Anda di halaman 1dari 14

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB

MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO

Oleh:
Aida Ibrahim

Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah


86000 Kluang, Johor

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran


mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun
5 Arif melalui pendekatan permainan DOMINO. Kemahiran mencongak fakta
asas darab merupakan asas yang penting dalam Matematik. Seramai enam
orang murid Tahun 5 Arif dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik,
latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang
mahir dalam mencongak fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas
darab menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang untuk
menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban. Suatu perancangan
tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab ini.
Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama
empat minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama sejam bagi setiap
sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat
peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik.
Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan
peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat
menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya,
kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru
dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran mencongak fakta
asas darab hingga 9 x 9.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 5 Arif.
Kelas 5 Arif merupakan kelas yang baik dan murid-muridnya berpotensi untuk mendapat
gred A dalam Matematik. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah
fakta asas darab (sifir).
Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan
latihan mencongak secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan mencongak,
saya menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh
markah antara 50% hingga 60% sahaja. Hal yang demikian mengecewakan saya. Enam
orang (16%) murid kelas saya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan mereka boleh menjawab dengan tepat. Pada
pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik. Apa yang
berlaku setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering memberi alasan tidak
membawa buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihan tersebut. Daripada
temu bual secara tidak formal saya dapati kaedah mencongak yang saya jalankan selama
ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang guru saya akan cuba untuk
menangani masalah ini.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 1


Sekolah Rendah
Memandangkan masalah murid-murid dalam Matematik berpunca daripada kurang mahir
atau kukuhnya mereka dalam mencongak fakta asas darab maka saya mengambil inisiatif
ini untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas
darab yang sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik. Kemahiran
mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting terutamanya soalan yang
melibatkan penyelesaian masalah atau soalan Kertas 1. Saya berharap sekiranya kajian
saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke
arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta
merealisasikan kata-kata bahawa ‘Mathematics is fun and easy’.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat mencongak dengan tepat dan
cepat apabila diberi soalan yang berkaitan dengan darab. Mereka masih lagi termenung
dan lambat memberi respon jika soalan yang berkaitan sifir diajukan kepada mereka.
Saya menggunakan pendekatan permainan domino dalam kajian ini.

Kemahiran mencongak fakta asas darab adalah sangat penting dalam Matematik.
Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik, maka kesukaran
menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa
yang ditetapkan akan timbul.

Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran mencongak fakta
asas darab supaya kaedah ini dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematik
dengan cepat. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan
daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas darab.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga
9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan tepat.

3.2 Objektif Khusus


3.2.1 Murid dapat memadankan soalan fakta asas darab dengan hasil
darabnya dengan tepat atau sebaliknya.
3.2.2 Murid boleh mencongak fakta asas darab secara bertulis dengan
tepat dan cepat.
3.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran
Matematik dan kemahiran mencongak fakta asas darab.
3.2.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria
dan harmonis.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 Arif yang didapati
mempunyai masalah mencongak fakta asas darab. Murid-murid ini adalah dalam
kalangan murid-murid yang sederhana.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 2
Sekolah Rendah
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

5.1.1 Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini
dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui
respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.

5.1.2 Temu Bual


Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara
tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak
langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai
kemahiran mengingat dan menghafal.

5.1 3 Soal Selidik


Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk
mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan
mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Borang ini diisi oleh murid-murid
untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

5.1.4 Ujian Pra


Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam
tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Ujian pra dijalankan sebelum
sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan objektif dan
murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian.
Tempoh masa menjawab adalah 15 minit.

5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada enam orang murid Tahun 5
Arif. Teknik hafalan fakta asas darab berbeza-beza antara seorang murid dengan
murid yang lain. Tiga orang (50%) daripada mereka menggunakan jari manakala
tiga orang (50%) lagi membaca secara berturutan. Pada pendapat saya, kaedah
mencongak fakta asas darab merupakan jalan terbaik kepada murid-murid saya
berbanding kaedah lain bagi membantu mereka mencapai gred yang baik dalam
Matematik.

5.2.2 Temu Bual


Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati semua (100%) murid
meminati mata pelajaran Matematik. Lima orang (83%) meminati tajuk
‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Enam orang (100%) mengatakan
mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab dengan alasan susah,
banyak sangat dan mudah lupa. Empat orang (67%) mengatakan teknik hafalan
yang mereka amalkan membosankan.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 3


Sekolah Rendah
5.2.3 Soal Selidik

Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Mencongak

Fakta Asas Darab Hingga 9 x 9

SETUJU TIDAK SETUJU


BIL PERKARA
BIL % BIL %

1 Minat mata pelajaran Matematik. 6 100 0 0

Minat Tajuk ‘Pendaraban Nombor


2 5 83 1 17
Bulat Hingga 1 000 000’.

Berupaya mencongak fakta asas


3 0 0 6 100
darab hingga 9 x 9.

4 Mudah lupa fakta asas darab. 4 67 2 33

5 Bosan menghafal fakta asas darab. 4 67 2 33

Berupaya menjawab dengan tepat


6 soalan pendaraban sekiranya tempoh 6 100 0 0
masa menjawab dipanjangkan.

Jadual 1 menunjukkan enam orang (100%) murid saya tidak berupaya


mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Empat orang murid (67%) mudah lupa
fakta asas darab hingga 9 x 9. Begitu juga, empat orang murid (67%) berasa
bosan menghafal fakta asas darab. Oleh kerana mereka tidak berupaya
mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9, maka semua (100%) murid saya
bersetuju dapat menjawab dengan tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh
masa menjawab dipanjangkan.

5.2.4 Ujian Pra

Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 5 Arif Dalam Ujian Pra


GRED UJIAN PRA
BILANGAN %
A 24 65
B 7 19
C 6 16
D 0 0
E 0 0
JUMLAH MURID 37 100

Jadual 2 menunjukkan enam orang (16%) murid mendapat gred C. Murid-murid


ini dikenalpasti kurang berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.
Walaupun jumlah murid yang kurang berupaya menguasai kemahiran tersebut
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 4
Sekolah Rendah
hanya enam orang sahaja, namun masalah ini dianggap serius jika tidak diambil
tindakan segera untuk menanganinya memandangkan fakta asas darab hingga 9
x 9 merupakan asas penting dalam Matematik.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
Sebanyak empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan
kemahiran mencongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid kumpulan
sasaran saya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

5.3.1.1 AKTIVITI 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab )


1) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua
dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa.
2) Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep permainan domino tetapi dalam
permainan ini padanan adalah kepada soalan fakta asas darab dengan hasil
darabnya atau sebaliknya.
3) Selepas menjalankan aktiviti ini, murid-murid diberi aktiviti berbentuk individu.

5.3.1.2 AKTIVITI 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 5 minit )


1) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid-murid diberi satu set soalan yang
mengandungi 60 soalan.
2) Soalan Cepat Kira Fakta Asas Darab ini diuji sehingga 9 x 9.
3) Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit.
4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

5.3.1.3 AKTIVITI 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 4 minit )


1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2. Set soalan yang diberi kepada murid-murid
2) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 4 minit.
3) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

5.3.1.4 AKTIVITI 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 3 minit )


1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2 dan 3.
2) Soalan-soalan yang sama diberikan kepada murid-murid.
3) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam masa 3
minit.
4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan dalan kajian ini adalah:


a) Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab )
i) Buah dadu
ii) Kad-kad Fakta Asas Darab
iii) Kad Permulaan Permainan
iv) Borang analisa pencapaian kumpulan
v) Jam

b) Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit )


i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas
Darab.
ii) Borang analisa pencapaian individu.
iii) Jam.

c) Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit )

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 5


Sekolah Rendah
i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas
Darab.
ii) Borang analisa pencapaian individu.
iii) Jam.

d) Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit )


i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas
Darab.
ii) Borang analisa pencapaian individu.
iii) Jam.

5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian.

a) Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 4 minggu mulai 16


Februari 2004 hingga 11 Mac 2004.
b) Saya memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari mulai
hari Isnin hingga Khamis. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu
pengajaran dan pembelajaran.
c) Penyelidik sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan
dan murid-murid juga turut terlibat dalam membuat pemerhatian,
temubual dan soal selidik.
d) Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang
sedang dijalankan. Pemerhatian dijalankan oleh guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, melalui latihan bertulis dan
ujian pra.
e) Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan murid sasaran ini.
Borang soal selidik diedarkan kepada murid-murid dan mereka
menjawab. Tujuan menjalankan sesi soal selidik agar murid lebih
bebas dan berani menjawab berbanding mendapatkan maklumat
secara temubual.
f) Temubual dijalankan terhadap murid-murid kumpulan sasaran
sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas kajian dilaksanakan
untuk mendapatkan respon murid terhadap mata pelajaran
Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
g) Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos
dibuat pada akhir tempoh kajian. Ujian pos diberikan kepada
kumpulan murid sasaran. Keputusan ujian pra dan ujian pos
dianalisa untuk mengetahui perubahan prestasi murid.
h) Ujian pra mengandungi 10 soalan yang melibatkan soalan
pendaraban di bawah tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1
000 000’. Soalan ujian pra sama dengan soalan ujian pos.
i) Aktiviti 1, 2, 3 dan 4 diulangi bagi setiap sesi bimbingan cuma
yang berbeza ialah set soalan bagi Ujian Cepat Kira.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

5.4.1 Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab)


Murid-murid didedahkan dengan permainan Domino Fakta Asas Darab selama 4
minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Aktiviti ini dijalankan selama sejam
setiap hari bermula dari 16 Februari 2004 hingga 11 Mac 2004.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 6


Sekolah Rendah
Setiap set permainan terdiri daripada sebiji buah dadu, sekeping kad permulaan
bertanda dan 100 keping kad berkembar yang setiap hujungnya mengandungi
soalan fakta asas darab dan hasil darab fakta asas darab. Nilai nombor yang
bersebelahan tidak mempunyai kaitan sama sekali. Sekiranya ada, cuma
kebetulan sahaja.

Rajah 1: Contoh kad fakta asas darab.


3x0 27
Soalan fakta asas darab Hasil darab

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan seperti berikut:

LANGKAH PENERANGAN
Langkah 1 1) Guru mengedarkan satu set permainan Domino Fakta Asas Darab kepada
murid-murid.
2) Guru menerangkan cara bermain kepada mereka.
a) Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru meminta
murid meletakkan kad permulaan di tengah-tengah medan
permainan.
b) Kad-kad fakta asas darab dibahagikan sama banyak antara
kumpulan. Setiap kumpulan mendapat 50 keping kad.
c) Ketua kumpulan dikehendaki melontar buah dadu bagi menentukan
giliran bermain. Kumpulan yang mendapat bilangan yang terbesar
akan memulakan permainan terlebih dahulu.
d) Ketua kumpulan yang memulakan permainan akan membuat
padanan kad fakta asas darab pada hujung kad permulaan tadi.
e) Kemudian giliran akan diambil oleh kumpulan lawan. Pemain
tersebut akan membuat padanan kad pada hujung kad-kad yang
tertera.
f) Langkah tersebut diulangi secara bergilir-gilir.
g) Kad-kad boleh diletakkan secara:
i) melintang sebelah kanan atau kiri
ii)menegak ke atas atau ke bawah.
h) Bagi pemain yang tidak dapat meneruskan permainan, giliran
akan diambil oleh pemain kumpulan lawan.

Langkah 2 1) Murid-murid mula bermain.


2) Guru hanya bertindak sebagai fasilitator sambil membantu mereka yang
masih tidak memahami cara-cara bermain.

Langkah 3 1) Murid-murid bermain sehingga tamat. Kumpulan yang dapat menghabiskan


dahulu kad-kad fakta asas darab dikira sebagai pemenang manakala
kumpulan lawan dikehendaki terus bermain sehingga tiada kad di tangan.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 7


Sekolah Rendah
Rajah 2: Contoh kedudukan sebahagian kad-kad semasa bermain

Kad permulaan
18

Fakta asas darab yang berkaitan


2x0 54

4x0 0 0 3x0 27 9x3

36 27

6x6 36 6x3
9x7

24

i) Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran murid-murid ini mula
menunjukkan minat kerana mereka belajar sambil bermain. Murid-murid bersaing
untuk menghabiskan kad-kad yang berada di tangan dan ingin menjadi
pemenang. Bagi murid yang dianggap kalah dalam permainan tersebut, mereka
juga dikehendaki menghabiskan kad-kad yang ada. Tujuannya adalah untuk
mengukuhkan kemahiran mencongak fakta asas darab mereka.

ii) Refleksi
Saya berpendapat bahawa pendekatan belajar sambil bermain berjaya
merangsang minat murid-murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x
9. Mereka berupaya memadankan kesemua kad yang ada dalam jangka masa
yang singkat. Di samping itu, suasana ketika aktiviti dijalankan begitu ceria,
harmonis dan memberikan keseronokan kepada murid-murid. Sekiranya ada
masa terluang, mereka tidak lagi membuang masa dengan perkara-perkara yang
tidak berfaedah. Mereka mengisi masa tersebut dengan bermain permainan
domino ini. Perubahan ini begitu menggembirakan saya.

5.4.2 Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit )


Selepas menjalankan Aktiviti 1, saya menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut ialah
langkah-langkah bagi aktiviti 2.

i. Guru mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60 soalan.


Guru menerangkan cara-cara menjawab.
ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh
masa 5 minit.
iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 8


Sekolah Rendah
i) Pemerhatian
Ujian Cepat Kira Fakta Asas darab dijalankan setiap kali selepas aktiviti 1
dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap
fakta asas darab. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini dapat
menjawab kesemua 60 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan
semua jawapan ialah betul. Mereka dapat menjawab dengan lebih tenang dan
dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil
dapatan daripada borang analisa pencapaian individu.

Jadual 3: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas


Darab ( 5 minit )
Murid-murid Kumpulan Tempoh masa menjawab terpantas
Sasaran bagi semua jawapan betul.
( minit: saat )
Murid 1 1:13
Murid 2 1:16
Murid 3 1:14
Murid 4 1:13
Murid 5 0:59
Murid 6 0:59

ii) Refleksi
Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum
sesi bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka mampu
menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih
membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut dan
mempunyai lebihan masa untuk menyemak jawapan.

5.4.3 Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit )


i. Guru mengedarkan set soalan yang sama seperti dalam aktiviti 2.
ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh
masa 4 minit.
iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

i) Pemerhatian
Kumpulan murid sasaran ini dapat menyiapkan soalan dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab
soalan walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit. Mereka dapat
menjawab semua soalan lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan.
Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu.

Jadual 4: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta


Asas Darab ( 4 minit )
Murid-murid Kumpulan Tempoh masa menjawab terpantas
Sasaran bagi semua jawapan betul.
( minit: saat )
Murid 1 0:58
Murid 2 1:16
Murid 3 1:13
Murid 4 1:05
Murid 5 0:52
Murid 6 0:58
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 9
Sekolah Rendah
ii) Refleksi
Saya berasa puas hati kerana mereka dapat menguasai kemahiran mencongak fakta
asas darab walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit.
5.4.4 Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit )
i) Guru mengedarkan set soalan yang sama. Murid dikehendaki
menjawab soalan dalam tempoh masa 3 minit.
ii) Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

i) Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid-murid kumpulan sasaran ini dapat
menyiapkan soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka
juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan. Mereka dapat
menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan
daripada borang analisa pencapaian individu.

Jadual 5: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 3 minit )

Tempoh masa menjawab terpantas


Murid-murid Kumpulan Sasaran bagi semua jawapan betul.
( minit: saat )
Murid 1 0:59
Murid 2 1:05
Murid 3 1:08
Murid 4 0:58
Murid 5 0:51
Murid 6 0:56

ii) Refleksi
Saya berasa sungguh gembira kerana semua murid ini dapat menguasai
kemahiran mencongak fakta asas darab. Latih tubi yang diberikan secara
berterusan dapat memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran mereka.

5.5 REFLEKSI KAJIAN


5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid.
Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan
yang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik dalam membantu
murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.
Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid-
murid dalam ujian pos.

Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pos
UJIAN PRA UJIAN POS
GRED
BIL % BIL %
A 0 0 6 100
B 0 0 0 0
C 6 100 0 0
D 0 0 0 0
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 10
Sekolah Rendah
E 0 0 0 0
Jadual 6 menunjukkan peningkatan kualiti dalam ujian pos. Enam orang (100%) murid
tersebut telah mencapai gred A dalam ujian pos berbanding gred C dalam ujian pra
yang telah dijalankan.
Saya juga telah membuat perbandingan pencapaian secara individu. Dapatan
maklumat ditunjukkan dalam graf di bawah.

Graf 1: Perbandingan Murid-murid Secara Individu Antara Ujian Pra dan Ujian Pos.
100
90
80
70
MARKAH (%)

60
50 Ujian Pra

40 Ujian Pos
30
20
10
0
M1 M2 M3 M4 M5 M6
MURID

Graf 1 menunjukkan peningkatan secara individu. Enam orang (100%) murid


telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Mereka telah
mencapai gred A dengan menjawab semua soalan dengan betul dalam ujian pos
berbanding ujian pra.

Jadual 7: Perbandingan Sesi Temubual Sebelum dan Selepas Kajian


SEBELUM SELEPAS
BIL ITEM YA TIDAK YA TIDAK
BIL % BIL % BIL % BIL %
1 Minat mata pelajaran Matematik 6 100 0 0 6 100 0 0
2 Minat tajuk ‘Pendaraban Nombor
5 83 1 17 6 100 0 0
Bulat Hingga 1 000 000’
3 Berupaya mencongak fakta asas
0 0 6 100 6 100 0 0
darab hingga 9 x 9
4 Teknik hafalan mereka
4 67 2 33 0 0 6 100
membosankan
4 Seronok belajar sambil bermain 6 100 0 0

Jadual 7 menunjukkan enam orang (100%) murid berupaya mencongak fakta


asas darab hingga 9 x 9. Mereka (100%) juga tidak berasa bosan dengan teknik
pengajaran saya berbanding sebelum kajian dijalankan. Keadaan ini menunjukkan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 11


Sekolah Rendah
permainan Domino Fakta Asas Darab dapat merangsang minat murid untuk
mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya mendorong minat
mereka terhadap mata pelajaran Matematik dan tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat
Hingga 1 000 000’.

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan.


Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, keempat-empat aktiviti yang telah
dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kumpulan
sasaran saya. Mereka bukan sahaja dapat bermain malah dapat menjalani
suasana pembelajaran dalam suasana yang terkawal.

Aktiviti 1 (Permainan Domino Fakta Asas Darab) mendorong minat murid-murid


terhadap mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hal ini demikian kerana naluri
kanak-kanak yang sememangnya sangat cenderung kepada permainan
menyebabkan pendekatan yang saya kaji ini mendapat sambutan yang baik
daripada mereka.

Terdapat peningkatan pencapaian dalam tempoh masa mereka bermain. Mereka


berjaya menamatkan permainan dalam tempoh masa 4 minit 16 saat sahaja
berbanding pada peringkat awal kajian iaitu 11 minit 25 saat.

Apabila mereka telah menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab hingga
9 x 9, maka mereka dapat menjawab soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab
(Aktiviti 2, 3 dan 4) dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tenang dan
berkeyakinan. Tempoh masa menjawab paling pantas bagi semua jawapan betul
adalah 51 saat.

5.5.3 Refleksi Keseluruhan

Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya
membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab
hingga 9 x 9 dan seterusnya dapat menyelesaikan soalan Matematik yang
melibatkan pendaraban dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid-murid.
Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat murid-
murid terhadap mata pelajaran Matematik dan memberikan keyakinan kepada
mereka bahawa ‘Mathematics is fun and easy’.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan


minat murid-murid, maka saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan
ini kepada kumpulan sasaran yang lain di sekolah saya untuk membantu
meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Soalan-
soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab perlu ditambah kepada 100 soalan
meliputi semua fakta asas darab hingga 9 x 9 dan ujian dijalankan mengikut
tempoh masa yang difikirkan sesuai. Selain itu, pendekatan yang sama juga
akan saya gunakan kepada fakta asas tambah, tolak dan bahagi dalam kajian
seterusnya.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 12


Sekolah Rendah
BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun


5, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Prosiding Seminar Pengajaran Sains dan


Matematik 1999 (27 – 30 September 1999), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Liew Su Tim & Leow Soo Kar (1996). Matematik Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka &
Edusystem Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Mazniyah Md Jaafar, Muhammad Hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, Aminuddin


Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 13


Sekolah Rendah
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 14
Sekolah Rendah