Anda di halaman 1dari 11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 Mata Pelajaran Tarikh Masa Tahun Bilangan murid Tema Tajuk

: Bahasa Melayu : 20 Mac 2013 : 11.00 12.00 tengah hari (60 minit) : 5 Delima : Lelaki 15 orang dan perempuan 18 orang : Patriotisme : Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama 11.2 : Mengulas karya karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana,nilai dan pengajaran. Aras 2

i.
Fokus Sampingan 7.3

Menyaring maklumat untuk mendapatkan mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan

Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca. Aras 2 i. Mengumpul maklumat tentang isi kandungan bahan yang dibaca.

Objektif : Pada akhir pelajaran ini murid dapat 1. Menulis satu perenggan tentang nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerita Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia. 2. Menjawab 3 daripada 5 soalan pemahaman tentang cerita Lahirku di Bumi Malaysia secara objektif 3. Melengkapkan 5 daripada 10 ayat dengan menulis kata kerja yang betul. Sistem Bahasa: Kata Kerja: memegang , merentap , memeluk , meronta-ronta , Pengisian Kurikulum 1. Ilmu 2. Nilai Murni 3. Kemahiran Bernilai Tambah a. Kemahiran Berfikir : menganalisis, mencirikan, membuat kesimpulan b. Kemahiran Belajar Cara Belajar : membaca secara luncuran,menulis c. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Verbal linguistik, Visual ruang, muzik Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menonton cerita tentang keganasan pihak komunis di televisyen. : Sastera : Kesyukuran, kebaranian, kasih sayang

Penekanan Konsep 5P Penggabungjalinan Penyerapan Penilaian Pemulihan Pengayaan : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis : Sejarah, muzik. : Murid menjawab soalan pemahaman yang disediakan oleh guru : Menggariskan kata kerja : Mengisi kata kerja yang sesuai terhadap ayat yang disediakan

Bahan Bantu Mengajar: 1. Bendera 2. Lagu Jalur Gemilang yang dimainkan melalui komputer riba. 3. Lampiran 1 - Petikan cerita bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia 4. Lampiran 2 - Soalan Kefahaman 5. Lampiran 3 - Borang pengurusan grafik 6. Lampiran 4 - Lembaran Kerja Aktiviti Pembelajaran Dan Pengajaran Langkah Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi 5 minit

1. Jalur Gemilang. 2.Lagu Jalur Gemilang. 3.Contoh soalan: I. Apakah perasaan kamu ketika menyanyikan lagu Jalur Gemilang? II. Pernahkah murid-murid melihat kisah tentang peperangan seperti di dalam filem atau berita. 4.Tajuk pelajaran: Lahirku Gemilang di Bumi Malaysia.

1.Seorang murid ke hadapan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang 2. Murid diminta menyanyikan lagu Jalur Gemilang bersama sama dengan penuh semangat. 3. Murid disoal oleh guru tentang perasaan mereka ketika menyanyikan lagu tersebut. 4. Guru juga bersoal jawab dengan murid tentang sesuatu cerita peperangan yang pernah dibaca, didengar atau ditonton. 4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

BBM : Bendera Lagu Jalur Gemilang

Kecerdasan Pelbagai: Muzik

Kontekstual: Menghubungkait isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid

Nilai: berbangga

Langkah 1 18 minit

1.Teks bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia, Lampiran 1 2. Soalan Kefahaman Lampiran 2

1. Murid diedarkan petikan yang bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia. 2. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membacakan petikan menggunakan teknik permainan bola beracun. 3. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan membaca teks secara bergilir mengikut perenggan. 4. Setiap kumpulan diedarkan soalan kefahaman berbentuk objektif dan diminta menjawab soalan-soalan tersebut. 5. Wakil setiap kumpulan diminta untuk membacakan jawapan dan menilai hasil kerja kumpulan lain. 6.Guru merumus hasil jawapan murid

BBM: Muzik Bola tenis Petikan

Kemahiran Belajar Cara Belajar: Membaca secara luncuran

Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik

Nilai: kerjasama

Langkah 2 20 minit

1.Petikan 2. Borang Pengurusan Grafik Lampiran 3

1. Murid diminta meneliti semula petikan yang diberi. 2. Setiap kumpulan diedarkan borang pengurusan grafik. 3.Murid diminta melengkapkan borang pengurusan tersebut dengan menyatakan nilai murni yang terdapat dalam petikan. 4. Setiap kumpulan diminta membentangkan dapatan hasil kumpulan. 5. Guru dan murid berbincang hasil

BBM: Borang pengurusan grafik

Nilai: Kerjasama keberanian

Kemahiran berfikir: mencirikan Merumus

dapatan. 6. Murid diminta menulis satu perenggan nilai murni ke dalam buku latihan sebagai kerja susulan .

Kemahiran belajar Cara Belajar: Menulis

Kecerdasan pelbagai: Visual ruang, Interpersonal

Langkah 3 12 minit

1.Kata kerja memegang , merentap , memeluk , meronta-ronta

1. Berpandukan petikan Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia, murid diminta untuk menggariskan kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut. 2. Murid diminta menyebut kata kerja

BBM : Petikan Lembaran Kerja

Kemahiran berfikir: Menjana idea Mengklasifikasi

2.Lembaran kerja Lampiran 4

yang telah digariskan. 3. Secara individu murid diedarkan Lembaran Kerja dengan meminta murid melengkapkan ayat menggunakan kata kerja. 4. Murid diminta menyemak hasil kerja

Kemahiran Belajar Cara Belajar: Menulis

Pemulihan - Menggariskan kata kerja

rakan dengan bimbingan guru. 5. Murid diminta membina ayat sendiri berdasarkan tiga kata kerja yang dipilih daripada lembaran kerja tersebut.

Nilai: yakin

Pengayaan - Membina ayat - bergelimpangan - berlumuran - berpelukan

Penutup 5 minit

Penutup Berdoa mohon keamanan untuk negara.

1. Murid diminta berdiri tegak dan mengikuti bacaan doa guru dalam memohon keamanan negara kita.

Kecerdasan Pelbagai: kekuatan rohani

Refleksi

Lampiran 1 Petikan Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia Aku memegang tangan adik kecilku dengan erat. Aku bimbang kalau-kalau terlepas tangan kecil itu, aku akan kehilangannya. Kadang-kadang dia cuba merentap tangannya. Mungkin kesakitan dek genggaman kuat tanganku. Bunyi bedilan meriam dan senapang bertalu-talu. Aku hanya memekakkan telinga. Aku terus berlari mencari tempat yang kukira selamat untuk bersembunyi. Tapak kecil adikku seolah-olah tidak menjejak bumi. Aku tidak peduli. Keadaan kami bagai telur dihujung tanduk. Cukuplah aku leka, tamatlah riwayat kami. Aku sangat mengasihinya. Cukuplah aku kehilangan ibu bapa dan adik-adikku yang lain. Dia saudara yang aku ada kini. Mayat bergelimpangan di sana sini. Bau hanyir menusuk hidung. Tiba-tiba, aku ternampak sepasukan tentera penceroboh sedang menuju ke tempat persembunyian kami. Aku membatukan diri. Kakiku menggeletar. Ku genggam tangan adikku sambil memeluknya erat. Semoga kelibat kami tidak dilihat oleh mereka. Bunyi tembakan dan jeritan silih berganti. Aku tahu beberapa orang bersembunyi berhampiran dengan kami telah dibunuh. Giliranku bila? Aku berdoa agar kami berdua selamat. Aku tidak mahu menjejak anggota keluargaku yang lain. Kami berdua sahaja waris yang tinggal bagi keturunan kami. Datuk,nenek dan kerabat yang lain telah lama tewas. Aku terus berdoa. Derapak sepatu tentera penceroboh mengejutkan kami. Pelukanku semakin kemas. Aku menekup mulut adikku. Peluh memercik di dahi. Adik kecilku yang tidak mengerti apa-apa mula meronta-ronta. Rontaannya yang semakin kuat menyebabkan pelukannya terlerai. Adik berlari keluar sambil menangis. Turt! Trut! Trut!, bunyi itu menerjah ke telingaku. Tubuh kecil adikku rebah ke bumi. Aku terpempan. Aku menerpa ke arahnya. Tubuhnya longlai dan dibasahi darah. Aku memeluk tubuh kaku adikku. Aku menangis semahu-mahuku. Tuhan sahaja mengetahui betapa luluhnya hatiku saat itu. Tubuh adikku ditembusi berpuluh-puluh butir peluru. Aku memeluknya erat. Tiba-tiba, sebutir peluru singgah didadaku. Aku terpelanting. Sakitnya bukan kepalang. Mataku berpinar-pinar. Aku bingkas bangun. Aku mengucap panjang. Terasa lega. Bermimpi rupa-rupanya aku. Aku termenung sambil mengimbau mimpiku. Aku bersyukur kerana aku tidak perlu melalui segala kegetiran dan kesengsaraan yang dialami oleh sesetengah penduduk di negara lain. Aku berdoa agar negaraku tetap merdeka. Sesungguhnya, aku sangat bertuah kerana di lahirkan di bumi ini.

Lampiran 2

Soalan Kefahaman

Nama Kumpulan:..

Tarikh : 20 Mac 2013 1. Apakah sebab mereka berlari mencari tempat persembunyian? a. Mereka melarikan diri daripada polis. b. Mereka melarikan diri daripada tentera pencoroboh. c. Mereka melarikan diri daripada pengganas. d. Mereka melarikan diri daripada keluarga.

2. Apakah sedang berlaku apabila mereka terdengar bunyi tembakan dan jeritan silih berganti? a. Tentera negara sedang bertempur dengan tentera penceroboh. b. Orang yang bersembunyi sedang bertempur dengan tentera peceroboh. c. Tentera pencoroboh sedang menangkap orang yang bersembunyi berhampiran dengan mereka. d. Tentera pencoroboh sedang membunuh orang yang bersembunyi berhampiran dengan mereka. 3. Apakah maksud ayat Aku tidak mahu menjejak anggota keluargaku yang lain dalam petikan tersebut? a. Penulis tidak ingin kembali berjumpa dengan anggota keluarganya. b. Penulis membiarkan anggota keluarganya dibunuh oleh tentera penceroboh. c. Penulis menyakini bahawa semua anggota keluarganya telah terbunuh. d. Penulis berasa takut dan tidak selamat untuk kembali melihat anggota keluarganya.

4. Apakah sebab adik Si penulis jatuh ke tanah? a. Adiknya terkena peluru daripada tembakan tentera pencoroboh. b. Kaki adiknya tersepak batu lalu jatuh ke tanah. c. Keadaan tanah yang basah dan berlumpur. d. Adiknya terkena serpihan ledakan bom.

5. Apakah tindakan Si penulis apabila melihat adiknya terbaring sambil darah mengalir keluar dari badannya? a. Melarikan diri daripada tentera penceroboh. b. Berlari ke arah tentera pencoroboh untuk membalas dendam. c. Bersembunyi sambil menangis melihat adiknya. d. Berlari ke arah adiknya sambil menangis lalu memeluk adiknya.

Lampiran 3

Borang Pengurusan Grafik

Nama Kumpulan: . Tarikh : 20 Mac 2013

Nilai murni

Contoh

Cth; Tabah

Cth; Kesemua anggota keluarga telah terkorban dan menerima akan segala yang berlaku

Lampiran 4

Lembaran Kerja

Nama ;. Kelas : Tahun 5 Delima Tarikh : 20 Mac 2013 Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai

menggeletar terpisah

dihalau menumbuk

mengerang merancang

memerah menyambar

mengadakan melulur

1.

Amir _______________________ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

2. Badan Nabilah_________________________ kerana ketakutan. 3. Pengemis itu _______________________ oleh pekerja restoran tersebut. 4. 5. Mak Cik Hasnah sedang ________________________ bawang di dapur. Ibu ____________________________ kelapa untuk mendapatkan santannya.

6. Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba __________________. 7. Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan _______________________ pameran 8. lukisan.

Kampung Berlian dan Kampung Permata _____________oleh sebatang sungai.

9. Ular sawa itu _______________________ seekor kambing. 10. Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________________nya terlebih dahulu.