Anda di halaman 1dari 42

SOALAN (i)

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka dan pengetahuan yang anda peroleh dalam pembelajaran yang tatabahasa Bahasa Melayu, secara individu laksanakan tugasan berikut: Kenal pasti dan pilih petikan cerpen daripada mana-mana majalah Dewan Bahasa dan Pustaka yang panjangnya antara 350-400 patah perkataan. Huraikan bentuk dan penggolongan kata yang terdapat di dalam petikan tersebut.

1.0 Pengenalan
Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya , buku, elok, tinggi dan tugas . Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Antara contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah terpakai, menurunkan dan disiram; contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah ambil alih dan kertas kerja; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah pulau-pulau dan labahlabah. Saya akan menganalisis cerpen yang bertajuk Dairi Kasih. Dalam bahagian ini akan membincangkan proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu dari segi bentuk-bentuk yang terhasil seperti berikut: a) Bentuk kata tunggal b) Bentuk kata terbitan c) Bentuk kata majmuk d) Bentuk kata ganda

1.1 Bentuk kata tunggal


Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal boleh terdiri daripada perkataan yang mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata. Satu suku kata bermaksud perkataan ini terdiri daripada satu vokal (V) dan satu atau lebih konsonan (K). konsonan-konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau hadir serentak di hadapan atau di belakang.

1.1.1 Kata tunggal satu suku kata


Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad, iaitu kira-kira 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataanperkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan-perkataan dua suku kata atau lebih, misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu, tetapi perkataanperkataan sedemikian tidak dianggap satu suku kata. Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut: 1. KV 2. VK 3. KVK 4. KKVK 5. KVKK 6. KKKV 7. KKKVK

Antara contoh kata tunggal satu suku kata yang terdapat dalam cerpen Dairi Kasih ialah: KV ya ni VK KVK tak nak dan pun set kes dah KKVK KVKK bang yang KKKV KKKVK -

1.1.2 Kata tunggal dua suku kata


Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut: 1. V + KV 2. V + VK 3. V + KVK 4. VK + KV 5. VK + KVK 6. KV + V 7. KV + VK 8. KV + KV 9. KV + KVK 10. KVK + KV 11. KVK + KVK

1.1.3 Kata tunggal tiga suku kata

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada kata tunggal tiga suku kata ialah kata-kata pinjaman. Oleh itu, jumlah kata tunggal jenis ini amat kecil bilangannya, tetapi mempunyai pola-pola susunan konsonan-vokal yang banyak seperti berikut: 1. KV + V + KV 2. KV + V + KVK 3. V + KV +V 4. KV + KV +V 5. KVK + KV + V 6. KV + KV +VK 7. KVK + KV + VK 8. V + KV +KV 9. V + KV + KVK 10. VK + KV + KV 11. KV +KV + KV 12. KVK + KV + KV 13. VK + KV + VK 14. V + KV + VK 15. KV + KV + KVK 16. KVK + KV + KVK 17. KV + KVK + KV 18. KVK + KVK + KV 19. KV + KVK + KVK

1.1.4 Kata tunggal empat suku kata dan lebih


Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman.

Dua Suku Kata

Tiga Suku Kata

Empat Suku Kata atau Lebih

telah pada waktu masih penuh dalam lantas orang insan

mereka sesama bahawa selama menarik halaman suara kepada bantuan

perasaan kesempatan kelihatan keluarga -

Selain kata-kata seperti di atas kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar, contohnya: Bernama Gapena Mara ubahsuai kugiran - (Berita Nasional Malaysia) - (Gabungan Penulis Nasional) - (Majlis Amanah Rakyat) - (ubah sesuai) - (kumpulan gitar rancak)

1.2 Bentuk kata terbitan


Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk

morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Berdasarkan kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: i. ii. iii. iv. Awalan, yang hadir sebelum kata dasar Akhiran, yang hadir sesudah kata dasar Apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan akhir kata dasar Sisipan, yang hadir di celahan kata dasar

1.2.1 Kata terbitan berawalan


Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti yang disenaraikan berikut: i. ii. iii. Awalan kata nama Awalan kata kerja Awalan kata adjektif

Antara contoh-contoh awalan kata nama yang terdapat dalam cerpen Dairi Kasih ialah: (i) Awalan kata nama pe(pegawai)

ke-

(ketua)

Didapati awalan kata nama untuk pem-, pen-, peng-, penge-, pel-, per-, pe-, juru-, maha-, tata-, pra-, sub-, supra-, eka-, dan dwi- tiada dalan cerpen Dairi Kasih. (ii) Awalan kata kerja mememmengmengeberterdi(memandu, menaip, menatap, memulas, memeluk) (membantu, membaca) (mengambil, mengadu) (mengetuk) (berbisik, berfikir, berjalan, bercakap, berjawab) (tertulis, terlukis, tertidur) (ditarik, diminta)

Didapati awalan kata kerja untuk men-, memper-, be-, bel-, dan diper- tiada dalam cerpen Dairi Kasih.

(iii) Awalan kata adjektif Didapati awalan kata adjektif tiada dalam cerpen Dairi Kasih.

1.2.2 Kata terbitan berakhiran


Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja seperti yang berikut:

(i) akhiran kata nama (ii) akhiran kata kerja Antara contoh- contoh akhiran kata nama dan akhiran kata kerja yang terdapat dalam cerpen Dairi Kasih ialah: (i) Akhiran kata nama -an (hambatan)

(ii) Akhiran kata kerja -kan -i (tinggalkan) (duduki)

1.2.3 Kata terbitan berapitan


Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata nama kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti yang disenaraikan berikut: (i) Apitan kata nama (ii) Apitan kata kerja (iii) Apitan kata adjektif

Antara contoh-contoh apitan kata nama, apitan kata kerja, dan apitan kata adjektif yang terkandung dalam cerpen Dairi Kasih ialah: (i) Apitan kata nama per--an (perhatian)

(ii) Apitan kata kerja me--kan men--kan mem--kan meng--kan ber--an me--i ke--an (iii) Apitan kata adjektif Didapati tiada unsur apitan kata adjektif dalam cerpen yang dikaji. (menampakkan, menundukkan) (menjelaskan) (membuatkan) (mengizinkan) (berjauhan, bersahutan) (merindui) (kesepian,kedengaran)

1.2.4 Kata terbitan bersisipan


Bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan dengan maksud kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkatan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta.

Contoh : Sisipan Kata Nama kelabut seruling keruping telunjuk Sisipan Kata Adjektif gelembung semerbak gemilang sinambung Sisipan kata kerja jelajah gelegak -

Didapati tiada unsur kata terbitan bersisipan dalam cerpen yang dikaji.

1.3 Bentuk kata majmuk


Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

1.3.1 Bentuk yang telah mantap


antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama olahraga matahari setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya

Didapati tiada unsur bentuk yang telah mantap dalam cerpen yang dikaji.

1.3.2 Penggandaan Kata Majmuk


Kata majmuk yang digandakan hanya melibatkan unsur pertama kata sahaja. Bagi penggandaan kata majmuk yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap, hendaklah digandakan keseluruhan unsurnya. Contoh : Alat-alat tulis Gambar-gambar rajah Suku-suku kata Balai-balai raya Ketua-ketua menteri Kapal-kapal terbang

Didapati tiada unsur penggandaan kata majmuk dalam cerpen yang dikaji.

1.3.3 Pengimbuhan kata majmuk


Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Contoh : Bercampur aduk Ditemu bual Mengambil alih Daya serapan diurusniagakan Menyatupadukan

Didapati tiada unsur pengimbuhan kata majmuk dalam cerpen yang dikaji.

1.4 Bentuk kata ganda


proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Antara contoh-contoh yang terdapat dalam cerpen Dairi Kasih ialah: Penggandaan penuh Tiang-tiang Anak-anak Barang-barang Pemandu-pemandu Penggandaan separa Terhinggut-hinggut Kedua-dua Perlahan-lahan Tersekat-sekat Bersama-sama Penggandaan berentak -

2.0 PENGGOLONGAN KATA


2.1 GOLONGAN KATA NAMA 2.1.1 Kata Nama Khas 2.1.2 Kata Nama Am 2.1.3 Kata Ganti Nama 2.2 GOLONGAN KATA KERJA 2.2.1 Kata Kerja Tak Transitif 2.2.2 Kata Kerja Transitif 2.3 GOLONGAN KATA ADJEKTIF 2.4 GOLONGAN KATA TUGAS

2.1 GOLONGAN KATA NAMA

Merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda. Terbahagi kepada tiga: (i) Kata Nama Khas (ii) Kata Nama Am (iii) Kata Ganti Nama 2.1.1 Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Antara contoh-contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah: KATA NAMA KHAS Kata Nama Khas Tidak Kata Nama Khas Hidup manusia bukan manusia Nurul Iman Sufi Pak Long Tan Sri Musa Hassan Hidup Taiwan Kuala Lumpur Ketua Polis Negara Ops Sikap XII Ketua Jabatan -

2.1.2 KATA NAMA AM Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Antara contoh-contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah: Kata Nama Am Kata Nama Am Abstrak Sepi Sunyi Rindu Gembira Malu Sebak Malam Warna Kata Nama Am Konkrit Rumah Pokok kelapa Atap Tiang Rumbia Kayu Pintu Pemandu Kodok

Jam Tangga -

2.1.3 Kata Ganti Nama Kata ganti nama ialah perkataan-perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama benda atau orang. Kata ganti nama terbahagi kepada dua jenis, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Antara contoh-contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah: Kata Ganti Nama Kata Ganti Nama Tunjuk itu ini Kata Ganti Nama Diri tanya orang apa kenapa di mana siapa adakah aku dia kami -

2.2 GOLONGAN KATA KERJA


Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsurbinti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula dapat dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Antara contoh-contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah: 2.2.1 Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap tersenyum tersentak berbisik senyap terkedu kesian kelu kesal Berpelengkap mengorak memandang menatap ada mengambil mengundang -

2.2.3 Kata Kerja Transitif Aktif mendengar membaca menarik menaip Pasif ditarik diminta ditutup kunikahi dikasihi -

2.3 GOLONGAN KATA ADJEKTIF


Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan kumpulan. Antara contoh-contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah: Sifat/ Keadaan penat tersentak sebak senyum sepi senyap selesa suram cemas Warna merah Ukuran kecil Bentuk pancaindera bujur cantik waktu lambat cepat petang malam cara cepat lambat perasaan rindu sedih gembira sunyi ceria sayu cemas jarak jauh -

2.4 GOLONGAN KATA TUGAS


Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama,frasa kerja dan frasa adjektif.Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas ini masuk dalam binaan ayat sama ada melalui perhubungan daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif, ataupun melalui perhubungan secara lansung dengan binaan frasa atau klausa tertentu. Kata Hubung dan sambil Kata Seru Kata Tanya bagaimana kenapa Kata Perintah tolong Kata pangkal ayat Kata Bantu Kata Penguat Kata Penegas Kata Nafi Kata Pemeri Kata Sendi Nama Kata Pembenar Kata Bilangan Kata Arah Kata Penekan Kata Pembenda sudah sangat juga tidak adalah daripada dalam -nya -nya akan amat -lah bukan ialah dengan tepi atau apa tetapi siapa untuk yang dengan -

pernah paling -tah pun iaitu dari kiri ke kanan di

SOALAN (ii)
Nyatakan definisi, jenis dan fungsi frasa Bahasa Melayu. Berdasarkan cerpen di atas, kenal pasti 15 ayat dan huraikan nama frasa yang menjadi binaan ayat yang berkenaan. (Frasa dalam Bahasa Melayu ialah FN; FK; FA dan FS.) 2.1 TAKRIF FRASA BAHASA MELAYU 2.1.1 Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi lebih. 2.1.2 Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. 2.1.3 Frasa juga dapat difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. 2.1.4 Contoh frasa yang dikembangkan daripada satu perkataan menjadi dua perkataan atau lebih : sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau

Frasa
burung seekor burung burung merpati seekor anak burung seekor anak burung merpati

2.2

JENIS FRASA BAHASA MELAYU

Terdiri daripada empat jenis frasa iaitu: i. Frasa nama ii. Frasa kerja iii. Frasa adjektif iv. Frasa sendi nama Frasa Nama, Frasa Kerja dan Frasa Adjektif bersifat endosentrik iaitu frasa yang mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. Frasa Sendi Nama bersifat eksosentrik iaitu frasa yang tidak mempunyai satu inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. 2.3 FUNGSI FRASA BAHASA MELAYU BINAAN FRASA Binaan frasa terbahagi kepada empat jenis iaitu : 1. Frasa nama (FN) i. Frasa nama ialah binaan yang, dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai konstituen dalam binaan ayat. ii. Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataanperkataan itu iaitu : iii. Jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataanperkataan lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya.

Contoh :

Frasa Nama Subjek Inti Penerang Askar Melayu Diraja Guru sekolah agama itu Berlagak ke sana ke mari Kelakuan baik

Predikat berbaris di padang. guru saya. menjadi tabiatnya. Selalu mendapat pujian.

Jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya. Contoh : Frasa Nama Subjek Inti Inti Kerusi meja Ibu bapa Pinggan mangkuk Predikat untuk pelajar-pelajar sahaja. tidak perlu datang. tersusun dengan rapi di atas para.

2. Frasa kerja (FK) 2.1 Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. 2.2 Binaan frasa kerja terdiri daripada dua jenis, iaitu : 2.3 Frasa kerja tanpa objek

(i) Kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. (ii) Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif. Contoh: Subjek Mereka Belukar Hujan Frasa Kerja Kata Kerja sedang itu terbakar turun Keterangan tidur. perlahan-lahan. dengan lebatnya.

2.4 Frasa kerja yang mengandungi objek i. Kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. ii. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif. iii. Objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan. Contoh : Subjek Dia Anaknya Budak itu Frasa Kerja Kata Kerja menjalankan menghidangkan membaca Objek tugasnya sedulang makanan. buku. Keterangan dengan baik.

3. Frasa adjektif (FA) 3.1 Susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. 3.2 Terdapat tiga jenis frasa adjektif, iaitu : 3.3 Frasa adjektif sebagai predikat i. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif sebagai predikat hadir selepas subjek.

Contoh : Subjek Adiknya Orang muda itu Sekolahnya Predikat sangat pandai. kacak sungguh. jauh dari situ.

3.4 Frasa adjektif sebagai keterangan dalam predikat. i- Frasa adjektif boleh hadir selepas frasa kerja, iaitu menjadi keterangan. Contoh : Subjek Dia Bayi itu Pemidato itu Predikat Frasa Kerja berjalan tidur berucap Keterangan (Frasa Adjektif) sangat cepat. nyenyak sekali. sungguh lantang.

3.4 Frasa adjektif sebgai unsur penerang. Contoh : Subjek Duta Besar itu Pegawai belia kami Alia Predikat Frasa Nama di Beijing ke pusat latihan orang Penerang paling lama. amat kerap. kaya.

4. Frasa sendi nama (FS)

4.1 Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. 4.2 Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut : 4.3 Kata Sendi Nama + Frasa Nama i. Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa nama. Contoh : Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama daripada dengan sejak Frasa Nama kapas kebijaksanaanya zaman dahulu

4.4 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama i. Kata sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului satu unsur kata nama arah ii. Frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata nama arah. Contoh : Frasa Sendi Nama Kata Sendi Frasa Nama Nama di ke dari Kata Arah belakang dalam hujung Frasa Nama rumah bilik gelap balai

dengan untuk

belakang luar

parang negara

4.5 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (keterangan) i. Binaan frasa nama juga boleh terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan. ii. Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan. Contoh : Frasa Sendi Nama Kata Sendi Frasa Nama Kata Arah Nama ke selatan dari belakang

Frasa Nama negeri Jerman rumah

Keterangan pada musim

panas dengan cara tiba-

di pada

atas hujung

pangkuan ibu minggu

tiba saban hari untuk kepentingan keluarga

RINGKASAN
FN FK FA FSN KN KK KA KS KB KH KNa KAr KT KM KP KPe Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Sendi Nama Kata Bantu Kata Hubung Kata Nafi Kata Arah Kata Tugas Kata Majmuk Kata Pangkal Ayat Kata Penegas

AYAT DAN NAMA FRASA YANG MENJADI BINAAN AYAT DALAM CERPEN. Ayat 1 Aku bergegas ke bilik Iman. Subjek Aku FN-merujuk kepada aku KN-merujuk kepada aku Predikat bergegas ke bilik Iman. FK-merujuk kepada bergegas FN-merujuk kepada Iman FSN- merujuk kepada ke bilik Iman

Ayat 2 Aku perlahan-lahan menghampirinya. Subjek Aku FN-merujuk kepada aku KN-merujuk kepada aku Predikat perlahan-lahan menghampirinya. FK-merujuk kepada menghampirinya. KG-merujuk kepada perlahan-lahan

Ayat 3 Aku turut sama membaca nota yang tertulis. Subjek Aku FN-merujuk kepada aku Predikat turut sama membaca nota yang tertulis. FK-merujuk kepada membaca dan tertulis

KN-merujuk kepada aku

Ayat 4 Badannya terhinggut-hinggut menahan esakan. Subjek Badannya FN-merujuk kepada badannya KN-merujuk kepada badannya Predikat terhinggut-terhinggut menahan esakan. FK-merujuk kepada menahan KM-merujuk kepada terhinggut-hinggut KA-merujuk kepada esakan

Ayat 5 Nota ringkas ini turut mengundang sebak di dadaku. Subjek Nota ringkas ini FN- merujuk kepada nota ringkas KT-merujuk kepada ini Predikat turut mengundang sebak di dadaku. FK-merujuk kepada mengundang FA-merujuk kepada sebak FSN-merujuk kepada di dadaku

Ayat 6 Aku tersentak. Subjek Aku FN-merujuk kepada aku KN-merujuk kepada aku Predikat tersentak. FK-merujuk kepada tersentak

Ayat 7 Aku terus menoleh memandang Iman. Subjek Aku FN-menerangkan tentang aku KN-merujuk kepada aku Predikat terus menoleh memandang Iman. FK-menerangkan tentang menoleh dan memandang KN-merujuk kepada Iman

Ayat 8 Mata Iman menatap penuh harapan. Subjek Mata Iman FN-menerangkan tentang mata Iman Predikat menatap penuh harapan. FK-menerangkan tentang menatap

Ayat 9 Sehelai kertas putih terlukis sebuah rumah yang belum berwarna. Subjek Sehelai kertas putih FN-menerangkan kertas putih tentang Predikat terlukis sebuah rumah yang belum berwarna. sehelai FK-menerangkan tentang terlukis

Ayat 10 Aku tersenyum. Subjek Aku FN-menerangkan tentang aku Predikat tersenyum. FK-menerangkan tentang tersenyum

Ayat 11 Mataku kembali menatap wajah bujur milik Iman. Subjek Mataku FN-menerangkan tentang mataku Predikat kembali menatap wajah bujur milik Iman. FK-menerangkan tentang menatap

Ayat 12 Iman menyuakan lukisannya tanpa membantah. Subjek Iman FN-menerangkan tentang Iman menyuakan Predikat lukisannya tanpa

membantah. FK-menerangkan tentang menyuakan

Ayat 13 Lesung pipit kecil terukir indah di pipi kirinya. Subjek Lesung pipit kecil FN-menerangkan tentang lesung pipit Predikat terukir indah di pipi kirinya. FK-menerangkan tentang terukir

Ayat 14 Iman menjelaskan tanpa diminta. Subjek Iman Predikat menjelaskan tanpa diminta.

FN-menerangkan tentang Iman

FK-menerangkan tentang menjelaskan

Ayat 15 Hatiku berbisik lagi. Subjek Hatiku FN-menerangkan tentang hatiku Predikat berbisik lagi. FK-menerangkan tentang berbisik

SOALAN (iii)
Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen berkenaan dan sertakan contoh-contoh yang bersesuaian. Kenal pasti dan analisis nilai-nilai kemanusiaan dan unsur-unsur budaya yang mendominasi cerpen yang dikaji.

3.1 Gaya Bahasa dan Contoh-contohnya 3.2 Nilai-nilai Kemanusiaan 3.3 Unsur-unsur Budaya

3.1 GAYA BAHASA


i. Gaya bahasa atau unsur keindahan ialah cara seseorang menggunakan bahasa sebagai wahana untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan melalui karya. ii. Kemahiran menggunakan gaya bahasa akan memancarkan keindahan (estetika) dalam sesuatu karya disamping menonjolkan keperibadian penulis kerana biasanya seseorang penulis memiliki gaya bahasa yang tersendiri. iii. Terdapat 10 gaya bahasa: 1. Personafikasi 2. Simile 3. Metafora 4. Hiperbola 5. Sinkof 6. Rima 7. Asonansi 8. Aliterasi 9. Repitasi 10. Perlambangan

1. Personafikasi -personafikasi ialah tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang lebih abstrak. -ia juga dikenali sebagai perorangan atau penginsanan.

Antara contoh yang terdapat dalam cerpen Dairi Kasih ialah: Rembulan yang sudah beberapa malam menyembunyikan wajahnya menyebabkan suasana di kawasan perumahan tempat tinggalku begitu gelap. 2. Simile -simile ialah perbandingan yang setara dengan menggunakan katakata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat, dan sebagainya. Antara contoh yang terdapat dalam cerpen Dairi Kasih ialah: Bagaikan ditarik magnet, aku bergegas ke bilik Iman. Dia kutatang bagai minyak yang penuh, namun dia dipinjamkan sementara kepada kami. 3. Metafora -metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, bagai,ibarat,dan sebagainya. Antara contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah: Air mata kasih mula merembes keluar daripada kelopak mata isteriku. Air mata mula bergenang di kolam mataku. Aku memimpin tangan isteriku dan Iman untuk bersama-sama meninggalkan tersingkap 4. Hiperbola -hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Antara contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah: hospital diiringi diari kasih yang telah

Aku mengharap jawapan yang dapat menghumban jauh perasaan tidak enak di hatiku. Di sebelah kirinya terdapat beranda dengan tiang-tiang kayu menongkat rumah tersebut dari bawah. Kalimat yang baru diucapkan Iman bagaikan panahan petir meruntuhkan sebuah gunung dan menghempap diriku. Sungguh tidak aku sangka dendam lama masih menjadi duri yang menikam daging sehingga menanah. Peristiwa pembahagian tanah arwah ayah di hujung kampong masih menjadi barah yang sentiasa membaham tautan kasih yang semakin menipis antara kami. 5. Sinkof -sinkof bermaksud penyingkatan kata. Antara contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah: Iman tak mahu menyusahkan abah dan ibu lagi. Aku berbisik ke telinga isteriku. Nak bawa pergi sekolah esok, cikgu nak lihat, Iman menambah. Iman, kenapa ni? Betulkah bah? Sayang, bangun, kita dah sampai ini. Tadi kata nak buang air.

6. Rima -rima ialah persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi.

-terdapat rima awal, rima dalam dan rima akhir. -Didapati tiada unsur rima dalam cerpen Dairi Kasih ini. 7. Asonansi -asonansi ialah pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak atau ayat. Antara contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah: Amarah dalam hatiku mula meluap-luap. = pengulangan vokal a. Rahsia yang tersimpan, terpendam selama ini telah tersingkap. = pengulangan vokal e. 8. Aliterasi -aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris. Antara contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah: Kami terkedu. = pengulangan konsonan k. Aku dan isteri tersentak. = pengulangan konsonan t. Iman membalas pelukanku dengan erat. = pengulangan konsonan n.

9. Pengulangan -unsur pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, rangkap yang diulang dalam sajak. Terdapat 3 unsur pengulangan. baris, atau,

Repitasi-ialah pengulangan kata dalam baris yang sama. -Didapati tiada unsur pengulangan dalam cerpen yang dikaji. 10. Perlambangan -perlambangan atau symbol ialah kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa. Antara contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah: Sebuah rumah kayu beratap rumbia dengan sepohon pokok kelapa di sebelahnya amat menarik pandangan.

3.2 NILAI-NILAI KEMANUSIAAN


Di dalam cerpen Dairi Kasih, saya telah menganalisis beberapa nilai-nilai kemanusiaan. Antara nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerpen ini ialah: 1. Kasih sayang Ibu dan ayah Iman amat risau dan cemas apabila anaknya itu menghilangkan diri. Ibu dan ayah Iman saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. 2. Bertanggungjawab Ibu dan ayah Iman sanggup mengambil dan membesarkan seorang bayi lelaki yang telah ditinggalkan oleh ibunya. Ibu dan ayah Iman amat menitikberatkan keselamatan Iman.

3. Kesabaran Ibu dan ayah Iman amat sabar dalam membesarkan anak angkatnya yang telah dijangkiti penyakit HIV.

Keluarga Iman sabar dalam menghadapi tuduhan yang dilemparkan oleh Pak Long terhadap ibu bapa serta dirinya sendiri. 4. Ketabahan Ketabahan seorang ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anaknya. Ketabahan ibu dan ayah Iman dalam menghadapi cabaran hidup. 5. Keberanian Keberanian Iman bertanya kepada ayahnya tentang statusnya dalam keluarga tersebut. Keberanian ibu dan ayah Iman membesarkan seorang bayi lelaki walaupun mereka tahu bayi itu telah dijangkiti HIV. 6. Pemaaf Iman dan ibu bapanya telah memaafkan Pak Longnya walaupun Pak Longnya telah memfitnah mereka sekeluarga.

3.3 UNSUR-UNSUR BUDAYA


Antara contoh-contoh unsur budaya ialah :

i. Adat ii. Kepercayaan iii. Pantang larang iv. Permainan v. Pakaian vi. Tempat tinggal vii. Hiburan viii. Pemujaan

UNSUR-UNSUR BUDAYA DALAM CERPEN YANG DIKAJI. 1. Adat Iman memulakan percakapan dengan ucapan salam. Iman amat menghormati kedua orang tuanya serta sanak-saudaranya. Ibu Iman amat menghormati suaminya.

KESIMPULAN
Selepas saya menyelesaikan tugasan yang diberi, saya dapat membezakan antara bentuk dan penggolongan kata dalam sesuatu bahan bacaan khususnya bahan bacaan ilmiah. Selain itu, saya dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang jenis dan fungsi frasa Bahasa Melayu serta nama-nama frasa yang menjadi binaan sesuatu ayat. Di samping itu, saya dapat menganalisis gaya bahasa dengan betul dan tepat. Saya juga dapat menganalisis nilai-nilai kemanusiaan dan unsur-unsur budaya yang mendominasi Bahasa Melayu. Dengan ini, kita dapat mengekalkan nilai kesopanan serta kesantunan kita sesuai dengan adat ketimuran yang telah sedia ada dalam diri kita.

BIBLIOGRAFI
Safiah,Nik dll. 1986.Tatabasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hassan Bin Ahmad 1967. Beberapa Masalah Dalam Penulisan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd. Ismail Sabrani dll. 2005 Komsas Tingkatan 5. Sasbadi Sdn.Bhd. Arbak Othman 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz 1996. Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN BHD. Norliza Jamaluddin dll 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1&2). Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai