Anda di halaman 1dari 6

Interkasi = Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama

lain. Interaksi juga bermaksud tindak balas antara dua atau beberapa pihak.

Persamaan dan perbezaan antara tamadun 1. Teologi 2. Etika a) Pendidikan b) Ekonomi c) Keluarga d) Komuniti e) Alam sekitar f) Kesihatan 3. Politik dan kerajaan a) Tamadun Islam b) Tamadun awal melayu c) Tamadun Cina 4. Institusi keagamaan A. Teologi (agama) persamaan i. Semua agama menekankan konsep ketuhanan. Cth:agama Islam, Kristian dan Hindusisme percaya konsep monoteisme ii. Semua agama mempunyai doktrin dan amalan tertentu iii. Yahudi, Kristian dan Islam beberapa aspek-aspek tertentu sama seperti konsep syurga, hari pembalasan dll iv. Beberapa aspek konsep buddhisme dan hinduisme sama seperti kelahiran semula dan karma. Perbeezaan i. ii. iii. Manifestasi ketuhanan yang berbeza konsep monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbeza Beberapa aspek tertentu. Contohnya,perbezaan antara Hindu dengan Buddhisme,seperti konsep reinkarnasi atau perjelmaan semula. Manifestasi konsep kenabian,amalan(ibadah) dan konsep hari pembalasan berbeza.

B. Etika a. pendidikan Persamaan i. Pendidikan sebagai pembentukan peribadi(Character building).tugas pengembagan ilmu suatu yang mulia. Kesedaran ini menjadi satu inner being diberi kepentingan

dalam konsep pendidikan Islam,Kristian,Hindu dll. Transformasi dalaman perlu didahulukan. Perbezaan i. Cara transformasi dan elemen yang diutamakan. Contoh:Islam- tauhid peranan penting dalam transformasi manusia. Hindu dan Buddha transformasi sifat dicapai melalaui proses mencari diri sendiri(self discovery) b. Ekonomi Persamaan Kegiatan ekonomi traditional berlaku dalam konteks moral semesta (universal moral) i. Buddha ajaran jalan lapan lapis ii. Islam konsep halal haram berhubung rapat dengan akhlak iii. Tamadun Cina falsafah konfusianisme member perhatian terhadap golongan petani dan pandang rendah golongan pedagang yang dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan. iv. Tamadun Eropah zaman pertangahan dipengaruhi ajaran Kristian seperti larangan riba, rasuah, penipuan dll. Perbezaan Penipuan, rasuah dll tidak dinafikan terdapat dalam tamadun moden. Yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dengan zaman moden ialah kayu pengukur. c. Keluarga Keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat dihayati oleh tamadun tradisional. i. Tamadun cina Ajaran Confucius tekankan hubungan kasih sayang yang mewujudkan kententeraman dan harmoni dalam masyarakat. 3 dari konsep wu lun (lima hubungan) ialah hubungan yang penting dalam keluarga iaitu hubugan bapa-anak,abang-adik dan suami isteri. Kesetiaan anak kepada bapa = rakyat terhadap maharaja. Amalan menyembah nenek moyang dilahir dari konsep ini. ii. Tamadun melayu. Hubungan anak dengan ibu bapa berasaskan hak dan tanggungjawab. Masing-masing mempunyai hak dan tanggungajawab yang digariskan dalam Islam. Keredhaan ibu bapa dikunci keredhaan Allah. Kriteria memilih pasangan ditetapkan untuk keharmonian keluarga. iii. Tamadun india Keluarga juga unit penting Pembinaan keluarga bermatlamat mambuat sistem sokongan fizikal dan rohani disamping penerusan zuriat.

Ikatan kasih sayang amat penting. d. Komuniti Komuniti atau masyarakat unit penting. Identity individu (pemikiran,pandangan semesta,sikap, perilaku dll) kait rapat dengan komuniti. Identity individu cerminnya komuniti. Lazimnya dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan, nilay moral dan juga bersumberkan agama dan adat resam. i. Tamadun melayu Wujud hubungan berdasarkan ikatan kerabatan, agama dan kemanusian (termasuk bukan Islam ) Konsep ummah melampaui batasan bangsa, warna kulit atau geografi. Kasih sayang dan bertolak ansur ditekankan untuk wujudkan persaudaraan dan perpaduan. Peranan dan fungsi wanita diletakkan sesuai dengan fitrah dan sifat semulajadi wanita, berbeza dengan pandangan barat yang meletakkan ia sama dengan taraf lelaki. Turut mengiktiraf kedudukan dan hak wanita seperti pemilikan harta dan pencarian ilmu. Berbeza dengan tamdun India Awal amalkan sutti. Prinsip egalitarian tidak menerima wujud perhambaan. Tiada perbezaan kecuali takwa. ii. Tamadun Cina Dipengaruhi sistem kekekluargaan Cina berasaskan kuasa lelaki dan bapa. Sistem kekeluargaan beraasaskan hubungan darah. Sistem kelas ditentukan oleh tahap kemahiran dan pendidikan. iii. Tamadun India Peraturan lebih ketat,asaskan sistem kasta yang rigid yang diwarisi dari nenek moyang. Sistem kasta pengaruhi bidang ekonomi, politik dan social perundangan. Hubungan sesama anggota dalam komuniti ditekankan oleh konsep Dharma. e. Alam sekitar Anugerah tuhan Manusia sebagai penjaga f. Kesihatan Kesihatan dipengaruhi alam sekitar. Segala yang wujud saling berhubungan. Mengubati penyakit memulihkan proses keseimbangan. C. Politik dan kerajaan Falsafah tamadun tradisional tekankan morality atau akhlak sebagai asas kerajaan. i. Tamadun melayu Politik dan agama tidak boleh dipisahkan.

Prinsip pemerintahan keadilan, wasatiyyah ,syurga dll ii. Tamadun Cina Ajaran Confucius beri panduan dalam hubungan antara pemerintah dan rakyat. Raja perlu baik moralnya. Tidak anjur menentang raja yang tidak bermoral tetapi akan ditarik oleh Tien ( Maha Agung) melalui pelbagai bala bencana seperti banjir ,perang dll. D. Institusi agama Wujud institusi keagamaan Berperanaan dalam masyarakat sebagai pusat agama,social,ekonomi,politik dan pendidikan. Contoh: i. Tamadun islam masjid = pusat ibadah, ekonomi, pentadbiran, ilmu dan social. ii. Tamadun barat gereja = pusat ibadah ,social dan ilmu. iii. Tamadun Hindu dan Buddha kuil,pringkat awal turut berfungsi pusat pendidikan ilmu keagamaan Golongan Brahmin, terpelajar dan berperanan sebarkan ilmu. Bagi kuil Buddha hal sama berlaku, sami-sami yang fasih bahasa Pali dan Sanskrit sembar rakayat memahami ajaran Buddha.

Contoh-contoh interaksi dalam sejarah 1. Interaksi antara tamadun Melayu dengan Tamadun India i. Bahasa Dalam bidang bahasa Melayu kemasukan konsep dan idea yang baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsure pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan Tamil. Contohnya: a. Pinjaman bahasa Sanskrit Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat: Bhumi bumi Bheda beda/beza Bhasa bahasa Vokal /a/ dalam suku kata pertama diganti dengan e pepet : Nagaram negara Danda denda Vokal e pepet disisipkan di tempat gugus konsonan. Putrah putera Cakram cakera Konsonan sengau/nasal disisipkan antara vocal Upama Umpama b. Pinjaman bahasa tamil Ciri-ciri penyesesuaian juga berlaku ke atas pinjaman bahasa tamil iaitu konsonan retrofleks, cirri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan, contohnya : Kappal kapal ii. Kesenian Senitari Seni binaan seperti masjid India, semua kubah ke atas merujuk kepada tuhan yang Esa. iii. Kesusasteraan Wayang kulit Cerita hikayat seri rama, pendawa Lima 2. Interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina i. Bahasa Pengaruh tamadun Cina ke dalam tamadun melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu . Contohnya : 1. Makanan dan buah-buahan Mesua,cincau,kueh,kuaci,tauhu,laici,bihun 2. Pakaian dan barang Angklong, candu,kaci dagangan 3. Permainan Congkak,mahjong Budaya dan Kesenian Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap

semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. ii. Kesenian Senibina Cina dalam pembinaan masjid seperti masjid Tanjung Kling, Masjid Tengkere seperti pagoda. Seni kaligrafi lukisan cat minyak dll 3. Interaksi antara Tamadun India dan tamadun Cina i. Bahasa Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit dipelajari melalui ajaran Buddhisme. ii. Kesenian alat muzik Cina yang berasal dari India : pipa dan konghou iii. Kesusasteraan Kitab Buddha juga membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusteraan Cina perbendaharaan kata, tema, gaya den genre. 4. Interaksi antara Tamadun Cina dengan Tamadun Jepun i. Bahasa Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (HIragama Kalakana) ii. Kesenian Struktur pembinaan Bandar Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. iii. Kesusasteraan Upacara seperti upacara meminum teh dan seni taman.

Anda mungkin juga menyukai