Anda di halaman 1dari 2

Perayaan di Malaysia Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya

Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini disambut setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau. Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun. Perayaan Tahun baru Cina pula disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Pemberian angpau juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina. Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu, hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

SOALAN a) Pengetahuan Namakan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia? b) Kefahaman Mengapakah penganut agama Hindu perlu menghias rumah mereka dengan hiasan kolam pada pintu masuk rumah semasa sambutan Deepavali? c) Aplikasi Sebagai seorang rakyat Malaysia, bagaimanakah kita menyambut perayaanperayaan kaum lain? d) Analisis Bandingkan perayaan-perayaan yang disambut di Malaysia berdasarkan petikan di atas? e) Sintesis Senaraikan kepentingan menyambut perayaan-perayaan ini? f) Penilaian Sambutan pelbagai perayaan di Malaysia dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta dapat mewujudkan keharmonian Buktikan pernyataan di atas