Anda di halaman 1dari 10

PERBANDINGAN ANTARA PENDEKATAN PEMBELAJARAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF Konsep Pendekatan Induktif bermula daripada spesifik kepada umum

iaitu dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Dalam pendekatan ini pelajar mengalami satu proses mental yang mana ia memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi. Dalam pendekatan ini, guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dahulu, kemudian guru memberikan contoh-contoh yang berkaitan. Seterusnya guru menjelaskan konsep utama dan akhir sekali pelajar memberikan generalisasi. Pendekatan deduktif ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui. Guru memberitahu murid objektif pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.
EDU 3103 (Murid dan Alam belajar) Page 1

Jenis jenis pendekatan Antara jenis-jenis Pendekatan Induktif ialah membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu, membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu, membentuk satu hukum daripada pernyataan pernyataan tertentu dan mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Pendekatan Deduktif ini mempunyai 3 jenis iaitu untuk penyelesaian masalah, untuk membuat generalisasi baru dan untuk membuktikan hipotesis. Dalam penyelesaian masalah, Pendekatan Deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, setelah murid mempelajari imbuhan ber mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan ber. Pendekatan ini juga boleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing dengan menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak. Selain itu, Pendekatan Deduktif juga boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga. Prinsip prinsip Berdasarkan pendekatan ini cotoh yang digunakan haruslah relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Guru perlu membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan.Guru juga perlu memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat. Guru perlu merancang aktiviti
EDU 3103 (Murid dan Alam belajar) Page 2

pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada kesimpulan umum. Jenis contoh khusus haruslah dipelbagaikan tapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk pelajar mengenalpasti. Alat bantu mengajar disediakan untuk membantu pelajar mendapat kesimpulannya. Susunannya juga haruslah mengikut urutan yang tepat. Pada peringkat permulaan pendekatan deduktif, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan. Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara mendalam. Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat. Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus, hukum atau teori yang telah dipelajari. Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membuktikan hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal-jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri. Ciri-ciri Bagi Pendekatan Induktif ini, matlamatnya bertujuan untuk membentuk kebiasaan. Pelajar harus menggunakan pelbagai deria bagi mendapatkan pengetahuan. Pendekatan ini juga mementingkan kekerapan ulangan. Pendekatan ini menekankan kepada pengajaran konkrit. Pendekatan Induktif ini selaras dengan linguistik, struktural dan Teori Behavioris. Dalam pendekatan ini guru memainkan paranan penting dalam
EDU 3103 (Murid dan Alam belajar) Page 3

membimbing murid di mana guru menjadi fasilitator. Melalui pendekatan ini juga, pelajar melibatkan diri dengan aktif . Pendekatan ini juga bersifat saintifik. Penekanan kepada aspek lisan di mana guru mengalakkan pelajar mengemukakan soalan. Guru juga harus mewujudkan suasana menarik dan berkesan dalam bilik darjah. Dalam pendekatan deduktif, pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid. Pendekatan ini menggunakan perantara fikiran untuk mendapatkan ilmu. Penyusunan isi mengikut pendekatan ini mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks. Mengikut pendekatan ini., pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada teknik hafalan. Kebaikan Dalam pendekatan induktif, guru boleh merancang kebolehan mental dan akan melibatkan pelajar secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga pendekatan ini memupuk sikap berdikari pada pelajar dalam usaha untuk mempelajari dan memahami sesuatu konsep. Selain itu memberi juga peluang kepada pelajar bagaimana menghadapi masalah, merancang strategi penyelesaian sehingga mencapai tahap keputusan. Pada model Pendekatan Induktif ini, guru secara langsung memberikan maklumat-maklumat yang akan memberikan gambaran-gambaran awal terhadap pengajaran dan pembelajaran sehingga pelajar mengetahui tujuan pembelajaran. Guru membimbing pelajar sehingga pelajar faham semasa P & P tersebut dan pendekatan ini perlu disertai dengan sesi soal jawab atau komunikasi 2 hala bagi pengukuhan kefahaman pelajar. Guru juga perlu mempunyai pelbagai corak

EDU 3103 (Murid dan Alam belajar)

Page 4

persoalan bagi meningkatkan kefahaman mereka. Pendekatan ini juga dapat melahirkan pelajar yang dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Pendekatan Deduktif merupakan cara yang mudah untuk menyampaikan isi-isi pelajaran, menjimatkan masa dan tenaga, amat sesuai untuk murid-murid yang berkognitif tinggi dan mudah meyempurnakan sukatan pelajaran. Aplikasi pendekatan dalam bilik darjah Pendekatan induktif merupakan satu kaedah di mana guru memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh yang khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk sesuatu konsep. Pendekatan ini juga menggunakan kaedah penemuan kerana melibatkan proses memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi. Pendekatan ini amat sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran khususnya matematik, sains dan bahasa. Bagi pendekatan deduktif, pendekatan ini mengutamakan penguasaan peraturan atau rumus bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru memulakan dengan peraturan konsep, atau suatu pernyataan am tentang apa yang akan dibuktikan dalam sesi pengajaran berkenaan. Guru memberi contoh yang memberi bukti tentang peraturan konsep. Guru mencungkil ciri-ciri penting dan bukan penting kosep berkenaan dengan menyoal murid. Guru da murid berbincang beberapa lagi contoh dan bukan contoh kosep yang diperlajari. Murid kemudiannya dikehendaki mengkategorikan contohcontoh tersebut kepada contoh dan bukan contoh dan menerangkan sebab berdasarkan ciri-ciri penting peraturan konsep yang sedang diperlajari.

EDU 3103 (Murid dan Alam belajar)

Page 5

Implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Dalam pendekatan induktif, menekankan struktur asas bahan baru. Pendekatan ini juga perlu memberi banyak contoh dan bukan contoh bagi pembelajaran konsep. Ini juga membantu pelajar membina sistem kod. Pedekatan ini dapat memberikan pembelajaran baru kepada situasi yang berbeza dan dalam pelbagai jenis masalah. Isi kandungan pengajaran dalam pendekatan induktif di susun dari spesifik kepada umum. Dalam mengunakan pendekatan induktif dapat melibatkan pelajar dalam aktiviti iaitu menggalakkan aktiviti inkuiri penemuan. Pendekatan Deduktif pula memberikan implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Di mana, maklumat baru yang diperolehi dipilih, disusun dan disembahkan secara sistematik yang menghubungkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Guru perlu menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran. Contoh yang pelbagai diberikan bagi membantu pelajar memahami konsep. Dalam pendekatan ini, persamaan dan perbezaan sesuatu konsep harus diberi tumpuan. Isi kandungan yang diajar harus disusun daripada umum kepada spesifik. Pembelajaran hafalan pengetahuan harus dielakkan. Contoh Pendekatan Contoh Pendekatan Induktif, seorang guru mengajar tentang konsep binatang kepada kelas. Beliau meminta murid memberikan pelbagai contoh binatang yang diketahui murid. Daripada contoh-contoh yang diberi oleh murid, murid-murid dikehendaki mengenalpasti ciri dan bukan ciri binatang. Kemudian, binatang-binatang ini dikategorikan ke dalam kumpulan masing-masing. Murid menyatakan satu peraturan
EDU 3103 (Murid dan Alam belajar) Page 6

am dan merumuskan bahawa binatang terdiri daripada 5 kumpulan yang nyata (mamalia, amphibia, ikan, reptilian dan burung. Contoh Pendekatan Deduktif pula, seorang guru mengajar topik Teorem Pythagoras dalam Matematik. Mula-mula ia menerangkan formula tersebut dengan merujuk kepada sebuah segi tiga bersudut tepat. Kemudian, beliau memberi beberapa contoh dan bukan contoh. Seterusnya murid dikehendaki menyelesaikan beberapa soalan. Kesimpulan Perbezaan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif Dewey (1933) garis luar paradigma umum penyiasatan menyokong pendekatan saintifik yang terdiri daripada penemuan induktif (induksi) dan bukti deduktif (deduksi). Deduktif bermula dengan pandangan yang umum daripada spesifik dan berfungsi kembali kepada khusus. Sebaliknya, induktif bergerak daripada spesifik kepada umum.

Hukum dan teori

Induktif

Deduktif

Fakta dan pemerhatian

Penjelasan dan telahan

REFLEKSI KENDIRI
EDU 3103 (Murid dan Alam belajar) Page 7

Sebagai seorang guru, kita memiliki pelbagai tanggung jawab dan tugas yang harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesion perguruan. Tugas utama dan terpenting yang menjadi tanggung jawab seorang guru adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalam proses belajar. Segala usaha ke arah itu harus dirancang dan dilaksanakan. Guru yang berkesan dalam menjalankan tugasnya adalah guru yang berjaya menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam pelajaran. Oleh itu untuk keberkesanan dalam pengajaran, guru harus berusaha memahami makna motivasi belajar itu sendiri dan mengembangkan serta menggerakkan motivasi pembelajaran pelajar itu ke tahap yang maksimum. Semasa merancang pengajaran, guru boleh menggunakan bahan yang menarik dalam set induksi untuk membangkitkan naluri ingin tahu murid. Sebagai contoh guru membawa murid melawat taman sains. Dalam merancang aktiviti untuk pengajaran, guru perlu fikirkan aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik perhatian murid. Sebagai contoh menggunakan aktiviti permainan dalam pengajaran. Supaya murid boleh jadikan pembelajaran sebagai tugas yang menyeronokkan. Semasa menggajar guru perlu menggunakan ciri-ciri komunikasi yang positif, contohnya memberikan senyuman dan menganggukkan kepala semasa berinteraksi dengan murid. Sebagai seorang guru perlu mempercayai pencapaian pelajar boleh dipertingkatkan. Guru jangan abaikan pelajar yang lemah dan sentiasa memberikan kata-kata perangsang dan mempercayai kata-kata mereka. Guru perlu menggalakkan pelajar supaya melibatkan diri dalam aktiviti akademik, contohnya aktiviti unit beruniform. Oleh kerana itu kita sebagai guru hendaklah fleksibel dalam menggunakan berbagai pendekatan dalam merangsang minat pelajar dalam belajar,

EDU 3103 (Murid dan Alam belajar)

Page 8

serta mampu menerapkan berbagai prinsip dan teknik yang berbeza sesuai dengan keperluan pelajar.

RUJUKAN

EDU 3103 (Murid dan Alam belajar)

Page 9

1.

Pendekatan Induktif . (atas talian). http://www.scribd.com/doc/21251053/Pendekatan-Induktif (23hb Januari 2012)

2.

Pendekatan Induktif dan Deduktif. (atas talian). http://www.scribd.com/doc/15081271/pendekatan-strategi-pengajaran (23hb Januari 2012)

3.

Mohamad Syamsul Izwan. (2011). Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa. (atas talian). http://notapismp.blogspot.com/2011/06/blog-post.html (23hb Januari 2012)

4.

Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2011). Psikologi Pendidikan. Edisi kedua. Selangor. Terbitan Open University Malaysia (OUM)

EDU 3103 (Murid dan Alam belajar)

Page 10