Anda di halaman 1dari 11

KEPENTINGAN HUTAN Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi bahawa hutan merupakan khazanah alam yang amat tinggi

nilainya.Hutan mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada masyarakat dan negara.Tanpa hutan kita tidak akan dapat menikmati keindahan panorama yang dapat kita nikmati pada waktu ini.Macapada,hutan semakin terancam sebagai akibat ketamakan dan kerakusan masyarakat pada zaman ini.Mereka hanya melakukan sesuatu tindakan berlandaskan hawa nafsu bukannya berlandaskan fikiran sedangkan mereka mengetahui kesan tindakan mereka terhadap generasi pada masa hadapan.Oleh sebab itu,semua pihak haruslah berganding bahu bagi memastikan hutan terpelihara kerana hutan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.

Antara kepentingan hutan kepada masyarakat ialah merupakan kawasan tadahan.Hutan merupakan sumber air dominan yang kita gunakan dalam rutin harian.Sekiranya hutan semakin pupus,cuba kita bayangkan bagaimana kehidupan kita tanpa air.Sememangnya kita sedar bahawa kita tidak boleh hidup tanpa air walaupun sehari kerana kegiatan rutin harian kita sentiasa menggunakan air seperti membasuh kereta,mencuci pinggan ,mandi dan juga menampung keperluan asas bagi manusia.Kegiatan pembalakan haram semakin berleluasa pada hari ini dan menyebabkan hutan di negara semakin terancam.Hal ini akan menyebabkan kita kehilangan kawasan tadahan hujan sekali gus kita akan kehilangan sumber air yang berkualiti.Oleh itu,sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,kita hendaklah mengambil berat terhadap kegiatan pembalakan haram yang mengancam kepentingan hutan.

Selain itu,hutan juga dapat menstabilkan peratus oksigen di permukaan bumi.Hali ini kerana hanya hutan sahaja yang boleh menjalankan proses fotosintesis.Proses fotosintesis amat penting dalam kehidupan masyarakat dalam memastikan purata suhu di negara kita tidak meningkat kerana kesan rumah hijau boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat.Sekiranya hutan ditebang,bilangan tumbuhan hijau akan berkurangan dan menyebabkan peratus karbon dioksida bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Natijahnya,kita akan mengalami El-Nini sedangkan kedudukan negara kita terletak di garisan khatulistiwa.Secara faktanya,negara kita mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun tetapi kenapa kita ingin negara kita mengalami kemarau yang berpanjangan.Oleh yang demikian masyarakat yang bersikap materialistik hendaklah mengikis sikap tamak dalam sanubari mereka itu kerana anjakan paradigma.

Seterusnya,hutan juga merupakan habitat bgi flora dan fauna yang juga merupakan sumber makanan kita.Hutan merupakan satu-satunya habitat bagi flora dan fauna.Sekiranya hutan pupus di manakanh binatang-binatang liar tersebut dapat tinggal selain hutan?Di samping itu,hutan

merupakan sumber makanan bagi binatang liar tersebut yang tergolong daripada kategori 'herbivore'.Sekiranya mereka kehilangan sumber makanan kita juga akan kehilangan sumber makanan kerana sumber protein kita ialah daging binatang-binatang yang terdapat di dalam hutan.

Di samping itu juga hutan merupakan penampan hakisan semasa hujan menyirami bumi.Jika hutan ditebang,tanih akan menjadi gondol dan matahari yang panas terik akan menyebabkan tanih menjadi kering-kontang.Hali ini akan menyebabkan hakisan tanih mudah berlaku.Oleh itu,hutan boleh mengelakkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku kerana akar-akar tumbuhan dapat mengikat tanih daripada mudah longgar yang akan menyebabkan tanah runtuh sekali gus banjir lumpur.

Akhir sekali,sektor pelancongan yang dapat menjan ekonomi negara juga merupakan peranan hutan.Hal ini kerana pihak kerajaan telah menubuhkan kawasan eko-pelancongan yang dapat memlihar kepupusan flora dan fauna seperti Taman Negara Bako di Sarawak dan Taman Negara Kinabalu.Kawasan-kawasan hutan ini merupakan kawasan yang diharamkan kegiatan pembalakan dijalankan.Sememangnya tindakan pihak kerajaan yang drastik ini telah menyelamatkan hutan di negara daripada pupus.Di samping itu juga hutan dapat menjana ekonomi negara melalui kegiatan eksport kayu-kayu belian yang berharga yang mendapat pasaran yang tinggi di persada antarabangsa.Sehubungan itu,hutan telah membantu negara meningkatkan pembangunan negara ke arah kemajuan supaya negara dapat berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negaranegara lain.

Konklusinya,semua pihak hendaklah menggembleng tenaga dalam memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.Hargailah hutan kerana hutan merupakn khazanah yang amat bernilai.Oleh sebab itu,kita mestilah bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang dikeliling dengan hutanhutan yang malar hijau.Marilah kita bersama-sama memelihara dan memulihara hutan di negara ini sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya lagi.

Esei - Kepentingan Hutan

Tajuk: Negara kita merupakan sebuah negara yang kaya akan khazanah hutan semula jadi. Huraikan kepentingan-kepentingan hutan kepada kehidupan kita.

Negara kita, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan hutan semula jadi. Malangnya, akhir-akhir ini, kita sering dikejutkan oleh aktiviti penerokaan hutan secara berleluasa di dada akhbar tempatan. Sebenarnya, negara kita memiliki beberapa jenis hutan semula jadi, iaitu hutan hujan tropika, hutan pantai, hutan paya dan hutan gunung. Perbuatan segelintir manusia pada zaman ini yang giat melakukan aktiviti pembalakan haram telah menyebabkan kepupusan hutan di negara kita. Persoalannya, tahukah anda akan kepentingan-kepentingan hutan kepada kehidupan manusia?

Hutan merupakan kawasan tadahan hujan dan diibaratkan span yang menyerap air ke bawah tanah. Hutan juga dapat mengelakkan tragedi bah dan tanah runtuh yang meragut nyawa manusia. Hal ini disebabkan pokok-pokok di hutan berfungsi untuk mencengkam tanah-tanih dan memperlahan larian air permukaan yang akan menyebabkan tanah runtuh. Jikalau tiada akar yang mencengkam tanah-tanih, maka tanah-tanih tersebut akan mengalir ke dalam sungai semasa hujan dan dimendapkan di dasar sungai. Natijahnya, dasar sungai akan menjadi cetek dan lambat-laun akan berlakulah banjir jika hujan turun dengan lebatnya.

Selain itu, hutan juga membekalkan kayu-kayan seperti meranti, cengal, dan keruing yang sesuai untuk pembinaan rumah, industri pembuatan perabot dan sebagainya. Sumber-sumber tersebut juga menyumbang kepada pendapatan negara di samping memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat jelata. Oleh itu, manusia haruslah mengurangkan kegiatan pembalakan dan penebangan hutan bagi menjamin sumber kayu-kayan kekal diwarisi oleh anak cucu generasi yang akan datang bak kata ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Hutan juga berperanan menyimbangkan ekosistem kerana hutan merupakan habitat kepada flora dan fauna. Penebangan hutan menyebabkan banyak spesies flora dan fauna diancam kepupusan seperti seladang, orang utan, periuk kera, harimau malaya dan sebagainya. Sekiranya habitat flora dan fauna kepupusan, maka generasi muda tidak dapat mewarisinya zaman-berzaman.

Hutan paya di pinggir pantai berpotensi untuk menghalang hakisan ombak kerana terdapat banyak pokok bakau dan api-api. Jikalau pokok-pokok yang mampu menghalang hakisan ombak kemusnahan, tragedi Tsunami yang melanda selatan Thailand pada tahun 2004 barangkali akan

berulang bak kata malang tidak berbau. Oleh itu, langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan perlu diambil oleh pihak yang berwajib demi kesinambungan spesies hutan paya di negara kita.

Seterusnya, hutan di gunung boleh dijadikan tanah empangan yang berkeupayaan untuk menyimpan bekalan air dan mengairi tanaman padi di samping menjana kuasa hidroelektrik. Contohnya, Empangan Muda berperanan mengairi tanaman padi di dataran Kedah-Perlis, Empangan Cenderoh dan Temenggor di Perak pula berpotensi untuk menjana kuasa hidroelektrik.

Konklusinya, kita sewajarnya menjaga hutan rimba kita supaya generasi pada hari ini dan yang akan datang tidak menyesal ibarat kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya kerana hutan banyak memberikan kepentingan dan manfaat kepada kita. Marilah kita berganding bahu mempertahankan khazanah hutan belantara kita selagi hayat dikandung badan.

Hutan ialah khazanah alam yang amat tinggi nilainya terutama kepada kehidupan fauna dan flora. Macapada ini, kita sering dikejutkan dengan isu-isu penebangan hutan di dada-dada akhbar terutamanya yang membabitkan pembalakan haram untuk tujuan pembangunan. Kita harus sedar sumbangan hutan terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan amatlah besar. Haiwan, serangga dan tumbuhan menjadikan hutan sebagai habitat atau tempat tinggal. Jabatan Perhutanan dan Perhilitan perlu memastikan hutan dipelihara daripada manusia yang mementingkan keuntungan semata-mata. Haiwan dan tumbuhan seperti Harimau Benggala, orang utan, burung kenyalang, bunga rafflesia dan sebagainya akan hanya dilihat dalam gambar jika berlaku kepupusan akibat penebangan hutan. Hutan juga menjadi penyumbang utama kayu-kayan berharga seperti cengal, meranti, belian dan jati. Kayu-kayan ini amat berharga untuk industri perabot. Pendapatan negara dari pengeksportan perabot amat tinggi. Jelaslah, hutan tropika di negara kita memberikan pulangan yang lumayan kepada negara. Pembangunan negara menggalakkan penggunaan perubatan moden, namun begitu masyarakat masih banyak bergantung kepada perubatan tradisional. Hutan menjadi pembekal herba-herba dan madu tradisional . Tumbuhan seperti temu lawak, ginseng, tongkat ali amat popular digunakan dalam rawatan tradisional dan hutan ialah pembekal ubat-ubat ini. Di samping itu, eko pelancongan menjadikan hutan sebagai destinasi pelancongan. Penggunaan kawasan hutan untuk tujuan rekreasi dapat memulihara kepupusan flora dan fauna contohnya di Taman Negara Bako, Taman Negara Kinabalu. Hutan amat penting kepada semua kehidupan. Kerjasama semua pihak terutamanya negara seperti Brazil, Russia dan India yang mempunyai keluasan hutan paling banyak di dunia harus tekad

untuk memelihara dan memulihara hutan supaya tidak menjadi seperti kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

KEPENTINGAN HUTAN
Hutan merupakan anugerah daripada Tuhan. Anugerah ini memang tidak ternilai kepada kita. Oleh sebab itu, alam ini wajar dipelihara sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Hutan sangat penting kepada kehidupan kita. Antaranya, hutan dapat dijadikan kawasan tadahan air hujan. Kita semua menggunakan air dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti mencuci, memasak dan lain-lain. Oleh sebab itu, hutan menjadi nadi kehidupan kepada penduduk bumi. Selain itu, Hutan berfungsi sebagai habitat kepada pelbagai flora dan fauna.Hutan dapat menyelamatkan flora dan fauna kerana kepupusan flora dan fauna berkait rapat dengan hutan. Ini secara tidak langsung mengekalkan kesimbangan ekosistem. Sementara itu, hutan juga memainkan peranan sebagai pengawal pemanasan global. Pemanasan global berlaku kerana pencemaran dan sikap manusia yang tidak cinta akan alam sekitar. Oleh hal yang demikian, tahap kepanasan di muka bumi ini dapat dikurangkan agar kita tidak berpanas. Hutan merupakan sumber rezeki, terutamanya Orang Asli. Oleh itu, hasil hutan seperti herba, rotan, kayu balak dan ubat-ubatan dapat terus dicari dengan kewujudan hutan. Amalan perubatan tradisional juga dapat diperkembangkan jika hutan dijaga dengan baik. Kesimpulannya, hutan wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh setiap penduduk bumi. Hutan dapat memberi ketenangan jiwa kepada kita dengan hutan yang malar hijau. Oleh itu, kawasan hutan mestilah diperluas dan dipulihara demi masa depan semua.

Hutan menyediakan habitat yang semulajadi bagi beribu-ribu haiwan, serangga dan tumbuhan yang setiap satunya mempunyai peranan dalam pengekalan ekosistem hutan. Mengikut kajian yang dijalankan, Hutan Hujan Tropika Malaysia terdapat 1200 spesies burung, 1000 spesies rama-rama dan kupu-kupu, 147 spesies amfibia, 250 spesies ikan air tawar dan 675 spesies mamalia. Lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga di mana antaranya ada 2500 spesies adalah spesies pokok. Hutan turut menyediakan makanan secara langsung bagi herbivor dan secara tidak langsung kepada karnivor. Haiwan, serangga dan tumbuhan adalah saling bergantung untuk hidup. Peranan serangga dalam pendebungaan, burung dan kelawar sebagai penyebar buah dan biji tidak boleh diperkecilkan. Secara kasar, Hutan Hujan Tropika boleh dibahagikan kepada beberapa nic yang terasing antara sama lain dari segi ruang, aktiviti atau diet haiwan. Harrison (1962) telah membezakan 6 komuniti burung dan mamalia dalam Hutan Hujan Tropika berdasarkan aras kanopi yang didudukinya dan juga berdasarkan julat bahan makanannya seperti berikut:

nopi : insektivor serta burung karnivor dan kelawar. -buahan dan sebahagian kecil yang makan nektar dan serangga. -tengah kanopi : Kebanyakan burung dan kelawar insektivor. -tengah kanopi : mamalia pemakan pelbagai jenis makanan yang bergerak turun naik batang daripada silara pohon hingga ke tanah, terdapat juga sejumlah kecil karnivor. di atas tanah : herbivor dan karnivor pngiringnya.

makanan pada lantai hutan, terutamanya insektivor atau omnivor serta beberapa jenis herbivor dan karnivor. Dapat dilihat bahawa kumpulan burung dan mamalia fitofaj yang utama hidup pada kanopi atas. Sebaliknya, pada zon yang lain kurang menampung pengguna primer dan terdapat lebih banyak pengguna sekunder, iaitu haiwan yang menjadi mangsa kepada haiwan yang lain. Contahnya burung yang hidup di atas kanopi termasuk burung enggang, burung merpati dan burung-burung yang memakan buah-buahan dan serangga. Burung pacat, burung-burung rimba dan burung kuang terdapat pada tumbuhan bawah. Kumpulan burung yang menduduki bahagian tengah kanopi adalah lebih sukar untuk dibezakan antaranya terdapat burung kesumbar, burung belatuk dan burung merbah. Dalam Hutan Hujan Tropika terdapat populasi invertebrata yang mempunyai kepadatan yang rendah tetapi menunjukkan taksonomi yang sangat pelbagai. Invertebrata merupakan haiwan yang tidak bertulang belakang seperti serangga. Contohnya, rama-rama, labah-labah, anai-anai, dan sebagainya. Tempat habitat serangga juga dibahagikan kepada banyak aras. Contohnya aras yang lebih tinggi dalam hutan terdapat Ceratopogonidae, Homoptera dan pemangsanya. Di bawah tumbuhan kecil pula terdapat Psocoptera, semut, anai-anai dan kebanyakkan famili Diptera. Sebenarnya, komuniti invertebrata adalah berbeza pada lurah yang bersebelahan dan pada lereng dan permatang rabung. Lubang-lubang dalam batang pokok, batang yang reput serta tanah di bawahnya merupakan habitat tak selanjar yang penting. Tiap-tiap habitat ini mempunyai sekutuan dengan invertebrata yang tertentu. Selain itu, banyak invertebrata yang terdapat dalam hutan amat berfaedah kepada manusia. Misalnya, Apis mellifera dan Apis dorsata akan membekalkan lebah madu kepada kita. Spesies Lepidoptera (rama-rama) pula adalah sangat penting untuk industri pelancongan. Oecophylla sp. (kerengga) penting sebagai pengawalan perosak secara biologi. Cambidae sp. Pula ialah sejenis kumbang yang larvanya dimakan oleh kaum tertentu. Di samping itu, hubungan antara tumbuhan dan haiwan juga jelas lihat dalam hutan. Hutan bukan hanya merupakan suatu persekitaran yang terdapatnya haiwan yang banyak tetapi juga tidak boleh kurangnya tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan yang merupakan sumber makanan haiwan yang utama juga tertakluk kepada hukum pemilihan semulajadi. Tumbuhan juga memerlukan bantuan haiwan dalam pendebungaan dan penyebarannya. Dengan ini, hasillah hubungan haiwan dengan tumbuhan yang saling memerlu. Dalam pendebungaan, bunga yang didebungakan oleh haiwan mempunyai daya penarik untuk menarik haiwan tersebut dan mungkin ada daya penghalang untuk mencegah

peengusahahasilan yang berlebihan. Terdapat juga gabungan kombinasi binaan, bentuk, saiz dan bauan yang disebut "sindrom" yang ada kaitan dengan lawatan sesuatu kelas haiwan. Contohnya, bunga yang didebungakan oleh burung tidak mempunyai bauan tetapi berwarna terang merah, jingga, kuning dan hijau, mempunyai binaan bunga yang kukuh dan mempunyai banyak nektar cair. Selain itu, haiwan juga memainkan peranan yang penting dalam penyebaran biji bagi pokok-pokok di kawasan tropika. Contoh satu ciri "sindrom" ialah penyesuaian pokok untuk sebaran biji oleh kelawar. Buah yang disebarkan oleh kelawar berwarna lebih pucat, kebanyakan berwarna coklat atau kekunigan dan mempunyai bau yanng hapak. Buah yang disebarkan oleh kelawar masak di atas pokok kemudian buah akan terkeluar daripada dedaun supaya mudah dilawati oleh kelawar. Antara kelawar yang berperanan penting ialah Pteropus yang boleh mengangkat buah seberat 200 g. Walaupun hutan penting sebagai habitat haiwan, serangga dan tumbuhan, tetapi dengan masalah pemusnahan yang semakin serius ini, sebilangan besar haiwan sedang mengalami masalah kepupusan. Haraplah dengan terlaksananya Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, usaha ke arah pemuliharaan haiwan yang mengalami bahaya terpupus dapat dipertingkatkan. Rujukan http://hutan.wikispaces.com/share/view/23207309 http://www.scribd.com/doc/13909837/KEPENTINGAN-HUTAN

Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas

marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan

berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

GAN CHUI YONG 205876

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk

kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

RUJUKAN : http://www.forestry.gov.my/selangor/images/rancangan%20pengurusan%20hutan.pdf http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130305/re_06/Manusia-miskin-iman-hutan-jadimangsa http://www.nre.gov.my/Malay/Hutan/Documents/DPN.pdf