Anda di halaman 1dari 16

REKA BENTUK BENGKEL YANG EFISIEN Pengenalan Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan latihan kemahiran juga

bergantung kepada reka bentuk bengkel yang efisien. Reka bentuk bengkel adalah satu faktor yang amat kritikal di dalam menentukan keberkesanan penggunaan ruang dan keselamatan individu yang terlibat dengan kerja-kerja di dalam bengkel. Di antara faktor yang perlu diambil kira di dalam menentukan reka bentuk bengkel yang efisien ialah bentuk bengkel,keluasan bengkel, ruang bengkel, ruang tambahan (jika perlu), pintu masuk dan pintu keluar serta lokasi perabot dan alatan, Objektif Di akhir bab ini anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan 4 jenis ruang kerja bersama cirri-cirinya yang perlu dirancang di dalam bengkel untuk menghasilkan bengkel yang efisien. 2. Menerangkan 5 kepentingan faktor yang dipertimbangkan dalam merancang reka bentuk bengkel yang efisien. 3. Menganalisa perbezaan keluasan ruang kerja bagi kerja ringan, berat dan sederhana berdasarkan konsep kecukupan ruang

Jenis Ruang Di Dalam Bengkel Mengapakah anda perlu mengetahui apakah ruang kerja yang terdapat di dalam bengkel di sekolah anda atau di tempat kerja anda?

FIKIR ??????

Sebelum merancang pelan lantai bengkel, pelukis pelan dan guru perlu mengenal pasti jenis ruang yang perlu terdapat di dalam setiap bengkel. Langkah ini penting bagi memastikan kedudukan ruang dan keluasan yang disediakan mencukupi bagi memenuhi fungsi setiap ruang yang disediakan. Sebagai panduan jadual berikut menyediakan garis panduan asas berkenaan jenis ruang dan ciri-ciri yang diperlukan.

Jenis ruang di dalam bengkel Ruang bengkel yang diperlukan Ruang tempat duduk untuk kelas teori Stor untuk menyimpan projek pelajar Ruang kerja: 1. Ruang tunjuk cara(demonstrasi) 2. Ruang kerja individu dan Di hadapan ruang kerja pelajar Bergantung kepada jenis bengkel, jenis aktiviti dan bilangan pelajar 3. Ruang penyudah 4. Ruang mesin kerja kemasan Disediakan secara berasingan dari ruang kerja Penempatan mesin perlu mengikut proses kerja Contoh: a. Mesin potong b. Mesin ketam c. Mesin gerudi Ruang pintu masuk Tempat simpanan barang pelajar Ruang di antara mesin dan tempat kerja Cabinet pameran 1 kali ganda dari keluasan pintu biasa Disediakan di luar bengkel Yang mencukupi Disediakan Ciri-ciri ruang Sebaiknya berasingan dari tempat kerja Stor alat dan bahan Berdekatan dengan tempat duduk guru untuk tujuan kawalan. Berdekatan dengan tempat kerja Keluasan: 18x 34 ka Berdekatan dengan tempat kerja

Keperluan jenis ruang bengkel adakalanya berbeza mengikut jenis bengkel. Sebagai contoh, bengkel jahitan mungkin tidak memerlukan ruang penyudah seperti bengkel kerja kayu tetapi bengkel jahitan memerlukan jenis ruang yang lain seperti ruang persalinan. Oleh itu, sebagai seorang perancang ruang bengkel, guru perlu mendapatkan khidmat nasihat dan mengadakan perbincangan dengan mereka yang berpengalaman di dalam bidang terbababit agar jenis ruang yang disediakan benarbenar dapat memenuhi keperluan khusus program latihan. Walaubagaimanapun, jenis ruang serta ciri-cirinya seperti yang dinyatakan di atas boleh dijadikan panduan asas bagi merancang pembangunan ruang di dalam sesuatu bengkel.

Lakarkan ruang kerja yang terdapat di dalam bengkel sekolah anda atau di tempat kerja anda.

IDEA ANDA

Adakah ruang yang anda lakar di atas merangkumi semua ruang seperti yang dicadangkan? Ya/ tidak Jika ya sila nyatakan ruang-ruangnya.

Jika tidak nyatakan perbezaan ruang yang terdapat di bengkel anda berbanding ruang yang dicadangkan

Untuk maklumat lanjut mengenai ruang bengkel layari laman web berikut: http://www.martinsite.com/workshop. htm sila telitikan cara penyusunan peralatan bengkel itu. Anda diminta membuat satu lakaran tentang penyusunan mesin dan peralatan bengkel yang terdapat dalam laman web ini.

Latihan Nyatakan cirri-ciri penting bagi jenis ruang bengkel di bawah: Stor alatan dan bahan Jawapan: Ruang kerja bagi ruang mesin Jawapan: Ruang pintu masuk Jawapan:

Sebelum kita melihat apakah ciri-ciri bengkel yang

FIKIR ??????

efisien.Sila bayangkan keadaan bengkel di tempat anda bekerja atau di sekolah anda. Adakah bengkel tersebut berkesan untuk latihan kemahiran yang dijalankan.

Di dalam proses merancang reka bentuk bengkel, faktor kegunaan bengkel, lokasi dan bakal pengguna bengkel perlu diambil kira dengan teliti. Pada kebiasaannya bengkel dibina di dalam bentuk empat segi tepat dan mempunyai panjang yang sekurangkurangnya dua kali ganda daripada lebarnya. Sebagai contoh, jika lebarnya 20 kaki maka panjangnya hendaklah sekurang-kurangnya 40 kaki atau lebih. Bentuk ini merupakan bentuk yang efisien kerana ia memudahkan proses pengurusan bengkel dari segi penyusunan perabot, alatan, mesin dan bahan. Selain itu, ia juga lebih praktikal dan dikatakan dapat beroperasi dengan lebih berkesan.

Bengkel yang efisien juga mempunyai sekurang-kurangnya 2 pintu sebagai laluan masuk dan keluar. Selain daripada tujuan keselamatan kepada pengguna bengkel ia juga lebih ideal untuk memudahkan proses keluar dan masuk mesin, bahan dan alatan bengkel. Bengkel yang baik perlu mempunyai ruang yang cukup dan sesuai dengan bilangan pelajar dan aktiviti yang akan dijalankan di dalamnya. Maksud kecukupan ruang ini adalah berbagai mengikut jenis bengkel. Kecukupan ruang diambil kira dari segi keluasan stesen atau meja kerja untuk seorang pelajar dikalikan dengan bilangan maksimum pelajar yang akan bekerja pada satu-satu masa termasuklah keluasan untuk stor. Pada kebiasaannya keluasan stor yang diperlukan untuk sesebuah bengkel ialah 18 kaki lebar dan 34 kaki panjang.

Keluasan ruang di dalam bengkel berdasarkan jenis aktiviti Jenis aktiviti Keluasan yang diperlukan Anggaran bagi seorang pelajar minimum pelajar Kerja ringanelektrik, 30 kaki persegi 600 kaki persegi (18 ka x 34 ka tidak termasuk bagi Keluasan 20 org

elektronik

keluasan ruang bilik stor Kerja sederhana- 50 kaki persegi 1000 kaki persegi (22 ka x 44 ka tidak termasuk

perpaipan/ peranian

keluasan ruang bilik stor Kerja membaik mesin berat-bengkel 100 kaki persegi pulih alatan/ 2000 kaki persegi

Terdapat juga bengkel yang memerlukan ruang tambahan di luar bengkel, sebagai contoh bengkel membaiki kereta memerlukan ruang tambahan untuk menyimpan kenderaan. Secara keseluruhannya, sebagai panduan jadual menunjukkan cadangan keluasan ruang untuk beberapa jenis bengkel.

Cadangan keluasan ruang untuk beberapa jenis bengkel Jenis bengkel Keluasan untuk seorang Bilangan pelajar pelajar(ka2) Bengkel kerja kayu Bengkel kecantikan (coctomology) Bengkel elektrik dan elektronik Bengkel kimpalan dan fabrikasi logam Bengkel automotif atau mekanik Bengkel masakan/ pramusaji 50-65 18-22 180-250 16-22 130-160 18-22 30-60 20-26 125 -150 80-152 16-22 16-22

Sumber: George Strom, 1976

Oleh itu, semasa merancang ruang untuk stesen kerja atau mesin terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu: Kenal pasti bilangan individu akan bekerja di sesuatu stesen pada satu masa Keluasan ruang yang diperlukan untuk pelajar bekerja dengan selesa dan bergerak dengan selamat Anggaran saiz dan bahan yang maksimum yang akan digunakan di stesen berkenaan. Semasa melakukan kerja amali di bengkel, pada kebiasaannya guru dan pelajar akan sentiasan bergerak sama ada untuk mendapatkan alatan atau bahan, menggunakan mesin dan sebagainya. Corak pergerakan ini akan menghasilkan apa yang dikatakan sebagai corak aliran kerja (traffic pattern) yang perlu diambil kira di dalam organisasi dan pengurusan bengkel bagi melahirkan reka bentuk bengkel yang efisien. Bagi menghasilkan corak aliran kerja yang baik faktor-faktor berikut perlu dipertimbangkan: Lorong pergerakan utama yang lebar Pelajar boleh bergerak dengan mudah untuk mendapatkan alat dan bahan tanpa perlu menggangu kerja rakan yang lain Jarak di antara stesen kerja dengan tempat simpanan bahan tidak jauh Mempunyai beberapa lorong yang lurus untuk membolehkan pelajar bergerak pergi dan balik dari tempat kerja yang merbahaya dengan pantas(untuk tujuan keselamatan dan kawalan) Jalan keluar dari kawasan kerja yang merbahaya (contohnya mesin pemotong kayu) dekat dengan pintu keluar dan tiada halangan diantaranya) Bahan yang panjang, contohnya batang paip, batang besi boleh dibawa dari stor ke tempat kerja tanpa perlu berpusing pada sudut yang kecil dan

membahayakan pelajar.

Perancangan pengaliran pergerakan yang baik dan pendek akan menjadi faktor yang penting bagi: Menjimatkan tenaga dari segi pergerakan semasa bergerak di dalam bengkel Membolehkan kerja dijalankan dengan lebih efisien dengan mengurangkan pembaziran masa kerja Menyediakan persekitaran kerja yang selamat untuk pelajar Memudahkan kawalan guru terhadap masalah disiplin pelajar

Selain daripada pergerakan, faktor penglihatan juga amat penting. Sebaiknya semasa bekerja di dalam bengkel, guru boleh melihat semua kawasan kerja tidak kira di mana mereka berada. Keadaan ini membolehkan guru memerhatikan setiap pelajar dan membantu pelajar yang memerlukan bantuan atau mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku masalah keselamatan. Oleh itu, beberapa garis panduan perlu dipertimbangkan bagi membolehkan penglihatan yang baik dalam bengkel iaitu: Elakkan bengkel bentuk L atau mempunyai ruang yang berasingan Jangan bina pemisah dinding atau panel alat di tempat yang boleh menghalang pandangan di dalam bengkel Alatan yang besar atau almari perlu diletak di tepi dinding di mana ia tidak akan menggangu pandangan Pastikan tiada tiang atau struktur bangunan di dalam bengkel yang boleh menggangu pandangan. Bukan sahaja faktor penglihatan,faktor pendengaran juga penting bagi membantu guru mengawal aktiviti amali di dalam kelas. Sebagai contoh, bunyi yang ganjil daripada mesin,mungkin disebabkan oleh ia tidak dapat berfungsi dengan baik atau pelajar tidak dapat mengendalikannya dengan betul perlu dapat menarik perhatian guru dengan segera. Faktor ini penting bukan sahaja untuk tujuan keselamatan dan menegur kesalahan pelajar tetapi juga penting untuk tujuan mencegah kerosakan dan memanjangkan jangka hayat sesuatu mesin.

Apakah ciri-ciri penting untuk sebuah bengkel yang efisien dalam bidang yang anda ajar?

IDEA ANDA

LATIHAN 1. Berikan rasional anda tentang mengapakah faktor berikut perlu dimiliki oleh sebuah bengkel yang efisien? a. Bentuk segi empat tepat dengan panjang dua kali ganda lebar?

JAWAPAN: b. Mempunyai sekurang-kurangnya dua pintu

JAWAPAN: c. Mempunyai aliran pergerakan kerja yang baik

JAWAPAN: d. Penglihatan yang baik

JAWAPAN: e. Pendengaran yang baik. JAWAPAN:

2. Berikan maksud konsep kecukupan ruang JAWAPAN:

3. Sila lengkapkan ruang kosong di dalam ruang yang disediakan Jenis bengkel Keluasan diperlukan yang Bilangan pelajar bagi Keluasan bengkel(tidak termasuk keluasan stor)(ka2) Bengkel elektronik Bengkel mesin Bengkel automotif 25 15 1300 1000 12 600 Memenuhi konsep kecukupan ruang(ya/tidak)

seorang pelajar

RUMUSAN Di dalam bab ini anda telah mempelajari jenis ruang di dalam bengkel dan ciri-ciri penting yang perlu dipertimbangkan semasa merancang ruang tersebut. Di samping itu, anda juga didedahkan tentang kepentingan setiap faktor bagi menghasilkan rekeabentuk bengkel yang efisien. Dalam merancang sebuah bengkel yang efisien anda juga perlu mengetahui perbezaan konsep kecukupan ruang berdasarkan jenis aktiviti kerja di dalam bengkel.

PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN BENGKEL Pengenalan Pada kebiasaanya bengkel untuk program teknikal dan vokasional dilengkapi dengan kemudahan yang mahal. Justeru itu, ia memerlukan pengurusan yang baik agar pelaburan masyarakat tidak akan disia-siakan dan pada masa yang sama matlamat penubuhan program ini dapat dicapai. Justeru itu, bagi mencapai hasrat ini guru perlu mengetahui apakah prinsip-prinsip pengurusan dan pengendalian bengkel yang baik dan apakah fasa-fasa yang perlu di lalui di dalam proses mengurus dan mengendalikan bengkel.

Prinsip Pengendalian dan Pengurusan Bengkel

FIKIR ???

Berdasarkan pengalaman yang pernah anda lalui, nyatakan apakah sebenarnya tujuan anda melakukan proses

pengendalian dan pengurusan bengkel.

Pada asasnya tujuan pendidikan teknik dan vokasional adalah untuk membolehkan pelajar belajar dan menguasai kemahiran yang diperlukan di dalam pekerjaan yang akan diceburi. Oleh itu segala kemudahan yang disediakan di bengkel perlu dapat membantu pelajar mendapatkan pengalaman bekerja sebagai persediaan sebelum menceburi dunia pekerjaan yang sebenar. Justeru itu, pengendalian dan pengurusan bengkel perlu dilakukan berdasarkan prinsip-prinsip tertentu agar dapat memenuhi tujuan tersebut.

a) Menghasilkan sebuah bengkel yang efisien Guru dan pelajar seharusnya dapat menjalankan kerja dengan memaksimumkan produktiviti dan mengurangkan pembaziran tenaga dan masa. Oleh itu bagi memenuhi prinsip ini faktor yang perlu diambil kira ialah susunan alat dan kelengkapan yang dapat membantu pelajar menjalani latihan dangan berkesan.

b) Mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat untuk bekerja Kesihatan dan keselamatan pelajar perlu terjamin di sepanjang masa mereka mengikuti program latihan. Oleh itu, bengkel perlu dilengkapi dengan kemudahan pencahayaan yang baik, sistem pengudaraan yang dapat berfungsi dengan baik, sistem penyerapan bunyi yang baik dan peralatan yang selamat digunakan.

c) Memenuhi keperluan psikologi pelajar Pengendalian dan pengurusan bengkel perlu dapat menghasilkan persekitaran yang mendorong pembentukkan sikap yang baik seperti menjaga kebersihan, berdisiplin dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama ia akan dapat melahirkan kesihatan mental yang baik di kalangan pelajar seperti rasa selamat, rasa dapat bekerja di kalangan pelajar. Secara tidak langsung keadaan ini akan meningkatkan minat untuk belajar di kalangan pelajar.

d) Memudahkan kawalan guru di sepanjang masa Bagi mencapai tujuan ini guru seharusnya memastikan mereka memiliki garis penglihatan yang baik di semua bahagian di dalam bengkel. Selain daripada itu, mereka juga perlu dapat mendengar bunyi peralatan dan mesin yang sedang beroperasi dan seharusnya mempunyai kemudahan laluan yang cepat ke semua arah dan bahagian di dalam bengkel.

e) Mewujudkan keadaan yang selamat kepada semua alatan mesin, mesin dan bahan yang penting di dalam bengkel. Bengkel yang perlu direka bentuk untuk meminimumkan kemungkinan kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh kecurian, cuaca. Salah guna, tingkah laku yang suka merosakkan harta benda dan elemen-elemen negative yang lain.

f) Mewujudkan keadaan pencahayaan yang baik kepada pengguna bengkel.

Faktor yang perlu dipertimbangkan di sini adalah dari segi pencahayaan yang mencukupi, penggunaan warna, susunan bengkel,ruang dan semua faktor yang akan member kesan dari segi penglihatan kepada pengguna bengkel.

Proses Pengurusan Bengkel Mengikut Fasa

FIKIR? ???

Pada fikiran anda apakah aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam proses pengurusan bengkel.?

Terdapat beberapa fasa,proses dan aktiviti yang perlu dilakukan bagi melahirkan sebuah bengkel yang berkualiti dan pengajaran yang berkesan. Fasa-fasa tersebut adalah:

Fasa Pertama Fasa pertama merangkumi proses perancangan dan pengendalian kemudahan di bengkel. Di antara aktiviti yang perlu dilakukan di dalam fasa ini adalah seperti: Mereka bentuk Perancangan Mereka bentuk pelan lantai bengkel Menyediakan kemudahan asas

seperti pendawaian, pengudaraan dan perpaipan Penyusunan ruang untuk peralatan utama Penyusunan ruang kerja Kedudukan stor Laluan keselamatan Penggunaan bengkel warna di dalam perabot di dalam

Mengapakah kemudahan asas seperti pendawaian elaktrik.pengudaraan dan pencahayaan perlu diambil kira dalam perancangan untuk sebuah bengkel?

IDEA ANDA

Fasa Kedua Fasa yang kedua, merangkumi proses merancang dan melaksanakan proses pembangunan di bengkel. Apa yang lebih penting untuk diambil kira di dalam merancang pembangunan ruang bengkel ialah merancang untuk jangka masa panjang. Ini adalah kerana perubahan di dalam bidang teknologi akan sentiasa mempengaruhi keperluan bengkel pendidikan teknik dan vokasional. Oleh itu ia sentiasa memerlukan perancangan mengikut arus perubahan ini. Sebagai contoh bagi jurusan mekanikal, pada masa akan datang mesin yang dikendali secara manual akan digantikan dengan mesin berkomputer atau robotic. Di dalam keadaan ini, kuasa guru mungkin terhad, tetapi guru masih berkuasa sepenuhnya di dalam merancang susun atur perabot, alatan pengurusan stor dan bahan. Di dalam proses perancangan pembangunan bengkel, di antara aktiviti yang perlu dirancang ialah membina rak, merancang panel penyimpanan alatan, mewarna kawasan mesin, menanda tanda amaran bahaya pada mesin dan lain-lain lagi. Manakala teknik yang perlu digunakan bagi membantu proses merancang

pembangunan ialah lakaran pelan, lukisan berskala menggunakan kertas graf dan membina model. Dengan kaedah melakar susunan atau perubahan yang ingin dibuat ia akan dapat mambantu guru untuk menggambarkan keadaan selepas perubahan dilakukan. Selain daripada itu, ia juga memudahkan guru mendapatkan pandangan daripada orang lain seperti rakan sejawat, ketua bidang atau pengetua. Walaubagaimanapun, teknik ini kurang tepat untuk menggambarkan keadaan sebenar bengkel selepas perubahan dilaksanakan. Selain daripada itu, lakaran pelan guru juga boleh menggunakan kertas graf bagi mendapatkan lukisan pelan mengikut skala. Teknik ini mungkin agak sukar kerana guru perlu mendapatkan ukuran yang sebenar bagi ruang lantai, perabot, mesin dan alatan di mana segala alatan akan diwakili oleh symbol seperti segi tiga, bulat, segi empat tepat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, teknik ini dapat meminimumkan sebarang kesilapan terhadap perancangan susun atur di bengkel.

Setelah perancangan pembangunan dibuat guru perlu melaksanakan perancangan tersebut. Di antara tindakan yang boleh diambil ialah dengan melibatkan pelajar selain daripada rakan sejawat, pembantu makmal dan ahli professional. Penglibatan pelajar perlu digunakan dengan sebaik yang mungkin bagi mengenalpasti masalah di dalam bengkel. Mereka juga boleh digunakan untuk membantu membuat penyusunan perabot, alatan, rak, sesenan alatan di stor atau mewarna mesin di makmal.

Sila nyatakan perbezaan di antara Fasa 1 dengan Fasa 2 dalam proses pengurusan bengkel. Anda boleh menulis jawapan anda dalam bentuk jadual

Idea anda

Rumusan Di dalam bab ini. Anda telah mempelajari 2 perkara utama iaitu prinsip-prinsip pengurusan dan pengendalian bengkel dan aktiviti pengurusan bengkel mengikut dua fasa. Prinsip-prinsip mengurus dan mengendalikan bengkel adalah amat penting untuk seorang guru teknikal kerana pengurusan bengkel yang baik akan bergantung kepada amalan prinsip-prinsip yang anda telah belajar dalam bab ini.