Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN

No.

Kandungan

Muka surat

Pendahuluan

Pengurusan 1) Takrif Pengurusan 2) Sejarah Awal Pengurusan 3) Konsep Pengurusan i. ii. iii. Konsep Pengurusan Islam Konsep Pengurusan Barat Konsep Pengurusan Jepun 6 7 8 3 4

4) Fungsi-fungsi Pengurusan i. ii. iii. Proses Penyusunan Proses Pengarahan Proses Pengawalan 9 9 10

Organisasi 1) Sektor Awam 2) Sektor Swasta 3) Perbezaan Sistem Pengurusan Sektor Awam Dengan Sektor Swasta 11 11 12

Kesimpulan

15

Bibliografi / Rujukan

16

PENDAHULUAN Dalam dunia yang semakin maju dengan teknologi maklumat kini, pengurusan adalah salah satu perkara yang sukar untuk dipisahkan dari manusia. Hal ini kerana, pengurusan adalah salah satu aspek penting yang mampu mengurus, menyelaras serta mengimbangi pelbagai aspek sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan juga sering dikaitkan dengan pengurusan sistem paling ringkas iaitu keluarga hinggalah pengurusan system paling kompleks iaitu pengurusan sesebuah negara. Pengurusan juga dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila seseorang membicarakan tentang konsep pengurusan sudah tentu 3 elemen utama iaitu pengurus, organisasi dan tatacara atau garis panduan pengurusan turut disertakan. Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan mempunyai hubungkait yang seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang adakalanya bertindak sebagai master-mind dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga akan turut bertindak sebagai pelaksana. Sebagai seorang master-mind, pengurus bertindak memimpin kelompok subordinat dibawahnya untuk merancang segala tindakan serta aktiviti agar selaras dengan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan serta jadual perancangan yang digariskan. Usaha untuk mengarah dan memantau perkembangan proses perlaksanaan dikendalikan oleh pengurus dengan pendekatan yang subjektif atau pelbagai berdasarkan gaya kepimpinan dan kemampuan memanipulasikan serta kebolehan berkomunikasi seseorang pengurus. Sebagai pelaksana pula, pengurus akan bertindak sebagai pembimbing dan pada masa yang sama bergerak seiring bersama subordinatnya untuk melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan.

Sama ada sebagai master-mind mahupun pelaksana pengurus perlu bertindak berdasarkan tatacara dan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang negara dan organisasi. Garis panduan atau tatacara berkenaan tidak kira sama ada yang berasaskan contoh dan garis panduan dari organisasi lain, mahupun idea pengurus itu sendiri, ataupun ia digubal dengan persetujuan kolektif antara pengurus dan subordinat perlu sentiasa dipatuhi. Pengurus biasanya mempunyai kuasa bagi membolehkannya melaksanakan tanggungjawabnya memimpin organisasi di samping menjalankan fungsinya sebagai ketua subordinatnya. Kuasa diperolehi samada daripada sumber perundangan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan yang digubal semasa organisasi ditubuhkan atau kuasa diberikan dengan persetujuan kolektif semua ahli dalam organisasi tersebut. Kuasa yang ada pada pengurus secara idealnya dibayangi oleh etika yang sekiranya dikendalikan dengan baik dan menghormati the spirit of ethic akan menjadikan pengurus dilihat mengemudi organisasinya dengan adil, penuh hormat dan berwibawa.

PENGURUSAN 1) TAKRIF PENGURUSAN Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai garis panduan tertentu. Menurut Jaafar Muhamad (1992) kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali maneggiare iaitu menangani dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis mesnagement telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris management pada abad-abad ke 17 dan 18. Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia pula pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia juga merangkumi sumber sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan adalah sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain. Free-Content Encyclopedia Wikipedia menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang. James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan

menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Mohammad Fauzi (2008). Wan Azmi Ramli pula merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedahkaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu. 2) SEJARAH AWAL PENGURUSAN Umumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari sebuah keluarga yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang melibatkan pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah negara bangsa. Mana-mana tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan kaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya meneruskan kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan adanya sistem pengurusan mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal hasil mahsul negara, mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan kehakiman dan pengurusan ke atas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana. Seawal 8000 SM para paderi dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan, rekod lain dan peraturan pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar. Tamadun Sumeria mempunyai sistem demokrasi yang amat tersusun berdasarkan teks-teks yang ditemui di Telloh (Lagash) dab Fara (Shurappak). Sumber tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikan dalam pelbagai badan awam. Sivachandralingam & Ayadurai (2001)

Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang mengandungi 285 undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan pengurusan, perdagangan dan kewangan. Di Mesir, dinasti yang memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Firaun dan pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx dan pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah diproses. Pembinaan piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini memerlukan sistem pengurusan yang cekap dan sistematik untuk menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerja setiap masa. Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistem pentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya Law, bahawa setiap kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah satu negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik. Pemerintahan Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret & Juri. Sivachandralingam & Ayadurai (2001) Maharaja Diolectian dari Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran Rom bagi membolehkannya mengawal keseluruhan empayar Rom yang luas dan terbentang dari Asia Barat hingga ke Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau membahagi-bahagikan empayarnya kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang gabenor. Gabenor ini diberikan kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan dan model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. Jaafar Muhamad (1992). Pihak pengurusan pula merupakan gabungan individu yang mengendalikan sesebuah organisasi. Secara akademik definisi seperti ini sangatlah terhad pengertiannya. Oleh kerana pengurusan itu bukannya individu atau sekumpulan individu, maka untuk tujuan kita, ia boleh 5

didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan penggunaan sumber untuk mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Mohammad Fauzi (2008). 3) KONSEP PENGURUSAN Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zamanMesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara umumnya, konsep pengurusan yangmenjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu i. ii. iii. Konsep Pengurusan Islam Konsep Pengurusan Barat Konsep Pengurusan Jepun

Konsep Pengurusan Islam Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik dimana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas,penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja. Definisi Pengurusan Islam Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakandefinisi pengurusan. Di antaranya: a) Ahmad Ibrahim Abu Sin Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran kelompok seseorang menjadi pengurus. 6

b) Profesor Syed Othman Alhabshi Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumbersumberkewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasisama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. c) Muhammad A. Al-Buraey Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat sebagaimakhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain. Konsep Pengurusan Barat Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana iabergantung kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana penekanan ia menjurus kearah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan.Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau pengurusan Barat dari aspek definisi, Sistem danciri-ciri nya. Definisi Pengurusan Barat Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah: a) Hilgert dan Leonard Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan denganmengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi. b) Boone dan Kurtz Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dansumber teknikal dengan cara yang paling efektif.

c) Gitman dan McDaniel Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasitersebut. d) Wagner dan Hollenback Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalanperlakuan organisasi Konsep Pengurusan Jepun Falsafah pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani yang lebih mementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat, bergantung kepada musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan perancangan rapi, suka meniru dan membaiki ciptaan orang lain. Falsafah pengurusan Jepun di atas adalah untuk mencapai kemajuan korporat yang abadi dan menjamin keamanan negara, masyarakat Jepun dan dunia. Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :a) Pengurusan berorientasikan manusia (people oriented management ) iaitu pekerjaanadalah untuk seumur hidup pekerja di mana ganjaran dan penghargaan diberikan kepadamereka yang paling lama berkhidmat. b) Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan di mana pihak pengurusan mengutamakan keharmonian dengan pekerja dan sentaisa meningkatkan kerjasama. Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana mereka terlibat dalam membuat keputusan. c) Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, displin, inovatif, ketaatandan etika.

4) FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN Proses perancangan oleh sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program. Tujuan dan objektif tertentu adalah merujuk kepada matlamat penubuhan organisasi pendidikan yang ingin dicapai. Perancangan juga melibatkan strategi yang akan digunapakai sepanjang program yang akan berlangsung bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ringkasnya proses perancangan ialah berusaha mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi.

PROSES PENYUSUNAN Proses penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi. Dalam sesebuah struktur organisasi merupakan perkara penting di mana maklumat tentang pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan. Disamping itu pengurusan staf melibatkan perancangan sumber manusia, orientasi latihan, program keselamatan dan program kebajikan.

PROSES PENGARAHAN Proses pengarahan perlu dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni. Beberapa faktor yang terlibata dalam proses ini ialah motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi.

PROSES PENGAWALAN Proses pengawalan pula mesti berjalan dengan teratur dan tersusun di sepanjang program berjalan bagi memastikan prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan. Proses ini membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil. Pengawasan aspek kemanusiaan juga merupakan perkara penting yang mesti diberi perhatian seperti sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku.

10

ORGANISASI Organisasi sektor awam kerap dikaitkan dengan pertubuhan-pertubuhan, badan-badan dan jabatan-jabatan milik kerajaan pusat atau negeri Bagi sektor swasta pula, jawapan yang kerap diberikan oleh masyarakat ialah organisasiorganisasi milik persendirian yang mengenakan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan atau barangan mereka Peranan organisasi sektor awam dan swasta dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara adalah sama penting 1) SEKTOR AWAM Gordon (1986:7): pentadbiran awam boleh didefinisikan sebagai keseluruhan proses, organisasi dan individu (kemudiannya bertindak atas jawatan dan peranan masing-masing) yang melaksanakan undang-undang dan perintah yang diisukan oleh badan perundangan,eksekutif, dan kehakiman Fungsi ketiga-tiga badan tersebut dipisahkan mengikut Doktrin Pengasingan Kuasa Basu (1988:1): pentadbiran awam ialah apa-apa bentuk pentadbiran demi memenuhi kepentingan awam 2) SEKTOR SWASTA Definisi umum tentang pengurusan ialah satu proses dan tindakan merancang, mengorganisasi, mengarah, dan mengawal segala sumber organisasi. Pengurusan sektor swasta ialah satu proses menjalankan fungsi-fungsi pengurusan mengikut cara atau pilihan masing-masing

11

Sesebuah organisasi terdapat dua pihak utama iaitu pemilik atau tuan punya organisasi dan satu pihak lagi ialah pekerja. 3) PERBEZAAN SISTEM PENGURUSAN SEKTOR AWAM DENGAN SEKTOR SWASTA KEUNTUNGAN Keuntungan yang dimiliki oleh sektor awam adalah bertujuan untuk pembangunan serta kemajuan negara secara keseluruhannya Keuntungan yang dimiliki atau diperolehi oleh sektor swasta pula adalah milik individu tersebut oleh itu individu terlibat akan sedaya upaya memaksimumkan keuntungannya untuk kepentingan diri sendiri. KAWALAN KUASA Kawalan kuasa dalam sector awam bergantung kepada konsep pemusatan kuasa yang tersedia dalam undang-undang negara. Kawalan kuasa dalam sektor swasta pula bergantung kepada konsep pembahagian kuasa pemilik sesebuah organisasi tersebut. HUBUNGAN DENGAN ORGANISASI BERKAITAN YANG LAIN Dalam organisasi awam, setiap organisasi akan saling membantu antara satu sama lain iaitu untuk menyediakan kemudahan yang optimum kepada rakyat serta menjamin kelancaran pembangunan serta pentadbiran negara. Dalam organisasi swasta pula, setiap organisasi beroperasi bagi mencapai matlamat persendirian tanpa melibatkan organisasi yang lain.

12

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN Aktiviti-aktiviti organisasi daripada sektor awam dirangka mengikut kehendak kerajaan yang memerintah dan mengikut keperluan dan kehendak rakyat dalam sesebuah negara. Aktiviti-aktiviti organisasi dalam sector swasta pula dirangka mengikut jenis operasi serta terarah kepada keuntugan kewangan organisasi. STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI Dalam pengurusan struktur organisasi awam banyak berlaku pertukaran kakitangan disebabkan oleh pelbagai factor seperti kenaikan pngkat, persaraan dan pertukaran ke organisasi awam yang lain sekiranya organisasi awam yang lain tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi. Dalam pengurusan struktur organisasi swasta pula kebyakkan jawatan adalah tetap terutamanya pemilik organisasi swasta tersebut, sentiasa berada di hierarki utama organisasi sepanjang hayat mereka sehinggalah organisasi tersebut bertukar hak milik ataupun muflis. FAKTOR YANG MENDORONG PEMBANGUNAN ORGANISASI Sebarang pembangunan dalam organisasi awam bergantung kepada peruntukan atau bajet dalam belanjawan yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang memrintah negara tersebut. Berlainan pula dengan pembangunan organisasi swasta yang dipengaruhi oleh keuntungan yang diperoleh daripada jualan barangan atau perkhidmatan merupakan sumber utama kepada pembangunan organisasi sektor swasta. PENYEDIAAN BELANJAWAN Penyediaan belanjawan untuk organisasi awam dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. 13

Penyediaan belanjawan bagi organisasi daripada sektor swasta pula dirangka bergantung kepada keuntungan yang diperolehi. TAHAP HEBAHAN AKTIVITI ORGANISASI Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor awam menjadi perhatian media massa yang berfungsi sebagai pelapor kepada rakyat dalam sesebuah negara. Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor swasta kurang diberi liputan oleh media massa kerana tidak semua orang mempunyai kepentingan terhadap sesebuah organisasi swasta. PERANAN SERTA FUNGSI ORGANISASI Setiap organisasi awam dalam sesebuah negara memainkan peranan serta fungsi sebagai organisasi yang menyediakan keperluan rakyat bagi mengoptimumkan tahap kebajikan rakyat dalam negara tersebut. Manakala dalam organisasi sektor swasta pula berfungsi sebagai pengeluar produkproduk atau perkhidmatan yang berguna kepada rakyat bagi memastikan pemilik organisasi swasta mencapai keuntungan tertentu. Namun begitu, kewujudan sesetengah sektor swasta juga amat penting bagi membantu kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat contohnya Syabas serta Tenaga Nasional Berhad yang telah menyediakan kemudahan air serta tenaga elektrik di dalam negara Malaysia.

14

KESIMPULAN Pengurusan merupakan sesuatu yang sinonim bagi semua perkara yang melibatkan organisasi sama ada kecil atau pun besar. Sesebuah pengurusan amat penting bagi memastikan kecekapan sesebuah organisasi bagi menghasilkan produk mahupun perkhidmatan yang berdaya saing serta mempunyai nilai yang dapat memajukan organisasi tersebut seterusnya mnyubangkan kepada kemajuan sesebuah negara. Organisasi yang dapat pula dikategorikan kepada sektor awam dan juga sektor swasta seperti yang telah dijelaskan dalam bab-bab sebelum ini. Kedua-dua sektor ini memainkan peranan yang penting dalam menjana sesebuah nagara yang maju dan harmoni. Walaupun kedua-dua sektor datangnya dari dua entity yang berbeza, namunbegitu tidak menghalang kedua-dua sektor ini untuk saling bergantung serta berkerjasama memandangkan kedua-dua sektor ini berkongsi negara yang sama. Di dalam tugasan ini telah dihuraikan perbezaan diantara system pengurusan sektor awam serta sektor swasta. Perbezaan-perbezaan ini jelas menunjukkan tujuan serta pengurusan lain yang ketara perbezaan di antara kedua-dua entiti. Tugasan ini juga dapat membantu pelajar unuk lebih memahami dan mendalami tentang takrif dan konsep pengurusan serta perbezaan pengurusan sektor awam dan swasta. Beberapa contoh yang relevan juga turut disertakan bagi menambah kefahaman. Kesimpulan daripada tugasan ini bukan sahaja membantu pelajar untuk memahami isi tugasan yang diberikan malahan turut menambah pengetahuan am yang lain bagi meningkatkan soft skill pelajar-pelajar bagi menghadapi cabaran masa depan.

15

Bibliography 1. Hasan, N. M. (2008, November 4). Keperluan Kebajikan dan Kebebasan Individu Perlu Seimbang Kekalkan Pembangunan Negara. Retrieved August 23, 2012, from Berita Harian On-Line: http://www.ibfim.com/index.php?option=com content&task=view&id=1940&ltemid=179 2. Muhamad, J. (1988). Asas Pengurusan. Fajar Bakti. 3. Ramli, W. A. (1991). Dasar Awam di Malaysia Volume 1. University of Michigan: Pustaka Cipta. 4. Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Lectumanan. (2001). Tamadun Dunia. Fajar Bakti. 5. Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Retrived on September 26, 2008 from http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisisejarah-dan-konsep-siri-1/ 6. Mary Parker Follet (1868 -1933). Vocational Business: Training, Developing and Motivating People oleh Richard Barrett - Perniagaan & Ekonomi - 2003. m.s. 51. 7. Retrived on August 21, 2012: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusan#cite_note-2

16