Anda di halaman 1dari 21

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwaba Rokatuh,

Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmatNya kami dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini sekali lagi. Sesungguhnya tanpa bantuan-Nya mungkin kami akan mengalami banyak dugaan semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat pensyarah pembimbing kami yang banyak membantu dalam memberi penjelasan dan pandangan mengenai tugasan kerja kursus pendek kami ini. Bantuan puan hajjah amat bermanfaat kepada kami. Selain itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang turut memberi pandangan dan cadangan penambahbaikan mengenai tugasan ini samaada secara langsung mahupun tidak langsung. Sesungguhnya, pendapat kalian banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini.

1.0

PENGENALAN: GURU DAN CABARAN SEMASA


1

Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah yang luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat. Ada relevannya mengapa guru Malaysia harus diberi pengiktirafan. Guru kini diasak dengan cabaran yang pelbagai memerlukan mereka terus kekal di dalam arus globalisasi. Konsep langit terbuka banyak mendedahkan pelajar masa kini dengan pelbagai perkara sama ada yang membawa kebaikan ataupun keburukan. Rela atau tidak, guru bertindak sedaya upaya untuk menyeimbangkan keperluan

perkembangan minda pelajar agar kekal mengamalkan nilai dan jatidiri serta mengamalkan tatasusila mulia adab ketimuran. Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih. Cabaran didefinisikan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada masa kini menjadikan dunia pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan pula, masalah sekolah juga semakin bertambah apabila bilangan murid bertambah di dalam bilik darjah. Situasi ini seterusnya memperlihatkan persediaan seseorang guru berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka

melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis.
2

Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk

membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul. Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan usaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang tahun 2020 akan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke21. Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik. Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

2.0

ISU DAN CABARAN PROFESION KEGURUAN


3

Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering

diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan Guru-guru

oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik.

disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan,

kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Isu dan Cabaran Profesion Keguruan Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan generasi kedua atau generasi wawasan memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997). Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang begitu ramai. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka. Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah
4

sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat. Antara cabaran profesion guru di sekolah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatann,teknik,kaedah yang terbaru dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara Chalk and talk bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid iaitu menggunakan bahan bantu mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantu mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seorang guru. Guru juga perlu berfungsi sebagai moderator yang berkesan iaitu pemudahcara dalam pembelajaran. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu. Secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif. Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi

pelajaran,penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan pengabungjalinan dalam isi pelajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan . Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerjaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti Dasar Pengajaran Sains daln Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun 2002. Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar sains dan matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pendidikan adalah kepentingan
5

awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan usaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang tahun 2020 akan datang.

Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik. Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Sekiranya kita lihat balik, terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara ibu bapa dan guru, contohnya Butterworth - Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah - sumber dari Sinar Harian, 13 Februari 2013. Menurut perkara diatas, ibu bapa pada zaman sekarang cepat mengambil keputusan secara terburu-buru. Mereka tidak menyiasat atau mendengar penjelasan daripada pihak sekolah dahulu. Hal ini terjadi mungkin kerana, pada hari ini ibu bapa terlalu sayang dan memanjakan anak mereka sehingga setiap perkara yang berlaku keatas murid terus disalahkan kepada guru. Kasih sayang merupakan perkara yang harus diutamakan terutama dalam institusi kekeluargaan. Namun jika kasih sayang perlulah berpada-pada. Jika kita terlampau menyanyangi seseorang insan, segala pandangan kita terhadap insan tersebut akan berubah. Kita tidak akan perasan mengenai perkara-perkara buruk yang dilakukan oleh insan tersebut. Apa yang dilihat semuanya adalah kebaikan semata-mata. Apabila perkara ini berterusan, secara tidak langsung akan berlaku ketidakadilan diantara insan tersebut dengan orang lain.
6

Segala isu berkaitan ini bermula daripada sikap ibu bapa itu sendiri. Terdapat pelbagai perbezaan diantara ibu bapa zaman awal kemerdekaan dengan zaman sekarang. Pada zaman awal kemerdekaan, ibu bapa sangat memberi sokongan terhadap tindakan yang guru laksanakan. Mereka dapat memahami bahawa setiap tindakan guru laksanakan ada sebab dan musababnya. Namun pada masa

sekarang, sikap ibu bapa sudah berubah. Ibu bapa sudah tidak lagi menyokong setiap tindakan yang guru lakukan. Ibu bapa dan guru sudah tidak lagi bersependapat. Ibu bapa pada zaman sekarang terlalu terburu-buru dalam mengambil tindakan. Apabila mendengar khabar angin dari pihak lain, mereka terus menghentam guru tanpa usul periksa. Terdapat juga ibu bapa yang menyokong anak mereka sendiri apabila anak mereka mengadu menerima kerja sekolah yang banyak daripada guru. Guru memberikan kerja rumah kepada murid supaya murid dapat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari dikelas. Sesuatu ilmu yang dipelajari tanpa latihan susulan tidak akan dapat berkekalan lama dalam minda murid. Disebabkan itu perlunya latihan kerja rumah diberikan kepada anak murid supaya mereka dapat lebih menguasai ilmu yang telah dipelajari selain itu ia juga sebagai pengayaan kepada ilmu yang dipelajari. Namun, perkara ini tidak difahami oleh ibu bapa. Mereka hanya memikirkan tentang nasib anak-anak mereka yang kerap mengadu menerima kerja sekolah daripada guru. Atas sebab terlalu menyayangi anak mereka, ibu bapa terus menyerang guru terbabit disekolah ataupun terus membuat aduan ke pihak atasan. Sikap ibu bapa pada zaman sekarang inilah yang boleh menyebabkan pergolakan daripada sesuatu institusi pendidikan. Tiada persepakatan dan kerjasama daripada ibu bapa menyebabkan guru sukar untuk mencapai misi dan visi negara untuk melahirkan generasi muda yang cemerlang dan gemilang.

3.0

KESAN EMOSI KEPADA GURU DAN MURID Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, emosi membawa maksud perasaan jiwa

yang kuat. Emosi boleh berupa seperti mimik muka ataupun isyarat. Ia merupakan tindak balas automatik manusia terhadap sesuatu perkara yang dihadapi oleh mereka. Berkaitan dengan isu yang menjadi bahan perbualan hangat di Malaysia iaitu guru disaman ibu bapa, menunjukkan bahawa ia bermula daripada sikap ibu bapa sendiri. Sikap ibu bapa yang tidak memberi kerjasama kepada guru, tidak menyokong guru, mengambil keputusan terburu-buru dan terlalu menyayangkan anak pada akhirnya akan memberi kesan negatif terhadap emosi guru malah kepada murid-murid juga. Masyarakat menganggap guru hanya bekerja dalam purata 6 jam sehari berbanding kerja swasta yang puratanya dalam 7 hingga 8 jam. Namun apa yang masyarakat tidak sedar adalah bahawa kerja swasta tidak melakukan kerja-kerja tambahan ataupun membuat kerja mereka di rumah. Tamat sahaja waktu pejabat maka berhentilah semua kerja-kerja mereka. Perkara ini sangat berbanding dengan guru, dimana guru di sekolah merupakan insan yang secara automatik memegang pelbagai jawatan di sekolah dan juga menguruskan pelbagai tugasan yang tidak

berkaitan dengan mengajar. Disamping itu, guru juga terpaksa membawa balik kerja mereka di rumah kerana kurangnya masa lapang di sekolah. Perkara seperti diatas secara logiknya boleh membawa satu kesan kepada manusia iaitu stress. Apabila ditambah lagi dengan sikap ibu bapa yang sering kali menyerang guru dan tidak memberi kerjasama dengan guru, ia boleh menyebabkan emosi guru berubah. Perubahan emosi negatif kepada manusia seperti sedih, marah atau tertekan boleh menyebabkan manusia melakukan tindakan yang melampaui batasan seperti memukul atau mencubit. Emosi guru yang terganggu dek desakan daripada sikap ibu bapa dan juga lambakan tugasan boleh menyebabkan guru menjadi gila. Menurut Artikel dari Kosmo Online, 21 Ogos 2013 Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah. Kesan emosi terhadap murid pula ialah murid akan berasa bosan untuk belajar di sekolah. Hal ini kerana mereka tidak ada motivasi dalaman yang baik. Emosi mereka terganggu akibat daripada sikap ibu bapa mereka sendiri yang selalu menghukum anak mereka tanpa usul periksa. Hal ini bertepatan dengan situasi murid yang masih belum menguasai isi pelajaran di sekolah akan dianggap sebagai bodoh. Emosi sebegini akan juga menyebabkan murid melakukan tingkahlaku yang negatif contohnya membuli. Daripada perbuatan ini, ia akan menambahkan tekanan kepada rakan-rakan lain apabila mereka dibuli oleh rakan mereka sendiri.

4.0

CARA MENGATASI ISU DAN CABARAN

Untuk mengubah sikap buruk ibu bapa terhadap guru bukanlah satu perkara yang mudah dan ia memerlukan tempoh masa yang lama. Maka, guru sudah tiada jalan lain lagi selain terpaksa menyesuaikan dan menyediakan diri dengan isu dan cabaran tersebut. Setiap permasalahan yang timbul mesti ada jalan

penyelesaiannya. Guru perlu bertindak dengan matang dan bijaksana apabila terdapat ibu bapa yang datang ke sekolah. A. Mewujudkan Pengajaran yang Efektif Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala muridmurid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)

B. Mempertingkatkan Profesionalisme Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki, 2010). Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.
10

C. Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.

Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

D. Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini, seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010)

11

E. Bertanggungjawab Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anakanak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

F. Bahan bukti dan rasional Setiap perkara yang dilakukan oleh guru kepada murid perlu ada rasional atau bukti. Rasional dan bukti inilah yang harus digunakan oleh guru dengan bijak untuk menangani sikap ibu bapa. Perlunya bahan bukti dan rasional adalah supaya ibu bapa memahami kenapa guru melakukan perkara tersebut kepada anak mereka. Bahan bukti dan rasional daripada guru perlulah dihujah hebat oleh guru kepada ibu bapa. Bahan bukti merupakan perkara pertama yang diterima jika ibu bapa membawa kes mengenai guru ke mahkamah. Dengan adanya bahan bukti, maka masyarakat boleh lihat bahawa setiap tindakan yang guru lakukan adalah berasas dan tidak secara terburu-buru. Setiap perkataan yang guru luahkan haruslah yakin dan secara berhemah. Hal ini supaya hati ibu bapa yang sedang marah dapat mudah dipujuk dan dijaga.

12

Apabila ibu bapa melihat kita yakin bersuara, mereka pasti akan sedar bahawa apa yang kita lakukan adalah secara jujurnya untuk membantu dan menyedarkan anak mereka dan bukanlah untuk mendera. Hati ibu bapa perlulah dipujuk dan dijaga supaya ukhuwah yang terjalin antara guru dan ibu bapa dapat dipupuk. Jika kita terus menyerang ibu bapa, perkara akan menjadi lebih kritikal sehingga melibatkan mahkamah ataupun dilucutkan jawatan sebagai penjawat awam. Maka, guru perlu bijak menawan dan memujuk hati ibu bapa. G. Mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk menggubal sistem pendidikan negara Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) telah dimansuhkan secara beransur-ansur bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2012. Hal ini telah menyebabkan kerajaan kerugian berjuta ringgit kerana telah membelanjakan dana kerajaan untuk mencetak buku teks. Selain itu, pertukaran sistem pendidikan dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSM ) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) telah menyebabkan tugasan guru bertambah. Hal ini kerana cara pengajaran guru akan bertukar mengikut cara KSSR. Tugasan guru bertambah kerana guru perlu membuat sistem fail mengikut sistem dalam KSSR. Untuk mengatasi masalah ini, kementerian harus mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk menggubal kembali sistem pendidikan negara ini. Objektif jawatankuasa khas adalah untuk memikirkan cara yang lebih efisien selain menggubal secara keseluruhan sistem pendidikan. Sebagai contoh, penggubalan sistem pendidikan adalah secara minor dan bukannya major. H. penglibatan komuniti setempat untuk pupuk integrasi nasional komuniti setempat sebenarnya memainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran manusia. Komuniti setempat yang pasif akan mempengaruh minda manusia terutama kanak-kanak. Hal ini kerana, apabila kanak-kanak melihat jiran mereka tidak mempeduli keluarga mereka sendiri ataupun tidak bertegur dengan jiran lain, ia akan sedikit sebanyak mempengaruhi minda mereka. Sifat peribadi kanak-kanak akan menjadi pasif, mereka akan menjadi pendiam dan tidak bertegur sapa dengan masyarakat. Untuk mengatasi masalah ini, komuniti setempat itu sendiri
13

perlu sedar dan membuat perbincangan untuk mewujudkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan. Contoh aktiviti kemasyarakatan adalah seperti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan dan menyambut akvititi perayaan bersamasama dengan jiran tetangga. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung akan merapatkan ikatan silaturrahim antara insan. Masyarakat akan menjadi sepakat dan bersatu padu.

RUMUSAN DAN CADANGAN Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah. Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.

14

Bahagian B : Pelan Strategi mengatasi isu dan cabaran

HARI SUKAN

SAMBUTAN PERAYAAN

GOTONG-ROYONG

ACARA KEBUDAYAAN

AKTIVITI SECARA KOMUNITI

BULAN KEMERDEKAAN

PROGRAM PERMUAFAKATAN MASYARAKAT

HARI KELUARGA

Aktiviti secara komuniti merupakan strategi yang boleh menarik minat murid serta masyarakat bagi mengatasi isu dan cabran yang dihadapi oleh warga pendidik. Aktivti seperti ini dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama insan. Aktiviti ini akan memberikan peluang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih lanjut persekitaran sekolah yang merupakan rumah kedua bagi anak-anak mereka. Melalui aktiviti ini juga, masyarakat dapat berhubung secara langsung dengan pihak sekolah bagi membincangkan sebarang permasalahn atau perkara yang boleh mempertingkatkan kualiti pembelajaran untuk anak-anak mereka. Maka, pelajar dan masyarakat dapat beruusaha bersama-sama dalam memberi pendidikan yang baik kepada negara.

15

Pihak kementerian

KONSEP SEKOLAH WAWASAN

PERKASAKAN BAHASA KEBANGSAAN

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MEMUPUK PEMANTAPAN DASAR PENDIDIKAN

DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN

Dengan memupuk pemantapan dasar pendidikan, ia akan menarik minat pelajar dengan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan dasar pelajaran kebangsaan, menyelaraskan sistem pendidikan kebangsaan dan menggunakan konsep sekolah wawasan. Pemantapan dasar pendidikan ini merangkumi keupayan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan sistem pendidikan di neegara kita tidak akan berubah-rubah seperti sekarang. Perubahan major yang telah dilakukan ialah menukar Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan matematik. Perubahan yang perlu dilakukan perlu melihat sejauh mana kemampuan pelajar untuk menerima sistem yang baru. Melalui pemantapan dasar pendidikan ini, ia akan mewujudkan rasa keyakinan yang tinggi melalui diri pelajar dan akan memberikan daya persaingan yang lebih baik kepada diri pelajar. Oleh itu. dalam pemantapan dasar pendidikan akan memberikan minat pelajar terhadap pendidikan negara kita dengan baik.

16

GEJALA SOSIAL

PERANAN IBU BAPA

PERANAN AHLI MASYARAKAT

MENANGANI GEJALA SOSIAL

PERUNTUKAN UNDANGUNDANG

PENDEKATAN AKADEMIK

Menangani gejala sosial dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar dalam keadaan yang kondusif. Kondusif ini bermaksud keselesaan semasa belajar di sekolah. Ini kerana, sekiranya gejala sosial ini tidak dibendung,pelajar akan berasa tertekan di mana banyak kes-kes kecurian,membuli dan memerass ugut akan berleluasa. Dengan adanya emnagani gejala sosial ini juga, kes jenayah akan dikurangkan dan pelajar akan dapat belajar dengan yakin dan baik. Gejala sosial ini juga bukan sahaja mengannggu pelajar bahkan juga pihak sekolah dan masyarakat. Maka, dengan cara ini pelajar dapat belajar dengan baik dan menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran di sekolah dan seterusnya menagani gejala sosial yang bermula pada peringkat akar umbi. Ini akan memberikan impak yang baik kepada masyarakat dan negara

17

KREATIF DAN KRITIS

PEMBELAJARAN INTERAKTIF PENGGUNAAN BAHAN MAUJUD RANGSANGANN PENGUKUHAN

KEPELBAGAIAN TEKNIK DAN STTRATEGI PENGAJARAN

SIFAT KREATIF DAN KRITIS

AKTIVITI YANG MENYERONOKKAN

Guru juga perlu bersifat kreatif dan kritis, . Ini kerana , ia dapat menarik minat pelajar dalam pembejaran yang dilaksanan. Contohnya, pembelajaran interaktif, rangsangan pengukuhan, aktivti yang menyeronokan, penggunaan bahan maujud dan kepelbagaian teknik dan strategi pengajaran. Apabila murid minat untuk belajar, mereka secara tidak langsung akan akan memberi perhatian sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sejurus menjadikan pengajaran guru mencapai objektif yang diperlukan. Selain itu, pembelajaran yang menarik memerlukan guru supaya berfikir secara kreatif. Kesan daripada pemikiran yang kreatif menjadian guru dapat berfikir secara matang dan bijaksana. Guru tidak akan mudah terpengaruh dengan khabar-khabar angin yang sentiasa bermain dengan isu guru.

18

ICT

PEMBELAJARAN MAYA

MENARIK MINAT

PERSEMBAHAN ANIMASI PENGGUNAAN ICT

MUDAH DIGUNAKAN

VIDEO DAN SUARA YANG MENARIK

Penggunaan ICT dapat menarik minat murid di dalam pembelajaran. Ini kerana terdapat banyak faktor yang menyebaban penggunaan ICT sangat menarik. Antaranya pembelajaran maya, persembahan visual, video dan audio yang menarik dan ia mudah digunakan. Melalui penggunaan ICT juga, murid dapat berinteraksi dengan guru secara efektif. Hal ini kerana, semasa di rumah, murid boleh menggunakan interaksi maya untuk berhubung dengan guru mereka seperti facebook dan twitter.

19

Bibliografi

Buku Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa. (2011). Guru dan Cabaran Semasa Siri Pengajian Profesional. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Abdul Jalil Othman & Hashim Yaacob. (2007). Dunia Pendidikan dalam Era Globalisasi: Peranan dan Cabaran, Masalah Pendidikan, jld 30(1), Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Boon, P.Y., Noriati A. Rashid, Sharifah Fakriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa Siri Pendidikan Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Cockburn, A. (1996). Teaching Under Pressure: Looking at Primary Teachers Stress. London: Whurr Publishers Ltd. Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet Cabaran seorang guru masa kini http://www.slideshare.net/Bazrol/cabaran-seorang-guru-masa-kini Tanggungjawab dan peranan guru http://www.scribd.com/doc/8527541/tanggungjawab-dan-peranan-guru Cabaran profesion keguruan http://www.slideshare.net/arthurjeo/7-cabaran-profesion-keguruan

20

Refleksi isu guru dan cabaran semasa Selepas menyiapkan tugasan ini, saya dapat terdapat pelbagai halangan dan cabaran semasa yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Saya mendapat sedikit kesedaran kepada saya mengenai cabaran-cabaran terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya sebagai bakal seorang guru bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan proaktif pada masa datang. Selain itu cabaran tersebut sangat penting kepada seorang guru untuk menjadikan pendidikan kita maju seiring dengan teknologi semasa. Antara isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional. Pentingnya integrasi nasional ini untuk mewujudkan sistem sosial yang kukuh. Tanpa integrasi yang baik maka akan runtuhlah bangsa kita sendiri. Setiap guru dianggap sebagai yang memimpin, pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan merupakan pemangkin untuk mencapai hasrat membina negara bangsa yang berjaya. Selain itu, melalui tugasan ini juga mendapat bahawa sistem pendidikan di di negara kita masih belum begitu mantap lagi. Hal ini kerana sistem pendidikan negara sering kali berubah mengikut zaman. Sistem pendidikan negara dikatakan tidak lagi mencapai objektif yang dimahukan. Atas sebab kelemahan tersebut, sistem pendidikan negara digubal sepenuhnya mengikut perancangan yang mereka hasilkan. Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang kepada diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku disiplin mereka. ini.

21

Anda mungkin juga menyukai