Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Pendidikan Jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing. Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat dinafikan lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama, pendidikan jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.
Kepentingan Dari Segi Kecergasan Fizikal (Psikomotor) Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal. Psikomotor Afektif Kognitif Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa. Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa. Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Oleh itu bagi membina program Pendidikan Jasmani yang akan menjadi amalan se panjang hayat, program yang di rancang haruslah di lihat dapat memberi manaafat sepenuhnya kepada mereka dalam:i. Meningkatkan daya tahan otot ii. Menguatkan sistem kardiovaskular iii. Mengelakan kecederaan iv. Meningkatkan kekuatan badan v. Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan vi. Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan vii.Meningkatkan kesihatan dan mengelakan daripada sebarang penyakit viii.Dapat menjalankan kehidupan seharian dengan baik dan lancar ix. Meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor x. Membantu pengembangan diri individu xi Mempertingkat & mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan & perlakuan motor. Menguasai kemahiran asas pergerakan & permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga tunjang pembelajaran. Senaman sebagai rutin harian secara berterusan Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan & keselamatan semasa
menyertai kegiatan fizikal Membentuk sahsiah & disiplin diri yang sesuai dengan norma masyarakat. Kepentingan Emosi Meningkatkan minat untuk bersukan Menghilangkan stress dan tekanan Menimbulkan perasaan gembira Mengawal emosi Boleh mengenali diri sendiri dan boleh menambahkan keyakinan diri yang tinggi Boleh membuat keputusan dengan bijak Boleh memupuk perasaan sabar Meningkatkan semangat pembelajaran seterusnya Boleh memahami perasaan orang lain Pertumbuhan & Perkembangan Fizikal
Matlamat aktiviti fizikal dalam PJ adalah untuk membina masyarakat PJ membantu perkembangan diri individu Memberi penekanan perkembangan fizikal, mental, sosial, mental & emosi. PJ dapat mengurangkan risiko penyakit kronik & kece deraan. PJ mendatangkan keseronokan dan kepuasan. PJ merangsang untuk menyertai aktiviti rekreasi & bergiat cergas sepanjang hayat. Kepentingan Intelektual Membentuk daya Melahirkan modal Menyihatkan pemikiran yang insan yang celik kesihatan positif akal otak
Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat Dapat membentuk idea-idea yang bernas Dapat berfikir dengan waras Dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir Kepentingan Persekitaran Sosial Pendidikan Jasmani adalah suatu aliran yang dapat membantu dalam pembangunan sosial seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk mencapai matlamat sosial. Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan. Mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar, guru dengan guru dan guru dengan pelajar sentiasa baik Menjalinkan hubungan antara sekolah dengan sekolah yang lain Mewujudkan komunikasi yang positif Meningkatkan kualiti hidup Mewujudkan persekitaran yang sihat Menggalakan masyarakat untuk menyertai aktiviti rekreasi Menggalakan gaya hidup sihat Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan Mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti bersukan
Membantu
membina
hubungan
yang
sihat
Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid. Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya. Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup. Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengaruhi gaya hidup. Kepentingan PJ dari segi Afektif Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai. Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan sewaktu aktiviti fizikal. Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupaya membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan. Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi.
Dapat menerapkan nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman, keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai displin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas dengan penuh dedikasi. Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai murni yang biasa diterapkan adalah seperti berikut: (i) Berdikari (ii) Bekerjasama (iii) Menepati masa (iv) Sabar (v) Bersyukur (vi) Cintakan Negara (vii) Bersikap positif Sebagai pengajar, nilai yang baik harus ditunjukkan sama ada bersemuka atau tanpa bersemuka dengan pelajar. Pengajar mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti berikut: (i) Menepati masa (ii) Bersopan santun (iii) Peka terhadap masalah pelajar (iv) Sentiasa berobjektif (v) Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran (vi) Memberi peluang kepada pelajar untuk berbincangan (vii) Sentiasa memberi dorongan kepada pelajar dalam apa situasi sekalipun (viii) Bersedia menerima temujanji dengan pelajar (ix) Sabar
SOALAN 3 : Bagi meningkatkan pengetahuan, anda digalakkan membaca dan mengumpul maklumat dari bahan bacaan berkenaan : 1. Kepentingan Pendidikan Jasmani, 2. Kepentingan Pendidikan Jasmani daripada aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial. P/s :: kalau nak hurai kepentingan PJ dari segi point2 ni pun boleh.. 1. Kecergasan 2. Kemahiran 3. Kesukanan 4. Nilai 5. Aplikasi -hurai la apa yang murid dapat dalam kelima point diatas, kaitan dengan FPK