya. Contoh kata kerja asal yang diguna dalam bahasa Melayu moden: 1. Adik kecil tidur. 2. Para penonton ketawa. 3. Kakak mandi di kolam renang.

22

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Rumusan Berdasarkan hasil analisis perbezaan bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu moden sememangnya banyak terdapat perbezaan daripada sudut perkataan (morfologi) dan ayat(sintaksis). Walaubagaimanapun masih terdapat frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama dalam kedua-dua bahasa.Namun demikian setiap frasa ini mempunyai binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya, sesuatu ayat boleh di perluaskan dengan unsur frasa-frasa yang boleh diubah peranannya dalam ayat. Menurut Asmad (1990) dalam bukunya Budaya (II) Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu moden merupakan gambaran bagi semua aspek kehidupan sesuatu Negara. Pada hakikatnya ia adalah proses kesinambungan sejarah yang berterusan. Kewujudan bahasa moden adalah lanjutan daripada perkembangan bahasa melayu klasik. Bahasa melayu moden menerima warisan bahasa daripada bahasa melayu klasik sebelumnya dan bahasa melayu moden kini mewariskan hasil karya-karya pada masa akan datang. Bahasa adalah satu cirri budaya yang penting kerana ia adalah alat komunikasi antara manusia yang tiada tolok bandingannya, maka wajarlah peranan bahasa melayu klasik dan moden tidak dapat disangkal lagi. Walaupun perbezaan kedua-dua bahasa tersebut jauh berbeza namun maksud-maksud yang disampaikan penuh bermakna dan selalu pula mempunyai falsafah yang tinggi. Apalagi bahasa melayu moden ia merupakan bahasa yang mempunyai pengucapan puitis yang dapat meningkatkan penggunaan bahasa daripada tahap bahasa seharian kepada bahasa yang cantik lagi penuh dengan makna yang tersirat dan tersurat.Mengenal dan menghayati perbezaan bahasa melayu klasik dan moden bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan Negara kita sendiri. Bahasa kalasik dan moden adalah sebagai lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan Negara. (3,155 Patah perkataan)

23

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BIBLIOGRAFI Abdul Samad bin Ahmad (1990).Budaya Bahasa (II) Kesusasteraan Prosa ,Associated Educational Distributors(M) Sdn.Bhd : Melaka. Mohd Hanafiah Zainuddin, Azlina bt. Ahmad (2007). UPSR Bahasa Melayu Kertas 1 ; SNP Panpac(M) Sdn.Bhd. : Shah Alam. V. Propp (1997) Morfologi cerita rakyat ; terjemahan Noriah Taslim, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Dr Ali Mahmood [et al.],(2011). HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu. Malaysia: Open University Malaysia. Gazali Dunia(1992). Sastera Melayu Lama: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.:Kuala Lumpur. Noriah Taslim(2004). Hikayat Seri Rama Versi Rakyat.Dewan Bahasa Pustaka: Kuala Lumpur. Abdullah Hassan(2002). Tatabahasa Bahasa Melayu:Morfologi dan sintaksis untuk guru dan pelajar. PTS: Pahang. Abdullah Hassan...[et al.](2006).Sintaksis. PTS Professional Publishing: Kuala Lumpur.

24

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

LAMPIRAN

25

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

26

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

27