Anda di halaman 1dari 2

Kekuatan Model Bagi model pengurusan kelompok Kounin yang tentunya ia memfokuskan kepada pengurusan kelompok.

Model ini menjelaskan tentang pengurusan secara kelompok dan persedian-persedian apa yang boleh membantu dan sejauh mana kepentingan persediaan sebelum menjalankan p&p. Model ini juga menekankan aspek keselesaan bilik darjah sebagai gerak kerja utama sebelum memulakan pengajaran. Seterusnya, model ini tidak berunsurkan hukuman. Model ini telah meletakkan hukuman sebagai pilihan kedua kerana pilihan pertama adalah memberi peneguhan. Guru akan menyelia dan mengawasi dengan teliti, jika berlaku kesalahan guru akan membetulkan tanpa melibatkan emosi dan marah-marah. Di samping itu,

menitikberatkan variasi dari segi pengajaran dan teknik pengajaran. Pastinya model ini juga menekankan aspek menarik minat murid. Kebiasaannya, guru akan bertanyakan soalan berbentuk suspens untuk mewujudkan minat dan menarik perhatian murid. Bagi model terapi realiti William Glasser pula, kekuatannya terletak pada menitikberatkan suasana positif serta saling percaya antara guru dan murid. Model ini memberi kebebasan kepada murid untuk mebuat pilihan dan keputusan. Guru hanya akan menggalakkan murid untuk membuat pilihan yang betul. Pilihan yang tepat yang dibuat oleh murid itu akan menyebabkan terbentuknya tingkahlaku yang

bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Sebagai contoh, pilihan untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru setiap kali ada kerja sekolah itu menyebabkan murid rasa tanggungjawab untuk menyiapkannya memandangkan itu adalah satu tugas atau amanah mereka. Selain itu, ia akan membenarkan mereka menggerakkan kativiti yang mereka cenderung untuk lakukan tetapidalam pantauan guru. Guru sebagai pebimbing mereka kerana tingkahlaku atau disiplin boleh dibentuk dengan bimbingan yang berterusan.

Kelemahan Model Bagi model kelompok Kounin, kelemahan yang ketara dilihat adalah kesukaran guru mengambil tindakan terhadap dua atau lebih kelompok murid. Dalam situasi ini, kadang kala guru tidak mampu untuk mengawal situasi ini. Sebagai contoh, guru sedang mengajar dan menulis di papan putih, ada dua orang murid sedang bergerak dari tempatnya berjalan-jalan dalam kelas. Ketika guru menegur mereka menyuruh mereka duduk akan mengganggu konsentrasi murid lain yang sedang melihat dan menyalin apa yang sedang diajar oleh guru itu. Selain itu, sukar untuk guru mengawal gerak geri murid dengan terapi. Bagi model terapi realiti Glasser, kelemahan paling ketara adalah bukan semua murid dapat menyelesaikan masalah tingkah laku masing-masing. Model ini hanya menyatakan guru sebagai pebimbing dan menggalakkan murid membuat keputusan sendiri. Tetapi kita tidak sedar bahawa tidak semua murid berada dalam keadaan yang sama. Ada murid yang berbeza tahap mentalnya, jadi model ini tidak menyarankan untuk membendung masalah seperti ini.