Anda di halaman 1dari 13

1

1.0 Pendahuluan
Undang-undang Tort adalah merangkumi soal tuntutan dan dakwaan berkaitan kerugian,
kecederaan dan kesakitan. Peranan undang-undang Tort adalah untuk menentukan persoalan
lialibiliti dan gantirugi yang dituntut dalam kesalahan sivil. Tort adalah salah satu daripada
cabang undang-undang sivil yang menetapkan tindakan undang-undang yang boleh diambil ke
atas mereka yang melakukan perbuatan atau kecuaian bagi mendapatkan gantirugi yang tidak
tentu jumlahnya.
Undang undang tort juga terdapat dalam Islam dan ia bukannya suatu yang asing tetapi ia
sudah wujud untuk sekian lama. Ini kerana mungkin ia tidak dinamakan secara khusus bahawa
perbuatan tersebut dianggap sebagai tort seperti yang kita ketahui hari ini. Namun matlamatnya
adalah sama, iaitu untuk memelihara apa-apa hak yang melibatkan individu. Oleh itu apabila
berlaku perbuatan salah laku ke atas mana-mana hak individu maka individu itu boleh menuntut
diyah atau pampasan kepada pihak tersebut.
2.0 Undang-undang Tort (Islam)
Undang-undang tort Islam bukanlah suatu yang asing kerana ia sudah wujud sejak zaman dahulu
sebelum tort mula diperkenalkan, namun pengertian tort pada masa itu dilihat pebagai dan ia
membawa erti yang sama bahawa salah laku yang berlaku adalah melibatkan hak-hak individu.
Dari segi bahasa tort bermaksud kesalahan, namun perkataan kesalahan mempunyai
maksud yang luas daripada apa yang dikehendaki oleh perkataan tort. Di mana dikatakan bahawa
semua tort adalah kesalahan tetapi tidak semua kesalahan itu adalah tort. ini mengkin kesalahan
itu merupakan kesalahan yang terletak di bawah undang-undang kontrak, jenayah, keluarga dan
sebagainya. Dari segi bahasa arab pula tort dilihat sama pengertiannya dengan perkataan darar .
definisi umum tort (darar) ialah perbuatan yang memudaratkan atau perbuatan salah laku yang
boleh memudaratkan orang lain.
1



1
Abdul Basir Mohamad, Undang-undang Tort Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur: 2009,
hlm. 1.
2

Definisi tort menurut syarak mengandungi pelbagai pengertian seperti yang dinyatakan
oleh ulama- ulama seperti berikut:
2

Al-Jurjani: Merupakan tiap-tiap perbuatan yang dilarang yang mengakibatkan
kemudaratan ke atas diri atau lain-lainnya.
Imam al-Sarakhsi: Jenayah adalah nama bagi perbuatan yang diharamkan oleh syarak,
sama ada berkaitan harta benda atau diri.
Ibn Qayyim: Tiap-tiap perbuatan yang diharamkan oleh syarak sama ada berkaitan
dengan diri, harta benda dan maruah.
Sayyid Sabiq: Sama seperti pengertian Jenayah yang merangkumi segala bentuk
perbuatan atau tinggalan salah yang bertentangan dengan syarak sama ada terhadap tubuh
badan dan sebagainya. Oleh itu tort merupakan segala tindakan iaitu setiap perbuatan
yang syarak menegah dan menghalang daripada melakukannya kerana perbuatan tersebut
mendatangkan bahaya yang nyata kepada agama, jiwa akal, harga diri dan harta benda.
Al-Baijuri : Tort sebagai siyal iaitu serangan atau serbuan terhadap diri, harta benda,
nama baik dan sebagainya.
Ibn Juzayy: Tort disamaertikan dengan taaddi yang bermaksud pencerobohan atau
pelanggaran yang menjurus kepada mana-mana kesalahan terhadap diri, nyawa, harta
benda dan sebagainya.
Terdapat pelbagai pengertian yang telah diberikan oleh ulama-ulama seperti yang telah
dinyatakan namun ulama Islam cenderung menyamakan perkataan tort dengan Jinayah. Walau
bagaimanapun istilah tort hanya terpakai apabila jinayah itu berkaitan dengan slah laku yang
berkaitan dengan hak manusia dan bukannya hak Allah. Justeru itu untuk menentukan sama ada
perbuatan slah itu kesalahan jenayah atau perbuatan yang memudaratkan (fil darr) atau istilah
yang digunakan masa kini tort, ia bergantung kepada jenis tanggungan. Sebagai contoh, jika
pesalah dikenakan hukuman jenayah, maka ia adalah keslahan jenayah, jika sebaliknya ia adalah
fil darr (tort). Ini bermaksud apabila pesalah bertanggungan membayar pampasan atau ganti

2
Anna Haryati Ramedan, Undang-undang Tort Perbandingan AA2062, t.pt, t.tp: t.th, hlm. 48.
3

rugi kepada mangsa, maka ia adalah tanggungan sivil termasu di bawah fil darr (tort) dan
jika dihukum penjara, sebat ia adalah kesalahan jenayah.
3

Oleh itu perbezaan antara kesalahan jenayah dan tort Islam agak sukar dilihat kerana
ulama Islam menggabungkan hak individu dan hak awam dalam sesuatu perkara. Justeru itu
ujian digunakan dengan melihat kepada siapa undang-undang memberi pampasan sama ada
individu atau awam. Jika pampasan itu diberikan kepada individu maka ia adalah tort dan jika
kepada awam maka ia adalah jenayah.
2.1 Tort Kecuaian (Islam)
p 4O> /^4^ _O44O;OE4C _O>4N 4`
eCO O) ULE_ *.- p)4 eL7
=}g 4@OgCOO-
4

Maksudnya:
(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: sungguh besar
sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah, dan
aku telah menjadi dari orang yang sungguh memperolok-olokkan (Agama Allah dan penganut-
penganutnya)
5

Ayat tersebut menunjukkan pengertian kecuaian atau kurang berhati-hati, iaitu seseorang telah
gagal melakukan suatu tindakan yang sepatutnya dilakukan.
Perkataan kecuaian dalam bahasa arab iaitu al-tafrit seperti yang dinyatakan di dalam
Surah al-Zumar di atas, al-taqsir atau al-ihmal yang bermaksud cuai atau kurang berhati-hati.
Manakala menurut Istilah kecuaian ialah sikap kurang berhati-hati semasa seseorang itu perlu
berjaga-jaga agar tidak menyebabkan kecatatan atau kerosakan.

3
ibid, hlm. 49.
4
al-Quran, al-Zumar 39: 56.
5
Semua terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada
Pengertian al-Quran, Edisi ke-11, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2000). [Semua terjemahan
ayat al-Quran dalam tulisan ini dibuat oleh penulis kecuali kalau dinyatakan sebaliknya.]
4

Oleh itu kecuaian juga boleh dikatakan seperti keadaan apabila wujudnya taaddi iaitu
pelanggaran kewajipan atau perbuatan yang tidak harus di sisi syarak dan wujudnya dharar
akibat taaddi tersebut. Terdapat beberapa elemen kecuaian menurut Islam yang boleh menjadi
panduan untuk menentukan sama ada sesuatu tuntutan itu berjaya atau tidak. Elemen-elemen
kecuaian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
6

Wujudnya kewajipan berjaga-jaga ( konsep al-Taharruz)
Berlaku pelanggaran tugas berhati-hati (taaddi)
Mengakibatkan kerosakan ( darar disebabkan taaddi)
Kecuaian merupakan akibat daripada perbuatan seseorang yang tidak berniat untuk
mewujudkan akibat tersebut tetapi terjadi hasil daripada kelalaian atau kealpaannya. Akibat itu
sebenarnya boleh diramalkan atau dijangkakan. Namun, oleh sebab tahap kewajipan berhati-hati
tidak dilaksanakan sebaiknya maka berlaku kemalangan atau kemudaratan kepada pihak lain.
Akibat yang wujud daripada perbuatan cuai boleh dikategorikan sebagai tersalah atau tidak
sengaja. Oleh itu, jika perbuatan tersebut melibatkan kecederaan atau kematian orang lain, maka
kes tersebut boleh diletakkan di bawah kesalahan tidak sengaja. Sebaliknya, jika kes tersebut
menyebabkan harta benda orang lain yang rosak, maka pihak yang cuai itu boleh dibebankan
dengan tanggungan pembayaran pampasan.
7

3.0 Undang-undang Tort di Malaysia (Sivil)
Tidak seperti kebanyakan undang-undang lain di Malaysia yang menggunakan peruntukan statut sebagai sumber
utama, prinsip undang-undang tort boleh dilihat dalam common law Inggeris dan keputusan-keputusan
mahkamah atau judicial president . Cabang-cabang dalam undang-undang ini terus berkembang dengan
mahkamah-mahkamah di negara ini telah cuba menyesuaikan pemakaian common law pada situasi di negara kita
yang sedikit berbeza dari negara asal common law ini berkembang. Undang-undang tort pada asasnya bertujuan
memberikan remedi kepada mereka yang tercedera atau kerugian akibat perbuatan orang lain.
Dalam banyak hal, undang-undang tort ini adalah bertindihan dengan undang-undang jenayah. Misalnya
dalam kes perlanggaran kereta, pesalah akan dikenakan hukuman di bawah akta yang berkaitan berdasarkan jenis
kesalahan yang dilakukan. Pesalah boleh dikenakan hukuman denda, penjara atau gantung sehingga mati jika

6
Anna Haryati Ramedan, Undang-undang Tort Perbandingan AA2062, t.tp: t.th, hlm. 56.
7
Abdul Basir Mohamad, Undang-undang Tort Islam, Kuala Lumpur: 2009, hlm. 381.
5

mangsa mati dan pendakwa dapat membuktikan bahawa pesalah bersalah mengikut seksyen yang tertentu.
Namun, hukuman-hukuman ini tidak dapat membantu mangsa dari segi memulihkan diri dari kerugian yang
dialami. Dalam kata lain, undang-undang jenayah tidak dapat membantu mangsa pulih kembali dari kerugian
yang dialami. Oleh itu, mangsa perlu melihat pada cabang-cabang yang ada dalam undang-undang sivil bagi
mendapatkan ganti rugi. Dalam kes perlanggaran kereta seperti diatas, undang-undang tort adalah berkaitan. Apa
yang perlu dibuat oleh mangsa adalah menyaman pesalah dan membuktikan di mahkamah bahawa kemalangan
adalah berlaku akibat dari kecuaian (undang-undang tort kecuaian terpakai ) pesalah.Oleh itu kerugian yang di
alami oleh mangsa hendaklah di tanggung oleh pesalah. Tanggungan (liability) tort boleh wujud dengan
penguatkuasaan undang-undang semata-mata.
Terdapat undang-undang yang melarang seseorang dari memfitnah, cuai dijalanraya, menceroboh harta
benda dan sebagainya. Akibat dari perlanggaran undang-undang ini, maka mereka yang melanggarnya bukan
sahaja boleh dikenakan hukuman di bawah undang-undang jenayah, mereka juga boleh dituntut di bawah
undang-undang sivi iaitu di bawah undang-undang tort. Berbeza pula dengan undang-undang kontrak yang
merupakan satu lagi cabang undang-undang sivil. Tanggungan di bawah undang-undang kontrak ditentukan di
bawah kontrak yang diikat oleh pihak-pihak di dalam kontrak itu. Remedi dalam tort adalah bertujuan
mengurangkan kerosakan atau kerugian yang dialami. Ianya dicapai dalam dua cara iaitu yang pertama
menerusi injunksi. Injunksi membolehkan pihak-pihak yang tertentu menghalang pihak yang satu lagi
meneruskan tindakan mereka yang mendatangkan kerugian atau kerosakan kepada mereka. Apabila satu perintah
injunksi dikeluarkan oleh mahkamah, maka pihak yang dikenakan injunksi wajib memberhentikan tindakan
mereka sehingga perintah tersebut dibatalkan menerusi satu prosiding mahkamah yang lain. Perintah injunksi
adalah satu remedi yang sering dipohon dalam kes-kes kacau ganggu (nuisance).Cara kedua adalah menerusi
pampasan atau relief spesifik yang bertujuan membuatkan pihak yang bertanggungjawab menukar sikap
mereka agar tidak terus membuat perbuatan yang menyakitkan atau merugikan orang lain. Kos ekonomi yang
dialami seperti membayar kerugian am dan spesifik serta kos guaman diharap dapat memberi kesan kepada pihak
terbabit agar berhati-hati dan tidak membuat sesuatu yang memudaratkan kepada masyarakat.
8


3.1 Tort kecuaian
Kecuaian biasanya merujuk kepada dua perkara yang berbeza. Pertama merujuk kepada
kedudukan pemikiran seseorang kepada seseorang pada sesuatu ketika yang tertentu yang

8
Electronic Sources: http://www.scribd.com/doc/53723162/Undang-Undang-Tort-Di-Malaysia . (11
November 2011).
6

bermaksud kecuaian. Yang kedua, kecuaian adalah nama bagi tort biasa.
9
Menurut Rogers,
W.V.H, (1994) kecuaian atau negligence sebagai tort adalah perlanggaran kewajipan undang-
undang untuk berjaga-jaga oleh defendan yang mengakibatkan kerosakan yang tidak diingini
kepada plaintif.
10
Bagi membuktikan wujudnya kecuaian sebagai satu tort, plaintif mestilah
secara amnya menunjukkan yang defendan telah bertindak sepertimana yang tidak akan
dilakukan oleh orang yang munasabah, atau defendan tidak bertindak sepertimana yang akan
dilakukan oleh orang yang munsabah.
Unsur utama tort kecuaian ialah (a) kewajipan yang sedia ada, (b) kegagalan untuk
mematuhi tahap berjaga-jaga yang dikehendaki, dengan kata lain, kemungkinan terhadap
kewajipan itu, (c) Kecederaan berakibat daripada kemungkiran itu, (d) hubungan yang agak rapat
antara kemungkiran dengan kecederaan.
11


1) Kewajipan berjaga-jaga : Unsur ini bermaksud satu obligasi atau satu beban yang dikenakan
oleh undang-undang yang menghendaki seseorang untuk mematuhi tahap kelakuan yang
tertentu. Kewujudan kewajipan sedemikian dalam beberapa keadaan yang tertentu telah
menyebabkan wujudnya sesuatu yang dalam undang-undang tort dikenali sebagai situasi
kewajipan.
12


2 Kegagalan untuk mematuhi tahap berjaga-jaga yang dikehendaki.
13
; Iaitu apabila berlaku
kemungkiran kerana gagal mencapai tahap berjaga-jaga yang munasabah.

3) Kecederaan atau kerosakan : Kemungkiran yang dilakukan oleh defendan mestilah dengan
teruk menjejaskan kepentingan plaintif yang terlindung disisi undang-undang. Perkara yang
membentuk kepentingan yang terlindung disisi undang-undang mungkin bukan sesuatu
perkara yang mudah untuk ditentukan dalam sesuatu kes.
14



9
Salleh Buang, Law of Negligence, Central Law Book Corporation, Kuala Lumpur, 1993, Ed.2, hlm.1.
10
Electronic Sources: http://www.scribd.com/doc/48141773/legal-zazlinzahira (11 November 2011)
11
Salleh Buang, Law of Negligence, hlm. 2.
12
ibid, hlm. 2.
13
ibid, hlm. 4.
14
ibid, hlm. 5.
7

4) Kerosakan luar duga : Plaintif perlu membuktikan, dalam tindakannya berdasarkan pada
kecuaian defendan , bahawa terdapat hubungan yang agak rapat antara kemungkiran defendan
dengan kecederaan yang dialami plaintif. Dengan kata lain kecederaan yang dialami oleh plaintif
tidak terlalu di luar duga.
15


3.1.1 Kecuaian dalam pendidikan

Kecuai an dal am bi dang pendidikan boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu
kecuaian guru dan kecuaian pendidikan.
Kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga daripada segi
undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Biasanya kecuaian guru dikaitkan
dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar.
Kecuaian pendidikan pula merujuk kepada kegagalan guru mendidik pelajar. Ada
beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar memperoleh atau menguasai kemahiran
dalam pendidikan. Namun dalam banyak situasi, usaha membuktikan sesuatu kecederaan intelek
berpunca daripada guru yang kurang baik adalah amat menyukarkan. Justeru 99% guru-guru
tidak perlu bimbang kerana guru yang bimbang ialah guru yang tidak cekap dan tidak
menghiraukan murid dalam jagaan mereka.
16
Contohnya dalam sebuah kelas yang terdiri
daripada 30 orang pelajar, hanya 6 orang pelajar mendapat 8A dalam Peperiksaan Menengah
Rendah. Jika dilihat dari segi kecuaian adakah semua guru mata pelajaran gagal dalam mendidik
pelajar tersebut?

Merujuk kepada istilah in loco parentis yang membawa maksud ganti ibubapa, pengetua,
guru besar dan guru perlu memikul tanggungjawab yang besar terhadap pelajar. Tanggungjawab
ini perlu dipikul oleh pihak sekolah selagi mana pelajar-pelajar tersebut berada di dalam kawasan
pagar sekolah sehingga tanggungjawab tersebut diambil alih oleh ibubapa. Tanggungjawab
melindungi pelajar ini disebut sebagai the duty of care iaitu tanggungjawab melindungi pelajar
daripada risiko yang dijangka mendatangkan mudarat termasuk melakukan atau tidak melakukan

15
ibid, hlm. 8.
16
Azman Adnan, 2008, Electronic Sources: azman2020.blogspot.com/2008/06/tort-dan-kecuaian-
negligence.html, (11 November 2011).
8

sesuatu yang dilihat mendatangkan kecederaan kepada pelajar. Meninggalkan pelajar tanpa
kawalan boleh mendedahkan sekolah terutamanya guru kepada tindakan mahkamah.
Tanggungjawab ini berbeza mengikut situasi dan bergantung kepada beberapa faktor
iaitu: (1) bilangan pelajar yang diselia, (2) keadaan aktiviti yang dijalankan (merbahaya atau
tidak), (3) umur, kemahiran dan tanggungjawab, (4) alatan yang digunakan, (5) keadaan fizikal
sekolah.
17

Asas bagi menentukan kecuaian dalam tort merujuk kepada reasonable man. Apa yang
akan dilakukan oleh manusia yang waras (reasonable man) dalam masa dan keadaan berkenaan.
Tee Fatt Hee dalam bukunya Undang-undang Pendidikan di Malaysia (2002) menyatakan
terdapat 4 elemen penting yang perlu wujud sebelum seseorang guru itu boleh didakwa oleh
pihak pendakwa iaitu :
(i) terdapat elemen berjaga-jaga seperti arahan yang diberikan oleh pengetua kepada
guru bagi mengajar sesuatu pada suatu masa (duty to take care)
(ii) tanggungjawab itu tidak dipatuhi dan guru meninggalkan kelas untuk berehat
menyebabkan pelajar bertumbuk (breach of duty)
(iii) akibat daripada pelanggaran tanggungjawab tadi, pelajar cedera di muka dan
mengalami kerugian (injury to pupils)
(iv) terdapat kaitan yang rapat di antara tingkah laku defendan dan kecederaan yang
dialami plaintif (proximate cause)
Selain itu terdapat juga asas untuk menolak dakwaan cuai iaitu :
(i) foreseeable risk : sejauhmana sesuatu kecuaian telah dilakukan oleh guru
(ii) contributory negligence : keadaan di mana plaintif sendiri cuai dalam melakukan
sesuatu perkara atau tindakan.
(iii) assumption of risk : risiko yang bakal dialami dan diambil oleh plaintif di mana
plaintif mempunyai pilihan untuk tidak mengambil risiko yang dinyatakan.
18


Pecahan kecuaian pendidikan daripada topik utama kecuaian seperti yang telah dihuraikan di
atas, boleh difahami dengan lebih jelas melalui kes seperti yang dinyatakan berikut:


17
Electronic Sources: http://www.scribd.com/doc/48141773/legal-zazlinzahira (11 November 2011).
18
ibid.
9



3.1.2 Kes
Kes Zazlin Zahira Kamarulzaman lwn. Louis Marie Ambrose & ors
(1994) 4 CLJ 637
19


Dalam kes Zazlin Zahira Hj. Kamarulzaman (seoarang budak) menuntut melalui bapa dan
penjaganya Hj. Kamarulzaman bin Mohd. Ali melawan Louis Marie Neube Rt. Ambrose A/L
Ambrose dan 2 lagi. Plaintif kedua telah menamakan tiga orang defendan iaitu Louis Marie
sebagai guru darjah semasa kejadian berlaku, defendan kedua, guru besar sekolah di mana
kejadian berlaku dan defendan ketiga Kerajaan Malaysia iaitu majikan kepada defendan pertama
dan kedua. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur oleh Datuk Hj.
Mokhtar bin Hj. Sidin H. pada tahun 1994. Defendan pertama merupakan guru muzik di sebuah
sekolah manakala plaintif merupakan budak tahun satu di sekolah tersebut.
20

Pada 19 Mac 1985, iaitu hari kejadian, defendan pertama telah mengajar muzik
bertajuk gerabak keretapi kepada murid-murid di kelasnya termasuk plaintif. Murid-murid
diarah membuat beberapa pergerakan mengikut rentak muzik termasuklah memasukkan bangku
tempat duduk di bawah meja tulis masing-masing dan seterusnya bergerak seperti sebuah
gerabak keretapi mengelilingi bilik darjah berkenaan. Keterangan menunjukkan bahawa
sebelum memulakan pergerakan tersebut defendan pertama telah mengingatkan murid-murid
supaya jangan tolak-menolak, berlari ataupun keluar dari barisan. Plaintif telah terjatuh semasa
membuat pergerakan tersebut menyebabkan tangan kanannya patah dan menuntut gantirugi atas
kecederaan tersebut melalui bapanya (plaintif kedua). Menurut defendan, plaintif telah keluar
dari barisan dan berlari dalam pusingan pertama. Defendan menegur plaintif supaya tidak berlari.
Apabila plaintif hendak masuk dalam barisan semula, plaintif telah jatuh dan mengakibatkan
kecederaan tersebut.Merujuk kepada kes yang dibincangkan di atas, terdapat beberapa isu yang
timbul, iaitu samada defendan pertama mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif dan

19
ibid.
20
Electronic Sources: http://www.scribd.com/doc/48141773/legal-zazlinzahira (11 November 2011).
10

jika demikian dalam keadaan kes ini, samada kecederaan tersebut disebabkan oleh kecuaian
defendan pertama dalam menyelia dan mengendalikan kelas muzik berkenaan.
21

Merujuk kepada kes yang dibincangkan di atas, terdapat beberapa isu yang timbul, iaitu
samada defendan pertama mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif dan jika
demikian dalam keadaan kes ini, samada kecederaan tersebut disebabkan oleh kecuaian defendan
pertama dalam menyelia dan mengendalikan kelas muzik berkenaan. Disebabkan kes ini
dibincangkan di bawah undang-undang tort, maka ia bolehdibuktikan menggunakan empat
elemen yang telah dibincangkan di atas.
22

Kewajipan berjaga-jaga
Merujuk kepada kes ini, defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga kerana defendan sedang
mengendalikan kelas plaintif dan merupakan orang yang terdekat dengan plaintif pada waktu
tersebut. Seperti yang telah dinyatakan, defendan pertama sedang mengajar muzik bertajuk
gerabak keretapi semasa kejadian berlaku. Ini bererti bahawa defendan mempunyai kewajipan
berjaga-jaga terhadap plaintif dan perlu bertindak secara munasabah bagi menjaga keselamatan
murid.
23

Kemungkiran kewajipan
Dalam perbicaraan ini tidak dapat dibuktikan bahawa defendan pertama
melanggar tanggungjawab terhadap pelajarnya. Semasa kejadian defendan berada di kelas dan
mengawasi pelajar semasa kejadian berlaku. Kelas yang dikendalikan oleh defendan juga
merupakan sebuah kelas biasa yang tidak memerlukan pengawasan yang luar biasa rapi. Aktiviti
yang dijalankan juga merupakan aktiviti biasa yang tidak menggunakan alatan yang
merbahaya, jadi dalam kes ini kecederaan adalah tidak boleh diramal. Selain itu defendan juga
telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberi arahan supaya pelajar tidak tolak-
menolak, berlari atau keluar dari barisan. Defendan telah menunjukkan bukti yang kukuh bahawa

21
ibid.
22
Electronic Sources: http://www.scribd.com/doc/48141773/legal-zazlinzahira (11 November 2011).
23
ibid.
11

defendan telah menjalankan dan mematuhi tanggungjawabnya terhadap murid-murid dalam
kelas tersebut.
24



Kecederaan murid
Semasa kelas tersebut dijalankan, plaintif telah terjatuh dan tangan kanannya didapati patah.
Lanjutan daripada pembedahan yang telah dijalankan, tangan kanan plaintif menjadi lemah dan
didapati pendek sedikit. Namun begitu semasa kejadian defendan telah bertindak dengan baik
bersama seorang guru lagi untuk membungkus tangan plaintif pertama dengan surat khabar
supaya tidak bengkok. Defendan pertama juga telah menghantar plaintif ke Hospital Besar Kuala
Lumpur dengan arahan defendan kedua.
25

Kaitan yang agak rapat
Dalam kejadian ini plaintif tidak dapat menimbulkan kecuaian terhadap defendan pertama dan
kedua. Plaintif cuma menyebut tentang kecuaian defendan pertama sahaja. Kecuaian tidak dapat
dibuktikan kerana defendan telah memberikan arahan yang jelas kepada murid-murid berkenaan
aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti yangdijalankan juga merupakan suatu aktiviti yang tidak
merbahaya. Namun begitu defendan telah mengingatkan murid-murid supaya tidak tolak-
menolak, berlari atau keluar dari barisan. Kebolehan defendan mengendalikan kelas juga tidak
boleh dipertikai kerana defendan merupakan seorang guru yang terlatih dan telah menghadiri
kursus yang sepatutnya bagi mengajar subjek tersebut. Walaupun terdapat percanggahan
kenyataan antara defendan dan plaintif, hakim berpendapat bahawa ingatan plaintif boleh
dipertikaikan kerana semasa kejadian plaintif berumur 7 tahun tetapi kes tersebut dibicarakan 9
tahun kemudian. Dengan itu hakim membuat kesimpulan plaintif pertama tidak ingat arahan
yang dibuat oleh defendan ataupun tidak mendengar arahan yang diberikan kerana
keghairahannya mengambil bahagian dalam kelas muzik tersebut.
26


24
ibid.
25
ibid.
26
Electronic Sources: http://www.scribd.com/doc/48141773/legal-zazlinzahira (11 November 2011).
12

Setelah penghakiman dibuat, hakim berpendapat diatas imbangan kebarangkalian defendan telah
memberikan arahan yang sewajarnya. Kes ini telah dimenangi oleh defendan kerana plaintif
gagal mengemukakan bukti yang menunjukkan defendan cuai dalam menjalankan
tugasnya.
27


4.0 Penutup
Undang-undang tort ialah undang-undang yang menguatkuasakan tanggungjawab seseorang
kepada individu lain yang ditetapkan oleh undang-undang. Kepentingan tort adalah untuk
melindungi tubuh badan, harta, kewangan dan reputasi seseorang individu, maka apabila salah
laku atau kecuaian berlaku ke atas perkara-perkara tersebut, mangsa boleh membuat tuntutan.
Tuntutan dibenarkan adalah melihat kepada tujuan undang-undang tort itu sendiri iaitu untuk
memberi pampasan kepada mangsa, mencegah daripada berlakunya kerugian dan meletakkan
mangsa kepada keadaan asal seperti mana sebelum tort itu dilakukan.
Menerusi contoh kes yang dibincangkan berikut, maka dapatlah difahami bahawa
kecuaian boleh dilihat dari aspek kecuaian dalam bidang pendidikan. Kecuaian dari jenis ini
mempunyai elemen-elemen yang tersendiri bagi menentukan sama ada berlaku atau tidak
kecuaian tersebut. Kes zazlin zahira adalah salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan di
bawah kecuaian dalam bidang pendidikan untuk menentukan adakah guru benar-benar
melakukan kecuaian dalam proses pengajarannya. Elemen-elemen utama di dalam kecuaian di
uji satu per satu yang bertujuan untuk melihat adakah guru sebenarnya yang telah melakukan
kecuaian atau sebaliknya.
Oleh itu untuk mengelakkan kecuaian dalam bidang pendidikan, guru-guru hendaklah
memainkan peranan yang penting iaitu mematuhi kewajipan berjaga-jaga bagi mengajar sesuatu
dalam satu-satu masa. Ini adalah kerana dengan kecuaian guru meninggalkan kewajipan berjaga-
jaga mungkin akan menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada murid yang mungkin akan
menyebabkan guru itu didakwa.

27
ibid.
13









5.0 Rujukan

Al-quran

Abdul Basir Mohamad. 2009. Undang-undang Tort Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anna Haryati Ramedan. T.th. Undang-undang Tort Perbandingan AA2062. t.tp: t.pt.

Azman Adnan, 2008, Electronic Sources: azman2020.blogspot.com/2008/06/tort-dan-kecuaian-
negligence.html, (11 November 2011).

Electronic Sources: http://www.scribd.com/doc/48141773/legal-zazlinzahira (11 November 2011).

Electronic Sources: http://www.scribd.com/doc/53723162/Undang-Undang-Tort-Di-Malaysia . (11
November 2011).

Salleh Buang. 1993. Law of Negligence. Ed. 2. Kuala Lumpur: Central Law Book Corporation.

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman . 2000. Edisi ke-11. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.