Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PPG Kohort 1 (MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH) KOD

DAN NAMA KURSUS: MTE3110 - Algebra Linear TARIKH MULA: 27.07.2013 TARIKH HANTAR: 6.09.2013 NAMA PELAJAR:

SEMESTER: 5

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Menyelesaikan sistem persamaan dan ketaksamaan linear. Menggunakan konsep persamaan dan ketaksamaan linear untuk menyelesaikan masaalah berkaitan. Menggunakan algebra matriks untuk menyelesaikan persamaan linear. Mengenal pasti set vektor yang diberi sebagai ruang vektor atau subruang vektor.dalam R2 atau R3 Menentukan sifat vektor menggunakan hasil darab skalar(dot product) Menentukan sama ada set vektor yang diberi membentuk basis dan mencari dimensi dan rank berkaitan basis tersebut. Mengintegrasikan pengetahuan algebra matriks dan ruang vektor dalam penggunaan seharian.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 7 Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. 2. 3. 4. Menyelesaikan sistem persamaan dan ketaksamaan linear. Menggunakan konsep persamaan dan ketaksamaan linear untuk menyelesaikan masaalah berkaitan. Menggunakan algebra matriks untuk menyelesaikan persamaan linear. Mengintegrasikan pengetahuan algebra matriks dan ketaksamaan linear dalam penggunaan seharian.

Tugasan Projek (100%) Tugasan 1: Ujian Berstruktur (25%) Ujian ini merangkumi topik berikut pada tutorial ke 4. 1. Sistem persamaan linear dan ketaksamaan 2. Algebra matriks Tugasan 2: Menyelesaikan masalah bagi setiap masalah berikut (60%) MASALAH A : Sistem Persamaan Linear 1. Pertimbangkan sistem 2 3 + = 7 4 + + = 2 2 + 5 + = 1 Selesaikan sistem di atas dengan menggunakan (a) Kaedah penghapusan (b) Kaedah Penurunan Gauss-Jordan (c) Kaedah Matriks (d) Petua Cramer 2. Pertimbangkan sistem persamaan linear berikut. 3 + 2 = 5 + 3 + 2 = 3 2 2 = 3 Pelbagai kaedah atau strategi boleh digunakan untuk menyelesaikan suatu sistem persamaan linear. Selesaikan sistem di atas dengan menggunakan sekurangkurangnya lima kaedah atau petua atau strategi yang berbeza.

3.

Berikan satu contoh sistem persamaaan linear 2 2 yang mempunyai penyelesaian bitara. Seterusnya, tunjukkan penyelesaian dengan menggunakan (a) Kaedah Penghapusan (b) Kaedah Penggantian (c) Kaedah Penghapusan Gauss (d) Kaedah Penurunan Gauss-Jordan (e) Kaedah Matriks (f) Petua Cramer

MASALAH B : Sistem Ketaksamaan Linear dan Pengaturcaraan Linear 1. Dengan menggunakan skala yang sesuai, bina dan lorekkan rantau tersaur A yang memuaskan ketaksamaan berikut. 2x + y 10 3x + 4y 12 x+y4 x, y 0 Syarikat XYZ Sdn. Bhd., sebuah syarikat pelancongan tempatan ingin membuat promosi lawatan ke Bandaraya Beijing dengan cara menyewa kapal terbang. Keperluan minimum bilangan pelanggan setiap kelas tempat duduk (I, II & III) masing-masing ialah 300 orang, 840 orang dan 1650 orang setiap kali lawatan. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah A berminat menawarkan dua (2) jenis kapal terbang mengikut jadual berikut: Jenis Kapal Terbang Airbus 737-A400 Airbus 737-A300 (orang) (orang) 50 30 105 120 330 150

2.

Kelas Tempat Duduk I II III

Kos penyewaan kapal terbang jenis Airbus 737-A400 dan Airbus 737-A300 masing-masing ialah RM66,000 dan RM60,000 setiap kali penerbangan pergi dan balik. Tentukan bilangan kapal terbang jenis Airbus 737-A400 dan Airbus 737A300 mesti disewa supaya kos penerbangan adalah minimum, tetapi keperluan minimum bilangan pelanggan setiap kelas tempat duduk masih dipenuhi dalam setiap lawatan. MASALAH C : Aplikaki Sistem Persamaan Linear 1. Cari arus di dalam rangkaian berikut. 12 volt 4 ohm A 3 ohm D 15 volt

B
2 ohm 2 ohm

2.

Rajah di bawah menunjukkan satu rangkaian aliran paip air yang diukur dalam liter per minit. Dengan mengandaikan bahawa semua aliran sentiasa positif pada setiap cabang, Apakah aliran minimum dan maksimum yang mungkin mengalir melalui setiap cabang?
5 10 A C 10

20 B

30

Tugasan 3: Refleksi (15%): Refleksi tugasan ditulis secara kritikal, analitikal dan rasional. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus: 1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Tugasan 2 sahaja hendaklah diselesaikan dengan tulisan tangan pada kertas kajang. 3. Selain daripada tugasan 2, anda perlu menggunakan perisian komputer yang mematuhi ciri-ciri: font Arial, saiz 12, 1.5 langkau. 4. Rujukan perlu disenaraikan dengan jelas menggunakan format APA format. 5. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan ke dalam senarai kandungan. 6. Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: a. b. c. d. e. f. g. Nama Pelajar Angka Giliran No. Kad Pengenalan Kumpulan/Unit : : : : PPG MT1 / MT2

Kod dan Nama Kursus : MTE3110 (Algebra Linear) Nama Pensyarah Kursus: En. Lu Cheng Soon Tarikh Hantar : 6 September 2013

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan 6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh 6 minggu. 7. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%. Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-Kriteria Berikut: Tugasan 1: 1. Jawab semua soalan yang diberikan dalam ujian dengan tepat. Tugasan 2: 1. Jawab semua masalah yang diberikan dengan tepat. 2. Terdapat penerangan ringkas bagi setiap langkah penyelesaian yang digunakan dalam menyelesaian soalan berkenaan. 3. Kekemasan dan semua langkah ditunjukkan dengan jelas dalam penyelesaian. 4. Menyelesaikan pengaplikasian sistem persamaan linear dalam kehidupan seharian dan seterusnya menyelesaikannya dengan lengkap dengan pelbagai strategi. Tugasan 3: Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan, dan menulis refleksi tugasan anda dengan menganalisis masalah-masalah yang dihadapi, memilih kaedah/strategi/teknik yang terbaik dalam penyelesaian masalah-masalah tersebut, menghuraikan kelemahan/kekuatan yang wujud dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

(En. Lu Cheng Soon) Penyelaras Kursus Algebra Linear Jabatan Sains dan Matematik IPG Kampus Rajang

( En. Ling Hau Ching ) Pakar Bidang (SME) Algebra Linear Jabatan Sains dan Matematik IPG Kampus Rajang

Disahkan oleh:

(En. Loh Leh Chiong) Ketua Jabatan Jabatan Sains dan Matematik IPG Kampus Rajang