Anda di halaman 1dari 18

BAHAGIAN A ARAHAN Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan. 1.

(a) Senaraikan DUA matlamat Pendidikan Seni Visual. (b) Nyatakan DUA pendapat Plato tentang seni. ( 4 ) 2. Nyatakan EMPAT peranan guru Pendidikan Seni dalam penilaian berasaskan sekolah (PKBS). ( 4 ) 3. (a) Untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran menggambar, apakah pendekatan yang sesuai digunakan dalam aktiviti melukis. (b) Berikan DUA jenis teknik yang sesuai untuk aktiviti menggambar. ( 4 ) 4. Senaraikan EMPAT perkara yang perlu ada dalam menyediakan Rancangan Tahunan. ( 4 ) 5. Nyatakan perbezaan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam Pendidikan Seni Visual. ( 4 ) (Jumlah : 20) BAHAGIAN B ARAHAN Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. 1. Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kreatif, kritis, inovatif dan inventif. (a) Senaraikan EMPAT objektif Pendidikan Seni Visual. (4) (b) Senaraikan TIGA perkara yang berkaitan dengan Konsep Kendiri berdasarkan Konsep Seni Visual Barat. (6) (c) Huraikan peranan Pendidikan Seni Visual dalam perkembangan kanak-kanak. (10) ((Jumlah : 20) 2. Pengujian dan penilaian perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. (a) Huraikan maksud pengujian dan penilaian dalam Pendidikan Seni Visual. (4) (b) Senaraikan ENAM tujuan Pengujian dalam Pendidikan Seni Visual. (6) (c) Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam bidang pelajaran. Huraikan proses yang perlu ada dalam sesebuah portfolio Pendidikan Seni Visual.(10) (Jumlah : 20) 3. (a) Jelaskan maksud bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual i) Menggambar ii) Membuat rekaan dan corak iii) Membentuk dan membuat binaan

iv) Kraf tradisional (8) (b) Dalam penghasilan karya, beberapa langkah atau panduan yang betul akan dapat mempertingkatkan kemahiran pelajar. Huraikan ENAM panduan untuk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik.( 12 ) (Jumlah : 20) 4. Suasana dalam bilik darjah sangat mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran. Guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan penting dalam membangkitkan iklim yang sesuai untuk kelas Pendidikan Seni Visual. (a) Senaraikan LAPAN aspek yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan bilik seni.(4) (b) Beri pendapat anda bagaimana iklim bilik Pendidikan Seni Visual membantu dari segi fizikal, emosi dan sosial.(6) (c) Lukiskan satu pelan bilik seni yang sesuai dan kondusif serta labelkan tempat-tempat tertentu dan huraikan pelan anda mengikut pendapat serta pandangan anda sendiri.( 10 ) (Jumlah : 20) 5. Rekaan dan corak merupakan satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual. (a) Berikan maksud corak dan DUA jenis motif yang boleh digunakan untuk membuat corak. (4) (b) Apa yang anda faham tentang corak terancang? Huraian perlu bersertakan dengan contoh lukisan EMPAT jenis corak terancang. (6) (c) Fikirkan SATU aktiviti corak tidak terancang yang sesuai untuk pelajar tahap satu. Buatkan SATU rancangan mengajar yang lengkap dengan langkah-langkah untuk mengajar.( 10 ) (Jumlah : 20) BAHAGIAN C ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. 1. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikir dan dirasa. (a) Jelaskan kepentingan pendekatan apresiasi dan kritikan secara psikologi membantu pembentukan jiwa dan peribadi pelajar terhadap seni. Huraikan bagaimana aspek nilai dapat ditanam atau dipupuk melalui aktiviti apresiasi. (10) (b) Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap. Huraikan EMPAT tahap tersebut berpandukan sebuah karya catan. i. Menggambarkan (description); ii. Menganalisa (analysis); iii. Tafsiran (interpretation); iv. Penilaian (evaluation).( 10 ) (Jumlah : 20) 2. (a) Sebagai guru anda harus menyedari akan kepentingan Rancangan Pengajaran. Jelaskan

kepentingan tersebut bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (4) (b) Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Seni Visual hendaklah sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran. Jelaskan perbezaan serta contoh kaedah dan teknik dalam Pendidikan Seni Visual. (6) (c) Anda dikehendaki menyediakan satu aktiviti membuat bentuk dan binaan sebuah Robot yang boleh membuat semua kerja-kerja rumah. Hasilkan SATU contoh aktiviti untuk pelajar tahap enam dengan menggunakan kaedah inkuiri-penemuan serta jelaskan teknik yang sesuai digunakan untuk aktiviti membuat robot.( 10 ) (Jumlah : 20) Posted by zul at 5:38 AM 0 comments

SOALAN HBAE 1103 (2007)


BAHAGIAN A ARAHAN: - Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian A. Sila jawab SEMUA soalan. SOALAN 1 Huraikan proses yang berkaitan dengan menghasilkan gasing. a) Proses membakal b) Proses simpai [2 markah] SOALAN 2 Nyatakan DUA (2) kepentingan kaedah pembelajaran Pendidikan Seni Visual secara lawatan atau kegiatan luar bilik darjah. [2 markah] SOALAN 3 Di dalam bahagian penutup pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, terdapat kesimpulan kognatif dan kesimpulan sosial yang seharusnya dicapai oleh murid. Nyatakan DUA (2) rumusan yang perlu dicapai dalam kesimpulan sosial. [2 markah] SOALAN 4 Menurut John A. Michael dalam bukunya Art and Adolescense, dua pendekatan apresiasi seni boleh berlaku mengikut pendekatan logik dan psikologi. Nyatakan EMPAT (4) pendekatan secara logik. [2 markah] SOALAN 5 Nyatakan EMPAT (4) aspek fizikal bilik darjah yang dapat membangkitkan suasana yang teraputik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual? [2 markah] [Jumlah:- 10 markah] BAHAGIAN B ARAHAN:- Terdapat TIGA (3) soalan dalam bahagian B. Sila jawab DUA (2) soalan sahaja. SOALAN 1 Membentuk dan membuat binaan merupakan bidang ketiga di dalam Sukatan Pelajaran Seni Visual KBSR. a) Nyatakan EMPAT (4) penentuan tema dan subjek di dalam menghasilkan aktiviti membentuk dan membuat binaan? [5 markah] b) Terangkan LIMA (5) ciri yang menentukan sesuatu kecemerlangan di dalam persembahan

hasil kerja dari aktiviti membentuk dan membuat binaan? [5 markah] [Jumlah:-10 markah] SOALAN 2 Daun mengkuang merupakan bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan anyaman tikar. Kerja-kerja memproses daun mengkuang dan seterusnya mengayam perlu dilakukan mengikut tertib atau urutan yang betul. a) Terangkan LIMA (5) urutan proses bagaimana daun mengkuang dibuat sehingga siap untuk dianyam. [5 markah] b) Huraikan LIMA (5) urutan menganyam daun mengkuang sehingga terhasilnya tikar. [5 markah] [Jumlah:-10 markah] SOALAN 3 Nyata dan huraikan LIMA (5) kaedah pengajaran yang sering kali digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual? [10 markah] Posted by zul at 5:32 AM 0 comments

CONTOH SOALAN HBAE 1103(Pengenalan Pendidikan Seni Visual)


BAHAGIAN A ARAHAN: Terdapat SEPULUH (10) soalan dalam Bahagian A. Jawab SEMUA soalan. SOALAN 1 Plato (427-347 Sebelum Masehi) merupakan tokoh terunggul dan terawal dalam bidang Seni Visual. Nyatakan DUA (2) pandangan Plato tentang Seni Visual. [4 markah] SOALAN 2 Konsep seni, menurut Sidi Ghazalba, adalah bertunjangkan kepada mardatillah. Seni yang bagaimanakah menepati pandangan beliau? [4 markah] SOALAN 3 Penerokaan merupakan interaksi yang kritis dan kreatif terhadap bahan, sebelum aktiviti seni dijalankan. Senaraikan DUA (2) ciri aktiviti penerokaan yang seharusnya dilakukan oleh pelajar untuk mendapat hasilan seni yang bermutu. [4 markah] SOALAN 4 Di dalam kerja menggambar secara kolaj dan montaj, terdapat persamaan dan perbezaan daripada aspek penggunaan dan cara mengaplikasi alat dan bahan. Nyatakan DUA (2) perbezaan antara penghasilan kolaj dan penghasilan montaj. [4 markah] SOALAN 5 Corak pualaman dihasilkan secara tidak terancang. Nyatakan DUA (2) peringkat bagaimana corak pualaman dihasilkan. [4 markah] SOALAN 6 Karya Still Life With Musical Instruments oleh Jaques Lipchitz telah dihasilkan pada 1918. (a) Apakah jenis arca yang dimaksudkan? (b) Apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca ini? [4 markah]

SOALAN 7 Di dalam menghasilkan batik tulis, lilin panas (cair) dikenakan ke atas motif yang dilukis di atas permukaan fabrik, di mana kemudiannya motif ini diwarnakan. Nyatakan DUA (2) proses berikutnya. [4 markah] SOALAN 8 Sebagai seorang guru, rancangan pengajaran adalah persediaan penting untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Nyatakan DUA (2) tujuan lain rancangan pengajaran. [4 markah] SOALAN 9 Seni ukiran kayu Melayu tradisional adalah budaya yang mempunyai nilai estetika yang kaya. Namakan DUA (2) bangunan yang masih mengekalkan budaya ukiran kayu ini. [4 markah] SOALAN 10 Di dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, terdapat bahagian Kemuncak. Nyatakan DUA (2) kepentingan kemuncak di dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual. [4 markah] [Jumlah: 40 markah) BAHAGIAN B ARAHAN: Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian B. Jawab TIGA (3) soalan sahaja. SOALAN 1 Seni, menurut Herbert Read, adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian. Tiga (3) perkara penting yang beliau kemukakan tentang seni disenaraikan di bawah. Bagi SETIAP SATU daripada tiga (3) perkara ini, berikan TIGA (3) huraian berdasarkan penyataan beliau. (a) Ekspresi diri dan komunikasi. [6 markah] (b) Pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak. [6 markah] (c) Apresiasi dan tindak balas individu terhadap hasil kerja orang lain. [8 markah] [Jumlah: 20 markah] SOALAN 2 Porfolio seni merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja Pendidikan Seni Visual, pengetahuan, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah seseorang murid. Nyata dan huraikan LIMA (5) sebab mengapa portfolio seni merupakan suatu amalan yang sangat relevan untuk pembelajaran murid. [20 markah] SOALAN 3 Membentuk dan membuat binaan merupakan bidang ketiga di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Kemahiran di dalam bidang ini perlu dikuasai dengan baik supaya nilai estetika dan etika dapat diaplikasikan dengan berkesan. Jelaskan LIMA (5) kemahiran asas di dalam mengaplikasi alat, bahan dan teknik di dalam menghasilkan arca stabail kertas. [20 markah] SOALAN 4

Kaedah inkuiri-penemuan merupakan salah satu daripada beberapa diskripsi di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam Pendidikan Seni Visual. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah inkuiri penemuan? [5 markah] (b) Jelaskan LIMA (5) faedah kaedah inkuiri-penemuan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. [15 markah] [Jumlah: 20 markah] SOALAN 5 Set induksi adalah langkah terawal di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. (a) Nyatakan LIMA (5) tujuan set induksi di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. [10 markah] (b) Huraikan EMPAT (4) rasional yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan set induksi di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. [10 markah] [Jumlah: 20 markah]
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual dan DBAE

Oleh Prof. Madya Hj Iberahim Hassan

Pendidik seni sering menerima perubahan demi perubahan dalam kurikulum. Sebagai pendidik seharusnya juga berupaya untuk menilai atau memeriksa semula bidang-bidang seni tertentu supaya sentiasa terkini selari dengan keparluan semasa. Lebih-lebih lagi jikalau kita berupaya menilai semula pemikiran kita terhadap kemungkinan apa yang akan kita ajar nanti. Pemikiran itu bersangkutan dengan kepercayaan apakah fungsi seni dalam pendidikan pelajar dan bagaimana seni itu perlu diajar. Kita juga mempersoalkan terhadap pandangan bahawa perkembangan pelajar yang umumnya mengenai kreativiti itu adalah sebagai matlamat utama pendidikan seni. Kita juga mempersoalkan pandangan bahawa pengajaran pendidikan seni itu tertumpu hanya kepada berkerja dengan alat dan bahan sahaja. Kita juga mempersoalkan jikalau peranan guru hanya sebagai penyedia bahan dan sumbar , kurang mengajar. Kita mempercayai bahawa melalui pelajaran pendidikan seni banyak yang boleh disediakan untuk perkembangan pelajar. Kita mempersoalkan bahawa pembelajaran artistik itu bukan setakat berkebolehan menggunakan alat dan bahan semata, dan kita membuat rumusan bahawa peranan guru lebih jauh daripada hanya sebagai pembekal alat bahan dan sumber dan menyetabil emosi murid-murid sahaja.

Idea daripada pensyarah universiti yang diterima oleh pelajar-pelajarnya diharapkan akan dibawa dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelak. Tetapi sejauhmanakah idea yang telah dikonseptual itu akan dilaksanakan di perinkat sekolah. Berbanding dengan sambutan masyarakat sekolah dan juga masyarakat setempat terhadap matapelajaran lain yang lebih diutamakan seperti mata-mata pelajaran matematik dan sains, matapelajaran pendidikan seni diletakkan sebagai pelajaran yang

tidak berkepentingan. Atas keadaan inilah memberi tekanan kepada guru untuk merealisasikan konseptual pendidikan seni yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bahan-bahan dan sumber sokongan untuk melaksanakan pelajaran ini secara yang lebih berkesan memerlukan sumbangan peruntukan yang agak tinggi berbanding dangan mata pelajaran kemanusiaan dan sains yang lain. Sejauhmanakah sumbangan pihak swasta atau NGO lain untuk memberi sumbangan membantu pihak pelajar dan Sekolah menjayakan perlaksanaan mata pelajaran ini. Di negara kita setakat ini usaha begini belum dicuba secara menyeluruh. Usaha guru untuk mempastikan keistimewaan mata pelajaran ini tinggal usaha sahaja jikalau tidak mendapat sokongan sama ada dalam bentuk moral atau kewangan daripada pihak berkenaan.

Saya percaya bahawa dengan perkembangan dunia semasa dan perubahan keperluan dalam pembangunan negara bangsa kita sumbangan mata pelajaran pendidikan seni ini adalah releven dengan keparluan itu. Masyarakat seharusnya mempunyai tanggapan bahawa memberi pendidikan kepada anak-anak mereka bukan setakat duduk belajar menerima ilmu dan kemahiran matematik, sains dan teknologi sahaja, pendidikan yang harus diterima oleh pelajar adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi menyeluruh mereka secara optimum bukan sahaja menjurus kepada metapelajaran utama, juga melalui metepelajaran pengimbang yang lain termasuk kesenian. Dalam sistem persekolahan kita, Pendidikan Seni Visual adalah matapelajaran wajib daripada tahun satu hingga ke tingkatan tiga sekolah menengah. Dan merupakan mata pelajaran elektif untuk sekolah menengah atas. Sukatan pelajara Pendidikan Seni Visual telah disemak semula dan merupakan yang terbaik untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Ianya mampu memberi persediaan awal bagi syarat masuk ke pusat pengajian tinggi bagi bidang-bidang yang releven seperti, bidang yang memerlukan kemahiran melukis dan kreativiti yang tinggi seperti seni binaan, pereka, dan sebagainya. Banyak universiti telah menawarkan kursus-kursus yang memerlukan kemahiran dalam bidang seni ini. Sebenarnya di dalam dunia pekerjaan sangat banyak bidang-bidang yang memerlukan kemahiran dalam seni ini apa lagi jikalau dicantumkan kebolahan pelajar dengan matapelajarn sains dan teknologi.

Untuk meningkatkan kualiti akdemik kepada pembelajaan pendidikan seni visual di Amerika umpamanya uasha sama di antara pakar-pakar dalam bidang ini dengan bantuan kewangann oleh Yayasan Gettey telah berjaya mengutarakan sebuah konsep kurikulum yang lebih bercorak akademik dikenali secara umumnya sebagai pendidikan seni berasaskan disiplin (Disciplin based art education -DBAE).

Kita juga bersetuju pendidikan seni visual ini merupakan sebahagian kecil daripada mata pelajaran yang memberi peluang kepada pelajar mengksploitasi emosinya sebagai sebahagian daripada sumber kandungan yang menggalakkan keupayaan imaginasi. Pendidikan senilah yang memberi peluang kepada pelajar sebagai tempat pelarian sementara daripada kurikulum yang penuh dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa , tempat yang didominasi dengan keriuhan katakata, huruf dan angka-angka. Menerusi pendidikan seni juga pelajar digalakkan menemuai visi peribadinya dan kerja-kerjanya yang merupakan coritan peribadi. Sekolah penuh dengan peraturan-

peraturan yang ditentukan oleh kurikulumnya, yang merupakan arahan guru, yang lebih merupakan hanya satu sahaja jalan penyelsaian bagi sesuatu persoalan, dengan hanya satu jawapan yang betul bagi setiap soalan. Apa yang sangat-sangat diperlukan oleh pelajar ialah ruang, tempat dan yang lebih diperlukan lagi adalah kebenaran daripada pihak yang lebih berkuasa membenarkan mereka membuat sesuatu mengikut rentak mereka, membenarkan mereka meghadapi cabaran, mengikut tempoh dan menghadapi erti kegagalan. Apa yang diperlukan oleh pelajar adalah ruang untuk hidup (lebensraum). Pendidikan seni seharusnya tidak kaku, tidak berunsur mekanikal, lifeless dan pembelajaran akademik yang hambar . Jikalau terlalu bercorak akademik pun akan mengakibatkan keistimewaan yang boleh ditawarkan oleh mata pelajaran ini akan pudar.

Eisner dalam rancananya bertajuk Structure and Magic in Dicipline Base Art Education dalam Al Hurwitz (1991) ms 17 menyatakan pentingnya pengalaman yang cukup dalam pembinaan konsep amalan pendidikan. Untuk mendapat pengalaman bagi mendapatkan pendidikan yang segnifikan seseorang individu itu perlu berupaya menggunakan kecerdasannya untuk menghadapi permasalahan yang dihadapi dalam kehidupannya. Hal ini boleh berlaku dalam mana-mana mata pelajaran pendidikan seni, kerana dalam mata pelajaran ini amat sesuai untuk pelajar berfikir dengan lebih bijak tentang seni dan manifestasi terhadap dunia sekitarnnya. Melalui pengalaman yang diterima membekalkan pelajar untuk berfikir tentang seni dan apakah disiplin yang berkaitan dengannya. Inilah yang hendak dicapai melalui pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE). Apakah yang akan mereka belajar ? Apakah bentuk permasalahan yang akan mereka hadapi apabila mereka belajar pendidikan seni? Apakah yang kita lakukan dengan seni ?

Terdapat empat perkara penting yang dilakukan oleh kita dengan seni. Iaitu, kita menghasilkannya. Kita melihatnya. Kita memahami bahawa seni sentiasa berada di dalam budaya. Kita juga membuat penilaian tentang kualiti sesebuah bentuk seni itu. Dalam pendidikan seni berasaskan disiplin terdapat empat bahagian yang menjadi struktur kurikulumnya iaitu, menghasilkan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni dan estetika. Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imej yang mempunyai tenaga eksprasif, coherence, celik akal ( insight) dan pandai mencipta ( ingenuity). Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat , bukan sekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbina kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya. Persekitaran yang terdapat di dalamnya berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal. Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasilhasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun merentasai dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan. Tiada hasil seni yang berada dalam konteks yang vakium, sebahagian daripada makna yang dipancarkan menerusi karya seni bergantung kepada kefahaman dan penerimaan konteks semasa atau setempat.

Disiplin estetika pula merupakan satu disipin yang baru diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita lihat. Manusia adalah makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita akan berhujah dan memberi pendapat terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguh mengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi yang ada pilihan , kita tidak langsung sahaja membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian kita, kita akan membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian. Kadang-kadang kita akan menggunakan masa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan, macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan terakhir. Inilah situasi membuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian kriteria estetika boleh diaplikasi ke dalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan hubungan antara makna yang hendak dilahirkan melalui bahan dan teknik, dikendalikan secara bijaksana dan teratur akhirnya lahirlah sebuah hasil seni yang mempesonakan. Itulah yang dikatakan estetika. DBAE bertujuan untuk mengembangkan keupayaan pelajar menangani permasaalah bagi keempat-empat domain yang dikemukakan.

Hasrat untuk merealisasikan pendekatan ini adalah begantung kepada kebijaksanaan guru menterjemah, merancang dan melaksananya di bilik darjah. Dengan kefahaman yang jelas dan keupayaan menterjemah matlamat pendekatan DBAE ini akan dapat menyediakan satu rintitan pembelajaran yang mampu membentuk pengalaman pelajar terhadap keistimewaan-keistimewaan yang boleh mereka garap menerusi pembelajaran pendidikan seni ini. Sekiranya guru gagal menyediakannya , pelajaran pendidikan seni akan menjadi hambar , cetak, malap dan faedah yang diterima oleh pelajar berada ditakuk lama juga akhirnya. Pendidkikan seni memerlukan kurikulum yang mantap dan berkualiti dengan guru yang cekap dan berpengetahuan untuk mengendalikan pelajaran ini. Apakah kurikulum pendidikan seni visual kita belum mantap ? Adakah DBAE ini cukup mantap untuk dilaksanakan ? Persoalannya adalah bukan kita perlu menyoal tentang kemantapan kurikulum, tetapi selalunya guru-guru hanya mengambil kandungan sukatan pelajaran pendidikan seni visual itu untuk merancang pengajaran dan pembelajaran bagi setiap semester. Saya percaya jarang di antara guru yang mengaitkan antara objektif sukatan pelajaran dengan kandungan ketika membuat perancangan. Oleh itu perancangan hanya sekadar memfokuskan kepada tajuk dan sub tajuk dalam sukatan pelajaran, akhirnya apa yang berlaku di bilik darjah, pelajaran hanya menumpukan kepada penghasilan produk dan sedikit menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan sejarah, estetika dan kritikan seni. Oleh itu adalah dicadangkan supaya guru-guru menggunakan salah satu daripada pendekatan-pendekatan menyediakan rencangan pelajaran pendidikan seni ini iaitu menggunakan pendekatan DBAE. Ada juga pendekatan lain seperti pendekatan budaya, etnografi, pendekatan studio (yang sering diamalkan) dan sebagainya. Bolehlah diaplikasi dalam penyediaan perancangan dan diaplikasi juga dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini.

Untuk merancang pelajaran pendidikan seni di sekolah rendah konsep gabung jalin dan penyerapan antara disiplin (mata pelajaran) digalakkan. Dengan perancangan yang bijak konsep penggabungjalinan ini akan mampu memalarkan sempadan yang ada di antara mata pelajaran itu, pelajaran boleh berlaku secara fleksibel. Untuk ini keupayaan guru untuk merancang kurikulum secara bersepadu memerlukan kefahaman yang lebih menyeluruh antara mata pelajaran, kerjasama antara guru-guru dan antara panitia setiap mata pelajaran adalah amat dituntut. Kefahaman dan

kesedaran tinggi tentang matlamat pendidikan itu secara menyeluruh amat dituntut, jauhi sikap lebih mementingkan hak atau mengutamakan sempadan antara mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain menyebabkan wujudnya pembahagian atau pengasingan antara disiplin, garis sempadan yang sebenarnya boleh dimalarkan. Perancangan kurukulum untuk sekolah rendah seharusnya menitikberatkan konsep sepadu. Apabila perancangan semester, minggu atau harian itu dirancangan secara bersepadu antara disiplin antara mata pelajaran, mungkin melalui isi pelajaran, atau melalui kemahiran-kemahiran yang setara maka pembahagian dan pengasingan pengalaman pembelajaran di kalangan pelajar tidak akan berlaku sebaliknya pembelajaran berlaku secara bersepadu. Penyepaduan antara satu mata pelajaran dengan satu mata pelajaran lain bukanlah tidak memberi kesan sampingan. Sebaliknya memang ada kesan iaitu kurangnya tumpuan khusus pada mata pelajaran berkenaan secara total ketika melalui proses pembelajaran. Untuk mata pelajaran pendidikan seni dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi disiplinnya supaya tidak ditelan oleh tumpuan kepada mata pelajaran yang disepadukannya itu yang sering dianggap mata pelajaran yang lebih mustahak, dicadangkan bahawa kesepaduan antara mata pelajaran itu hanya dilakukan apabila diperlukan dan bersesuaian sahaja, selagi nilai seni itu tidak ditenggelami oleh arus proses pembalajaran pelajaran lain. Maksudnya, kandungan pelajaran dan sub kandungan pelajaran bagi sesuatu pembelajaran adalah merupakan struktur kurukulum berasaskan disiplin (DBAE) yang dirancang secara terbuka. Isu yang utama di sini adalah bagaimana untuk mencapai matlamat pendidikan berasaskan DBAE.

Konsep sepadu itu bukan setakat berlaku antara mata pelajaran sahaja. Sebenarnya di dalam mata pelajaran itu sendiri boleh berlaku konsep sepadu . Jikalau kita menyediakan perancangan berasaskan struktur DBAE terdapat empat disiplin yang boleh dirancang secara sepadu. Pengsepaduan antara subjek boleh dilakukan. Empat disiplin, dalam pembelajarn pendidikan seni iaitu, sejarah seni, penghasilan produk seni, estetika dan kritikan seni boleh dirancang dan digabunjalinkan secara sepadu atau diajar berasingan, atau secara selari atau sepadukan antara komponen-komponen unit utama atau aktkviti seni yang direka bentuk untuk mewujudkan perhubungan antara konsep, kemahiran dan generalisasi antara empat disiplin itu.

Hubungan antara sejarah seni, kritikan seni dan estetika adalah amat nyata sekali jikalau dikaitkan dengan proses dan prosidur menghasilkann produk seni. Seseorang pelajar yang bercadang untuk membuat sebuah karya yang berkaitan dengan tema-tema kemanusiaan , seperti peperangan dan kezaliman boleh merujuk kepada pelukis Nirmala Shanmughalinghm bertajuk Vietnam 1981 yang mempersoalkan kekejaman peperangan di Vietnam atau Ibrahim Hussein bertajuk My Father and The Astronaut, 1969 yang mempersoalkan pertembungan nilai manusia antara tradisional dan moden . Kedua-dua pelukis ini membawa makna kemanusiaan, masing-masing menggunakan media dan teknik pengutaraan yang berbeza. Melalui sejarah pelajar dapat mepelajari pengalaman seniman menghasilkan karya, apakah tema yang dipilih, sejauh manakah pekanya seniman terhadap nilai-nilai persekitaran sama ada tempatan atau peringkat antara bangsa. Begitu juga pelajar dapat membandingkan teknologi media yang dipilih dalam menghasilkan sesebuah karya. Mengenai nilai estetika pula pelajar boleh membandingkan cara persembahan seniman tersebut, lihat bagaimana Ibrahim Hussein menggunakan kepakarannya menghasilkan imej yang realistik menerusi kombinasi

cat minyak dan cetakan, kombinasi yang begitu harmoni. Manakala Nirmala pula menggunakan teknik campuran cetakan dan catan akrilik di atas kanvas, transformasi imej-imej foto yang menggambarkan penderitaan rakyat Vietman kesan peperangan, dengan paparan hitam putih sesuai dengan mod yang dipaparkan.

Bukan setakat membanding karya sahaja, atau setakat melihat gambar catan daripada senimanseniman yang dipilih, malah pelajar boleh membuat kajian di perpustakaan , atau membaca melalaui beberapa artikal , keratan surat khabar hasil kritikan oleh pengkritik-pengkritik terhadap seuatu karya seni. Melalui majalah Budaya umpamanya banyak tulisan-tulisan yang menyentuh karya seniman tanah air. Untuk membuat perbandingan antara seniman antara bangsa , melalui teknologi ICT guru atau pelajar boleh melayari internet memasuki halaman Museum of Art umpamanya akan dapat segala bentuk seni atau seumpamanya untuk dijadikan sumber pembelajaran . Dengan cara ini juga kita tidak terikat dengan buku teks pendidikan seni yang memang pun tiada dalam system persekolah kita.

Pendek kata terpulanglah kepad guru untuk merancang kerana dalam kontaks pendidikan di negara kita, walaupun sukatan pelajaran dan kandungan bagi satu-satu tahap telah ditetapkan oleh pihak Pusat Perkmbangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi untuk merancang pelajaran berdasarkan semester atau penggal, mingguan dan harian itu masih terletak ditangan guru. Antara guru dan muridlah yang meletakkan sempadan sesuatu bidang ilmu bagi sesuatu mata pelajaran itu. Jikalau guru hanya terikat kepada kandungan yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran maka setakat itu sahajalah ilmu dan kemahiran yang dapat dialami oleh pelajarnya. Pada dasarnya gurulah yang menentukan hala tuju pembelajaran. Guru yang menentukan isi kandungan, guru yang menentukan kaedah pembelajaran, guru juga yang mentukan apa, bagaimana dan sejauhmana serta bila sesuatu pelajaran itu berlaku. Sama ada guru mengawal keseluruhannya atau tidak mengawal apa-apa pun, ini boleh berlaku. Sama ada guru membuat perancangan berdasarkan kreativiti dan inovasinya tidak hanya setakat mengikut apa yang tercatat dalam kurikulum sedia ada atau mengikut sahaja apakah kandungan yang tercatat dalam kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian sekadar untuk menghabiskan tajuk-tajuk dan aktiviti untuk sepanjang tahun persekolahan.

Yang jelas iaiah kurikulum bukanlah berupaya menyatakan keseluruhannya akan apa yang patut dilakukan oleh guru. Kurukulum hanya boleh menyediakan ruang untuk guru membuat justifikasi, dan interpritasi setidak-tidaknya dalam dua lokasi. Pertamanya guru boleh merancang semula kandungan sukatan pelajaran berdasarkan tahap-tahap yang telah ditetapkan dengan menggunakan mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaran pendidikan seni visual itu. Pendekatan itu mungkin salah satunya ialah DBAE. Keduanya sukatan pelajaran pendidikan seni terlalu luas ruang lingkup bidang dan isi kandungnya untuk dilaksanakan bagi lima tahun di sekolah menengah dan enam tahun di sekolah rendah. Untuk satu-satu tahun sesi persekolahan guru boleh memilih beberapa tajuk sahaja, bukan membuat kesemua isi kandung yang tercatat dalam sukatan pelajaran. Apa yang perlu dilalukan adalah pastikan objektif pelajaran d

ilaksana melalui isi kandung atau kegitan yang dipilih sesuai pula dengan keupayaan dan kemahiran kumpulan sasar iaitu pelajar.

Oleh kerana ruang lingkup pelajaran pendidikan seni ini luas dan jangkamasa pula panjang maka dalam membuat perancangan pelajaran pendidikan seni ini penegasan kepada urutan (sequence) amat penting. Eisner(1991) berpendapat urutan dalam kurikulum amat penting alasannya adalah pertamanya semua aktiviti untuk mana-mana program pun memerlukan masa yang lebih. Masa , aktiviti dan tahap kesukaran bagi sesuatu kamahiran itu itu perlu diuruskan secara berurutan. Pelajaran perlu dimulakan daripada yang mudah kepada yang lebih sukar secara berperingkatperingkat. Dalam kotaks psikologi perlu ada urutan dalam sesuatu organisasi aktiviti supaya ada cabaran, perkembangan, membangunkan idea-idea, dan kemahiran yang perlu dikuasi oleh pelajar sehingga ke tahap optimumnya. Program pendidikan tanpa menitikberatkan nilai-nilai urutan adalah pendidikan yang statik (Eisner, 1991) Sebagai contoh, kita mulakan pelajaran kita dengan meminta pelajar menggunakan berbagai alat dan bahan sedangkan pelajar tidak berupaya membuat perkaitan antara bahan-bahan tersebut kerana mereka belum diberi pendedahan awal. Mereka juga diminta menghasilkan sesuatu menggunakan bahan-bahan tersebut. Sudah tentu pelajar berada di dalam kebingungan, atau pelajar akan membuat sesuatu tanpa tujuan, pelajar hanya membuat sesuatu secara cuba jaya sahaja. Ini membuang masa dan berlaku pembaziran. Pentingnya perancangan dan pembelajaran secara urutan ini akan membantu pelajar membuat internalize kandungan pengalamannya. Interanalisasi ini akan lebih berkesan jikalau perancangan pelajaran memberi peluang kepada pelajar berlatih mengembangkan kemahiran dan ideanya. Sebagai contoh, jikalau pelajar diminta menghurai secara metapora tentang kualiti eksprasif suatu kerja-kerja seni umpamanya tentang menara kembar Kuala Lumpur, lanjutan daripada aktiviti itu pelajar diminta memindahkan idea dan kualiti eksprasif itu kepada kerja-kerja catan, arca, grafik, seramik dan sebagainya. Dalam hal ini kita sering mengutamakan kepelbagaian dalam kurikulum tetapi mengenepikan hal-hal yang berkaitan dengan urutan. Lebih baik kita hadkan jumlah aktiviti atau projek yang perlu disempurnakan tetapi kita utamakan urutan itu kerana yang penting adalah proses internalize itu.

Alasan lain mengapa urutan atau kesinambungan itu penting dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni berasaskan disiplin ini (DBAE) adalah berkaitan dengan membina kualiti automaticity iaitu berkaitan dengan pembinaan diri menjadikan sesuatu itu berlaku secara sepontan tanpa kawalan atau arahan fikiran sedar. Tindakan berlaku secara automatic. Kita boleh memandu secara automaticity sambil memandu kita boleh mendengar radio, berbual dengan rakan, atau berkhayal sesuatu kemungkinan. Ada orang boleh bermain alat muzik sambil menyanyi dan menari juga. Ianya berlaku secara automaticity. Bagaimana ini boleh berlaku ? Semuanya berlaku bermula dengan internalisasi, kemahiran dan latihan berlaku secara berurutan dan berkesinambungan. Dalam pendidikan seni kualiti ini berlaku apabila pelajar berupaya memberi reaksi secara automaticity apabila berhadapan dengan pengalaman estetika. Samalah dengan keupayaan kita dalam berbahasa dengan mudah sahaja kita boleh mengucapkan kata-kata berpuisi apabila hati kita tersentuh dengan keindahan yang menakjubkan. Apabila pelajar sudah berkemahiran dengan pengalaman estetika dan segala-galanya dalam kawalannya secara

automatic ia akan memberi tindak balas. Pelajar ini bersedia untuk mengutarakan konsep berkaitan untuk berbahas, membuat perbandingan dalam seauatu perbincangan. Automatiksiti adalah anugrah kebebasan khusus untuk pembentukan keupayaan imaginsi. Ia berkembang dalam repetorie kognitif bergantung kepada sejauh mana program yang dirancang secara berurutan dan berkesinambungan. Tanpa berurutan, idea-idea dan kemahiran sukar menjadi lebih kompleks dan berkualiti. Tanpa urutan pelajar sukar untuk membina internalize. Kurikulum pendidikan seni yang berdasarkan struktur DBAE pada pandangan Eisner memberi peluang kepada pelajar membina kemahiran-kemahiran yang dinyatakan di atas.

Eisner (1991) juga berpendapat bahawa terdapat berbagai unsur yang terlibat dalam struktur kurikulum DBAE . Program tersebut mengutamakan keupayaan dan peluang pelajar mengenali budaya mereka. Ini memerlukan keterlibatan berbagai pihak dalam masyarakat, menggalakkan keterlibatan institusi budaya tempatan, yayasan kesenian, dan agensi kerajaan bersama-sama berganding tangan dan minda dalam membekalkan sumber-sumber yang membantu guru untuk menyediakan suatau program yang berkesan. Bahan dan sumber kurikulum pendidikan seni yang baik adalah yang boleh dipandu dan bebas. Ia perlu dipandu kerana ianya merupakan model dan kandungan , aktiviti dan matlamat yang dicadang yang mungkin tidak disedari oleh guru. Ianya bebas kerana bahan dan sumber yang baik bukan setakat boleh membantu pelajar , ianya juga boleh membantu dan mengajar guru, ianya juga mudah digunakan sesuai dengan keperluan dan situasi pembelajaran.

Satu lagi keistimewaan menggunakan DBAE dalam perancangan kurikulum ialah menerusinya pelajar boleh mendapat munafaat apakah sebenarnya keistimewaan mata pelajar pendidikan seni ini. Selain daripada mendapat pendedahan mengenai empat disiplin iaitu sejarah seni , kritikan seni ,estetika dan menghasilkan produk seni pelajatr-pelajar juga akan menimba pengalaman kerana mata pelajaran ini memberi dua bentuk sumbangan untuk pembangunan dan pengalaman manusia. Pertamanya melalui imej dan peristiwa yang dijalin melalui bentuk estetika dan melalui curahan perasaan adalah merupakan perantara melaluinya potensi keupayaan minda manusia diterjemahkan kedalam bentuk visual. Kapisiti intlektual kita akan menjadi keupayaan intlektual selagi kita memberi peluang setiap kepisiti itu berfungsi. Jenis pemikiran ini memerlukan pemerhatian bagi menentukan mana yang sesuai dan kompleks, mempelajari bagaimanakah untuk meneliti sesuatu bentuk, agar struktur yang eksprasif berupaya merangkap emosi dan imaginasi bagi disesuaikan dan memajukan keistimewaan seni yang ambiguity, dan boleh memberi sumbangan kepada perkembangan kemahiran kognitif yang begitu kompleks. Keistimewaan seni boleh menjangkau daripada persepsi yang halus dan kompleks kepada mehasilkan karya seni yang di luar jangkauan minda.

Sumbangan yang kedua yang boleh diberi oleh mata pelajarn pendidikan seni ini adalah berkaitan dengan makna yang tersurat dan tersirat pada sesuatu bentuk seni. Pendidikan adalah satu wadah

yang matlamat umumnya adalah untuk membolehkan manusia mengembangkan literasi. Melelui keupayaan literasi manusia boleh menyata atau mentafsiri sesuatu makna yang berbagai-bagai bentuk yang terdapat di persekitarannya. Dalan kehidupan kita , perkataan , angka, pergerakan, imej dan pola-pola bunyi adalah bentuk-bentuk dimana sesuatu makna itu boleh disampaikan. Untuk mambaca makna pada sesuatu bentuk itu memerlukan kefahaman tentang peraturan, konteks, dan struktur sintetiknya. Setiap bentuk itu ada pula had-had keupayaannya dan keistimewaannya yang tidak terdapat pada bentuk-bentuk lain. Setengah makna lebih berkesan jikalau dipaparkan menerusi imej-imej visual, manakala yang lain sesuai melalui kata-kata, muzik atau pergerakan. Literasi artistik adalah alat yang kita gunakan bagi memahami makna sesuatu kerja seniman. Hasil seni itu penuh dengan kehebatannya. Mereka mencambahkan perasaan sensitif supaya kehalusan itu ditimbulkan dan yang terselindung juga dikira. Dalam perkataan, seni boleh membantu kita untuk menjelaskan apa yang tidak boleh diterangkan dengan perkataan. Perlu dijelaskan kepada pelajar bentuk-bentuk seni juga adalah merupakan sumber pendidikan. Inilah dua sumbangan seni dalam membantu pembangunan dan pengalaman manusia.

Sebahgai penutupnya, tanpa struktur dalam kurikulum kita, kita tidak akan dapat membina automaticity , tanpa automatiocity pula kita tidak akan dapat membina internalisasi. Tanpa internalisasi pula kita tidak akan dapat menikmati sesuatu keistimewaaan yang boleh diberikan oleh pelajaran pendidikan seni. Yang kita bimbangkan adalah perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni yang tidak berstruktur. Perancangan yang menjemukan yang tidak mempunyai roh atau berilmu pengetahuan yang boleh mencabar minda dan imaginasi pelajar. Banyak pendekatan yang boleh diaplikasi dalam perancangan dan pengajaran mata pelajaran ini salah satu yang dikenalpasti berkesan untuk membina konsep sepadu dan juga mempunyai ciri-ciri konstruktif adalah menggunakan pendekatan pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE) yang jelas mempunyai struktur yang kukuh dan sesuai dengan matlamat pendidikan seni itu juga selari dengan matlamat pendidikan kebangsaan. Ciri-ciri yang diperlukan oleh pelajaran pendidikan seni semuanya jelas berstruktur mencakupi keistimewaan mata pelajaran itu. Tanpa keupayaan merealisasi keistimewaan seni dalam kurikulum bermakna pelajaran itu bukanlah pelajaran seni. Manakala perancangan pelajaran yang tidak berstruktur tidak ada jalan keluar untuk mencapai matlamat.

APAKAH MAKNANYA DBAE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV KBSM


MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL

Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL (DICIPLINE BASED OF

ART EDUCATION)

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi,disiplin, serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf fan produk seni visual yang berkualiti Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain. Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

Pendekatan DBAE ( Discipline-based Art Education) Dalam pendidikan seni berasaskan disiplin ini terdapat empat bahagian yang menjadi struktur kurikulumnya iaitu, menghasilkan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni dan estetika.

Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imejyang mempunyai tenaga eksprasif, coherence, celik akal (insight ) dan pandai mencipta(ingenuity).

Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat, bukan sekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbina kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya yang berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal.

Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasilhasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun merentasai dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan. Tiada hasil seni yang berada dalam konteks

vakum,sebahagian daripada makna yang dipancarkan menerusi karya seni bergantung kepada kefahaman dan penerimaan dalam konteks semasa atau setempat.

Disiplin estetika pula merupakan satu displin yang baru diperkenalkan dalam kurikulumpendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita lihat. Manusia adalah makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita akan berhujah dan memberi pendapat terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguh mengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi yang ada pilihan, kita tidak langsung terus membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian kita, kita akan membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian.

Kadang-kadang kita akan menggunakan masa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan,macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan terakhir. Inilah situasi membuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian kriteria estetika boleh di aplikasi ke dalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan hubungan antara makna yang hendak dilahirkan melalui bahan dan teknik, dikendalikan secara bijaksana dann teratur akhirnya lahirlah sebuah hasil seni yang mempesonakan. Itulah yangdikatakan estetika. DBAE bertujuan untuk mengembangkan keupayaan pelajar menangani masalah bagi keempat-empat disiplin yang dikemukakan

KREATIVITI
Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu. Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai; Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)

Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat, manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya dalam mendalami bdang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti. Antaranya adalah;

Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni, iaitu: 1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya. 2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses

pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. 3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai