Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. 2. 3.

Matapelajaran & Kelas : Nilai/ Tajuk Bil Murid : : :

Pendidikan Moral/ 3 Inovatif Kejujuran 4 orang 10.40 pagi 11.40 pagi 10.1.1,10.2.3,10.1.4 Di akhir P&P murid dapat

4. Masa

5. Standard Pembelajaran : 6. Objektif pembelajaran Penaakulan : :

Menceritakan sekurang-kurangnya 3 perlakuan jujur di sekolah.

Perasaan Perlakuan

: :

Menyedari sekurang-kurangnya 3 kebaikan bersikap jujur di sekolah Mengamalkan sikap jujur dalam lakonan berdasarkan situasi yang diberikan.

7. Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran Set Induksi Guru menayangkan lagu kepada murid Murid memberikan tumpuan kepada tayangan (lirik lagu) Guru berbincang dengan murid berkaitan dengan lagu Guru memperkenalkan tajuk P&P kepada murid.

Langkah 1 Murid membaca petikan sajak Guru menunjukan cara yang betul untuk mendeklamasikan sajak Murid mendeklamasikan sajak dengan betul mengikut kreativiti mereka Murid mengenalpasti nilai yang terdapat dalam sajak Guru menerangkan maksud nilai kejujuran

Langkah 2 Guru menyoal murid pengalaman mereka mengamalkan sikap jujur di sekolah. Murid menyuarakan pendapat mereka.

Langkah 3 Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan Setiap kumpulan diberikan satu situasi, setiap kumpulan perlu melakonkan watak sambil menyelesaikan situasi yang telah diberikan. (contoh ----- SITUASI : Murid terjumpa dompet yang tercicir di tapak perhimpunan. Murid perlu melakonkan situasi tersebut dan juga tindakan yang sepatutnya dilakukan olehnya). SITUASI: 1. Kamu berjalan-jalan di taman, tiba-tiba kamu ternampak sebuah dompet. Lakonkan tindakan yang akan kamu lakukan di dalam kumpulan. 2. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain bola sepak di padang. Tiba-tiba rakan kamu tertendang bola dan terkena pada pasu bunga di sekolah. Lakonkan situasi yang menggambarkan tindakan yang akan kumpulan kamu ambil.

Penutup - Murid melihat tayangan video dari guru. - Murid menyatakan nilai yang terdapat dalam video dan pandangan mereka mengenai situasi yang berlaku dalam video yang ditayangkan. 8. EMK i) Kreativiti & Inovasi : Menjana idea

9. Penilaian i) Lembaran kerja - Murid menyatakan tindakan dari situasi yang diberi. - Murid menyenaraikan kepentingan nilai jujur dalam bentuk peta minda ii) lakonan -Tindakan yang dilakukan oleh murid berdasarkan situasi yang dilakonkan

Aktiviti penggayaan Aktiviti pemulihan - Murid menentukan tindakan yang betul dan salah berdasarkan gambar yang diberi.

10. Refleksi i) 15 murid telah mencapai objektif yang ditetapkan. ii) 5 murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.

Membantu secara Ikhlas


Bantulah Kawan-kawanmu Yang memerlukan Dengan hati yang suci Tolonglah Rakan- rakanmu Yang lemah dalam pelajaran Tanpa merungut Bantulah Mangsa kemalangan Ringankan kesakitan mereka Tanpa mengharapkan balasan Tolonglah Orang susah dan miskin Yang hidup serba kurang Agar hidup lebih sempurna Bantulah Mereka yang kurang upaya Dengan sukarela Tanpa mengharapkan upah Tolonglah Nama: Semua yang memerlukan Kelas: Dengan hati yang ikhlas Latihan 1 Tanpa mengharapkan pujian. Arahan: Nyatakan tindakan yang perlu dilakukan dari situasi yang diberikan.

1. Afiq terjumpa wang bernilai RM 5.00 dalam perjalan dari kantin ke tapak perhimpunan. Apakah tindakan yang perlu Afiq lakukan? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

2. Bapa salah seorang rakan sekelas kamu telah meninggal dunia. Satu kutipan derma kilat telah dilakukan bagi membantu keluarga pelajar tersebut. Apakah tindakan anda sebagai rakan sekelas? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

3. Prassanna secara tidak sengaja telah menendang bola sehingga memecahkan kaca tingkap kelas 3 Maju.Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Prassanna? ________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

4. Guru kamu telah tersilap memberikan markah peperiksaan kepada kamu. Markah yang diberikan melebihi markah yang sepatutnya diperolehi oleh kamu. Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh kamu? _______________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

5. Victor membeli buku latihan di kedai buku sekolah yang berharga RM 1.70. Dia memberi wang kepada penjual buku sebanyak RM 2.00. Penjual tersebut memulangkan kembali kepada victor RM 0.50. Apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh vicor? _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ Nama: Latihan 2 Kelas:

Senaraikan 4 kepentingan mengamalkan sikap jujur di sekolah

Latihan 3 Nama : kelas :

Tandakan (/) pada perbuatan yang betul dan (x) pada perlakuan yang salah.

Anda mungkin juga menyukai