Anda di halaman 1dari 16

1.0 Pengenalan Menurut Atan Long (1982) bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai.

Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi namaAlat Bantu Mengajar.

Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan, pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami isi pelajaran dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.

Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna (Romiszowski,A.J. 1964). Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.

Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang.

Sumber pengajaran dan pembelajaran (SPP) adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan
1

untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Oleh yang demikian, SPP amat penting untuk membantu guru menyampaikan ilmu dan murid menerima ilmu secara berkesan. Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981), bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak.

Penggunaan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif. Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran.

Oleh yang demikian, penggunaan SPP dalam sesi pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk meneguhkan pemahaman dan ingatan murid terhadap sesuatu isi pelajaran yang berkesan. Secara tidak langsung, murid akan dapat menerima ilu tersebut dengan lebih berkesan.

2.0 Bahan Bercetak Bahan bercetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas kertas. Ia berbentuk buku teks, buku kerja,buku rujukan, majalah, risalah,
2

surat khabar, nota-nota, prosiding seminar, surat-surat berita, laporan tahunan dan sebagainya. Tujuan bahan-bahan ini dicetak adalah untuk: i. ii. iii. Memberikan panduan. Menyampaikan maklumat. Mempertingkatkan tumpuan atau fokus yang dicetak. perhatian pada bidang

Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak.

Walaupun bahan bercetak sukar dikemaskini dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran mengambil masa yang lama, namun ianya sangat berkesan. Bahan bercetak seperti ini banyak di pusat sumber atau disimpan di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.

3.0 Fungsi Bahan Bercetak Secara umumnya bahan bercetak boleh diklasifikasikan kepada empat fungsi sebagaimana yang dinyatakan seperti berikut: a. Alat bantu mengajar b. Bahan untuk latihan c. Bahan maklumat
3

d. Bahan untuk peningkatan ilmu

Rajah 2: Contoh Bahan Bercetak

3.1 Bahan Bercetak Sebagai Alat Bantu Mengajar Bahan bercetak yang berperanan sebagai alat bantu belajar merupakan bahan-bahan yang mempunyai instruksi atau panduan sumber belajar. Lazimnya instruksi yang terdapat dalam bahan bantu mengajar itu dibentuk tahap demi tahap atau langkah demi langkah untuk

memudahkan murid mengguna dan memahamkan pelajaran dengan mudah. Ia berbentuk guide sheet, jobs aids dan sebagai satu gambar bersiri. Maklumat dalam guide sheet akan menampilkan kata-kata atau arahan secara keseluruhan sedangkan jobs aids selain dari kata-kata atau arahan tadi terdapat juga beberapa ilustrasi atau gambar bersama-sama arahan tadi, manakala picture series merupakan maklumat yang disampaikan dalam gambar bersiri.

3.2 Bahan Bercetak Sebagai Bahan Untuk Latihan Bahan yang berperanan sebagai bahan untuk latihan lazimnya ia berbentuk intruksi. Di sini pembaca akan disugukkan dengan pelbagai maklumat atau petunjuk yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar. Bahan untuk latihan ini adalah berbentuk manual , handout dan ada yang berbentuk Panduan Pembelajaran(study guides).
4

3.3 Manual Manual adalah petunjuk yang praktikal bagi sesuatu kerja yang perlu dilaksanakan. Biasanya pelatih-pelatih akan menggunakan manual ini untuk melaksanakan sesuatu kerja atau projek mengikut langkahlangkah yang instruktornya telah rancang dan catatkan di manual yang diedarkan itu.

Rajah 3: Contoh handout Nota atau catatan yang dibuat oleh guru atau tenaga pengajar yang diedarkan kepada murid. Lazimnya catatan itu berkaitan dengan isi pelajaran. Maklumat yang terdapat dalam bahan edaran itu antara lainya adalah jadual pelajaran, sinopsis pelajaran dan objektif yang ingin dicapai, tugas-tugas yang perlu disempurnakan, sumber-sumber bahan untuk rujukan.

3.4 Panduan Pembelajaran (Study Guides) Secara kasarnya study guides ini mempunyai ciri seakan-akan serupa dengan handout dari aspek penggunaannya. Kedua-dua bahan ini bertujuan untuk murid dan poeserta membuat latihan. Perbezaan yang nyata terhadap handout dengan study guides adalah dari aspek penjelasan isi bagi sesuatu topik pengajaran. Pada handout penjelasan yang dapat kita lihat adalah ringkas terhadap sesuatu topik manakala study guides maklumat yang diterangkan itu didapati terperinci
5

3.5 Bahan Bercetak Sebagai Bahan Maklumat Bahan bercetak berperanan sebagai bahan maklumat foreka dengan tujuan untuk memberi mahlumat dan mitibasi. Ia dapat menarik perhatian seseorang dengan menampilkan sesuatu yang dimiliki oleh sesebuah organisasi; Lazimnya, ia berbentuk risalah (brochure) surat khabar, laporan tahunan dan sebagainya.

3.6 Bahan Bercetak Sebagai bahan Peningkatan Ilmu Bahan bercetak berbentuk buku boleh berperanan sebagai alat yang dapat meningkatkan ilmu seseorang dengan lebih mendalam. Jenis bahan berbentuk buku dan bukan buku ini boleh diklasifikasikan pada bahan rujukan, fiksyen dan bukan fiksyen yang Dewey klasifikasikan kepada 10 kod yang bermula dari kod 000 hingga ke kod 999 dan Library Congress menggunakan notasi bercampur.

4.0 Kebaikan Bahan Bercetak Bahan bercetak sebagaimana yang tersenarai di atas jika dibandingkan dengan media lain, ia mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut: i. ii. Bentuk bahan bercetak didapati mudah dibawa dan mudah juga digunakan di mana sahaja. bahan bercetak didapati lebih ekonomi, mudah disebar, mudah dipindah-pindahkan dari seorang pengguna kepada pengguna yang lain. iii. Pembaca boleh mengambil masa yang lama untuk mencerna isi maklumat yang terkandung di dalamnya dan boleh diulang-ulang mengikut keperluan pengguna. iv. Bahan bercetak mampu menyimpan maklumat yang konsisten dan tepat dan dapat menghasilkan kesamaan pengertian maklumat untuk hari ini dan juga untuk sedekad yang akan datang. v. Bahan bercetak digunakan begitu meluas kerana terdapat beberapa ciri yang positif seperti berikut:
6

a. Digunakan begitu meluas. b. Mudah disedia dan diterbitkan. c. Digunakan sebagai alat pengajaran utama. d. Tidak menggunakan alat lain semasa menggunakannya. e. Mudah dikemas kini. f. Murid dapat mengawal pembelajaran mereka. masa, tempat dan tempoh

g. Bahan bercetak mempunyai latihan di akhir modulnya, mempunyai pengajaran yang sudah dirancang dengan

penerangannya dilengkapkan dengan gambar, carta, jadual dan gambar-gambar kartun.

4.1 Kelemahan Bahan Bercetak Bahan bercetak apabila dibandingkan dengan media lain seperti audio, video terdapat beberapa kelemahan seperti berikut: i. Bahan bercetak tidak dapat menampilkan gambar bergerak dan bersuara yang dapat memberikan pengalaman murid bersifat konkrit. ii. Keberkesanan lemah iii. maka bahan pembaca bercetak akan banyak bergantung masalah pada untuk kebolehan individu menguasai bacaan. Jika kebolehan membaca menghadapi memahami isi maklumat. Maklum balas tidak dapat disampaikan serta merta kecuali menggunakan kemudahan telefon atau internet.

KEKUATAN DAN KEKURANGAN BAHAN BERCETAK SEBAGAI SUMBER BERCETAK SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

Aspek Masa

Perancangan

Kekuatan Kekurangan Murid-murid boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat. Penggunaan bahan Maklumat penting boleh dipelajari tanpa bahan bercetak mengikut sesuatu masa pengajaran. memerlukan kebolehan murid Pendapat-pendapat yang berbeza serta membaca. aspek-aspek berlainan boleh dikaji pada Bahan bercetak tidak satu masa yang sama dan boleh tahan lama kerana diulangkaji kembali atau dirujuk oleh bahan bercetak murid beberapa kali jika perlu. adalah bahan yang Buku kerja boleh diterbitkan bersama mudah kelihatan dengan buku teks atau siri kuliah untuk buruk apabila sudah membolehkan murid belajar dengan terlalu lama dan ada lebih berkesan dan maklumat dari teks kemungkinan menjadi atau siri kuliah boleh dimasukkan ke reput. dalam buku kerja tersebut. Bahan bercetak beri lebih banyak peluang kepada murid untuk mengambil peranan dan bahagian yang aktif. Tidak memerlukan alat yang kompleks Bahan bercetak tidak dan mahal untuk menyampaikan akan dapat menarik maklumat. perhatian murid jika Tidak memerlukan bekalan kuasa digunakan oleh guru elektrik atau sumber cahaya semasa terlalu kerap kerana menggunakannya. bahan bercetak Bahan bercetak adalah bahan mudah selalunya berwarna alih mengikut keadaan atau keperluan hitam putih tajuk atau subjek yang berkenaan Pencetakan bahan yang banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan dengan cepat.
8

Faktor Fizikal

Kos

5.0 Cadangan Mengatasi Bahan cetak mengandungi buku, majalah, jurnal, surat khabar dan risalah. Di sekolah-sekolah kini, bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh guru adalah diambil daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku teks, bahan-bahan tambahan dari jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian Pendidikan Negeri, Daerah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, selain daripada bahan-bahan binaan sendiri, bahan-bahan pengajaran yang sering dan paling utama digunakan oleh guru- guru ialah bahan-bahan daripada buku teks.

Penggunaan buku teks telah menjadi amalan biasa dan tradisi bagi sesetengah guru. Kebanyakan mereka menganggap jumlah buku-buku teks yang ada dan boleh digunakan di sekolah terlau banyak sehingga mereka tidak perlu mencari bahan-bahan daripada sumber-sumber lain. buku-buku teks dalam andaian lain sudah lebih dari mencukupi. Anggapan seperti ini sebenarnya memanglah kurang wajar kerana seperti yang kita semua sedari, buku-buku teks itu sendiri mempunyai kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Perbuatan terlalu bergantung kepada teks kadangkala boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Sebenarnya kedudukan teks, kebiasaan dan kecenderungan menggunakan teks bahasa dalam pendidikan, pengajaran dan pembelajaran seperti itu bukanlah satu cara yang baik untuk diamalkan dan dikekalkan. Penggunaannya melalui cara yang lebih luas dan kepelbagaian kegiatan amat diperlukan. Dengan itu, pengajaran bahasa akan memberi kesan yang lebih baik, menarik hati pelajar dan dapat mengurangkan masalah yang timbul.

Pemilihan bahan buku amatlah penting dengan kesesuaian pembaca. Buku yang mengandungi saiz font yang besar dengan ilustrasi berwarna amat menarik para pembaca di peringkat permulaan bacaan. Di samping itu jumlah muka surat yang sedikit juga akan memberi kepuasan dan secara langsung memberi menggalakkan untuk membaca lebih banyak lagi.

Apabila penguasaan bacaan meningkat, maka saiz font dicetak lebih kecil dan jumlah perkataan dalam sesuatu muka surat akan bertambah di samping ilustrasi juga dikurangkan. Sebagai guru kita perlu memahami cara pemilihan bahan buku yang sesuai dengan usia kanak-kanak dan tahap penguasaan bacaan kanak-kanak.

6.0 Rumusan Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh muridmurid.

Penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran mewujudkan sikap yakin kepada diri sendiri seseorang murid itu dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat. Ia bukan sahaja membantu murid-murid yang lembab dalam pembelajaran malah membolehkan murid-murid menjadi pengetahuan mengikut pilihan, kadar dan

proaktif dan membina

kehendak sendiri. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya murid-murid terlibat aktif dalam pembelajaran. Murid-murid perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Sebagai guru, kita haruslah tahu memilih, mengurus dan menggunakan sumber secara bijak selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara serta tidak bercanggah dengan nilai masyarakat.

10

7.0 Rujukan Panel Penulis Pusat Perkembangan Kurikulum (2004) Buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 Sekolah Kebangsaan, Dawama Sdn.Bhd. Panel Penulis Pusat Perkembangan Kurikulum (2004) Buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Multi Educational Book Enterprise Sdn.Bhd. Mok Soon Sang, (2008), Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Mazlan Ismail M.A (UKM), B.A. Hons (2010), Pendidikan sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4, Marshall Cavendish Education, Sentosa Sdn.Bhd. Azman Larut, (2005), Panduan Mengurus Pusat SUmber Sekolah, PTS Professional, Publishing Sdn. Bhd.

CARIAN INTERNET http://awikole.blogspot.com/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori-pembelajaran-dan-pengajaran http://instructiontheorycourse.blogspot.com/2009/02/1-introduction-18.htm


http://news.mylaunchpad.com.my/Home/EditorsCorner/BM/Article?Key=34a78a8c6591-4be9-872f-acad9737199

http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantu-mengajar/
http://www.google.com.my/#hl=en&xhr=t&q=bahan+bantu+mengajar+bahasa+m elayu&cp=0&pq=filetype%3Adoc%22bahan%20bantu%20mengajar %22&pf=p&sclient=psy&source=h p&aq=0&aqi=&aql=&oq= %22bahan+bantu+mengajar%22&pbx=1&fp=1&bs=1&cad=b

http://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/11/kaedah-penyesuaian-bahan-bantuteks/ http://epulldpliukm.blogspot.com/ http://www.kaunselingskbt2.com/bahan-bantu-mengajar.html

mengajar-buku-

11

12

13

14

15

16