Anda di halaman 1dari 8

Kandungan

MUKADIMAH BAB 1: AL-WAQF DAN AL-IBTIDA


Pengertian al-Waqf dan al-Ibtida Sebab-sebab al-Waqf Idtirori Ikhtibari Ikhtiyari Jenis-jenis al-Waqf Waqaf Tam Waqaf Hasan Waqaf Ka Waqaf Qobih Waqaf Jaiz Waqaf Taanuq Tanda-tanda al-Waqf Rumusan Latihan Praktikal Ujian Minda

iii 1
2 3 4 5 5 6 7 8 9 10 11 12 13 15 16 17

BAB 2: BACAAN SAKTAH


Pengenalan Bacaan Saktah Rumusan Latihan Praktikal Ujian Minda

18
19 21 21 22

iv

BAB 3: BACAAN SUJUD TILAWAH


Pengenalan Sujud Tilawah Rumusan Latihan Praktikal Ujian Minda

23
24 30 30 31

BAB 4: HURUF-HURUF PEMBUKAAN SURAH


Hukum Bacaan Huruf-Huruf Pembukaan Surah Rumusan Latihan Praktikal Ujian Minda

32
33 39 40 40

BAB 5: ISTILAH TANDA BACAAN AL-QURAN RASM UTHMANI


Tanda bulat kecil Tanda Wasl Tanda bulatan bujur meninggi Tanda Sukun Huruf yang tiada tanda sukun Tanda huruf Mim Kecil Tanda Tanwin Berbaris Selari Tanda huruf Alif kecil, Wau kecil, Ya kecil dan Nun kecil Tanda huruf Sin kecil Tanda Mad panjang Tanda bulatan berhias Tanda bintang Tanda garis panjang melintang Tanda seperti bentuk intan Tanda titik seperti tompok Rumusan Latihan Praktikal Ujian Minda

41
42 42 43 43 44 45 45 48 50 50 51 51 52 53 53 54 55 56

RUJUKAN v

57

BAB 1

AL-WAQF DAN AL-IBTIDA

( : )

Terjemahan Ayat

(Surah al-Muzzammil : 20)

Kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Quran. Dia (Allah) mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurniaan Allah; dan orang-orang yang lain lagi yang berjuang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Quran.

1
TAJWID 4

PENGERTIAN AL-WAQF DAN AL-IBTIDA

Dari segi bahasa Al-Waqf bermaksud berhenti atau menahan. Al-Ibtida pula bermaksud memulakan sesuatu.

Dari segi istilah Al-Waqf ialah menghentikan seketika bacaan dengan memutuskan suara pada pertengahan ayat atau di akhir kalimah untuk mengambil nafas baru bagi meneruskan bacaan seterusnya. Al-Ibtida ialah memulakan sesuatu bacaan selepas waqaf pada awal, pertengahan atau akhir ayat. Contoh ayat:

Memulakan bacaan pada awal ayat.

Memulakan bacaan pada pertengahan ayat.

Memulakan bacaan pada akhir ayat.

2
TAJWID 4

Sebenarnya waqaf tidak dihukumkan wajib atau haram melainkan atas sebab-sebab yang boleh membawa kepada haram. Contohnya seperti menghentikan bacaan dengan sengaja pada ayat yang boleh menimbulkan kekeliruan atau kesalahan pada makna sedangkan dia faham makna ayat tersebut.

Contoh ayat:

( :)
Orang-orang Yahudi berkata, tangan Allah terbelenggu. Jika dihentikan dengan sengaja pada kalimah (
(Surah al-Maidah: 64)

) kemudian bacaan disambung

dari ( ) tanpa mengulangi bacaan sebelumnya ( ) sedangkan dia tahu maknanya, perbuatan ini adalah haram kerana berlaku perubahan makna. Contoh ayat yang lengkap maknanya:

( :)
Orang-orang Yahudi berkata, tangan Allah terbelenggu, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilanat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu.
(Surah al-Maidah: 64)

Wakaf yang sempurna adalah dengan menghentikan bacaan pada kalimah ( Bacaan seterusnya disambung dari kalimah ( ).

).

SEBAB-SEBAB AL-WAQF

Sebab-sebab waqaf terbahagi kepada tiga bahagian:1] 2] 3] Idtirori Ikhtibari Ikhtiyari

() () ()
3
TAJWID 4

1]

IDTIRORI

Idtirori bermaksud waqaf yang memaksa seseorang itu untuk menghentikan bacaan kerana darurat ataupun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti terputusnya nafas, bersin dan sebagainya. Hukum waqafnya adalah harus berhenti dan hendaklah memulakan semula bacaannya dari perkataan yang diwaqafkan atau sebelumnya. Contoh-contoh ayat:

( :)

Sekiranya terputusnya nafas atau bersin, maka hendaklah memulakan semula bacaannya dari perkataan yang diwaqafkan ( ) atau sebelumnya ( ).

( :)

Jika menghentikan bacaan disini, maka hendaklah memulakan semula bacaannya dari perkataan yang diwaqafkan ( ) atau sebelumnya ( ).

4
TAJWID 4

2]

IKHTIBARI

Ikhtibari bermaksud waqaf yang berlaku kerana sesuatu pemberitahuan ataupun keadaan guru yang ingin menguji pengetahuan pelajar. Guru akan membaca beberapa kalimah dalam sesuatu ayat dan menghentikan bacaannya pada kalimah yang bukan pada tempat berhenti (waqaf). Contoh-contoh ayat:

( :)
Guru menghentikan bacaannya pada kalimah yang bukan pada tempat untuk berhenti. Pelajar harus memulakan semula bacaannya dari kalimah yang diwaqafkan ( ) atau sebelumnya ( ).

( :)
Sekiranya bacaannya dihentikan pada kalimah yang bukan pada tempat untuk berhenti, pelajar harus memulakan semula bacaannya dari kalimah yang diwaqafkan ( ) atau sebelumnya ( ).

3]

IKHTIYARI

Ikhtiyari bermaksud waqaf yang berbentuk pilihan. Waqaf ini berlaku dengan sengaja pada tempat-tempat yang dibolehkan untuk berwaqaf. Hukum waqafnya adalah harus kerana ia merupakan pilihan sendiri. Jika seseorang itu ragu-ragu akan maknanya, maka hendaklah ia meneruskan bacaan dan berhenti pada tempat yang sepatutnya. 5
TAJWID 4