Anda di halaman 1dari 55

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

PENGENALAN
Dalam penulisan akan membincangkan kajian sejarah dan budaya masyarakat Bugis di Tawau. Penulisan ini akan memperincikan mengenai budaya yang berlaku dalam masyarakat Bugis di Tawau, Sabah. Sejarah dan budaya dalam masyarakat Bugis di Tawau berlaku hasil imigrasi pada abad ke-17, iaitu kesan daripada penaklukan penjajahan Belanda. Oleh itu, wujud juga pertembungan budaya Bugis Tawau dengan Bugis di Sulawesi Selatan. Pertembungan antara dua kebudayaan yang berbeza ini telah menyebabkan berlaku asimilasi kebudayaan. Menurut Vander Zanden, asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama (disebut dalam Chew Hock Thye, 1975). Masyarakat Bugis cuba menyesuaikan budaya hidup mereka dengan budaya tempatan. Dalam proses penyesuaian budaya ini terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Bugis di Selangor. Perubahan ini telah menyebabkan terdapat banyak kebudayaan asal etnik Bugis tidak diamalkan lagi. Hampir sebahagian amalan tradisi Bugis di Pulau Sulawesi Selatan sudah tidak diamalkan. Dalam penulisan ini akan membincangkan tentang etnik Bugis di daerah Tawau, Sabah berdasarkan penceritaan dari beberapa responden yang telah kami perolehi dari sesi wawancara dan juga buku. Segala sejarah yang telah ditinggalkan oleh masyarakat Bugis di seluruh dunia akan dibicarakan termasuklah tentang cara hidup, adat resam dan budaya di Tawau dan Sulawesi Selatan. Penulisan ini juga hasil dari pengamatan yang dilakukan melalui sumber yang diperoleh dari kaedah sejarah lisan dan buku. Sebagai contoh melalui tembual yang telah dilakukan di kawasan tempat tinggal etnik Bugis di Tawau, Sabah. Hampir 70% penduduknya adalah orang Bugis.

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

1.0

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

Etnik Bugis merupakan etnik yang tergolong ke dalam suku Melayu, termasuk Sulawesi Selatan setelah gelombang migrasi pertama dari daratan Asia ke Yunan. Perkataan bugis berasal dari kata to ugi , yang bermaksud orang Bugis. Ugi merujuk kepada raja pertama kerajaan China yang terdapat di kawasan Sulawesi Selatan bertempat di Kabupaten Wajo iaitu ia satumpugi. Ketika rakyat Ia sattumpugi, mereka merujuk kepada raja mereka. Mereka menggelarkannya sebagai to ugi atau pengikut dari Ia Sattumpugi. Ia Sattumpugi adalah ayah kepada We Cudai dan bersaudara dengan Batara Lattu, ayahanda kepada Sawerigading. Sawerigading merupakan suami We Cudai dan mempunyai anak iaitu Ia Galigo yang membuat karya sastera terbesar di dunia dengan jumlah lebih kurang 9000 halaman. Etnik Bugis adalah etnik terbesar ketiga di Indonesia setelah etnik Jawa dan Sunda. Etnik ini berasal dari Sulawesi Selatan dan Sulawesi Barat, seterusnya tersebar meluas di pelusuk Sulawesi Tenggara, Sulawesi Tengah, Pulau Kalimantan, Irian, Jawa, Bali dan Kepulauan Riau. Kini, telah sampai ke negara Singapura, Malaysia, Brunei Darussalam dan Afrika Selatan. Oleh itu, orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia dan kini dengan populasi seramai tiga juta telah mendiami hamper ke semua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan etnik lain di Sumatera, Kalimantan, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Etnik ini cukup terkenal dalam bidang maritim dan ekonomi di Kepulauan Melayu. Mereka juga terkenal sebagai lanun yang digeruni, pedagang yang Berjaya dan pahlawan yang berani. Pusat tumpuan bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau lebih dikenali sebagai Makassar. Masyarakat Bugis merupakan penganut agama Islam. Pengislaman mereka dilakukan oleh seorang ulama Minangkabau iaitu Sheikh Abdul Makmur.

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Rajah 1 : Peta Pulau Sulawesi Di Sabah etnik Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa. Kebanyakan etnik ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara) yang amat mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesame keluarga. Dari segi perkahwinan, suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat dan penceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama. Sejarah kedatangan etnik Bugis di Tawau berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau di mana mereka meninggalkan kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi. Tempat permulaan penerokaan Tawau oleh etnik Bugis telah dijadikan sebagai bukti kukuh pada tahun 1840. Penempatan awal pula bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna mereka sudah mula meneroka kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke lading-ladang milik kerajaan 3

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 British ketika itu. Dalam hal ini juga, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di kampong Sungai Imam, Bombalai. Kemudian, seorang lagi suku Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta senong menetap di kampong tersebut. Mereka juga bertugas sebagai orang upahan kepada kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang berada di perairan Laut Sulu. Beberapa tokoh sperti Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman telah meneroka kawasan baru termasuk tapak pembangunan Bandar Tawau. Di Tanah Melayu pula Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu pada ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Pemerint negeri Johor Riau-Lingga, iaitu Raja Kechi tidak mempersetujui akan Daeng Loklok yang ingin memerintah Johor. Hal ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah, Raja Ali yang merupakan anak Daeng Chelak, Raja Lumu telah dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama. Konsep siri masiri (malu, menjaga maruah) yang dikaitkan dengan kata-kata suku kaum Bugis antara lainnya : - aja mumaelo nabetta taue makkalla ricappana letengnge. Maksud terjemahannya : Janganlah engkau mahu didahului orang menginjakkan kaki dihujung titian ( Janganlah engkau mahu didahului orang lain untuk mengambil rezeki ). - naia riasengage to warrani maperengnge narekko moloio roppo-roppo ri laommu, rewekko paimeng sappa laleng molai Maksud terjemahannya : Yang disebut orang berani ialah yang kuat dan unggul bertahan, Jikalau engkau menghadapi rintangan berat yang engkau tak dapat lalui atau atasi, kembalilah memikirkan jalan atau cara untuk mengatasinya. (Sumber : http://bugiskha.wordpress.com/2011/11/28/sejarah-etnik-bugis/) 4

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 PERKEMBANGAN Dalam sejarah perkembangan etnik Bugis, etnik ini berkembang dan membentuk beberapa kerajaan. Masyarakat ini kemudian mengembangkan kebudayaan, bahasa, aksara, dan pemerintahan mereka sendiri. Beberapa kerajaan Bugis klasik antara lain Luwu, Bone, Wajo, Soppeng, Suppa, Sawitto, Sidenreng dan Rappang. Etnik ini berkembang dan tersebar ada disebabkan hasil perkahwinan di antara Bugis Makassar dan Mandar bagi meneruskan pertalian darah. Pada masa itu, orang Bugis telah berpindah randah ke beberapa daerah iaitu Luwu, Bone, Wajo, Soppeng, Sidrap, Pinrang, Barru. Daerah peralihan antara Bugis dengan Makassar adalah Bulukumba, Sinjai, Maros, Pangkajene Kepulauan. Daerah peralihan Bugis dengan Mandar adalah Kabupaten Polmas dan Pinrang. Kerajaan Luwu adalah kerajaan yang dianggap tertua bersama kerajaan Cina (yang kelak menjadi Pammana), Mario (kelak menjadi bagian Soppeng) dan Siang (daerah di Pangkajene Kepulauan) Kerajaan Bone Di daerah Bone terjadi kekacauan selama tujuh generasi, yang kemudian muncul seorang To Manurung yang dikenal Manurungnge ri Matajang. Tujuh raja-raja kecil telah melantik Manurungnge ri Matajang sebagai raja mereka dengan nama Arumpone dan mereka menjadi dewan legislatif yang dikenal dengan istilah ade pitue. Manurungnge ri Matajang dikenal juga dengan nama Mata Silompoe. Adapun ade pitue terdiri dari matoa ta, matoa tibojong, matoa tanete riattang, matoa tanete riawang, matoa macege, matoa ponceng. istilah matoa kemudian menjadi arung. setelah Manurungnge ri Matajang, kerajaan Bone dipimpin oleh putranya yaitu La Ummasa Petta Panre Bessie. Kemudian anak buah La Ummasa iaitu anak dari adiknya yang berkahwin dengan raja Palakka maka lahirlah La Saliyu Kerrempelua. Sewaktu Arumpone (gelar raja bone) ketiga ini, secara massif Bone semakin memperluas wilayahnya ke utara, selatan dan barat Kerajaan Makassar Di abad ke-12, 13, dan 14 penubuhan kerajaan Gowa, Soppeng, Bone, dan Wajo, yang telah bermula dengan krisis sosial, dimana orang saling memangsa laksana ikan. 5

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Kerajaan Makassar (Gowa) kemudian mendirikan kerajaan pendamping, iaitu kerajaan Tallo. Namun dalam perkembangannya kerajaan kembar ini (Gowa & Tallo) kembali menyatu menjadi kerajaan Makassar (Gowa). Kerajaan Soppeng Sewaktu berlaku kekacauan di Soppeng muncul dua orang To Manurung. Pertama, seorang wanita yang dikenal dengan nama Manurungnge ri Goarie yang kemudian memerintah Soppeng ri Aja dan kedua, seorang lelaki yang bernama La Temmamala Manurungnge ri Sekkanyili yang memerintah di Soppeng ri Lau. Akhirnya dua kerajaan kembar ini menjadi Kerajaaan Soppeng. Kerajaan Wajo Sementara kerajaan Wajo berasal dari penduduk yang berasal dari pelbagai daeraah dan berkumpul di sekitar danau Lampulungeng. Mereka dipimpin seorang yang memiliki kemampuan supranatural yang disebut puangnge ri lampulung. Setelah beliau meninggal dunia, masyarakat tersebut berpindah ke Boli yang dipimpin oleh seseorang yang juga memiliki kemampuan supranatural. Setelah kedatang Lapaukke iaitu seorang putera dari kerajaan Cina (Pammana) telah membangunkan kerajaan Cinnotabbi. Selama lima generasi, kerajaan ini bubar dan terbentuk Kerajaan Wajo. Kerajaan prawajo yakni Cinnongtabi dipimpin oleh masing-masing : La Paukke Arung Cinnotabi I, We Panangngareng Arung Cinnotabi II, We Tenrisui Arung Cinnotabi III, La Patiroi Arung Cinnotabi IV. Selepas itu, kedua-dua putera mengambil jawatan sekaligus sebagai Arung Cinnotabi V yakni La Tenribali dan La Tenritippe. Setelah mengalami masa krisis, sisa baki kerajaan Cinnotabi dan rakyatnya bersepakat memilih La Tenribali sebagai raja mereka dan mendirikan kerajaan baru yaitu Wajo. Walaupun rajanya bergelar Batara Wajo. Wajo dipimpin oleh, La Tenribali Batara Wajo I (bekas arung cinnotabi V), kemudian La Mataesso Batara Wajo II dan La Pateddungi Batara Wajo III. Selepas Batara Wajo III dibunuh berlaku kekosongan kekuasaan menyebabkan lahirnya perjanjian La Paddeppa yang berisi hak-hak kemerdekaan Wajo. (Sumber : http://bugiskha.wordpress.com/2011/11/28/sejarah-etnik-bugis/) 6

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

2.0

HIERARKI KEHIDUPAN SOSIAL

Menurut hasil temu bual bersama Puan Hjh. Nuriati binti Kursin, beliau mengatakan bahawa etnik Bugis mempunyai kelas-kelas kasta yang tersendiri. Golongan ini wujud dengan kuat di zaman silam tetapi sedikit pudar di zaman moden kini. Di daerah Tawau kasta-kasta ini tidak begitu wujud di dalam masyarakat Melayu Bugis yang sudah bermastautin di Tawau. Ini boleh dilihat beberapa perkataan yang menunjukkan kasta dan darjat seperti andi dan daeng telah digunakan oleh sesiapan sahaja sebagai nama tanpa sebarang rasa sensitif. Kasta yang paling tinggi adalah kasta keturunan diraja yang digelar Andi. Andi akan diberikan hanya kepada sesiapa yang lahir dari keturunan diraja sahaja. Apabila berlaku perkahwinan campur, gelaran itu tidak boleh lagi diturunkan kepada generasi seterusnya. Kasta yang seterusnya adalah kasta orang-orang kenamaan yang mereka gelar Daeng. Di antara panduan yang digunakan untuk mengenali orang Bugis di Malaysia adalah berpandukan nama Daeng yang terdapat di pangkal nama. Perkataan Daeng itu bukanlah nama orang pada peringkat awal sejarah Bugis tetapi sebaliknya ia adalah gelaran yang diberikan kepada golongan bangsawan atau orang-orang yang dihormati di dalam masyarakat Bugis. Kasta seterusnya adalah rakyat biasa selain dari kedua-dua kasta di atas. Mereka ini membentuk majoriti masyarakat Bugis. Dengan kemajuan yang ada, lapisan di kasta ini juga telah mencapai tahap sosial yang tinggi di dalam masyarakat. Ini secara umumnya menunjukkan sedikit sebanyak perubahan telah berlaku di dalam masyarakat moden Bugis terutamanya yang menetap di Malaysia.

Andi Daeng Rakyat biasa


7

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Jika di Makasar perbezaan kelas ini masih boleh dilihat di dalam beberapa keraian. Di antara yang ketara boleh diihat adalah di dalam majlis perkahwinan. Di dalam majlis perkahwinan akan dipagar satu kawasan khas dengan menggunakan buluh kuning. Kawasan itu adalah bagi golongan Andi. Rakyat biasa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan berpagar tersebut. Tetapi ini tidak juga menggambarkan satu perbezaan taraf yang membawa kepada perbezaan dari sudut pemberian hak di dalam kehidupan. Ini kerana apabila rakyat biasa yang memasuki kawasan khas tersebut, tidak ada hukuman yang akan dikenakan. Sebaliknya orang ramai hanya akan melabelkannya sebagai orang yang tidak tahu adat atau orang tidak sedar darjat diri. Selain itu, masyarakat Bugis juga memandang tinggi dan menghormati ketuaketua suku mereka. Di antara kelebihan yang diberikan kepada ketua-ketua suku ini adalah mereka berhak untuk memegang lontara. Lontara merujuk kepada satu dokumen dari kulit binatang yang dicatit di dalamnya pedoman hidup, petua, catatan ilmu perbomohan, catatan sejarah dan lain-lain. Orang-orang tua akan menulis pedoman yang diambil dari pengalaman kehidupan mereka. Setiap peristiwa yang berulang sebanyak 40 kali secara konsisten akan dijadikan sebagai satu panduan dan dicatatkan di dalam lontara. Lontara adalah rahsia dan tidak boleh dibuka dengan mudah. Ia hanya akan dibuka untuk tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menyelesaikan perbalahan. Setiap kali dibuka, tujuh ekor lembu akan dikorbankan sebagai syarat untuk membukanya. Penyimpan lontara ini dianggap mulia kerana mereka memandang lontara ini sebagai harga diri suku mereka. Bahkan tidak banyak lontara yang berjaya diambil oleh kerajaan untuk disimpan sebagai bahan sejarah. Di dalam masyarakat Melayu Bugis juga terdapat satu adat balas budi. Dari sisi pandang sekali lalu ia seolah-olah seperti satu bentuk perhambaan moden. Tetapi orang Bugis tidak melihatnya sebagai satu perhambaan dan penghinaan. Melalui adat ini satu keluarga akan berkhidmat kepada satu keluarga yang lain. Mereka akan berkhidmat secara percuma tanpa sebarang upah kecuali akan disediakan keperluankeperluan asas. Khidmat ini akan terus berjalan sehingga ke generasi seterusnya dengan erti anak-anak keluarga itu akan juga memberi khidmat kepada anak-anak keluarga tuan tadi. Ia akan terus begitu untuk beberapa generasi. 8

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Masyarakat Bugis tidak menganggapnya sebagai perhambaan kerana beberapa unsur yang membezakannya dengan perhambaan. Di antaranya adalah latar belakang kepada adat ini adalah konsep balas budi. Budaya ini bermula biasanya kepada dua orang yang pernah mempunyai sejarah termakan budi. Apabila seseorang menolong seorang yang lain, orang yang ditolong merasa terhutang budi lalu memberikan bakti seumur hidup kepada orang yang menolongnya. Bakti ini kemudiannya diturunkan kepada generasi seterusnya. Di antara yang membezakannya dengan perhambaan lagi adalah kerana keluarga yang memberikan khidmat itu sebenarnya bebas untuk menguruskan kehidupannya sendiri. Beliau duduk berasingan dari tuannya. Beliau juga boleh meminta untuk tidak lagi memberikan khidmat kepada keluarga tuan. Dengan sedikit perbincangan beliau boleh keluar dan tidak terikat dengan adat ini. Tetapi kebanyakan mereka memang tidak mahu membebaskan diri mereka kerana perasaan termakan budi tadi begitu kuat di dalam diri mereka. Adat ini sukar untuk dihapuskan kerana pegangan masyarakat Bugis yang agak kuat dengan adat ini. (Sumber :http://www.ashgive.com/2011/11/ketahui-sejarah-asal-usul-keturunan.html)

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

3.0

BAHASA DAN TULISAN

Pengaruh bahasa Bugis di Sabah khususnya daerah Tawau memang tidak dapat dinafikan. Hal ini kerana pengaruh bahasa etnik Bugis bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat Bugis, malah pengaruh ini turut menular ke dalam kehidupan harian masyarakat bukan Bugis. Fenomena ini menyebabkan ramai memberi andaian bahawa masyarakat Tawau terdiri daripada masyarakat Bugis semata-mata walhal penduduk Tawau turut didiami oleh masyarakat dan suku bangsa lain seperti Bajau, Banjar, Tidong, Bisaya, Kokos dan Suluk. Bahasa Bugis juga dikenali sebagai Bugis, Basa Ugi atau Ugi yang mana bahasa ini dipertuturkan oleh etnik Bugis iaitu seramai 3 juta di Indonesia (terutamanya Sulawesi Selatan) dan Malaysia. Bahasa Bugis tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia. Bahasa Bugis kebiasaannya ditulis menggunakan konsonan Lontara iaitu berdasarkan konsonan Brahmi. Pada hari ini, bahasa Bugis turut ditulis dalam tulisan Rumi. Berikut merupakan beberapa contoh peribahasa Bugis yang berjaya

dikumpulkan: 1. Pada idi pada elok, sipatuo si patongkok 2. sehidup semati

Annre bajekmu lalopaddoko padan muka, baru kau tahu

3.

Maloppo pacalakna naalirin na besar pengeluaran daripada pendapatan

Malah tulisan huruf etnik ini dikenali sebagai Aksara Lontara Bugis. Lontara adalah aksara tradisional masyarakat Bugis. Lontara ini tidak dipengaruhi oleh budaya lain. Aksara lontara Bugis ini digunakan dalam penulisan urusan pemerintahan dan kemasyarakatan. Aksara lontara Bugis ini berjumlah 23 huruf yang semuanya disusun berdasarkan aturan tersendiri.

10

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Tulisan bugis adalah tulisan disusun berdasarkan bentuk alam persekitaran tropika seperti bentuk gunung, bukit sungai dalam bentuk mudah dan ringkas kerana kaedah penulisan (material penulisan) samada menggunakan lidi /kayu atau menggunakan badek/kawali di atas daun lontar atau digarit (bukan ukiran atau pahat) terus di atas tanah dan batu untuk tujuan komunikasi dipersekitaran hutan tropika yang mempunyai persamaan ketara dengan pelbagai tulisan di asia tenggara seperti tulisan rencong dan lampong dan lain-lain. Corak tulisan ringkas ini amat penting sebagai alat komunikasi dalam persekitaran mereka.

Rajah 2 : Aksara lontara Bugis (Sumber: Temubual bersama Tuan Haji Samsu bin Samsi) Selain mempunyai sistem fonologi dan fonetik yang agak lengkap, bahasa Bugis turut terkenal dengan bidang kesusasteraannya. Sebagai contoh, La Galigo merupakan sebuah epik yang terpanjang di dunia yang mana epik ini telah wujud sebelum kewujudan epik terkenal Sanskrit iaitu Mahabrata. Namun begitu, La Galigo tidak boleh dianggap sebagai teks sejarah kerana epik ini penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa yang tidak masuk akal. Walau bagaimanapun, epik ini adalah gambaran kebudayaan Bugis sebelum abad ke-14.

11

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

4.0

PAKAIAN TRADISIONAL

Hasil temu bual bersama Puan Hjh. Pati binti Solong yang merupakan orang lama dalam etnik ini memberikan serba sedikit maklumat mengenai pakaian trasidional etnik Bugis bagi kaum wanita terkenal dengan pakaian baju kebaya labuh dan dipasangkan dengan kain sarung sebagai busana mereka. Manakala kaum lelaki pula bergaya dengan baju sikap yang dilengkapi dengan tengkolok, baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis. Kain tersebut bergaris atau bertelepuk perada emas warisan keluarga bangsawan Bugis.

Gambar 1 : Pakaian kaum lelaki dan wanita etnik Bugis Selain itu, ketika adat perkahwinan pula, pengantin mengenakan pakaian tradisi baju Bodo. Baju Bodo berwarna hijau dipakai oleh gadis dalam lingkungan istana dan dipakai dengan kain sarung sutera atau songket. Baju tersebut diperbuat daripada kain organza dan dipadankan dengan kain tenun corak tapak catur benang emas.

12

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Gambar 2 : Pakaian pengantin etnik Bugis Selain itu, pakaian yang digunakan di dalam Poja juga dinamakan baju Bodo atau baju Tokko yang bermaksud baju tiada lengan. Bajunya dihasilkan dari kain organza dan mempunyai anak baju di dalamnya. Baju ini mempunyai lengan pendek dan kaki baju labuh sehingga ke paras paha. Terdapat juga baju Bodo yang dihiasi dengan manik, jemeki dan renda mengikut kreativiti kumpulan. Pada lengan baju diikat kain yang dipanggil pengikat lengan. Pengikat lengan ini bertujuan untuk mengukuhkan lengan baju seupaya lebih kemas dan terserlah kekemasan baju tersebut. Pengikat lengan ini juga dihiasi dengan manik, jemeki dan renda. Menurut adat Bugis, setiap warna baju bodo yang dipakai oleh wanita melambangkan usia ataupun darjat pemakainya, iaitu : WARNA Jingga Jingga + Merah Merah Putih Hijau Ungu MAKNA Dipakai oleh kanak-kanak berumur 10 tahun Gadis yang berumur 10-14 tahun Wanita berumur 17-25 tahun Digunakan oleh para inang dan dukun Khas untuk wanita berketurunan bangsawan Digunakan oleh para janda

13

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Gambar 3 : Baju Bodo mengikut peringkat umur Terdapat beberapa aksesori yang digunakan sebagai pelengkap atau penyeri. Antaranya ialah : Bando (Patteppo Jakka ) Aksesori yang digunakan dibahagian kepala digelar Bando berwarna perak atau kuning cair yang diperbuat dari aluminium, dihiasi dengan motif-motif bunga dan daun disepanjang cekak atau headgear tersebut.

Anting-Anting ( Bangkara )

Anting-anting yang digunakan sebagai perhiasan di telinga oleh kaum wanita Bugis.

14

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Kalung Panjang ( Geno Ma Bule ) Rantai ini memiliki 9 pecahan bunga yang disusun bagi menyerikan bahagian dada. Ada pendapat yang

mengatakan bahawa 9 pecahan bunga melambangkan Sembilan beradik susunan Sembilan daeng yang terkenal di Negeri Selangor. Terdapat juga pendapat bahawa pecahan 9 melambangkan Negeri Selangor yang memiliki Sembilan daerah.

Gelang Panjang (Tigerro Tedong)

Pada bahagian pergelangan tangan pula akan dihiasi dengan Gelang Panjang ( Tigerro Tedong )yang

diperbuat dari aluminium berwarna perak atau kuning cair. Gelang panjang ini juga dihasilkan dengan motifmotif bunga dan daun. Apabila gelang tangan ini dipakai ia akan menutup separuh dari lengan mereka.

IKAT PINGGANG ( SALIPI )

Ikat Pinggang ( Salipi ) atau tali pinggang emas juga digunakan bagi melengkapkan dan memperkemaskan lagi ikatan kain sarong. Salipi atau tali pinggang digunakan setelah tarian pooja mula diperkenalkan kepada khalayak. Pada masa dahulu, tali pinggang tidak digunakan kerana penari hanya mengikat sahaja pangkal kain.

(Sumber : Suraya Sintang, 2007, Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah, Penerbit UMS, Sabah 15

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

5.0

MAKANAN TRADISIONAL

Menurut Puan Hjh Hale binti Pale, beliau memberikan contoh makanan tradisional etnik Bugis terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang lazat, berkhasiat dan menarik. Antara jenis-jenis makanan tradisional suku bugis ialah :-

Tumbuk

Burasak

Burasak dan tumbuk merupakan hidangan wajib bagi masyarakat Bugis ketika perayaan Hari Raya. Ia menggunakan beras wangi & beras pulut yang dimasak dengan santan. Kemudian apabila nasi masak, balutkan nasi dengan daun pisang dan rebus selama tiga hingga empat jam. Setelah itu, hidangan ini selalunya dimakan bersama dengan hidangan ayam masak likuk atau masak lengkuas.

Ayam masak likuk

Coto Makassar

16

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Berobok

Kapurung

Konro

Langa roko

Pallu mara

Pallu butung 17

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Terdapat banyak lagi makanan tradisional Bugis. Setiap jenis hidangan merupakan simbol dalam kehidupan masyarakat Bugis terutamanya dalam kehidupan berumah tangga. Dalam perkahwinan masyarakat Bugis yang terdiri daripada beberapa majlis, sekurang-kurangnya 24 jenis makanan tradisional yang biasanya dipersiapkan oleh pihak keluarga lelaki. Makanan tersebut ialah kawusallo, manjarella, lulung kasoro, nennuk-nennuk, biji nangka, paloleng, leppang jampu, beppa tello, puteri sala, katiri sai, tolobu, bingka, babingka, palita, lapisi, sanggarak, poso, palopo ipaesa, sarikaya, barongko, sanggarak sitombolok, docok cangkuli, sari mokka, pasok. Kesemuanya dikenali sebagai kuih Bugis dam mempunyai simbol-simbol tersendiri. Berikut merupakan jenis-jenis kuih dalam etnik Bugis, iaitu:

Kue bangkek

Pallu butung

Baulu cukke

Tappe 18

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Baulu pecca

Katirisala

Sanggara balanda

Pisang epe

Pisang ijo

Baje canggoreng 19

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Beppa pute

Cucuru tekne

Didara Belanda

Nennu-nennu

Onde-onde Jawa

Putu pesse 20

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

6.0
6.1 Seni Senjata

KESENIAN

Senjata yang menjadi kebanggaan masyarakat Bugis adalah badik atau nama lainnya kawali. Setiap badik mempunyai kuasa sakti yang mempengaruhi keadaan dan kehidupan pemiliknya. Terdapat juga kepercayaan bahawa badik ini mampu mewujudkan ketenangan, kedamaian, kesejahteraan dan kemakmuran ataupun kemiskinan dan penderitaan bagi penyimpannya. Sejak ratusan tahun dahulu, badik bukan sahaja sebagai senjata dalam mempertahankan diri atau berburu tetapi digunakan juga sebagai lambang identiti etnik Bugis. Badik mempunyai banyak jenis antaranya adalah badik Bugis Makassar, badik Bugis luwu, badik caringin tilu dan kawali lade. Setiap jenis badik ini mempunyai simbol dan maksud yang tersendiri misalnya badik kawali lade dipercayai dapat

mendatangkan rezeki melimpah bagi sesiapa yang menyimpannya. Selain itu, badik juga merupakan satu penghormatan dan dipandang tinggi bagi pemiliknya terutamanya lelaki. Seperti yang diperkatakan oleh masyarakat Bugis Taniya ugi narekko dena punnai kawali" (Bukan seorang Bugis jika tidak memiliki badik). Maka dapat disimpulkan disini bahawa badik merupakan satu senjata yang menjadi kebanggaan dan penghormatan masyarakat Bugis.

Badik

21

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 6.2 Seni Alat Muzik Etnik Bugis turut mempunyai peralatan alat muzik tradisional yang tersendiri dan dipersembahkan dalam majlis tertentu. Antara peralatan alat muzik tradisional etnik Bugis adalah :

Kacapi Menurut sejarah kacapi ini telah dihasilkan oleh seorang pelaut. Kacapi ini terbentuk menyerupai perahu yang memiliki dua dawai. Idea penghasilan kacapi ini ialah tali layar perahu. Kacapi biasanya dipersembahkan dalam majlis jemputan para tetamu, majlis perkahwinan, majlis hajat dan sebagai hiburan dalam majlis ulang tahun.

Sirili Sinrili merupakan alat muzik masyarakat bugis yang menyerupai biola. Alat muzik ini dimainkan dalam keadaan duduk dan alat ini diletakkan di hadapan pemain alat muzik tersebut.

22

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Gendang Gendang merupakan alat muzik yang menyerupai rebana yang memiliki dua permukaan yang rata, bulat dan panjang.

Seruling Alat muzik seruling ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu : i. ii. Seruling panjang (seruling lampe) : memiliki lima lubang nada. Seruling calabai (seruling ponco) : sering dimainkan bersama biola, kacapi dan penyanyi. iii. Seruling dupa samping: sering digunakan dalam majlis perbarisan dan jemputan tetamu. (Sumber:http://portalbugis.wordpress.com/about-m/manusia-bugis-rantaubudayanya/bugis-sabah/)

23

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 6.3 Seni Tari

Menurut sumber lisan, tarian Poja ini bermula pada zaman Sunan Gunung Djati, untuk menyelidiki kekuatan musuh yang melawan dengan mengirimkan kumpulan kesenian poja atau mata-mata gelap untuk menyelidiki Kerajaan Pakuan Padjajaran. Ternyata tarian kesenian tersebut berjaya memberikan maklumat kepada Sunan Gunung Djati. Selain itu, menurut versi sumber lisan yang lain, Poja berasal dari perkataan Bugis yang bermaksud puji-pujian. Pada masa dahulu, tarian Poja merupakan sebuah tarian di istana yang dipersembahkan semasa sultan sedang bersantai atau berehat dengan tujuan bagi memuji-muji baginda. Tarian ini juga dipersembahkan di dalam istana untuk meraikan sesebuah keramaian atau tetamu yang hadir untuk bertemu sultan. Oleh itu, mutu dan nilai kesenian tarian ini sentiasa dijaga oleh kerabat diraja. Kini, tarian ini bukan lagi sebuah tarian istana namun sudah boleh dipersembahkan di mana sahaja dan dipertontonkan oleh sesiapa juga. Tarian ini menjadi tarian mengalualukan kedatangan para tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Dahulunya, penari-penari tarian ini terdiri dalam kalangan perempuan sahaja. Manakala lelaki bermain alat muzik. Apabila tarian ini mula dipersembahkan kepada masyarakat umum, maka penari-penari tarian juga terdiri daripada kaum lelaki. Jangka masa tarian ini pada asalnya adalah empat hingga lima minit. Setelah mengalami perubahan, jangka masa bertukar menjadi tiga minit sahaja.

Tarian poja 24

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 (Sumber:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/187tariandan-kesenian/1421-tarian-dan-kesenian.html ) Tari Pelangi Tari pelangi; tarian pabbakkanna lajina atau biasa disebut tari meminta hujan.

Tari Paduppa Bosara

Tarian yang mengambarkan bahawa orang Bugis jika kedatangan tamu bertandang, mereka akan sentiasa menghidangkan bosara, sebagai tanda kesyukuran dan kehormatan.

Tari Pattennung

Tarian

adat

yang

menggambarkan

perempuan-

perempuan yang sedang menenun benang menjadi kain. Melambangkan kesabaran dan ketekunan

perempuan-perempuan Bugis.

Tari Pajoge dan Tari Anak Masari

Tarian ini dilakukan oleh calabari (waria), namun jenis tarian ini sulit sekali ditemukan bahkan dikategorikan telah punah.Jenis tarian yang lain adalah tari Pangayo, tari Passassa, tari Pagalung, dan tari Pabbatte.

25

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 6.4 Seni Bina

RUMAH BUGIS

Rumah etnik Bugis mempunyai keunikan yang tersendiri jika dibandingkan dengan rumah panggung dari suku yang lain di Sumatera dan Kalimantan. Bentuknya biasa memanjang ke belakang dengan tambahan di tepi bangunan utama dan depan. Masyarakat Bugis juga memanggilnya sebagai lego-lego. Berikut adalah bahagian - bahagian utamanya : 1. Tiang utama ( alliri ) : Biasanya terdiri dari 4 batang setiap barisnya. Jumlahnya bergantung pada saiz ruangan yang akan dibuat. Umumnya, terdiri dari 3 / 4 baris alliri dan jumlahnya kesemuanya ada 12 batang alliri. 2. Fadongko : iaitu bahagian penyambung dari alliri di setiap barisnya. 3. Fattoppo : iaitu bahagian pengait paling atas dari alliri paling tengah tiap barisnya. Masyarakat Bugis lebih suka membina rumah dengan struktur yang tinggi. Ini adalah kerana faktor keselesaan dan keselamatan. Binantang buas seperti ular juga tidak dapat naik di atas rumah kerana tinggi rumah dari tanah ialah 2 meter. Keselesaan lebih terjamin kerana pengaliran udara yang baik dengan kedudukan rumah yang sedikit tinggi.

26

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Bahagian-bahagian dari rumah bugis ini sebagai berikut : 1. Rakkeang, adalah bahagian atas ( eternit ) syiling rumah. Dahulu biasanya digunakan untuk menyimpan padi yang baru di dituai/panen. 2. Ale Bola, adalah bahagian tengah rumah.Yakni,ruang tempat dimana kita tinggal. Pada ale bola ini, ada titik pusat- dinamakan pusat rumah (posi bola). 3. Awa bola, adalah bahagian di bawah rumah, antara lantai rumah dengan tanah juga disebut bawah kolong. 6.5 Seni Permainan Rakyat

1. Gandrang Bulo

Gandrang Bulo adalah sebuah tarian yang memiliki beberapa permainan di dalamnya. Ada permainan buwang-buwang passapu atau takanja-kanjarang, dan biko-biko. Dalam Gandrang Bulo, para pemain yang menari jenaka saling melempar passapu (ikat kepala segitiga khas Bugis-Makassar) dan lawan yang lain berusaha merebut. Bila pemain lawan gagal merebut passapu, maka ia harus berperanan menjadi kuda. Permainan biko-biko yakni meniru gerak layaknya kelelawar, atau biko-biko dalam bahasa setempat. Para pemain akan mengenakan sarung pada kepala hingga menutupi seluruh bagian kepala kecuali mata. Tarian ini berbentuk sindiran terhadap penjajah Belanda. Contohnya saat pemain berlaku seperti seekor monyet yang saling mengejek, terang Muhammad Andi Redo, Direktur Eksekutif Yayasan Kesenian Batara Gowa.

27

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 2. Mappadendang

Ini merupakan permainan irama alu dan lesung. Para pemainnya saling bergantian menumbukkan alu pada sebuah lesung hingga tercipta irama yang apik, menarik dan harmonis. Para pemainnya juga bernyanyi mengucap rasa syukur atas hasil panen yang melimpah. Irama dan nada yang rancak, membuat para pemainnya kian bersemangat. 3. Maggale

Permainan ini menggunakan tempurung kelapa yang dibelah dua mempunyai lubang di bahagian tengah. Lubang ini kemudian diikat dengan seutas tali yang tebal dengan panjang satu setengah meter. Para pemain menggunakan tempurung kelapa bertali ini sebagai alas kaki ketika berlari.

28

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 4. Buuh Rawe

Permainan ini serupa dengan permainan bola sepak yang mempunyai gawang. Perbezaan adalah pada saiz gawangnya, iaitu dengan panjang 1meter dan tinggi setengah meter. Sebelum bermain, undian akan diperoleh bagi menentukan pasukan yang akan menendang terlebih dahulu. Cara permainan serupa dengan permainan bola sepak di mana setiap pemain akan saling berlawan untuk memasukkan bola ke dalam gawang pihak lawan. Uniknya,para pemain menggunakan tongkat berbentuk dayung untuk menendang bola. Terdahulu, permainan ini hanya dimainkan oleh para nelayan yang kebosanan ketika berada di atas perahu yang terumbang-ambing di tengah laut. Bolanya diperbuat daripada tempurung kelapa agar timbul di permukaan laut. 5. Makkaddaro

Permainan ini menggunakan tempurung kelapa sebagai alat permainan. Setiap pasukan yang terdiri daripada 2 orang pemain saling berganti melempar kaddaro atau 29

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 tempurung kelapa sehingga mengenai sasaran. Permainan ini mempunyai 5 tahap yang berbeza dan disesuaikan dengan cara melempar kaddaro masing-masing. Misalnya, pada tahap pertama Tendang tapak kaki, pemain harus menendang kaddaro menggunakan kaki. Pada tahap keempat pula Siku, pemain membawa kaddaro di bahagian siku untuk dijatuhkan di atas kaddaro pihak lawan. Tahap yang terakhir Majunjung kaddaro, pemain harus menjunjung kaddaro di atas kepala. 6. Bise-biseang

Permainan

merupakan

permainan

masyarakat

pesisir

pantai

Bugis-Makassar.

Permulaan permainan, pemain akan bergerak dari titik awal ke titik tertentu menggunakan sarung sebagai kenderaan. Sarung sebagai symbol perahu yang digunakan seorang nelayan ketika belayar mengharungi lautan. Dahulu, permainan ini menggunakan satu sarung oleh seorang pemain dan kini satu sarung dimainkan oleh 2 pemain yang duduk berhadapan dalam satu pasukan untuk bekerjasama

menggerakkan perahu sarung. Permainan ini menguji semangat pasukan. (Sumber: http://www.rappang.com/2009/12/permainan-rakyat-bugis.html)

30

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

7.0

PERKAHWINAN

Masyarakat Melayu yang beragama Islam akan mengadakan adat merisik dan meminang. Berbeza pula bagi adat perkahwinan etnik Bugis di mana Puan Hajah Nuriati binti Kursin mengatakan bahawa adat pertunangan tidak begitu digalakkan. Bagi mereka perkahwinan merupakan satu ikatan yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan menurut Islam. Ibu bapa beranggapan bahawa pertunangan boleh menimbulkan fitnah dan pelbagai syak wasangka dalam kalangan masyarakat. Tempoh pertunangan yang paling lama pun adalah dalam masa 2 minggu. Walau bagaimanapun, terdapat majlis yang menyerupai adat bertunang tetapi masyarakat bugis tidak menganggapnya adat bertunang. Majlis ini digelar Mapendrek doik yang membawa naik duit (wang hantaran). Mapendrek doik atau naik duit (wang hantaran) dalam majlis ini, pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang. Sebilangan besar di keluarga pihak perempuan akan menerima kesemua wang hantaran dan selebihnya hanya menerima sebahagian sahaja. Oleh yang demikian, semasa dulang hantaran diberikan ketka majlis pernikahan, dulang wang hantaran sekadar simbolik sahaja kerana wang hantaran telah pun diserahkan kepada pihak perempuan untuk menampung kos perbelanjaan majlis persandingan. Semasa majlis ini berlangsung, pihak pengantin lelaki akan menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan sebelum tiba majlis pernikahan yang berlangsung selepas tiga hingga tujuh hari setelah majlis naik duit. UNDANGAN PERKAHWINAN Seminggu sebelum majlis persandingan, proses mengundang atau menjemput tetamu menggunakan khidmat dua orang wanita untuk mappiseng atau erti kata lain memanggil. Wanita yang belum berkahwin tidak dibenarkan untuk menjemput tetamu kerana tidak manis dipandang oleh masyarakat lain. Kedua-dua wanita ini digelar pattampa yang bermaksud pemanggil tetamu. Pattampa akan mattampa, iaitu 31

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 berkunjung dari rumah ke rumah. Pattampa akan membawa dulang yang dibalut dengan kain berwarna dan bermanik. Dulang diisi dengan dua bungkus rokok pelbagai jenama beserta mancis atau gula-gula. Rokok, suatu ketika dahulu merupakan lambang prestij sesebuah keluarga. Hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu memilikinya. Tetamu yang dijemput akan membuka dulang dan mengambil sebatang rokok lalu membakarnya. Adat ini penting kerana bagi tetamu yang mempunyai anak dara, kerana dengan cara ini diharapkan anak mereka pula akan menemui jodoh. Adat mattampa ini berbeza dengan adat kaum lain yang menggunakan kad undangan. MALAM MAPPACI Malam mappaci atau lebih dikenali sebagai malam berinai yang dilakukan pada malam sebelum hari pernikahan. Majlis ini dilakukan di rumah pengantin perempuan dan. Majlis berinai ini akan dimulakan dengan majlis khatam al-Quran, disusuli dengan majlis berzanji. Setelah selesai menginai pengantin perempuan, rombongan gadis muda yang memakai inai kepada pengantin perempuan akan bersiap untuk berkunjung ke rumah mempelai lelaki. Tujuannya untuk menghantar lebihan inai daripada bakal isteri kepada pengantin lelaki. Adat ini merupakan satu usaha agar kedua-dua mempelai hidup harmoni. Sebelum pengantin perempuan memakai inai, adat memakai bedak dilakukan dengan meriah. Majlis ini dianggap penting untuk melicinkan kulit dan menambahkan seri wajah pengantin perempuan. Bedak tersebut digelar bedak kecek yang bermaksud sejuk. Bedak ini dibuat sendiri dengan menggunakan beras dan diadun dengan bahan lain termasuk kunyit dan ditumbuk dengan lesung. Lebihan bedak pengantin perempuan akan disapu pada wanita yang belum berkahwin.

32

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Kemeriahan malam berinai turut disertakan dengan permainan domino yang dipertandingkan kepada kaum lelaki. Cabutan undi dilakukan untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada empat pemain. Dalam permainan ini, golongan muda tua beradu kemahiran dan berkumpul dalam suasana yang muhibbah. Sementara kaum lelaki bermain domino, kaum wanita akan menyediakan jamuan seperti kopi dan kuihmuih. SOMPA Dalam adat resam perkahwinan etnik ini, mas kahwin yang akan diberikan kepada pengantin perempuan tidak dihias dengan bunga dan dipegang begitu sahaja. Pengantin lelaki perlu menyediakan sompa terlebih dahulu. Sompa dianggap menyimpan harga diri bakal isteri. Sompa merupakan kain putih yang diisi dengan wang mas kahwin. Di dalam kain putih tersebut terdapat juga beras, buah pala, kayu manis dan jarum. Makna yang tersirat disebalik sompa sangat mendalam bagi kaum ini. Justeru, sompa harus disimpan di tempat yang paling berharga dan selamat. Barang-barang yang disertakan dengan mas kahwin melambangkan cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi oleh pasangan pengantin semasa hidup bersama. Cabaran digambarkan dengan meletakkan jarum di dalam beras, sedangkan beras itu pula melambangkan keperluan asas dalam kehidupan. Perisa dan keharmonian rumah tangga digambarkan dengan buah pala dan kayu manis termasuklah rezeki yang bakal diterima. Saudara lelaki pengantin perlu bersiap sedia membawa sompa. Amanah ini bukan satu tanggungjawab yang ringan kerana sompa dikatakan lambang panjang atau pendek jodoh seseorang. Sompa tidak boleh jatuh daripada kendungan. Jika jatuh, masyarakat Bugis percaya bahawa itulah peranda yang tidak baik. Selain sompa, bakul sugi perlu disediakan sebelum menjadi raja sehari. Bakul ini diisi dengan buah-buahan tempatan seperti nangka, pisang, betik dan lain-lain. Buah-buahan ini melambangkan kemanisan dalam berumah tangga. Sompa dan bakul sugi akan diserahkan kepada pihak perempuan setibanya rombongan lelaki di rumah perempuan. Buah-buahan ini

33

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 tidak boleh dihidangkan kepada semua orang tetapi hanya untuk saudara perempuan yang belum berkahwin agar mereka juga menerima jodoh.

Wakil pengantin lelaki membawa sompa

Rombongan lelaki membawa bakul sugi

MAJLIS PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN Majlis persandingan etnik ini berlangsung sama seperti umat Islam yang lain. Sebelum melafazkan akad nikah, pengantin lelaki akan duduk di atas kain pelekat yang disusun sebanyak 9 atau 12 susunan. Kain ini dilipat dengan membawa kesemua hujung kain ke tengah. Adat ini bagi menghormati pengantin lelaki yang akan bernikah. Susunan kain ini menggambarkan pangkat dan darjat seseorang.

Pengantin lelaki duduk di atas susunan lipatan kain pelekat

34

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Majlis persandingan selalunya akan diadakan di luar rumah. Sarapo atau khemah kahwin adalah tempat di mana persandingan ini akan diadakan. Sarapo diperbuat dari bambu yang didirikan menjadi sebuah khemah yang besar. Proses membina sarapo ini selalunya akan dibuat seminggu sebelum majlis. Dan akan diusahakan oleh ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Semangat kekitaan sangat dititikberatkann dalam etnik bugis. Segala kerja dilakukan bersama-sama. Di bahagian dapur juga begitu, segala aktiviti masak memasak akan dilaksanakan sesama mereka.

Pelamin etnik Bugis

Ongroang Passolo' (tempat solo) : Tetamu memasukkan sumbangan berupa duit

Di samping itu, anak-anak gadis yang menyerikan majlis akan memakai baju bodo. Pakaian ini menjadi begitu bernilai kerana baju bodo diperagakan oleh golongan istana pada zaman Kesultanan Bugis. Hidangan utama dalam majlis perkahwinan ialah beppa richa yang bermaksud kuih basah. Apabila tetamu datang, mereka akan dihidangkan dengan kuih basah. Selepas itu, barulah tetamu akan menikmati hidangan nasi putih dan pelbagai jenis lauk. Kuih-muih disediakan oleh jennang, seorang tukang masak. (Sumber: http://dady-rahman.blogspot.com/2011/03/adat-perkahwinan-bugis.html) Majlis persandingan di rumah pengantin perempuan akan berlangsung sehingga larut malam. Ada pasangan pengantin yang terus memperagakan baju bodo pelbagai

35

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 jenis dan warna sehingga malam. Pada malam ini juga pemenang permainan domino akan diumumkan oleh mempelai. Menurut Puan Hajah Pati binti Solong, apabila selesai majlis di rumah perempuan, pada keesokannya persandingan akan terus berlangsung di rumah lelaki. Kehadiran pengantin perempuan di rumah pasangannya digelar merolla atau berkunjung ke rumah mentua. Adat mamettoa atau mengenali keluarga mentua dilakukan di rumah pihak lelaki. Semasa adat ini, kedua-dua mempelai duduk di satu penjuru ruang tamu.

36

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 (Sumber gambar: Adat mammetoa semasa perkahwinan kakak sepupu pada tahun 2011) Pengantin perempuan akan diperkenalkan kepada seluruh ahli keluarga suaminya. Seorang demi seorang akan bersalaman dan berpelukan dengan kedua-dua mempelai yang didahului dengan ibu bapa lelaki. Lazimnya, ibu dan saudara perempuan pihak lelaki sahaja yang akan memberikan hadiah kepada orang baharu dalam keluarga mereka. Ibu mentua akan menyarungkan cincin atau rantai emas. Bagi mereka, semakin tinggi nilai pemberian maka semakin tinggi penghargaan yang diberikan kepada pengantin perempuan.

Rombongan pengantin disambut dengan tarian Bugis

Disambut dengan tikar mengkuang

Sesi penggambaran seisi keluarga

37

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

8.0
8.1 KELAHIRAN

KELAHIRAN DAN KEMATIAN

Sebelum kelahiran : Etnik Bugis mempunyai pelbagai adat sebelum kelahiran seseorang anak. Anak merupakan rezeki yang telah diberikan dan dinantikan oleh sepasang suami isteri yang menginginkannya selepas perkahwinan. Antara adat-adat sebelum kelahiran yang akan dilakukan, adalah seperti yang berikut : a) Makkatenni sanro (memanggil dukun)

Seorang dukun akan dipanggil dan dipilih berdasarkan kesepakatan yang telah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak keluarga antara suami dan isteri setelah nasihat diberikan. Setelah itu, dukun tersebut akan diberikan kepercayaan untuk menjaga dan merawat ibu dan bayi di dalam kandungan kelak. Kepercayaan itu juga biasanya akan diberikan kepada dukun perempuan. Ini adalah mengelakkan fitnah yang akan berlaku. b) Mappanre ti mangideng (menyuap ibu hamil)

Upacara ini akan dilakukan pada bulan pertama kehamilan seorang bakal ibu, lebih dikenali sebagai adat mengidam. Bakal ibu dan bapa akan berpantang dalam makanan tertentu serta dilarang melakukan perbuatan tertentu. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku pada bayi di dalam kandungan ibu. c) Maccera wettang (mengurut perut)

Upacara ini pula akan dilakukan sewaktu kandungan berusia 7 bulan. Pada kebiasaannya akan dilakukan di rumah bakal ibu tersebut dan dihadiri oleh kaum kerabat, iaitu ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak. Adat mengurut ini akan dilakukan oleh dukun yang yang telah dipercayai atau bidan.

38

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Selepas kelahiran : Adat etnik Bugis selepas kelahiran juga sama seperti adat Melayu yang beragama Islam, iaitu memperdengarkan azan di telinga kanan bagi bayi lelaki dan iqamah bagi bayi perempuan. Tetapi, terdapat juga perbezaan dalam adat Bugis terdahulu iaitu melaungkan azan atau iqamah pada hari ketiga sewaktu Magrib kepada bayi tersebut yang bertujuan untuk mendengar suara Islam pada awal kelahiran. Manakala, tembuni atau uri bayi pula akan ditanam mengikut adat Bugis dengan memasukkannya ke dalam tin yang akan diletakkan bersama tulang ikan, buku, pensil dan jarum. Terdapat juga ibu bapa yang memasukkan cebisan atau Al-Quran kecil bersama-sama tembuni tersebut. Kesemua bahan-bahan yang dimasukkan mempunyai maksud tersendiri. Sebagai contoh, menurut kepercayaan mereka apabila Al-Quran dimasukkan bersama-sama tembuni dengan harapan agar bayi tersebut pandai mengaji dan menghafaz Al-Quran kelak. Selepas itu, tembuni tersebut akan dibalut dengan kain putih dan ditanam bersama-sama bahan yang dimasukkan. Kelapa pula diletakkan di atas tembuni sebagai tanda dan dinyalakan lilin yang berlanjutan selama satu hingga tiga minggu (menurut temu bual Hajah Nuriati Kursin pada 11 Febuari 2013). Hal ini dilakukan supaya fikiran si anak akan sentiasa terang dan tajam.

Adat Aqiqah saya semasa berumur 8 bulan 39

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Selain itu,upacara aqiqah turut dilaksanakan yang merupakan tradisi keagamaan yang berasal daripada agama Islam dengan menyembelih kambing bagi bayi yang baru dilahirkan. Ia dinamakan sebagai maccera, dalam upacara ini sebanyak 50 hingga 100 biji telur diikat di kayu buluh dan dihias dengan kertas warna. Telur-telur tersebut digantung di batang pisang yang telah disediakan. Upacara aqiqah dilakukan dengan menggunting beberapa helai rambut bayi yang dilakukan oleh imam atau guru kampung. Simbol kelapa diambil daripada kepercayaan asli Bugis dan makanan manis adalah saranan Islam. Gunting hendaklah dibasahkan dengan air kelapa. Kelapa melambangkan kuat dan serba guna. Maka simbol ini berkait rapat denga harapan agar bayi kelak kuat dan berguna. Kemudian makanan manis akan dimasukkan ke dalam mulut bayi dengan harapan kelak ucapan yang keluar dari mulut si anak semanis makanan yang pertama kali dirasainya. Apabila kali pertama bayi dibawa berjalan atau kali pertama turun dari rumah, bayi akan disertakan bersama bekalan nasi putih atau nasi pulut dan telur rebus. Adat ini sebagai simbolik bahawa bayi tersebut sentiasa membawa rezeki walaupun bayi tidak boleh memakan makanan tersebut. Bayi tidak boleh keluar rumah ketika hampir Maghrib atau waktu malam atau dalam bahasa Bugis, kubuallo kerana dipercayai syaitan sedang berkeliaran ketika itu. Adalah menjadi kebiasaan apabila tuan rumah diziarahi oleh bayi pada pertama kalinya akan memberikan cenderamata kepada bayi atau disebut dalam bahasa Bugis, Pabbarekkeng sumangek atau penguat semangat. Pemakaian tangkal yang berwarna kuning atau hitam bagi kanak-kanak yang baru lahir sehingga umurnya tiga tahun adalah untuk mengelakkan gangguan daripada makhluk halus. Kebiasaanya tangkal tersebut akan diisi dengan cebisan kertas alQuran atau rempah yang telah dijampi. Kadang kala duit syiling yang diikat dengan benang atau tali untuk dijadikan tangkal dan dipasang di bahagian pinggang si bayi.

8.1

KEMATIAN

Adat kematian bagi etnik Bugis mempunyai banyak pantang larang dan upacara yang dijalankan. Namun, bagi upacara mengkebumikan mayat ia dijalankan mengikut syariat 40

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Islam. Seperti yang selalu diamalkan oleh semua etnik, apabila berlaku kematian pengunjung yang datang menziarahi bukan sekadar mengucapkan salam takziah namun akan memberikan sedekah atau dalam bahasa Bugis, sidakka untuk membantu keluarga si mati yang berupa wang, kain atau beras. Setiap yang dijalankan mengikut syariat Islam namun, terdapat kepercayaan ritual yang diwarisi daripada turun temurun tetap dijalankan. Proses yang dijalankan adalah sama dengan etnik lain tetapi berbeza daripada segi istilah yang digunakan seperti pajenekang (menyiram air mandian mayat yang diiringi dengan bacaan doa), pasucina (menggosok bahagian badan mayat), pabbisana (membersihkan alat kelamin mayat) dan pamaralui (menyiram air mandian terakhir dan mewudukkan mayat). Mereka yang menjalankan proses pajenekang, pasucina dan pamaralui tersebut akan diberikan pasidakka (sedekah) iaitu sebagai tanda terima kasih yang berupa pakaian si mati. Semasa mayat diangkat anak-anak si mati akan diminta untuk lalu dibawah keranda tersebut yang bertujuan supaya anak-anak si mati tidak rindu atau terkena badi kematian. Selepas pengkebumian selesai, selama tujuh hingga sembilan hari berturutturut akan diadakan kandre allo-allona iaitu makanan seharian yang disediakan untuk dibaca dan makan oleh semua tetamu. Terdapat juga segelintir masyarakat Bugis yang meletakkan pelita, allannota (sirih dan pinang) dan Al-Quran yang diletakkan di atas tempat tidur si mati. Pelita akan dinyalakan selama 40 hari kerana dipercayai roh si mati akan datang kembali. Selepas semua upacara selesai dilaksanakan, kenduri arwah akan dijalankan pada malam ketiga, tujuh, 40 dan ke 100. Selain itu, ada juga pantang larang atau pemmali yang harus dipatuhi iaitu semua orang yang melihatnya tidak boleh menyentuh dinding (Siti Rugayah Haji Tibek 1994:40).

41

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

9.0

PANTANG LARANG

Pemmali merupakan istilah pantang larang dalam masyarakat Bugis yang digunakan untuk menyatakan pantang larang kepada seseorang yang melakukan dan mengatakan sesuatu yang tidak sesuai. Dalam kehidupan orang Bugis pantang larang dalam kehidupan dalah penting. Pantang larang merupakan satu garis panduan dalam kehidupan orang Bugis. Pantang larang akan menghalang orang Bugis melakukan sesuatu yang di anggap oleh orang Bugis sebagi sesuatu yang tidak wajar. Pantang larang ini diwujudkan oleh orang tua-tua terdahulu dan diperturunkan dari satu generasi ke generasi sehingga tradisi ini masih diamalkan dalam kalangan etnik Bugis. Sebenarnya istilah Pemmali , iaitu pantang larang, berasal dari bahasa Arab iaitu Fiil Madi. Fiil Madi dalam bahasa Arab diertikan perbuatan atau sesuatu yang telah terjadipada masa lampau. Oleh itu, pantang larang dapat diinterpretasikan perbuatan atau perkataan yang telah dilakukan oleh orang tua dulu yang mendatangkan kesan sehingga terjadinya sesuatu secara kebetulan atau disengaja. Beberapa contoh pemmali dan maknanya.

1)

Riappemmalianggi ana daraE makkelong ri dapurennge narekko mannasui.

Terjemahan: Pantangan bagi seorang gadis menyanyi di dapur apabila sedang memasak atau menyiapkan makanan.

Masyarakat Bugis menjadikan telah menetapkan pantang larang menyanyi semasa memasak atau menghidang makanan kerana dipercayai mereka akan medapat suami yang tua. Namun demikian, dari segi ilmiah tidak terdapat hubungan antara menyanyi di dapur dengan mendapat jodoh kerana jodoh itu telah ditentukan oleh Allah SWT. Namun demikian, pemmali di atas sebenarnya memiliki hubungan dengan masalah kebersihan dan kesihatan iaitu dikhuatiri air liur akan terjatuh dan masuk ke dalam makanan. 42

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 2) Deq nawedding anaq daraE matinro lettu tengga esso nasabaq labewi dalleqna. Terjemahan: Gadis tidak boleh tidur hingga tengah hari kerana rezeki tidak menyinggah di rumah.

Selain itu, ada juga yang mengatakan mereka yang lambat bangun akan mendapat jodoh yang lambat. Sebenarnya, seorang gadis tidak manis bangun pada waktu tengah hari kerana ia mencerminkan sikap malas dan membantutkan kerja di dalam rumah. Hal ini kerana masyarakat Bugis menganggap bahawa perempuan adalah pemegang kunci kepada pendidikan anak-anak dan urusan rumah tangga. Jika dikaitkan dengan lambat terima jodoh pula adalah kerana lelaki tidak akan mahu berkahwin dengan wanita yang lambat bangun. Ini dikhuatiri mereka akan mengabaikan tanggungjawab sebagai sebagai ibu dan isteri kelak. Dari segi kesihatan pula lambat bangun akan menyebabkan badan menjadi lemah.

3)

Riappemmalianggi matinro esso taue ri sese denapa natabbawa ujuna taumate engkae ri bali bolata.

Terjemahan: Pantang orang tidur pagi jika jenazah jiran kita belum di usung ke tanah perkuburan.

Masyarakat Bugis dilarang tidur pada waktu pagi sekiranya terdapat jiran yang meninggal dunia. Sebenarnya falsafah daripada larangan ini adalah sebagai satu simbol menghormati jenazah dan sebagai satu cara kita turut bersimpati dengan jiran. Pemali ini menggambarkan betapa tingginya penghargaan masyarakat Bugis terhadap masyarakat di sekeliling mereka.

43

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 4) Pemmali mattula bangi tauwe nasabaq macilakai

Terjemahan: Pantangan bertongkat dagu sebab akan membawa sial.

Pantang larang ini menunjukkan sikap seseorang yang pemalas. Perbuatan menongkat dagu ibarat seseorang yang hanya berangan-angan inginkan sesuatu namun tiada usaha untuk melakukannya. Ini akan memberikan penderitaan. Oleh itu, perbuatan ini dianggap membawa malang kerana tidak mampu melakukan pekerjaan yang mendatangkan hasil untuk memenuhi keperluan hidupnya (Sumber: http://busbonecomunty.blogspot.com/2012/10/adat-istiadat-suku-bugis.html)

44

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

RUMUSAN
Sabah sebagai sebuah negeri yang penuh dengan adat kebudayaan pelbagai etniknya menggamit perhatian masyarakat seluruh dunia. Hasil dapatan yang diperoleh mengenai kebudayaan masyarakat di Sabah terutamanya etnik Bugis yang mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Adat yang dipegang diwarisi secara turun temurun sehingga ke generasi pada hari ini. Daripada adat kelahiran sehinggalah kepada adat perkahwinan serta tarian tradisional yang diamalkan oleh etnik ini mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa yang melihatnya. Namun, melalui kajian yang diperolehi sedikit sebanyak kebudayaan masyarakat Bugis di daerah Tawau ini semakin mengalami perubahan selaras dengan peralihan zaman. Kebudayaan etnik ini hampir mempunyai persamaan dengan etnik lain kecuali cara perlaksaan yang dilakukan adalah berbeza dan istilah yang digunakan. Generasi muda sekarang semakin hilang nilai adatnya kerana lebih bersifat moden dan kontemporari seiring dengan modenanisasi yang berlaku. Tetapi tidak dapat dinafikan, kebudayaan ini masih dipegang cuma pengisian dan caranya lebih moden berbanding dahulu.

45

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

REFLEKSI
Alhamdulillah, akhirnya tugasan hubungan etnik ini dapat saya siapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang telah saya tempuhi. Namun dengan kekuatan yang telah diberikan oleh Allah SWT dapat juga saya siapkan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Jauyah Amit selaku pensyarah bagi subjek ini kerana telah memberikan kami panduan untuk menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang lain, kerana telah memberi komitmen yang terbaik sepanjang pembikinan tugasan ini berlangsung. i) Pengalaman semasa melakukan tugasan ini (proses temubual, mencari maklumat dan lain-lain) Pada 18 Febuari 2013, saya telah mendapat satu kerja kursus pendek (KKP) untuk mata pelajaran Hubungan Etnik yang perlu dilakukan secara individu. Tugasan ini memerlukan saya untuk membincangkan tentang sejarah dan budaya etnik masingmasing di tempat yang telah dipilih. Selain itu, saya juga dapat mengkategorikan dalam pelbagai aspek seperti sejarah, adat resam, pantang larang, kepercayaan dan kebudayaan etnik tersebut dari kelahiran sehingga kematian. Saya telah memilih etnik saya sendiri iaitu etnik Bugis di mana majoriti penduduknya berada di sekitar daerah Tawau. Pada mulanya, kami telah diberikan sedikit penerangan bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini oleh pensyarah bimbingan. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar, teguran dan nasihat sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Saya telah melakukan pengumpulan maklumat melalui beberapa laman sesawang yang

menyediakan tentang sejarah etnik Bugis ini. Kajian yang dilakukan secara teliti melalui pembacaan dan kajian soal selidik atau temu bual bersama empat responden iaitu ahli keluarga saya sendiri. Ahli keluarga saya terdiri daripada Puan Hjh. Nuriati binti Kursin, Puan Hjh. Pati binti Solong, Puan Hjh. Hale binti Pale dan Tuan Hj. Samsu bin Samsi. 46

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Mereka merupakan orang lama yang banyak mengetahui tentang sejarah, adat resam, pakaian, makanan, adat kelahiran dan perkahwinan yang masih dikekalkan sehinggan kini. Sedikit sebanyak hasil temu bual bersama mereka telah membantu saya dalam pelaksanaan tugasan ini. Kedatangan awal etnik ini bermula dari zaman penjajahan Belanda lagi yang telah memerintah Indonesia pada abad ke-17. Ini menyebabkan sebahagian daripada penduduk di Indonesia yang berbangsa Bugis telah berhijrah ke Malaysia, khususnya di sekitar daerah Tawau. Saya telah melakukan pembacaan di perpustakaan dan juga pencarian maklumat di internet. Tugasan ini bukanlah mudah untuk saya

melaksanakannya kerana tiada sumber yang menerangkan secara jelas tentang kebudayaan dan adat resam etnik Bugis di daerah Tawau akan tetapi segala maklumat yang telah saya perolehi melalui temu bual yang dilakukan Berjaya dilaksanakan semasa cuti pertengahan semester. ii) Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan langkah mengatasi Pelbagai impak positif mahupun negatif yang diperolehi sepanjang melakukan kerja kursus ini. Tidak terkecuali pelbagai rintangan dan halangan terpaksa saya lalui dalam menyiapkan tugasan ini. Kerja kursus ini memberi 1001 makna dalam melangkah untuk menjadi seorang bakal guru nanti. Pada mulanya kami tidak memahami lagi arahan tugasan. Selepas diberi penerangan, barulah saya faham apa yang dikehendaki dalam tugasan ini. Apabila saya faham barulah saya dapat mengambil langkah seterusnya iaitu mengumpul bahan. Umumnya, sebelum

menyiapkan tugasan ini, saya perlu mengetahui tentang sejarah dan latar belakang etnik Bugis serta bagaimana etnik ini boleh tersebar dari Indonesia ke Malaysia khususnya di daerah Tawau. Masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan sumber rujukan. Perkhidmatan di perpustakaan dalam penyediaan buku ilmiah amatlah terhad dan kurang. Trend siapa cepat dia dapat amatlah merungsingkan. Kerungsingan ini ditambah lagi dengan kemudahan wireless atau internet yang lambat dan sering putus perkhidmatannya. Keadaan ini secara tidak langsung telah menyulitkan proses pencarian maklumat. 47

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Masalah ini akhirnya dapat diatasi setelah mendapat inisiatif untuk merizab dulu bukubuku yang berkaitan daripada teman sekelas yang meminjamnya. Tambahan pula, saya telah mengambil langkah untuk mencari maklumat di internet pada waktu malam kerana kelajuan modem Broadband lebih cepat berbanding pada waktu siang. Manfaat ini kami sesama rakan tidak sia-siakan. Saya terus mencari maklumat di perpustakaan mengenai tajuk yang diberikan. Saya juga telah berbincang bersama rakan lain untuk mengumpul data yang telah ditemui dan bagaimana untuk menganalisisnya. Dalam membuat tugasan Hubungan Etnik , saya meneliti dan bertanya kepada rakan tentang maklumat yang saya tidak faham. Seterusnya membuat draf tentang sejarah, adat resam, pantang larang, kepercayaan dan kebudayaan etnik tersebut dari kelahiran sehingga kematian Maklumat yang telah diperolehi, hendaklah dihuraikan dalam bentuk esei. Saya tidak menangguhkan kerja tersebut kerana merasakan banyak lagi tugasan mata pelajaran lain yang diberikan sama waktunya dengan mata pelajaran ini. Saya terpaksa menyediakan jadual bagi menyelesaikan semua tugasan yang telah diberikan bagi mengatasi masalah kekangan masa yang dihadapi. Masalah lain adalah dari segi kekangan masa. Wujudnya lambakan kerja kursus dalam satu masa sekaligus amatlah memenatkan. Tarikh menghantar kerja-kerja kursus tersebut juga berdekatan. Masalah ini dapat diatasi dengan menyiapkan kerja yang tarikhnya perlu dihantar dahulu kemudian barulah diikuti dengan kerja kursus lain. Melalui kerja kursus ini, saya juga lebih bijak membahagikan masa antara tugas-tugas yang perlu dilakukan secara segera dan tugas-tugas yang penting tetapi tidak perlu disegerakan. Saya percaya jika saya menjadi seorang guru kelak, beban yang menanti saya akan saya pikul dan bersedia dari sekarang terutamanya dalam kebijaksanaan pembahagian masa supaya tidak terkejar-kejar dalam melaksanakan tugasan yang diberi dan dapat menyiapkan tugasan itu dengan sempurna dan mengikut masa yang telah ditetapkan. Proses menyiapkan setiap tugasan dilakukan secara beransur-ansur. Akhirnya, tugasan ini terhasil jua dalam masa yang ditetapkan. Peruntukan masa yang terhad membuatkan saya lebih akur dan patuh dalam menyiapkan tugasan. Ironinya, terdapat pelbagai impak positif yang saya dapat 48

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 sepanjang menyiapkan tugasan ini. Masalah-masalah yang timbul hanyalah sekadar ujian mahupun dugaan yang harus ditempuh oleh setiap manusia yang bergelar pelajar. Ibarat ungkapan sebuah kata-kata hikmat bukan senang hendak senang, bukan susah hendak senang. iii) Bagaimana pengalaman dalam menjalankan tugasan mampu meningkatkan kefahaman tentang pelbagai etnik di negara ini Melalui segala tugasan yang telah saya lakukan, saya dapati secara tidak langsung banyak perkara yang telah saya pelajari yang dapat meingkatkan kefahaman saya tentang pelbagai etnik di negara ini. Antaranya ialah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang bagaimana latar belakang dan migrasi yang berlaku dalam etnik Bugis di Indonesia ke Sabah khususnya di daerah Tawau sejak penjajahan Belanda pada abad ke-17. Walaupun saya telah pelajarinya semasa berada di sekolah dahulu, namun pendedahan ini telah meningkatkan lagi pemahaman saya tentang etnik Bugis. Di samping itu, saya turut dapat mengimbau kembali kronologi-kronologi semasa adat resam dan adat perkahwinan keluarga saya yang masih mengamalkan adat-adat tersebut. Perkara ini merupakan sesuatu yang penting dalam saya mengenal asal-usul etnik saya sendiri dan bagaimana proses perkembangannya. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap pemahaman saya dan telah membuatkan saya lebih menghargai serta mencintai etnik dan tanah air saya. Tugasan ini juga telah memberikan cetusan idea dan buah fikiran untuk mempelbagaikan cadangan pengajaran semasa di sekolah nanti mengenai topik kaumkaum yang terdapat di Sabah. Penyerapan nilai murni dan budaya yang baik boleh dipupuk semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Pada pendapat saya, guru yang bertanggungjawab akan selalu peka terhadap segala keadaan atau situasi yang berlaku disekitarnya. Murid-murid merupakan peniru yang terbaik, maka dengan adanya contoh atau teladan yang boleh diikut sudah pastinya sikap untuk bersatu-padu itu akan menjelma bagi mewujudkan negara yang harmoni dan bersatu padu walaupun hidup dengan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik.

49

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Sebagai seorang bakal guru, saya perlulah sentiasa berusaha untuk

meningkatkan kemajuan dan mendalami seberapa banyak ilmu agar tidak ketinggalan dalam arus permodenan. Saya akui bahawa, saya merupakan individu yang sangat kurang membaca dan ia menyebabkan wujudnya kelemahan semasa hendak menjalankan tugasan. Ilmu atau pengetahuan mengenai sejarah dan budaya enik masing-masing merupakan keperluan yang mana menjadi tempat untuk dirujuk dan diketahui oleh generasi masa hadapan. Sebagai contoh, sekiranya kita tidak tahu asal usul diri kita, ada kemungkinan kita akan menjadi kosong dan tiada fokus dalam hidup. Walaupun kita tahu terlalu banyak masalah dan isu pertikaian mengenai perkauman yang berlaku dalam negara kita, namun di segenap itu masih terdapat ruang untuk kita menilai dan berfikir untuk membuat satu anjakan serta perubahan yang perlu bermula daripada bawah lagi. Penguasaan ilmu yang meluas boleh dikatakan sebagai tuntutan bagi setiap guru agar sifat berpengetahuan itu menjadi pegangan utama dan menjadi aset untuk membimbing murid ke arah yang lebih positif. Sesungguhnya kerja kursus ini begitu mendekatkan diri saya dengan keadaan sebenar dalam pelbagai etnik yang terdapat di negara kita. Oleh itu, seorang bakal guru seperti saya perlu sentiasa bersedia, peka serta bergiat aktif dalam menguasai sebarang aktiviti pengajaran dan berusaha meningkatkan kemajuan diri adalah tidak menjadi sesuatu kemusykilan jika mempunyai semangat yang kuat untuk mendidik serta mengubah pandangan anak bangsa. Oleh itu, setiap orang perlulah sedar dan mengambil cakna akan perkara ini dan berusaha mengekalkan budaya etnik masing-masing agar tidak ditelan dek zaman arus pemodenan kini. Selain itu, kita juga haruslah sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain serta menjaga sensitiviti kaum-kaum lain. Dengan ini barulah negara kita akan sentiasa menjadi aman damai dan bersatu-padu seterusnya dapat memangkin pembangunan negara kita supaya terus berkembang maju dan dihormati di mata dunia. Secara tuntas, masyarakat di Sabah dapat hidup berbilang kaum dengan aman dan harmoni. Mereka hidup dengan cara dan budaya mereka masing-masing tetapi masih menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain. Hal ini akan memberikan impak yang besar kepada negara kita di mata dunia luar amnya. 50

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Pembinaan negara bangsa dapat diwujudkan tanpa sebarang ancaman dalaman dan luaran yang sedia ada. Melalui kebudayaan etnik yang terdapat di Sabah juga dapat mewujudkan masyarakat yang mengamalkan norma-norma kehidupan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan mampu memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan pembangunan ekonomi negara kita Sekian. Terima kasih

_______________________ (Saharia Binti Rahman) PISMP BM (SJKC) Ambilan Januari 2012

51

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

RUJUKAN
BUKU Suraya Sintang, 2007, Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah, Penerbit UMS, Sabah. Osman Hj. Jamal, Mustapa Abd Talip dan Chacho Hj. Bulah, 2008, Prosiding Bugis Sabah 2007- Memperkasa Citra dan Jati Diri, Penerbit UMS, Sabah. A. Samad Ahmad, 1985, Kerajaan Johor-Riau, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Ahmad Jelani Halimi, 2006, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Andi Rasdiyanah Amir, 1982, Bugis-Makassar dalam Peta Islamisasi Indonesia, Ujung Pandang:IAIN Alauddin. Hamid Abdullah, 1985. Manusia Bugis Makassar. Jakarta: Inti Idayu Press

INTERNET

http://hubunganetnik-ipgkpi.blogspot.com/2012/07/etnik-bugis.html http://suaraperubahan.blogspot.com/2008/09/sejarah-awal-bugis.html http://portalbugis.wordpress.com/about-m/manusia-bugis-rantau-budayanya/bugissabah/ http://wargasawitto.blogspot.com/2012/11/suku-bugis-dan-istiadat-suku-bugis.html http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/p/kajian-budaya-tarian-pojadalam.html http://dady-rahman.blogspot.com/2011/03/adat-perkahwinan-bugis.html http://green-star84.blogspot.com/2012/10/permainan-tradisional-bugis.html http://busbonecomunty.blogspot.com/2012/10/adat-istiadat-suku-bugis.html http://www.rappang.com/2010/12/link-adat-budaya.html 52

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 TEMU BUAL

NAMA UMUR Tempat tinggal Pekerjaan Pertalian

: Hajah Pati binti Solong : 86 tahun : Nunukan, Indonesia : Suri rumah : Merupakan kakak kepada arwah atuk saya

NAMA UMUR Tempat tinggal Pekerjaan Pertalian

: Hajah Nuriati binti Kursin : 66 tahun : Kg. Pasir Putih, Tawau : Peniaga : Merupakan nenek kandung saya

53

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

NAMA UMUR Tempat tinggal Pekerjaan

: Hajah Hale binti Palle : 60 tahun : Nunukan, Indonesia : Peniaga

Pertalian

: Merupakan sepupu kepada


sebelah nenek

NAMA UMUR Tempat tinggal Pekerjaan Pertalian

: Haji Samsu bin Samsi : 51 tahun : Batu 4, Jalan Apas : Peniaga : Merupakan suami kepada kakak bapa saya

54

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

LAMPIRAN

55