Anda di halaman 1dari 4

PENILAIAN KENDIRI

BIG FASA 2

Kampus Pulau Pinang

Bersyukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurniaNya dapat kami laksanakan Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 2 pada semester ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses pelaksanaan program ceramah dan khidmat masyarakat ini terutamanya pihak sekolah dan rakan-rakan peserta PPG. Tanpa sokongan dan bantuan dari pihak berkenaan sudah pasti program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Melalui program ini pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru dapat saya perolehi. Untuk melaksanakan program ini, beberapa perkara penting perlu kami fikir dan rancang. Antaranya ialah penetapan tajuk dan tarikh program, peruntukan kewangan yang diperlukan dan sebagainya. Dengan sedikit pengetahuan yang ada pada saya sebelum ini tentang pengurusan iaitu ketika saya menguruskan pasukan bola sepak sekolah dan zon Nibong Tebal, Sukan Tahunan Sekolah dan menjadi kem komander semasa Kem Unit Beruniform SK Methodist dulu, memberi sedikit panduan dan jalan untuk saya merancang dan menguruskan kali ini.

Namun program BIG kali ini amatlah berbeza dimana pelbagai dugaan dan kesulitan terpaksa kami hadapi bermula dengan penetapan tarikh kedua-dua program itu sendiri. Kami terpaksa menunda sebanyak dua kali atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kemudian dalam perancangan asal, kami mengharapkan penglibatan semua guru SK Sungai Duri dalam kedua-dua program ini, namun pihak pentadbir hanya mengizinkan guru-guru terlibat secara sukarela memandangkan keadaan sekolah yang

PENILAIAN KENDIRI

BIG FASA 2

Kampus Pulau Pinang

sibuk dengan pelbagai aktiviti. Secara tidak langsung segala masalah yang kami hadapi ini menjadikan saya lebih bersabar dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

Selain itu melalui program ini, saya juga menjadi lebih mahir dalam membuat kertas kerja serta berinteraksi dengan pelbagai pihak terutamanya pihak pentadbir. Saya juga perlu melalui pihak tertentu dan melakukannya mengikut prosedur yang betul untuk mendapatkan peruntukan kewangan. Walaupun tidaklah sesukar mana untuk menghasilkan kertas kerja tetapi ia memerlukan ketepatan dan ketelusan. Secara tidak langsung saya juga mendapat ilmu yang amat berguna berkenaan dengan prosedur kewangan sekolah dan kemahiran komunikasi saya menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Secara keseluruhannya, banyak kelebihan telah saya perolehi semasa melaksanakan program BIG ini. Pertama, program ini telah mempertingkatkan disiplin diri saya dalam mengurus masa dengan berkesan. Dengan kesuntukan masa yang ada, saya perlu memastikan semua aktiviti dapat dijalankan dengan tepat dan sempurna. Sememangnya kekangan masa adalah satu satu masalah utama yang sering kita hadapi. Oleh itu pengurusan masa yang tepat amatlah diperlukan terutamanya sebagai penyelaras sesuatu program.

Kedua, melalui program BIG ini, nilai-nilai keguruan dalam diri peserta PPG dapat diterapkan terutamanya dalam diri saya sendiri. Antaranya ialah semangat kerjasama antara peserta dapat dipupuk sepanjang program ini dijalankan. Selain itu

PENILAIAN KENDIRI
sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong menolong dan berjaya sepanjang program ini dijalankan.

BIG FASA 2

Kampus Pulau Pinang

sifat kepimpinan juga dapat

diterapkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Saya rasa sangat berpuas hati dan

Ketiga, program ini telah menjadikan saya sedar akan kepentingan sikap tolongmenolong dan bekerjasama di dalam sesuatu organisasi. Sememangnya

permuafakatan dan toleransi di kalangan anggota akan membantu dalam melancarkan segala aktiviti yang dilakukan dan menjadikannya lebih sempurna. Hal ini amat penting terutama kepada saya sebagai pendidik.

Keempat, saya telah pelajari bahawa sebagai seorang guru, saya haruslah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan peranan di sekolah. Saya tidak harus membataskan diri saya sebagai pengajar di dalam bilik darjah semata-mata. Sebagai pendidik, saya haruslah bersifat global, meliputi pelbagai aspek dalam pembangunan murid di sekolah yang mana saya juga harus menjadi perancang, pemimpin, pelaksana, penggerak, penilai, pelaksana disiplin dan sebagainya.

Akhir sekali, sebagai seorang pendidik, kita perlulah sentiasa berusaha menuntut ilmu yang sangat luas dan tidak pernah terbatas. Melalui program beginilah, saya berpeluang untuk mempelajari dan memperolehi pelbagai perkara dan pengalaman yang baru.

PENILAIAN KENDIRI

BIG FASA 2

Kampus Pulau Pinang

Sebagai peserta PPG,saya berharap semua peserta PPG akan dapat pelbagai manfaat dan pengalaman semasa program BIG ini dijalankan. Anggaplah segala cabaran dan kesulitan yang dihadapi selama aktiviti ini dijalankan sebagai sesuatu yang membantu dalam pemantapan diri dan mendewasakan kita sebagai seorang pendidik yang berjaya.