Anda di halaman 1dari 109

Aireen Aryana

Prolog
NI penting la.... Minn Alia merengek. Wajahnya sengaja dibuat-buat manja. Mana tahu hati Syuh boleh lebur melihatnya. Syuh bulatkan mata. Keningnya terjongket ke atas. Tak percaya dengan kehendak Minn yang dia anggap agak luar alam itu. Penting? Sebab aku tak menjuihkan mulutnya. nak jadi engineer. Minn

Engineer ke enjin gear ke... sijil dah ada kat tangan kau, tau tak? Syuh geleng kepala, tak percaya. Kalau dah tahu hati tu tak berapa berkenan jadi engineer, ambiklah course setiausaha ke, fashion designer ke. Bergunalah juga ijazah yang mahal tukan? Please... carikan aku kerja! Kali ini Minn merayu pula. Sungguhlah, dia tidak hendak bekerja di bawah pengaruh stres. Bukan gaya Minn Alia kalau kerja kena perah kepala nak keluarkan idea. Lagi-lagi kerja engineer. Masa

Kuli Rumah Untuk Dia

belajar pun dah dekat nak pecah otak, lagilah kalau dah bekerja nanti. Syuh mengeluh perlahan. Minn ni... desis hatinya. Sijil dah ada kat tangan. Bukan setakat sijil aje tu. Bachelor graduate dari Ohio University. Setakat kerani tempat papa bekerja tu boleh aje. Tapi tahan ke Minn jadi kerani sepenuh masa? Dengan baju yang sentiasa up-to-date, bergaya sana sini tapi kerja menaip dan jadi kuli, seperti jauh panggang dari api. Tak dapat dibayangkan! Tiba-tiba Syuh membulatkan matanya. Spontan dia tenung wajah Minn dalam-dalam dari hujung rambut ke hujung kaki. Kau tak nak kerja susah, kan Minn? Ya la. Kalau boleh aku nak lepak aje masa kerja tu.... Syuh mencebik. Yang tu, tak tahulah jenis kerja apa. Setahu Syuh, semua kerja perlukan masa bekerja, bukan masa melepak. Siapalah yang bermurah hati sangat nak beri Minn gaji tapi kerjanya melepak, kan? Kerja ni tak susah pun. Best kut. Tak perlu perah idea walau sesaat pun! Dalam hati Syuh dah mengutuk, kronik gila sahabatnya seorang ni. Kerja malas, berfikir pun malas. Ambil jalan senang aje nak hidup. Untuk hidup kita tak boleh senang-lenang, Minn. Banyak benda kita kena korbankan. Minn tau ke hidup ini perlukan pengorbanan? Minn pandang wajah Syuh dengan mata yang bersinar-sinar. Apa dia kerja tu? Syuh garu kepalanya yang tidak gatal seraya mengerling wajah Minn yang sedikit kemerahan. Kau nak jadi kuli rumah tak?

Aireen Aryana

Jeda sesaat. Masing-masing berpandangan. Kuli rumah? Minn terkebil-kebil. Tak ada kerja yang lebih grand daripada jadi kuli ke? Nasib baik Syuh tak cakap kuli batak ke, kuli angkut kelapa sawit ke, mau tersembul biji mata. Papa aku cakap, ada kawan dia cari pembantu rumah orang Malaysia. Nak? soal Syuh sekadar bergurau. Takkanlah Minn yang punya tahap high taste serba-serbi itu sanggup bekerja sebagai pembantu rumah? Apa barang anak Tan Sri Ridhuan kerja jadi kuli aje? Minn kerutkan dahi. Susah ke kerja tu? Tak la susah. Mop aje lantai. Basuh baju, guna washing machine. Lepas tu kau boleh duduk goyang kaki. Cakap macam senang. Heee.... Minn gelengkan kepala. Terbayang di matanya diri sendiri sedang mengemop lantai dengan sehelai kain buruk. Sebiji macam pembantu rumahnya, Minah. Apa nak jadi Cinderella? Kepala ditongkat ke atas merenung langit yang membiru. Dah dekat dua tahun tak bekerja. Hidup asyik berfoya-foya di bawah jagaan ma dan pa. Duit keluar dan duit masuk tak usah nak pening kepala sebab babah ada syarikat sendiri jadi, tinggal hulur tangan buat muka tak makan sepuluh tahun, babah gerenti kasi. Tapi sekarang babah pun dah mula bising suruh masuk ke National Enterprise, kerja di bawah dia. Tak syoklah kerja dengan babah. Nanti kena marah buat jatuh air muka aje. Minn pening. Syuh yang melihat hanya buat ekspresi tenang sambil tersenyum segaris. Wajah Minn yang masam ditenung

Kuli Rumah Untuk Dia

dengan rasa geli hati. Ha, kan dah cakap. Budak ni mana reti hidup susah sikit! Dasar anak orang kaya, manja sangat! Hailaaa... Syuh geleng kepala. Tak nak ke? Syuh buat-buat tanya. Minn mengeluh perlahan. Betul tak susah kerja tu? soal Minn meminta kepastian. Syuh tersengih lebar. Aku tak tau. Aku tak pernah kerja jadi kuli rumah. Syuh gelak kuat. Minn ketap bibir. Sengal gila dia ni! Orang tanya punya serius, dia boleh main-main pulak. Better kau kahwin aje. Tak usah nak kusut-kusut kepala fikir pasal kerja, weh. Kau bagi cadangan allergic tau tak? Ha ha ha! Ketawa mereka berdua pecah. Cik, mama cik kata malam ni ada jemputan ke majlis rakan dia. Puan Lina nak cik bersiap-siap. Tiba-tiba Husna muncul. Berpusing kepala Minn mencari kelibat Husna, pembantu rumah keluarga Syuh. Dilihatnya Husna memakai T-shirt lusuh dengan seluar tracksuit. Aku kena pakai baju macam tu? Minn dah mula berfikir yang bukan-bukan. Mama ni, asal nak ke majlis aje mesti bawak aku... rungut Syuh, tak peduli Husna yang masih berdiri tegak di tepi pintu. Lama Husna berdiri menunggu arahan Syuh sebelum masuk semula ke dalam rumah. Minn hela nafas lambat-lambat. Not bad la kerja

Aireen Aryana

jadi kuli. Sekadar memastikan pesanan sampai kepada tuantuan rumah. Ya ke? Okey la, aku cuba. Cuba apa? Syuh kerut kening. Kerja yang kau offer tadi... kuli rumah. Serius? Mata Syuh membulat. Biar betul Minn? Dah putus fius ke apa? Minn memuncung. Selama ni memang dia hidup di bawah naungan famili, tapi takkan nak terus duduk tunggu nasi jatuh ke dalam mulut seumur hidup? Seriuslah. Aku cuba. Sure kau gila! Aku teman kau ke majlis malam ni. Minn tersengih lebar. Syuh julingkan mata ke atas. Sah Minn putus wayar kepala!

Kuli Rumah Untuk Dia

Bab 1
sekilas.

EMARI dilarikan ke arah diari kecil miliknya. Syuh yang sedang mengatur anting-anting dipandang

Tak rimas ke? Anting-anting panjang tu? soal Minn pendek. Mata dilarikan semula ke arah diari. Tak rimas kau kata? Kau, kan tahu aku macam mana? Setakat benda alah ni aku tak pernah guna lagi kecuali masa mama aku paksa. Guna aje la yang simple tu. Aku tahu kau tak biasa punya dengan benda-benda ni. Minn belek anting-anting berwarna silver yang tergantung di telinga Syuhada Yasmina. Ada rama-rama putih di hujungnya. Cantik! Tapi betullah, kalau Syuh yang pakai memang nampak tak seiring dengan peribadi dia. Minah ni kasar sikit. Tapi tak ada la tak cantik langsung. Kalau nak dibandingkan kecantikan antara Ardha dengan Syuh, cantik lagi Syuh tapi Syuh ni low profile. Baju pun kena besar gedabak, baru dia nak pakai. Tomboi tu. Tapi itulah, bila dah style dari kecil tak

Aireen Aryana

pernah berubah, tak pernah nak melaram cantik macam Minn, tapi dia orang tetap jugak berkawan rapat walaupun nampak macam langit dan bumi. Kang anting-anting panjang ni terjatuh pulak tengah jalan, buat haru dunia aje.... Minn menggumam perlahan. Serius, Syuh pun ngeri sebenarnya tengok antinganting panjang gini. He he he. Kau la ni Minn, aku pulak campur takut sekali. Anting-anting yang sudah terletak elok di telinganya diletak semula ke meja. Dia mengambil antinganting yang berada di meja riasnya yang Minn tunjuk tadi. Minn.... Mulut bercakap walhal tangan dan mata sibuk membetulkan anting-anting di telinga. Minn sekadar toleh sekilas. Haaa.... Kau nak kahwin tak? Pardon? Kau... nak... kahwin... takkk? Syuh sengaja meleretkan suaranya. Minn bantai gelak siap tekan perut lagi. Kut ya pun betul kasi cadangan, tak ada ke cadangan lain yang lebih logik dan diterima akal? Dari tadi tak habis-habis Syuh suruh Minn kahwin. Ingat kahwin tu senang ke? Macam main masakmasak belakang rumah masa kecil-kecil dulu? Aku nak kahwin dengan apa? Pokok kayu? Aku tak ada calon la beb. Buat lawak pulak. Kalau kau kahwin dengan pokok kayu, jangan jemput aku datang majlis kahwin kau. Buat malu aje. Tapi takkan kau tak ada calon kut? Bukan kat Ohio dulu, kau ramai boyfriend ke?

Kuli Rumah Untuk Dia

Siapa cakap? Ardha. Ardha? Minah tu saja nak kena. Bila masa entah dia ada boyfriend? Kalau teman biasa tu berlambak tapi Minn dah putuskan hubungan dengan dia orang. Sejak kejadian kantoi dengan babah sampai babah jatuh sakit tu, Minn dah cuci tangan daripada terlibat dengan mana-mana lelaki walaupun secara suka-suka... padahal selama ni tak pernah sekali pun Minn serius dengan mana-mana lelaki yang dikenalinya. Aku tak pernah ada boyfriend la. Apa punya mengarut adik kau buat cerita tu. Minn menengadah siling bilik Syuh. Ardha tu adik Syuh. Minn kenal gitu-gitu aje sebab adik Syuh ni jenis yang agak daring juga dan tinggal di kondo sendiri. Masa kat oversea pun selalu aje jumpa Ardha sebab Ardha sama tempat studi dengan Minn. Jadi, gambar-gambar yang kau e-mel kat aku tu banyak aje lelaki.... Mata dipejam saat Minn menggariskan celak di mata. Nasib baik Minn terer bab solek-menyolek. Kalau tak, memang kena pergi salun kecantikan sebelum turun dinner ni. Syuh langsung tak tahu pasal kecantikan wanita, jauh beza dengan Ardha. Kawan-kawan aku aje la. Ingatkan kau nak bawak balik Malaysia sorang mamat local dari sana. Syuh gelak kecil. Tapi cepat-cepat dia matikan tawa apabila Minn tenyeh gincu di bibirnya. Eh, bukan tadi mata? Sekarang ni kat bibir pulak? Cepat betul Minn buat kerja.

Aireen Aryana

Minn, serius ni. Kalau kau nak kahwin, kau nak lelaki yang macam mana? Aku tak kerja lagi nak kahwin apanya? Lagipun kahwin ni complicated la. Duk layan hubby, masak, jaga family. Aku kalau nak kahwin, aku nak keluarga bahagia. Takmo la dapat sorang anak perangai macam aku. Buat sakit jantung! Tawa Syuh pecah juga akhirnya. Tau pulak kau ni buat orang tua sakit jantung! Minn cebik bibir. Perli. Perli la tu! Since kau dah tau family bahagia tu penting, mesti kau nak cari hubby stok alim... kan? Sepi. Minn... aku tanya ni. Suara sengaja dileretkan. Tengok la... aku pun teringin nak berubah tapi macam tak bersedia lagi. Sampai bila tak bersedia? Jeda lagi. Sampai bila ya? Kau dah sedia nak berubah? soal Minn, berbalik kepada Syuh. Syuh pula terdiam. Baru dia sedar yang dia dah kemukakan soalan paling susah kepada Minn. Siap dah sikit lagi. Last touch, berus pipi disentuhkan ke pipi Syuh. Nice! Perfect lady! Minn. Kalau aku kenalkan kau dengan sorang lelaki ni, dia okey... handsome, kaya, macam baik, macam alim, kau nak tak? Soalan Syuh disambut dengan ketawa. Kenapa tak kasi chance kat kau aje?

Kuli Rumah Untuk Dia

Aku tak sesuai dengan dia. Tak ada chemistry. Aku ada chemistry pulak? Pelik betul. Minn cuak pandang wajah Syuh. Kutkut kimia yang dimaksudkan tu perangai lelaki tu dua kali lima dengan Minn, tak ke haru? Aku rasa kau ada chemistry dengan dia. He he he.... Minn julingkan mata. Pandailah Si Syuh ni. Ya... ya aje nak kenenkan aku dari tadi. Bisik hatinya. Kau tolong aku ambilkan pin rambut tu. Minn tunjuk atas meja. Syuh segera ambil pin rambut tersebut dan kemudian diserahkan kepada Minn. Minn berhati-hati menyematkan pin itu di rambut Syuh. Kalau kau kahwin dengan dia, sejuk... perut aku. Cewah, gaya emak-emak aje cara dia cakap. Yalah, yalah! Kau nak tengok sangat aku kahwin, kan? Next year aku kahwin. Mak aku carikan. Bulat mata Syuh. Serius ek? Epik gila suruh mak babah kau cari. Karang dibuatnya diorang cari keturunan Sheikh mau ternganga kau hari-hari baca Quran. Woi!!! Okey. Okey. Aku minta maaf! Tau cuak! Lagi sekali kau cakap macam tu, aku buat kau macam Lady Gaga malam ni. Aiseh, Minn. Kau jangan nak buat gila. Mau papa dan mama aku sakit jantung tengok betapa eksotiknya anak mereka jadi kembar Lady Gaga.

10

Aireen Aryana

Aku memain aje la.... Jeda semula. Minn.... Ha? Lelaki yang macam mana kau suka? Lama Minn terdiam sebelum bersuara. Kau betul nak tau? Betullah Si Syuh ni, buang tabiat tanya jejaka idaman hati Minn. Minn geleng kepala melihat Syuh mengangguk menantikan jawapannya. Aku nak yang handsome, tinggi, kaya, kulit putih, wangi, smiling eyes, kalau boleh nak romantik... Dah, dah. Cukup! jerit Syuh. Minn ketawa. Ambik kau, Syuh! Kau tanya lagi memang list aku tengah mencanak-canak kat dalam poket, aku hambur habis kat kau. Syuh julingkan mata. Amboi Minn... lengkap pakej jenama lelaki yang kau nak, kan? Mana aku nak cari stock yang perfect begitu untuk Minn ya? Kalau dia ada perangai kerek sikit, agak-agak kau nak tak? Suara direndahkan, risau kalau-kalau Minn pitam dengan soalannya. Dia mesti romantik. Point taken. Tapi, siapakah yang ada anak bujang romantik di rumah mereka? Syuh terasa nak garu kepala, nasib baik Minn cepat tepis tangan dia. Agaklah woi... penat aku tata rambut kau dari tadi!

11

Kuli Rumah Untuk Dia

Bab 2
Pelayan tersebut mengangguk. Syuh tarik tangan Minn untuk duduk di kerusi bersebelahan dengannya. Kalau boleh nak jauh sedikit daripada Puan Lina dan Encik Karim sebab mama dan papa duduk dengan orang-orang kenamaan. Mau kebas satu badan duduk dengan dia orang. Nak berbisik pun, mau Puan Lina kasi jelingan tajam. Majlis apa ni, Syuh? Minn agak terpinga-pinga tatkala melihat kawasan sekeliling. Nak cakap majlis kahwin, tak ada pula bunga-bunga mewah atau pelamin di depan mata. Majlis makan malam syarikat kawan papa. Duduk la senyap-senyap. Dari tadi aku tengok muka macam nak telan orang aje... perli Syuh. Minn menjuihkan bibir. Bukan sengaja, okey. Dia pun nak tau juga majlis apa yang dia hadiri ni.

UDUK kat meja ni? Syuh menunjuk ke arah meja bulat di hadapan mereka.

12

Aireen Aryana

Majlis makan malam syarikat orang, kita yang bukan pekerja ni boleh ikut ke? soal Minn, hairan. Syuh tayang gigi. Relakslah. Lagipun mama aku yang suruh ikut. Kalau tak, apa kata kau mintak kerja kat diorang? Buat lawak pulak dia ni. Minn merungut. Mata menjeling tajam ke arah Syuh yang masih tersengih-sengih. Minn pandang sekeliling dan nampak ramai orang yang mula memenuhi tempat duduk yang telah ditetapkan. Konsep hitam putih. Nasib baik juga Minn ada gaun warna hitam. Sesuai sangat dengan kulitnya yang agak putih. Rambut disanggul tinggi dengan solekan yang agak sarat. Jarang dia beria-ia nak berdandan macam ni. Kalau nak berdandan pun kena tahu jenis majlis yang dia hadiri. Kalau setakat acara makan-makan keluarga, Minn lebih selesa dengan solekan nipis tetapi mengenangkan dia yang beria-ia hendak menemankan Syuh ke majlis makan malam ini, dia pun buatlah solekan yang agak menonjol sedikit. Kau tengok mamat tu, bisik Syuh tiba-tiba. Minn terus melemparkan pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh Syuh. Seorang lelaki segak bergaya dengan tuxedo berwarna hitam, duduk dikelilingi oleh beberapa orang gadis cantik selang tiga meja daripada mereka berdua. Agak putih, sawo matang kut. Rambut spike gaya duri landak tengah berdiri dan bertubuh agak sasa. Nampak riak wajah seperti pendiamlah juga, tak banyak cakap pun. Tapi muka dia tu, agak familiar. Ke... Minn memang pernah terpandang mamat tu kat mana-mana? Anak tuan punya hotel. Syuh kenyit mata. So? Kau rasa dia handsome tak?

13

Kuli Rumah Untuk Dia

Tipulah kalau dia cakap tak. Bila dah keliling dia tu perempuan duk menempel, sah-sahlah handsome. Tapi Minn tak ada hati pun nak puji sesiapa malam ini. Tiba-tiba aku rasa pelik. Gumam Minn. Syuh angkat kening. Apa yang pelik? Kau la. Tetiba aje tunjuk mamat tu apesal? Minn dah buat kerutan seribu di dahinya. Pelik. Kau jawab la dulu. Handsome, kan? Sengaja Syuh menguji reaksi Minn. Tak. Sepatah Minn jawab. Ala.... Tak ada ala-ala. Kita datang sini bukan nak tengok lelaki. Minn tau sangat Syuh ni mesti nak kenenkan dia. Macam tak ada kerja lain. Habis tu, kita buat apa kat sini? Kening Syuh terangkat. Minn terasa nak ketuk-ketuk kepala Syuh ni. Aku nak temankan kau sebab aku tau kau mesti bosan punya kalau kena duduk dengan mama kau. Minn sengih panjang. Syuh harus puji dia sebagai teman sejati. Motif? Selama ni aku ajak, bukan kau nak ikut pun. Sebab aku tolong kau carikan kerja? Tau tak apa. Lepas ni tolong tepati janji ya. Sebab aku temankan kau malam ni. Pulak? Syuh menghela nafas berat. Tapi dalam diam senyuman terukir di bibir. Minn tak tahu sesuatu yang telah dia rancang. Heh!

14

Aireen Aryana

MINN keluar dari tandas dan terus menuju ke arah meja tempat dia duduk. Sesekali keluhan terbit daripada bibirnya. Badan dah mula terasa penat dan mengantuk sedangkan majlis baru sekerat jalan, makanan baru nak hidang. Penat dengar orang menyanyi, bukan menyanyi tetapi lebih kepada melalak seorang diri. Yang peliknya, semua orang tepuk tangan sambil bersiul riang. Eh, makan malam dia orang ni tak ada etika ke? Minn lihat Syuh dari jauh, sedang berdiri di sisi Puan Lina. Berbisik-bisik. Kadang-kadang Puan Lina mengangguk sebelum menepuk lengan Syuh dengan lembut. Syuh ni cantik, cuma gayanya agak kelelakian sikit. Nak-nak lagi bila dah guna pakaian rasmi dia tu: seluar track plus baju-T besar gedabak boleh muat dua orang kat dalamnya. Nama sebenar comel, Syuhada. Syuhada Yasmin. Tapi panggil Syuh aje sebab dia tak nak orang panggil dia Hada. Tak pun Syuha. Macam perempuan katanya. Dia bukan perempuan ke? Minn meneruskan langkahnya. Ouch! Minn laju berundur setapak. Kaki siapa yang dia terpijak pulak ni? Kepala didongakkan. Spontan Minn jatuh rahang. Wala... anak pemilik hotel ni. Maaf encik.... Minn mintak maaf pun gaya selamba. Tak ada riak bersalah langsung. Syakirul Hafiz mencerlung tajam wajah gadis itu. Lelaki itu berdeham kecil sebelum ralit merenung Minn. Mata letak kat mana? Kerek aje bunyi. Minn senyum sedikit sebelum membetulkan gaun

15

Kuli Rumah Untuk Dia

yang terletak di badannya. Dah agak dah. Anak pemilik hotel, berlagak aje lebih! Kau ingat kau kaya kau boleh sound siapasiapa? Tuhan letak kat kepala, awak tak nampak? Syakirul Hafiz dipandang sinis. Ini baru sedikit ayat power Minn kasi. Syakirul Hafiz di depannya itu memandang tajam wajah Minn. Lama. Helo encik? Muka saya ni cantik sangat ke? Soal Minn sambil mengangkat kedua-dua keningnya. Harap muka aje cantik, otak dah kelam agaknya. Banyak makan cacing! Rungutan Syakirul Hafiz tertadah di telinga Minn. Hampir-hampir kasut empat inci tinggi itu dia sepak ke muka Syakirul Hafiz. Ya Allah, sabar ajelah.... Melihat Syakirul Hafiz yang sudah beransur pergi, Minn terus menuju ke arah Syuh. Dalam hati masih merungut-rungut sebab terpaksa berhadapan dengan lelaki yang agak tak berapa nak sopan tu. Tapi boleh pula terpijak kaki mamat tu walhal tadi jarak separuh batu. Mungkin jarak antara meja-meja tadi agak rapat dan dia pun tak perhati sangat kiri kanan. Main suka mak babah berjalan pandang muka Syuh aje, tak perasan ada makhluk Allah duk berdiri di situ. Tapi, betullah kata Syuh. Mamat tu handsome. Agakagak dah ada makwe ke belum? Hu hu hu. Minn. Minn betulkan duduk. Dia pandang wajah Syuh sekilas. Kau dah dapat kerja. Syuh mengambil tempat duduk bersebelahan Minn. Ikan sweet and sour yang sudah

16

Aireen Aryana

terhidang di pinggan kecilnya tadi dicicip sedikit dengan menggunakan chopstick. Really? Minn bulatkan mata. Cepatnya! Betul la. Tadi aku dah tanya kat mama aku.

KENA bawa IC, baju dan semua barang keperluan kau. Sebab nanti nak kena sain kontrak. Kau kena tinggal kat rumah tu Minn, beritahu Syuh sambil membelek novel di tangan. Kata tomboi tapi boleh pulak layan jiwang-jiwang. Nak hairan apa, sekarang ni lelaki pun dah semakin ramai yang suka baca novel cinta tau. Rumah siapa Syuh? Minn celikkan matanya yang hampir-hampir tertutup sebab mengantuk sangat. Malam tadi tak cukup tidur. Ingatkan nak tidur sampai ke tengah hari tapi mak dah mula bising. Terpaksalah dia pergi ke persinggahan rasminya setiap hari, rumah Syuh. Tengku Arshad. Tengku? Wah, kena kerja dengan anak raja ke? Errr... tiba-tiba terasa cuak pula. Handsome ke? Spontan soalan itu terkeluar daripada bibirnya. Syuh buat muka keji. Nak yang handsome aje, kan? Merenyam la kau. Dia dah empat puluh lebih, dah kahwin tapi isteri dia fly ke luar negara. Sambung belajar. Dia ada seorang pembantu rumah... tapi dah tua. Nak masak tu bolehlah tapi nak buat kerja berat tu Tengku Arshad kesian. Tak sampai hati. Tak perlu masak? Ni dah kira baik ni. Aku bukan reti masak pun. Getus hati Minn.

17

Kuli Rumah Untuk Dia

Ada gelaran Tengku, takkan pekerja dia sorang aje kut? Tapi, kan Tengku tu tak kisah ke isteri dia sambung belajar? Kalau suami umur empat puluh lebih, isteri mesti dalam lingkungan umur tu jugak. Tua tu. Tua-tua pun sambung belajar? Gempaklah! Syuh senyum senget. Kau pegi tanya tuan kau sendiri. Memuncung bibir Minn. Kalau tanya kat Syuh mana pernah dia jawab skema soalan dapat full mark. Nak kasi setengah markah pun payah gila! Kena tinggal kat sana ya? tanya Minn, polos. Terbayang muka Minah, pembantu rumahnya yang duduk di bilik tingkat bawah. Bilik tu sempit tapi cukuplah untuk Minah seorang. Pembantu rumah kerjanya kemas barang aje pun, bukan nak melaram bersolek sakan. Jadi, kena beri bilik yang ala kadar. Rumah kau ada kat belakang rumah besar tu. Jangan risau. Kaya la. Pembantu rumah pun ada rumah sekali. Minn kagum. Syuh gelak kecil. Kepala ditongkat dengan tapak tangan sambil menguraikan rambutnya ke tepi telinga. Berfikir. Harapharap cantiklah rumah Tengku Arshad nanti. Yang penting, rumah PR (pembantu rumah) dia orang. Jangan yang haprak sudah, sebab aku kena duduk kat sana. Minn mula digigit rasa resah. Syuh suap aiskrim ke dalam mulutnya. Sesekali dia jeling ke wajah Minn. Tak sabar nak tengok Minn mulakan

18

Aireen Aryana

kerja. Tak sabar dengar suara Minn merungut dan membebel. Itulah... ada sijil, belajar tinggi tak nak guna. Kerja kuli tu juga yang dia minta. Bila aku kena pergi sana? tanya Minn. Minggu depan. What?! Terjegil biji mata Minn. Minggu depan... ulang Syuh sekali lagi. Hari Isnin? Yup! What a day! Minn teriak sambil terlompat. Dia terus masuk ke dalam rumah Syuh. Kelam-kabut dia mencapai beg tangan dan kunci kereta yang terdampar elok di atas meja tamu. Kau nak pergi mana?! Jerit Syuh. Baliklah woi! Dua hari aje lagi, aku tak siap apaapa ni! Ketawa Syuh pecah. Kalut aje kawan dia yang seorang ni. Nak kerja jadi pembantu rumah? Boleh aje dia bayangkan walaupun nampak pelik aje!

19

Kuli Rumah Untuk Dia

Bab 3
muka gelisah.

AK.... Minn duduk di sisi Puan Sri Farisha. Dia sengaja mempamerkan

Kenapa? Puan Sri Farisha yang sedang menyandar di sofa itu berpaling ke arah anak gadisnya. Sebagai seorang ibu, dia faham Minn mempunyai keinginan untuk dikongsi kerana dia perasan anaknya itu sedari tadi berada dalam kegelisahan. Minn nak cakap sesuatu... rengek Minn. Dia pasti mak takkan bagi dia tinggal di luar tetapi kena mintak juga sebab lusa dah nak duduk kat rumah Tengku Arshad, merangkap majikan barunya. Cakaplah. Bukan tak biasa cakap. Puan Sri Farisha kerut dahi. Adik tu kalau nak minta benda, mulalah tunjuk muka malu-malu kucing! sindir Mirr Adriz. Sinis. Minn ketap bibir sambil menjeling tajam wajah Mirr Adriz. Abang jangan sibuk!

20

Aireen Aryana

Usik sikit pun dah berapi. Mirr Adriz juih bibir. Puan Sri Farisha menggeleng perlahan. Bukan tak pernah dia menegur Mirr Adriz supaya jangan terlalu bersikap sinis. Lagi satu, Mirr Adriz terlalu bertegas apabila berhadapan dengan adiknya sendiri. Tapi, dah perangai tu tak pernah nak berubah dari dulu, tak kuasa dah dia nak menegur. Minn adik Mirr Adriz. Sinis-sinis pun, sindir-sindir pun, Mirr Adriz sayangkan Minn. Cuma, sikap mengusik Mirr Adriz itulah yang mengundang rasa tidak senang di hati tuanya. Teringin juga melihat adik-beradik ini saling menyayangi. Tapi Mirr Adriz tetap Mirr Adriz. Cara mengasihi dan menyayangi adalah berbeza. Puan Sri Farisha pun perasan kalau tak ada Mirr Adriz di rumah, Si Minn jadi senyap aje. Ada Mirr Adriz, rumah lebih meriah. Minn dah dapat kerja. Serius?! Serentak suara Puan Sri Farisha dan Mirr Adriz bersatu. Muka masing-masing dah tunjuk riak tak percaya. Biar betul si pemalas of the year Minn Alia dah dapat kerja? Bukannya mereka pernah nampak pun Minn pegang fail sijil pergi ke mana-mana untuk temu duga selama ni. Serius la.... Kerja apa? Mirr Adriz teruja. Minn tersengih kecil. Kalau dia orang tahu Minn kerja kuli rumah aje, alamatnya hari Isnin ni dia dah kena bertapak di National Enterprise. Rahsia. Tapi Minn kena tinggal kat rumah kawan Minn sebab tempat kerja tu jauh, kata Minn bersungguhsungguh. Puan Sri Farisha tercengang.

21

Kuli Rumah Untuk Dia

Minn cepat-cepat tunjuk muka sedih. Berpura-pura sedih sebenarnya sebab kalau tak tayang muka seperti mak kucing kematian anak, tak mungkin mereka nak lepaskan Minn. Tinggal ajelah kat rumah ni. Nanti kalau ada apaapa senang mak nak tahu... pujuk Puan Sri Farisha. Minn tak pernah berjauhan dengannya kecuali ketika menuntut di universiti tempoh hari. Lagipun Minn pernah berjanji dah kerja nanti duduk kat rumah dengan mak dan babah. Ni apa kes nak mungkir janji? Ala... tak lama mak. Empat bulan. Lepas empat bulan, kalau Minn lepas penilaian, Minn duduk rumah ni balik. Buat masa penilaian ni, Minn kena duduk kat rumah kawan... pujuk Minn. Mirr Adriz kerut dahi, hairan. Minn dapat kerja apa ada penilaian bagai? Abang jangan menyibuk! Bantal sofa dibaling ke muka Mirr Adriz. Boleh senyap sikit tak? Dahlah tu. Kamu berdua ni asyik gaduh aje. Cuba berdamai sikit. Taklah pening kepala mak ni. Tapi mak tak setuju Minn tinggal kat luar. Ada apa-apa nanti susah mak nak tahu. Minn janji Minn balik seminggu sekali! Tangan kanan rapat ke atas bahu seperti sedang berikrar. Minn kerja apa? Tinggal kat mana? Puan Sri Farisha gelisah. Minn satu-satunya anak dara dia. Kalau terjadi apa-apa susahlah. Nak-nak lagi Minn ni bukan jenis yang boleh percaya sangat. Kang tak pasal-pasal masuk kelab malam seperti tiga tahun lepas. Bagaimana? Puan Sri Farisha dulu hampir-hampir diserang

22

Aireen Aryana

strok gara-gara ternampak gambar Minn berpelukan dengan seorang mat salih di pub bersama-sama beberapa orang rakannya. Babah pun jatuh sakit sebab ada orang yang baik hati pergi upload video Minn tengah clubbing kat e-mel Tan Sri Ridhuan. Jenuh Mirr Adriz terpaksa selesaikan masalah Minn tu. Nasib baik orang yang upload kata tujuan dia hantar atas sebab-sebab baik, agar Minn berubah menjadi orang yang lebih bertatasusila. Jenuh jugak Mirr Adriz memarahi adiknya kerana bersikap lepas laku ketika berada di luar negara. Tetapi setahun dua ni, perangai Minn sudah terkawal. Walaupun baju-baju yang tersarung di tubuh gadis itu agak menjolok mata namun, Puan Sri Farisha percaya Minn tak akan menjejakkan kaki ke pusat hiburan lagi. Tiga tahun lepas, elaun Minn digantung oleh Tan Sri Ridhuan selama tiga bulan. Gelabah Minn kerana seumur hidupnya hanya dipenuhi dengan duit belanja ma dan pa. Bila elaun ditarik balik, mak pula sakit teruk, Mirr Adriz tak sudah-sudah menyalahkannya... Minn berjanji di depan satu keluarga yang dia tak akan buat perangai masuk kelab malam atau berpelukan dengan mana-mana lelaki. Minn janji Minn takkan buat perangai. Minn dah insaf mak... ujar Minn bersungguh-sungguh seakan-akan boleh membaca kerisauan yang terkandung di hati maknya. Janji tak janji. Tak ada orang akan percaya adik bila melibatkan hal-hal macam ni. Mana ada kerja yang kena ada penilaian empat bulan, kena tinggalkan rumah sendiri. Kalau nak pindah terus tu lainlah. Minn kerja apa?

23

Kuli Rumah Untuk Dia

Kali ini suara Mirr Adriz bertukar menjadi tegas. Dia abang dan dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan yang diambil oleh adik perempuannya bila babah tak ada. Takkan nak senang-senang bagi Minn keluar dari rumah? Buat naya! Minn tak boleh dipercayai. Tak boleh! Ala, please bang... Minn susah nak cari kerja ni. Jadi pengurus hotel.... Nak tak nak dia terpaksa menipu juga. Pengurus hotel? Minn ketap bibir cuba mengusir rasa bersalah. Tempoh percubaan empat bulan aje. Nanti kalau Minn cemerlang duduk sana, baru la Minn boleh duduk kat rumah semula. Terangnya bersungguh-sungguh. Kau dapat sijil engineer ke pengurusan hotel masa kat oversea? Mirr Adriz kerut dahi. Abang ni... dah elok apa diorang bagi Minn kerja. Ada pulak nak soal-soal. Lusa Minn dah kena mula tinggal kat rumah kawan Minn. What?! Serentak suara Mirr Adriz dan Puan Sri Farisha bertingkah. Masing-masing tercengang tak terkata. Satu lagi kejutan buat mereka! Minn, agaklah sikit nak kasi orang kat rumah ni kejutan. Takkan terus pergi dari rumah? Dibuatnya sebenarnya Minn kena tipu dek orang yang tak bertanggungjawab pasal kerja tu bagaimana? Bukan tak biasa tengok kat surat khabar orang kena tipu dalam bab-bab kerja ni. Please... mak dan abang tak pernah tengok Minn jejak kaki ke tanah haram tu lagi sejak Minn pulang ke Malaysia, kan? Minn pun dah janji akan jaga diri sendiri. Minn dah dewasa, Minn dah boleh fikir baik dan buruknya. Minn nak cuba hidup berdikari.

24

Aireen Aryana

Tak boleh, Minn! Mirr Adriz meninggikan suara. Gila apa nak kasi adik duduk jauh-jauh dari rumah. Tak boleh ke tinggal kat rumah sendiri dalam tempoh percubaan kerja tu? Apa bezanya empat bulan dan selepas empat bulan tu? Sedangkan lepas empat bulan percubaan tu habis, Minn dah boleh duduk rumah ni pulak? Ke... memang alasan Minn dari empat bulan tu dia akan extend ke setahun. Lepas tu lima tahun. Lepas tu selama-lamanya? Babah benarkan. Minn, Mirr Adriz dan Puan Sri Farisha membuang pandang ke arah tangga. Babah?! Masing-masing terjerit. Minn jerit sebab terkejut dan seronok. Mirr Adriz dan Puan Sri Farisha terkejut kerana keputusan Tan Sri Ridhuan yang mendadak seperti itu. Minn bingkas bangun berlari ke arah babahnya. Thanks, babah! I love you! Muah, muah... muah! I love you so... much!!! Babahnya, saya tak kasi Minn keluar dari rumah ni. Puan Sri Farisha merenung tajam wajah suaminya. Biar la. Kalau dia buat perangai, tau la apa saya nak buat. Awak jangan risau. Lagipun Minn dah cukup besar untuk cari kehidupannya sendiri. Tan Sri Ridhuan menepuk bahu Minn yang masih lagi memeluk tubuhnya. Puan Sri Farisha mendengus perlahan. Mirr Adriz terkebil-kebil, tak tahu nak cakap apa kerana Minn dah dapat penolong dan penyokong yang paling berkuasa di dalam rumah ni. Harap-harap betullah apa yang babah putuskan kali ini. Mirr Adriz sebenarnya sayang sangat kat Minn.

25

Kuli Rumah Untuk Dia

SYAKIRUL HAFIZ mengurut belakang tengkuknya. Kerjakerja yang dilakukan semakin berat, lebih-lebih lagi sejak cawangan hotel dibina di Langkawi. Lap-top yang baru sahaja dimatikan ditutup dengan perlahan. Dia meregangkan tubuh untuk mengurangkan rasa penat. Syakirul Hafiz tilik jam di tangan sambil mengeluh perlahan. Baru pukul lapan malam. Hasri sudah keluar dari hotel sejak pukul tujuh tadi. Ke mana lagi kalau tak ke kelab hiburan. Kalau nak diikutkan, Langkawi mana ada banyak kelab hiburan seperti di Kuala Lumpur tapi oleh kerana hasutan Uncle Hilman yang mengatakan perempuan di Langkawi hebat-hebat, temannya itu turun padang juga. Ingatkan dah insaf sejak kena tangkap basah dengan awek sendiri dua bulan lepas tapi nampaknya Syakirul Hafiz silap membuat pertimbangan. Ah, tak ada kaitan pun dengan dirinya. Asalkan dia tak terlibat sama, cukuplah. Dia bukanlah lelaki yang open sangat sampai jejak kaki ke kelab malam seperti jejak kaki ke shopping complex. Dahlah jarang-jarang turun ke masjid, jangan nak menambah dosa pergi ke tempat-tempat tu pula. Fikir pasal awek, teringat perempuan yang pijak kaki dia dua malam yang lepas di majlis makan malam yang berlangsung di hotel abah. Cantik. Taklah cantik sangat tetapi di mata dia, perempuan seperti itu mempunyai daya tarikan yang tinggi. Muka bujur sirih, kulit pun taklah putih sangat tapi nampak cerah dan comel. Tinggi. Mungkin kerana kasut tumit tinggi yang dia pakai. Kalau tak, taklah sampai dua hari kaki kanannya belum hilang bengkak kerana dipijak oleh gadis itu. Dan satu yang dia perasan, mata perempuan itu cantik sangat. Nampak matang dengan solekan yang agak tebal. Heee... rasanya dia cantik sebab mekap la kut. Tapi apabila difikir-fikir, terasa dia pernah melihat wajah gadis itu. Syakirul Hafiz mengeluh perlahan.

26

Aireen Aryana

Kalau ikutkan hati, Syakirul Hafiz nak perempuan yang cantik luar dan dalam. Kalau boleh cantik sekadar dipandang suami dan natural beauty tu penting. Tak naklah bedak tebal-tebal kalahkan pelakon opera Cina. Lemah lembut dan manja satu bonus yang sudah cukup istimewa! Dia lelaki. Dia perlukan seorang wanita yang memahami, bukan setakat cantik fizikal sahaja. Dia perlukan seorang wanita yang mampu menakluk hatinya dan yang paling penting, setia. Insya-Allah, gadis itu nanti akan menjadi penyeri hidupnya. Nak dibandingkan dengan perempuan yang memijak kakinya tempoh hari, simpang banyak-banyak! Dahlah seksi habis dengan gaun hitam gelap. Bahu dan belakang terdedah luas walaupun ditutupi dengan rambut panjang gadis itu. Nak jadikan isteri, mau putus segala urat saraf. Entah-entah perempuan tu jenis kaki clubbing? Hailaaa.... Sebab tu juga sampai sekarang Syakirul Hafiz tak ada girlfriend macam kawan-kawan dia yang lain. Dia ada harta, dia ada rupa, dan dia ada semuanya yang mampu membuat perempuan-perempuan di luar sana menggoda dirinya. Bukan mencari yang over sempurna, tetapi mencari seorang gadis yang mampu menjaga maruah dirinya dan keluarga. Perut berbunyi dan Syakirul Hafiz tersenyum sendiri. Tiba-tiba dia rindu masakan Kak Nur. Ah, dua hari aje lagi dah nak balik Kuala Lumpur. Syakirul Hafiz membuka T-shirt berwarna jingga daripada tubuhnya dan menarik tuala dari palang besi. Tuala itu disangkut di bahu kiri sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air.

27

Kuli Rumah Untuk Dia

WAJAH Minah yang terkial-kial dengan separuh badan masuk ke dalam almari itu mengundang rasa bengang di hati Minn. Minah, takkan kau simpan IC kat dalam almari? Dompet kau mana? Minn mengeluh. Sekejap, cik.... Minah takut-takut. Habis diselongkar sampai ke dalam almari, tapi IC tetap tak jumpa. Cik duduk la di ruang tamu dulu. Kalau saya jumpa nanti, saya beri pada cik. Minah sebenarnya tak selesa apabila Minn tercegat di depan pintu memerhatikan dia. Syaminah. Cepat la.... Minn garu belakang lehernya sambil menuju ke katil Minah. Dia duduk di sana sambil memerhati seluruh bilik Minah. Ringkas aje. Ada katil single bed, satu meja di sebelah kanan katil, satu almari dan satu kerusi. Di atas meja terdapat satu cermin kecil dan pupur amoi. Agak-agak rumah PR Tengku Arshad nanti kecil lagi daripada bilik Minah tak? Minn hela nafas panjang sambil meluruskan kakinya. Janganlah tilam nipis murah, mau patah riuk empat bulan duduk kat situ. I... ini cik.... Minah menghulurkan IC. Minn mencapai IC Minah sambil terus mengamati IC tersebut. Umur berapa ni? Dua belas tahun. Kau tak tukar lagi ke?! Minn terkejut. Patutlah muka macam budak-budak! Gilalah Minah, dari umur dua belas tahun tak tukar IC. Sekarang ni pun umur Minah dekat tiga puluh tahun, dah berapa tahun dia tak tukar kad pengenalan? IC tu pun dah macam nak patah aje dia tengok.

28

Aireen Aryana

Lepas aku pinjam ni, kau pi tukar IC kau. IC patutnya warna biru bukan warna kuning, kau tau? Minn menggeleng perlahan. Minah tak cakap apa-apa. Dia sekadar mengangguk walaupun dalam hati tak ingin pun nak tukar IC. Sijil SPM kau? Minn menghulurkan tangannya dengan selamba. Minah tersipu-sipu. Sijil? Ya la. Kat mana sijil SPM kau? Aku nak pinjam, seminggu aje pun. Gaya Minn nak pinjam macamlah sijil tu sijil dia. Nasib baiklah sijil tu Minah punya, pembantu rumah keluarga Tan Sri Ridhuan. Jadi, bolehlah dia naik tanduk sikit. Sekejap ya cik... ucap Minah teragak-agak. Dia membuka laci penuh sopan sebab tak pernah Minn buang tabiat duduk di bilik pembantu rumah sejak lima belas tahun dia jadi pembantu di rumah keluarga Tan Sri Ridhuan. Sijil SPM yang dilipat lapan itu dihulurkan kepada Minn. Ni apa? Minn pelik tengok kertas tersebut. Agak kekuningan macam kertas zaman lapan puluhan. Kertas balut belacan ke apa ni? Sijil SPM, cik.... Minah tersipu-sipu menjawab. Malu sebenarnya. Orang lain punya sijil SPM duduk kat dalam bingkai gambar, dilekat elok-elok di dinding seperti yang Minn dan Mirr Adriz buat. Tapi setakat keputusan mintak kerja kat pejabat pos pun tak lepas, tak usah nak mengada-ada sangat lekat sijil SPM tu kat dinding. Buat malu diri sendiri! Berkerut dahi Minn membuka sijil SPM Minah.

29

Kuli Rumah Untuk Dia

Berhati-hati. Takut terkoyak sebab bucu-bucu lipatan pun nampak uzur sangat. Susah tak jadi pembantu? Soal Minn dengan selamba. Minah garu kepala seolah-olah berfikir. Tak la susah sangat.... Minah tersengih lebar. Setakat kerja kat rumah besar ni, tak pernah pula dia mengalami apa-apa kesukaran. Lagipun anak-anak Tan Sri Ridhuan baik sangat-sangat. Sebab tu juga dia bertahan lama jadi PR banglo tiga tingkat milik Tan Sri Ridhuan. Ya Allah, Minah! Minn terlompat ke lantai. Matanya membuntang seakan-akan tercekik tulang ikan. Minah yang berada di sisi Minn turut terkejut, gelabah tak tentu pasal. Kenapa cik? Ada yang tak kena ke? Minah jadi tak keruan. SPM kau dapat 5E 3G aje ke?!

MACAM MANA? Minn pusing-pusing di depan Syuh. Tunjuk yang baju dia cantik sangat walhal sekadar baju kurung kapas warna pudar macam dah kena clorox. Kusam berkedut rasanya. Lagi cantik lap lantai kat rumah Syuh. Tawa Syuh pecah. Geli hati melihat penampilan baru temannya itu. Kenapa kau transform jadi minah tepung ni? Sekali lagi ketawa terhambur di bibir Syuh. Apa dia? Minah tepung? Weh, ni bedak la. Aku mintak dari Minah. Gumam Minn tak berpuas hati.

30

Aireen Aryana

Sesuka hati aje Syuh gelar dia minah tepung padahal bukan Syuh tak tahu yang dia berada dalam keadaan kritikal yang amat sangat! Siap gelak bagai nak rak pulak tu. Terasa nak tonyoh muka Syuh dengan selipar jepun yang tersarung di kakinya. Tapi serius, kalah Husna bila kau dah make over macam ni. Serius, diorang mesti percaya punya kau ni boleh jadi kuli rumah diorang. Gelak Syuh masih bersisa. Mantap tak? Minn tersengih lebar. Syuh tunjuk ibu jari. Mantap seyhhh.... Dengan bedak tebal tiga inci, rambut menggerbang ala-ala nenek kat kampung, selipar pun jenama jepun aje, beg baju koyak rabak berjahit sana sini mesti dia bantai Minah punya ni. Kau tapau semua baju Minah ke? Tinggal dua tiga helai aje baju dia. Gila kejam kau! Mana ada kejam! Aku kasi duit untuk dia beli baju baru la. Minn memuncung. Mak kau okey ke kau pakai baju ni keluar dari rumah? Aku tukar kat tandas awam la tadi. Dah, dah. Banyak tanya pulak kau ni. Minn merungut. Makin berdebar apabila Syuh tanya macam-macam soalan. Syuh tahan senyum aje mendengar jawapan Minn. Kau dah sedia ke ni? Syuh pandang Minn. Minn cantumkan keningnya dengan muka serabut. Aku takut la Syuh.... Sungguh, hatinya terasa gentar saat ini. Mana boleh

31

Kuli Rumah Untuk Dia

nak cool sentiasa sebenarnya bila dah tau diri tu bakal menipu warga penduduk kat tempat tinggal Tengku Arshad. Lagi-lagi dengan penampilan yang kalah orang gila kat Tanjung Rambutan. Tapi dah sampai ke tahap ni, alang-alang aje kalau nak tarik balik. Apa nak jadi pun, jadilah. Minn dah tekad. Everythings gonna be okay la. Dont worry. Jom masuk kereta, kata Syuh sambil tekan alarm kereta. Minn.... Minn tak jadi nak masuk kereta. Wajah Syuh dia pandang semula. Hah? Apa lagi? Kau cantik la hari ni. Syuh gelak bagai tak cukup lantai. Muka Minn yang nampak bengang membuat hatinya semakin digeletek lucu. Ala... setakat Minn tu, campak ke laut pun boleh hidup punya. Minn tunjuk penumbuk kat Syuh, tanda geram. Syuh ni kut ya pun tak usahlah nak perli-perli....

32

Aireen Aryana

Bab 4
AKU. Minn menunggu katakata daripada Tengku Arshad dengan hati yang berdebardebar. Bila diamati, Tengku Arshad taklah nampak tua sangat. Handsome pun ya. Baru masuk 4 series jadi, taklah nampak macam pak cik tua bangka yang kaya dan gatal seperti dalam televisyen tu. Nak kata strict tu agak tak tepat pulak tapi cukup untuk membuat Minn boleh ketar lutut bila ditenung lama-lama. Tinggal kat mana selama ni? Kat kampung, encik. Minn jawab laju. Nervous kut. Paling-paling, benda yang dia fikir saat ini adalah dia nak sangat dapat kerja kuli rumah keluarga Tengku Arshad. Sesekali dia jeling ke arah seorang wanita separuh abad yang berdiri di sisi sofa tempat Tengku Arshad duduk. Nampak rapat hubungan dia orang ni tapi tak mungkin isteri Tengku Arshad sebab perempuan tu gaya pakaian agak-agak nak sama dengan Minah, pembantu rumahnya. Kampung awak kat mana? tanya Tengku Arshad.

33

Kuli Rumah Untuk Dia

Minn dah naik gelabah. Apa dia nak jawab sekarang? Seram sejuk tangannya. Syuh sudah pulang lepas turunkan Minn di depan rumah Tengku Arshad. Ada ke kawan macam tu? Ikutkan hati, dia nak seret aje Syuh masuk ke dalam rumah mewah ini tapi Syuh kata papa dia dah call suruh masuk kerja awal sikit sebab ada meeting. Alasan! Kat... errr.... Minn terpejam celik tanpa arah. Kat Melaka? sampuk Tengku Arshad tiba-tiba. Errr...? Orang tua tu mesti baca dari IC Minah. Minn mana pernah pergi Melaka. Setakat Negeri Sembilan tu pernahlah. Dah nama pun anak jati Kuala Lumpur. Dari kecil sampai besar panjang duduk kat Kuala Lumpur. Jangan takut dengan saya. Saya ni manusia jugak macam awak. Cemas aje saya tengok awak dari tadi. Tengku Arshad gelengkan kepala sambil tergelak kecil. Minn tertunduk pandang lantai. Dia pijak-pijak jari kakinya sendiri. Terasa nak hantuk kepala kat dinding. Stres! Ni IC awak yang betul ke? Muka nampak lain aje... muda lagi. Umur dah masuk tiga puluhan. Lagi satu, awak memang asal dari Melaka ke? Jauh juga awak cari kerja ya? Kenapa tak cari kerja kat Melaka aje? Tengku Arshad memandang muka Minn dengan tajam. Minn telan air liur sebiji-sebiji. Banyak gila soalan pak tengku ni. Mati nak kena jawab satu per satu! Seperti yang ada kat IC saya tu, umur saya tiga puluh dan saya memang asal dari Melaka. Errr... tinggal kat KL dah lama dah dengan kawan-kawan. Belasah ajelah! Minn tarik nafas sedikit. Nasib baik dapat jawab.

34

Aireen Aryana

Oh... dulu kerja apa? Dalam hairan, Tengku Arshad menyoal lagi. Nak percaya ke muka macam Minn ni umur tiga puluhan? Kalau dua puluhan tu boleh terima akallah jugak. Nampak budak sangat. Lagi satu, dia tengok dalam gambar Minah ada tahi lalat di pipi kanan, tapi yang kat depan dia, tak ada tahi lalat sebiji pun. Ke... dia cover tahi lalat dia tu dengan tepung beras yang bertempek kat muka tu? Terkial-kial Minn cari jawapan. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Dulu kerja petani? Petani apa ke benda? Sentuh padi pun tak pernah. Tukang masak? Sayur kangkung pernahlah sekali masa dia tolong Syuh belajar masak. Itu pun setakat ikut sentuh belek aje. Tak ada nak potong-potong lagi, jauh sekali nak goreng-goreng. Arkitek? Engineer? Jangan melawaklah Minn. Kalau betul engineer sejati tak ada sengal nak minta kerja jadi PR a.k.a pembantu rumah kecuali Minn seoranglah sebab perangai kesengalan tu dah terserlah lama. Kalau tak, takkan dia nak enjoy masuk pub dengan geng-geng budak rambut karat masa kat Ohio dulu walaupun tau benda tu haram. Haram... okey! Sekarang ni rasa menyesal pulak sebab pernah jejak kaki ke tempat-tempat yang syaitan dan segala iblis suka tu. Menyesal sikit ajelah. Nak-nak lagi jiwa Minn tak sampai seru untuk beribadat. Dia masih muda. Tapi nak beribadat kena tengok muda dan tua ke? Minah? Minn tersentak. Errr... ya encik? Ketar suaranya cuba ditelan sendiri. Kalau boleh tak naklah nampak gabra sangat walaupun setakat tiga puluh minit dia berada di depan pak tengku ni dah boleh luruh

35

Kuli Rumah Untuk Dia

rambut jawab soalan-soalan cepuperak ala-ala soalan perangkap last paper masa kat Ohio University dulu. Dulu kerja apa? ulang Tengku Arshad. Errr... kerja... kerja cleaner encik. Tergagap-gagap Minn menjawab soalan. Tengku Arshad meletak segala sijil SPM dan sijil beranak berserta IC Minah di atas meja. Lelaki separuh abad itu menilik jam sejenak sebelum anak matanya jatuh semula ke wajah Minn. Saya dah lambat ni. Awak boleh minta tolong Kak Nur untuk guide kerja-kerja yang awak boleh lakukan. Tengku Arshad mengambil briefcase di sebelah sofa dan berdiri menghadap Minn. Saya tengok muka awak masa kecil kat IC tu tak berapa nak sama dengan muka awak sekarang. Mungkin awak guna bedak banyak sangat sebab tu tak dapat cam, kan? Walau apa pun, selamat datang ke Vila Cahaya kami. Kak Nur, saya pergi dulu. Minah, tengah hari ni awak mulakan kerja la ya? Kak Nur, tolong tunjuk kat Minah ni rumah Kak Nur. Tengku Arshad tenang berbahasa. Tapi taklah membuat hati Minn tenang sama. Biar betul muka dalam IC dengan muka sekarang ni tak sama? Yalah kut. Minah tu hitam legam, aku ni putih berseri-seri. Nasib baik Tengku Arshad tak tanya lebih-lebih. Kalau tak, gerenti terkuncing jugak aku kat sini. Keluh hati Minn. Tengku Arshad menapak keluar dari rumah. Minn terduduk di sofa. Baru sekarang kakinya berasa kejang sebab lama sangat duk tercegat di ruang tamu. Badan pun terasa penat angkara berdiri tegak seperti tunggul kayu.

36

Aireen Aryana

Errr... Minah, mak cik rasa baik kamu ke rumah belakang dulu. Penat aje mak cik tengok. Minn terus berdiri. Lupa yang Kak Nur masih wujud di ruang tamu dan yang pasti dia hampir-hampir hilang ingatan yang dia hanyalah kuli rumah di dalam banglo mewah ini. Ingat bos ke nak duduk kat sofa harga beribu-ribu buatan Itali tu? Minah pun tak pernah sentuh sofa rumah babah. Ambil contoh daripada Minah aje senang sebab kadangkala Minn ada juga bodohnya walaupun sijil dicetak dari universiti luar negara. Selamat berkenalan mak cik, saya Minah.... Ya, mak cik tau kamu Minah. Minn terkebil-kebil melihat Kak Nur berlalu tanpa mengendahkannya. Dua minit kemudian Kak Nur menghampiri Minah dengan segugus kunci di tangan. Bilik kamu yang nombor dua sebelah kiri ya? Mak cik tinggal sorang aje kat rumah tu. Pergi la, mak cik ada benda lagi nak buat kat dapur tu. Kak Nur masuk semula ke dalam dapur membiarkan Minn terkial-kial seorang diri. Minn garu kepala sambil memandang kunci. Errr... terasa kedatangannya tidak dialu-alukan. Tak ke? Minn melangkah lemah sambil menarik beg baju menuju ke belakang rumah. Taklah belakang sangat, boleh kira tepi sikit tapi mungkin rumah ni tak terdedah kepada orang luar. Jadi, dipanggil rumah belakang. Rumah tu okey aje. Kira okeylah sebab mak cik tu, errr... Kak Nur tu pandai mengemas. Nampak macam bukan rumah PR. Kemas dengan sofa, meja, televisyen dan perabot-

37

Kuli Rumah Untuk Dia

perabot lain. Televisyen walaupun tak sebesar televisyen di rumah utama, tapi setakat nak tengok bola syok jugak. Ada tiga buah bilik dan Minn buka semua pintu bilik tersebut. Bilik Kak Nur sebelah kanan yang pertama sekali. Minn tengok Kak Nur punya bilik ringkas aje tapi nampak selesa. Dan... bilik Minn, sebelah kiri. Kecil, ah... bilik ni. Bilik kanan tu lagi besar. Kak Nur ni sengaja tak nak kasi dia bilik yang besar punya. Hish... kedekut gila! Gerutu Minn dalam hati. Minn letak beg di dalam biliknya dan duduk di atas katil. Tekstur katil tak macam katil dia kat rumah babah tapi bolehlah.... Kan ke dulu Minn juga yang berjanji sebelum ni biar teruk mana pun tempat kerja dia, kena teruskan juga sebab inilah satu-satunya kerja yang berjaya dia apply. Nak cari kerja lain dia tak reti, alih-alih Syuh yang carikan. Tapi Syuh ni kira haprak juga sebab dengan sesama geng dia boleh carikan kerja pembantu rumah aje. Kurang asam boi! Matanya dipejamkan dan cepat aje Minn tertidur di katil barunya. Dia bermimpi, ada seekor katak menjadi puteri. Tapi dia ni kira versi puteri menjadi seekor katak. Elok-elok jadi penganggur terhormat pergi merayu jawatan PR. Hailaaa....

TENGAH HARI Kak Nur balik ke rumah. Nasib baik masa tu Minn tengah menghadap sejadah. Dibuatnya masa tu masih terlentang di atas katil, mau mak cik keluar tanduk lepas tu. Selepas makan tengah hari berdua, Kak Nur kata dia tak balik ke rumah besar sebab kepala tengah migrain. Kesian tengok muka Kak Nur yang pucat tu.

38

Aireen Aryana

Mak cik tak nak ke klinik ke? Minn tunjuk muka prihatin. Budak baru kena tunjuk muka baik sebab kalau tak... dia sendiri yang susah. Kak Nur geleng kepala tanda tidak mahu. Tak apa. Mak cik makan ubat lepas ni. Tapi Minah tolong tengok-tengokkan rumah Tengku ya, takut ada orang jahat datang.... Minn garu kepala. Orang jahat? Takkanlah. Kan ke ada pak cik guard kat depan rumah? Lagi satu, tolong mopkan lantai kat tangga rumah besar sebab mak cik tak sempat nak mop tadi. Boleh... boleh! Semangat Minn menjawab. Sampah tolong buang kat luar ya? Biasanya petang-petang lori sampah datang. Minn angguk. Dia mula kira dengan jari. Bapak banyak benda kena buat! Mak cik rehat dulu.... Kak Nur masuk ke dalam bilik dia. Kak! Nama akak siapa? Minn cepat-cepat tanya. Senyuman dilebarkan di bibirnya. Kak Nur kerut dahi. Akak? Sepatah aje perkataan keluar daripada mulut orang tua tu. Mungkin hairan sebab tadi Minah beria-ia panggil nama dia mak cik tiba-tiba panggil dia kakak pula. Minn sekadar mengangguk sambil tersengihsengih. Kak Nur... ujar Kak Nur sambil ketawa kecil. Tak sangka pula budak Minah panggil dia Kak Nur. Kira kalau standard umur Tengku Arshad aje panggil dia

39

Kuli Rumah Untuk Dia

kakak. Yang anak majikannya tu pun dah terikut panggil dia Kak Nur. Si Minah ni mesti terikut-ikut Tengku Arshad juga sebab Tengku Arshad tadi panggil nama dia Kak Nur. Beza Minah dengan umur dia pun dah cecah berpuluh tahun juga sesuai ke dipanggil Kak Nur? Oh, Kak Nur.... Minah jangan lupa sapu depan rumah ya. Tengku tak suka rumah yang selekeh walaupun kat depan rumah dia. Minn angguk saat Kak Nur berpesan sebelum Kak Nur menutup pintu bilik. Minn mencapai beg sandangnya yang berisi Samsung Galaxy tab, telefon LG warna kelabu dan mekap tepung beras dia tu. Langkah disusun ke rumah agam dengan senang hati. Kalau boleh dia memang nak menetap di rumah agam tapi nak buat macam mana. Dia sendiri yang minta turun pangkat jadi pembantu rumah. Argh! Minn hempas tubuh di atas sofa. Nak buat apa ya? Call Syuh? Sibuk kut dia. Mak? Babah? Kang banyak soal. Mirr Adriz? Buang tabiat ke nak call pak cik tu? Kang tak pasal-pasal kena sembur sebab kes Minn nak kerja ni pun dia belum lagi terbuka hati nak terima Minn duduk kat rumah lain-lain bumbung daripada famili. Jangan lupa sapu depan rumah ya. Tengku tak suka rumah yang selekeh walaupun kat depan rumah dia. Terbayang muka Kak Nur yang lembut tiba-tiba bertukar jadi garang. Minn berdiri dengan spontan. Takutnya kalau kena marah! Ini ke perasaan sebenar Minah bila kena marah? Rasa menyesal pula sebab selalu meninggi suara kat Minah. Minah, kau kalau basuh baju aku tak boleh pakai tangan ke? Habis kilat dia ni terburai! Eee... geramnya aku!

40

Aireen Aryana

Itu antara ayat terlebih ajar yang keluar daripada bibir bertuah Minn. Dengan langkah malas, Minn mencari penyapu di sudut dinding dan luar rumah. Tapi dah dekat setengah jam cari tak jumpa-jumpa sampai dia sendiri naik tension. Nak tanya siapa kat mana tempat letak penyapu ni? Kak Nur ni pun satu. Tak kasi tau awal-awal mana letak penyapu. Dah tau nak suruh aku menyapu, bagitau la kat mana penyapu! Minn merungut-rungut sendiri. Hah! Apa kata call rumah aje? Minn bergegas mencari telefon bimbit dan mendail telefon rumah. Panggilan telefon dijawab tak sampai dua puluh saat berdering. Helo? Cari siapa? Suara lelaki kedengaran. Pantas Minn matikan talian. Babah? Abang? Biar betul dia orang ada kat rumah petang-petang begini? Lima minit dia berkira-kira, Minn dail semula nombor telefon rumah babah. Kali ini telefon lambat diangkat. Helo. Ini rumah Tan Sri Ridhuan. Nak cari siapa? Kali ini Minn kenal suara yang menyambut panggilannya. Gerenti Minah sebab mak selalu petang-petang ni mesti keluar dengan kawan-kawan dia. Minah, aku ni! Maaf cik, Minah tengah buat kerja dia kat dapur. Kawan Minah ke ni? Suara itu membuat Minn tergamam. Mak?! Cepatcepat talian telefon dimatikan. Nahas, kantoi! Minn urut dada untuk mengurangkan rasa terperanjatnya tadi. Akhirnya Minn terpaksa ke hulu ke hilir mencari penyapu sehingga naik ke tingkat atas. Tingkat atas hiasan

41

Kuli Rumah Untuk Dia

dalaman agak mewah dengan pelbagai lukisan yang dilekat di dinding. Mahal ni. Rumah dia pun ada juga lukisan tapi taklah setiap dinding kosong nak lekat dengan lukisan. Lagipun famili dia buta seni. Tak tahu maksud dan makna kenapa orang nak melukis dan kenapa mereka beli juga lukisan tu walhal taklah cantik mana pun. Baik letak gambargambar penghuni di dalam rumah tu aje. Salah sebuah bilik diletak sign board NO ENTRY. Ni bilik Tengku Arshad ke? Hampir nak tergelak Minn membayangkan Tengku Arshad buat perangai macam budakbudak remaja sebaya dengan dia. Bilik aku ada sign board SLEEPING PRINCESS. Setakat NO ENTRY tak kelaslah. Macam sign board bilik mayat aje. Takkan rumah agam begini besar tak ada stor kut? Eh, entah-entah kat stor ada penyapu tak? Bergegas Minn turun ke tingkat bawah. Dia menuju ke ruang dapur sebab kalau kat rumah dia, stor terletak kat belakang rumah, di tepi dapur. Tapi langkahnya mati apabila terpandang penyapu elok aje tersadai kat tepi pintu. Dia tepuk dahi sendiri. Punyalah lama cari penyapu, rupa-rupanya dekat situ aje! Selepas menyapu bahagian depan rumah, Minn kembali ke dapur sambil menyanyi-nyanyi kecil. Terasa dia hebat sebab dapat settle kerja-kerja begitu. Senang aje pun. Taklah susah mana. Patut gaji Minah dikurangkan RM200.00 lepas dia balik nanti. Plastik sampah di dalam bakul dia ambil dan kumpul. Nasib baik jumpa plastik sampah hitam di dalam kabinet bawah. Jenuh juga tercari-cari plastik besar untuk kumpulkan semua bahan buangan di dalam dapur. Setelah itu Minn membuka peti ais. Ada air soya di dalam botol. Untuk Tengku ke? Di atas meja pula tersedia masakan Kak Nur. Minn buka tudung saji. Hampir terjojol matanya melihat lauk-pauk kampung. Kecur air liur terbau

42

Aireen Aryana

ikan keli masak lemak yang nampak agak pedas. Siap dengan tempoyak, sambal belacan, ulam-ulaman dan sotong masak kicap yang tertutup rapi di dalam mangkuk-mangkuk. Minn menelan air liur. Rasa nak makan semula walaupun dah makan kat rumah tadi. Makan kat rumah Kak Nur tadi, hanya ikan goreng dengan sayur campur. Tak kick langsung. Sah-sah Kak Nur ni antara jenis manusia yang tahi hidung masin. Kedekut! Minn cubit sedikit isi ikan keli dan terus masuk ke mulutnya. Nyum... nyum... sedap! Sekali lagi dia cubit. Cubit lagi sekali. Last-last dia ambil pinggan dan makan seekor ikan keli. Sedap gegila! Kalah masakan Minah! Lepas makan, Minn bersihkan segala bukti dia curi seekor ikan keli milik Tengku Arshad. Kalau Tengku tau, tak pasal-pasal gaji kena potong. Tengku Arshad ni agak-agaklah kalau nak makan. Sorang aje pun, tapi ikan keli ada la dalam enam ekor. Dahsyat tu! Minn ambil plastik sampah untuk membuangnya di luar rumah. Masa pergi ke pagar, sempat dia tilik pondok guard. Tak ada orang dan dia sangat-sangat pasti pak cik pengawal keselamatan tengah curi tulang. Tak padan dibayar gaji, pergi curi tulang pula ya. Duduk aje pun kat pondok tu bukan disuruh pergi berkawat. Susah sangat ke? Isy, isy, isy... Minn geleng kepala. Setelah membuang sampah, Minn melangkah menghampiri pagar ingin masuk ke dalam rumah semula. Tetapi langkahnya terhenti saat sebuah teksi berhenti di depan rumah mewah milik Tengku Arshad. Minn kerut dahi. Tetamukah? Tapi tuan rumah tak ada kat sini. Seorang lelaki berjaket kulit warna coklat dengan

43

Kuli Rumah Untuk Dia

cermin mata hitam bergaya tersemat di hidung yang agak mancung keluar dari teksi itu. Minn ternganga luas. Mak aih! Bergaya seyhhh... anak siapalah tukan? Handsome tak ingat. Rambut tegak macam landak style rockies tepi jalan dengan seluar jean koyak kat lutut tapi masih nampak kemas begitu. Fewittt! My taste! Minn lupa diri. Dan sejak bila Minn keluar aura miang ni? Ke... dah terjangkit penyakit Minah yang gatal nak kahwin sangat tu sebab pakai baju-baju dia? Errr... en... encik nak jumpa siapa ya? Di sini rumah Tengku Arshad, tegur Minn malu-malu. Lelaki yang dipisahkan oleh pagar rumah tadi dia pandang tanpa berkelip. Hati saat ini tergoyah nak mati. Kalau diingat-ingat first crush Minn dulu pun gaya semehak semedang selanga segala jenis s ada. Tapi muka lelaki ni macam pernah dia jumpa aje. Muka pan-Asia kut sebab tu familiar. Kat mana pula Minn pernah tengok muka mamat ni ya? Hish... semua lelaki yang ada rupa memang familiar bagi Minn. Sebabnya selama ni pun Minn dikelilingi oleh lelakilelaki handsome apa? Saya nak masuk ke rumah ni. Selamba lelaki itu bercakap. Siap peluk tubuh semasa pak cik teksi keluarkan beg pakaian dia. Potong lima puluh markah! Sombong konon... Minn mencebik. Ya la. Nak masuk pun saya kena tau encik nak jumpa siapa? Minn tekankan suaranya. Lelaki itu tersenyum sinis. Mengada-ada orang gaji baru ni. Muka dahlah riuh dengan bedak tebal sepuluh inci. Ini beg encik. Pak cik teksi letak di tepi kaki lelaki itu. Lelaki itu tersenyum nipis sambil menghulurkan

44

Aireen Aryana

not RM50.00 kepada pak cik teksi tadi. Balancenya pak cik ambil ya. Pak cik teksi senyum sampai ke telinga sambil mengambil duit daripada tangan lelaki itu. Terima kasih encik... terima kasih. Bila pak cik teksi dah pergi, pemuda tu terus mengambil beg dia nak masuk pagar tetapi langkahnya segera ditahan oleh Minn. Siapa nama encik? soal Minn keras. Tayang muka sombong jugak. Apa dia ingat dia aje boleh berlagak? Ini Minn Alia Tan Sri Ridhuanlah.... Syakirul Hafiz. Suara Syakirul Hafiz mengendur. Minn terkebil-kebil. Gila maco nama dia ni. Senyuman Minn terukir di bibir. Lembut. Saya, Minn. Errr... Minah, sambung Minn sambil terus tersengih. Kau ni orang gaji aje Minn, bukan Minn Alia Tan Sri Ridhuan yang havoc tu. Hati Minn berbisik sendiri. Syakirul Hafiz berdeham perlahan. Kedudukan cermin mata yang hampir terjatuh daripada hidung dibetulkan. Serius! PR baru abah pelik gila. Dah pupus ke perempuan yang natural beauty kat dunia ni? Kalau cantik tak apalah bedak sebelas inci pun melekat kat muka tapi, rupa PR ni dah serupa macam ayam masuk tepung celup. Kak Nur sepuluh kali ganda lebih ayu daripada si tepung gandum ni. Lagi satu, baju Minn cukup-cukup menyakitkan matanya. Apa kejadah pakai baju macam kain lap lantai? Rasanya kain lap lantai kat rumah abah lagi cantik daripada baju PR baru ni. Boleh tak... nak masuk? soal Syakirul Hafiz kembali serius apabila langkahnya dihalang oleh Minn.

45

Kuli Rumah Untuk Dia

Minn garu leher belakang seolah-olah berfikir. Saya tak tau la, encik. Encik duduk luar dulu la ya. Nanti saya call Tengku. Terang Minn sambil tersengih kecil. Duduk sini? Syakirul Hafiz tunjuk pagar. Muka dia dah naik merah sebab geram. Bukan duduk situ, tapi berdiri kat sini. Minn tunjuk tanah di depan kaki Syakirul Hafiz. Sengal jugak mamat ni. Orang suruh tunggu kat sini, dia nak duduk atas pagar pulak. Agaknya otak dia dah terkena kejutan elektrik kut? Minn masuk ke dalam pagar dan menutup rapat pagar rumah. Tidak dilupa dia kunci dengan mangga. Tak tahu siapa yang tengah pegang kunci tapi kena ikut nasihat Kak Nur tadi. Tapi Minah tolong tengok-tengokkan rumah Tengku ya, takut ada orang jahat datang.... Walaupun muka jejaka yang bernama Syakirul Hafiz tadi tak nampak macam orang jahat, tapi mana tahu dia spesies keturunan penyangak. Tengok daripada penampilannya, ada la ciri-ciri tu sikit. Macam ketua kongsi gelap. Tapi, serius muka Syakirul Hafiz cute gila. Kasi aku masuk aje pun susah, bukak pagar ni. Syakirul Hafiz dah naik angin. Tunggu kejap, saya tanya kawan saya. Minn berdegil dan melangkah pergi dari situ. Weh mak cik tepung! Buka pintu ni! Syakirul Hafiz terjerit. Pagar digoyang-goyang kasar. Mak cik tepung dia gelar aku? Minn ketap bibir. Menyesal dia puji mamat tu cute tadi! Minn jelir lidah ke arah Syakirul Hafiz.

46

Aireen Aryana

Tak nak... tak nak. Panjat la pagar tu kalau berani sangat! Minn berlari ke dalam rumah sambil ketawa terkekeh-kekeh. Best rupa-rupanya jadi pembantu rumah. Tak perlu nak kontrol ayu ke nak kontrol comel ke. Main belasah aje. Nak bersolek pun jarang-jarang. Tapi Syakirul Hafiz tadi, selamba badak aje kutuk dia mak cik tepung. Sebab sakit hati tu juga dia buat muka tak senonoh. Buat gaya mengada-ada cakap tak nak buka pintu pagar siap suruh mamat tu panjat pagar. Minn bukan saja-saja nak guna bedak amoi, dia kena cover muka dia sebab kalau tak guna bedak, gambar dalam IC tu sah-sah jauh beza dengan muka Minn sedangkan Minn guna identiti Minah nak dapat kerja. Kalau Minn cakap kat Tengku Arshad yang dia pernah eksiden lepas tu muka dia teruk, ada abang kaya tiba-tiba sponsor dia untuk buat muka, tak dramatik sangat ke ceritanya? Dari jauh Minn mengintai pemuda yang masih berdiri tegak di depan pagar rumah. Nasib baik pagar tu hanya boleh dibuka dari dalam!

47

Kuli Rumah Untuk Dia

Bab 5
ELAKAR gila cerita Pink Panther ni. Mau tak berdekah gelak bila kucing warna merah jambu tu usaha bagai nak pecah otak semata-mata nak jaga budak kecil tapi budak tu asyik nak buat jahanam. Selama ni tak tergerak pun hati dia nak menonton cerita budakbudak yang entah zaman bila mula ditayangkan tapi hari ni terkecuali sebab dia betul-betul bosan duduk kat dalam rumah besar milik majikannya. Kalau nak diikutkan, dah lama Minn tinggalkan zaman tengok kartun tapi dia taklah buta sangat pasal kartun-kartun ni. Pink Panther sampai sekarang masih lagi masuk carta antara kartun-kartun terglamor. Respek la. Dulu masa Minn kecil-kecil dia tonton Dragon Ball aje. Tu pun sebab Mirr Adriz hantu Goku. Mirr Adriz kata Minn jadi Bezita, dia jadi Goku. Apa kes Minn jadi Bezita walhal terangterang Minn tu adik perempuan dia. Pukul tiga setengah petang, Minn dengar pintu rumah dibuka. Laju dia angkat punggung. Bulat matanya terpandang Kak Nur masuk ke dalam rumah dan di belakang

48

Aireen Aryana

Kak Nur seorang lelaki yang dia jumpa di luar pagar tadi mengekori langkah Kak Nur dengan muka yang kelat. Ka... Kak Nur.... Tergagap Minn menegur sambil menghampiri mereka. Kenapa tak kasi tuan muda masuk rumah tadi? soal Kak Nur sambil geleng kepala. Serentak itu mata Minn jatuh ke wajah tuan muda yang dimaksudkan oleh Kak Nur. Terangkat keningnya. Dia ni... tuan muda? Biar betul?! Tu... tuan muda? Gagap dah kuasa lima belas tak dapat nak tolong. Tadi tu... errr.... Fikiran Minn menerawang pada peristiwa yang baru berlaku beberapa jam tadi. Agak-agak tuan muda marah tak dia buat perangai main tarik tali tu, ek? Minn dah ketar lutut. Anak lelaki Tengku Arshad. Kak Nur hela nafas berat sambil geleng kepala lagi. Tuan muda campak beg pakaian ke kaki Minn dan terus hempas tubuh ke atas sofa. Televisyen dimatikan dan matanya tajam merenung Minn bagai nak makan. Marah sangat kut? Dia ni orang gaji baru? soal lelaki itu. Kak Nur angguk perlahan. Minn telan air liur sebiji-sebiji. Anak lelaki Tengku Arshad? Mampus aku! Terbayang-bayang lagaknya tadi siap jelir-jelir lidah buat gaya mengada-ada di depan tuan muda rumah ini. Janganlah pasal dia tak kasi tuan muda masuk rumah, dia kena buang kerja pada hari pertama. Hari pertama kena buang kerja wajiblah menangis tiga hari tiga malam walhal Minn sendiri yang tandatangan kontrak perjanjian, dia ada percubaan selama empat bulan!

49

Kuli Rumah Untuk Dia

Cermin mata gelap lelaki itu diletak di atas meja. Kak Nur masuk dulu. Saya ada benda nak cakap dengan pembantu rumah baru ni. Tegas kedengaran nada suara Syakirul Hafiz. Wajah Minah ditenung macam singa kelaparan. Bukan sekejap dia tunggu kat luar tu. Dekat satu jam! Mau hati tak mendidih sebab orang gaji senget ni la dia kepanasan di luar! Siap duduk kat tepi pagar sebab tak dapat masuk padahal Vila Cahaya tu rumah dia sendiri. Dia menelefon rumah dekat sepuluh kali tapi tak ada orang yang jawab. Nasib baik Kak Nur masa nak masuk ke dalam rumah agam ternampak muka Syakirul Hafiz yang beraura lain daripada hari yang lain. Tak ada kelembutan pada riak mukanya. Selama ni Syakirul Hafiz tak pernah pula buat muka masam di depan Kak Nur tapi hari ini dia dah pecah rekod. Kalau ikutkan hati, nak aje dia telefon teksi untuk check in ke dalam hotel. Dahlah baru balik, penat. PR buat hal pulak! Rasa nak tenyeh aje batang hidung Minah, biar sedar diri. Paling Syakirul Hafiz bengang, masa Minah jelir lidah. Nak makan pelempang ke apa? Dia fikir dia tu cantik sangat? Akak masuk dulu la. Bincang elok-elok... pesan Kak Nur sambil menepuk bahu Minn sebelum berlenggang masuk ke dapur. Minn dah buat muka mendung. Nak kena marah ke ni? Nama kau siapa? soal Syakirul Hafiz sambil memeluk tubuh. Dia bersandar ke sofa dan matanya tajam memamah setiap inci wajah Minah. Macam familiar aje muka

50

Aireen Aryana

perempuan ni. Tapi tak pernah pula dia terjumpa mana-mana perempuan yang menggunakan bedak muka secara berlebihlebihan, kalah Pontianak Harum Sundal Malam. Minn... Syaminah binti Kadir. Tapi encik boleh panggil saya Minah aje la ya.... Minn tersengih-sengih sambil memintal T-shirt lusuhnya. Syakirul Hafiz yang ternampak perlakuan Minah itu terasa menyampah pula. PR selekeh tahap kambing hutan ada hati jugak nak malu-malu. Suka hati aku la nak panggil kau apa. Beruk ke, monkey ke, badak sumbu ke.... Tak baik encik menggelar manusia dengan namanama binatang. Minn mengendurkan suaranya. Ada ke muka dia yang cun disamakan dengan badak sumbu? Allah marah... sambung Minn. Syakirul Hafiz ketap bibir, tahan jiwa. Sabar! Pandai kau menjawab ya? Aku tak suka kau! Lepas Tengku Arshad balik nanti, tau la nasib kau. Berlagak macam tuan rumah. Kalau perangai kalah samseng tepi jalan, tak payah la nak berangan duduk rumah ni. Kalau kau tak tau aku ni tuan rumah, tak boleh ke kau anggap aku ni tetamu? Sepatutnya sebagai orang gaji, tetamu yang datang tu kena layan elokelok. Ini tidak, siap buat perangai menggedik tak sedar diri! Kau ingat kau tu cantik sangat ke?! Erk? Ini sudah lebih! Cara dia cakap tu macamlah aku ni teruk sangat. Minn gigit bibir, cuba bersabar. Saya ikut pesanan Kak Nur supaya jaga rumah, takut ada orang jahat masuk. Minn melembutkan intonasi suaranya. Dia sedar yang pangkat dia sekarang ni hanya kuli rumah jadi, tak bolehlah nak ajak lelaki kurang ajar ni bergaduh. Kena sabar. Kalau difikir-fikirkan, tak pernah sekali pun Minn

51

Kuli Rumah Untuk Dia

Alia Tan Sri Ridhuan bertahan apabila kena maki-maki seperti ini. Daripada dia yang kena maki hamun, lebih baik dia yang maki orang! Alasan! Mengaku aje la kau ni spesies keturunan biadab. Sinis kata-kata Syakirul Hafiz. Marahnya masih bersisa walaupun dia sedar Minah cuba mengalah dengan sikap kurang ajarnya. Nak-nak lagi bila terbayang lenggok Minah ketika meninggalkannya di luar pagar rumah tadi. Encik marah saya? Minn tanya. Syakirul Hafiz diam. Matanya dilontar ke arah lain tanpa mahu memandang wajah Minah tanda hati lelaki itu masih berbekas rasa marah. Minn mengeluh kecil. Saya tak kisah kalau encik nak marah saya. Tapi keturunan ni, tak usah la nak ungkitungkit ya encik? Saya minta maaf pasal tadi. Tiba-tiba dia minta maaf. Kira boleh masuk dalam buku sejarah sebab inilah kali pertama Minn Alia Tan Sri Ridhuan merendah diri, minta maaf kepada orang lain. Syakirul Hafiz termenung sebentar sebelum wajah tegangnya beransur tenang. Make sure jangan buat perangai tak senonoh lagi bila ada orang datang ke rumah ni. Minn terangguk-angguk. Hati dia bengkak tapi kena ikut juga cakap Syakirul Hafiz sebab dia tuan punya rumah. Kalau ini rumah babah, sah-sah Syakirul Hafiz dah kena lempang dengan kaki Minn. Sekarang bawa beg aku naik ke atas. Letak depan bilik yang ada perkataan NO ENTRY. Jangan memandai nak masuk bilik aku! Syakirul Hafiz tunjuk beg dia yang tersadai di sisi kaki Minn. Dia pejamkan mata sambil mengurut-urut lehernya. Penat!

52

Aireen Aryana

Minn tersenyum senget. Ohmyenglish... inikah perasaannya ketika menjadi orang gaji? Terasa diri ini berada di peringkat paling bawah boleh dipijak sesuka hati. Muka Minah kat rumah babah terbayang di ruang mata. Kesian.... Baik, encik. Minn jawab dengan nada yang lemah. Dia mencapai beg milik Syakirul Hafiz di tepi kakinya dan melangkah, ingin menuju ke tingkat atas. Sebelum tu sempat dia betulkan rambutnya yang agak menggerbang jatuh ke pipi. Gaya rambut memang epik, dia sendiri yang pilih. Tapi sampai hati pulak Syuh komen rambut Minn sama style dengan witch kat tengah hutan! Syakirul Hafiz cuma memerhati. Dari atas dia perhatikan sampai bawah. Otak tetap gagal mencerna kenapa minah sengal tu perlu buat style ala-ala muka orang gila kat Tanjung Rambutan. Eh, kejap. Aku nak ambil barang kat dalam beg tu, sampuk Syakirul Hafiz tiba-tiba. Minn berhenti melangkah dan kembali ke arah Syakirul Hafiz. Beg diletak berhampiran kaki Syakirul Hafiz dan lelaki itu membuka beg pakaiannya dengan selamba tanpa sedar bila dia menunduk, kepalanya begitu hampir dengan lutut Minn. Sebuah kotak berbalut cantik dengan reben comel dikeluarkan dari dalam beg. Minn kehairanan. Dalam hati dah nak perasan yang tuan mudanya nak kasi hadiah pada dia. Tapi tak mungkin kut sebab daripada beri hadiah tu kepada Minn, lebih baik beri kepada orang gaji lama a.k.a Kak Nur. Setelah Syakirul Hafiz menutup semula begnya, dia menyerahkan beg pakaiannya kepada Minn.

53

Kuli Rumah Untuk Dia

Bawa naik atas. Syakirul Hafiz mengarah. Minn teragak-agak mencapai beg pakaian lelaki itu. Melihat Syakirul Hafiz tiba-tiba berdiri, dia berundur beberapa langkah untuk memberi laluan sebab kat depan sofa ada meja tamu. Takkanlah tuan muda nak melompat untuk melepasi meja ruang tamu pulak, kan? Syakirul Hafiz berjalan melepasi Minn. Setelah beberapa langkah, Syakirul Hafiz tiba-tiba menghentikan langkahnya. Minn ditenung hairan. Dia kerut dahi. Kau guna minyak wangi ke? Minn tubuhnya. terkesima. Serta-merta dia menghidu

Syakirul Hafiz melangkah mendekati Minn dengan penuh curiga. Mukanya didekatkan pada bahu gadis itu dan menghidu penuh teliti. Isy... isy! Ke... kenapa encik ni?! Minn segera menjauhkan diri. Cemas. Kat mana kau beli minyak wangi? Syakirul Hafiz tenung mata Minn dengan tajam. Minn membundarkan mata. Ah, sudah! Kang tak pasal-pasal kantoi beli minyak wangi yang harga beratus ringgit. Encik jangan nak sibuk! Walaupun encik sedikit handsome, tapi saya takkan bagi can kat encik ya. Ingat tu! Minn keraskan suara, berharap Syakirul Hafiz gerun pada amarannya itu. Syakirul Hafiz tersenyum senget. Sedikit handsome? Tak cukup handsome lagi ke aku ni? Nak aje dia sekeh kepala orang gaji baru abah. Main belasah aje bila bercakap!

54

Aireen Aryana

Tanya beli minyak wangi kat mana pun dah marah... gerutu Syakirul Hafiz. Macam la wangi sangat! Syakirul Hafiz tolak dahi Minn dengan kuat sehingga kepala Minn terdongak ke atas. Minn bulatkan mata. Berdosa tau nak cium perempuan... tegur Minn, semakin menjauhi lelaki itu dengan penuh curiga. Terjegil biji mata Syakirul Hafiz. Lain yang dibuat lain pula interpretasi data dalam kepala PR ni! Kau ni retarded ke apa? Bila masa aku nak cium perempuan?! Lagilagi ayam celup tepung macam kau! Euwww! Tak selera aku! Minn ketap bibir. Hina sangat ke dia sampai Syakirul Hafiz tak berselera? Tahu tak M.A-Minn Alia punya ranking dalam Malaysia? Antara lima puluh orang perempuan tercantik di Kuala Lumpur, okey! Terasa nak sepak aje mulut Syakirul Hafiz yang tak pernah nak bayar tol kalau nak menyembur. Dahlah main tolak-tolak kepala orang macam tolak bola keranjang. Seumur hidupnya, tak pernah ada manusia yang berani sekeh kepala Minn. Ini setakat mamat semehak muka tak bernilai macam Syakirul Hafiz nak cari pasal dengan M.A, cari mati ke apa?! M.A tu singkatan kepada Minn Alia. Dulu masa belajar kat luar negara, Minn punya nama selalu disebut oleh lecturer sebagai M.A sebab susah nak sebut Minn Alia tu. Encik cakap baik-baik ya. Walaupun saya macam ayam celup tepung.... Nafas ditahan. Ayam celup tepung? Ciskek punya mamat! Muka Minn dah merah. Tapi saya ada charm tersendiri! Saya normal. Tak pernah lagi masuk dalam golongan special education. Lain la encik, entah-entah masa kecil dulu duduk kat kelas pemulihan!

55

Kuli Rumah Untuk Dia

Syakirul Hafiz tercengang. Macam ni ke gaya orang gaji bercakap? Kenapa Kak Nur tak pernah berbahas dengan dia ya? Agak-agak semua orang gaji tau sikit-sikit cakap bahasa Inggeris ke? Charm? Special education? Kau... kau.... Syakirul Hafiz tak mampu nak sambung ayat. Anak mata dikecilkan ketika Minn sudah bercekak pinggang. Ah! Minn lupa diri lagi! Pantang sangat sesiapa memandang rendah pada kecantikannya, mulalah naik angin satu badan. Apa kau-kau? Aku bukan kawan kau. Minn tunjuk lagak tak sedar yang dia sudah menjadi orang gaji secara rasminya dan perlu berlagak seperti orang gaji dalam erti kata sebenarnya. Tapi bila berhadapan dengan Syakirul Hafiz buat jiwanya menggelegak, mau bernanah telinga dengar lelaki itu panggil dirinya aku-kau. Sya... mi... nah! Otak kau kat mana? Aku ni tuan rumah! Tapi aku lagi suka cakap satu bahasa dengan orang yang bercakap dengan aku! Setakat nak cakap dengan itik, lembu tak ada hal! Sebab tu kalau kau lagi nak berkau dan aku, aku tak kisah. Lembu cakap dengan lembu la. Kalau sorang cakap saya-awak, sorang cakap aku-kau, serupa macam lembu bercakap dengan kucing. Aku ni jenis yang bercakap dengan sesama spesies aje. Mata dicerlungkan. Muka digarangkan. Minn tak sedar Syakirul Hafiz dah terjatuh rahang. Apa kau merepek ni? Aku merepek pasal lembu-itik-kucing! Susah sangat ke nak paham? soal Minn seraya matanya melotot ke wajah Syakirul Hafiz. Sesaat dia tersedar khilafnya apabila

56

Aireen Aryana

melihat Syakirul Hafiz sudah terjatuh rahang bawah. Minn berdeham perlahan. Lagipun, saya nikan lebih tua dari Encik Syakirul... ucap Minn perlahan. Sebenarnya dia tak tahu umur Syakirul Hafiz tapi masa-masa genting ni, itu aje alasan yang muncul di kepalanya. Okey, okey! Awak angkat beg saya ni kat atas! arah Syakirul Hafiz sambil angkat beg di atas sofa dan ditolak ke arah Minn dengan kasar. Punya luar alam orang gaji ni, boleh pula beraku-kau. Gila apa? Cepat-cepat Minn ditinggalkan sebelum pergaduhan menjadi lebih panjang. Penat baru balik dari kerja satu hal, dapat pembantu rumah pelik satu hal. Harus mandi bunga malam ni takut kena badi buruk dari Langkawi! Kak Nur! Si Minah tu asal dari mana? Betul ke dulu dia bukan anggota kongsi gelap? tanya Syakirul Hafiz laju. Masih terkejut sebab PR baru abahnya selamba main belasah aje masa menempelak dirinya tadi, sikit lagi nak sama dengan geng kongsi gelap. Kak Nur ketawa. Yang Syak gelabah sangat tu kenapa? Ada apa-apa dengan Minah ke? Kak Nur usik. Bukan dia tak nampak lagak mereka berdua tadi. Saja dia nak lihat seberani mana Si Minah tu jadi serangga perosak hidup Syakirul Hafiz. Eh, Kak Nur ni. Mana ada! Tapi dia tu garang semacam! Syakirul Hafiz letak kotak hadiah di tangannya di atas meja makan. Untuk Kak Nur.... Apa ni? soal Kak Nur sambil tersenyum lebar. Ada la... khas untuk Kak Nur. Nak makan boleh? Syakirul Hafiz buka tudung saji.

57

Kuli Rumah Untuk Dia

Kak Nur mengangguk aje. Kak Nur tengok Minah tu okey aje. Tapi yang peliknya, sejak bila Syak reti cari gaduh dengan orang ni? Selalu penyabar aje, tiba-tiba hari ni jadi pemarah pulak... tanya Kak Nur sekali gus menegur Syakirul Hafiz dengan lembut. Bibirnya menyembunyikan senyuman saat ternampak wajah Syakirul Hafiz bertukar menjadi keruh. Umur dia berapa Kak Nur? soal Syakirul Hafiz. Dekat tiga puluh. Kak Nur jawab. Syakirul Hafiz terangguk-angguk. Betul juga. Minah tu lebih tua daripada dia. Patutlah dia meroyan bila Syakirul Hafiz beraku-kau dengan dia. Syakirul Hafiz angkat dagu. Lama kemudian dia tersedar Kak Nur sedang tersenyum segaris memandang wajahnya. Kak Nur jangan fikir bukan-bukan. Orang baru aje jumpa empat mata dengan perempuan tu tadi, tak adanya ada apa-apa! sangkal Syakirul Hafiz. Ya la... dah, makan la. Nanti gastrik susah pulak. Kak Nur ambil pinggan di atas rak. Syak bukannya apa, Si Minah tu luar biasa sikit. Tak sama dengan orang lain... komen Syakirul Hafiz. Kak Nur jongket kening. Dia luar biasa? Hmmm... lagipun Syak perasan dia guna minyak wangi. Masing-masing terdiam sebentar. Kak Nur tenung muka Syakirul Hafiz, Syakirul Hafiz tongkat dahi dengan tangan. Salah ke guna minyak wangi? soal Kak Nur. Selama ni dia guna minyak wangi tak pernah pula Syakirul Hafiz bising.

58

Aireen Aryana

Tak.... Syakirul Hafiz mengeluh perlahan. Macam mana nak terang ya? Dia rasa Si Minah guna minyak wangi jenama mahal sebab bau minyak wangi tu dia pernah hidu dan yang pastinya bauan Minah bauan glory. Terasa sedap dan menimbulkan rasa sensasi. Tapi tak mungkinlah pulak PR dapat beli minyak wangi mahal-mahal. Tak logik! Syak rasa dia tak sama dengan orang lain? Kak Nur meminta kepastian. Syakirul Hafiz angguk lambat-lambat. Kak Nur tersenyum nipis. Hati anak muda di depannya itu sudah tersentuh dengan kehadiran Syaminahkah? Kak Nur masak lima ekor aje? soal Syakirul Hafiz sambil tunjuk ikan di pinggan lauk. Kak Nur kerut dahi. Rasa-rasanya Kak Nur masak enam ekor tadi... beritahu Kak Nur bernada hairan sambil mengaut nasi ke pinggan Syakirul Hafiz. Di ruang tamu, Minn dah ketuk dahi dengan beg pakaian Syakirul Hafiz. Kalau setakat melawan kecil-kecilan tu tak apa tapi, mana mungkin Syakirul Hafiz duduk diam setelah mendengar apa yang terkeluar daripada mulutnya. Hish! Sengalnya dia. Sah-sah kena buang kerja! Minn Alia... Minn Alia... apesal aku terasa over sangat hari ni? Gumam Minn perlahan. Dalam hati mengagak, mungkin dia dah mula get used to be a maid kut?

59

Kuli Rumah Untuk Dia

Bab 6
ELUAR dari rumah, dia terus tayang muka cuak. Sebentar tadi dia terkejut melihat jam sudah menginjak pukul lapan pagi. Kak Nur awal-awal dah blah , tak tinggal pesan. Sampai hati Kak Nur tak kejutkan dia sebelum turun kerja. Bukannya jauh bilik Minn daripada bilik Kak Nur. Jerit aje nama, sudah. Tu la pasal terlajak tidur. Subuh entah ke mana, kerja entah ke mana. Ini baru hari kedua jadi orang gaji, bukannya sepuluh tahun berkepuk kat rumah agam Tengku Arshad tapi Minn dah mula tunjuk perangai besar kepala. Kira okeylah sebab kalau kat rumah belum jam sembilan lebih, kirim salam la nak tengok Minn bangun awal. Jejak kaki ke ruang hadapan rumah, kereta Tengku Arshad tak keluar lagi. Maknanya bos besar belum pergi kerja. Minn tak jadi ikut jalan depan. Tak naklah terserempak dengan Tengku, kang dibuatnya dia sambung semula temu ramah kelmarin mau pecah kepala cari idea menjawab soalan-soalan trick tahap nak buat PhD. Minn buka pintu dapur dan masuk senyap-senyap

60

Aireen Aryana

ke dalam rumah tanpa menyedari ada seorang lagi makhluk berdiri di tepi singki sedang memerhati dengan tajam tingkahnya. Masuk senyap-senyap tu maksudnya masuk sambil menjengket dan bongkokkan badan sedikit sambil mata penuh waspada meliar ke ruang tamu. Konon tak nak kantoi yang dia masuk kerja lambat padahal sepatutnya kena masuk kerja pukul tujuh pagi. Minn meletakkan beg sandangnya di atas meja dengan kepala dipanjangkan ke ruang tamu. Dia lihat Tengku Arshad keluar rumah dari pintu depan sambil diekori oleh Kak Nur. Fuh... Minn letak tangan atas dada. Lega! Ehem! Oh, mak! Eh, mak! Eh, awak! Minn melatah kerana terkejut mendengar seseorang berdeham di belakangnya. Minn toleh ke belakang dan hampir terlompat melihat Syakirul Hafiz sedang memeluk tubuh sambil memandang dirinya dengan sinis. Pertama, kurang ajar pada tuan rumah a.k.a majikan. Kedua, tengok televisyen pada waktu bekerja menandakan pemalas! Ketiga.... Mata Syakirul Hafiz terjegil ke arah Minn yang berdiri sambil terkebil-kebil. Lambat datang kerja! Awak ni betul nak kerja ke?! tempelak Syakirul Hafiz. Errr.... Minn telan air liur sendiri. Nak... encik, balas Minn lemah. Ingatkan dah cukup perfect dah dia punya skill berpura-pura. Tapi setiap kali dia tunjuk skill berpura-pura, mesti lelaki semehak ni juga yang kantoikan dia. Adoi! Kalau nak, make sure ni kali terakhir awak datang lambat! Next time if youre late, siap sedia untuk di... fire. Faham?

61

Kuli Rumah Untuk Dia

Faham, encik.... Pagi-pagi dah kena marah. Terasa nak hentak kepala kat dinding. Syakirul Hafiz jongket kening. Faham pulak budak ni? Agak-agak kalau aku cakap orang putih seratus peratus dia faham juga ke? Dia ketap bibir. Biar betul abah ambil PR secanggih ini? Tiba-tiba Syakirul Hafiz rasa keliru. Teringat kata-kata abahnya semalam yang mengatakan Si Minah tu orang kampung dan tak berpendidikan tinggi. SPM bukan setakat failed, tapi dah sampai tahap otak kena serang virus bodoh. 5E 3G! Sepanjang dia hidup di muka bumi selama dua puluh lapan tahun ni, tak pernah lagi Syakirul Hafiz jumpa orang sebodoh itu. Kejam sungguh Syakirul Hafiz. Main belasah cap orang lain bodoh! Bodoh-bodoh pun manusia juga. Kalaupun bodoh, ada keistimewaan yang Allah kurniakan. Keistimewaan... contohnya Syaminah tahu cakap orang putih? Walawei... dah budak tu ambik SPM, takkan tak tau langsung sepatah haram perkataan orang putih kut? Errr... sebenarnya encik, saya langsung tak faham apa yang encik maksudkan. Minn tersengih lebar. Awak tak faham? soal Syakirul Hafiz balik walaupun Minn dah bagi tahu. Minn angguk. Mana la saya faham kalau encik cakap orang putih. Saya ni tau sikit aje cakap orang putih. Dia tekan sikit perkataan orang putih dengan nada bersungguh-sungguh. Minn tahu Syakirul Hafiz sudah mula mencurigai dirinya. Dia tak boleh biarkan mamat semehak tu kantoikan identitinya sebagai Syaminah awal-awal lagi! Itu pun saya belajar dari Ohmyenglish! Minn tersengih-sengih.

62

Aireen Aryana

Syakirul Hafiz herotkan bibir. Dah agak dah.... Buang masa aje melayan perangai sengal awak. Saya cakap tadi, sekali lagi awak datang lewat, kita orang tak akan teragak-agak nak buang awak kerja. Ada faham? Sampai hati encik cakap macam tu. Saya ni orang susah, takkan encik nak buang saya dari bekerja kat rumah ni? Walaupun saya setakat orang gaji, saya manusia biasa juga yang selalu buat silap. Minn tayang muka sedih. Berdrama tiba-tiba. Dalam hati dah tergolek-golek ketawa. Dia sendiri tidak menyangka dirinya mampu membuat tayangan sesengal itu di hadapan Syakirul Hafiz. Teringat pula pembantu rumahnya, Minn sedar dia selalu tempelak Minah. Dan sering kali Minah tunjuk sikap kebodoh-bodohan dan clumsy. Its up to you. Semua orang kena ada disiplin bila bekerja. Saya tak suka orang yang curi tulang atau tak amanah semasa menjalankan tugas. Satu lagi, awak melawan cakap tuan rumah awak, awak rasa sesuai ke kalau saya simpan orang gaji macam awak? tegas Syakirul Hafiz. Minn terdiam. Dalam diam dia kagum dengan pendapat Syakirul Hafiz sebab selama ni Minn rasa masa kena tunggu dia. Bukan dia yang kena kejar masa. Walaupun semasa bercakap lelaki itu tunjuk muka expressionless ala-ala kerek, tetapi Minn nampak dia begitu serius dengan apa yang dia cakapkan. Tapi yang tak seronoknya, soalan terakhir Syakirul Hafiz tadi tu pun dia setuju juga. Macam tak sesuai aje simpan orang gaji ala-ala Minn, kan? Tapi, kan... pak guard depan rumah tu tak kerja pun. Asyik curi tulang. Ada Syakirul Hafiz sound? Entahentah Syakirul Hafiz dah anti tahap tak boleh tengok muka Minn, terus nak cari gaduh, kan?

63

Kuli Rumah Untuk Dia

Baik, encik.... Kepala ditunduk tanda dia akur dengan arahan Syakirul Hafiz. Apa-apa pun lelaki itu adalah ketuanya sekarang jadi, dia kena jaga adab sebab takut-takut angin kelmarin datang semula. Kali ini kalau dia pergi bantai Syakirul Hafiz dengan ayat-ayat chenta dia tu, mau kena pancung! Good girl. Ucap Syakirul Hafiz tidak bernada. Selamba dia melangkah keluar dari ruang dapur. Sempat dia menyapa Kak Nur yang baru nak masuk ke dapur. Dalam diam sebuah senyuman tersungging di bibir. Macam best aje mengusik PR baru abah. Minn yang masih berdiri di depan meja makan tercengang. Good girl? Ingat dia apa? Budak kecil umur lima tahun ke? Tapi nasib baik mamat tu rasional. Tak marahmarah sebab dia lambat. Minn tahu diri dia salah dalam hal ini. Tapi, sumpah terasa nak mati terkejut bila Syakirul Hafiz menegurnya dari belakang tadi! Malam ni kena set up alarm telefon supaya dia boleh bangun awal. Minn menguap. Alamak, apesal mata masih mengantuk lagi ni? Kak Nur masuk ke dapur sambil mengangkat dulang berisi gelas-gelas dan pinggan. Sekilas dipandangnya wajah Minn. Minah, bersihkan ruang tamu. Lepas tu tolong lap cermin-cermin dalam rumah ni. Minn cuma mengangguk. Hailaaa... kerja... kerja. Malasnya nak angkat punggung. Tapi mengenangkan Syakirul Hafiz yang tadi hanya memakai T-shirt hitam dan seluar tidur, tanda lelaki itu tidak akan keluar rumah sekurangkurangnya sampai ke tengah hari, Minn gigit bibir. Kena tunjuk rajin.

64

Aireen Aryana

Syak, kau kat mana? SYAKIRUL HAFIZ jongket kening. Tangannya lantas membalas, menaip satu per satu di skrin telefon bimbitnya. Kat mana-mana. Kau jangan nak buat lawak antarabangsa eh. Kau punya proposal tak submit lagi kat aku. Ad, aku e-mel aje kat kau. Hari ni aku tak turun kerja. Badan penat.... Suwei la kau. Mentang-mentang anak bos, selamba cucur escape kerja. Kau jeles. Blah la! Sah kau dengki. Tiada lagi balasan SMS daripada Mirr Adriz. Telefon bimbit dicampak ke tepi. Cadar katil dia betulkan dan akhirnya dia duduk diam di depan lap-top. Dicampak T-shirt hitam ke dalam bakul baju kotor semasa menunggu e-mel dimuat naik. Setelah menekan butang send, Syakirul Hafiz masuk ke dalam bilik air dengan tuala disangkutkan ke leher.

65

Kuli Rumah Untuk Dia

Setelah mandi, dia keluar dari bilik air sambil bersiul-siul kecil. T-shirt denim warna coklat tua dengan jean berwarna biru gelap disarung kemas pada tubuh sasanya. Setelah itu Syakirul Hafiz terbaring di atas katil. Tab didekatkan ke muka. Mesej Mirr Adriz baru masuk. Keluar malam ni. Aku belanja. Syakirul Hafiz mencebik. Tadi dengki sekarang nak rasuah pula? Apesal? Aku bosan kat rumah. Adik aku tak ada. Adik kau pegi mana? Kerja. Dia duduk rumah kawan. Bosanlah aku kat rumah. Nak keluar ke mana? Minimos. Kita cari aweks cun! Aku dah ada awek kat rumah. Jangan loyar buruk! Kak Nur tu dah tua nak buat bini.

66

Aireen Aryana

Ada lagi sorang. Cute. Muka putih. Terbayang di matanya wajah masam-masam manis milik Syaminah. Dia tergelak kecil. Macam tak sangka dia boleh gelar Minah tu awek cute muka putih. Dalam banyakbanyak, muka putih itu aje fakta yang paling tepat. Minah tu pun lawak jugak. Semalaman dia asyik terfikirkan pasal Minah. Aku nak tengok! Lusa-lusalah. Tapi sure ke nak pegi party tu? Bukan party haram weh.... Memanglah bukan. Ada aku cakap haram? Astaga... Minah!!! Jeritan di luar sana membuat Syakirul Hafiz terduduk di atas katil. Dalam hati dah berkira-kira nak pecut ke bawah sebab inilah kali pertama Syakirul Hafiz dengar Kak Nur menjerit kuat sehingga petala ketujuh pun boleh dengar. Syakirul Hafiz melangkah keluar dari bilik. Dari tingkat atas dia ternampak Syaminah basah kuyup terbongkang di atas lantai rumah sambil mengaduh kuat. Kenapa ni? Syakirul Hafiz bergegas turun ke bawah. Cemas. Akak suruh dia mop lantai, dia bawa air satu baldi penuh ke ruang tamu. Bila terjatuh dah jadi macam ni la

67

Kuli Rumah Untuk Dia

Syak. Akak minta maaf.... Kak Nur ambil baldi yang tergolek di sisi meja tamu dengan nada gelabah. Syakirul Hafiz melangkah mendekati Minn yang masih menyeringai kesakitan sambil memegang kakinya. Dalam hatinya sudah mula terbit rasa cuak, takut-takut PR baru ni patah tulang ke, terkehel ke, terluka ke. Agak teruk juga dia dengar Minah mengaduh sakit tu. Okey ke ni? Syakirul Hafiz terus membongkok untuk melihat kaki Minn tetapi kerana terlindung dek skirt, dia terus memandang muka Minn. Minn angguk perlahan walaupun dalam hati dah nak meraung-raung. Jom ke hospital. Tubuh Minn diangkat sebelum gadis itu memberi apa-apa persetujuan. Tak payah! Tak payah! jerit Minn akibat terkejut. Dia meronta dalam dukungan Syakirul Hafiz. Syakirul Hafiz ketap bibir dan mencempung tubuh Minn untuk duduk di atas sofa. Dalam hati dah menyeranah tindakan spontannya tadi yang terus mengangkat Minn macamlah orang gaji tu mahram dia. Lantai dah banjir dengan air dan yang pasti muka Minn dah naik merah menahan tangis. Kak Nur menyapu air yang melimpah ke pintu. Syakirul Hafiz tenung buku lali Minn. Merah dan lebam. Buat apa bawak air satu baldi? Nak mop lantai, letak air sikit aje dalam baldi sekadar nak basahkan mop.... Syakirul Hafiz tarik kaki Minn sedikit dan meletakkan di atas meja sofa, mahu menyuruh Kak Nur mengurut kaki Minn sebenarnya.

68

Aireen Aryana

Minn menyeringai kesakitan. Baru dua hari kerja dah kecoh satu dunia. Bukan nak mudahkan kerja Kak Nur, menambah kerja lagi ada! Ketika Syakirul Hafiz terasa bahunya digenggam kuat, dia mendongak memandang wajah Minn. Tak sampai sesaat dia terpaku tanpa kata. Muka Minn yang basah diperhatikan dalam-dalam. Muka putih kemerahan, hidung dan bibir terletak elok, mata coklat tua cantik. Betul ke Minah PR abah ni umur dekat nak tiga puluh tahun? Apesal nampak muda sangat? Jangan la tekan kuat sangat! Terkejut Syakirul Hafiz apabila dijerkah sebegitu. Baru dia tersedar tangannya masih lagi menekan kaki Minn yang lebam membiru itu. Maaf, terpegang awak. Syakirul Hafiz gelabah seraya melepaskan tangannya. Dia beristighfar. Bagaimana pula boleh terlepas laku sedangkan selama ini dia menjaga perilaku dia? Mungkin sebab dia pun cuak juga, tu yang sampai terpegang tak tentu pasal. Terpegang? Bukan sengaja ke dia angkat Minah tadi? Tapi, serius dia tak fikir yang kotor-kotor masa tu. Niatnya hanyalah nak selamatkan Minah semata-mata tanpa berfikir yang Syaminah ni perempuan single dan bukan mahramnya yang boleh disentuh-sentuh sesuka hati. Syakirul Hafiz cuba bertindak balas menjadikan Minah sebagai kakak macam Kak Nur tapi nampak gayanya tak jadilah. Hubungan Syakirul Hafiz dan Kak Nur sama dengan kakak dan adik. Hubungan Syakirul Hafiz dan Syaminah sama dengan kosong. Tak ada apa-apa lagi. Minah ni serius comel tanpa mekap tebal bertempek kat muka. Kalau kemaskan muka tu sikit, mesti lagi comel.

69

Kuli Rumah Untuk Dia

Aku tengah puji Minah ke? Adoi, Syak! Kenapa dengan kau ni? Jatuh suka pada Minah merangkap pembantu rumah sendiri ke? Haru! Syakirul Hafiz terus berdiri, menjauhi Minah. Ada rasa segan singgah di hati kerana di luar sedarnya dia telah mengangkat Minah dan memegang kaki orang gajinya sebentar tadi. Dengan Kak Nur pun dia tak pernah buat macam tu. Sekadar cium tangan Kak Nur, tanda hormat aje sebab Kak Nur dia dah anggap seperti kakak sendiri. Dan tanpa sedar, perlakuan Syakirul Hafiz tadi menimbulkan getar di hati Minn. Erk! Sweet juga mamat spike ni ya. Siap sudi dukung PR sendiri, urutkan kaki lagi. Minn tertunduk sambil pegang kaki. Menyesal pula dia bawa air satu baldi. Kesian Kak Nur terpaksa mop lantai rumah. Lain kali hati-hati. Tegur Syakirul Hafiz tiba-tiba. Dia berdeham apabila mata Minah melekat ke wajahnya. Pembantu rumah, tapi satu kerja pun tak reti buat. Sempat dia berbisik dalam hati.

MINAH dah okey? tanya Kak Nur perlahan. Minn senyum kecil. Tak ada hati nak senyum lebarlebar selepas apa yang dah berlaku. Nanti lepas isyak akak tolong Minah urut kaki, eh? Kak Nur tepuk bahu Minah. Kesian juga dia melihat Minah yang seakan-akan memendam hati sedari tadi. Bukannya dia nak marah Minah pun pasal hal budak tu dah tumpahkan air satu baldi di dalam rumah. Tapi bila melihat Minah sedari tadi diam, tahulah Kak Nur yang Minah masih lagi marah. Marah tak marah,

70

Aireen Aryana

benda dah jadi. Bukan boleh undur balik pun. Kak Nur tak reti nak pujuk-pujuk orang, lebih-lebih lagi bila dia tak tahu sebab apa budak Minah ni merajuk sakan. Tak payah la kak.... Minn geleng kepala. Tak sakit? Lagi sekali Minn geleng kepala. Minn bukan macam sesetengah perempuan, sakit sikit pun nak mengada-ada minta perhatian. Setakat ni dia tak marah lagi. Cuma, rasa bengang bila teringat lirikan mata bersahaja Syakirul Hafiz. Akak nak masuk bilik dulu, solat isyak. Terima kasih, kak. Hmmm... rehat la dulu. Setelah pintu kamar ditutup, Minn hela nafas panjang. Tak sangka kerja pembantu rumah ni mencabar juga rupa-rupanya. Baru aje kerja berapa hari dah macam-macam jadi. Kalau tak ada Syakirul Hafiz, mungkin kerja ni tak ada la sesusah mana. Pasal dia jerit-jerit melalak kat Syakirul Hafiz semata-mata tak nak Syakirul Hafiz panggil dia aku-kau dah satu hal. Yalah. Bagi Minn, bila Syakirul Hafiz kata aku tu seperti dia tu tinggi melangit, dan bila Syakirul Hafiz panggil dia kau, terasa dia cecah bumi aje. Minn tak biasa direndahkan sebegitu rupa. Tapi sekarang ni terasa menyesal pula. Cuba bayangkan satu hari Minah, pembantu rumah kat rumah babah jerit kat Minn. Masa tu ada aje orang makan pelempang. Maknanya, kat sini Minn bernasib baik tak makan pelempang sulung Syakirul Hafiz. Dan maknanya juga, Minn belum adapt kerja jadi kuli rumah ni.

71

Kuli Rumah Untuk Dia

Ala, semua orang pun kena adapt juga kat kerja. Baru aje berapa hari kerja takkan terus dapat master pandai buat kerja dan bijak ambil hati tuan, kan? Tapi hal yang satu ni, mana Minn nak letak muka? Syakirul Hafiz angkat dia ke sofa macam angkat teddy bear aje tadi. Wuhuuu... malulah! Tak pernah sepanjang umur dia kena dukung dengan lelaki! Tiba-tiba rasa nak letak jawatan esok juga.

72

Aireen Aryana

Bab 7
INTU diketuk dari luar. Syakirul Hafiz menghela nafas panjang. Sudah dimaklumkan oleh setiausahanya yang Tengku Arshad datang ke bilik pejabatnya sebentar tadi. Tak sampai lima saat, pintu bilik pejabatnya terbuka. Syakirul Hafiz tersenyum lebar menyambut kedatangan Tengku Arshad. Syak, sapa Tengku Arshad. Duduk la, abah. Hows life? Tengku Arshad mengukir senyuman. Not interesting at all. Syakirul Hafiz sengih nampak gigi. Sebenarnya dia nak jawab bitter then better tapi apa pula kata abah nanti kalau dia loyar buruk tiba-tiba. Hairan juga dia bila abahnya datang semata-mata hendak bertanya tentang kehidupannya. Tengku Arshad ketawa. Nampak sangat anak bujangnya seorang ini tengah mengalami zaman single yang tak kunjung tamatnya.

73

Kuli Rumah Untuk Dia

Project at Langkawi... I heard from Hasri. You did your work very well, katanya. I love Langkawi. Ya la tu... sampuk Tengku Arshad diakhiri dengan tawa. Pembantu rumah kita yang baru tu okey tak? soal Tengku Arshad tiba-tiba. Syakirul Hafiz kerut dahi. Tiba-tiba aje tanya pasal pembantu rumah baru. Apa kes? Hmmm... abah tanya Syak pasal PR baru? Tengku Arshad tak jawab. Dia merenung wajah anak muda di depannya itu. Syakirul Hafiz tersenyum kelat. Kalau abah dah diam macam tu, tandanya abah betul-betul nakkan jawapannya. So far so good. Walaupun agak clumsy. Careless. Takkan nak cerita kat abah yang PR baru tu dari hari pertama lagi dah menyakitkan hati dia? Sudahlah menyakitkan hati, siap sound pasal nama gelaran lagi. Bercakap dengan itik-ayam konon! Dia unik, sampuk Tengku Arshad. Syakirul Hafiz terpinga-pinga. Abah ni macam berminat aje dengan PR baru tu. Ada apa-apa ke yang patut dia tahu? Abah minat dia? soal Syakirul Hafiz dengan spontan. Pecah tawa Tengku Arshad. Its not like that. Your umi... mana abah nak campak? Then?

74

Aireen Aryana

Macam yang abah kata, dia unik. Tengku Arshad pandang Syakirul Hafiz lama. Syakirul Hafiz garu kepala yang tidak gatal. Lepas ni abah ada meeting. Abah saja singgah sekejap jenguk Syak. Tengku Arshad berdiri. Im glad you enjoy your brand new life now. Nampak semakin ceria. Tengku Arshad melemparkan senyuman penuh makna kepada Syakirul Hafiz sebelum berlalu keluar meninggalkan bilik pejabat Syakirul Hafiz. Tutup aje pintu bilik pejabatnya, Syakirul Hafiz sentuh muka sendiri. Semakin ceria? And what... my brand new life? Errr... misteri betullah abah ni. Cakap terang-terang tak boleh ke? Buat saspens aje.

DAH seminggu kerja di rumah besar Tengku Arshad. Overall... okeylah. Bila Syuh tanya bagaimana kehidupannya, Minn menjawab, awful. Its my hard time I guess. Bagai nak gila aku kena kemas rumah cuci baju tu segala. Nak dibandingkan hidup dengan pengemis jalanan, kira okeylah. Mana ada awful sangat pun. Tapi benda ni jugak yang buat dia rindu pada rumah, pada family dan pada Syuh. Siap buat drama air mata lagi. Macam tak percaya aje dia nak rindu kat Syuh. Setiap pagi, benda yang sama juga berlaku. Cuci pinggan, sapu rumah, mop lantai, bersihkan cermin, cuci baju, jemur pakaian, makan tengah hari, tolong Kak Nur masak sikit-sikit macam potong bawang contohnya,

75

Kuli Rumah Untuk Dia

bersihkan halaman rumah dan cantas apa-apa yang patut. Dah macam Minn Alia versi baru. Tapi for sure Minn cepat belajar dan bersabar. Minn punya IQ tinggi kut. Cuma hari pertama dan kedua aje yang memburukkan keadaan. Sampai sekarang pun kalau jumpa Syakirul Hafiz, dia tunjuk muka mencuka. Mungkin juga dia malu sebab inilah kali pertama dia tayangkan kebodohan di depan lelaki bujang. Siap buat muka hampir nak menangis di depan Syakirul Hafiz. Uhuk! Malunya. Kalau Syuh tau, mau mak cik tu gelak sampai terjatuh gigi palsu. Minah tolong akak asingkan kepala ikan bilis ni dari badan dia ya. Nak buat sambal belacan. Kak Nur letak semangkuk ikan bilis di depan Minah. Bulat mata Minn. Mak aih, nak kopak semua sekali ke? Apesal banyak sangat? Nanti dah bersihkan, letak dalam peti sejuk, sambung Kak Nur. Minn angguk. Kak Nur senior, dia junior. Orang gaji junior. Jadi bila dah junior tu, harap maaflah nak menolak permintaan senior. Okey, Kak Nur. Minn mula cabut satu per satu kepala ikan bilis. Oh, ya Minah. Tolong kejutkan tuan muda. Takut dia terlajak tidur sebab selalunya hujung minggu macam ni Syak tidur balik selepas solat subuh. Minah ke? Macam tak rela aje nak kejutkan mamat tu. Seriau! Akak tengah masak ni. Kalau Minah nak tunggu kari ayam ni boleh jugak. Walaaa... yang tu lagi allergic! Mau kari ayam jadi kari itik kalau dia yang tunggu. Tak naklah!

76

Aireen Aryana

Tengku Arshad tak ada ke kak? Dah keluar. Dia memang busy. Ohhh.... Minn menapak menuju ke tingkat atas. Sesekali dia digigit rasa cemas sebab selama ni mana pernah dia nak bermesra-mesra dengan tuan muda setelah kejadian dia tumpahkan air kat ruang tamu tu. Selamba aje Syakirul Hafiz mengangkat badan dia masa tu. Malu weh kena angkat dengan orang lelaki. Lagipun rasa-rasa berat badan dua tiga minggu ni dah naik berkilokilo sebab Minn tak jaga makan. Kalau kat rumah bolehlah dia kawal makan, penimbang ada kat bilik dia. Jadi, berat tu mesti tak boleh lebih lima puluh kilogram. Minn ketuk pintu bilik Syakirul Hafiz dengan perlahan. Bila tak ada jawapan, dia main belasah buka. Tapi tak dapat buka sebab pintu bilik tu berkunci. Betullah NO ENTRY ni. Tak ada sesiapa dibenarkan masuk. Ingatkan bilik Tengku Arshad, rupa-rupanya bilik anak bujang dia. Encik, Kak Nur suruh bangun! jerit Minn sehabis kuat. Tak lama kemudian, pintu bilik Syakirul Hafiz dikuak. Kenapa? soal Syakirul Hafiz dengan selamba. Minn tutup mulut dengan kedua-dua tapak tangan. Mata hampir-hampir nak tersembul keluar. Cepat-cepat dia memandang ke arah lain. Kak Nur suruh turun! Minn terus pecut ke tingkat bawah semula. Sikit lagi jantung dia nak tergugur. Tak boleh ke Syakirul Hafiz pakai baju dulu sebelum buka pintu bilik? Seluar Bermuda separas lutut dengan badan tidak berbaju, kena mandi bunga

77

Kuli Rumah Untuk Dia

malam ni. Takut termimpi-mimpi anak bujang orang masa tidur nanti kang payah pulak. Tiga puluh minit kemudian Syakirul Hafiz muncul di dapur. Minn buat muka tak tahu dengan kepala tertunduk menatap muka ikan bilis. Konon-konon tak sedar jasad Syakirul Hafiz yang semakin menghampiri dirinya. Minah kata akak panggil saya? Suara Syakirul Hafiz memecah kesunyian. Kak Nur sedang membasuh beras menoleh sekilas ke arah Syakirul Hafiz. Akak suruh bangunkan, bukan panggilkan.... Kak Nur jeling Minah. Mata Syakirul Hafiz jatuh menatap Minah. Putihnya muka. Agak-agak serupa dengan ayam celup tepung yang belum digoreng. Masak apa kak? tanya Syakirul Hafiz, perlahan. Biasa-biasa aje. Ada kari, daun ubi kayu masak lemak. Nanti akak nak masak sotong kicap dan sambal belacan. Tapi bahan basah dah nak habis. Nanti tengah hari akak pergi ke pasar dengan Minah untuk beli stok lauk untuk seminggu. Syakirul Hafiz melirik ke arah Minah. Gadis itu tetap beku seperti tadi. Tak apa la kak. Akak stay kat rumah aje. Nanti saya dan Minah pergi ke pasar beli barang-barang dapur tu. Terangkat kepala Minn. Lagipun saya nak berkenal-kenalan dengan Minah sebab selama ni dia asyik tunjuk muka masam aje kat saya, sambung Syakirul Hafiz. Dia kenyit mata.

78

Aireen Aryana

Minn terkedu. Berani gila mamat ni mengayat Minn Alia ya? Nanti kau.... Kak Nur, kaki Minah tengah sakit sekarang ni. Kak Nur dengan tuan muda aje la yang pergi... kata Minn menagih simpati. Patutnya yang sakit kaki tu Kak Nur.... Syakirul Hafiz tarik mangkuk yang dipegang oleh Minn. Minn terkejut. Lebih-lebih lagi bila Syakirul Hafiz letak mangkuk tu jauh-jauh. Kenapa dengan mamat ni? Kalau macam tu, akak minta tolong kat Minah la ya. Nanti akak kasi list. Syakirul Hafiz angkat-angkat kemenangan berpihak kepadanya. Minn julingkan mata. Syakirul Hafiz tertawa kecil. Wajah Minah dijelingnya dengan ekor mata. Ini Syak la. Kau berlagak nak mati bila di depan aku ya? Kau ingat kau tu lawa sangat ke? Boleh jalanlah! kening tanda

79

Kuli Rumah Untuk Dia

Bab 8
UNCI kereta dilambunglambung dengan selamba. Mata Syakirul Hafiz terarah ke pintu. Menunggu kelibat Syaminah muncul untuk ke pasar. Argh! Gila lama! Mesti sibuk nak bancuh tepung kat muka dia tu. Kalau dah nama perempuan, nak bersiap tu boleh ambik masa satu jam. Tapi Syaminahlah perempuan pertama yang berbedak paling tebal pernah dia jumpa. Retarded! Rungutan kecil timbul di bibir Syakirul Hafiz. Tak pergi lagi Syak? Suara Kak Nur mematikan bayangan wajah Syaminah daripada tubir mata Syakirul Hafiz. Syakirul Hafiz tersenyum pahit. Nak kata pahit tu tak la. Tapi boleh kira pahit sebab ni dah masuk empat puluh lima minit dia tunggu Syaminah di ruang tamu. Entah-entah pasar ikan pun dah tutup! Tak, kak. Si Minah ni, lama banget sih nungguin dia.... Tu dia! Siap berbahasa Indonesia lagi.

80

Aireen Aryana

Kak Nur tergelak. Apa-apa ajelah Syakirul Hafiz ni. Saling tak tumpah seperti anak bujangnya yang suka bergurau itu. Teringat anak bujangnya, hati Kak Nur berbunga riang. Zairul Darman telah pun berjanji untuk membawanya pulang ke kampung selama tiga hari pada hujung minggu ini. Sudah dimaklumkan kepada Tengku Arshad dan nampaknya majikannya itu tidak menghalang malah, beria-ia menyuruh Kak Nur mengambil cuti seminggu. Nak cuti lama-lama tak bolehlah sebab pembantunya masih tak cekap lagi. Lebihlebih lagi dalam hal-hal memasak. Tapi Tengku Arshad sudah pun memaklumkan bahawa dia juga akan out station selama lima hari. Cuma masalahnya sekarang ni, Syakirul Hafiz dan juga Syaminah. Macam sepadan aje nama budak berdua tu bila digandingkan. Kak Nur ukir senyuman di bibir. Syak pergi la ke belakang cari Minah. Dia terlupa kut? Ternaik kening Syakirul Hafiz. Lupa? Kalau betullah budak tu terlupa, rasa nak ketuk kepala PR abah dengan kasut. Penat-penat tunggu tapi Si Minah ni boleh terlupa pula. Ya la... Kak Nur dah buat list barang? Dah, ni ha. Kak Nur ambil sehelai kertas dari poket seluarnya dan dihulurkan kertas itu kepada Syakirul Hafiz. Syakirul Hafiz mencapai kertas tersebut dan membaca sekali imbas. Syak pergi tengok Minah dulu la, kak. Takut kalau betul-betul dia terlupa pulak. Ya la.... Syakirul Hafiz berjalan ke rumah belakang di tepi banglo Tengku Arshad dengan hati yang agak panas. Boleh pulak Minah ni syok-syok bersiap. Lagi laju siput bersiap kut.

81

Kuli Rumah Untuk Dia

Dan dibiarkannya majikan menunggu. Tak ada adab langsung! Pintu rumah Kak Nur dibuka setelah salam diberi. Mata Syakirul Hafiz melilau mencari kelibat hantu tepung tu tapi tak ada. Syakirul Hafiz masuk ke dalam rumah dan memanggil-manggil nama Syaminah tetapi gadis itu tidak menyahut. Tidur ke apa dia ni? Syakirul Hafiz menggumam dalam hati. Nak tak nak, dia membuka pintu bilik tidur satu per satu. Dia tahu bilik Kak Nur sebab masa kecil-kecil dulu dia selalu lepak kat sini. Tapi ada dua lagi bilik yang tidak berpenghuni dan salah satu bilik itu tentunya bilik Syaminah. Minah! Syakirul ketuk pintu. Dia lekapkan telinga di daun pintu tetapi tiada pula suara orang menjawab panggilannya. Mana budak ni? Syakirul Hafiz bercekak pinggang. Sekali lagi dia ketuk pintu bilik dengan kuat. Minah, saya kira sampai tiga. Kalau awak tak jawab, saya buka pintu bilik awak. Satu... dua.... Syakirul Hafiz terkebil-kebil di depan pintu. Tiga? Minah tetap tak jawab. Syakirul Hafiz menggaru kepala yang tidak gatal. Budak ni tengah tidur ke tengah innalillah kat dalam bilik? Syakirul Hafiz membuka pintu bilik lambat-lambat sambil matanya menilik ke dalam. Anak dara orang tu Syak, berani kau? Tiba-tiba hatinya berbisik sendiri. Tangan Syakirul Hafiz berhenti menolak pintu. Air liur ditelan sebijisebiji. Saat Syakirul Hafiz hendak menutup pintu bilik, matanya terpandang kepala Minah yang sedang elok terteleng di kepala katil.

82

Aireen Aryana

Minah.... Syakirul Hafiz mengeluh geram. Hilang segala rasa bersalah di dadanya. Nak aje dia sekeh kepala Minah yang tengah sedap terliuk-lentok di kepala katil. Tidur, eh? Aku penat-penat tunggu, kau elok tidur kat rumah pulak? gumam Syakirul Hafiz sambil mendekati Minah dan menatap tajam wajah gadis itu sambil tangan dilipat ke bawah dada. Bibir diketap kuat menandakan dia berang dengan perangai tak berapa nak senonoh pembantu rumah abahnya itu. Minah! Bangun! Bangun! Kau tak bangun, aku simbah kau dengan sebaldi air! ugut Syakirul Hafiz. Didekatkan wajahnya pada wajah Minah sebelum dia mencabut salah satu earphone yang melekat di telinga Minah. Patut la aku panggil bagai nak rak pun dia tak sedar-sedar. Keluh Syakirul Hafiz. Syakirul Hafiz meletakkan earphone itu di telinganya. Dia terpanar apabila mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Minah agak rancak dan rockies gitu. Tapi benda-benda rockies rancak semua orang pun suka. Yang ajaibnya, pembantu rumah Tengku Arshad ni dengar lagu pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik rambut karat. Lagu Love Story yang dinyanyikan oleh Taylor Swift itu membuat hati Syakirul Hafiz berubah rentak. Lama matanya jatuh ke seraut wajah milik Minah. Tempek-tempek putih tidak lagi begitu jelas kelihatan dan di ruang matanya dapat melihat riak Minah yang tenang bersahaja. Kenapa? Kenapa tiba-tiba jantungnya berubah rentak melihat Minah dalam keadaan begini? Minah nampak luar biasa. Shes really something....

83

Kuli Rumah Untuk Dia

Cause you were Romeo, I was a scarlet letter And my daddy said stay away from Juliet But you were everything to me I was begging you please dont go and I said... Romeo take me somewhere we can be alone Ill be waiting all theres left to do is run Youll be the prince and Ill be the princess Its a love story baby just say yes. Syakirul Hafiz terpegun di sisi Minah. Matanya lama memerhati wajah Minah. Ada sesuatu yang berlainan pada diri gadis itu. Dia tidak seperti pembantu-pembantu rumah yang lain. Minah jauh berbeza, sangat berbeza! Bukan saja berbeza dengan pembantu rumah yang lain, tetapi juga tidak sama dengan mana-mana gadis di luar sana. Grab your sense, Syak! Dia tu tua daripada kau, lagipun dia orang gaji. Tua tu kakak, orang gaji tu kuli. Full stop!

MINN menggeliat kecil bila terasa tubuhnya tidak selesa. Terasa bahunya lenguh kerana duduk terlalu lama di kepala katil. Mata dibuka dan kemudian ditutup semula. Penat! Eh! Sat, sat! Siapa yang tengah berdiri di tepi katil aku ni? Minn celik mata luas-luas. Spontan dia terduduk. Rahangnya hampir-hampir nak tertanggal ke bawah melihat lelaki yang berdiri tegak di sisinya itu.

84

Aireen Aryana

Mak cik ular sawa. Eh! Pak cik gila makan roti! Minn melatah dan terus melompat turun dari katil. Tanpa sengaja pemain MP3nya terjatuh daripada riba dan tergantung di tengah-tengah, antara Syakirul Hafiz dan Minn. Biji mata Minn hampir tersembul bila terperasan earphone kesayangannya yang sebelah lagi ada di telinga Syakirul Hafiz! Aku kat mana ni? Rumah babah ke rumah Syuh? Otak jadi sengal tiba-tiba. Ya Allah, pak cik ni... pak cik majikan kat rumah sejak aku naik pangkat jadi orang gaji! Minn terpejam celik, cuba mencerna hakikat dunianya sekarang. En... encik! Encik buat apa dalam bilik saya ni?! jerit Minn setelah lama mereka bertatapan. Syakirul Hafiz terdiam tanpa suara. Dia menatap muka Minah dah serupa macam orang kena hipnosis. Helo... encik tidur ke? Minn tarik earphone dari telinga Syakirul Hafiz. Tapi tangannya terhenti bila menyedari renungan mata Syakirul Hafiz bagai nak makan orang tu. Errr... encik nak apa datang bilik saya? Soal Minn, canggung. Dia jadi serba salah bila lelaki itu membisu seribu bahasa. Tak sangka Syakirul Hafiz buat kerja begitu keji, tengok PR tidur atas katil. Atas katil, okey! Kalau bawah katil tu tak ada hal sebab kurang sikit censornya. Benda-benda melibatkan atas katil ni buat mencipta allergic baru dalam hidup Minn aje! Lain kali nak manggakan pintu bilik supaya selamat sikit nak buat taik mata. Awak sempat tidur? Saya tunggu awak hampir satu jam, tau. Cepat siap. Saya tunggu kat rumah depan.

85

Kuli Rumah Untuk Dia

Syakirul Hafiz melangkah keluar bilik, meninggalkan Minah terpinga-pinga seorang diri. Dalam hati Syakirul Hafiz, dia tersangat-sangat keliru. Otak yang bersalah ke sebab terlalu banyak berfikir atau sekadar mainan perasaan supaya dia terkeliru dengan kehadiran Minah sebagai salah satu watak dalam hidupnya?

86

Aireen Aryana

Bab 9
ELAJUAN kereta 30 km/jam membuat Minn kebosanan. Jammed gila kawasan ni! Tak pasal-pasal dia rasa mengantuk. Bukan salah Minn kalau dia nak tidur sehari suntuk sebab bila dia uzur aje, badan cepat terasa letih dan matanya cenderung terbayang katil. Mata ditalakan ke jalan raya sambil mulutnya menguap kecil. Sesekali Minn menggeliat untuk mengurangkan penat yang menguasai tubuh. Ni kira Kak Nur lagi sihat sebab Kak Nur tak pernah nampak letih walaupun umur Kak Nur menjejak angka lima puluh lima. Hari tu Minn tanya Kak Nur berapa umur orang tua tu, sikit lagi Minn tak percaya sebab Kak Nur tak nampak macam perempuan yang berumur lima puluh lima tahun. Masih nampak manis dan comel. Hu hu hu.... Minn duduk tegak dan matanya dibulatkan sedikit. Tahan mengantuk. Nasib baik duduk kat kerusi belakang, taklah rasa segan nak buat apa-apa sebab Syakirul Hafiz pun nampak macam tengah fokus bila memandu. Minn toleh ke arah Syakirul Hafiz melalui cermin pandang belakang. Wajah

87

Kuli Rumah Untuk Dia

Syakirul Hafiz nampak tegang. Hidung Syakirul Hafiz tinggi sedikit, bibir separuh nipis berwarna merah, dagunya agak runcing dan kulitnya bersih. Lelaki itu sikit pun tak nak bercakap. Minn juih bibir. Hailaaa... orang guna cermin mata hitam, tak taulah dia tengah tengok jalan ke tengok tempat lain ke. Mata dipejam dan akhirnya Minn tertidur.

SREEETTT!!! Bup! Minn terhentak ke kerusi duduk hadapan. Dahinya selamat mencium kerusi tu. Mamai seketika. Sheshhh!!! Minn pegang dahinya yang terasa perit sedikit. Cepat-cepat dia betulkan duduk sambil mata terkebilkebil akibat terkejut. Jantung dah nyaris terlompat keluar. Eksiden ke? Dah bangun? Suara sinis milik Syakirul Hafiz membuat Minn tersentak. Sepintas lalu wajah Syakirul Hafiz dipandang melalui cermin pandang belakang. Oh, rupa-rupanya lampu merah! Tapi takkanlah sampai nak buat brek kecemasan kut? Minn ketap bibir. Dah nak sampai ke encik? soal Minn mematikan kebisuan. Syakirul Hafiz membuka cermin mata hitamnya. Dia pandang Minah sebelum meneruskan pemanduannya. Bukan Minn yang nak duduk belakang, tapi Syakirul Hafiz yang beria-ia suruh dia duduk kat belakang. Dia kata, tak ada hati nak duduk bersebelahan dengan kuli rumah. Kurang ajar aje bahasa. Macamlah kuli rumah bukan

88

Aireen Aryana

manusia. Lain kali Minn nak bawa Minah, PR babah pergi jalan-jalan. Sekali-sekala nak buat hati Minah yang dah lama bekerja kat rumah babah tu happy. Taklah macam katak bawah tempurung. Asyik duduk kat dalam rumah aje. Keluar pun sebab nak beli barang dapur. Kesian.... Tak tau, jawab Syakirul Hafiz dengan selambanya. Minn cemik muka. Euwww... kerek! Tak boleh ke jawab, sikit lagi dah nak sampai atau jauh lagi nak sampai. Ni, tak tau! Tu aje? Ni apa kes macam orang tak puas hati dengan aku sejak dari pagi tadi? Aku ada buat salah lagi ke? Desis hati Minn. Tak sampai sepuluh minit, mereka tiba ke destinasi. Ketar lutut Minn melihat suasana yang agak sesak itu. Bila keluar aje dari kereta, mulut ternganga luas. Hampirhampir mata jadi juling sebab bau yang menyerbu ke hidung amat-amat-amat sadis. Mata Minn tertala kepada suasana sesak di sebelah kiri. Tapi rata-rata tempat ni memang busy gila dengan penjual-penjual berteriak tanpa sebab. Tanpa sebab? Diorang nak jual ikanlah Minn.... Ikan! Ikan! Sekilo lima ringgit! Nak jual ikan pun kena buat pengumuman ke? Minn cemas. Dia mengikut langkah Syakirul Hafiz dari belakang dalam jarak yang dekat. Relaks Minn... relaks. Macamlah tak pernah tengok suasana meriah begini. Dalam televisyen tu ada aje cerita orang pergi pasar. Tapi tu pun dia tengok aje, tak sampai lima minit televisyen ditukar ke siaran lain sebab Minn tak pernah jejak kaki ke pasar. Kalau cerita tu melibatkan princessprince atau pembunuhan, bolehlah sikit dia nak layan. Nak berdiri kat sini sampai bila? Jom cepat. Lagi cepat beli lagi cepat kita balik, tegur Syakirul Hafiz.

89

Kuli Rumah Untuk Dia

Marah-marah aje dari tadi. Encik ni dah kena andropaus ke? Terangkat kening Syakirul Hafiz. Apa ke benda istilah yang disebut oleh Minah ni? Dahlah dari tadi asyik tidur. Dibiarkan Syakirul Hafiz sorang-sorang memandu macam pak cik drebar dia. Sengaja Syakirul Hafiz tekan brek masa lampu merah tadi, biar padan muka Minah. Hampirhampir tawanya pecah melihat muka kelat Minah sebab dahinya sudah menghentam tempat duduk depan sewaktu Syakirul Hafiz tekan brek kecemasan. Apa andropaus tu? Encik tak tau? Minn tahan gelak. Apakah? Kata anak Tengku, belajar tinggi-tinggi. Andropaus yang sikit punya glamor tu pun Syakirul Hafiz tak tau! Melihat Syakirul Hafiz geleng kepala, lagilah Minn geli hati. Andropaus tu sejenis penyakit yang mana spesies paus jantan tak mampu lagi nak mengawan. Okey, bye! Seperti lipas kudung Minn melarikan diri. Biji mata Syakirul Hafiz terjegil. Ada ke patut samakan aku dengan ikan paus yang dah nak menopaus! Syakirul Hafiz melangkah mencari kelibat Minah. Dah la kecil, lari laju pulak tu. Kata umur nak dekat tiga puluh tapi perangai kalah kanak-kanak tadika. Minah... Minah! Syakirul Hafiz geleng kepala. Encik! Sini! Syakirul Hafiz toleh ke kiri. Dilihatnya Minah sedang melambai-lambai di depan gerai ikan. Apa dia? soal Syakirul Hafiz setelah berdiri bersebelahan dengan Minah.

90

Aireen Aryana

Cuba encik tengok ni. Minn tunjuk ikan yang ada di situ. Syakirul Hafiz kerut dahi. Ini mata... komen Minn sambil mengurut dagu dengan tangan kiri seolah-olah berfikir. Tangan kanan tunjuk mata ikan yang agak kemerah-merahan di depannya. Terbeliak aje mata ikan tu. Entah-entah dia mati tak rela. Syakirul Hafiz senyum sumbing. Mata aje pun. Semua orang tau ni mata ikan. Apedaaa.... Ini hidungnya! Syakirul Hafiz confident aje tunjuk muncung ikan, atas sikit dari mulut. Minn tersengih kelat. Ni hidung? Kening ditautkan. Excuse me, sir. Ikan ada hidung ke? Syakirul Hafiz dah mula tunjuk muka tak puas hati. Tangannya menyentuh hidung ikan tu. Awak tak percaya? Awak tak nampak ke ni hidung dia? Minn garu kepala. Biar betul ni hidung? I guess this is not hidung... lubang untuk bernafas kut? Syakirul Hafiz tercengang. Hah? Apa beza lubang dan hidung? Awak ni Minah. Dah, dah diam. Beli aje ikan tu. Tak payah nak bertekak dengan saya pagi-pagi macam ni... rungut Syakirul Hafiz. Minn julingkan mata. Dia yang ajak bergaduh, aku pulak kena diam. Ikan bawal yang mana satu? bisik Minn kepada Syakirul Hafiz. Agak-agak la. Saya mana pernah pergi pasar. Saya pun tak tau. Minn mengeluh kecil sambil membaca semula listing yang Kak Nur kasi.

91

Kuli Rumah Untuk Dia

Encik tu ada benda ke yang encik tau? Encik ada contoh tak? Contoh? Contoh ikan tu.... Gila apa?! Takkan nak beli ikan pun kena bawak contoh? Eleh, cakap aje la encik tak tau. Minn lemparkan senyuman sinis. Dari tadi kutuk orang tak tau, walhal dia sendiri pun tak tahu jugak. Heh! Syakirul Hafiz ketap bibir tahan geram. Hatinya terusik apabila Minah seakan-akan memperkecil kepandaiannya. Helo... ini Syakirul Hafizlah. Walaupun nampak pendiam tapi, dia merupakan salah seorang anak muda yang digeruni oleh kebanyakan pengusaha di Kuala Lumpur. Lagi-lagi dalam bidang perhotelan. Yang awak tu, betul ke dah lama jadi pembantu rumah? Tengok gaya, satu kerja pun tak reti buat. Jenis ikan pun tak tau! Matanya mencerlung tajam ke muka Minah. Minn tunjuk muka tak ada perasaan. Dia mendekati penjual ikan sambil tersenyum lebar. Boleh saya tau yang mana satu ikan bawal? soalnya penuh sopan. Inilah kali pertama dia memecah duliduli keluarga Tan Sri Ridhuan menjejak kaki ke pasar yang baunya... sumpah hanyir tak terkata! Hah? Penjual ikan itu tercengang. Ikan bawal pun tak tahu? Biar betul? Takkan ikan bawal yang glamor tu minah ni tak tahu? Ikan bawal yang ni ke? Minn tunjuk ikan pari dengan penuh yakin. Syakirul Hafiz jatuh rahang. Sebabnya ikan pari

92

Aireen Aryana

lebih glamor daripada ikan bawal dan dia cukup-cukup kamceng dengan ikan berkepala lebar tersebut. Dalam televisyen tu banyak cerita pasal ikan pari. Takkan PR abah ni satu ikan pun dia tak kenal?! Syakirul Hafiz tilik muka Minah. Minah tak sedar mata Syakirul Hafiz jatuh ke wajahnya sebab dia sibuk gelak sana sini bila penjual ikan tunjuk ikan bawal. Syakirul Hafiz dah mula goyah. Dalam hati sibuk berteka-teki. Sure ke Minah ni umur tiga puluh tahun dan sudah lama berkecimpung dalam dunia pembantu rumah seperti yang diuar-uarkan oleh abah dalam resume Syaminah Kadir tu? Kalau betul, kenapa dia lihat Minah ni sangat-sangat berbeza dengan pembantu rumah yang dulu-dulu? Hati dia begitu kuat menyatakan Minah tidak pernah bekerja sebagai pembantu rumah sebelum ini. Encik nak lama lagi ke duduk kat sini? Saya nak pergi tempat lain pulak. Suara Minah memecah lamunan Syakirul Hafiz. Awak tak kenal ikan pari? soal Syakirul Hafiz tanpa menghiraukan kata-kata Minah. Hah? Minn tercengang. Matanya kembali melihat ikan yang ditunjukkannya tadi. Oh! Baru teringat ikan pari tu kepala lebar! Tadi tu saya melawak aje kat pak cik tu. Takkan saya tak tau mana satu ikan pari? Saya kurang faham ikan bawal aje, encik. Terkial-kial Minn menjawab. Tak pastilah jawapan dia tu boleh diterima ke tidak. Serius ke awak pernah jadi pembantu rumah sebelum ni? soal Syakirul Hafiz sambil menyorot matanya ke wajah Minah. Pernah la juga, jawab Minn teragak-agak.

93

Kuli Rumah Untuk Dia

Minah, jawab betul-betul. Awak guna wangian jenama apa? Syakirul Hafiz bertanya dengan nada serius. Minn tercengang-cengang sekejap sebelum dia tertunduk menekur lantai bumi. Dalam hati tergetus juga rasa gentar. Yalah. Dalam banyak-banyak soalan, kenapa jejaka hot depan dia ni pergi tanya soalan yang boleh buat dirinya terkantoi? Minn pun duk sibuk dengan dia punya kebiasaan iaitu kalau nak pergi mana-mana, kena sembur minyak wangi. Tak sedar pun benda macam ni boleh buat orang lain sangsi. Kalau Minah kat rumah Tan Sri Ridhuan tu pakai minyak wangi pun mesti Minn dah naik kening bertingkat-tingkat, kehairanan. Jadi, memang wajarlah andainya Syakirul Hafiz tanya yang bukan-bukan. Wangian? Minn garu belakang lehernya. Bau awak ni, bau orang kaya. Syakirul Hafiz cakap dengan nada curiga. Duh! Minn terus jatuhkan mata ke arah lain. Gelabah. Dia terkebil-kebil sendirian. Takkan cepat sangat kut tuan muda ni dapat kesan siapa dia yang sebenarnya? Tak sampai sebulan pun dia kerja bawah Tengku Arshad. Ada tiga bulan lebih lagi! Ni... majikan lama saya yang beri. Cik tu selalu buang minyak wangi dia walaupun baru setengah botol aje habis. Saya ni tak suka membazir. Errr... sebab tu saya kutip. Nama minyak wangi ni, Pure Poison. Encik nak cuba? Ada kat rumah! Minn pamer muka cuak. Cik majikan yang dia maksudkan tu sebenarnya ialah diri dia sendiri. Siapa lagi yang hantu minyak wangi selain dia. Baru guna separuh botol, Minn dah buang ke dalam bakul sampah. Sebabnya dia nak guna duit orang tuanya sebaik mungkin. Beli koleksi minyak wangi terbaharu.

94

Aireen Aryana

Tapi yang dia paling suka, Pure Poison. Sesuai dengan perwatakan Minn sebelum bekerja sebagai pembantu rumah sebab dulu, kan dia hot stuff. Pergi mana-mana aje mata lelaki jatuh pada muka dan badan dia. Nasiblah, kan? Masa tu mana ingat dosa pahala sebab yang penting dia famous. Kalah model-model antarabangsa. Betul? Bukan awak yang mencuri? soal Syakirul Hafiz bernada curiga. Minn tahan nafas dengan muka yang agak kemerahan. Mencuri? Punya kaya Tan Sri Ridhuan tu apa kes dia nak mencuri pulak? Saya tak pernah mencuri, encik! Lillahi taala! Ucap Minn, tegang. Syakirul Hafiz terdiam. Melihat wajah Minah yang agak marah itu membuat dia digigit rasa bersalah. Okey... awak tak mencuri. Saya minta maaf. Minn hela nafas lega. Tahu pak cik tu minta maaf rupanya. Tapi saya masih hairan, apesal orang gaji macam awak tak tau mana satu ikan bawal? Mata Syakirul Hafiz tajam merenung wajah Minah. Masih lagi curiga. Sebenarnya, dekat kampung saya nama ikan ni... dudu. Ha... dudu! Tu yang saya tak kenal bila baca Kak Nur tulis ikan bawal. He he he. Lagipun untuk pengetahuan encik, saya pernah menjawat jawatan cleaner, tak ada pengalaman jadi pembantu rumah sepenuh masa. Pernah jadi pembantu rumah pun tak sampai satu minggu lepas tu saya jadi cleaner balik! Minn sengih. Dalam hati dah cemas tahap gaban. Harap-harap tuan muda tak soal lebih-lebih lagi sebab otak dia dah jammed. Tak tau nak jawab apa dah.

95

Kuli Rumah Untuk Dia

Syakirul Hafiz terasa nak pengsan saat itu juga. Ada ke... orang kampung tak kenal ikan bawal? Boleh percaya ke ikan bawal di kampung Minah ni bernama ikan dudu? Dia ni tengah loyar buruk dengan aku ke? Syakirul Hafiz menjegilkan matanya ke arah Minah. Oh... jadi, masa satu minggu tu la majikan awak beri awak minyak wangi? Errr.... Minn dah tak reti nak menjawab dah. Matanya aje yang mengiakan kata-kata Syakirul Hafiz. Dah la. Jom. Syakirul Hafiz melangkah meninggalkan Minah dan menuju ke keretanya. Lama-lama melayan Minah, boleh jatuh otaknya dari tempurung kepala. Minn hembus nafas lega. Huish... seriusnya muka tuan muda! Hampir tercabut jantung Minn tadi. Tapi, kenapa Syakirul Hafiz nak tanya soalan pelik-pelik macam tu? Sewaktu berjalan melalui penjual ikan yang menjual ikan bawal tadi, sempat penjual ikan tu hadiahkan senyuman kat Minn. Minn sekadar menjeling, tak sambut pun senyuman orang tu. Sebenarnya dia tak selesa pakai selipar jepun berjalan di tempat awam. Dia bekukan muka pun bukan sebab apa. Depan Syakirul Hafiz bolehlah dia berlagak bodoh, tapi nak berlagak bodoh di depan orang lain, terasa sangat-sangat tak berbaloi.

96

Aireen Aryana

Bab 10
ATA dibulatkan. Selama ni mana pernah melihat muka susah hati milik Syakirul Hafiz. Ni dah kira masuk buku rekod antarabangsa mamat poyo macam Syakirul Hafiz boleh tunjuk ekspresi resah gelisah, kerut muka sana sini! Selama Mirr Adriz kenal Syakirul Hafiz, Syakirul Hafiz jenis yang coolio. Tak suka bercampur sangat dengan orang lain dan sering tunjuk muka batu dia tu. Asyik tayang muka confident sepanjang masa sampai Mirr Adriz pun lelah nak tahu apa yang tersirat di hati temannya itu. Serius kau suka dia? Mirr Adriz jegilkan mata. Syakirul Hafiz tak teringin nak jawab soalan spontan Mirr Adriz tu. Serius kau suka dia?! Kali ini bukan pertanyaan, tetapi lebih kepada pernyataan apabila nada suara Mirr Adriz naik lima harakat. Muka dah mencemik, tak percaya melihat betapa lemahnya hati seorang Syakirul Hafiz sampai PR sendiri pun dia nak main-main chenta.

97

Kuli Rumah Untuk Dia

Apa kau merepek ni? sahut Syakirul Hafiz dengan mendatar. Ohmyenglish! Syakirul Hafiz pandang tajam ke muka Mirr Adriz. Kau ni, serupa macam dia. Aku? Mirr Adriz tunjuk batang hidung sendiri. Takkanlah orang gaji Syakirul Hafiz ada persamaan dengan lelaki semaco dia pulak. Mirr Adriz bukan setakat Mirr Adriz. Mirr Adriz ni kegilaan para gadis yang suka harta benda. Nak kata dia kaya macam perdana menteri tu taklah. Tapi... kiranya dia ni termasuk dalam carta lelaki terhangat di pasaran juga dengan aset bertimbun-timbun walaupun umur belum masuk empat puluh tahun lagi. Nasib baik Minn tu adik dia. Kalau Minn tu orang lain, sah-sah Minn mengurat Mirr Adriz jugak sebab benda yang paling Minn suka adalah duit. Duit dan duit! Nak kerja malas, tapi duit kena masuk ke poket dia setiap bulan, hampir lima ribu. Buat bankrap keluarga! Dia suka sebut ohmyenglish jugak. Pelik aku. Eh? Kening Mirr Adriz naik tinggi. Aku nak kenal dia! Syakirul Hafiz menala mata ke muka Mirr Adriz. Hairan melihat tiba-tiba temannya itu bertukar menjadi excited tak ingat. Malas aku nak bawak kau. Ala, dia tu bukannya cantik pun. Muka lekap dengan bedak dua puluh empat jam. Belum lagi dia punya rambut menggerbang gaya penyapu. Nanti-nantilah aku tunjuk. Hek eleh.... Mirr Adriz rungut lambat-lambat. Macam teruk sangat aje penerangan Syakirul Hafiz ni. Betul ke ada perempuan macam tu?

98

Aireen Aryana

Tapi aku hairan... macam mana kau boleh buat muka beruk sebab PR tu? Hebat sangat penangan dia. Mesti comel, kan? Excuse me! Sekarang ni aku tengah confuse okey. Bukan suka atau terkena penangan hebat dia! Apa yang kau confusekan sangat tu? Dah sah-sah kau terpikat pada dia, kata Mirr Adriz dengan selamba. Kau nak aku masukkan kau kat dalam gol ke apa? Aku confuse, bukan terpikat. Confuse! Tak faham ke aku cakap ni? Takkan aku nak terpikat dengan perempuan pangkat mak cik! Syakirul Hafiz melatah. Suara sengaja dinyaringkan dan mata sengaja dijegilkan. Berapa umur dia? soal Mirr Adriz sambil angkat kening. Tiga puluh! Dua tahun aje pun beza... usik Mirr Adriz sambil tersengih nakal. Lagi kau cakap, keluar dari bilik ni tak sampai dua saat! gertak Syakirul Hafiz. Mirr Adriz geleng kepala. Walaaa... kawan baiknya tersampuk panahan cinta sampai cakap pasal PR dia sikit pun dah marah-marah bagai nak gila. Eh, kau tau pasal pemilik hotel baru tak jauh dari hotel kau? tanya Mirr Adriz tiba-tiba. Hotel Paradise? sahut Syakirul Hafiz. Gotcha! Hotel tu famous gila sekarang. Habis la kau jatuh bankrap... kata Mirr Adriz dengan kurang asam boinya itu. Mulut jangan nak celopar la, Riz. Kalau abah aku tau, mau kau dibuang daerah! rungut Syakirul Hafiz sambil

99

Kuli Rumah Untuk Dia

kerut kening. Sampai hati Mirr Adriz curse hotel milik Tengku Arshad. Mau dicilinya mulut Mirr Adriz Tan Sri Ridhuan tu. Apa punya kawanlah.... Ha ha ha! Jangan sensitif sangat. Owner hotel tu best weh. Slumber tak kira masa. Hari tu aku ada tertengok dia masuk ke pub. Ternaik kening Syakirul Hafiz. Oh? Tu kau kata selamba? Jenis manusia tempah neraka aje masuk kat sana! Kau ni... dengar la dulu! Main terjah aje. Sekarang ni dia dah baik dah. Dah kahwin pun. Wife dia sedap mata memandang. Aku kagum la dengan dia sebab muda-muda dah ada hotel sendiri dan yang paling penting, dia dapat wife yang tawaduk aje air mukanya. Puji melambung-lambung! perli Syakirul Hafiz. Tu la aku nak cakap, nama owner Paradise Hotel tu Aakif. Hari tu aku jumpa dia kat shopping complex masa temankan mak dan adik aku shopping. Dia teman wife dia pilih barang-barang hantaran untuk sedara dia. Dia cakap kat aku kalau nak, boleh buka kerjasama antara syarikat babah dengan hotel dia. Aku cakap nanti kita orang bincang balik. Kau ada adik ke weh? Tak pernah Syakirul Hafiz dengar cerita pasal keluarga Mirr Adriz. Selalu Mirr Adriz cerita pasal perniagaan keluarga, pasal Tan Sri Ridhuan, pasal mak dia sekali-sekala. Dan inilah kali pertama Mirr Adriz keluarkan nama adik dia. Dia lebih tertarik dengan adik Mirr Adriz daripada perniagaan yang Mirr Adriz nak kembangkan tu. Ada. Adik aku tu... buat pening kepala aje. Apesal? Berkerut kening Syakirul Hafiz. Budak remaja... kau tau-tau aje la. Teruk jugak la

100

Aireen Aryana

sejarah hidup keluarga kita orang sebab dia sorang yang buat perangai kat oversea. Tak apa la... mungkin dia nak cuba-cuba aje. Sekarang ni aku tengok dia dah baik sikit. Tapi masih juga buat hati aku tak tenteram. Jauh di sudut hati, perasaan sayang Mirr Adriz kepada Minn bukan main-main. Dia sayang satu-satunya permata hati keluarga Tan Sri Ridhuan. Bila Minn dah mula buat perangai, satu keluarga susah hati. Sampai babah sakitsakit sebab risaukan anak daranya tu. Biasa la tu. Budak lagi, kan? Suara Syakirul Hafiz mengendur. Jeda. Masing-masing pandang luar cermin, lihat pemandangan dari bilik pejabat Syakirul Hafiz di sofa tamu. Ah, kehidupan.... Eh, aku nak tanya pasal satu benda ni. Apa maksud antropos? Apa tu? Kening Mirr Adriz bertaut. Syakirul Hafiz garu kepala. Ada bunyi-bunyi macam menopaus, tapi mula dari huruf A. Andropaus? Yes! Syakirul Hafiz jawab laju-laju. Jari hantu dan ibu jari dipetik sehingga menghasilkan bunyi. Lawan menopaus. Kenapa? Kau dah andropaus ke? Mirr Adriz jongket kening. Dia pandang Syakirul Hafiz dengan riak hairan. Telinga Syakirul Hafiz jadi lebar tatkala mendengar penjelasan Mirr Adriz. Pardon? Andropaus tu bila berlaku penurunan tahap testosteron iaitu hormon seks bagi lelaki. Bila dah berumur, benda ni berlaku pada kaum lelaki. Perempuan menopaus,

101

Kuli Rumah Untuk Dia

lelaki andropaus! Faham? Eh, takkan itu pun kau tak tau? Kau tak belajar biologi ke masa sekolah dulu? Bukan penyakit paus jantan ke? Tersirap darah Syakirul Hafiz. Terbayang-bayang muka Minah yang memandang wajahnya dengan riak mengejek. Penumbuk digenggam kuat. Syaminah!!!! Kenapa Syak? Aku kena bahan! Jawab Syakirul Hafiz dengan nada marah yang tertahan-tahan. Mirr Adriz angkat bahu sambil tersengih kecil.

MINN belek-belek majalah di ruang tamu. Kaki bersilang dan badan disandar tenang pada sofa yang harganya beribu-ribu tu. Majalah di dalam rumah ni hanya ada majalah perniagaan, majalah kereta, majalah telefon, majalah kesihatan dan majalah yang orang lelaki aje berselera nak baca. Lain kali dia nak suruh Syuh angkut majalah-majalah dari rumah. Ada majalah Remaja, Nona, Wanita dan macam-macam lagi. Minah. Minn angkat kepala. Kak Nur senyum seraya melangkah ke ruang tamu. Mari akak ajar Minah mop lantai. Tapi akak, kan tengah masak? Minn cari alasan. Tengok mop tu pun dah tak selera. Teringat kejadian dia jatuh terbongkang kat lantai dengan air penuh sebaldi, macam air terjun jatuh ke muka dia. Sampai esok lantai rumah Tengku Arshad tak kering-kering. Sampai Kak Nur terpaksa jemur permaidani kat luar rumah.

102

Aireen Aryana

Tak apa. Kejap aje. Lagipun mop lantai dapur, bukan mop kat ruang tamu. Minn berat hati tapi dia tetap melangkah ke dapur mengikut Kak Nur setelah menyusun kembali majalah pada tempatnya. Ni, masa Minah nak mop... kita perah dulu dengan tangan supaya air tak tumpah. Kak Nur tunjuk cara. Minn hanya memerhati. Oh, gitu? Lepas tu baru la Minah boleh lap lantai. Dari hujung sini, ke hujung sana. Lepas tu baru pindah ke tepi sikit dari lantai yang kita dah lap. Jalan ke belakang, jangan jalan kat lantai yang lepas dimop ni. Kak Nur undur dengan tangan mula lincah mengemop lantai. Oh! Mulut Minn terlopong. Nak mop lantai pun kena ada skill ke? Satu row lepas tu, Kak Nur suruh Minn take over. Apa lagi, excited Minn berlari ke kiri dan ke kanan bawa mop. Dia mana nak kisah bersih ke tak tempat yang dia mop, janji bahagia. Kak Nur tak boleh nak cakap apa dah. Dia jadi tukang tengok plus tukang geleng kepala. Ni namanya stuffing spinach chicken. Tuan muda suka sangat lauk ni... beritahu Kak Nur sambil meletakkan sepinggan stuffing spinach chicken di atas meja. Melihat muka Minn yang dah macam tayar pancit sambil duduk termengah di atas kerusi membuat senyuman Kak Nur melebar. Budak ni nak kata comel, umur dekat tiga puluh tahun. Tapi gaya dia macam budak umur tujuh tahun belajar kemas rumah. Minn tongkat dagu sambil mengangguk-angguk.

103

Kuli Rumah Untuk Dia

Tuan muda suka, ada dia kisah? Dia buat muka berminat walhal dalam hati dah malas nak tau apa yang disukai oleh tuan muda atau benda yang paling dia benci, contohnya laksa bak kata Kak Nur dulu. Kak Nur, pak cik guard depan rumah tu memang jarang kerja ke? soal Minn ubah topik. Oh... dia kerja malam aje. Siang Tengku Arshad tak letak guard kat depan rumah. Lagipun dah ada tukang kebun, kan? Jadi, siang tukang kebun yang tolong escort. Mulut Minn membentuk huruf O. Faham akhirnya sebab benda tu dari dulu dia hairankan. Minah tau, dulu ada sorang lagi pembantu rumah kat rumah ni. Minn tala mata ke arah Kak Nur. Dia meninggal sebab sakit jantung. Umur baru tiga puluh lima tahun. Muda lagi... komen Minn acuh tak acuh. Wajah Kak Nur bertukar suram. Nampak sangat dia masih lagi bersedih atas kehilangan temannya itu. Dah tiga tahun berlalu tetapi bayangan Nidah masih segar di ruang matanya. Hidup kita ni tak panjang. Esok lusa, tak tahu bila akak masuk kubur. Minn tersentak. Dipandang lama wajah tenang Kak Nur. Ala... Kak Nur. Jangan la cakap macam tu. Akak risau tak cukup amal aje.... Kak Nur ukir senyuman nipis di bibirnya. Minn tertunduk. Kalau betul ditakdirkan mati muda, amal tak amal, dosa dah banyak dibuat. Kena cover balik semua tu mampu ke? Masa muda singkat aje. Minah tau... dalam hadis sahih pernah dinyatakan

104

Aireen Aryana

oleh Abu Hurairah... katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ada dua kalimat yang ringan pada lisan; sesungguhnya mudah diucapkan, tetapi berat sekali dalam timbangan di akhirat, dicintai Yang Maha Pengasih, iaitu subhanallahiwabihamdih dan subhanallahilazim. Minn menala mata ke langit rumah. Ringan pada lisan, berat pada timbangan, Allah suka. Subhanallahiwabihamdih, subhanallahilazim. Dalam hati Minn ulang semula. Terasa sesuatu mencuit jiwanya yang dalam. Sesuatu yang tenang, yang menyeronokkan dan yang mengindahkan. Minn insaf. Allah beri banyak keringanan untuk dia beriman, tetapi yang banyak dia lakukan adalah kelalaian. Selama ni bukan dia tak ingat Tuhan. Tapi, entahlah... tudung entah tercampak ke mana sejak habisnya zaman sekolah menengah. Lagi... dia sendiri pernah menjejak kaki ke tempat-tempat haram. Sejak akhir-akhir ni aje baru hati Minn rajin bersolat. Tapi tu pun ikut bila hati dah tergerak nak angkat takbir. Masa-masa peak time macam tengah shopping, kadang-kadang solat maghrib pun boleh tinggal. Mana pernah dia cari surau nak kerjakan hukum Allah yang wajib tu. Minn hela nafas dalam-dalam. Nak berubah bukan tunggu esok, tahun depan atau dua puluh tahun akan datang. Kalau tak sekarang, nanti terlambat dan menyesal. Nak kenal sejadah bukan mudah bila hati dah banyak hitam. Tetapi Allah suka orang yang berusaha. Minn meraup wajahnya, cuba menilik dosa-dosa lepas yang pernah dilakukannya. Peluk lelaki bukan mahram dah berapa kali, pergi kelab-kelab malam walaupun sekadar minum air Coke. Tapi masa dia menari dan tengok orang lain meliuk-lentok dalam pelukan lelaki tu pun dah kira berapa

105

Kuli Rumah Untuk Dia

banyak dosa. Dan yang paling utama, ni rambut ni. Tiap helai membawa petaka sedangkan sebenarnya rambut adalah mahkota wanita. Minn gigit bibir bila hatinya mulai bergetar. Getar yang membawa sebuah kebaikan. Minn susah nak berubah.... Keluh Minn. Kak Nur senyum tawar. Faham gelojak hati Minah. Minah masih muda, fikiran belum menjurus ke arah kematian. Masih teringin nak bersuka ria. Tapi, sungguh! Masa itu tak pernah menanti sesiapa! Sikit-sikit pun jadi la. Akak pun bukannya betul-betul sempurna, lagi-lagi di mata Allah. Tapi kita pun kena ingat, jangan kata tidak bila Allah dah gerakkan hati kita untuk berubah, Minah. Kalimatan hafifatan alallisan, thaqilatan fil miizan, habibatan illarrahman... subhanallah wabihamdih. Maha suci Allah dan dengan kepujian-Nya. Subhanallahil Azim, Maha suci Allah dengan segala keagungan-Nya.

106

No. ISBN:- 978-967-0448-42-8 Jumlah muka surat:- 488 Harga Runcit:- S/M: RM20, S/S: RM23 Harga Ahli:- S/M: RM16, S/S: RM19 Sinopsis:Ini mata ikan, dan ini hidungnya! Minn Ini hidung? Syak Melihat wajah cuak Syak merenung ikan di depan mata membuat Minn ketawa bagai nak gila! Minn Alia, seorang gadis yang berasal daripada keluarga kaya telah bercadang untuk bekerja sebagai pembantu rumah, pekerjaan yang disangka sesenang mengopek kulit kacang! Menyamar dengan identiti orang gajinya sendiri iaitu Syaminah Kadir, Minn Alia membuat tipu helah mendapatkan kerja menjadi orang gaji di Vila Cahaya, rumah

Tengku Arshad sekeluarga. Di Vila Cahaya, Minn Alia belajar menjadi orang gaji sebenar. Ada Kak Nur sebagai teman, Tengku Arshad majikan yang jarang dilihat, dan Syakirul Hafiz anak majikan yang berlagak hebat sehingga membuat Minn terpening sendiri! Kadang-kadang tingkah Syakirul bersyak wasangka Minn Alia membuat

Masinnya awak goreng telur ni? Apesal hitam sangat? Syak Pasal saya letak kicap lebihlah. Kan ke Encik Syak suka letak kicap dalam telur? Minn Orang gaji tak reti nak masak? Lalu bagaimanakah akhir kisah mereka berdua? Mampukah Minn Alia kekal berpura-pura menjadi pembantu rumah keluarga Tengku Arshad sedangkan perasaan cinta sudah mula bersemi antara mereka? Saat identiti Minn Alia terbongkar, mampukah Syakirul memaafkan gadis yang telah mendapat tempat di hatinya? I was so wrong, Im sorry. Minn Alia say sorry, is it okay? soal Minn Alia sebak. Kuli Rumah Untuk Dia, kisah si gadis troublemaker yang memeningkan kepala mencari kebahagiaan hakiki miliknya.

Kalau dia cintakan Syaminah, kenapa dia tak dapat terima kau sebagai Minn Alia? Syuhada For Gods sake Syuh, he claimed for a better girl to be his wife! You knew that! Minn Alia Aku bukan Ratu Balqish dan kau bukan Raja Sulaiman. namun tetap takdir indah teratur agar kita bisa mengutip cinta-cinta yang tersulam. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan KULI RUMAH UNTUK DIA di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337/6337 Faks:- 03-4149 7337