Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN KEPADA EUTROFIKASI Eutrofikasi adalah satu proses di mana segala gejala penuaan dan pemendapan yang biasanya

berlaku di dalam tasik ataupun sungai. Proses ini merupakan proses penambahan nutrient dan juga peninggian sesuatu dasar tasik ataupun kolam di mana sesuatu proses pertumbuhan flora seperti alga dan protozoa itu berlaku dengan sangat cepat berbanding dengan tahap normal. Proses ini juga dipanggil proses blooming, iaitu dimana sesuatu tumbuhan itu mekar dengan cepat pada dasar tasik dan sungai. Fenomena ini terjadi disebabkan kandungan nutrient seperti nitrogen, phosphorus berada di tahap tertinggi yang merangsang penumbuhan alga dengan mendadak. Ini adalah disebabkan persekitaran sesuatu persekitaran tasik ataupun sungai itu sendiri. Proses eutrofikasi ini terjadi oleh beberapa faktor utama. Berikut adalalah beberapa faktor dan proses utama eutrofikasi itu berlaku.

PROSES-PROSES DAN FAKTOR-FAKTOR EUTROFIKASI

PERINGKAT 1 (OLIGOTROPIC) Keadaan tasik ataupun sungai yang masih dalam keadaan stabil, iaitu masih dalam, suhu yang sejuk, nutrient yang rendah dan juga mempunyai hidupan akuatik yang sedikit. Keadaan ini masih stabil, tidak mempunyai kandungan nutrient yang tinggi disamping menjadi faktor utama melambatkan proses pemendapan ataupun eutrofikasi itu berlaku.

PERINGKAT 2 (MESOTROPIC) Peringkat atau keadaan ini, tasik berada dalam keadaan separa stabil iaitu nutrient seperti nitrogen dan alga mulai bretambah disebabkan oleh pencemaran di persekitaran sesuatu tasik ataupun sungai tersebut. Ini mengakibatkan penambahan nutrient di sesuatu kawasan tasik dan sungai yang berkenaan.

PERINGKAT 3 (EUTROPIC) Peringkat ini adalah dimana tasik ataupun sesuatu sungai itu mulai kaya dengan nutrient, penambahan nutrient dengan mendadak dan cepat disebabkan proses pencemaran kian bertambah yang juga menggalakkan pertumbuhan alga dan protozoa meningkat. Keadaan tasik makin cetek dan pemendapan pada dasar tasik dan sungai makin bertambah mengakibatkan peningkatan suhu pada tasik dan juga dasar sungai berkenaan. Hidupan akuatik juga makin bertambah seiring dengan pertambahan nutrient yang menjadi makanan utama sesuatu hidupan akuatik itu.

PERINGKAT 4 (SENESCENT) Peringkat ini adalah peringkat terakhir dalam proses berlakunya eutrofikasi pada sesuatu kawasan tasik ataupun sungai. Keadaan tasik dan sungai pada peringkat ini adalah sangat cetek, suhu yang makin meningkat, disebabkan oleh ketelusan cahaya matahari ke dalam dasar sungai ataupun tasik tersebut. Pertumbuhan flora yang makin banyak, bergantung kepada persekitaran kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, tumbuhan akan semakin bertambah, tetapi hidupan akuatik akan semakin berkurang, ini adalah akibat daripada keadaan dan persekitaran tasik ataupun sungai tersebut. Tumbuhan akan semakin bertambah disamping mengalami proses penuaan.

FAKTOR-FAKTOR UTAMA EUTROFIKASI Faktor-faktor utama berlakunya eutrofikasi adalah disebabkan pencemaran persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan alga dan protozoa. Di samping itu, pertumbuhan alga dan protozoa akan mengakibatkan penambahan nutrient ke dalam dasar tasik ataupun sungai tersebut. Ini juga akan mengakibatkan pengaliran sistem air tersebut semakin berkurang. Proses pemendapan akan berlaku akibat daripada kesemua faktor tersebut yang mengakibatkan penelusan cahaya yang lebih banyak ke dalam dasar tasik dan sungai berkenaan. Kesemua faktor ini adalah saling berkait rapat antara satu sama lain yang akhirnya terjadi proses eutrofikasi pada kawasan tasik ataupun sungai tersebut. Hal ini boleh dilihat di kawasan tasik taman teluk Likas.