Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Aktiviti memanaskan badan atau latihan regangan yang bertul adalah penting bagi mengelak daripada berlakunya kecederaan sama ada pada sendi ataupun otot. Setiap aktiviti memanaskan badan juga haruslah sesuai dengan aktiviti sukan yang akan kita lakukan. Jumlah tempoh masa yang digunakan untuk memanaskan badan adalah sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit. Memanaskan badan dan regangan badan yang betul adalah sangat penting untuk mengelak daripada berlakunya kecederaan pada sebdi atau otot. pergerakan dalam memanaskan badan haruslah sesuai dengan aktiviti yang akan dilaksanakan. Terdapat beberapa jika melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum atau selepas melakukan senaman atau bersukan. Antara faedahnya ialah : 1. Meningkatkan fleksibiliti Fleksibiliti untuk mengimbagi anggota badan amat penting agar seseorang itu daoat melakukan sesuatu aktiviti atau pergerakan dengan baik. Ia juga dapat menggelakkan sesorang daripada mudah mendapat kecederaan semasa melakukan pergerakan. Aktiviti regangan yang dilakukan akan dapat

meningkatkan fleksibiliti kerana dengan adanya keseimbangan disekeliling sendi akan dapat memperbaiki postur badan.

2. Mengelakkan kecederaan Dengan melakukan memanaskan badan, kita dapat mengelakkan diri kita daripada mudah mendapat kecederaan semasa melakukan sesuatu aktivti. Memanaskan badan dan regangan ini sebenarnya salah satu tujuannya adalah bagi melindungi otot-otot, tendon dan ligament agar tidak mengelami kecederaan ketika kita melakukan pergerakan terutamnya dalam bersukan.

3. Melancarkan pengaliran darah Pengaliran darah yang lancar dalam tubuh badan kita akan membolehkan kita berada dalam keadaan yang selesa semasa melakukan pergerakan. Apabila kita

melakukan aktiviti memanaskan badan, ia akan dapat meningkatkan pengalairan darah melalui tisu yang lembut dengan meleberkan saluran darah dalam badan kita. Dengan itu, akan meningkatkan fungsi arteri dan tekanan darah. Sebenarnya, pengaliran darah otot yang dan baik akan dapat Ini membantu kerana, ia

mempercepatkan

pemulihan

keceraan

sendi.

membekalkan nutrient kepada otot dan tulang rawan yang turut mengurangkan kesakitan otot selepas melakukan senaman atau sesuatu aktiviti.

Oleh itu, sebenarnya aktiviti memanaskan badan dan regangan ini adalah penting kepada seseorang itu sebelum dan selepas melakukan sesuatu aktiviti bersukan terutamanya selepas melakukan aktiviti yang berat seperti bersukan. Hal ini kerana, dengan melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan, ia akan dapat membantu kita bagi menghasilkan pergerakan yang lebih baik dan dalam pada masa yang sama juga akan mengelakkan kita daripada mudah mendapat kecederaan.

Anda mungkin juga menyukai