Anda di halaman 1dari 6

LARAS BAHASA Laras bahasa adalah gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.

Gaya bahasa

merujuk kepada bahasa lisan dan penulisan. Perbincangan mengenai laras bahasa tidak dapat terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan

penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza berdasarkan konteks dan situasi yang dihadapi. Penggunaan bahasa pula merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan. Sesuatu laras bahasa bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras bahasa yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras bahasa yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka. Laras bahasa juga bergantung kepada situasi luaran. Ini bermaksud latar

belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang mengamalkan bahasa tersebut diberikan pertimbangan. Situasi ini merangkumi struktur sosial dan

keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat. Situasi persekitaran pula merujuk kepada cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan dan fungsi sosial. Terdapat beberapa laras bahasa yang perlu diberikan perhatian oleh guru ketika berkomunikasi dengan murid. Penggunaan laras bahasa yang sesuai akan

memudahkan murid menerima mesej yang disampaikan. Berikut adalah jenis laras bahasa tersebut; 1) Laras Bahasa Biasa 2) Laras Bahasa Akademik 3) Laras Bahasa Sastera/Kreatif 4) Laras Bahasa Agama
1

5) Laras Bahasa Sukan 6) Laras Bahasa Sains 7) Laras Bahasa Rencana 8) Laras Bahasa Iklan/Perniagaan 9) Laras Bahasa Media Massa 10) Laras Bahasa Undang-Undang 11) Laras Bahasa Ekonomi

Laras Bahasa Biasa Penggunaan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Laras bahasa ini biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, ketika menggunakan laras bahasa ini, guru biasanya tidak menggunakan istilah atau pola yang khusus. Laras bahasa ini tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu. Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat. Contoh ayat penggunaan laras bahasa biasa ialah Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tidak singgah dulu? Dalam laras bahasa biasa, kata pinjaman tidak banyak digunakan, tidak terdapat istilah teknikal dan bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan, manakala bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja. Guru boleh menggunakan laras bahasa ini dalam komunikasi seharian

bersama dengan murid dan mesej disampaikan akan lebih mudah difahaminya. Laras Bahasa Akademik Lebih bersifat ilmiah, formal dan objektif. Laras bahasa ini menunjukkan gaya

kematangan dan keintelektualan penutur kerana berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Istilah yang digunakan bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi. Ayat yang digunakan ada kesempurnaan bahasa dari segi kestabilan, kelenturan, kepelbagaian,

keberkesanan dan keindahan maksudnya.

Guru perlu mengutamakan kemaparan,

perbincangan dan penghuraian yang lebih khusus. Terdapat penulisan ragam ayat
2

pasif dan ayat majmuk. Guru juga boleh menjelaskan tentang format penulisan laras bahasa akademik seperti nota kaki, bibliografi dan indeks. Laras bahasa boleh

dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranya laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini

kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik, misalnya dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik. Oleh yang demikian, ketika berkomunikasi dengan murid, perlu

mengambilkira aspek berkenaan supaya murid dapat menerima isi pelajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan. Laras Bahasa Sastera Ia mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. Bezanya, bidang yang

diperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan kesusasteraan serta hubungan antara kedua-duanya. Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan

membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora. Laras bahasa

sastera mempunyai sifat yang lebih kreatif yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman. Laras bahasa juga bersifat figuratif iaitu penyimpangan makna Guru perlu mementingkan pemilihan diksi yang berkesan,

daripada bahasa biasa.

bahasa tersirat, ada unsur sastera seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola. Ayat yang digunakan bernada puitis dan bersifat komunikatif. Guru boleh menggunakan laras bahasa sastera ini terutamanya ketika berkomunikasi dengan murid dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Laras Bahasa Agama Ia digunakan oleh guru ketikan membincangkan isu agama terutamanya dalam pelajaran Agama atau Pendidikan Islam. Dalam laras bahasa ini, terdapat istilah

pinjaman dan rujukan dari mana-mana petikan untuk mengukuhkan hujah yang berkaitan. Terdapat juga penggunaan tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran. Oleh yang demikian, ketika berkomunikasi dengan murid, guru perlu mengambilkira

aspek yang berkenaan supaya murid lebih jelas dengan mesej pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru. Laras Bahasa Sukan Laras Bahasa ini digunakan oleh guru ketika berkomunikasi dengan murid ketika mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atau ketika sedang mengadakan acara sukan di sekolah. Laras bahasa ini bertujuan menyampaikan

maklumat yang berkaitan dengan kegiatan sukan. Bahasa yang digunakan oleh guru adalah ringkas, bersahaja dan jelas. Seringkali menggunakan istilah yang berkaitan dengan aktiviti kesukanan. Kosa kata yang digunakan mudah difahami oleh murid. Laras Bahasa Sains Apa yang kita ketahui bahawa laras bahasa ini mempunyai unsur ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan. Laras bahasa ini mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta. Guru sering menggunakan istilah sains dan teknikal dalam berkomunikasi. Terdapat juga istilah atau pinjaman dari bidang lain. Laras bahasa sains boleh dibahagikan kepada sub bidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi. Contoh laras bahasa sains dalam bidang biologi adalah seperti sel-sel kalenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali. Oleh itu ketika berkomunikasi dengan murid, terutamanya dalam mata pelajaran Sains, guru perlulah menjelaskan dengan lebih terperinci kepada murid mana-mana istilah yang sukar difahami oleh mereka. Laras Bahasa Rencana Ini lebih bersifat umum, tujuan penggunaan larasa bahasa ini adalah untuk menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu. Gaya bahasa yang digunakan oleh guru haruslah mudah difahami. Laras bahasa ini bertujuan melaporkan sesuatu kepada pembaca, khususnya murid terhadap perkara secara umum ataupun terperinci. Contoh penggunaan laras bahasa rencana adalah Oleh sebab baru dilancarkan,
4

kejayaan model Proton, Exora masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor rekabentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambilkira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan

pelbagai rintangan sebelum ia berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar. Guru berupaya menyampaikan perkara utama ketika berinteraksi dengan murid kerana mesejnya jelas dan tepat. Laras Bahasa Perniagaan Ia selalu digunakan untuk menyampaikan maklumat berkesan tentang sesuatu perniagaan atau produk. Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan. Guru boleh menggunakan ayat yang ringkas dan pendek yang lebih banyak menggunakan kata sifat. Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif, penggunaan bahasa retorik dan tidak mementingkan tatabahasa serta sering menggunakan pernyataan tertentu. Contoh laras bahasa ini adalah Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter. Laras bahasa ini digunakan untuk Gaya bahasa yang digunakan

mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual.

biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali. Ayat yang digunakan adalah pendek-pendek dan tidak gramatis. Laras Bahasa Media Laras bahasa ini lebih menunjukkan terhadap peranan media massa seperti melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca. Laras bahasa media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti

imbuhan dan kata hubung. Laras bahasa ini tiada istilah teknikal dan khusus. Contoh penggunaan laras bahasa media adalah Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan

sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasa yang ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton. Laras bahasa Undang-Undang

Salah satu daripada laras bahasa ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun pada hari ini, laras bahasa undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal. Contoh penggunaan laras bahasa ini adalah Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plaintif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan. Biasanya guru kurang menggunakan laras bahasa ini ketika berkomunikasi dengan murid. Laras Bahasa Ekonomi Laras bahasa ini lebih berbentuk ilmiah tentang sesuatu isu ekonomi. penggunaan istilah teknikal yang berkaitan dengan ekonomi. Terdapat

Penutur tidak

mengutamakan struktur ayat, gaya bahasa formal, maklumat jelas dan eksplisit dan fakta adalah berdasarkan bukti data dan statistik. Guru boleh menggunakan laras

bahasa ini ketika berkomunikasi dengan murid ketika mengajar mata pelajaran yang berkaitan dengan ekonomi. Kesimpulan Penggunaan bahasa yang berbeza-beza akan melahirkan laras. Ini disebabkan

penggunaan bahasa yang berbeza-beza mengikut situasi dan faktor lain melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau senda adalah berbeza daripada kata-kata yang digunakan untuk

menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, dirumuskan bahawa penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial. Manakala penggunaan bahasa yang berbezabeza berdasarkan faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah.