Anda di halaman 1dari 1

Baca teks di bawah dengan teliti dan senaraikan penanda wacana yang terdapat dalam teks.

Cara Menjaga Alam Sekitar Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Namun kini, bumi kita sedang menghadapi tahap pencemaran yang amat serius. Sebagai masyarakat yang prihatin kita seharusnya mengambil beberapa langkah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar agar bumi kita sentiasa aman sejahtera. Pertama, kita sewajarnya mengamalkan amalan kitar semula. Misalnya seperti mengitar semula barangan terpakai dan menghantar barangan itu ke pusat pengumpulan bahan-bahan kitar semula demi membendung pencemaran alam. Keduanya, kita perlu mengelak daripada melakukan pembakaran secara terbuka untuk mengurangkan pencemaran udara. Selain itu, kita janganlah bersikap tidak mengambil peduli tentang kebersihan sungai. Kebiasaanya sungai menjadi sumber penting kepada manusia dalam kehidupan seharian. Pada masa yang sama juga, kebersihan sungai amatlah penting untuk hidupan air seperti ikan yang menjadi sumber makanan manusia. Seperkara lagi, penanaman pokok haruslah diperbanyak di persekitaran. Tumbuhan-tumbuhan akan mengeluarkan oksigen dan memberi kesegaran udara kepada hidupan di sekitarnya. Kesimpulannya, sebagai masyarakat harmoni kita haruslah berganding bahu untuk memulihara alam sekitar kita agar sentiasa terpelihara dan .