Anda di halaman 1dari 2

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU PENGENALAN Perguruan adalah profesion membantu yang amat terdedah dengan tekanan.

Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru-guru adalah domain utama yang diamanahkan dalam proses penerapan dan penyampai ilmu kepada anak watan, sama ada rela atau tidak mereka dituntut untuk membangunkan diri dengan sebarang bentuk perubahan serta pembaharuan yang berlaku dari masa ke semasa. Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat(Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Malaysia, 2000) DEFINISI Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu

sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal. Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)

BURNOUT Burnout di definisikan sebagai menyebabkan ketandusan daya emosi ( emotional exhaustion ), ketandusan daya fizikal ( physical exhaustion ), penurunan sikap ( attitudinal exhaustion ) dan perasaan kurang pencapaian dalam kerjaya ( low feeling of accomplishment ). Terdapat banyak penulisan yang membincangkan tentang sebab-sebab, simptom-simptom dan rawatan pada burnout. Saodah Wok ( 2003 ) telah mengkaji ciri-ciri burnout, iaitu mereka yang mengalami : a) tekanan yang dialami adalah disebabkan oleh hal-hal yang berkaitan dengan kerja. b) mereka mirip berpendirian idealistik dan berusaha mencapai kejayaan disebabkan oleh kemahuan sendiri c) mereka berkemungkinan menunaikan matlamat-matlamat yang bukan realistik

http://amsu-ipgkpm.blogspot.com/2012/07/lom-siap-lagi.html