Anda di halaman 1dari 39

Tema : Queen Margrethe II of Denmark Tahun : 1985 Saiz : 39.4 x 31.

5 in (100 x 80 cm) Pengkarya : Andy Warhol Harga : $168,000 Karya ini merupakan edisi ke-4. Karya ini hanya menggunakan campuran 4 warna iaitu merah muda, teal, ungu dan putih. Karya ini menunjukkan Ratu Margrethe II of Denmark. Karya ini memaparkan komposisi bentuk Ratu yang sama. Perbezaan antara keempat-empat hanyaklah dari segi warna sahaja. Analisis pula, karya ini terdapat banyak unsur garisan terutama di bahagian rambut dan rantai. Kombinasi warna keempat-empat wajah Ratu itu dapat memperlihatkan kehebatan dan ketelitian pengkarya. Pengkarya menggunakan warna kontra untuk menimbulkan wajah Ratu. Karya ini juga mempunyai unsur keseimbangan bersimetri, yakni karya ini sama dan seimbang serta berat sebelah. Interpretasi pula, disebabkan pengkarya ini terkenal dengan aliran pop art dan beliau suka merakamkan watak-watak yang popular, maka kemungkinan karya ini hendak menunjukkan kewibawaan Ratu yang amat popular pada masa itu, pengkarya ini mungkin mengagumi dan hormat Ratu ini. Kesimpulannya, pengkarya ini dapat menyampaikan mesej iaitu kehebatan tokoh dan popularity Ratu di Denmark itu.

Tema : Blue/ Red Tahun : 1983 Saiz : 23 x 23inc (58.5 x 58.5cm) Pengkarya : Victor Vasarely Edisi : 267 Karya ini menunjukkan sebuah hasil seni yang hanyak menggunakan rupa geometri iaitu rupa bulatan sahaja dalam membentuk sebuah hasil seni yang dinamakan sebagai blue and red. Karya ini terdapat pelbagai saiz bulatan, ada yang besar, ada yang leper, ada yang kecil dan titik-titik bulatan. Pengkarya ini pandai menyusun rupa bulatan iaitu daripada bulatan-bulatan yang pelbagai disambung dan dibentukkan sehingga menjadi satu bulatan yang besar. Bulatan yang dihasilkan seumpama dalam bentuk yang bergerak atau dikenali sebagai ilusi pergerakan. Tambahan pula, karya ini menjadi lebih unik dan bertenaga dengan adanya kombinasi warna merah dan biru. Kedua-dua warna ini memberi kesan kontra, hak ini kerana kedua-dua warna ini melambangkan suhu warna yang berbeza yakni warna sejuk dan warna panas. Selain itu, kebijaksanaan pengkarya mengaplikasikan bentuk yang sama dan disusun dengan teratur juga dapat menimbulkan kesan harmoni dalam karya ini.

Karya ini hendak menyampaikan mesej iaitu penyusunan kombinasi warna dan rupa amat penting untuk menentukan kejayaan seorang seniman, seseorang perngkarya tidak semestinya melukis padat dan banyak objek dalam satu karya sahaja, tetapi pengkarya hendaklah tahu mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan dalam sesebuah hasil seni. Kebijaksanaan pengkarya ini yang menggunakan rupa segi bulatan dan dikombinasikan dengan warna sejuk dan warna panas telah berjaya menyampaikan mesejnya. Keperihatinan dan ketelitian pengkarya ini telah berjaya menghasilkan suatu karya yang istimewa dan sudah memikat hati saya untuk menghasilkannya.

Tema : The Kiss Tahun : 1897-1898 Pengkarya : Edvard Munch Saiz: 59 x 45.7 cm Karya ini menunjukkan percintaan antara sepasang figura lelaki dan perempuan yang sedang mencium (kissing) dengan tidak mengira suasana di persekitaran. Aksi mereka berdua ini yang mesra dan dapat menunjukkan bahawa mereka sedang mengelamun percintaan dan percintaan ini adalah tulus.

Segi analisis pula,karya ini terdapat unsur penegasan iaitu subjeknya berada ditengahtengah dan kelihatan seimbang dengan sekelilingnya dipenuhi dengan garisan-garisan yang membentuk tekstu. Selain itu, imej iaitu anatomi yang dicetak dalam bentuk 2 dimensi yang menyerupai rupa atau imej yang tidak mempunyai bentuk yang lengkap dapat dilihat menerusi karya ini. Karya ini lebih berunsurkan alam khayalan kerana rupa figuranya yang bengkang-bengkok. Sudut interpretasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kemuliaan percintaan. Percintaan yang mulia adalah kesanggupan dua pihak saling berkorban. Mereka perlu saling bantu membantu tanpa mengira tempat dan situasi. Segi pertimbangan pula, karya ini memang berjaya menyampaikan mesej iaitu percintaan antara sepasang kekasih.

Tema : Eight Heads Tahun : 1922 Pengkarya : Maurits Corn elis Escher Saiz : 32.5 x 34 cm Koleksi : Cornelius Van S.Roosevelt Collection

Karya ini menunjukkan lapan muka manusia yang terdiri daripada empat lelaki dan empat perempuan. Selain itu, dalam karya ini juga terdapat watak sampingan sama ada muka manusia dibuat secara dalam bentuk menegak atau terbalikkannya. Tetapi watak sampingan yang dihasilkan oleh pengkarya ini adalah sama dan yang berbaza adalah posisi kedudukan sahaja. Karya ini merupakan satu karya yang rumit dan terdiri daripada pelbagai elemen garisan. Pengkarya ini menggunakan ruang secara maksimum dan efisien. Selain itu, rupa manusia yang disusun pada jarak yang sama dan rupa menghala ke arah yang sama juga dapat menghasilkan keadaan harmoni pada karyanya. Di samping itu, karya ini juga terdapat unsur keseimbangan. Unsur keseimbangan yang ada ialah imbangan tidak simetri. Hal ini kerana kedua-dua bahagian rupa yang diukir adalah berlainan atau tidak seimbang. Interpretasi pula, karya ini hendak menunjukkan bahawa dunia ini terdapat pelbagai bangsa dan buudaya serta kuasa yang terdapat pada manusia juga adalah berbeza. Ada yang amat berpengaruh yang dilambangkan dengan bahagian muka yang besar, manakala juga terdapat rakyat biasa yang tidak ada kuasa yang dilambangkan dengan rupa manusia yang kecil. Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak ini seumpama satu ayunan pergerakan, kedua-dua pihak ini memainkan peranan yang penting dan perlu saling tolong menolong demi mancapi hasratnya. Pertimbangannya, karya ini merupakan karya yang menarik tetapi terdapat banyak isi tersirat di dalamnya. Ia bergantung kepada pemerhati untuk mentafsirkannya.

Tema : The Great Wave of Kanagawa Tahun : 1832

Pengkarya : Hokusai Karya ini merupakan karya yang amat terkenal sama ada di Jepun atau di seluruh Asia. Karya ini menunjukkan 2 buah perahu yang dinaiki oleh sejumlah orang yang sedang mengharungi ombak yang besar. Manakala datar belakang karya ini terdapatnya Gunung Fuji yang dapat melambangkan kejadiaan ini berlaku di Jepun. Segi analisis pula, karya ini mempunyai komposisi yang cantik dan seimbang kerana pengkarya menggunakan sepenuhnya ruang yang ada. Garisan-garisan yang berulang pada ombak yang besar ini dapat menimbulkan kesan ilusi dan sekali gus dapat memberi kesan dramatik pada karya. Warna yang digunakan pada karya ini agar minimum tetapi ia dapat menimbulkan kesan harmoni dan selesa dipandang. Interperetasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan mesej bahawa dalam kehidupan kita, terdapatnya pelbagai cabaran, kerjayaan dan kegagalan seseorang itu amat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan seseorang itu dalam menempuhi cabaran atau rintangan. Ombak besar ini seumpama satu cabaran, sekira kita dapat menempuhi cabaran itu, maka kita dapat berjaya dalam kehidupannya. Sudut pertimbangan pula, karya ini berjaya menyampaikan mesej, tetapi karya ini kurang menampakkan sebagai karya cetakan blok kayu kerana karya ini kurang menampakkan kesan urat-urat kayu pada karya.

Pengenalan Cetakan Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan. Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.

Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15.

Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.

Jenis-jenis Cetakan 1. Cetakan timbulan: Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna. Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayursayuran.

2. Cetakan benam: Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat. Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin. Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.

3. Cetakan planograf: Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. Dikenali juga sebagai litografi.

Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air. Menggunakan blok batu kapur. Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.

4. Cetakan stencil (sarigrafi): Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang. Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi. Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.

Bahan dan alat cetakan

Senarai Alat yang digunakan untuk Proses Cetakan

Rice Paper

Alat Pengukir

Thinner

Senduk Tempurung

Sekuji

Roller

Roller

Lino Ink

Photo Emulsion

Bingkai Cetakan

Cetakan tamadun Jepun

Cetakan blok kayu di Negara Jepun dikenali sebagai Ukiyo-e. Pada asalnya, cetakan dibawa masuk seiring dengan kemasukan agama Buddha. Stail dan gaya cetakan blok kayu Jepun yang unik telah berkembang maju pada pertengahan abad ke-17 sehingga ke pertengahan abad ke-19. Perkataan Ukiyo berasal dari perkataan Buddha yang bermaksud dunia sedih. Aspek yang digambarkan dalam Ukiyo-e adalag tentang dunia terapung yang meujuk kepada perasaan dan kebebasan yang tidak abadi atau tidak kekal. e pula bermaksud gambar atau lukisan. Pada zahirnya, Ukiyo-e menceritakan kekayaan sejarah zaman Edo di bawah pemerintahan Shogun yang terasing dari dunia luar. Kegiatan dilakukan berkisar tentang persembahan teater, testoran, kedai minum, geisha dan rumah pelacuran kelas atasan. Pada tahun 1650, ilustrasu buku cetak dari blok kayu pertama telah dihasilkan oleh Ise Mongatari. Pada awalnya, hasil karya ilustrasinya agak kasar dan tidak penting berbanding teks yang dikeluarkan. Tokoh artis seperti Utamaro dan Sharaku telah menghasilkan poster, iklan persembahan teater dan rumah pelacuran atau potret idola seperti aktor Kabuki ( drama tradisi Jepun).

Tshsai Sharaku Otani Oniji II, dated 1794 . The Kabuki actor Otani Oniji II in the role of Yakko (manservant) Edobe. Secara amnya, mereka membuat poskad dengan menggambarkan kehidupan seharian. Pada awal abad ke-18, cetakan telah menambah kualiti dari segi kualiti kertas, rupa bentuk dan saiz cetakan bertambah dan pelbagai. Selain itu, teknik cetakan juga bertambah moden. Pada awalnya, cetakan yang berwarna akan dilakukan dengan tangan. Pada pertengahan abad ke-18, Okumara Masanobu ( penerbit & pelukis ) telah membuat eksperimen dengan menggunakan lebih daripada satu kayu blok untuk menghasilkan beni-e atau gambar merah. Seniman iaitu Suzuki Harunobu merupakan tokoh cetakan yang cemerlang dan beliau terkenal di Edo . Beliau dapat menghasilkan beberapa siri cetakan blok kayu yang halus dan serupa dengan figura lelaki dan perempuan dengan gaya yang sungguh menarik. Kecantikan ukiyo-e hanya dapat dikecapi oleh warga dunia selepas Laksamana Perry ke Jepun 1854 selepas dasar buka pintu. Malangnya banyak hasil karya ukiyo-e telah rosak akibat gempa bumi, kebakaran dan keusangan.

Shunga merupakan karya seni yang bergaya ukiyo-e ( karya di atas). Lukisan beliau biasanya berkait dengan adegen percintaan. Seni Shunga bermula sejak era Muromachi (1336-1573) dan dipengaruhi oleh pelukis erotik dari dinasti Tang di China, Chou Fang. Seni Shunga dibuat dan dijual dalam bentuk lembar atau dalam bentuk buku dinamakan enpon. Selain itu, karyanya juga dalam bentuk gulungan yang dinamakan kakemono-e. Karya shunga yang dibuat di Osaka & Kyoto terdiri daripada warna yang lebih kaya jika dibandingkan dengan karya Edo. Hal ini kerana karyanya menggunakan gofun iaitu sejenis bubuk kulit kerang putih yang dicampur dengan berbagai bahan hingga menjadi pigmen yang beraneka warna. Ketika era pemerintahan Kaei (1845-1854), banyak kapal pedagang asing datang ke jepun untuk membuat urus niaga. Oleh sedemikian, seni cetakan Ukiyo-e ketika itu telah banyak mengalami transformasi terutama dari segi budaya. Selepas itu, diikuti pula dengan zaman keagungan Meiji iaitu disekitar tahun 1868, pada masa itu, negara Jepun sedang mengamalkan dasar terbuka kepada bahan import seperti hasil fotografi yang telah menggantikan seni Ukiyo-e secara keseluruhannya. Pengaruh barat ke atas Jepun juga berlaku dalam era ini. Ukiyo-e ketika itu jatuh dan menjadi amat tidak bernilai sehingga hasil cetakan ini hanya dijadikan sebagai kertas pembalut bahan dagangan. Ketika masyarakat barat melihat dan menjumpai kertas cetakan ini, keras itu telah menjadi sumber ilham penting kepada pengksrya-

pengkarya daripada aliran impresionisme, kunisme, dan post-impresionis seperti Vincent Van Gogh, James Abbott, McNeil Whistler, Claude Monet dan lain-lain, pengaruh ini telah dikenali sebagai Japonisme di Barat.

Cetakan Tamadun Cina

Negara China merupakan Negara yang paling awal menggunakan cetakan iaitu pada abad ke-7 Masihi dan merupakan satu ciptaan budaya China yang penting. Tetapi tahun sebenar tentang bilanya seni cetakan di Negara China mula wujud dan masih lagi diperdebatkan dalam kalangan ahli akademik kerana tiada bahan artifak atau peninggalan dokumen yang dapat dikaitkan dengan cetakan terawal yang telah dijumpa. Namum bergitu, berdasarkan pengamatan daripada aspek perkembangan sosial, budaya, dan bukti dokumen yang releven untuk dikaitkan. Secar pandangan dan pemikiran kasar, cetakan kayu mula digunakan dalam Dinasti Sui (581-518) dan menjadi popular dalam Dinasti Tang. Walaupunn cetakan ini popular, tetapi kebanyakan rekod dokumen tentang cetakan blok kayu dalam Dinasti Tang (618-607) masih sukar dipersembahkan.

Mahadharani Sutra (discovered in Kyongju, South Korea, Chinese. Printing of the Tang) Cetakan pada pertengahan dan akhir pemerintahan Dinasti Tang Pada akhir zaman pemerintahan Dinasti Tang, cetakan telah menjadi semakin popular sejak awal penciptaa. Keadaan ini boleh dilihat menerusi buku ajaran Buddha yang telah menggunakan cetakan secara aktif, dan juga ajaran Taoisme.

Diamod Sutra of 868 (dijumpai di Dunhung) Pusat perkembangan cetakan juga semakin berkembang iaitu dari ibu negari di Changan dan Louyang (ibu negeri wilayah timur) sehingga ke tempat seperti Sichuan, Huainan, dan Dunhuang. Tempat-tempat inilah yang membawa kepada perkembangan seni cetakan.

Esoteric Dharani Scriptures (discovered in Dunhuang Tang) Cetakan di Liao, Barat Xia dan Jin Sezaman dengan Dinasti Song yang telah menjadi ikutan cara hidup etnik minoriti di Liao, Barat Xia dan Jin, cetakan di kawasan ini juga sama dengan kawasan di tengah dan Selatan China. Dalam Tahun 1991, 9 jilid ayat-ayat suci Buddha yang bertajuk Propitiousness telah tersebar ke merata tempat di Kouhenenxu. Tulisan tersebut telah ditulis dalam bentuk simbol dan tulisan daripada Barat Xia dan dibatasi dengan mengikut motif rama-rama. Karya ini telah dijumpai di kawasan Pagoda di Baishigou yang terletak di negeri Helan, Ningxia, wilayah Auton-omous. Ahli arkeologi dan pakar telah menjelaskan bahawa jilid ini telah dicetak di sekitar tahun di Barat Xia iaitu setengah abad dalam abad ke-21 dengan menggunakan kayu jenis mudah alih. Ayat-ayat suci ini telah menduduki tempat terpenting dalam sejarah cetakan China.

Cetakan pada Dinasti Yuan Satu perubahan besar telah berlaku ke atas teknik cetakan ketika Dinasti Yuan (1271-386). Pencapaian terbesar dalam teknik cetakan adalah inovasi dalam teknologi cetakan kayu mudah alih yang dihasilkan oleh Wang Zhen. Beliau telah mengupah orang untuk mengukir papan kayu mudah alih ini dan kemudian beliau mereka cipta sebuah plat untuk menyimpan papan cetak tersebut mengikut permintaan semasa. Selain itu, beliau juga menggunakan teknik tersebut untuk menghasilkan mesin cetak untuk mencetak buku. Namun bergitu, sebelum Wang Zhen , sesetengah masyarakat juga telah mempelopori kaedah ini. Cetakan dalam Zaman Dinasti Ming Zaman Dinasti Ming ( 1386-644_ merupakan zaman kegemilangan dalam seni cetak di Negara China. Antara kecemerlangan ialah : 1) Semua jenis cetakan yang digunakan sebelum wujudnya dinasti Ming seperti woodblock, wood movable type, metal movable type, whole metal plates, and techniques of multi-colour printing telah diguna dan diaplikasi dalam dinasti Ming. 2) Kertas, dakwat, dan papan kayu yang digunakan dalam Dinasti ini adalah lebih berkualiti dan lebih standard berbanding dahulu. 3) Jenis-jenis dan siri cetakan yang dihasilkan juga mencapai tahap yang tertinggi dalam sejarah. Bukan sahaja mencetak buku traditional, tetapi ia juga menguna secara meluas dengan mencetak bahan sejarah, filasofi, majarah dan sebagainya dalam kuantiti yang banyak. 4) Perubahan dalam gaya cetakan. Dinasti ini telah menghasilkan karya yang lebih cantik dan karya Dinasti Song menjadi lebih berkualiti dan digunakan secara meluas. 5) Karya yang dihasilkan dalam bentuk cetakan telah mempunyai warna dan ini sekali gus menambah nilai estetik pada karyanya.

Shi Zhu Zhai Book on the Art of Painting (A coloured book printed by Hu Zheng Yan in the Ming Dynasty)

Letter-designs of the Sunglo Studio (colour printing with blind stamping)

Cetakan Zaman Dinasti Ding Satu lagi kemuncak cetakan di Negara China ialah Dinasti Qing (1644-911). Pada dinasti ini, skala pencetakan dilakukan secara meluas, bukan sahaja berkembang meluas dalam modal tetapi juga berkembang dalam serantau China. Pada masa itu, rangkaian-rangkaian, pencetak-pencetak swasta dan bengke-bengkel juga telah dibangunkan. Oleh itu, pelbagai penerbitan juga bertambah dengan adanya banyak bengkel yang didirikan sama ada pihak ataupun kerajaan. Disebabkan ini juga, Dinasti ini telah mengatasi kesemua dinasti Cina sebelumnya dalam soal kuantiti dan jenisjenis penerbitan.

Spring Festival Picture by Yang Liu Qing, Tianjin

Spring Festival Picture, Beijing

Dragon Tripitaka (Engraved and printed by the Imperial Household in the 13 year of the Yong Zheng Reign )

SEJARAH CETAKAN KAYU

Cetakan Kayu. 1. Sejarah Permulaan Cetakan Kayu ( Woodblock Printing ) Cetakan kayu (woodblock Printing) merupakan teknik percetakan teks, imej, atau corak yang digunakan secara meluas di Asia Timur terutamanya negara China. Cetakan ini asalnya merupakan cara mencetak imej, teks, atau corak di atas permukaan kain ( textile) dan kemudiannya dicetak di atas kertas. Cara ini digunakan untuk mencetak pakaian iaitu pada awal 220 masihi di China dan Mesir pada awal abad ke 4. Di Jepun seni cetakan kayu lebih dikenali sebagai Ukiyo e. Kebanyakkan masyarakat Eropah telah menggunakan teknik percetakan di atas permukaan kertas iaitu daripada potongan kayu ( woodcut ) kecuali untuk Block Book yang dihasilkan pada lingkungan abad ke 15.

2. Teknik. Blok kayu disediakan sebagai ukiran timbul, di mana kawasan yang menunjukkan warna putih dibuang atau diukir dengan pisau, pahat atau kertas pasir dan membiarkan imej timbul pada permukaan asal. Blok itu dipotong secara memanjang mengikut ira kayu. Ini penting dalam meletakkan dakwat pada blok dan membuatkan ia lebih tahan serta kukuh dan boleh bersentuhan dengan kertas mahupun kain bagi mendapatkan imej cetakan yang baik. Imej yang dilukis atau dihasilkan pada blok kayu itu haruslah dalam kedudukan imej cermin terutama sekali jika terdapat teks padanya. Seni mengukir ini secara teknikalnya dikenali sebagai Xylography. Namun begitu, istilah ini jarang digunakan dalam Bahasa Inggeris.

Terdapat beberapa cara membuat cetakan yang perlu diambil berat :

a. Stamping. Digunakan ke atas kebanyakkan fabrik dan kebanyakkanya cetakan kayu awal eropah. (1400 1440). Percetakan dilakukan dengan meletakkan kertas atau fabrik ke atas meja atau apa sahaja permukaan rata dengan blok kayu itu di atasnya dan menekan atau mengetuk bahagian belakang blok kayu itu. b. Rubbing. Cara yang sering digunakan bagi cetakan kertas timur. Selain itu ia juga digunakan dalam cetakan kayu eropah.

Sejarah Cetakan Sutera saring

Cetakan sutera saring juga dikatakan sebagai cetakan sarigrafi. Nama ini diberikan dari bahasa latin iaitu seri (silk) dan perkataan dari Greek iaitu graphos (melukis atau menulis). Pada zaman dahulu, penggunaan sutera (silk) itu adalah sebagai bahan untuk dijadikan cetakan. Namun demikian, setelah zaman berubah dan semakin moden, maka ianya telah digantikan dengan penggunaan bahan sintetik. Penggunaan bahan ini lebih mudah dan mempunyai ketahanan dalam menghasilkan karya. Cetakan sutera saring yang pertama dijumpa adalah di negara China semasa zaman dinasti Song (960-1279 AD). Manakala negara Jepun dan negara-negara Asia pula telah menggunakan teknik percetakan ini dan memajukan kraf dengan mengaplikasikan cetakan blok dan lukisan tangan (hand applied paint).

Cetakan ini telah diperkenalkan secara meluas di negara barat Eropah dari Asia pada akhir 1700s. Walaupun diperkenalkan secara meluas, tetapi cetakan ini tidak mendapat sambutan dan tidak digunakan di Eropah, malah didapati bahawa kebanyakkan sutera saring diperdagangkan daripada negara timur. Cetakan saring yang pertama dilindungi paten dalam England oleh Samuel Simon pada tahun 1907. Ia asalnya digunakan untuk mencetak kertas dinding yang mahal, mencetak di atas linen, sutera, dan juga fabrik-fabrik halus yang lain. Pencetak atau pengkarya cetakan di barat biasanya bersifat menyendiri, suka mempertahankan diri dan tidak suka menyebarkan rahsia bengkel-bengkel, pengetahuan dan teknik-teknik pembuatan mereka. Pada awal 1910s, pencetak-pencetak telah melakukan percubaan dengan menggunakan bahan foto reaktif kimia dan menggunakan cahaya aktinik untuk mengaktifkan untaian silang atau sifat-sifat kimia yang keras seperti kalium, natrium ammonium Chromate. Selepas itu bahan ini dikromat dengan perekat dan sebatian-sebatian gelatin. Pada masa itu, pengkarya-pengkarya seperti Roy Beck, Charles Peter dan Edward Owens telah mula belajar dan mencuba dengan chromik emulsi dan terpeka garam asid untuk stensil foto reaktif. Akhir, mereka ketiga ini telah berjaya membuktikan, malah merevolusikan perdagangan industri percetakan skrin dengan memperkenalkan foto industri yang menggambarkan stensil. Walaupun penerimaan kaedah ini telah mengambil masa yang lama. Namun, cetakan sutera saring perdagaangan kini lebih tumpu kepada sensitiviti yang jauh lebih selamat dan kurang penggunaan bahan kimia seperti toksik yang terhasil akibat bichromates. Pada tahun 1928, Joseph Ulano telah mengasaskan industri pembekal kimia Ulano. Beliau juga mewujudkan satu cara kaedah penanggalan warna iaitu dengan cara menggunakan bahan stensil lakuer (lacquer soluble stencil). Bahan stensil ini akan memotong bentuk, selepas itu, kawasankawasan yang hendak dicetak akan dibuang dan menghasilkan karya stensil skrin yang sharp dan tepat. Pada asalnya, sektor industri teknologi lebih membawa manfaat dan lebih untung. Tetapi pada akhir tahun 1900s, cetakan sutera saring telah mendapat sambutan dan diangkat oleh seniman-seniman sebagai satu ekspresif. Selepas itu, cetakan ini semakin popular sama ada dalam seni halus atau dalam percetakan secara komersial. Pada masa itu, mereka sudah biasa untuk mencetak imej-imej yang terdapat dalam poster, T-shirt, topi, CDs, DVDs, seramik, kaca, politena, polipropilena, kertas, logam dan kayu.

Pada tahun 1930s, sekumpulan seniman telah menubuhkan National Serigraphic Society dan mencipta perkataan Serigraphy supaya hendak membezakan permohonan artistik seni cetakan saring daripada kegunan dalam proses industri. Pencetak dari pusat Bantuan Alam Sekitar Kebangsaan (National Environmental Asistance Center) pernah mengatakan bahawa proses cetakan jenis ini adalah cetakan yang serba guna. Pada asasnya, bahan untuk cetakan jenis ini mudah didapati, ia sering digunakan dalam seting bawah tanah (underground) dan mengsubbudayakan (subculture). Selain itu, cetakan sutera saring juga telah menjadi satu keseniaan kebudayaan yang penting yang dapat dilihat menerusi filem posterposter, sampul album, risalah-risalah, kemeja-kemeja, pengiklanan, dan lain-lain.

JENIS JENIS CETAKAN

(a) Cetakan Timbulan (Relief) Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. Contoh cetakan jenis ini ialah: (a) Cetakan Kayu

(b) Cetakan Lino (c) Cetakan Kolograf (d) Cetakan Kolaj

(b) Cetakan Stensil atau Skrin Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu. Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu: (a) Kaedah Potongan Kertas Pendua (b) Kaedah Filem Leker (c) Kaedah Skrin Foto

(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan lukisan pensil. Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(d) Cetakan Benaman (Intaglio) Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej. Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan. Contoh cetakan jenis ini ialah: (a) Kaedah Turisan (engraving) (b) Kaedah Gurisan Asid (etching) (c) Kaedah Akuantin (aquantint) (d) Kaedah Mesotin (mezzotint)

(e) Cetakan Gurisan Asid Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam. Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utama mereka. Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid.

Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam. Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini. (f) Cetakan Kayu Kaedah yang paling awal digunakan. Muncul di Negeri China pada kurun ke-8. Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian. Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah. Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung. Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati. Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin. Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik. Oleh itu, seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik ini.

(above: Edward Jansen, Railroad Bridge, Wood-block print on paper. Gift of the WPA. 1943.06.47)

(above: Minnie Lois Murphy (American, 1901 - 1962), Election Night, ca. 1935 - 1937, Wood-block print on paper. Gift of the WPA. 1943.06.17) (g) Cetakan Lino Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul. Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.

(h) Cetakan Lithografi Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder. Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik,

iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec. Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan pensil. Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak. (i) Cetakan Sutera Saring Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini. Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi. Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang. Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto. Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas. Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah: (a) Kaedah Potongan Kertas Pendua (b) Kaedah Filem leker (c) Kaedah Lilin (d) Kaedah Sutera Saring

(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut: (k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker. Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin. Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna,

kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa

PROSES PENGHASILAN KARYA CETAKAN SUTERA SARING

1. Persediaan membentuk imej Proses untuk membentuk imej dalam cetakan ini merupakan satu elemen yang sangat penting. Imej yang dihasilkan mestilah berwarna hitam dan putih. Semakin halus imej yang digunakan, maka semakin realistik dan semakin cantiknya karya yang akan dihasilkan. Untuk menghasilkan gambar yang berwarna hitam putih, pengkarya boleh menggunakan pelbagai softway atau pengisisan komputer seperti adobe Illustrator, Coral Draw dan Photoshop. Selain menggunakan pengisian komputer, pengkarya juga boleh menggunakan cara manual iaitu pengkarya lukis atas kertas putih dan tekap atas tracing paper dengan menggunakan marker hitam. 2. Proses menyediakan photo emulsion Dalam proses membuat cetakan ini, pengkarya hendaklah menyediakan 3 bahan asas iaitu photo emulsion (berfungsi sebagai merakam imej seperti filem), Sensitizer (fungsi pelengkap kepada photo emulsion) dan Hardener (fungsi untuk imej bertahan lama dan menutup mana-mana silscree yang tidak terkena dengan photo emulsion). Selepas belas photo emulsion telah dibuka, maka ia boleh bertahn sehingga 6 bulan dan 3 bulan jika dicampur dengan sensitizer. Sekira bekas photo emulsion yang terbuka ini terdedah dengan cahaya, maka photo emulsion itu akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi. 3.Proses Coating sutera saring Dalam proses ini, pengkarya hendaklah memastikan proses ini tidak terdedah dengan cahaya.

Selepas itu, pengkarya juga hendaklah memastikan silkscreen yang dihasilkan adalah bersih dan menyapukan photo emulsion yang telah disediakan dengan menggunakan squeegee atau alatan khas (scoop coater) untuk meratakannya. Setelah selesai proses ini, blok silkcreen tersebut hendaklah dikeringkan di tempat yang tidak bercahaya supaya photo emulsion yang disapu tidak rosak akibat pancaran cahaya. Emulsion yang disapu hendaklah di bahagian tengah blok dan tidak menyentuh permukaan lain semasa proses permukaan lain semasa proses pengeringan supaya proses seterusnya dapat berjalan dengan lancar 4. Proses penetapan masa dedahan cahaya (Expose) Proses ini adalah untuk memindahkan imej ke atas silkscreen yang telah siap disapu dengan photo emulsion. Langkah pertama untuk proses ini ialah pengkarya hendaklah lekatkan atau letakkan imej di bahagian hadapan blok sutera saring. Selepas itu, membuat expose gambar, kebiasaan untuk proses ini mengambil masa selama 190 saat. Walaubagaimanapun, penetapan dedahan cahaya ke atas sesuatu imej juga boleh berbeza, ia bergantung dengan jenis photo emulsion, cara bancuhan dan campuran, jenis lampu yang digunakan dan kejelasan imej. 5. Proses menanggalkan photo emulsion Setelah membuat exposes gambar, langkah seterus ialah menanggalkan photo emulsion, proses ini memerlukan semburan air untuk menanggalkan bahagian photo emulsion yang hendak dicetak. Photo emulsion yang terdapat di bahagian hitam akan tanggal selepas proses mencuci sutera saring. Selepas mencuci, biarkan blok itu kering sebelum membuat cetakan. Jika berlaku kerosakan imej semasa proses mencuci, pembuat hendaklah mencuci kesemuanya supaya imej yang dihasilkan lebih sharp dan tidak kekurangan bahagian-bahagian tertentu. Sekira photo emulsion tidak boleh ditanggalkan, maka gunakan photo emulsion remover atau menggunakan Clorox (kemungkinan silkcreen tidak tahan lama dengan gunakna cara ini) untuk menanggalkan photo emulsion. 6. Proses penampalan tape Proses penampalan tape adalah berfungsi untuk menutup lubang yang tidak ditutup dengan photo emulsion dan untuk menggelakkan warna menembusi bahagian yang tidak mahu dicetak. 7. Proses mencetak imej Selepas menjalani kesemua proses di atas, pengkarya sudah boleh mencetak karya. Semasa membuat cetakan pengkarya hendaklah berhati-hati supaya imej yang. Dicetak tidak lari terutama bagi layer kedua, tiga dan empat.

8. Proses menanggalkan warna dari blok silkscreen Selepas membuat cetakan jangan membiarkan warna berada terlalu lama di atas kain sutera saring. Hal ini kerana warna boleh mengeras dan akan menutupi bahagian lubang kain sutera saring. Oleh itu, untuk memastikan masalah ini tidak wujud, langkah terbaik ialah terus membasuh aau mencuci dengan photo emulsion remover setelah proses mencetak, bergitu juga dengan squeegee dan alatan yang berkaitan. Selepas mencuci, jemur blok sehingga kering. Kesemua proses ini diulangi sehingga siap keempat-empat layer.

PROSES PENGHASILAN KAYU CETAKAN KAYU


1 Proses menyapu minyak ke atas permukaan kertas Setiap aktiviti atau pembuatan mesti ada proses, bergitu juga dengan cetakan blok kayu. Dalam proses mencetak, ia mesti melalui beberapa proses, proses pertama merupakan proses menyapu minyak di atas permukaan kertas untuk proses yang selanjutnya iaitu proses menekap. Fungsi menyapu minyak adalah kerana hendak mendapatkan kesan lut sinar pada bahagian atas kertas supaya ia membolehkan objek-objek di dalam kertas tersebut disalin semula ke atas permukaan papan lapis. Sebelum proses menyapu minyak masak, minyak masak haruslah dicampur dengan Turpentine supaya minyak tersebut dapat kering dengan lebiih cepat selepas disapu. Sapuan minyak masak haruslah disapu di bahagian belakang kertas yang tidak dicetak supaya karbon pada gambar tersebut tidak tertanggal atau hilang. 2 Proses mengukir. Proses seterusnya ialah proses mengukir, menebuk, memahat permukaan papan yang ingin dibuang. Bahagian permukaan yang berwarna putih akan dibuang dengan menggunakan pahat dan juga pisau wali. Semasa proses memahat, kita perlu berhati-hati supaya permukaan papan yang ingin ditinggalkan tidak tertanggal dari permukaan papan tersebut. Proses ini merupakan satu proses yang rumit dan perlukan kesabaran yang tinggi. 3 Proses menggelek dakwat

Sebelum proses mencetak, permukaan papan lapis yang telah diukir haruslah dibersihkan dahulu dengan menggunakan berus. Keadaan ini bertujuan supaya permukaan papan tidak mempunyai habuk atau serpihan yang tertinggal di permukaan. Serpihan yang tertinggal di atas permukaan papan tersebut boleh meninggalkan kesan.Semasa proses menggelek warna, dakwat lino haruslah digelek beberapa kali di atas permukaan kaca sehingga warnanya rata dengan menggunakan Roller dan kemudiaannya diigelekkan ke atas permukaan blok kayu pencetak. Dakwat lino tersebut perlu mengelek keseluruhan bahagian blok kayu yang hendak dicetak. 4 Proses mencetak Selepas proses mengelek dakwat lino di atas permukaan blok kayu, kertas (rich paper) diletakkan di atas blok kayu pencetak tersebut untuk tujuan mencetak. Di samping proses meletak kertas, kita juga haruslah memerhatikan kertas rich paper, kertasnya haruslah bersih dan diletakkan dengan seimbang di atas papan tersebut manakala bahagian lebihan kertas akan dipotong dengan ukuran yang tertentu. Setelah selesai meletak kertas, langkah seterusnya adalah mengosok, iaitu supaya semua bahagian yang hendak dicetak terkenal dengan warna yang rata supaya hasil karyanya cantik dan berkualiti. 5 Proses Mengangkat kertas Selepas membuat gosokkan terhadap kertas, proses seterus ialah proses mengangkat dan menjemur.