Anda di halaman 1dari 5

PROSES SEBELUM Program Gotong-Royong Kelab & Persatuan SKSD ini adalah merupakan satu aktiviti khidmat masyarakat.

Ia diadakan di SK Sungai Duri bertujuan untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah supaya menjadi lingkaran yang mesra pelajar, Ia juga diharapkan dapat memperbaiki lokaliti supaya kondusif dengan situasi pembelajaran. Melalui program ini, dijangkakan akan dapat meningkatkan semangat kerjasama dan berdikari dalam diri setiap pelajar, disamping dapat menyemai kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dalam melalui kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah yang bertanggung jawab, beretika dan menghargai alam sekitar. Program ini juga adalah merupakan salah satu daripada dua tugasan yang perlu dilakukan oleh kami, iaitu program yang ditugaskan kepada pelajar Program

Pensiswazahan Guru (PPG) bagi program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2.

Proses penghasilan program ini juga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sebelum pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan. Bagi proses sebelum pelaksanaan, kami perlu merancang untuk menetapkan tajuk program, tarikh, aktiviti, peruntukan dan tempat yang bersesuaian untuk program dijalankan. Perjalanan aktiviti program khidmat masyarakat ini adalah lebih mudah berbanding dengan LDP. Ini adalah kerana program khidmat masyarakat masih belum dijalankan di SK Sungai Duri pada tahun ini. Perkara pertama yang kami lakukan adalah berbincang sesama sendiri mengenai khidmat masyarakat apa yang akan dipilih nanti. Setelah berbincang kami memilih untuk mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan

persekitaran SK Sungai Duri yang akan melibatkan kelab dan persatuan. Aktiviti ini juga dapat berperanan sebagai salah satu aktiviti Kelab dan Persatuan SK Sungai Duri. Yang kedua, dengan melibatkan ahli kelab dan persatuan, kami dapat menggunakan peruntukan kewangan bagi unit kokurikulum iaitu Bantuan Persekolahan Lain Kokurikulum (BKK). Kemudian, kami berbincang pula dengan pihak pentadbir. Dalam perjumpaan itu kami memfokuskan mengenai bagaimana kedua-dua program BIG perlu dijalankan. Hasil perbincangan, kami dibenarkan menjalankan gotong-royong yang
1

melibatkan murid tahun 4 dan 5 sahaja. Pihak pentadbir tidak membenarkan murid tahun 6 terlibat sama kerana mereka perlu menghadiri kelas tambahan sebagai persediaan menghadapi UPSR. Pihak pentadbir juga membuat keputusan tidak mewajibkan semua guru terlibat dalam aktiviti gotong-royong tersebut. Selain pelajar PPG, guru-guru lain masih boleh melibatkan diri tetapi secara sukarela dan bukan paksaan.

Setelah mendapat persetujuan daripada pentadbir kami bermesyuarat pada 10 Jun 2013. Antara perkara yang kami bincangkan ialah berkenaan perancangan,

peranan guru, aturcara program, peruntukan untuk bahan cucian, makan minum murid dan sijil penyertaan. Tarikh yang dipilih ialah pada hari Sabtu, 22 Jun 2013 iaitu pada minggu LDP dijalankan. Setelah mendapat keputusan dalam mesyuarat, kami pun

menjalankan tugas mengikut peranan yang diberikan. Saya selaku setiausaha menyiapkan kertas kerja berkaitan. Berbekalkan sedikit pengalaman yang ada saya berjaya menyiapkan kertas kerja tersebut. Kemudian, saya menyerahkan kertas kerja tersebut kepada Cik Siti Zakiah, Penolong Kanan Pentadbiran untuk semakan. Setelah melakukan beberapa pembetulan saya menyerahkan kertas kerja tersebut kepada Guru Besar pula. Alhamdulillah, segala permohonan peruntukan yang tertera dalam kertas kerja tersebut mendapat persetujuan dan keizinan daripada Guru Besar.

Sementara itu, Cikgu Hasimah dan Cikgu Saifulizam diberi tanggungawab untuk memilih peserta gotong-royong seramai 90 orang dari kalangan murid tahun 4 dan 5. Mereka juga diminta mengedarkan surat kebenaran waris kepada murid-murid berkenaan. Keesokan harinya mereka mengumpul surat kebenaran waris itu. Alhamdulillah hanya terdapat dua orang murid yang warisnya tidak membenarkan menyertai gotong-royong tersebut disebabkan ibu bapa mereka pulang ke kampung pada tarikh aktiviti gotong-royong tersebut dijalankan. Setelah berbincang, kami memilih lagi dua orang murid untuk menggantikan murid berkenaan dan diberikan pula surat kebenaran waris kepada mereka. Setelah selesai memilih 90 orang murid yang diperlukan pada 21 Jun 2013 sekali lagi kami mengumpulkan kesemua murid
2

berkenaan untuk taklimat ringkas. Dalam taklimat berkenaan saya telah menyatakan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh murid-murid yang terlibat. Antaranya, pertama murid-murid perlu berpakaian lengkap pakaian sukan sekolah. Kedua murid yang terlibat diminta membawa sendiri kain buruk manakala bahan cucian akan disediakan oleh pihak sekolah. Ketiga, murid-murid perlu hadir ke sekolah pada jam 8 pagi pada hari gotong-royong dijalankan dan pulang pada jam 11 pagi. Dan keempat, pada waktu pulang, murid diminta pulang ke rumah dahulu serta dalam pengetahuan ibu bapa sebelum pergi ke mana-mana. Setelah itu, kami membuat membuat pengumuman kepada guru-guru yang hendak menyertai program tersebut. Terdapat dua orang cikgu secara sukarela melibatkan diri iaitu Cikgu Nordin b. Othman dan Cikgu Ahmad Hisham b Mohamed. Pada masa yang sama, Cikgu Hasimah dan Cikgu Siti Mariam berbincang pula dengan pihak kantin sekolah untuk menyediakan makanan dan minuman.

PROSES SEMASA

Pada tanggal 22 Jun 2013, Program Gotong-royong Perdana Kelab dan Persatuan SKSD pun dijalankan. Pada pagi itu semua murid dan guru yang terlibat berkumpul di dataran perhimpunan. Cikgu Hasimah mengambil kedatangan semua murid. Selepas itu, Cikgu Saifulizam selaku penyelaras memberi taklimat ringkas kepada murid-murid. Dalam taklimat berkenaan beliau menasihati murid supaya berhati-hati ketika menjalankan aktiviti pembersihan untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan serta kerosakan pada barangan dan alatan sekolah. Beliau juga menasihati sekiranya kepada terserempak guru. dengan binatang berbisa, murid mestilah telah

memaklumkan

Selepas

taklimat

berkenaan,

murid-murid

dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang ketua kumpulan yang ditugaskan untuk mengambil peralatan yang diperlukan. Kemudian setiap kumpulan beredar ke tempat yang ditugaskan mengikut guru pengiring masingmasing. Kumpulan pertama diminta untuk mengikuti saya ke bilik setor sukan.
3

Kumpulan kedua ditugaskan ke Bilik Kemahiran Hidup sambil diiringi oleh Cikgu Siti Mariam. Kumpulan ketiga ditugaskan bersama Cikgu Jamnah di kawasan sekitar bangunan lama dan tapak perhimpunan. Kumpulan keempat bersama Cikgu Saifulizam ditugaskan ke kawasan bangunan baru dan padang di seberang jalan. Kumpulan yang terakhir bersama Cikgu Hasimah bertugas di Taman Sains yang bertempat di kawasan sekolah di seberang jalan.

Pada jam 8.30 pagi kami memulakan gotong-royong membersihkan setiap kawasan yang diberi. Kumpulan saya juga dibantu oleh Cikgu Nordin dan Cikgu Ahmad Hisham. Ketika mereka menjalankan kerja membersihkan dan mengemas setor sukan, saya mengambil peluang ke tempat lain untuk merakam video. Alhamdulillah perjalanan gotong-royong tersebut berjalan dengan baik. Dalam pengamatan saya, kerja-kerja membersihkan dan mengemas setor sukan adalah yang paling mencabar sekali. Ini adalah kerana terdapat banyak barang dan alatan sukan sedangkan ruang setor tersebut adalah kecil. Jadi kerja-kerja menyusun kembali barangan dan alatan sukan tersebut perlu dilakukan dengan teratur dan terperinci. Antara perkara yang kami lakukan adalah mengumpul bola-bola yang rosak dan dikempiskan. Kemudian ia dimasukkan di dalam plastik dan diletakkan di ruangan rak di atas sekali. Barangbarang lain pula diletakkan mengikut jenisnya. Alatan yang sering digunakan pula diletakkan di kawasan yang mudah diambil oleh murid-murid manakala alatan yang kurang digunakan diletakkan di tempat yang lebih tinggi.

Pada jam 9.30 pagi, aktiviti gotong-royong tersebut dihentikan sebentar. Muridmurid serta guru yang terlibat di anjurkan ke kantin untuk menikmati jamuan ringkas. Pada jam 10 pagi, kerja gotong-royong tersebut disambung kembali. Tepat jam 11 pagi gotong-royong tersebut ditamatkan. Murid-murid diminta memastikan segala peralatan dan bahan yang digunakan untuk kerja pembersihan disimpan kembali. Bagi murid murid yang membersihkan kelas, mereka diminta memastikan kipas dimatikan dahulu dan pintu kelas ditutup. Sebelum pulang, murid-murid juga diminta memastikan tiada barangan peribadi tertinggal seperti jam dan kasut. Kemudian guru-guru yang terlibat
4

mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada muridmurid berkenaan kerana memberikan kerjasama yang sebaiknya.

PROSES SELEPAS

Seperti laporan program LDP kami diminta melengkapkan beberapa perkara berkenaan dengan program gotong-royong tersebut dengan menggunakan panduan dan borang yang diberikan oleh Encik Nordin bin Sadali. Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman semasa menjalankan program LDP sebelumnya, kerja-kerja menyediakan laporan kami menjadi lebih mudah. Walau bagaimanapun proses mengarang masih lagi menjadi permasalahan bagi saya. Memang mudah untuk mengatakan sesuatu secara lisan, tetapi untuk menyampaikannya dalam bentuk penulisan adalah amat sukar sekali.

Akhir sekali, setelah selesai semuanya, saya juga telah mendapatkan penilaian daripada pihak sekolah tentang diri saya sendiri sepanjang menjalankan program ini. Segala ilmu yang saya perolehi dari program dirasakan amat bernilai sekali dan akan saya terapkan dalam diri ini sepanjang menempuh kehidupan sebagai seorang guru yang berdedikasi seperti yang disasarkan program. Sekian saja. Terima kasih.