Anda di halaman 1dari 16

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

ARTIKEL 1: STRATEGIC MANAGEMENT IS AN ON-GOING PROCESS: IN SUN TZUS THE ART OF WAR STUDY

1.1

Pengenalan

Dua artikel dari jurnal yang dipilih untuk kajian ini ialah Strategic Management is an On-going Process: In Sun Tzus The Art of War Study oleh Fred Victor dan What is Strategic Management, really? Inductive Derivation of A Consensus Definition of The Field oleh Rajiv Nag, Donald C. Hambrick dan Ming-Jer Chen.

Artikel pertama ialah artikel berbentuk konseptual dimana ia memberikan ulasan dan dapatan hasil dari penulisan orang lain. Manakala artikel kedua adalah artikel berbentuk empirikal yang memaparkan hasil kajian penulis terhadap isu-isu dalam pengurusan strategik.

Artikel 1 cuba menunjukkan impak atau kesan The Art Of War terhadap pengurusan strategik dan organisasi SME. Artikel 2 mengupas ciri-ciri dan keupayaan pengurusan strategik ke arah peningkatan prestasi dalam sesebuah organisasi.

Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk mengkaji ciri-ciri dan kaedah implementasi pengurusan strategik dalam dunia sebenar. Kajian secara teoritikal dan empirikal membantu mengenalpasti dan memahami konsep-konsep dalam pengurusan strategik sebagai panduan dalam memenuhi keperluan sesebuah organisasi.

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

1.2

Ringkasan : Artikel 1

Artikel ini ingin melihat kesan pendekatan Sun Tzu terhadap penggunaan Art of War dalam pengurusan strategik. Ia juga bertujuan untuk perubahan yang berlaku dalam situasi politik dan ekonomi terhadap institusi perniagaan di sesebuah organisasi. Antara isu-isu yang yang diketengahkan dalam pengurusan strategik SME adalah prestasi,

formulasi, perlaksanaan (implemention), keaadaan pasaran, keadaan ekonomi dan politik, kawalan, pemilihan alternatif, perancangan strategi, dan keberterusan perlaksanaan.

1.3

Kekuatan : Artikel 1 Pada skop SME, penulis lebih menekankan pada aspek penyesuaian pembentukan strategik iaitu SME perlu menilai alternatif alternatif untuk mencapai objektif mereka. Alternatif-alternatif yang dipilih juga perlu mengambil kira hal-hal berkaitan politik, dan keadaan ekonomi semasa. Pemilihan strategi yang dibuat oleh SME akan menentukan tahap kelebihan persaingan mereka dalam pasaran serta penggunaan strategi-strategi adalah berlainan mengikut sasaran pasaran yang berbeza.

Ini disokong oleh beberapa hujah tambahan yang menyatakan SME perlu berhatihati dan memahami perbezaan dimensi persekitaran luaran (Hitt,Ireland & Hoskisson , 2003). Terdapat lima tugas pengurusan dalam proses pembentukan strategi dan

perlaksanaan. Pembinaan strategik atau proses perlaksanaan mengandungi lima kaitan secara langsung pada tugas pengurusan. Kelebihan pengurusan strategik telah membantu

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

syarikat dalam memformulasi strategik yang lebih baik melalui penggunaan yang sistematik, logik, dan pendekatan releven terhadap pemilihan stategi ( David,2003).

Selain itu perubahan pengurusan adalah berterusan dan

kombinasi secara

langsung antara seni dan sains bagi memastikan strategi organisasi, struktur dan proses adalah sejajar ( Worley and Vick, 2005).

Penulis juga menyatakan beberapa alternatif yang boleh membantu membuat penilaian antara satu sama lain bagi memastikan sesebuah organisasi berjaya mencapai target atau sasaran masing-masing. Menurut Johnson dan Scholes(2002) sesebuah

organisasi boleh mencapai misi dan visi melalui proses menganalisa dan mencabar diri sendiri bagi tujuan merealisasikan sesuatu visi dan misi.

Penulis juga berpendapat pengurusan strategik ialah sesuatu yang dinamik kerana ia bersifat berterusan. Ini jelas menunjukkan sesebuah organisasi yang ingin terus berjaya perlu sentiasa mengkaji dan memperbaharui strategi dalam pengurusan strategik masingmasing. Ia perlu dinilai dari masa ke semasa bagi memastikan ia masih relevan dan boleh diimplementasikan dalam pengurusan.

Penulis jelas memberikan cadangan dan mengkaji ciri-ciri Art Of War yang sangat membantu untuk sesebuah organisasi dalam meningkatkan pencapaian misi dan visi masing-masing. Penulis turut menyatakan cambahan idea di mana pengurusan strategik menyumbang ke arah pertumbuhan dan pencapaian sesebuah organisasi.

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

Penulis telah mengetengahkan penggunaan serta kelebihan-kelebihan pengurusan strategik kepada industri SME. Walau bagaimanapun, terdapat andaian andaian penulis yang menunjukkan penulis tidak bersetuju dengan beberapa konsep pengurusan strategik. Ia berdasarkan pendapat penulis yang mengatakan strategi tidak akan menjamin

sesebuah syarikat akan berkembang dengan baik. Pendapat kedua adalah penulis melihat strategi adalah sesuatu yang tidak dirancang. Ini disebabkan oleh kerana dua faktor iaitu strategi yang timbul daripada peluang dan ancaman serta tindakbalas strategi berpunca daripada persekitaran organisasi itu sendiri. yang

Penulis turut menyatakan bagaimana konsep pengurusan strategik itu diaplikasi kepada organisasi seperti SME serta perkara-perkara yang perlu di ambil kira oleh SME dalam proses perancangan strategik. Ia melibatkan pemerhatian kepada perubahan persekitaran dalaman dan luaran serta pemilihan-pemilihan strategi bagi mencapai objektif dan meningkatkan prestasi SME. Selain tu juga, penulis menilai penggunaan pendekatan Sun Tzu, Art of War kepada proses pengurusan strategik organisasi.

Penulis mengambil satu elemen penting iaitu keberterusan proses dalam pembentukan pengurusan strategik . Keberterusan proses ini mencangkupi beberapa faktor yang mempengaruhi perancang sesebuah organisasi, serta perlaksanaan dipelbagai peringkat pengurusan.

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

Teks tersebut juga secara tidak langsung memberi definasi kepada pengertian pengurusan strategik itu sendiri daripada kata kunci pengururusan strategik seperti prestasi, formulasi, perlaksanaan (implemention), kawalan, pemilihan alternatif, perancangan strategi, pengarang dan keberterusan perlaksanaan. Melalui definasi tersebut,

menghuraikan beberapa fungsi perancangan serta memberikan contoh

aplikasi fungsi tersebut.

1.4

Kelemahan Artikel

Penulis cuba mengaitkan diantara isu pengurusan strategik dalam SME dan pendekatan konsep Sun Tzu Art of War. Penulis telah menunjukkan beberapa bukti dan memberikan pendapat beliau terhadap isu-isu tersebut. Bukti-bukti dan penjelasan yang diberikan oleh penulis masih belum mencukupi untuk memberi gambaran mengenai tajuk yang dibuat, ini adalah kerana sumber-sumber maklumat penulis adalah daripada satu tesis dan buku-buku ilmiah berkaitan pengurusan strategik. Teks yang ditulis oleh satu tesis dan pandangan beliau

penulis adalah lebih berbentuk kepada rumusan

mengenai tajuk dan kaitan elemen-elemen tersebut. Beliau tidak menerangkan secara mendalam serta terperinci mengenai isu-isu penting yang seharusnya dijelaskan bagi pemahaman kepada pembaca.

Terdapat kekurangan isi bagi mengukuhkan hujah penulis. Walaupun begitu, beliau bijak mengatur kepadanan beberapa isu untuk dikaitkan dengan pendekatan

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

konsep Sun Tzu. Ia secara ringkas membantu pembaca membuat penilaian sendiri mengenai tajuk dan elemen yang dibincangkan.

Berdasarkan isu isu

yang dibincangkan, perkara-perkara yang memberi

tindakbalas kepada pembaca adalah pada pertengahan teks yang membincangkan penggunaan perancangan dan makna pengurusan strategik dalam sesebuah organisasi. Pengurusan strategik menyediakan struktur dimana ia mengandungi analisis dan pemikiran tentang pemasalahan yang kompleks. Ia memerlukan pengurus untuk membuat persoalan dan menghadapi cabaran untuk memperoleh penyelesaian.

Pengurusan strategik digunakan untuk mengawal dan melihat prestasi

serta

progress dalam mencapai objektif sesebuah organisasi. Pengurusan strategik juga digunakan dalam unit perniagaan strategik (SBU) iaitu bagi memastikan penggunaan sumber secara optimum dan mendapat kelebihan persaingan. Pengurusan strategik juga membantu penglibatan individu dalam perancangan pembinaan strategi organisasi. sesebuah

Bersesuaian dengan tajuk jurnal yang menumpu kepada pengurusan strategik yang berterusan, ia adalah benar apabila dilihat dari sudut keberterusan perlaksanaan perancangan dan penggunaan pengurusan strategik itu sendiri. Pengurusan strategik juga adalah berbeza mengikut kesesuaian organisasi, kerana setiap organisasi memiliki objektif yang berbeza serta permasalahan yang berbeza. Oleh sebab itu, elemen-elemen dalam pengurusan strategik adalah berbeza mengikut kefahaman dan andaian-andaian

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

tertentu . Akan tetapi konsep pengurusan strategik masih sama iaitu berlandaskan konsep Sun Tzu, The Art of War. 1.5 Rumusan dan cadangan Secara keseluruhan, artikel ini memberikan sumbangan secara literasi kepada mana-mana organisasi dalam melaksanakan pengurusan strategik dalam organisasi masing-masing.

Dapat dilihat dengan jelas penulis menyusun semula strategi-strategi dalam Art of War untuk disesuaikan dengan pesekitaran dunia perniagaan masa kini. Ini

menunjukkan kepentingan implementasi pengurusan strategik dalam sesebuah organisasi.

Walaupun penggunaannya meningkat, faedah dari amalan perancangan strategik masih lagi menimbulkan isu. Hakikat sebenarnya, sumbangan perancangan strategi adalah tidak secara langsung dan sukar diukur dan kejayaannya bergantung ke atas barisan faktor dalam syarikat. Faktor ini termasuklah jeins industri, tahap kepelbagaian, sifat persaingan industri, keberkesanan keseluruhan pengurusan strategik, pembangunan dan kematangan syarikat dan sikap CEO itu sendiri.

Penggunaan perancangan strategik oleh organisasi SME semakin disambut baik. Ia turut dijadikan panduan sesebuah SME untuk berkembang dalam mencapai misi dan

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

visi organisasi. Sesebuah organisasi perlu lebih fokus dan mengetahui apakah jenis perniagaan yang diceburi dan seterusnya mencari pasaran bagi perniagaan yang dijalankan.

Dengan mengetahui sasaran pasaran yang ingin dipelopori, sesebuah organisasi itu akan lebih lengkap menyediakan misi yang ingin dicapai. Sasaran pasaran juga merupakan sesuatu yang perlu diambil kira dalam pembentukan pernyataan misi. Rujukan: Hitt, M.A, Ireland, R.D and Hoskisson, 2006. Strategic Management: Competitiveness and Globalisation, Concepts, 3rd Canadian Edition, Nelson Education.

Zainal Abidin Mohamed, 2007, Pengurusan Strategik, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Mohamed, Ho Jo Ann, Wong Foong Yee, 2010, Strategic Management, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Foo Check Teck dan Peter H. Grinyer, 2000. Sun Tzu Business Warcraft : Organizing Strategy, Horizon Books, Singapore.

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

ARTIKEL 2: WHAT IS STRATEGIC MANAGEMENT, REALLY? INDUCTIVE DERIVATION OF A CONSENSUS DEFINITION OF THE FIELD

2.1

Ringkasan: Artikel 2 Dalam artikel ini, penulis meletakkan kunci utama dalam pengurusan strategik ialah bagaimana mengurus perniagaan dengan baik . Penulis cuba untuk memuatkan perkara-perkara asas berkaitan perancangan dan pengurusan strategik. Suatu aspek yang diketengahkan ialah keupayaan sesebuah organisasi untuk terus berkembang dan membangun. Sesebuah organisasi yang ingin maju perlu mempunyai kelebihan dalam persaingan. Pembangunan sesebuah organisasi itu sangat bergantung kepada keupayaan pihak pengurusan organisasi untuk merancang dan mengurus secara strategik organisasi yang dipimpinnya.

Artikel ini juga bertujuan untuk mengkaji makna pengurusan strategik dalam pelbagai bidang dan mengenalpasti elemen-elemen yang terkandung dalam pengurusan strategik. Dalam pengurusan moden, biasanya CEO yang akan mempraktikkan

pengurusan dan perancangan strategik. Organisasi yang berjaya dikaitkan dengan kejayaan mereka mewujudkan perancangan dan pengurusan strategik yang teliti dan komprehensif.

Perancangan ialah satu proses sistematik dalam membuat keputusan mengenai matlamat dan aktiviti-aktiviti jangka panjang sama ada di antara individu, kumpulan , unit kerja atau organisasi ( Bateman dan Snell, 1996:114) . Perancangan biasanya tidak

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

dikaitkan dengan satu tindakan informal. Ia juga bukan satu tindakbalas terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Perancangan mempunyai beberapa elemen penting yang akan dibincangkan dalam kekuatan dan kelemahan artikel ini.

2.2

Kekuatan: Artikel 2 Perancangan mempunyai beberapa elemen penting iaitu melakarkan objektif organisasi, mempunyai hala tuju dan dikawal oleh para pengurus. Penulis menyatakan perancangan memerlukan kombinasi antara ilmu pengetahuan yang mendalam serta pengalaman lepas yang dilalui oleh sesebuah organisasi atau organisasi-organisasi lain untuk dibuat kajian perbandingan. Menariknya, penulis turut meletakkan perancangan strategik sebagai suatu aktiviti awal yang sangat penting dijalankan oleh sesebuah organisasi untuk menempa kejayaan di masa akan datang.

Penulis menyatakan perancangan pada masa ini lebih dikhususkan lagi dengan munculnya konsep perancangan strategik. Perancangan strategik melibatkan kaedah membuat keputusan yang lebih sistematik dan saintifik sama ada untuk mencapai matlamat jangka panjang dan strategik sesebuah organisasi.

Hujah-hujah yang digunakan penulis adalah logik kerana mengandungi kajiankajian terdahulu, mengunakan analisis kuantitatif untuk memperjelaskan makna kajian

10

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

serta

mengambil kira pendapat-pendapat pihak-pihak yang berkaitan secara langsung

dalam bidang kajian. Penulis menggunakan dua kajian utama iaitu menggunakan panel ilmiah pengurusan strategik untuk mengenalpasti jurnal pengurusan strategik yang sebenar atau bukan. Kajian kedua adalah berbentuk kaji selidik bagi mengenalpasti ` boundary-

spanners , dan untuk memperoleh definasi yang lebih jelas beberapa bidang. Penulis juga menggunakan kajian jurnal lepas sebagai rujukan konseptual bagi mengukuhkan argument beliau.

Pada kajian pertama penulis telah mengumpulkan sebanyak 447 abstrak berkaitan pengurusan strategik untuk di analisis dan mengenalpasti pembendaharaan kata yang berbeza-beza dalam bidang pengurusan strategik.

Teks tersebut ditakrif dengan jelas walupun terdapat beberapa perkatan-perkataan yang kurang jelas. Namun secara dasarnya penulis dapat menerangkan dengan teliti

bagaimana proses pengkajian yang dibuat bagi mencapai objketif kajian beliau. Istilahistilah penting bagi menunjukkan perkara yang dikaji turut diberi penekanan bagi melalui jadual dan struktur yang jelas. Bermula dari penjelasan kaedah pertama sehingga kaedah kedua, penulis dapat menghubungkait diantara kedua-dua kaedah bagi menunjukkan proses perolehan hasil kajian.

11

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

Pengurusan strategik mengandungi persetujuan mengenai makna kepada bidangbidang tertentu. Walaupun terdapat pelbagai teoritikal dan pendekatan metodologi serta ketiadaan persetujuan makna yang kukuh, pengurusan strategik dikatakan memiliki perkongsian definasi yang luas. Dalam kajian pertama penulis, boleh digunakan untuk

mengandaikan makna dalam setiap bidang yang dipersetujui. Ia juga turut memberi pemahaman mengenai pengenalan dalam setiap elemen yang dikaji. Penulis ingin

menunjukkan terdapat perbezaan pembendaharaan kata atau kata kunci bagi setiap elemen dan bidang-bidang dalam pengurusan strategik walaupun ia mengandungi pemahaman yang sinonim.

Penulis menggunakan pelbagai kaedah untuk mengenalpasti definasi jelas pengurusan strategik. Penulis cuba mengkaji dan menunjukkan perbezaan definasi

pengurusan strategik tersebut dalam pelbagai lapangan serta mencari kata kunci yang sesuai bagi setiap bidang untuk dibezakan.

Penulis sangat memperincikan kaedah kajian beliau bagi sesuatu isu yang dikaji, daripada makna asas sehinggalah kepada penunjuk-penunjuk makna yang lebih

mendalam. Setiap perkataan-perkataan yang dikenal pasti dikategorikan kepada beberapa takrifan elemen-elemen seperti atasan, insentif, direktor, CEO dan pemilik adalah menunjukkan kepada elemen yang diambil dari pengurus umum bagi pihak pemilik. Manakala untuk perkataan stok, aset, teknologi, kewangan dan beberapa lagi perkataan dilabel sabagai utiliti kepada sumber. Elemen-elemen tersebut diuji lagi pada peringkat

12

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

yang seterusnya sehingga memperoleh beberapa elemen konseptual bagi pengurusan strategik. Terdapat 7 elemen yang berjaya dikenal pasti sebagai perkataan utama dalam pengurusan strategik iaitu inisiatif strategik, organisasi dalaman, pengurus dan pemilik, sumber, prestasi, firma dan persekitaran. Elemen-elemen yang telah dikenalpasti

sememangnya mempunyai kaitan dan merupakan perkara utama bagi penentuan makna pengurusan strategik. Pada pendapat saya, penulis telah berjaya membuktikan dan

memperjelaskan dengan terperinci mengenai tujuan dan dapatan kajian yang dijalankan.

Sebenarnya kunci utama

pengurusan strategik ialah bagaimana mengurus

perniagaan dengan baik dari segi operasinya serentak dengan meletakkan secara strategik untuk mengekal dan mempertingkatkan kekuatan persaingan. Ia harus selari dengan perancangan yang telah dibuat dengan melihat kepelbagaian faktor mengikut kehendak pelanggan , maklumat, teknologi , sumber manusia,aset tetap dan faktor-faktor lain yang berkaitan.

Kesukaran yang paling nyata dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini ialah perubahan arah organisasi. Kesukaran yang paling nyata untuk mengurus strategi baru bukannya terletak kepada teknologi, barangan, pasaran atau sistem pengedaran. Ia lebih kepada teknologi , barangan, pasaran atau sistem pengedaran dan pembentukan semula budaya korporat.

13

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

2.3

Kelemahan- Artikel 2 Penulis menyatakan dalam dunia perniagaan sebenar strategi perancangan dan pengurusan yang sempurna masih belum mencukupi untuk meningkatkan kejayaan sesebuah organisasi. Ini merupakan kontra dari apa yang telah dinyatakan oleh penulis di awal artikel beliau.

Terdapat beberapa asas yang boleh membantu sesebuah organisasi untuk mengukuhkan kedudukan mereka berbanding pesaing ( Ohmae, 1991) . Antara yang dinyatakan ialah Sesebuah syarikat perlu menyusun semula peruntukan sumber-sumber yang dikawal oleh pengurusan. Di kalangan syarikat syarikat yang bersaing dalam industri terdapat syarikat yang tidak dapat menikmati kelebihan awal mengatasi pesaing. Sekiranya sesebuah syarikat pesaing itu telah establish, kaedah yang digunakan hanyalah strategi luar biasa yang menjadi asas kelebihan pesaing.

Pengurusan organisasi yang strategik menurut penulis tidak akan mendatangkan makna dan kesan yang besar sekiranya tidak disusuli dan disertakan dengan tindakan lanjut oleh pihak kepimpinan pengurusan. Pihak pengurusan perlu mengambil tindakan mengikut keutamaan dan perancangan yang telah disusun.

14

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

Penulis turut menyatakan pihak pengurusan perlu mengambil tindakan memerhati, mengawal dan memantau bagi memastikan setiap perancangan yang telah dijadualkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Penulis berpendapat, kesemua perkara ini perlu diambil tindakan sewajarnya kerana pengurusan untuk mengadakan perancangan strategik melibatkan kos kewangan yang tinggi.

2.5

Kelemahan dan Cadangan: Artikel 2

Secara umum perancangan strategik melibatkan suatu jangkaan tempoh sama ada jangka panjang atau jangka pendek. Sepatutnya apa yang perlu dibuat dan dilaksanakan oleh pihak pengurusan ialah mengkaji semula dan memantapkan lagi mana-mana perancangan organisasi yang masih belum dapat disempurnakan. Di sinilah pendekatan analisis SWOT boleh digunakan secara jujur untuk melihat pelbagai kelemahan dan kekurangan yang ada pada staf atau organisasi.

Setiap kelemahan dan kekurangan perlu diatasi secara bijak untuk menjayakan matlamat sesebuah organisasi. Isu kepimpinan juga penting bagi menjayakan kelansungan sesebuah organisasi. Kekerapan pertukaran kepimpinan organisasi juga boleh

menyebabkan terbengkalainya atau tergendala.

15

Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal

Strategi dan operasi adalah merupakan dua perkara penting yang saling berhubung rapat. Kepentingan strategi amat ditekankan kerana sesebuah organisasi mendapat kelebihan persaingan yang berterusan di samping mendapat keuntungan.

Setiap firma mesti bertarung untuk dalam persaingan hari ini untuk membuat persediaan pada masa depan.

Rujukan: Hitt, M.A, Ireland, R.D and Hoskisson, 2006. Strategic Management: Competitiveness and Globalisation, Concepts, 3rd Canadian Edition, Nelson Education.

Zainal Abidin Mohamed, Ho Jo Ann, Wong Foong Yee, 2010, Strategic Management, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Jones, G. R. & Hill, C. W. (2010). Theory of Strategic Management with Cases. (9th ed.). Australia: South Western

Mohd Khairuddin Hashim (2008). Strategic Management: Text & Cases (2nd ed.). Singapore: Thomson.

16