Anda di halaman 1dari 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 8 MEI 2013

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA NAMA TUTOR NO. MATRIK

NORAIN BT MOHAMED SUDKI

: EN YUSOF B ABDULLAH : 680621085206001 680621-08-5206 : 012-7674729 : Anne5206@gmail.com

NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON E-MAIL

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT

JURNAL REFLEKTIF PENDAHULUAN Syukur Alhamdulillah saya lafazkan kerana berjaya merealisasikan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga saya rakamkan buat tutor saya, En Mohd Yusuf

Abdullah serta rakan-rakan talian yang sama-sama berkongsi idea dan pendapat sehingga tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tugasan pertama yang berbentuk e-portfolio dan tugasan kedua berbentuk kajian kes ini merujuk kepada subjek HBEF 3503 Pendidikan Inklusif. Portfolio yang perlu disediakan bukan merupakan tugas seorang guru biasa aliran perdana sahaja tetapi guru biasa aliran perdana yang mempunyai seorang murid berkeperluan khas yang diinklusifkan di dalam kelas biasa. Memang tugas ini agak asing dan mencabar keupayaan saya sebagai guru aliran perdana. Saya perlu menangani

seorang murid berkeperluan khas yang diinklusifkan bersama-sama murid-murid aliran perdana. Sememangnya ia pengalaman baru bagi saya dan akan cuba berusaha serta menggunakan segala pengalaman yang ada agar kajian ini akan berjaya. Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jarji, 1994). Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah melakukan beberapa kali perbincangan bersama guru pembimbing, guru kelas, dan pensyarah pembimbing. Perbincangan ini dijalankan bagi memastikan maklumat yang diperolehi tidak bercanggah dengan kajian yang saya lakukan. Pada permulaannya, saya telah mengesan sampel kajian saya pada kali ini. Pada minggu kedua saya telah mengenal pasti murid ini dan mendapatkan sedikit maklumat mengenai murid ini daripada guru pemulihan, Pn Rahmah bt Sarib. Kemudian saya mengenal pasti kelemahan murid ini daripada hasil ujian diagnostik yang dijalankan ke atas murid ini. Kemudian saya menemuramah murid ini bagi memastikan kesahihan dalam ujian yang dilakukan. Kemahiran yang gagal dikuasai oleh murid ini akan direkodkan bagi memudahkan kajian yang bakal dilakukan.

Pencalonan murid ini juga dibuat berdasarkan syarat kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh : 1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana 2. Bersosialisasi 3. Menduduki peperiksaan awam Kemudian, guru menjalankan sesi temubual bersama guru pemulihan, guru kelas, guru matapelajaran dan juga ibu kepada Arif Aiman. Sesi ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak yang terlibat. Selain itu penempatan murid berkeperluan khas ke kelas biasa juga perlu dipersetujui oleh pihak pentadbir dan mengikut keputusan mesyuarat. Ini sekurang-kurangnya dapat melicinkan kerja saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya telah menjalankan penilaian dari aspek tingkah laku, social serta akademik melalui senarai semak, ujian formatif dan sumatif bagi melihat perkembangan pencapaiannya. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Arif Aiman sepanjang saya membantunya harus dipuji. Semangatnya yang ingin setanding dengan rakan lain harus dipuji kerana dia sanggup didenda dan melakukan apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru kepadanya. Perubahan yang positif dalam diri Arif Aiman membuatkan saya terharu dengan kaedah yang saya jalankan keatasnya. Keinginannya dalam menimba ilmu harus diberi sokongan oleh semua pihak agar murid ini boleh setanding dengan murid lain. Faktor lain yang menyumbang kepada perubahan positif murid ini ialah penerimaan baik rakan pembimbing dari kelas perdana. Dengan keyakinan yang ada pada Arif Aiman, saya yakin dia akan beroleh kejayaan. Saya telah mencuba pelbagai teknik untuk membantu Arif Aiman dan segala teknik yang dijalankan membuahkan hasil yang saya harapkan. Ucapan

terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada guru pembimbing dan warga sekolah kerana telah memberikan kerjasama yang baik bagi saya memperoleh maklumat dalam penghasilan kajian ke sini. Pelajar berkeperluan khas ialah pelajar yang berhadapan dengan batasan keupayaan fizikal atau mental dan mereka memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dari murid yang normal. Sebagai seorang guru, kita harus

membantu murid-murid seperti Amirul untuk mengetahui apakah potensi yang ada dalam dirinya untuk diperkembangkan dan sebagai satu aspek untuk meningkatkan estim diri murid yang datang dari pelbagai latar belakang sosial yang berbeza. Perbezaan individu mempengaruhi proses pembelajaran. Semoga kajian ini memberi manafaat kepada semua IMPLIKASI Implikasi cabaran yang dihadapi oleh guru akan meningkatkan lagi tahap profesional guru tersebut. Tahap ini dapat ditingkatkan apabila guru mula mengutip pengalaman semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Apabila pelbagai pengalaman telah dilalui, maka pelbagai perubahan yang baru akan dapat dibuat seiring dengan perubahan murid dan masa. Selain itu, tahap profesioanalisme dapat ditingkatkan apabila guru mula memikirkan cara untuk mendapatkan ilmu sama ada menyambung pengajaran, menghadiri kursus, membaca dan sebagainya. Kemahirankemahiran baru juga akan dapat dikumpul melalui aktiviti yang dijalankan.

CADANGAN

Cadangan saya, untuk guru menghadapi murid-murid ini ialah guru seharusnya memperkasa emosi dalam membentuk sikap pelajar. (Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009). Guru haruslah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk menangani ketidakstabilan emosi yang berpunca daripada tekanan dengan positif. Tanpa kesedaran kendiri, individu itu tidak mampu untuk membina makna hasil tindakan dan reaksinya pada persekitaran. Disebabkan itu, guru memerlukan dorongan diri ataupun motivasi yang tinggi dalam kawalan kecenderungan emosi yang dapat memandu ataupun memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan orang lain.

RUMUSAN Pada pendapat saya, menjadi seorang guru pendidikan khas sangat mencabar penyandangnya. Tugas itu terlalu berat untuk dipikul untuk guru yang masih belum menguasai tahap kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Guru pendidikan khas perlu menyelami perasaan muridnya dan berkongsi rasa suka dan duka yang dialami

mereka. Pelbagai ragam harus ditangani dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan.

Selain guru, ibu bapa juga menganggap anak istimewa sebagai cabaran yang besar. Anak-anak berkeperluan khas ini perlu dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Jika tidak, mereka mudah memberontak dan menjadi agresif apabila Di sinilah kesabaran dan kreativiti guru

keinginan mereka tidak dipenuhi.

memainkan peranan yang penting agar murid-murid ini dapat dikawal.

Secara peribadinya, saya belum bersedia untuk menjadi guru pendidikan khas sepenuh masa kerana saya sedar bahawa saya tidak mempunyai kriteria-kriteria yang melayakkan saya mendampingi murid-murid berkeperluan khas ini. Saya sedar

betapa besarnya pengorbanan guru-guru pendidikan khas ini terhadap kecemerlangan para muridnya. Oleh yang demikian, jangan dipandang murid berkeperluan khas hanya memberikan beban yang besar kepada orang sekeliling mereka tetapi pandanglah mereka sebagai anugerah yang terindah. Saya memetik kata-kata Rosmah Mansur yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), iaitu hanya dengan mendampingi mereka, barulah ia dapat membuka hati dan minda kita supaya lebih menghayati keperluan mereka dan seterusnya memperjuangkan nasib golongan OKU.(Berita Harian, 2011)

Sebagai kesimpulan, menjadi seorang guru pendidikan khas bukan sekadar menjadi guru biasa tetapi sebagai guru yang baik kerana tahap kebergantungan murid kepada guru adalah melebihi murid-murid yang normal. Namun, sebagai seorang guru, keikhlasan dalam mendidik menjadikan mereka seorang yang berfikiran positif, bersikap menerima dan sebagainya. Walaupun banyak cabaran yang ditempuhi tetapi didiklah mereka kerana mereka berpeluang untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kebergantungan kepada keluarga.

Anda mungkin juga menyukai