Anda di halaman 1dari 10

Sejarah Tembikar Malaysia Sejarah telah membuktikan bahawa seni tembikar ialah hasil pertukangan yang paling awal

wal dikesan dalam perkembangan tamadun manusia. Tembikar dicipta bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan harian dan keperluan rohaniah. Tembikar mula digunakan di negara ini sejak Zaman Neolitik lagi. Ini dibuktikan dengan penemuan di beberapa tempat seperti di Gua Cha (Kelantan), Bukit Tengku Lembu (Perlis), Ulu Tembeling (Pahang) dan Gua Niah (Sarawak). Kegunaan utama tembikar purba ini adalah untuk keperluan seharian seperti memasak dan menyimpan makanan di samping dijadikan bekas untuk mengisi air. Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian Reka corak yang mudah dan ringkas seperti garisan dan lorekan menjadi ragam hias pada permukaan tembikar purba. Peredaran zaman memperlihatkan perubahan di dalam rupa bentuk, ragam hias serta kegunaan tembikar. Motif-motif hiasan yang berunsurkan flora dan fauna, tulisan khat, abstrak serta geometri digubah menjadi hiasan menarik pada permukaan tembikar. Perubahan ini menjadikan tembikar bukan sahaja dapat memenuhi keperluan harian tetapi juga sesuai dijadikan sebagai hiasan dalaman untuk ruang rumah, dan ruang pejabat.

Pengenalan Tembikar Malaysia Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur. Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional yang paling terkenal di Malaysia.

Kawasan-kawasan yang mempunyai penghasilan tembikar ; 1. Sayong, Kuala Kangsar, Perak 2. Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan 3. Pulau Tiga, Parit, Perak 4. Kg.Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang 5. Kuching, Sarawak 6. Sunagi Dua, Seberang Prai, P.Pinang

Ciri-ciri Tembikar 1. Poros, tidak bersepuh (tidak berkilat) 2. Dibakar dengan suhu yang tinggi 700-800 darjah Celcius. 3. Dibakar dengan teknik pembakaran terbuka. Dibuat dari tanah liat terpilih. 4. Teknikpembentukan tembikar dengan teknik picit. 5. Ragam hias ringkas dan bermotif flora . 6. Tidak menggunakan warna pada tembikar.

JENIS-JENIS TEMBIKAR

1) TEMBIKAR MAMBONG - Terkenal di Kelantan. - Dihasilkan untuk kegunaan harian. - Menggunakan tanah liat yang dicampur dengan sedikit pasir halus dalam proses pembuatan tembikarnya. - Tembikar yang dikeringkan akan berwarna kelabu dan apabila dibakar ia bertukar menjadi kemerahan-merahan. - Ia tidak mempunyai corak kecuali tulang ikan, pucuk rebung dan siku keluang.

2) TEMBIKAR TERENANG - Kendi air bertutup yang diperbuat daripada tanah liat. - Diusahakan di Kampung Pasir Durian, Pahang.

- Bahan utama pembuatannya ialah tanah padi yang berwarna kuning, keras dan berketul yang didapati di celah-celah tanah dan batu. - Hasil terenang berwarna coklat kekuningan.

3) TEMBIKAR BEKAS BARA/PERASAPAN - Digunakan untuk membakar kemenyan dalam upacara pengubatan dan kematian.

4) TEMBIKAR LABU - Bekas air yang berbentuk buah labu, tembikar ini banyak terdapat di Perak . -Tembikar ini mempunyai corak alam sekeliling dan corak geometri.

5) TEMBIKAR JAMBANGAN - Badan berbentuk labu yang ditinggikan seperti tempayan atau buyung berkaki digunakan untuk meletak bunga.

6) TEMBIKAR BUTUNG - Bekas air mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh. - Mempunyai permukaan yang licin dengan tanpa hiasan.

7) TEMBIKAR GELUK - Bekas air yang mempunyai ragam hias yang bermotif kecil dan ringkas

8) TEMBIKAR SARAWAK - Berasal dari China dan diusahakann oleh kaum Cina - Berbentuk tempayan beraneka jenis dan diukir dengan hiasan kepala naga - Banyak digunakan oleh kaum Kelabit di Sarawak untuk menyimpan barang berharga,atau mengisi arak - Menggunakan mesin pemutar/ lempar alin dan acuan

9) TEMBIKAR SAYONG - Tembikar ini diusahakan di Sayong, Kuala Kangsar, Perak - Bentuknya diilhamkan daripada buah labu air - Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil dan menyimpan air - Air yang disimpan dalam labu sayong ini dikatakan dingin, nyaman dan mempunyai khasiat yang tertentu - Ia dihasilkan oleh kaum wanita , menggunakan teknik picitan dan lingkaran - Corak hiasannya berdasarkan alam sekeliling dan rupa geometri

Bentuk Labu Sayong menekankan sifat semula jadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaannya pula menggunakan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga geometri yang harmoni. Labu sayong ini digunakan sebagai bekas minuman, bekas menyimpan air minuman di majlis kenduri, pasu bunga, periuk, perhiasan dan sebagainya. Selain itu ia juga digunakan sebagai hiasan yang direka khas atau sebagai cenderamata. Di Sarawak, kaum etnik menggunakan tembikar sebagai bekas mengisi corak yang dimagangkan serta sebagai alat pengebumian bagi sesetengah suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Jenis-jenis Labu Sayong a) Labu Gelugur Labu yang badanya seperti buah gelugur.

b) Labu Gombol. Labu yang berbadan bulat, berleher panjang dan bergombol serta bermulut kecil. Ia juga dikenali sebagai labu air atau labu awak. c) Labu Tela Labu yang badanya berbentuk labu ketala, berleher tirus ke atas dan bermulut agak luas. Ia juga dikenali sebagai labu ketala.

d) Labu Panai Labu yang berbadan bulat dan sering bermotif garis timbul selari yang tempelkan pada bandannya. e) Labu Lepap Labu yang berbadan bulat dan licin, ada kalanya bercorak garis gores yang melintang, seorang dan panjang, berleher, gombol, bermulut berbesar, dan bertapak rata. Labu lepap juga dikenali sebagai labu lepan. f) Labu Tanah Tembikar pada dasarnya berbentuk buah labu air atau labu manis. Ia juga dikenali sebagai labu asli atau labu kaki. g) Labu Leper Labu yang berbadan leper, berleher panjang dan berbadan bergombol, biasanya dihias dengan motif tumbuhan atau geometri. Ia juga dikenali juga sebagai labu bocong. h) Labu Besar Labu yang berbadan besar dan licin serta bulat, berleher panjang, bermulut sebesar lehernya, berkaki dan bertapak lebar seimbang dengan badannya yang besar. i) Labu Pucung Labu yang berbadan bulat berbentuk seperti buah pucung, buah kepayang atau buah payung, berleher lurus dan bertapak rata. Ia juga dikenali sebagai labu kepayang.

Bahan untuk menghasilkan tembikar 1.Tanah liat Bahan utama untuk membuat tembikar.

Pelbagai jenis tanah liat : tanah liat daripada tanah busut , tanah berhampiran di sungai, tanah sawah , ia berwarna kelabu dan kuning kemerah-merahan.

2.Damar Bahan kemasan tembikar yang berupa getah keras yang digunakan sebagai bahan kalis air. Diperolehi daripada jenis pokok damar laut, dan damar batu.

Alatan yang digunakan dalam penghasilan tembikar a) Ayak Alat ini mempunyai jaring halus yang digunakan untuk menapis serbuk tanah liat dan sepuh (gerlis).

b) Dawai pemotong Alat ini untuk memotong tanah liat semasa menguli untuk memastikan tiada liang udara.

c) Pinggan Tempat membentuk tanah liat yang berfungsi sebagai meja.

d) Penggelek/Papan gelek/pengukur Papan untuk menggelek tanah liat dalam proses membentuk. Kayu pengukur digunakan untuk mendapatkan ketebalan yang dikehendaki, terutama bentuk tapak.

e) Batu sungai Digunakan untuk melicinkan dan mengilatkan permukaan tembikar yang telah siap. Alat ini juga dipanggil sebagai batu licin, batu kali atau batu luru.

f) Pengukir kayu/Kayu tera-Kayu kecil yang kedua-dua hujungnya bermotif,

digunakan untuk membentuk corak dengan menekannya pada tembikar yang tidak begitu keras dan tidak begitu lembut.

g) Span Alat untuk mengemas dan melicinkan permukaan tembikar.

h) Tong Bekas untuk menyimpan tanah liat yang telah diproses. Tong perlu ditutup supaya tanah liat tidak mudah kering.

i) Pengukir besi/Penepik kayu berukir/Pengukir dawai Alat yang digunakan untuk menghias permukaan tembikar dengan cara tekanan ,turisan, menakik atau mengguris .

Proses Penyediaan Tanah Liat

1.Tanah liat dijemur untuk dikeringkan. Asingkan tanah liat dengan bahan-bahan asing seperti sampah, batu , serpihan akar kayu supaya tembikar tidak pecah apabila dibakar.

2.Kemudian ditumbuk menjadi tepung dengan menggunakan lesung kaki lalu diayak.

3.Tepung tanah liat itu diperam dalam pasu berair selama 3 hari sehingga tanah mendap ke dasar pasu.

4.Air dibuang dan mendapan tanah liat yang liut dan lembut dibiarkan pada permukaan keping plaster paris selama beberapa hari.

5.Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat.

6.Tanah liat yang telah diproses disimpan dalam tempayan bertutup atau beg plastik untuk kegunaan kelak.

7.Sebelum membentuk tembikar, tanah liat hendaklah diuli beberapa kali supaya tiada gelembung udara dan batu kecil yang akan meretakkan tembikat ketika dibakar atau pecah.

Teknik Membentuk Tembikar 1.Teknik picit dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah. Teknik ini merupakan teknik yang paling mudah.

2.Teknik lingkaran bahagian tapak disediakan terlebih dahulu. kemudian tanah liat digelek dengan tangan sehingga menjadi lingkaran panjan g seperti silinder dan dilingkar membentuk sebuah tembikar.

3.Teknik kepingan dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang dipotong mengikut saiz tertentu. bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara menyerong 45 darjah bagi tujuan penyambungan. bahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan slip (Lumpur tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat / gam ).

4.Teknik lempar alin/ putaran menggunakan mesin pemutar atau roda pemutar. Tembikar dibentuk semasa melakukan putaran. Bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja .

5.Teknik acuan dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau logam. bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan . digunakan untuk perusahaan komersial.

Kaedah Pembakaran Tembikar 1.Kaedah tradisional tanur dedah menggunakan bahan api seperti sabut, bulu kerin g,pelepah pokok kelapa, kayu dan sebagainya. Teknik pembakaran Pulau Tiga -tembikar didiangkan pada unggun api sehingga benar-benar kering. -kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kehitaman. -sapu damar pada bahagian bawah tembikar yang masih panas supaya kalis air. Teknik pembakaran Sayong -tembikar disalai di atas para dengan mulut menghala kearah api. -kemudian tembikar dimasukkan ke dalam api. -tembikar yang telah dibakar dimasukkan serta merta ke dalam sekam padi untuy menghitamkannya. -bahagian bawah tembikar disapu dengan damar untuk menggelakkannya daripada telap air.

Proses pengeringan dan pembakaran keringkan tembikar sama rata. elakkan tembikar yang sudah kering daripada terkena air. bakar tembikar sehingga kering secukupnya supaya tembikar menjadi pejal, keras dan tidak telap air.

Teknik menghias Tembikar labu dihias sewaktu permukaan tembikar masih dalam keadaan lembut. menggunakan motif geometri dan organic. alat yang digunakan terdiri daripada pengukir kayu atau besi. teknik menghias tembikar : 1. teknik menekan 2. teknik kelar atau teknik guris 3.teknik mengikis dan mengukir

Kemasan dan Persembahan 1. bentuk tembikar seimbang, rata dan kukuh 2. muncung tembikar halus dan tidak serpih 3. tapak tembikar sempurna dan tidak serpih 4. leher tembikar kemas dan bentuknya sesuai serta seimbang 5. ragam hias garisan dan lorek terang dan tersusun ukiran jelas kesan tekanan nyata dan teratur panai dibentuk sekata dan kemas sambungan tampalan corak bunga timbul sesuai dengan keseluruhan bentuk

Pemeliharaan dan Penjagaan pastikan tembikar benar-benar kering sebelum disimpan. tembikar hendaklah diletakkan di tempat yang rata dan selamat sewaktu digunakan. cara mengilap tembikar hendaklah dilakukan secara cermat kerana tembikar mudah pecah.

Anda mungkin juga menyukai